zon perindustrian bebas dan gudang pengilangan berlesen

16
KASTAM DIRAJA MALAYSIA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (CBP) PANDUAN ZON PERINDUSTRIAN BEBAS DAN GUDANG PENGILANGAN BERLESEN

Upload: zettynorhayati

Post on 30-Sep-2015

148 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

GST

TRANSCRIPT

  • KASTAM DIRAJA MALAYSIA

    CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (CBP)

    PANDUAN

    ZON PERINDUSTRIAN BEBAS DAN GUDANG PENGILANGAN

    BERLESEN

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada050114

    1

    KANDUNGAN

    PENGENALAN..........................................................................................1 Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) Sepintas Lalu1

    OPERASI AM INDUSTRI..................................................................................................2 ZON PERINDUSTRIAN BEBAS DAN GUDANG PENGILANGAN BERLESEN.....................................................................2

    LAYANAN CBP UNTUK INDUSTRI...................................................................................................2

    Implikasi CBP ke atas barang yang diperoleh oleh mana-mana orang yang

    beroperasi di dalam ZIB atau mempunyai status

    GPB.............................................................................................................5

    Implikasi CBP ke atas barang yang dibekalkan daripada mana-mana orang

    yang beroperasi di dalam ZIB atau mempunyai status

    GPB.............................................................................................................5

    Implikasi CBP ke atas perkhidmatan yang dibekalkan oleh seseorang yang

    beroperasi di dalam ZIB atau mempunyai status

    GPB.............................................................................................................6

    PENGAKAUNAN CUKAI OUTPUT DAN DUTI KASTAM..6

    SUBKONTRAK...7

    SOALAN LAZIM.8 Penghantaran Barang Kepada Pelanggan

    Tempatan.12

    Layanan CBP Ke Atas Barang yang Hilang/ Rosak/ Musnah/Ditolak................................................................................13

    Perkara Lain Berkaitan.....................................................................14 MAKLUMBALAS DAN KOMEN.................................................................15

    BANTUAN DAN MAKLUMAT LANJUT......................................................................................................15

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 2

    PENGENALAN

    1. Panduan industri ini disediakan untuk membantu peniaga memahami

    perkara-perkara berkaitan dengan layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan

    ke atas Zon Perindustrian Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen.

    Gambaran Keseluruhan Cukai Barang dan Perkhidmatan

    2. Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah cukai berperingkat atas

    penggunaan tempatan. CBP dikenakan ke atas semua pembekalan bercukai

    barang dan perkhidmatan di Malaysia kecuali bagi pembekalan yang

    dikecualikan secara khusus. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan

    barang dan perkhidmatan ke dalam Malaysia.

    3. Pembayaran cukai dibuat secara berperingkat oleh perantara di dalam

    proses pengeluaran dan pengedaran. Walaupun cukai dibayar di sepanjang

    rantaian pengeluaran dan pengedaran, namun hanya nilai tambah di setiap

    peringkat sahaja akan dikenakan cukai dan ini mengelak dari berlakunya

    kesan cukai berganda.

    4. Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang

    dan Perkhidmatan 20XX dikenali sebagai orang berdaftar. Seorang orang

    berdaftar dikehendaki mengenakan CBP (cukai output) ke atas pembekalan

    bercukai barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggannya. Dia

    dibenarkan untuk menuntut apa-apa CBP yang ditanggung dalam

    pembeliannya (cukai input) yang merupakan input bagi perniagaannya. Oleh

    itu, cukai itu sendiri bukanlah kos kepada perantara dan tidak wujud sebagai

    perbelanjaan dalam penyata kewangan mereka.

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 3

    OPERASI AM INDUSTRI ZON PERINDUSTRIAN BEBAS DAN GUDANG PENGILANGAN BERLESEN 5. Sesebuah Zon Bebas merupakan satu kawasan yang ditetapkan dan

    terkawal di mana aktiviti perdagangan dan perindustrian dijalankan dan

    diwartakan oleh Menteri Kewangan sebagaimana yang diperuntukkan di

    bawah Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas, 1990. Terdapat dua jenis Zon Bebas,

    iaitu Zon Perindustrian Bebas (ZIB) dan Zon Perdagangan Bebas (ZPB).

