yb datuk haji samsolbari bin jamali (semarang)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah...

36
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018 UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina) 1 YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG) SOALAN 1 (A42) Apakah pendirian kerajaan Johor terhadap sebarang usaha untuk menratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of all form of Racial Discrimination) di Malaysia. YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 2 (A59) Minta penjelasan apakah pendirian kerajaan negeri Johor berhubung cadangan Ratifikasi ICERD yang dijangka ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 2019 yang akan menggugat Hak Istimewa Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam. YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 3 (A83) Minta dinyatakan pendirian Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)? YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 4 (A177) Minta dinyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri tentang isu menandatangani dan mengesahkan ICERD oleh Kerajaan Pusat PH. YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI (LAYANG-LAYANG) SOALAN 5 (A66) Apakah pendirian kerajaan negeri tentang International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination (ICERD)? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

1

YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG) SOALAN 1 (A42) Apakah pendirian kerajaan Johor terhadap sebarang usaha untuk menratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of all form of Racial Discrimination) di Malaysia. YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 2 (A59) Minta penjelasan apakah pendirian kerajaan negeri Johor berhubung cadangan Ratifikasi ICERD yang dijangka ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 2019 yang akan menggugat Hak Istimewa Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam. YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 3 (A83) Minta dinyatakan pendirian Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)? YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 4 (A177) Minta dinyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri tentang isu menandatangani dan mengesahkan ICERD oleh Kerajaan Pusat PH. YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI (LAYANG-LAYANG) SOALAN 5 (A66) Apakah pendirian kerajaan negeri tentang International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination (ICERD)? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Page 2: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

2

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NENAS) SOALAN 6 (A160) Sila nyatakan statistik penerima Program Air Percuma mengikut daerah pada bulan Julai, Ogos, September dan Oktober 2018 dan jumlah bantuan kerajaan yang disalurkan melalui program ini. YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 7 (A86) Mohon pencerahan tentang sejauh mana perlaksanaan air percuma 10 meter padu air perumahan kediaman kepada golongan B40 dan bekalan air berkualiti tanpa gangguan. YB PUAN ZAITON BIN ISMAIL (SG. BALANG) SOALAN 8 (A12) Berapakah jumlah rakyat yang menerima subsidi air percuma dan berapakah kos yang di tanggung oleh kerajaan. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (Jawapan bersekali untuk soalan A86, A160 & A12) Pemberian air percuma 10 meter padu telah dilaksanakan mulai bil keluaran bulan September 2018 kepada penerima yang layak. Proses mengenalpasti akaun-akaun yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Melalui maklumat yang diterima ini, nombor kad pengenalan, nama dan alamat penerima BRIM 2018 telah dipadankan dengan maklumat pemegang aktif akaun bekalan air. Berdasarkan kriteria pemadanan tersebut, bilangan akaun yang layak menerima pemberian 10m3 air percuma adalah sebanyak 205,549 pada bulan September 2018 manakala pada bulan Oktober 2018 bilangan akaun meningkat kepada 205,926 iaitu berdasarkan kepada permohonan baru oleh pengguna. Walau bagaimanapun penerima air percuma 10 meter padu hanya layak menerima pemberian ini sekiranya penggunaan air bulanan mereka adalah 35m3 dan ke bawah. Berikut adalah statistik penerima air percuma 10 meter padu bagi bulan September dan Oktober 2018 iaitu:

Page 3: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

3

AGENSI/DAERAH

SEPTEMBER-18 OKTOBER-18 BILANGAN

AKAUN YANG LAYAK

LAYAK MENERIMA 10m3 BILANGAN AKAUN YANG LAYAK

LAYAK MENERIMA 10m3

BILANGAN PENERIMA

JUMLAH REBAT AIR

(RM)

BILANGAN PENERIMA

JUMLAH REBAT AIR

(RM)

JOHOR BAHRU 31,981 24,636 204,947.29 31,988 25,166 202,099.39

PASIR GUDANG 28,269 21,886 177,049.69 28,209 22,656 180,996.21

KULAI 24,144 18,368 148,493.20 24,091 18,963 150,628.01

BATU PAHAT 21,046 17,604 138,855.61 21,105 17,644 139,319.81

YONG PENG 5,711 4,492 35,626.13 5,816 4,724 37,258.68

MUAR 8,973 7,225 57,464.39 9,160 7,431 58,945.76

TANGKAK 5,340 4,377 34,395.13 5,437 4,535 35,424.17

KLUANG 22,113 18,108 143,149.15 22,068 18,449 144,457.79

KOTA TINGGI 12,698 9,210 74,101.38 12,679 9,380 76,361.80

SEGAMAT 12,384 10,175 80,048.17 12,458 10,437 81,402.13

PONTIAN 9,801 7,215 57,401.39 9,861 7,919 62,266.59

MERSING 5,733 4,196 33,025.58 5,729 4,350 34,526.58

ISKANDAR PUTERI 17,356 13,723 114,762.05 17,325 14,338 112,227.30

JUMLAH 205,549 161,215 1,299,319.16 205,926 165,992 1,315,914.22

Page 4: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

4

YB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN (GAMBIR) SOALAN 9 (A33) Mohon nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan mutu pendidikan Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan mutu pendidikan sekolah Agama Kerajaan Johor. Antaranya adalah: 1. Melaksanakan Perubahan Kurikulum Dan Pertukaran Kitab Kerajaan Johor telah meluluskan cadangan perubahan kurikulum dan pertukaran kitab SAKJ secara berperingkat mulai tahun 2018. Kurikulum baharu SAKJ dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Agama (KSSA) yang merangkumi 4 peringkat Kurikulum iaitu; Kurikukum Standard Tadika Islam Johor (KSTAJ), Kurikulum Standard Sekolah Agama Tahap 1 (KSSAT1), Kurikulum Standard Sekolah Agama Tahap 2 (KSSAT2) dan Kurikulum Standard Darjah Khas (KSDK). Objektif perubahan kurikulum dan pertukaran kitab ini diharapkan akan dapat; Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam bidang pembacaan dan penulisan jawi, al-Quran dan Bahasa Arab, Meningkatkan pencapaian dan kualiti hafazan al-Quran dan hadith pilihan, Memperkenalkan kemahiran asas taranum al-Quran dan Barzanji serta Seni Khat, Memperbaharui isi kandungan mata pelajaran berasaskan kitab Matla’ al-Badrain Wa Majma’ al-Bahrain, Risalah Tauhid dan Tasawuf, Meningkatkan penguasaan ilmu dan pengamalan perkara-perkara fardu ain dan fardu kifayah. Mempraktikkan amalan-amalan lazim yang popular di negeri Johor seperti bacaan surah Yasin dan tahlil, doa, wirid dan lain-lain, Melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia, Meraikan Kurikulum Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khususnya pada Tahap Satu Sekolah Agama Kerajaan Johor, dan Menerapkan penggunaan teknologi digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Rancangan Pertukaran Kitab SAKJ; Tahun 2018: Kitab Ibadat Darjah 4, 5, 6 dan Khas, Tahun 2019: Kitab Tadika Islam Johor dan Darjah 4, Tahun 2020: Kitab Darjah 1 & 5, Tahun 2021: Kitab Darjah 2 & 6, Tahun 2022: Kitab Darjah 3 & Darjah Khas 2. Melaksanakan Program Johor Pendidikan Islam Digital (JPID) Mengambil kira Pedidikan Abad ke 21 (PAK 221) Pelaksanaan pilot projek di 4 buah sekolah mulai tahun 2016 iaitu; Sekolah Agama Bandar, Jalan Yahya Awal, Johor

