6713333 doa and wirid for students

Upload: benz-synyster

Post on 07-Apr-2018

399 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    1/17

    KUMPULAN DOA DAN ZIKIR UNTUK PELAJAR

    Segala puji bagi Allah yang memerintahkan kita supaya berzikir danberdoa. Dan dijanjikanNya kepada orang yang berzikir akan mendapatketenangan dan kelapangan. Selawat dan salam diucapkan ke atas

    junjugan kita Nabi Muhammad s.a.w. seafdhal rasul dan penghulu paranabi. Dan ke atas keluarga dan sahabatnya serta pengikut merekasekelian dengan kebaikan hingga ke hari pembalasan.

    Wabadu.

    Maka inilah sebuah risalah kecil dan ringkas berhubung dengan doadan zikir khusus bagi para pelajar untuk dijadikan wirid yang manakandungannya saya telah petik dari ilmu-limu yang disampaikan olehbeberapa orang ulama dan orang salihin dan yang saya petik daribeberapa buah kitab yang mashyur.

    Di antara mereka yang telah mengajar dan menasihati saya secaralangsung mengenai wirid-wirid yang dicatitkan adalah: Al Marhum AlHabib Harun Bin Abdullah Bin Shahab (Imam Masjid Wak Tanjong), AlMarhum Al Habib Abdullah Bin Sheikh As-Sagoff (Innallaahamaasabirin), Al Marhum Al-Allaamah Al Ustaz Syed Abdillah BinAhmad Al-Jufri, Al-Allamah Al Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad,Al-Allaamah Al Habib Salim Bin Abdullah Asy-Syathiri (PemimpinRubath Tarim, Hadramaut, Yaman), Al-Allaamah Al Habib Umar BinMuhammad Bin Salim Bin Hafiz, (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut,

    Yaman), Al Habib Zain Al Habsyi (Imam Masjid Wadi Hassan, Johor), Al

    Habib Thohir Al Hamid (Indonesia), Al Habib Hud Bin Muhammad AlBagir Al Attas (Jakarta Timur), Prof. Ustaz Hashim Yahya (MuftiSelangor), Al Ustaz Tengku Muhammad Fouzy dan Al Ustaz Hanafi Rasul(Imam Masjid Darul Aman).

    Saya juga telah petik nasihat-nasihat yang diwasiatkan oleh beberapatokoh ulama. Di antara mereka adalah: Al Habib Muhammad Bin SalemAl-Attas (Pengasas Masjid Baalwi), Al-Allaamah As-Syeikh Omar BinAbdullah Al-Khatib dan Al Imam Al-Allaamah Al Habib Abdullah BinAlawi Al-Hadad (Pengasas Ratib Al Hadad).

    Mudah-mudahan Allah merahmati dan meninggikan lagi darjat merekasemua dan memberi kami barakah, cahaya, rahsia dan ilmu merekadalam urusan agama, dunia dan akhirat, Amin!

    Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat kiranya dimenafaatkanoleh saudara-saudara yang ingin beramal dengannya semoga sayamendapat pahala mengumpul dan mengusahakannya. Saya bermohonkepada Allah agar menerimanya sebagai satu amal yang ikhlas

    1

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    2/17

    keranaNya dan mendapat sambutan daripada saudara-saudarasekelian. Semoga Allah mengampuni saya dan kedua ibu-bapa saya,guru kesayangan kami Al Marhum Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dankaum Muslimin Muslimat Muminin Muminat sekelian. Aaameen

    Yarabbal-aalameen.

    Sekian, wabillahil hidayah wat-taufiq

    Najib Bin Abdul Wahab Khan Surattee27 Ramadhan 1428H

    KUMPULAN DOA DAN ZIKIR UNTUK PELAJAR

    1. SURAH AL FATEHAH Doa pembuka kepada segala urusan

    Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekelian alam. Yang maha pengasih lagi penyayang. Yang memerintah pada hari kemudian. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau kurniakan atas mereka yang mendapat nikmat dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Amin)

    (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan UstazAhmad Sonhadji Mohamad)

    Sebaik-baiknya dibaca setiap kali ketika hendak memulakansesuatu perkara (belajar dan memulakan kertas peperiksaan)

    2. SURAH AL BAQARAH, Ayat 164 Kekuatan Hafalan

    2

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    3/17

    Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkandari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya (kering) dan Dia

    sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikanantara langit dan bumi: sesungguhnya terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagikaum yang memikirkan.