    Pihak Berkuasa Zon adalah dilantik oleh Menteri di bawah peruntukan

    Seksyen 3(2), Akta Zon Bebas 1990 untuk mengendalikan Zon berkenaan.

    Kawalan kastam di zon bebas adalah minima dan pada asasnya hanya di

    pintu keluar masuk.

    6. Zon Perindustrian Bebas (ZIB) adalah suatu tempat di mana

    kebanyakan aktiviti pengilangan yang dijalankan adalah bagi tujuan eksport.

    Ia merupakan suatu kemudahan untuk syarikat-syarikat yang berorentasikan

    eksport. Di samping itu, ZIB juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti lain

    seperti penilaian, pengujian barang, penyelidikan, rekaan dan sebagainya.

    7. Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) adalah suatu premis berlesen di

    bawah section 65A Akta Kastam 1967 dan dikawal secara langsung oleh

    Kastam Diraja Malaysia. Ia dikawal secara dokumentasi dan tertakluk kepada

    semua perundangan dan peraturan Kastam. Gudang Pengilangan Berlesen

    adalah juga suatu kemudahan yang disediakan untuk industri berorentasikan

    eksport.

    8. Panduan ini hanya menyentuh mengenai tatacara CBP ke atas mana-

    mana orang yang beroperasi di dalam ZIB atau mempunyai status GPB.

    Untuk Zon Perdagangan Bebas sila rujuk panduan mengenai ZPB.

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 4

    LAYANAN CBP UNTUK INDUSTRI

    Implikasi CBP ke atas barang yang diperoleh oleh mana-mana orang yang

    beroperasi di dalam ZIB atau mempunyai status GPB.

    9. Di bawah sistem CBP, seseorang yang beroperasi di dalam ZIB atau

    mempunyai status GPB adalah dikira sebagai mana-mana orang yang

    menjalankan perniagaan di Malaysia di mana peraturan biasa CBP adalah

    terpakai. Walau bagaimanapun, orang yang beroperasi di dalam ZIB atau

    mempunyai status GPB adalah layak untuk memohon Skim Pedagang

    Diluluskan (SPL) untuk membolehkan Ketua Pengarah menggantung

    pembayaran CBP bagi barang yang diimport pada masa pengimportan

    berlaku. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan bagi Skim

    Pedagang Diluluskan (SPL).

    Implikasi CBP ke atas barang yang dibekalkan daripada mana-mana orang

    yang beroperasi di dalam ZIB atau mempunyai status GPB.

    10. Semua barang yang dibekalkan daripada seseorang yang beroperasi

    dalam ZIB atau mempunyai status GPB ke luar negara adalah berkadar sifar.

    Dokumen-dokumen bukti pengeksportan hendaklah disimpan bagi tujuan

    pengauditan. Walau bagaimanapun, pembekalan yang dibuat oleh seseorang

    yang beroperasi dalam suatu ZIB kepada mana-mana orang yang beroperasi

    dalam ZIB adalah berkadar standard. Layanan yang sama terpakai bagi

    pembekalan yang dibuat oleh seseorang yang mempunyai status GPB

    kepada seseorang lain yang juga mempunyai status GPB atau seseorang

    yang beroparasi dalam ZIB kepada mana-mana orang yang mempunyai

    status GPB atau sebaliknya.

    11. Semua barang yang dibekalkan ke pasaran tempatan oleh seseorang

    yang beroperasi dalam ZIB atau yang mempunyai status GPB kepada orang

    lain yang tidak beroperasi dalam ZIB ataupun tidak mempunyai status GPB

    adalah tertakluk kepada CBP. Walau bagaimanapun, nilai barang mestilah

    jumlah amaun-amaun berikut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

    Akta CBP,

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 5

    (a) nilai barang bagi maksud duti kastam

    (b) amaun duti kastam yang dibayar atau perlu dibayar, dan

    (c) amaun duti eksais dibayar atau perlu dibayar

    Implikasi CBP ke atas perkhidmatan yang dibekalkan oleh seseorang yang

    beroperasi di dalam ZIB atau mempunyai status GPB.

    12. Di bawah sistem CBP, pembekalan perkhidmatan yang diperoleh oleh

    seseorang yang beroperasi di dalam ZIB atau mempunyai status GPB adalah

    berkadar standard.

    PENGAKAUNAN CUKAI OUTPUT DAN DUTI KASTAM

    13. Di bawah perundangan CBP, barang bercukai yang dibekalkan oleh

    seseorang yang beroperasi dalam ZIB atau seseorang yang dilesenkan di

    bawah seksyen 65A Akta Kastam 1967 kepada mana-mana orang yang tidak

    beroperasi dalam ZIB atau kepada mana-mana orang yang tidak dilesenkan

    di bawah seksyen 65A Akta Kastam 1967 mestilah dinilaikan sebagai barang

    import (sebagaimana yang ditetapkan di bawah section 16 Akta CBP). Apa-

    apa barang yang dibawa masuk untuk kegunaan tempatan mestilah

    diisytiharkan dalam borang ditetapkan (borang kastam no.1) bagi maksud

    pembayaran duti kastam. Walau bagaimanapun, bagi pembayaran CBP

    pembekalan barang itu adalah dikira sebagai pembekalan biasa, di mana

    orang berdaftar yang beroperasi dalam ZIB mestilah mengeluarkan invois

    cukai untuk mengakaunkan cukai output. Nilai bagi maksud CBP mestilah

    termasuk apa-apa duti kastam atau duti eksais yang telah dibayar atau kena

    dibayar, jika ada. Orang berdaftar itu hendaklah menjumlahkan dan

    mengakaunkan CBP dalam penyata CBP selaras dengan tempoh

    bercukainya.

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 6

    Contoh 1 Jadual 1:Duti import ke atas jualan tempatan yang diakaunkan dalam

    borang Kastam no.1.

    (Andaian 20% duti import)

    Jadual 2: CBP ke atas jualan tempatan (satu ilustrasi mudah)

    *Nota: CBP atas pembekalan tempatan hendaklah diakaunkan dalam penyata CBP bagi tempoh cukai yang berkaitan.

    Bil. Perihal barang

    Unit Nilai

    (RM)

    Duti Import (RM)

    1. Pakaian 300 helai

    7,500.00 1,500.00

    Duti yang kena dibayar

    1,500.00

    Invois Cukai Daripada : SS Smart,

    Jalan SS 2/2, Kpd: JBS Sdn Bhd, Petaling Jaya, No.7, Jalan SS 7/7, Selangor. Petaling Jaya, Selangor. No. Invois: 007 No. CBP : 00077-77 Tarikh : 8.8.20XX

    Bil. Perihal Pembekalan Kuantiti Harga seunit (RM)

    Jumlah (RM)

    1. Pakaian CBP atas nilai + duti import @ 6% on RM9,000.00

    300 helai 25.00 7,500.00

    540.00

    JUMLAH AMAUN KENA BAYAR 8,040.00

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 7

    KERJA SUBKONTRAK

    14. Kerja subkontrak terdiri dari berikut: (a) Subkontrak masuk (farming in) - barang dihantar kepada syarikat

    ZIB atau GPB untuk menjalankan kerja subkontrak, sama ada dari luar negara atau tempatan.

    (b) Subkontrak keluar (farming out) -barang dihantar oleh syarikat ZIB atau GPB okepada syarikat lain, sama ada di luar negara atau tempatan, bagi menjalankankerja subkontrak

    15. Apabila barang dihantar untuk kerja sub-kontrak, pemilikan barang

    masih lagi kekal bersama pembekal. Oleh itu, tiada pembekalan berlaku. Ini

    bermakna tiada CBP dikenakan apabila barang itu dihantar untuk kerja

    subkontrak.