Page 5: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

5

Bahru, Sekolah Agama Imtiyaz. Taman Kota Masai, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang, dan Maahad Johor, Johor Bahru 3. Meneruskan Program Penyaluran Guru-Guru Agama Yang Tidak Terlatih Ke Program Diploma Perguruan Malaysia – Kursus Dalam Cuti (PDPM-KDC) Dan Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (PDPP-KDC) Bagi Guru-Guru Kafa Dan Guru-Guru Sekolah Menengah

Page 6: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

6

YB DATO' IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TG. SURAT) SOALAN 10 (A3) Sekolah Agama Johor telah menjangkau 100 tahun sejak ditubuhkan. Apakah perancangan kerajaan Johor untuk menambahbaik dan memperkasakan lagi pembelajaran sekolah ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN 1. MELAKSANAKAN PERUBAHAN KURIKULUM DAN PERTUKARAN KITAB Kerajaan Johor telah meluluskan cadangan perubahan kurikulum dan pertukaran kitab SAKJ secara berperingkat mulai tahun 2018. Kurikulum baharu SAKJ dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Agama (KSSA) yang merangkumi 4 peringkat Kurikulum iaitu; Kurikukum Standard Tadika Islam Johor (KSTAJ), Kurikulum Standard Sekolah Agama Tahap 1 (KSSAT1), Kurikulum Standard Sekolah Agama Tahap 2 (KSSAT2) dan Kurikulum Standard Darjah Khas (KSDK). Objektif perubahan kurikulum dan pertukaran kitab ini diharapkan akan dapat; Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam bidang pembacaan dan penulisan jawi, al-Quran dan Bahasa Arab, Meningkatkan pencapaian dan kualiti hafazan al-Quran dan hadith pilihan, Memperkenalkan kemahiran asas taranum al-Quran dan Barzanji serta Seni Khat, Memperbaharui isi kandungan mata pelajaran berasaskan kitab Matla’ al-Badrain Wa Majma’ al-Bahrain, Risalah Tauhid dan Tasawuf, Meningkatkan penguasaan ilmu dan pengamalan perkara-perkara fardu ain dan fardu kifayah. Mempraktikkan amalan-amalan lazim yang popular di negeri Johor seperti bacaan surah Yasin dan tahlil, doa, wirid dan lain-lain, Melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia, Meraikan Kurikulum Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khususnya pada Tahap Satu Sekolah Agama Kerajaan Johor, dan Menerapkan penggunaan teknologi digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Rancangan Pertukaran Kitab SAKJ; Tahun 2018: Kitab Ibadat Darjah 4, 5, 6 dan Khas, Tahun 2019: Kitab Tadika Islam Johor dan Darjah 4, Tahun 2020: Kitab Darjah 1 & 5, Tahun 2021: Kitab Darjah 2 & 6, Tahun 2022: Kitab Darjah 3 & Darjah Khas 2. MELAKSANAKAN PENERBITAN BUKU LATIHAN AKTIVITI (BLA) YANG

DISEDIA DAN DISELARASKAN OLEH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAINJ

Mulai tahun 2019 Bahagian Pendidikan Islam JAINJ merancang untuk menerbitkan sendiri semua Buku Latihan Aktiviti (BLA) secara berperingkat; Tahun 2019: BLA

Page 7: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

7

Kitab Darjah 4, Tahun 2020: BLA Kitab Darjah 1 & 5, Tahun 2021: BLA Kitab Darjah 2 & 6, Tahun 2022: BLA Kitab Darjah 3 & Darjah Khas 3. MELAKSANAKAN PROGRAM JOHOR PENDIDIKAN ISLAM DIGITAL (JPID) Pelaksanaan pilot projek di 4 buah sekolah mulai tahun 2016 iaitu; Sekolah Agama Bandar, Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, Sekolah Agama Imtiyaz. Taman Kota Masai, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang, dan Maahad Johor, Johor Bahru 4. MELAKSANAKAN PERUBAHAN FORMAT PEMARKAHAN DAN KAEDAH

PEMBERIAN SIJIL DARJAH KHAS (SDKA) Mulai tahun 2019 sistem pemarkahan Sijil Darjah Khas akan berubah seperti berikut;

Julat Markah Pangkat Tafsiran 80 – 100 A Cemerlang 65 – 79 B Baik 50 – 64 C Memuaskan 40 – 49 D Mencapai Tahap Minimum 0 – 39 E Belum Mencapai Tahap Minimum

TH TH Tidak Hadir Sijil Penuh hanya akan dikeluarkan kepada calon yang telah lulus semua mata pelajaran. (Calon boleh mengulang mata pelajaran yang gagal dalam tempoh 3 tahun). Objektif utama perubahan ini ialah untuk memperkasakan lagi penguasaan pelajar terhadap semua mata pelajaran serta bagi meningkatkan lagi kualiti persijilan Darjah Khas. 5. MERANCANG MELAKSANAKAN PENGAJIAN LANJUTAN DARJAH KHAS Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan Islam JAINJ sedang merancang untuk melaksanakan kelas pengajian lanjutan Darjah Khas mulai tahun 2019 seperti berikut; Tempoh Pengajian: 3 Tahun / 6 Semester / Tingkatan 2 hingga Tingkatan 4 Kelayakan: Lulus Darjah Khas Tempat: SAKJ terpilih Objektif utama pengajian ini ialah untuk melayakkan pemegang Sijil Pengajian Khas Agama Johor melanjutkan pengajian agama ke peringkat yang lebih tinggi.

Page 8: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

8

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 11 (A75) Kadar respons bantuan kecemasan pengurusan bencana adalah membimbangkan kerana proses / SOP bagi mendapatkan kelulusan bantuan yang akan disalurkan mengambil masa sehingga melampaui batas uapaya mangsa untuk bertahan. Apakah pendekatan serta langkah pragmatik kerajaan bagi menghadapi isu / situasi 'red-tape'? YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 12 (A176) Minta dinyatakan inisiatif dan bantuan kecemasan banjir di Johor serta sejauh mana penglibatan Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri bagi menghadapi masalah banjir? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR (Jawapan bersekali untuk soalan A75 & A176)

Page 9: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

9

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 13 (A56) Minta penjelasan tentang kisah bersambung Jambatan Bengkok Malaysia Singapore yang dikatakan dengan penuh yakin bahawa projek ini akan dilaksanakan. Bagaimana reka bentuk barunya dan anggaran kosnya dan bila mula akan dilaksanakan. Mampukah jambatan ini menyelesaikan isu kesesakan tidak berkesudahan itu. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Bagi pihak JKR projek yang tersebut baru sahaja diumumkan dan akan dilaksanakan semula. Namun demikian, perbincangan secara terperinci masih belum dibuat lagi. Projek jambatan bengkok merupakan ilham daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri ke-4. Mengikut perancangan asal, jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang juga dikenali sebagai Jambatan Indah sepatutnya dibina bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923. Kerajaan Negeri secara dasarnya menyokong dan berusaha untuk mewujudkan kembali cadangan projek Jambatan Bengkok ini. Namun begitu, Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang menjalankan kajian awal bagi menjayakan cadangan Laluan Ketiga untuk menghubungkan Pengerang dengan Pulau Ubin Singapura. Cadangan Laluan Ketiga oleh kerajaan negeri Johor adalah untuk menangani isu kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dan Laluan Kedua di Tanjung Kupang yang kerap berlaku ketika ini. Idea ini adalah untuk mewujudkan laluan alternatif untuk mengalihkan trafik ke kedua-dua belah bahagian negara dan membebaskan Causeway dan Link Kedua untuk kenderaan ringan. Projek Pembinaan Jambatan Bengkok ini masih lagi dalam peringkat perancangan awal dan beberapa faktor perlu diambilkira bagi memastikan projek ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Johor serta mengurangkan implikasi kos yang besar kepada Kerajaan Negeri.

Page 10: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

10

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A.RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 14 (A188) Bagaimanakah kedudukan kewangan Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera hasil daripada sumbangan 7.5% keatas setiap lot bumiputera yang dilepaskan oleh pemaju sebelum PRU14 dan pada masa sekarang serta kemanakah wang Tabung Amanah ini digunakan? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Tujuan penubuhan “Akaun Amanah Bayaran Sumbangan Kuota Bumiputera” adalah untuk membiayai kemudahan berfaedah di Taman-Taman Perumahan. Sehingga 19 November 2018 baki akaun adalah sebanyak RM174,345,952.20. Mulai tahun 2013, bayaran sumbangan yang telah diterima daripada pelepasan unit bumiputera sehingga 19 November 2018 adalah sebanyak RM537,317,984.84. Sehingga 19 November 2018, sumbangan ini telah dibelanjakan sebanyak RM364,535,160.41, sebagaimana berikut: BIL NAMA AGENSI KETERANGAN JUMLAH (RM)

1 Perbendaharaan Negeri Johor

Menyalurkan ke Tabung Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri Johor.

80,000,000.00

Pembukaan Akaun Semasa di Ambank Islamic Berhad 10,000,000.00

2 Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Kerajaan Tempatan)

Pembinaan Gerai Bumiputera 10,000,000.00

3 Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor

Menyelesaikan yuran penyelenggaraan Pangsapuri Persiaran Tanjung (Kuarters)

2,231,426.28

Membaik pulih serta menyelesaikan tunggakan utiliti di Pangsapuri Bukit Saujana

13,349,367.77

Bayaran Pengambilan Balik Tanah bagi Pembinaan RMMJ 20,351,323.20

Page 11: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

11

BIL NAMA AGENSI KETERANGAN JUMLAH (RM)

4 Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor

Penyaluran dana untuk Tabung Nelayan Negeri Johor 20,000,000.00

Projek Sekolah Agama Johor 26,645,462.00

Ekspo Johor Berkemajuan 2017 2,076,455.00

5 PIJ Holding Sdn Bhd

Pinjaman bagi pembinaan RMMJ 60,000,000.00

Menanggung kos Pembangunan RMMJ Taman Perbadanan Islam Stulang Baru

10,000,000.00

6 Johor Corporation Pinjaman bagi pembinaan RMMJ oleh Johor Land Berhad 60,000,000.00

7 Permodalan Darul Ta’zim Pengambilan balik tanah untuk pembinaan RMMJ 20,000,000.00

8 Poto Travel Lawatan Kerja ke London 822,640.00

9 Iylia Ismail & Co Pembelian Kedai Pejabat di Tangkak 1,059,333.00

10 Majlis Perbandaran Kluang

Menaiktaraf Gerai di Jalan Cengkih Kluang 299,238.00

Bina Baru Gerai Ekonomi dan Pusat Pengumpulan IKS Kg Tengah

144,562.80

Dewan Berbumbung Taman Bersatu 186,420.00

Pembentungan Flat Taman Bersatu 89,620.00

Pembinaan Bengkel berserta Infra 497,765.40

11 Majlis Daerah Mersing Agro Bazar Pertanian 1,597,336.56

12 Majlis Perbandaran Segamat

Pembinaan Medan Selera Bumiputera Bandar IOI Segamat 3,107,100.00

Page 12: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

12

BIL NAMA AGENSI KETERANGAN JUMLAH (RM)

13 Majlis Daerah Simpang Renggam

Membina Gerai di Tapak Permainan Taman Renggam Jaya

232,436.22

14 Johor land Berhad

Pembelian 190 unit Rumah RM35,000 di Bandar Tiram 6,650,000.00

Pembelian 16 unit rumah RM80,000 di Bandar Dato Onn 1,280,000.00

15 Tanjung Bintang Sdn Bhd Pembelian 46 unit RMMJ RM150,000 di Molek Ria 6,900,000.00

16 Lakoo Advertising & Consulting Sdn Bhd

Pameran Majlis Amanat YAB MBJ 162,250.00

17 Majlis Perbandaran Pasir Gudang Pembinaan Pasar Sabah 1,000,000.00

18 Telekom Malaysia Berhad Pemasangan Talian Telefon bagi Tmn Maju Jaya dan Tmn Sti Sejati

300,000.00

19 Majlis Perbandaran Muar

Menaiktaraf Dataran Kelab Reakreasi dan Komuniti Bakri 300,000.00

Pengindahan Persisir Sg Panchor 492,592.07

20 Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Rumah Mesra Rakyat Johor 331,832.11

21 Perbadanan Usahawan Johor

Menaiktaraf dan menubuhkan incubator Komplek Pekan Rabu 815,000.00

22 Baucer RM1000 Pembeli Perumahan Rakyat Johor 3,613,000.00

JUMLAH - 364,535,160.41

Page 13: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

13

YB PUAN ZAITON BIN ISMAIL (SG. BALANG) SOALAN 15 (A13) Apakah usaha bersepadu pihak kerajaan terhadap kenaikan harga barang terutama barangan basah yang semakin tidak terkawal. JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPIAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) Negeri Johor khususnya sentiasa proaktif dalam memastikan harga barangan dalam negeri ini adalah berpatutan demi kesejahteraan pengguna. Kementerian sedar bahawa harga barangan di pasaran seperti barangan basah kini dilihat mengalami kenaikan dan penurunan kesan daripada pelbagai faktor seperti permintaan dan penawaran, persaingan, cuaca, peningkatan kos termasuk kadar upah, bekalan negara pengeluar asal, nilai pertukaran mata wang, harga bahan mentah, aktiviti mencatut dan manipulasi harga. Oleh itu, Kementerian ini telah mengatur beberapa langkah bagi menangani isu harga barang seperti berikut:-

i. Melaksanakan penguatkuasaan yang tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi mengawal pengambilan untung secara tidak munasabah oleh peniaga atau mencatut melalui Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 yang mula dikuatkuasakan pada 6 Jun 2018.

ii. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan pencatutan di bawah OPS CATUT yang telah dimulakan pada 1 Januari 2015 sehingga kini yang meliputi seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan di seluruh negara. Gerak gempur yang lebih agresif diteruskan bagi menangani isu kenaikan harga barangan secara tidak munasabah oleh pihak peniaga khususnya sektor peruncitan bagi barangan dan perkhidmatan melalui Operasi Catut 4,0 bermula 1 Jun 2018 di seluruh negara.

iii. Mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang dikuatkuasakan secara tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga barangan secara mendadak dan ketara untuk mendapatkan penjelasan.

iv. Menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 bagi mewajibkan para peniaga untuk meletakkan tanda harga ke atas barangan yang dijual atau mempamerkan senarai harga barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk perdagangan.

v. Pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan seperti pasar-pasar awam, hypermarket, supermarket, mini market, kedai runcit, pemborong, pengimport, dan pengedar turut dilakukan dengan lebih agresif. Untuk rekod daripada 1

Page 14: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

14

Januari 2018 sehingga 18 November 2018, KPDNHEP Negeri Johor telah menjalankan sebanyak 63,174 pemeriksaan.

vi. Mengadakan program-program advokasi untuk memberi penjelasan, khidmat nasihat dan kerjasama para peniaga dalam memahami dan mematuhi undang-undang.

vii. Menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga untuk diambil tindakan oleh Kementerian.

viii. Mewujudkan aplikasi “Price Catcher” yang boleh dimuat turun di “Play Store” untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan harga di pasaran setempat.

