yuhanis binti yahya

2
Yuhanis binti Yahya No. 558 Taman Sri Kota Jalan Kuala Kedah 06600 Alor setar Kedah. 12 Febuari 2015 Pengurus Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan PKMB Alor Setar No.11 Tingkat 1 Jalan Pegawai 05050 Alor Setar Kedah Tuan/puan, RAYUAN SEMAKAN SEMULA SKIM PEMBIAYAAN IKHTIAR - RM 3000.00 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya Yuhanis binti Yahya no k/p: telah menyertai Skim Pembiayaan Ikhtiar dibawah kelolaan agensi tuan. Saya telah mengajukan borang permohonan untuk skim tersebut dan pihak saya telah dimaklumkan bahawa permohonan telah diluluskan. Namun tidak lama kemudian, ketua pusat memaklumkan bahawa permohonan tersebut telah dibatalkan kerana masalah kehadiran saya ke kelas yang dianjurkan. 2. Untuk makluman pihak tuan, jika diteliti rekod pembayaran saya sebelum ini amat teratur dan tidak pernah gagal. Saya juga amat komited dengan kelas yang dihadiri. Namun ada bebarapa kelas yang saya tidak dapat hadir berikutan mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan iaitu anak lelaki bongsu saya telah mengalami kemalangan jalan raya. Jadi saya terpaksa menjaga beliau, memandangkan beliau mengalami kesukaran untuk menguruskan diri sendiri. 3. Saya amat berharap pihak tuan dapat meneliti semula rayuan pinjaman saya ini kerana saya telah membuat perancangan perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan saya. Memandangkan tempahan kuih pun amat rancak berjalan, saya berkeyakinan penuh bahawa dapat melunaskan pembayaran mengikut jadual. Bersama-sama ini juga saya kepilkan bersama borang permohonan yang berkenaan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Semoga rayuan saya mendapat perhatian dan mendapat kelulusan segera daripada pihak tuan. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar,

Upload: nahiraz

Post on 17-Jan-2016

283 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Page 1: Yuhanis Binti Yahya

Yuhanis binti Yahya No. 558 Taman Sri KotaJalan Kuala Kedah06600 Alor setar Kedah.

12 Febuari 2015

Pengurus Amanah Ikhtiar MalaysiaCawangan PKMB Alor SetarNo.11 Tingkat 1Jalan Pegawai05050 Alor Setar Kedah

Tuan/puan,

RAYUAN SEMAKAN SEMULA SKIM PEMBIAYAAN IKHTIAR- RM 3000.00

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Yuhanis binti Yahya no k/p: telah menyertai Skim Pembiayaan Ikhtiar dibawah kelolaan agensi tuan. Saya telah mengajukan borang permohonan untuk skim tersebut dan pihak saya telah dimaklumkan bahawa permohonan telah diluluskan. Namun tidak lama kemudian, ketua pusat memaklumkan bahawa permohonan tersebut telah dibatalkan kerana masalah kehadiran saya ke kelas yang dianjurkan.

2. Untuk makluman pihak tuan, jika diteliti rekod pembayaran saya sebelum ini amat teratur dan tidak pernah gagal. Saya juga amat komited dengan kelas yang dihadiri. Namun ada bebarapa kelas yang saya tidak dapat hadir berikutan mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan iaitu anak lelaki bongsu saya telah mengalami kemalangan jalan raya. Jadi saya terpaksa menjaga beliau, memandangkan beliau mengalami kesukaran untuk menguruskan diri sendiri.

3. Saya amat berharap pihak tuan dapat meneliti semula rayuan pinjaman saya ini kerana saya telah membuat perancangan perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan saya. Memandangkan tempahan kuih pun amat rancak berjalan, saya berkeyakinan penuh bahawa dapat melunaskan pembayaran mengikut jadual. Bersama-sama ini juga saya kepilkan bersama borang permohonan yang berkenaan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Semoga rayuan saya mendapat perhatian dan mendapat kelulusan segera daripada pihak tuan. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………………..(YUHANIS BINTI YAHYA)