zzzaaaiiiimmm (1)

4
Dalam Islam terdapat beberapa prinsip mengenai kesenian yang perlu diperhatikan, di antaranya : 1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai yang ada di sekelilingnya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt. 2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. 3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap. 4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan syariatnya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. . 5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk. Terdapat lima hukum dalam seni dapat diperincikan.di antaranya: a. Wajib : jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh kepada mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan untuk memperindah bentuk masjid yang dimaksudkan untuk menarik hati orang agar ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut. b. Sunnat : jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat islam seperti dalam nasyid, qasidah dan shalawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan maulid rasul atau seni lagu Al-Quran (tilawah). c. Makruh : jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia. d. Haram : jika kesenian itu berbentuk hiburan yang : melengahkan manusia sehingga mengabaikan kewajiban-kewajiban yang berupa tanggung jawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membedakan antara yang hak (benar) dan yang batil (salah). Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan berbagai kemaksiatan yang lain. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka- suka yang melampaui batas. Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang

Upload: norashikin-ihsan

Post on 13-Apr-2016

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: zzzaaaiiiimmm (1)

Dalam Islam terdapat beberapa prinsip mengenai kesenian yang perlu diperhatikan, di antaranya :

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai yang ada di sekelilingnya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.

2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.

4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan syariatnya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.

. 5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk. Terdapat lima hukum dalam seni dapat diperincikan.di antaranya:

a. Wajib : jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh kepada mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan untuk memperindah bentuk masjid yang dimaksudkan untuk menarik hati orang agar ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.

b. Sunnat : jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat islam seperti dalam nasyid, qasidah dan shalawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan maulid rasul atau seni lagu Al-Quran (tilawah).

c. Makruh : jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.

d. Haram : jika kesenian itu berbentuk hiburan yang : melengahkan manusia sehingga mengabaikan kewajiban-kewajiban yang berupa tanggung jawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membedakan antara yang hak (benar) dan yang batil (salah).

Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan berbagai kemaksiatan yang lain. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampaui batas. Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada yang dibuat dari kayu, batu dan lain-lain. Seni yang merosak akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari). Jenis-jenis seni yang dipertontonkan sebagai maksud atau niat untuk mempamerkan dengan sikap kesombongan.

Page 2: zzzaaaiiiimmm (1)

Lampiran

Contoh-contoh kesenian islam

Page 3: zzzaaaiiiimmm (1)

Aspek-aspek dalam kesenian Islam

Masjid – Ruang kubah dalaman, kubah bulat dan pola hiasan dalam gaya berulang (arabes). Deretan tiang, menara besar,tinggi,dan berpusar di atasnya.

Tulisan Khat – Tulisan warisan seni Islam teragung. Bergaris dan bersudut dengan garis tegak dan melintang memanjang. Digunakan sebagai elemen hiasan pada bangunan awam dan persendirian.

Alat muzik Islam – Dipengaruhi oleh muzik Arab yang telah ada sebelum era Rasulullah s.a.w. Rebana,rebab,seruling dan gambus antara yang paling sering dimainkan. Kasidah jenis muzik tertua dalam Islam.

Ciri-ciri Islam yang terdapat pada sebuah bangunan

Senibina masjid dianggap sebagai pusat segala kegiatan keislaman dan dari situlah terpancar segala aktiviti kesenian Islam.Seni kaligrafi dan hiasan arabik yang mengagumkan terukir di ruang masjid akan melahirkan keharmonian kepada sesiapa yang beribadat di dalamnya. Begitu juga dengan bangunan-bangunan lain yang bercirikan Islam.

Bangunan-bangunan yang bercirikan Islam juga selalunya mempunyai kubah yang besar dan menara-menara yang tinggi dan berpilin. Masjid iaitu bangunan yang menjadi lambang Islam semestinya berkonsepkan kubah (besar dan kecil),menara yang tinggi dan deretan tiang.

Page 4: zzzaaaiiiimmm (1)

Seni Muzik Diterimapakai Di dalam Kesenian Islam

Seni muzik pada awalnya hanya menggunakan rebana,rebab, beduk dan seruling. Perkembangan seni muzik Islam mencapai puncaknya di era Abbasiyah yang menjadi pusat budaya dan peradaban Islam.

Lama-kelamaan, muzik semakin berkembang daripada kasidah iaitu jenis muzik tertua dalam Islam hinggalah kepada nasyid yang begitu popular pada masa kini.

Nasyid adalah salah satu seni Islam dalam bidang seni suara.Biasanya merupakan nyanyian yang bercorak Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya. Biasanya nasyid dinyanyikan secara acappela dengan hanya diiringi gendang. Gaya dan cara penyampaian ini muncul kerana banyak ulama Islam yang melarang penggunaan alat muzik kecuali alat muzik perkusi. Kini lagu-lagu nasyid diterima secara meluas dalam pelbagai peringkat umur dan terkenal di peringkat antarabangsa.

Kesimpulan

Di dalam Islam, banyak jenis kesenian seperti senibina bangunan, tulisan khat dan alat muzik. Kesemua kesenian Islam ini semakin diterima dan terkenal di seluruh dunia. Kita haruslah berbangga dengan kesenian Islam yang kita warisi ini.