    16. Dalam kes subkontrak keluar, apabila barang tersebut dikembalikan

    semula kepada orang berdaftar yang beroperasi dalam ZIB, sub-kontraktor

    pada kebiasaannya akan mengenakan caj ke atas kerja-kerja yang dilakukan.

    Perkhidmatan yang disediakan oleh subkontraktor ini adalah tertakluk kepada

    CBP. CBP yang ditanggung bagi caj ini dikira sebagai cukai input.

    Rajah 1: Ilustrasi sub kontrak

    Contoh 2

    Sub-kontrak Dikembalikan (bahan mentah (barang siap dan Bernilai RM100,000 caj RM15,000 atas Tidak tertakluk kepada CBP) upah- tertakluk CBP)

    ABC SDN. BHD.

    (orang berdaftar CBP)

    XYZ SDN.BHD.

    (orang berdaftar CBP)

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 8

    Pengakaunan untuk CBP adalah seperti berikut:

    (a) ABC Sdn. Bhd. tidak perlu mengeluarkan invois cukai kerana ianya

    dikira sebagai bukan pembekalan dan CBP tidak dikenakan. ABC Sdn

    Bhd hanya perlu mengeluarkan arahan penyerahan (delivery order) bagi

    pergerakan barang tersebut.

    (b) XYZ Sdn. Bhd. perlu mengeluarkan invois cukai kepada ABC Sdn.

    Bhd., apabila barang siap dikembalikan semula kepada ABC Sdn. Bhd.

    selepas kerja sub-kontrak dilakukan dan mengakaunkan cukai output

    sebanyak RM900.00 (RM15,000 x 6%) ke atas upah.

    (c) ABC Sdn. Bhd. boleh menuntut RM900.00 (CBP) yang telah dibayar

    kepada XYZ Sdn. Bhd. sebagai kredit cukai input.

    (d) Sekiranya XYZ Sdn. Bhd. bukan merupakan orang berdaftar , tiada

    CBPperlu dibayar ke atas upah.

    17. Dalam kes subkontrak masuk yang melibatkan kerja subkontrak yang

    diberi oleh syarikat tempatan kepada syarikat ZIB atau GPB,layanan

    adalah sama seperti illustrasi di rajah 1 di atas. Bagaimanapun, bagi

    kerja subkontrak yang diberi oleh prinsipal di luar negara yang tidak

    berada di Malaysia, layanan CBP diperuntukkan di bawah Skim

    Pengilang Tol Diluluskan (SPT). Sub-kontraktor (pengilang tol) akan

    membuat kerja-kerja sub-kontrak dan kerja-kerja sub-kontrak itu adalah

    pembekalan yang diabaikan di bawah SPT. Apabila pengilang tol

    menghantar sebahagian barang siap kepada pelanggan tempatan

    prinsipal luar negara, pelanggan tempatan yang menerima barang siap

    tersebut perlu membuat perakaunan kendiri penerima. Ini bermaksud,

    CBP ke atas penghantaran tempatan akan dikira sebagai cukai output

    dan pada masa yang sama cukai yang sama boleh dituntut sebagai kredit

    cukai input. Walau bagaimanapun, apa-apa jualan tempatan yang dibuat

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 9

    oleh pelanggan tempatan akan dikenakan CBP. Untuk maklumat lanjut,

    sila rujuk kepada panduan SPT.

    SOALAN LAZIM

    S1 : Sebagai seorang yang beroperasi dalam ZIB, adakah saya

    perlu membayar CBP ke atas barang yang diimport ?

    J1 : Di bawah peraturan CBP yang biasa, semua barang yang

    diimport adalah tertakluk kepada CBP. Walau bagaimanapun,

    anda adalah layak untuk memohon SPL untuk membolehkan

    pembayaran CBP ke atas barang yang diimport digantung pada

    masa pengimportan.

