zaman prasejarah merujuk zaman paleolitik mesolitik dan neolitik

Upload: azamlini

Post on 09-Jul-2015

218 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Zaman prasejarah merujuk zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Jelaskan pengertian prasejarah dan huraikan ciri-ciri masyarakat prasejarah dengan merujuk ketiga-tiga zaman. Pendahuluan :

Maksud prasejarah ialah zaman belum ada tulisan atau rekod bertulis tentang sejarah manusia. Dikenali sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan. Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Prasejarah awal ( Paleolitik dan Mesolitik ) dan Prasejarah Akhir ( Neolitik ). Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10 000 SM, Mesolitik wujud antara 10 000, Neolitik wujud antara 7000 SM hingga 35 000 SM. Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut.

Isi : Zaman Prasejarah Awal :

Manusia yang wujud pada zamanPaleolitik dan Mesolitik dikenali sebagai Pithercanthropus Eructus yang mampu untuk berkomiunikasi dan menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun. Peralatan diperbuat daripada batu seperti kapak dan panah dan buatannya kasar. Peralatan digunakan untuk memburu dan mengumpul hasil hutan.

Zaman Paleolitik Awal :

Aktiviti Zaman Paleolitik Awal ialah memburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Masyarakat Paleolitik hidup berpindah randah. Tempat tinggal mereka di dalam gua dan berlindung dibawah ranting Kayu yang ditutupi dengan rumput. Terdapat juga yang berlindung di dlm lubang tanah yang digali. Ahli arkeologi juga menemui peralayan dan barang-barang yang menunjukkan wujud upacara pengebumian dan kepercayaan masyarakat zaman ini selepas kematian.

Zaman Paleolitik Akhir

Wujud antara tahun 30 000 SM hingga 10 000 SM Manusia yang wujud pada zaman ini dikenali sebagai Cro Magnon berdasarka penemuan rangka manusia di gua Cro Magnon di Dorgogne, Perancis. Peralatan batu yang digunakan mempunyai kesenian berukiran halus. Terdapat juga peralatan diperbuat daripada tulang, tanduk atau gading binatang. Mereka menggunakan tulang untuk membuat jarum. Gigi binatang dan cengkerang di gunakan sebagai alat perhiasan seperti subang.

Masyarakat ini tinggal di dalam gua dan hidup dalam kelompok kecil serta mempunyai struktur sosial yang teratur. Mereka memburu binatang dan hasil yang diperoleh dibahagikan sama rata. Pada zaman ini, mereka mempunyai kemahiran melukis dan mengukir. Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar- gambar binatang yang dianggap dapat membantu mereka memburu.

Zaman Mesolitik :

Zaman ini ialah zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada Zaman Neolitik dan wujud sekitar 10 000 SM hingga 7 000 SM. Zaman ini revolusi pertanian telah berlaku dan mereka mulai mendapatkan sumber makanan daripada hasil pertanian. Pertanian dijalankan dengan menggunakan tajak dan alat bajak. Mereka menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia. Mereka tinggal di dalam gua, pesisiran pantai dan sungai. Mereka juga menternak binatang seperti anjing, babi, unta dan lain-lain Penternakan yang dijalankan adalah untuk kulit yang dijadikan pakaian dan alat pengangkutan.

Zaman Neolitik :

Manusia zaman ini mula mencipta tembikar, alat tenunan, perahu dan rakit yang membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Perkembangan pertanian telah melahirkan masyarakat yang bergantung pada sumber makanan utama dan mengubah corak hidup manusia. Pertambahan hasil pertanian, pertambahan penduduk dan penempatan kekal telah mewujudkan pengkhususan kerja dalam masyarakat mereka. Wujud di kalangan mereka yang bekerja sebagai petani, artisan dan tukang-tukang mahir yang melahirkan struktur susun lapis masyarakat yang kompleks. Lebihan pertanian telah diperdagangkan dengan menggunakan kaedah sistem barter antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Dari segi keagamaan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa serta menjalankan menjalankan upacara ritual dan amalan korban. Mereka menjalankan upacara pemujaan supaya dapat mengelakkan malapetaka yang akan mengganggu aktiviti pertanian dan kehidupan seharian.

Kesimpulan :

Terdapat perbezaan antara Zaman Prasejarah Awal dengan Zaman Prasejarah Awal terutama kewujudan Revolusi Pertanian dan penempatan. Perkembangan pertanian merupakan asas penting dalam mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun.