zatul

2
Kerja rumah adalah sangat penting kepada murid- murid. Selain daripada membuat latihan sewaktu di dalam kelas, murid-murid juga perlu membuat latihan yang diberi oleh guru di rumah.Kerja merupakan suatu amanah yang diberikan oleh guru. Antara faedah kerja rumah termasuklah dapat menambahkan kemahiran. Dengan itu, murid-murid dapat bertambah mahir dalam setiap topik yang diajar oleh guru. Kita dapat melatih murid-murid mengukuhkan kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.Kerja rumah juga boleh dianggap sebagai latihan mata pelajaran. Selain itu, murid-murid juga dapat mendisiplinkan diri dengan menyelesaikan latihan yang diberi oleh guru mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Kita juga boleh menggunakan ilmu dalam kehidupan seharian seperti pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini, pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia. Selain itu,kita boleh mengulang kaji dengan menyelesaikan latihan yang diberi. Kerja rumah juga mendidik cara kita belajar dengan merujuk formula yang dipelajari seperti pelajaran Matematik yang memerlukan formula untuk menyelesaikan jalan kerja.Kita akan mudah memahami dan mengingat pelajaran dengan berkesan.Oleh itu,kita dapat menjawab soalan dengan cemerlang semasa

Upload: julitah-khalif

Post on 13-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Kerja rumah adalah sangat penting kepada murid-murid. Selain daripada membuat latihan sewaktu di dalam kelas, murid-murid juga perlu membuat latihan yang diberi oleh guru di rumah.Kerja merupakan suatu amanah yang diberikan oleh guru. Antara faedah kerja rumah termasuklah dapat menambahkan kemahiran. Dengan itu, murid-murid dapat bertambah mahir dalam setiap topik yang diajar oleh guru. Kita dapat melatih murid-murid mengukuhkan kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.Kerja rumah juga boleh dianggap sebagai latihan mata pelajaran. Selain itu, murid-murid juga dapat mendisiplinkan diri dengan menyelesaikan latihan yang diberi oleh guru mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Kita juga boleh menggunakan ilmu dalam kehidupan seharian seperti pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian.Dengankemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini,pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia. Selain itu,kita boleh mengulang kaji dengan menyelesaikan latihan yang diberi.Kerja rumah juga mendidik cara kita belajar dengan merujuk formula yang dipelajari seperti pelajaran Matematik yang memerlukan formula untuk menyelesaikan jalan kerja.Kita akan mudah memahami dan mengingat pelajaran dengan berkesan.Oleh itu,kita dapat menjawab soalan dengan cemerlang semasa ujian.Kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dengan mudah. Di samping itu,kita dapat mengisi masa senggang dengan menyelesaikan kerja rumah.Ini juga mendatangkan banyak faedah daripada hanya menonton televisyen atau melayari internet sahaja.Masa adalah sangat berharga.Bak kata pepatah,`Masa ialah emas.Oleh itu,kita perlulah memahirkan diri dalam pengurusan masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat. Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan meyelesaikan kerja rumah. Kejayaan banyak bergantung kepada usaha dan kecekalan seseorang. Oleh itu, kita perlulah menyelesaikan kerja rumah yang diberi untuk kebaikan diri sendiri.