zaman mesolitik

17
Definisi Zaman Mesolitik (Bahasa Yunani: mesos "tengah", lithos "batu") ialah zaman perkembangan teknologi manusia antara zaman-zaman Paleolitik dan Neolitik. Istilah Mesolitik diperkenalkan oleh John Lubbock dalam kertas kerja Pre-historic Times terbitan tahun 1865. Walaupun begitu, istilah tersebut jarang digunakan sehingga dilariskan oleh V. Gordon Childe dalam buku The Dawn of Europe (1947). ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITI K PENGENALAN Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.

Upload: lily

Post on 25-Jan-2016

238 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

zaman Mesolitik

TRANSCRIPT

Definisi

Zaman Mesolitik (Bahasa Yunani: mesos "tengah", lithos

"batu") ialah zaman perkembangan teknologi manusia

antara zaman-zaman Paleolitik dan Neolitik. Istilah

Mesolitik diperkenalkan oleh John Lubbock dalam kertas

kerja Pre-historic Times terbitan tahun 1865. Walaupun

begitu, istilah tersebut jarang digunakan sehingga

dilariskan oleh V. Gordon Childe dalam buku The Dawn of

Europe (1947).

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

PENGENALAN

Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini

berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini

mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman

Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman

Haobinhian.

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

zaman Mesolitik di dunia

Zaman Mesolitik bermula dengan zaman kehangatan

Holosen sekitar 11,660 tahun dahulu, dan berakhir

dengan kegiatan pertanian terawal yang berbeza tarikh

permulaannya mengikut rantau geografi. Di

sesetengah kawasan, seperti Timur Dekat, pertanian

sudah digiatkan menjelang akhir Pleistosen, oleh itu

betapa singkatnya dan sukarnya untuk menentukan

zaman Mesolitik. Di kawasan yang kekurangan impak

glasier, adakalanya lebih baik untuk menggunakan

istilah "Epipaleolithic". Kawasan-kawasan yang

mengalami kesan persekitatan yang lebih ketara

seperti akhirnya zaman glasier terakhir, mengalami

zaman Mesolitik yang lebih ketara selama beribu-ribu

tahun.

Misalnya, di Eropah Utara, masyarakat

boleh hidup dengan bekalan makanan

yang mencukupi dari tanah rawang

yang terhasil dari iklim yang lebih

hangat. Keadaan sebegini turut

menimbulkan perilaku manusia

tersendiri yang diabadikan dalam bahan

catatan, seperti kebudayaan

Maglemosia dan Azilia, serta menunda

kedatangan zaman Neolitik sehingga

selewat-lewat 5000 SM di Eropah

Utara.

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

didapati di pinggiran masyarakat sedentari

dan kebudayaan Neolitik (Tembikar Linear

-dengan budaya Rössen dan budaya

Lengyel sebagai budaya terbitan

terpentingnya- dan Tembikar Cardium)

sehingga sudah melalui "peringkat Neolitik

bukan seramik". Ketika ini, kebanyakan

orang Mesolitik menggunakan sejenis

tembikar berbeza yang dihasilkan dengan

kaedah yang tidak diketahui oleh para

petani Neolitik. Walaupun lain tempat lain

gayanya, namun terdapat ciri-ciri biasa

seperti tapak bonjol serta gulungan tanah

liat yang bertindih, sebagai tanda wujudnya

jalinan erat ataupun hubungan "etnik"

sesama kelompok-kelompok ini. Jeunesse et

al. (1991, fig.22) mengaitkan tembikar

bertapak bonjol

Memandangkan apa yang diistilahkan oleh

Mithen sebagai "pakej Neolitik" (termasuk

pertanian, pengembalaan, kapak batu tergilap,

rumah panjang buatan balak dan barang

tembikar) merebak ke Eropah menerusi laluan-

laluan yang masih dipertikai oleh para ilmuwan,

cara hidup Mesolitik akhirnya diketepikan,

lambat-laun menjadi lesap. Adaptasi zaman

Mesolitik dipetik kerana relevan kepada

persoalan peralihan kepada pertanian, termasuk

sedentisme, jumlah penduduk dan makanan

berasaskan tumbuhan.[2] Di Eropah, sezaman

"Mesolitik seramik" boleh ditentukan pada tahun

5200-3850 SM (tertentukur) di Eropah Selatan

hingga Utara; juga dikenali sebagai

Subneolithicum atau "Mesolitik, Pemburu

Terakhir, Petani Terawal" (Price). Peringkat

kebudayaan Mesolitik ini boleh

seumpamanya yang ditemui di Sepanyol, Scandinavia selatan dan rantau Dnieper-Donets di

Ukraine. Di Afrika Utara juga terjumpanya tembikar bertapak bonjol ala neolitik. Budaya Ertebølle

di Denmark ialah satu contoh kebudayaan Mesolitik yang mengusahakan hasil tembikar dan giat

berdagang dengan masyarakat Neolitik di selatan. Mithen berkata bahawa kebudayaan Mesolitik

sudah menemui jalan mati dalam sejarah, tidak senasib dengan budaya-budaya seawal zaman

Paleolitik akhir di Asia Barat yang berevolusi secara berterusan sehingga zaman Neolitik. Pada

masa yang sama, kajian genetik menunjukkan bahawa keturunan Eropah moden, khususnya DNA

mitokondria nsab ibunya, diturunkan terus dari orang-orang Mesolitik ini yang mungkin akhirnya

memeluk gaya hidup Neolitik yang didatangkan dari Asia Barat.

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

Mesolitik dalam peta dunia

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

Ciri-ciri zaman mesolitik

Peralatan

Aktiviti Harian

Tempat Tinggal

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

Tempat tinggal orang mesolitik

Aktiviti harian orang mesolitik

Tempat kediaman orang Mesolitikn masih

di gua, bawah ranting kayu dan lubang

bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah

sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan

laut. Sebab utama mereka tinggal di sini

ialah tempat ini akan membekalkan air dan

makanan laut yang diperlukan oleh mereka.

Air ini diperlukan untuk minum, mencuci,

mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya

mereka tinggal di dalam hutan, adalah

sangat payah bagi mereka untuk

mengangkat air ke tempat kediaman

mereka.

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

Peralatan

Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu,

dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas

kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik.

Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini

juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak

panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk

menangkap ikan.

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

Alat Tulang

Umpan Pemancing

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

Alat Repehan Kecil

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

Beliung

Alat Tulang

Alatan Batu

Anah Panah & Kapak

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

Batu heobinh

ZAMAN PRA SEJARAH MESOLITIK

Bolehkah istilah mesolitik digunakan di asia tenggara???