    S2 : Bolehkah CBP yang dikenakan ke atas pembelian tempatan

    yang dibuat oleh sesebuah syarikat yang mempunyai

    status pembayaran GPB digantung?

    J2 : CBP yang dikenakan ke atas pembelian tempatan yang dibuat

    oleh syarikat yang berstatus GPB tidak boleh digantung

    pembayarannya. CBP bagi perolehan itu mestilah dibayar dan

    ia boleh dituntut sebagai kredit cukai input. Layanan yang sama

    terpakai bagi pembelian tempatan yang dibuat oleh syarikat

    yang beroperasi dalam ZIB.

    S3 : Adakah CBP dikenaka ke atas perolehan yang dibuat oleh

    seseorang yang beroperasi dalam suatu ZIB daripada orang

    lain yang juga beroperasi dalam ZIB ?

    J3 : Perolehan yang dibuat oleh seseorang yang beroperasi dalam

    suatu ZIB daripada seorang lain yang juga beroperasi dalam

    ZIB atau daripada seseorang yang dilesenkan di bawah

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 10

    Seksyen 65A Akta Kastam 1967 adalah tertakluk kepada CBP

    pada kadar standard.

    S4: Apakah layanan CBP ke atas barang yang saya eksport

    bagi pihak pelanggan tempatan saya?

    J4: Jika anda mengeksport barang bagi pihak pelanggan tempatan

    anda, anda hanya boleh mengenakan kadar sifar ke atas

    pengeksportan tersebut jika dokumen-dokumen eksport

    menunjukkan bahawa anda adalah pengeksportnya. Walau

    bagaimana pun, jika dokumen-dokumen eksport menunjukkan

    bahawa pelanggan anda adalah pengeksportnya, maka hanya

    pelanggan anda boleh mengenakan kadar sifar ke atas

    pengeksportan tersebut.

    S5: Jika saya beroperasi dalam ZIB, adakah saya perlu

    mengenakan CBP ke atas pembekalan yang dibuat kepada

    syarikat yang beroperasi di ZPB?

    J5: Apa-apa pembekalan yang dibuat oleh seseorang yang

    beroperasi dalam ZIB kepada seseorang yang beroperasi

    dalam ZPB adalah berkadar standard.

    S6: Saya adalah orang berdaftar yang mempunyai status GPB.

    Apakah layanan CBP jika saya membuat pembekalan

    kepada sebuah syarikat yang terletak dalam kawasan

    ditetapkan?

    J6: Pembekalan barang dari suatu syarikat yang beroperasi dalam

    ZIB kepada suatu syarikat yang yang terletak dalam kawasan

    ditetapkan adalah berkadar sifar. Walau bagaimanapun,

    pembekalan perkhidmatan dari Malaysia ke kawasan ditetapkan

    adalah berkadar standard melainkan ia disediakan dalam

    kawasan ditetapkan (pembekalan diabaikan).

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 11

    S7: Apakah layanan CBP ke atas contoh barang daripada

    seseorang yang beroperasi dalam ZIB?

    J7: Contoh atau sampel barang industri dan dagangan yang bukan

    dalam bentuk yang biasa didapati untuk jualan adalah tidak

    dikira sebagai pembekalan. Oleh itu CBP tidak dikenakan ke

    atas sampel tersebut yang diberi oleh seseorang yang

    beroperasi dalam ZIB.

    S8: Apakah implikasi CBP ke atas perkhidmatan yang diimport

    oleh sebuah syarikat yang beroperasi dalamZIB?

