بليتين سجارة2

1
ارة س ي ت ي ل بJEJAK NUSANTARA Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara Pintu masuk Islam (permulaan dakwah) dari Arab (Yaman), Arab-Andalus dan Parsi bermula di Aceh dan Langkasuka. Di Langkasuka, gerakan dakwah melalui jalan barat iaitu Kedah dengan menaiki gajah selama sebulan dua puluh lima hari menuju ke pantai timur dan terbentuklah kerajaan Islam Patani (‘Tarikh Fatani’ karya Syeikh Faqih Ali b Wan Muhammad). Orang-orang Arab, Parsi dan Melayu dari Patani belayar pula ke China dan membuka negeri Cam yang dikenali dengan Campa. Dari Campa mereka menyebar ke pulau-pulau sekitar Laut China Selatan, Brunei, Filipina Selatan, Ternate, Sulawesi dan Jawa. Dari perkara ini sebahagian besar sejarawan mengatakan Wali Songo datang dari Campa. Pengislaman Sekitar Tahun 800 Hijrah Pada pendapat Ust Wan Mohd. Saghir, di dalam buku Tabaqat Ulama Asia Tenggara jilid 1 bahawa Nukhbatud Dahri karya Syeikh Syamsuddin Abu ‘Ubaidullah bin Talib ad Dimasyqi yang dipetik Saiyid Alwi bin Tahir Al Haddad. Diceritakan bahawa Islam telah tiba di dunia Melayutahun 30 H, pada zaman pamerintahan Saiyidina Uthman bin ‘Affan r.a Hikayat Fatani, nama pengarangnya tidak diketahui, dalam manuskrip yang ada pada Ust Wan Mohd. Saghir diperkirakan berusia lebih 300 tahun; mencatatkan kerajaan Islam Fatani telah begitu lama wujud, BIL 1/2014 FEBRUARI 2014/RABI’UL AKHIR Sejarah akan sentiasa menjadi bayang manusia. Jika manusia bergerak menuju cahaya maka bayangnya ditinggalkan di belakang, namun jika manusia membelakangkan cahaya maka bayangnya akan muncul di hadapannya. Manakala, pendakwah Islam yang melalui pintu masuk Aceh turut melazimi ziarah ke Langkasuka dan terus ke Patani atau sebelah pantai timur di Kelantan dan Terengganu. Ada juga yang melalui jalan laut pergi ke Patani dan tempat-tempat lain seperti Sumatera, Jawa dan Indonesia di bahagian Timur. Oleh itu, tidak

Upload: pepsi325ml

Post on 03-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Buletin sejarah

TRANSCRIPT

DUNIANescafe dilancarkan pada 1 April 1938 namun ia bukanlah kopi segera yang pertama. Pada 1903, ahli kimia Jepun; Dr Kato mempatenkan proses penghasilan serbuk kopi mudah larut dan dikomersialkan George Washington pada 1909. Serbuk kopi pada masa ini menghasilkan rasa yang tidak enak sehinggalah pada tahun 1930, Institut Kopi Brazil meminta syarikat Nestle menghasilkan kopi yang mengekalkan rasa kopi dan membantu meningkatkan penjualan kopi. Selepas kajian selama 7 tahun, Nescafe dihasilkan dan menjadi terkenal di seluruh dunia. Dijangkakan 3000 cawan nescafe diminum setiap saat dan hanya diatasi oleh Coca-cola.BULETIN SEJARAH BIL 1/2014 FEBRUARI 2014/RABIUL AKHIR 1435 1434

JEJAK NUSANTARAKedatangan Islam Ke Asia TenggaraPintu masuk Islam (permulaan dakwah) dari Arab (Yaman), Arab-Andalus dan Parsi bermula di Aceh dan Langkasuka. Di Langkasuka, gerakan dakwah melalui jalan barat iaitu Kedah dengan menaiki gajah selama sebulan dua puluh lima hari menuju ke pantai timur dan terbentuklah kerajaan Islam Patani (Tarikh Fatani karya Syeikh Faqih Ali b Wan Muhammad). Orang-orang Arab, Parsi dan Melayu dari Patani belayar pula ke China dan membuka negeri Cam yang dikenali dengan Campa. Dari Campa mereka menyebar ke pulau-pulau sekitar Laut China Selatan, Brunei, Filipina Selatan, Ternate, Sulawesi dan Jawa. Dari perkara ini sebahagian besar sejarawan mengatakan Wali Songo datang dari Campa.Pengislaman Sekitar Tahun 800 HijrahPada pendapat Ust Wan Mohd. Saghir, di dalam buku Tabaqat Ulama Asia Tenggara jilid 1 bahawa Nukhbatud Dahri karya Syeikh Syamsuddin Abu Ubaidullah bin Talib ad Dimasyqi yang dipetik Saiyid Alwi bin Tahir Al Haddad. Diceritakan bahawa Islam telah tiba di dunia Melayutahun 30 H, pada zaman pamerintahan Saiyidina Uthman bin Affan r.a Hikayat Fatani, nama pengarangnya tidak diketahui, dalam manuskrip yang ada pada Ust Wan Mohd. Saghir diperkirakan berusia lebih 300 tahun; mencatatkan kerajaan Islam Fatani telah begitu lama wujud, catatan sejarah digunakan dalam bentuk tahun hijrah. Tertulis..tatkala menuang dia itu hijrah Nabi Sallallahu Alaihi wa Salam kurang dulapan puluh tahun baharu, pada tahun tikus, pada tiga hari bulan Ramadan malam Selasa(bererti 3 Ramadan tahun 79 H, bersamaan tahun 698 M). Wallahualam.SUMBER; Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara karangan Allahyarham Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah.

Sejarah akan sentiasa menjadi bayang manusia. Jika manusia bergerak menuju cahaya maka bayangnya ditinggalkan di belakang, namun jika manusia membelakangkan cahaya maka bayangnya akan muncul di hadapannya.Manakala, pendakwah Islam yang melalui pintu masuk Aceh turut melazimi ziarah ke Langkasuka dan terus ke Patani atau sebelah pantai timur di Kelantan dan Terengganu. Ada juga yang melalui jalan laut pergi ke Patani dan tempat-tempat lain seperti Sumatera, Jawa dan Indonesia di bahagian Timur. Oleh itu, tidak dapat dinafikan dalam zaman kejayaan karya-karya Islam Melayu/Jawi paling banyak dihasilkan ulama Aceh dan Patani.