Page 15: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

15

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 16 (A69) Apakah perancangan pihak kerajaan bagi menaiktarafkan Hospsital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) termasuk tempat letak kereta, fasiliti dan sebagainya? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Selaras dengan pertambahan pesakit dan perkembangan semasa, Jabatan ini menyedari wujudnya keperluan untuk menambah tempat letak kenderaan bagi mengatasi masalah kesesakan parkir yang dihadapi oleh hospital pada masa ini. Tanah milik Kerajaan Negeri telah dikenalpasti dan pihak hospital sedang menunggu maklum balas daripada pihak Pejabat Tanah Daerah Muar. Selain daripada itu, terdapat juga perancangan untuk menaiktaraf fasiliti seperti mewujudkan Pusat Rawatan Setempat Bagi Klinik Pakar dan Wad untuk mengatasi kesesakan klinik pakar dan di wad sedia ada. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut masih belum diluluskan. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar juga telah diluluskan bagi Projek Naiktaraf Sistem Rawatan Air Kumbahan yang dijangka tender pada tahun 2019.

Page 16: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

16

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN 17 (A24) Sila nyatakan usaha kerajaan dalam pendigital pentadbir PBT? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Sebagai agensi barisan hadapan yang paling kerap berurusan dengan rakyat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor perlu sentiasa berusaha memperkasa penyampaian perkhidmatan dan maklumat kepada pelanggan supaya kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Berdasarkan statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Johor telah mencatatkan kadar penembusan jalur lebar bagi 100 penduduk yang melebihi peringkat nasional, iaitu 148.1 bagi 100 penduduk melebihi peringkat nasional, iaitu 17.3 bagi 100 penduduk pada tahun 2017. Ini menunjukkan Johor berpotensi untuk mentransformasikan perkhimatan PBT kita dari “offline” ke “online” komputer atau aplikasi smartphone. Antara usaha-usaha kerajaan dalam pendigital pentadbir PBT adalah seperti Sistem e-PBT yang digunakan secara bersepadu di semua PBT Johor. Terdapat 24 modul yang terkandung dalam sistem e-PBT termasuklah Pengurusan Kutipan, Pengurusan Akaun, Pengurusan Pembelian, Pengurusan Bayaran, Pengurusan Aset, Pengurusan Wang Amanah, Cukai, Penilaian, Lesen, Sewa, Kompaun, e-Khidmat dan pelaporan kepada SUK. Buat masa ini, kesemua PBT telah mengguna pakai sistem ePBT dan purata penggunaan keseluruhan modul yang dibangunkan adalah sekitar 75%. Manakala penggunaan Sistem OSC boleh digunakan oleh orang awam untuk membuat permohonan-permohonan melalui Unit Pusat Setempat (OSC) di PBT. Ia juga turut memberi akses kepada agensi teknikal lain seperti JKR dan bomba untuk memberi ulasan terhadap permohonan secara atas talian. Dalam pengurusan aduan awam juga kini lebih mudah dan pantas dengan menggunakan sistem Aduan Awam (SISPAA). Ianya menjadi alternatif kepada orang awam hadir sendiri ke kaunter. Kerajaan Negeri Pakatan Harapan sedang menggesakan dan memberikan bantuan kepada semua PBT memanfaatkan kegunaan sistem yang disebut dan sosial media sepenuhnya supaya hasrat kerajaan meminimakan 50 % urusan di kaunter dan matlamat 50 % transaksi secara atas talian dapat dicapai. Ini bukan sahaja dapat memudahkan orang awam tidak perlu berulang-alik ke PBT untuk membuat permohonan atau buat aduan, tapi juga dapat melicinkan pentadbiran, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti PBT, menangani rasuah atau duit kopi. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan semua PBT memuatnaik segala dokumen berkaitan PBT seperti Garis Panduan, Undang-undang Kecil (UUK), Belanjawan PBT dan permohonan dalam talian serta capaian bayaran dalam talian di laman sesawang dan menghebahkannya kepada orang awam supaya agenda reformasi ketelusan dapat dijalankan dengan lancar.

Page 17: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

17

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 18 (A84) Minta dinyatakan status dan perkembangan terkini Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor dan bagaimanakah Kerajaan Negeri Johor akan menyediakan bandar-bandar di sekitar stesen untuk memaksimakan limpahan ekonomi positif akibat daripada pembinaan infrastruktur ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor bermula pada 1 Disember 2016 dan dijangka tarikh tamat projek pada 31 Oktober 2021. Nilai projek pula ialah RM8,900,000,000.00 (Harga Kontrak). Di maklumkan peratusan kemajuan ialah 31.1%. Syarikat CRCC CREC CCCC CONSORTIUM SDN. BHD adalah kontraktor utama Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor manakala Syarikat SIPP-YTL JV ialah syarikat sub-kontraktor tempatan.

Page 18: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

18

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN 19 (A49) Ada dua badan yang mentadbir urus FELDA iaitu MPKK dan JKKR. MPKK adalah Badan Tadbir Urus Kerajaan, manakala JKKR di bawah FELDA. Ada diantara JKKR ini dimonopoli oleh ahli-ahli dari pertubuhan politik yang tidak menyokong Kerajaan PH. Dicadangkan agar kerajaan PH membuka MPKK di FELDA yang ada JKKR di negeri Johor. JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Sejak penubuhan Felda, JKKR adalah badan peneroka yang menguruskan rancangan FELDA. Penubuhan JKKR ini adalah selaras dengan Akta GSA 1960. Apabila sebuah rancangan itu mendapat hak milik, peneroka-peneroka rancangan terlibat akan memilih untuk meneruskan pentadbiran JKKR ataupun memilih MPPK. Penubuhan JKKR ini mendapat sokongan dari peneroka melalui pemilihan di rancangan FELDA secara demokrasi dan dicadang sendiri oleh ahli blok dan dibuat secara undian. Pemilihan ini dilakukan tidak cenderung kepada pemahaman politik tetapi mengikut majority sokongan kawasan setempat. Oleh yang demikian, pihak Felda mencadangkan agar hanya 1 pentadbiran yang dipilih oleh masyarakat setempat sahaja yang mentadbir rancangan yang boleh membangun dan memajukan rancangan FELDA. JAWAPAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (JPLB) Untuk makluman, FELDA adalah tanah rancangan dibawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM). Semua peruntukan perkaitan pembangunan dan kawal selia tanah rancangan FELDA adalah dalam bidang kuasa FELDA sendiri. Tidak semua kawasan FELDA mempunyai JKKR dimana; kawasan FELDA yang telah tamat tempoh perjanjian tanah rancangan FELDA mempunyai MPKK yang dikawal selia oleh KPLB.

Page 19: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

19

YB PUAN NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 20 (A118) Sila nyatakan perancangan serta kos untuk menggantikan 7,000 meter paip air di seluruh negeri termasuk jumlah paip air yang akan digantikan melibatkan daerah Muar serta perancangan kerajaan bagi memastikan proses penggantian ini tidak akan menyulitkan rakyat dengan gangguan bekalan air. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Perancangan program penggantian paip bagi seluruh negeri Johor sehingga tahun 2028 (OP6) membabitkan sejumlah 6,210 kilometer (km) paip jenis Asbestos Cement (AC). Daripada jumlah itu sebanyak 985 km paip lama akan diganti di seluruh Muar. Dalam proses pemasangan paip baru, paip lama masih beroperasi normal sehingga kerja pemasangan paip baru siap sepenuhnya dan bersedia untuk digunakan. Ini bermakna tiada sebarang gangguan bekalan air melainkan isu-isu terpencil operasional yang bersifat sementara dan boleh di atasi segera. Untuk makluman, bagi kerja-kerja terancang, pihak SAJ mengeluarkan nota makluman gangguan bekalan air di satu-satu kawasan beserta tempoh lama kerja-kerja terancang yang akan dilaksanakan. Ini bermakna pengguna terbabit dapat bersiap sedia untuk menggunakan air secara berhemah sehingga kerja-kerja terbabit dapat diselesaikan dan sistem bekalan air kembali normal.

Page 20: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

20

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 21 (A70) Adakah negeri Johor boleh mencapai sasaran bagi Program Penanaman 170,000 pohon pokok? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Untuk makluman kerajaan negeri Johor boleh mencapai sasaran 170,000 batang pokok. Sasaran tahunan penanaman pokok adalah sebanyak 100,000 batang pokok. Berdasarkan kepada pencapaian penanaman pokok daripada tahun 2001 hingga suku ke tiga tahun 2018, negeri Johor telah mencapai sebanyak 1,861,574 batang pokok dan pihak negeri masih memerlukan sebanyak 138,426 untuk mencapai sasaran 2 juta pokok menjelang tahun 2020. Pencapaian-pencapaian ini adalah daripada komitmen bersama pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Johor.

Page 21: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

21

YB KAPT. (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN 22 (A96) Adakah kerajaan negeri bercadang untuk adakah program dakwah khusus untuk mengubah sikap segolongan rakyat yang daif kehidupannya supaya menjadi rakyat yang produktif dan tidak terus meminta sepanjang hayatnya. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN 1. Saban tahun, kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor,

Jabatan Mufti Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sentiasa menganjurkan Program Aktiviti Dakwah di peringkat Negeri, Daerah, Mukim, Jabatan Kerajaan dan Swasta serta sekolah.

2. Program Aktiviti Dakwah ini dilaksanakan secara berterusan setiap bulan,

dengan sasaran kumpulan masyarakat kepelbagaian peringkat umur dan demografi pendidikan, termasuk Saudara Kita agar objektif program Aktiviti Dakwah ini dicapai supaya pengemaskinian, peningkatan ilmu pengetahuan, bertukar pandangan dan saluran idea untuk dikembangkan agar dijadikan sebagai perintis dalam memperkasakan produktif kehidupan rakyat yang daif.

3. Kerajaan Negeri melalui beberapa agensi terus komited bagi mengubah

kehidupan rakyat dari daif kepada menjadi rakyat yang proakktif. 4. YPKDT turut bertanggungjawab melaksanakan Projek Ekonomi Rakyat Johor

atau ERA pada 2017 dan 2018 merupakan satu projek yang bertujuan meningkatkan hasil pencarian golongan berpendapatan rendah melalui konsep keusahawanan social. Projek ERA di bawah YPKDT, melibatkan seramai 193 orang peserta yang juga merupakan kumpulan sasar di bawah potfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita, dan Pelancongan Negeri Johor iaitu, YPKDT, KEMAS, LPPKN, JKM serta JAKOA seperti ibu tunggal, OKU, Warga Emas dan sebagainya.

Projek-projek yang terlibat adalah;

4.1. Tanaman cili fertegasi 4.2. Tanaman cendawan Tiram Kelabu 4.3. Madu kelulut 4.4. Pembuatan aiskrim

5. Program disasarkan kepada golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan

rendah iaitu mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan. Ibu tunggal atau golongan wanita berpendapatan rendah diberikan siri latihan kursus kemahiran serta pengembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang masakan, jahitan, solekan dan andaman, seni kraftangan dan

Page 22: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

22

kursus keusahawanan yang diharapkan akan dapat melahirkan usahawan-usahawan ibu / wanita tunggal yang berjaya

6. YPKDT juga membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjana

pendapatan melalui Program Zero To Hero Melestari Pembangunan Sosio-Ekonomi Orang Kurang Upaya Negeri Johor tahap I dan II. Program ini menyasarakan OKU yang cacat fizikal dan tidak berpotensi untuk bekerja di pasaran terbuka. Program yang mula dilaksanakan pada tahun 2017 dan 2018 ini telah memberi manfaat kepada seramai 45 oarng (2017) dan 37 orang (2018) orang OKU untuk menjana pendapatan melalui pelaksanaan kursus kemahiran seperti Urutan SPA, pembuatan aiskrim, bakeri dan membaiki gajet.

7. Penganjuran Program Khusus kepada Saudara Kita yang diuruskan oleh JAINJ seperti ;

7.1. Kursus Aquaponik – Mempelajari tatacara dan kaedah penanaman sayur

secara Aquaponik dan bela ikan. 7.2. Bengkel Pembangunan Keusahawanan Saudara Kita dengan kerjasama

Majlis Agama Islam Negeri Johor – Bimbingan dan perkongsian maklumat kepada 3 Kategori Peserta iaitu Baru Memulakan Perniagaan, Sedang Menjalankan Perniagaan dan Telah Berjaya serta Mentor kepada yang lain.

7.3. Kursus Detik Niaga – Lawatan ke Kilang yang mempunyai persijilan halal serta usahawan yang telah berjaya mempelajari dan bertukar idea dalam bidang perniagaan.

Pemberian Bantuan Berdikari – Pemberian mengikut kepada kelayakkan pemohon dengan pembuktian dokumen-dokumen serta profail syarikat bagi tujuan rujukan.

Page 23: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

23

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 23 (A182) Nyatakan status dan kemajuan terkini penyelesaian dalam sistem agihan air di kawasan luar bandar seperti Bukit Antarabangsa, Bukit Naning, khususnya mukim Ayer Hitam yang melibatkan anggaran 100 buat rumah terganggu ketika waktu puncak musim perayaan, tekanan rendah dan gangguan di penghujung sistem? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Projek pembinaan tangki air bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Naning, Parlimen Bakri akan dilaksanakan pada tahun 2019 oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Page 24: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

24

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 24 (A57) Minta penjelasan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan membantu mengurangkan beban hidup pekebun sawit disebabkan kekurangan pendapatan akibat kejatuhan harga sawit yang berterusan sejak sepanjang setengah tahun kedua 2018. Jika ada langkah membantu nyatakan langkah-langkah tersebut. YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 25 (A185) Apakah alternatif dalam menghadapi kejatuhan harga komoditi seperti sawit yang boleh menjejaskan pendapatan sara hidup rakyat di kawasan luar bandar? YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NENAS) SOALAN 26 (A162) Apakah rancangan kerajaan untuk membantu pekebun-pekebun kelapa sawit yang menghadapi masalah kejatuhan harga kelapa sawit? YB DATUK HAJI MD. OTHMAN BIN HJ. YUSOF (KUKUP) SOALAN 27 (A136) Apakah perancangan kerajaan negeri Johor untuk meningkatkan harga pasaran komoditi kelapa sawit bagi jangka masa pendek dan panjang? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL (Jawapan bersekali untuk soalan A57, A185, A162 & A136) Pihak Kementerian Industri Utama (MPI) sememangnya peka dan prihatin akan isu kemerosotan harga sawit malahan telah merangka strategi jangka pendek dan jangka masa panjang bagi pemulihan harga komoditi tersebut. Ini kerana apabila harga minyak sawit mentah (CPO) meningkat secara tidak langsung harga buah kelapa sawit (BTS) turut akan meningkat dan seterusnya mengurangkan beban hidup pekebun kecil sawit. Antara strategi jangka pendek yang telah pun dilaksanakan bagi meningkatkan harga sawit ialah dengan meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam negara melalui peningkatan adunan biobahan api sawit dengan diesel petroleum dari Program B5 ke Program B7 (adunan 7% biodiesel sawit dan 93% diesel petroleum) mulai November 2014. Program B7 akan menggunakan 575,000 tan minyak sawit setahun. Kerajaan juga sedang bercadang untuk meningkatkan penggunaan domestik produk sawit melalui perlaksanaan program Biodiesel dari B7 kepada B10. Selain membantu meningkatkan penggunaan minyak sawit ianya juga menyumbang kepada mengurangkan stok minyak sawit dan seterusnya dapat memberi impak yang positif kepada harga minyak sawit.

Page 25: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

25

Strategi jangka pendek MPI yang lain pula merangkumi pendekatan mesra pelabur dan mesra perniagaan dengan mengadakan perbincangan dan lawatan terus ke negara-negara pengimport utama minyak sawit Malaysia. Sebagai contoh, pertemuan di antara Kerajaan Malaysia dengan China semasa lawatan Perdana Menteri telah membuahkan hasil positif dan inisiatif penting yang akan memudahkan eksport minyak sawit Malaysia dalam jumlah yang lebih besar ke China dan diharap dapat membantu meningkatkan harga minyak sawit di pasaran dalam masa terdekat. Sementara itu, antara strategi-strategi jangka masa panjang untuk memperkukuhkan harga sawit termasuklah: 1. Memperkukuhkan pasaran eksport sedia ada serta menembusi pasaran-

pasaran baru bagi produk-produk berasaskan sawit.

2. Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baru serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi;

3. Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang akan dijadikan mandatori pada Januari 2020 akan dijadikan satu langkah ke arah mewujudkan sistem kemampanan yang diterima secara global dan menjenamakan minyak sawit milik Malaysia yang seterusnya diterima sebagai pilihan utama pelanggan global. Ini akan membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit mampan Malaysia di negara-negara pengimport dan Kementerian Industri Utama akan terus meninjau pelaksanaan langkah-langkah jangka pendek dan panjang ke arah memperkukuhkan harga komoditi sawit di masa hadapan.

Page 26: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

26

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN 28 (A198) Apakah usaha kerajaan negeri dalam membantu pemandu teksi yang semakin tertekan dengan penurunan penggunaan perkhidmatan teksi? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Dalam menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi di Iskandar Malaysia, pihak IRDA bersama-sama pihak PAJ sedang melaksanakan program Sistem Pengurusan Mobiliti (MMS) Iskandar Malaysia iaitu satu applikasi yang menghubungkan orang awam dengan pelbagai mod pengangkutan di seluruh Iskandar Malaysia di masa hadapan. Program ini juga menitik beratkan keperluan industri teksi di Iskandar Malaysia dan Johor secara keseluruhan. Perkhidmatan e-Hailing akan dibangunkan bermula 2019 dan di integerasikan bersama aplikasi MMS. Projek ini akan member impak secara terus kepada pengguna dan industry pengangkutan awam serta mampu merubah persepsi masyarakat dan mencapai sasaran pilihan mod pengangkutan. Kerajaan juga menitik beratkan kebajikan pemandu–pemandu teksi dengan mengambil inisiatif memberikan bantuan-bantuan kecil seperti bantuan persekolahan untuk anak–anak pemandu teksi dan juga bantuan hari raya. Bantuan-bantuan yang diberikan sedikit sebanyak mampu meringankan beban pemandu teksi terutamanya dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak–anak mereka semasa musim persekolahan dibuka dan musim perayaan. Bantuan yang diberikan ini menunjukkan keperihatinan kerajaan negeri terhadap keluhan pemandu–pemandu teksi terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat di kala mereka terpaksa bersaing dengan perkhidmatan ‘e-hailing’ yang lain.

Page 27: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

27

YB DATUK ZAHARI BIN SARIP (BULUH KASAP) SOALAN 29 (A222) Minta kerajaan menyatakan apakah usaha yang telah dan sedang dilakukan kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor khasnya golongan belia dan anak muda. JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPIAH Salam Sejahtera dan Salam Harapan diucapkan kepada ahli Dewan Yang Mulia ini, Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak Kerajaan mahupun Pembangkang, Tuan-tuan dan Puan-puan. Kerajaan komited menyediakan peluang pekerjaan yang luas bagi memastikan ekonomi negara akan terus berkembang. Kita tidak mahu apabila ada pertumbuhan ekonomi tetapi peluang pekerjaan tidak bertambah. Bukan perkara mudah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada setiap rakyat Johor yang semakin bertambah tetapi, dengan azam, kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Sejak penubuhan Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) melalui program-program yang dianjurkan telah dilakukan, lebih dari 35,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan kepada rakyat Johor. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan pada tahun ini seperti penganjuran Karnival Kerjaya (9 kali di daerah-daerah terpilih), Program Homeworking Azam Kerja Johor (4 kali), Program Jana Pendapatan Azam Keja Johor (2 kali) dan Program Dialog Industri (1 kali) yang telah menjelajah di daerah-daerah terpilih bagi tujuan berkongsi dan memberi pendedahan kepada warga masyarakat tentang pembangunan yang sedang rancak berlaku di negeri Johor disamping menyediakan pelbagai peluang-peluang. Bukan itu sahaja, malah melalui Unit Swadaya Insan Negeri Johor juga, telah diadakan beberapa siri Karnival Kerjaya dan yang terbaru ialah pada 23 November 2018 yang lalu telah menawarkan lebih dari 2,000 peluang pekerjaan. Malah kita juga turut mengadakan program-program berbentuk kursus-kursus kemahiran yang berdasarkan keperluan semasa yang bermatlamat agar peserta-peserta ini dapat mengunakan kemahiran yang diperolehi untuk meningkatkan pendapatan diri sekaligus mengurang kadar pengangguran di negeri ini. Di masa akan datang, pelbagai perancangan telah disusun dengan menyasarkan pewujudan 200,000 peluang pekerjaan yang berkualiti. Majoriti rakyat Johor mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, lahir dari puluhan institusi pendidikan yang berkualiti. Kemahiran dan produktiviti kebanyakan rakyat juga semakin meningkat. Takrifan dari perkara ini, bagi memperkasakan sumber modal insan dan tenaga kerja di negeri ini, Unit Swadaya Insan telah menggariskan 6 fokus hala tuju bagi mencapai objektif ini.

Page 28: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

28

Dengan izinnya saya berkongsi, antaranya dari 6 titik fokus yang telah digariskan ialah dengan memperkasakan kerjasama awam swasta. Kerajaan sangat mengalu-alukan kerjasama daripada pihak swasta dalam menyumbang idea, inovasi bernas dan kepakaran dalam pelbagai aspek termasuk pembangunan modal insan di negeri ini. Yang mana akhirnya nanti, lebih banyak peluang-peluang kerjasama pintar boleh diwujudkan termasuklah peluang pekerjaan.

Page 29: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

29

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A.RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 30 (A189) Mengapakah harga air di Johor yang paling tinggi di seluruh negara? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Cadangan 1: Pada tahun 1999, Kerajaan Negeri telah menswastakan perkhidmatan bekalan air di seluruh Negeri Johor kepada SAJ melalui satu Perjanjian Konsesi selama 30 tahun. Melalui penswastaan ini, Kerajaan Negeri tidak perlu membuat perbelanjaan modal, tidak ada CapEx. Dasar penswastaan bekalan air di setiap negeri adalah berbeza apabila SAJ di Johor terpaksa menanggung sendiri semua CAPEX dan OPEX manakala di negeri lain masih mendapat bantuan kewangan dalam setiap peruntukan Rancangan Malaysia setiap lima tahun sekali. Ini bermakna SAJ bertanggungjawab untuk mengeluarkan modal serta membuat pinjaman untuk meningkatkan kualiti dan liputan perkhidmatan bekalan air. Bermula pada 1 September 2009, Kerajaan Negeri Johor bersama-sama dengan SAJ telah pun berpindah ke satu rejim dipanggil kawal selia, di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui satu akta di Parlimen Malaysia, mewujudkan SPAN dengan tujuan untuk merasionalisasikan sektor air di seluruh negara. Proses transformasi yang dilalui oleh bekalan air merupakan perubahan utama yang terdapat dalam era baru perkhidmatan air di Negeri Johor iaitu Kerajaan Persekutuan mengambil alih kawalselia dan peraturan bekalan air daripada pihak kerajaan negeri Johor. Industri bekalan air termasuk pelesenan, pengawasan operator-operator bekalan air dan tarif air adalah di bawah kawalan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), sebagaimana termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (Akta 655). Melalui ini, Kerajaan Negeri dan syarikat konsesi pula akan memindahkan secara leasehold hak milik ke atas tanah dan menjual aset air yang telah mereka bangunkan berdasarkan nilai buku kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Seterusnya, PAAB akan memajakkan semula aset air tersebut kepada operator air negeri dengan SAJ terikat untuk membayar sewa-pajak yang tinggi berbanding negeri-negeri lain terhadap aset bekalan air. Dalam masa yang sama perjanjian itu juga membenarkan operator air mengemukakan pelarasan tarif untuk dikaji setiap tiga (3) tahun. Ini adalah untuk memastikan kutipan hasil air dapat menampung segala kos pembangunan yang meningkat setiap tahun dan mampu menguruskan bekalan air dengan jayanya di negeri ini dengan mengambil kira kemampuan dan keperluan bekalan air yang meningkat. Maka dalam konteks pelarasan tarif harus diingat bahawa pelarasan itu bukan beerti keuntungan syarikat tetapi adalah lebih kepada menampung kewangan bagi membina dan menyelenggara aset bekalan air yang ada. Daripada sudut perkhidmatan, operator air juga tertakluk dengan kawalselia yg dilakukan oleh pihak

Page 30: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

30

SPAN melalui KPI yang telah ditetapkan. Ini termasuk soal keuntungan operator bekalan air yang turut dikawal. Soal Air Tidak-Berhasil atau Non-Revenue Water (NRW) juga merupakan isu operasional yang dilihat menghantui operator bekalan air. NRW berkait rapat dengan soal efisiensi operator dan efisiensi itu juga ada kaitannya dengan soal perkakasan atau pembangunan infrastrukur dan instalasi bekalan air yang sempurna. NRW boleh dikategorikan sebagai kehilangan di dalam hasil untuk setiap industri bekalan air. Di negeri Johor ini, saya berpendapat SAJ sudah melakukan terbaik dalam konteks NRW ini. NRW di Johor bermula dengan setinggi 45% pada tahun 2000 apabila penswastaan air mula diperkenalkan. Terkini SAJ berjaya menurunkan NRW nya kepada 24.39% pada Oktober 2018. Sebagai sebuah syarikat korporat yang berakrediatasi MS:ISO dalam sistem pengurusan dan operasinya, SAJ sudah pun menempa banyak kejayaan bukan hanya dalam soal operasinya malah dalam soal urus tadbirnya melalui nilai-nilai ‘corporate–governance’ yang baik. Kita juga harus melihat sebarang pelarasan tarif adalah untuk menjamin bekalan air yang berterusan bagi jangkamasa yang panjang. Tujuan transformasi industri air negara juga ialah tarif air perlu bersifat berdaya maju ke arah kemampanan jangka panjang dan “full cost recovery”. Nilai tarif ini juga dilihat mampu memberi pulangan untuk SAJ membayar sewa pajak kepada PAAB untuk melaksanakan kerja-kerja CAPEX tanpa ditangguhkan dan pembangunan pembekalan air dapat diteruskan demi kesejahteraan pengguna pada masa ini mahupun generasi masa hadapan. Cadangan 2: Penetapan tarif air perlu dilihat dalam konteks yang lebih meluas lagi, bukan dalam konteks untung rugi sahaja. Penstrukturan semula bekalan air sebenarnya telah menghasilkan satu model kewangan industri perkhidmatan air negara yang mensasarkan industri pembekalan air sebagai satu industri yang holistik, efisien, efektif, berdaya saing dan mapan. Ia turut mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan operator kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangkamasa yang panjang ke arah ‘full cost recovery’.Justeru, perancangan perniagaan yang dikemukakan oleh SAJ bagi tempoh 30 tahun dan tiga tahun mengikut ‘Operating Period’ harus dilihat mampu untuk menampung keperluan infrastruktur dan operasi air di Johor. Hal ini membenarkan SAJ sebagai operator air mengemukakan pelarasan tarif untuk dikaji setiap tiga (3) tahun bagi memastikan elemen ‘full cost recovery’ dapat bertahan dalam pengurusan bekalan air..Perlu ditegaskan di sini juga bahawa struktur tarif bergantung kepada kos membekalkan air yang berbeza antara negeri. Struktur tarif bergantung atas beberapa faktor seperti amaun subsidi kerajaan, perkhidmatan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, liputan perkhidmatan, kepadatan penduduk, mukabumi, kualiti air mentah dan lain-lain. Pengguna juga masih mampu untuk membayar harga air di negeri ini. Majoriti pengguna domestik (50.5 peratus) yang menggunakan antara 0 hingga 20 meter

Page 31: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

31

padu sebulan secara puratanya bil bulanan tidak melebihi RM16. Manakala 30.1 peratus yang menggunakan 21 hingga 35 meter padu sebulan pula secara puratanya bil bulanan tidak melebihi RM46 sebulan. Selebihnya pengguna yang menggunakan lebih dari 35 meter padu sebulan (19.4%) pula perlu digalakkan untuk berjimat.

Page 32: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

32

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN 31 (A155) Minta dinyatakan Bantuan Rancangan Makanan Tambahan tahun 2018 dan nyatakan pendirian Kerajaan sama ada bantuan ini dimansuhkan atau diteruskan. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN a) Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun 2018 Negeri Johor adalah

seperti berikut; 1. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) melibatkan 894 buah sekolah rendah

di Johor.