    J8: Apa-apa perkhidmatan yang diimport oleh sesebuah syarikat

    yang beroperasi dalam ZIB adalah disifatkan sebagai

    pembekalan yang dibekalkan kepada dan oleh syarikat itu. Oleh

    itu, ianya adalah tertakluk kepada CBP. Jika syarikat itu adalah

    orang kena cukai yang membuat pembekalan bercukai

    sepenuhnya, dia boleh mengimbangkan (net off) liabiliti CBP

    yang setara sebagai cukai input yang disifatkan. Walau

    bagaimanapun, jika orang kena cukai itu adalah pembekal

    campuran, dia hanya boleh menuntut cukai input yang hanya

    berkaitan dengan pembekalan bercukai.

    S9: Apakah ada apa-apa implikasi CBP bagi Perkhidmatan yang

    dibekalkan dalam ZIB?

    J9: Semua perkhidmatan yang dibekalkan dan diguna dalam ZIB,

    misalnya sewa forklift, caj penyimpanan, caj buruh, sewa premis,

    pembungkusan dan penglabelan semula adalah berkadar

    standard. Oleh itu, penyedia perkhidmatan tersebut mestilah

    mengakaunkan cukai output, jika dia berdaftar di bawah CBP.

    Layanan yang serupa terpakai kepada mana-mana syarikat yang

    mempunyai status GPB.

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 12

    S10. Adakah apa-apa liabiliti CBP bagi pembekalan perkhidmatan di

    antara ZIB?

    J10: Perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan di antara syarikat-

    syarikat yang beroperasi dalam ZIB ataupun syarikat-syarikat yang

    mempunyai status GPB adalah berkadar standard.

    S11: Jika pembekalan barang saya tidak menarik duti import adakah

    saya masih perlu mengisytiharkan pembekalan tempatan itu

    dalam borang kastam no.1?

    J11: Semua pembekalan tempatan yang dibuat hendaklah diisytiharkan

    dalam borang kastam no.1 tidak kira sama ada pembekalan itu berduti

    atau tidak.

    Penghantaran kepada pelanggan tempatan

    S12: Apakah layanan CBP sekiranya saya bertindak sebagai pengilang

    tol untuk prinsipal luar negara dan saya diarahkan supaya menghantar

    barang tersebut kepada pelanggan tempatan prinsipal?

    J12: Seseorang orang berdaftar yang beroperasi dalam ZIB juga boleh

    bertindak sebagai sub-kontraktor kepada prinsipal luar negara. CBP ke atas

    apa-apa pengimportan barang dari prinsipal luar negara kepada orang

    berdaftar adalah tertakluk kepada CBP. Walau bagaimanapun, orang

    berdaftar itu layak untuk memohon SPL untuk mendapat penggantungan

    pembayaran CBP.Orang berdaftar itu tidak perlu mengenakan CBP bagi

    penghantaran barang siap kepada pembeli tempatan pelanggan luar negara

    jika dia adalah orang yang diluluskan di bawah Skim Pengilang Tol

    diluluskan (SPT).

    S13: Bagaimana pula jika pembeli tempatan adalah orang tidak

    berdaftar CBP dalam situasi di atas?

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 13

    J13: Anda hanya boleh menjual kepada pembeli tempatan jika dia

    mempunyai kelulusan daripada Ketua Pengarah untuk menerima barang.

    Anda tidak perlu mengenakan CBP ke atas penghantaran tersebut. Pembeli

    tempatan perlu mengakaun cukai output, walaupun dia adalah tidak berdaftar

    di bawah CBP, berdasarkan kepada nilai dalam invois yang diterima daripada

    pelanggan luar negara dalam masa 30 hari daripada tarikh pembekalan

    dianggap telah berlaku. Cukai tersebut mestilah diakaunkan dalam borang

    yang telah ditetapkan (GST-04).

    Layanan CBP ke atas barang yang hilang/ rosak/ musnah/ ditolak S14: Apakah layanan CBP sekiranya barang saya hilang, dicuri atau

    musnah ketika ianya dipindahkan dan masih di bawah kawalan kastam?