2. Murid layak RMT mesti dipilih melalui Mesyuarat Jawatankuasa bantuan RMT sekolah.

3. Nilai makanan bagi seorang murid ialah RM 2.50.

4. Seramai 26,636 murid terlibat menerima RMT bagi sesi 2018 dengan peruntukan berjumlah RM 12,200,538.26.

5. Peruntukan ke sekolah dibuat dalam 3 peringkat; 5.1 Peruntukan RMT Tahun Semasa - RM 9,002,722.50.

5.2 Peruntukan RMT Pelarasan - RM1,933,725.00.

(Tahun 1 dan Cicir Tahun 2 hingga 6)

5.3 Peruntukan RMT Secara “Top - Up” - RM 1,264,090.76

b) Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diteruskan oleh Kerajaan kerana makanan tambahan ini dapat membantu murid (luar bandar dan golongan berpendapatan rendah) memperbaiki tahap kesihatan dan amalan pemakanan yang lebih baik. Makanan tambahan ini akan memberi impak dari sudut pertumbuhan fizikal pelajar.

Page 33: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

33

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 32 (A39) Apakah usaha dan perancangan untuk menangani dan menyelesaikan masalah pengurusan sisa-sisa buangan pepejal dan import sampah sarap yang semakin serius ? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Sebagaimana sedia maklum, KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah menghentikan pemberian AP HS Code 3915 sisa plastik berkuatkuasa pada 23 Julai 2018 untuk tempoh 3 bulan. Lanjutan daripada itu, KPKT telah menubuhkan satu pasukan petugas (taskforce) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPSPN bagi mengkaji semula prosedur dan polisi semasa, pengimportan sisa plastik Kod Tarif 3915. Keanggotaan pasukan petugas ini adalah terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdangangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Mesyuarat Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri yang dipengerusikan oleh YB Menteri KPKT bagi menangani isu lambakan sisa plastik pada 26 Oktober 2018 telah bersetuju untuk menghentikan kelulusan permit import (AP) bagi sisa plastik yang kotor. Namun begitu KPKT tiada halangan untuk pihak industri plastik kitar semula menerima sisa plastik bernilai tinggi, homogeneous dan bersih selari dengan syarat-syarat sedia ada dan syarat baharu yang telah ditetapkan oleh Kerajaan berkuatkuasa serta-merta. Syarat-syarat bagi pengimportan sisa plastik HS 3915 berkuatkuasa pada 26 Oktober 2018 adalah seperti berikut: 1. Mengemukakan gambar sebenar yang jelas dan kategori sisa plastik diimport. 2. Mengemukakan surat pengesyoran operasi kilang dari Jabatan Alam Sekitar

(JAS) yang masih di dalam tempoh sahlaku. 3. Mengemukakan surat kelulusan eksporter dengan sijil ISO 14000. 4. Mengemukakan lesen perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa

Tempatan. 5. Mengemukakan invois yang dicop dan ditandatangan. 6. Mengamalkan good housekeeping di kilang. 7. Mempunyai proper storage seperti berbumbung dan lantai konkrit di kilang. 8. Mendapat kelulusan memasang dan mengoperasi jentera dari Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). 9. Mengemukakan pengesahan kapasiti sebenar mesin pemprosesan yang

disahkan oleh pihak bertauliah. 10. Penetapan ratio sumber import sebanyak 70% berdasarkan kapasiti kilang untuk

menggalakkan penggunaan sisa plastik tempatan. Sisa plastik yang dijana daripada kilang perindustrian dan post-consumer waste yang homogenous dan bersih sahaja dibenarkan.

Page 34: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

34

11. Mengemukakan lokasi pelupusan sisa janaan kilang. 12. Mengemukakan senarai pembeli produk akhir (resin). 13. Mengemukakan senarai kilang di bawah milik syarikat. 14. Sekatan terhadap pengimportan sisa plastik dari negara membangun. 15. Zonning lokasi kilang sisa plastik yang bersesuaian. 17. Membuat bayaran levi sisa import.* 18. Mengemukakan Bank Guarantee (BG) sisa import.* *Nota: Jumlah dan kaedah bayaran akan ditentukan oleh KPKT setelah dimuktamadkan perubahan. Saya menggalakkan orang awam membuat aduan ke PBT dan Jabatan Alam Sekitar sekiranya mendapati informasi yang berkaitan dengan kilang haram yang menguruskan import sampah sarap.

Page 35: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

35

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN 33 (A51) Dengan kadar pertumbuhan kawasan perumahan dan perbandaran yang pesat serta jurang ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi, apakah langkah kerajaan untuk mengatasi tahap miskin tegar di kawasan bandar. Apakah Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai rekod serta jumlah mereka-mereka yang miskin tegar di bandar? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Adalah dimaklumkan bahawa Daftar e-Kasih adalah Sistem Pangkalan Data yang merekodkan bilangan dan profail golongan miskin bandar dan luar bandar di Malaysia. Sistem e-kasih dibangunkan dan ditadbir urus oleh pihak ICU-Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM). Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mengunakan maklumat golongan miskin melalui Sistem Daftar e-Kasih yang dibekalkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Johor (ICU-Johor). PBT juga menjalankan kerja-kerja bancian dilapangan untuk mengenalpasti dan mengesahkan “verify” golongan tersebut. Paras Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar Bandar pada masa kini ialah pendapatan Isi rumah di bawah RM580.00 atau per kapita RM 140.00. Di antara kumpulan utama yang termasuk dalam kategori miskin tegar ialah warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (oku) yang tidak mampu untuk bekerja disebabkan faktor umur, kesihatan, fizikal, dan bilangan tanggungan yang ramai. Bagi membantu golongan miskin tegar di bandar dan menangani kos sara hidup yang tinggi, yayasan setiap PBT telah menyediakan bantuan seperti Bantuan Sewa Rumah Keluarga Termiskin, Bantuan “Back To School”, Bantuan Tambang Bas Sekolah, Bantuan Ke IPT, Bantuan Ihsan Pesakit Kronik, Bantuan Perayaan, Program Tuisyen dan lain-lain. Dengan bantuan-bantuan tersebut PBT secara tidak langsung membantu golongan miskin tegar untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian, rumah kediaman, pendidikan anak-anak dan perubatan.

Page 36: YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG)yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima BRIM 2018 Negeri Johor yang dibekalkan oleh

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 30 NOV 2018 (ina)

36

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 34 (A212) Cadangan supaya CCTV dipasang di seluruh taman-taman perumahan dan lampu isyarat di sekitar kawasan DUN Yong Peng demi mengelakkan kes kecurian dan kes rompakan yang kian bertambah di Pekan Yong Peng. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Adalah dimaklumkan, pihak MDYP akan melaksanakan pemasangan CCTV di kawasan pentadbirannya dari masa ke semasa berdasarkan peruntukan yang diperoleh. CCTV ini akan dipasang di lokasi-lokasi hotspot yang akan dikenalpasti dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai permulaan, program pemasangan CCTV ini akan dilaksanakan di bandar Yong Peng melibatkan kos sebanyak RM250,000 melalui peruntukan MDYP. Pemasangan CCTV di bandar Yong Peng ini dijangka siap dan berfungsi pada bulan September 2019. Namun begitu, usaha membenteras jenayah tetap dilaksanakan berterusan dengan kerjasama pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).