    J14: Apabila barang tersebut hilang, dicuri atau musnah ketika proses

    pemindahan yang masih lagi di bawah kawalan kastam, anda mesti

    mengakaunkan cukai. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon remisi

    bagi CBP yang telah dibayar kepada Ketua Pengarah.

    S15: Bolehkah saya menggantung bayaran CBP ke atas barang yang

    hilang atau musnah sementara menunggu keputusan permohonan

    remisi saya?

    J15: Tidak, bagi tujuan perlindungan hasil negara, anda perlu

    mengakaunkan CBP dengan serta merta bagi barang yang telah hilang, rosak

    atau musnah walaupun pada hakikatnya anda telah membuat permohonan

    untuk remisi.

    S16: Apakah yang perlu saya lakukan jika barang saya hilang, musnah

    atau dicuri semasa dalam penghantaran?

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 14

    J16: Jika barang tersebut hilang, dicuri atau musnah semasa penghantaran,

    CBP hanya perlu kena dibayar jika pembekalan telah berlaku atau jika

    kontrak diantara kedua-dua pihak menyebabkan mana-mana pihak

    bertanggungjawab ke atas cukai itu.

    S17: Apakah layanan CBP ke atas sisa-sisa pengilangan sekiranya

    ianya dimusnahkan atau dijual oleh saya sebagai orang berdaftar

    dengan status GPB?

    J17: Jika sisa pengilangan itu dimusnahkan, CBP tidak kena dibayar kerana

    sisa tersebut tidak dianggap sebagai aset perniagaan dan dengan itu tiada

    pembekalan disifatkan telah berlaku. Sebaliknya sekiranya anda berhasrat

    untuk menjual sisa pengilangan tersebut CBP perlu dikenakan ke atas jualan

    berkenaan.

    Perkara Lain Berkaitan

    S18: Jika saya meminjamkan sebahagian bahan mentah kepunyaan

    saya kepada orang berdaftar lain yang tidak beroperasi dalam ZIB atau

    orang yang tidak mempunyai status GPB untuk penggunaannya dan

    kemudiannya ia menggantikan semula dengan bahan mentahnya yang

    diperolehi melalui sumber lain, adakah saya perlu mengakaunkan cukai

    output CBP?

    J18: Ya, ianya disifatkan sebagai pembekalan kerana aset perniagaan telah

    dipindahkan kepada orang berdaftar yang lain.

    S19:. Jika saya meminjamkan acuan kepada orang berdaftar lain yang

    tidak beroperasi dalam ZIB atau yang tidak mempunyai status GPB

    untuk keperluannya, adakah saya perlu mengakaunkan cukai output

    CBP?

    J19: Ya, kerana pembekalan perkhidmatan disifatkan telah berlaku

    walaupun anda tidak mengenakan caj ke atas pinjaman tersebut.

  • Panduan Ke Atas ZIB dan GPB Deraf pada 050114

    Hak Cipta TerpeliharaJabatan Kastam Diraja Malaysia 15

    S20: Apakah layanan CBP ke atas barang yang dikembalikan semula

    daripada pelanggan luar negara untuk diperbaiki?

    J20: Anda boleh menuntut pelepasan CBP ke atas barang yang

    dikembalikan semula daripada pelanggan luar negara di bawah butiran XX

    Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 20XX.

    MAKLUM BALAS DAN KOMEN

    18. Sebarang maklum balas atau komen adalah sangat dihargai. Sila e-mel

    maklum balas atau komen anda kepada Mohd Hisham B. Mohd Nor

    (m_hisham.nor @ customs.gov.my) atau Aminul Izmeer B. Mohd Sohaimi

    (izmeer.msohaimi @ customs.gov.my).

    BANTUAN DAN MAKLUMAT LANJUT

    19. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada:

    (a) Laman sesawang CBP : www.gst.customs.gov.my (b) Hotline CBP : 03-88822111

    (b) Pusat Panggilan Kastam :

    Tel : 03- 7806 7200/ 1-300-888-500

    Faks : 03- 7806 7599

    E-mel : [email protected]