    Jika diamalkan pada setiap malam, insyaAllah akan mendapatingatan yang kuat atas ilmu yang dipelajari dan hafalan yangsangat baik.

    (Ijaza dari Habib Salim Bin Abdullah Asy-Syathiri, Mudir Rubat, Tarim, Hadhramout, Yemen. Ayahanda beliau adalah seorangulama yang pernah menjadi guru kepada Habib Muhammad BinSalem Al-Attas dan Habib As-Syeikh Omar Al-Khatib)

    3. DUA AYAT AKHIR SURAH AL BAQARAH Penutup Urusan

    3

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    4/17

    Rasul ini telah beriman dengan apa yang diturunkan kepadanya. Dan orang yang mukminin juga beriman. Setiap orang dari mereka beriman dengan Allah, MalaikatNya, kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. Kami tidak memperbezakan antara seorang dengan seorang dari Rasul-rasulNya, mereka berkata: Kami dengar dan kami taati pengampunanMu (yang kamiharapkan) ya Tuhan kami, dan kepadaMulah tempat kembali.

    Allah tidak memberati manusia melainkan sekadar kemampuannya. Baginya pahala darikebaikan yang diusahakannya dan atasnya juga dosa dari kejahatan yang dilakukannya. YaTuhan kami, janganlah Engkau kira dosa atas kami sekiranya kami terlupa atau tersalah. YaTuhan kami, janganlah Engkau pikulkan atas kami beban seperti yang telah Engkau pikulkan atasmereka yang terdahalu dari kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan kasihanikami.Engkaulah pelindung kami. Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

    Sabda Nabi s.a.w. : Barangsiapa membaca dua ayat yang akhirdari Surah Al-Baqarah pada malam hari, cukuplah keduanya itubaginya. (Riwayat Al Bukhari)

    Cukuplah disini bermaksud cukup sebagai ganti membaca AlQuran, bangun solat malam, membaca Surah Al-Kahfi danAyatul-Kursi dan pelindung segala gangguan.

    4

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    5/17

    (Nasihat oleh Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri)

    Digalakkan setiap pelajar membaca ayat-ayat ini setiap malamsebelum tidur atau selepas solat Isyak. InsyaAllah, jika diamalkandengan yakin dan istiqamah akan dicukupkan pelajaran kita

    walaupun kita dalam keadaan kekurangan masa untukmenyelesaikan segala mata pelajaran yang akan diuji.

    4. SURAH AL-INSYIRAH Untuk melapangkan danmelegakan hati

    Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Ya Muhammad). Dan kami buangkan bebandaripadamu. Baban yang memberatkan badanmu. Dan kami tinggikan sebutanmu. Demi

    sesungguh di samping ada kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya di samping kesusahanitu ada kesenangan. Maka apabila engkau telah lapang maka bekerja keraslah. Dan kepadaTuhanmu hendaklah engkau tujukan permohonan.

    InsyaAllah jika diamalkan setiap hari, akan mendapatketenangan, kelapangan, dan keteguhan hati. Segala bebanyang memberatkan hati dan perasaan akan diringankan olehAllah.

    (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan Ustaz T.M.Fouzy Jumat)

    Sebaik-baiknya dibaca pada rakaat pertama dalam solat sunatSubuh setiap hari. Pada rakaat kedua, dibaca Surah Al Fiil. Iniadalah nasihat dari Habib Syeik Omar Al-Khatib yang dipetik dariHadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Barang siapa yangbersembahyang dua rakaat sunnat Subuh dan membaca SurahAl-Insyirah pada rakaat pertama dan Surah Al Fiil pada rakaatkedua, maka ia tidak akan kena penyakit pada hari itu.

    5

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    6/17

    5. SURAH AL ALAK (Ayat 1 5) - Anak kunci segala ilmu

    Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah! Tuhanmu amat Pemurah. Yang mengajar menulis dengan qalam (pena). Diamengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya.

    (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri)

    5. SELAWAT NABI S.A.W Doa terang hati

    Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

    (Nasihat dari Habib Muhammad Bin Saleem Al Attas, Habib Abdullah As-sogoff dan Habib Thohir Al Hamid)

    7. SELAWAT NABI S.A.W. Doa terang hati

    Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kamiMuhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di ataskeluarga dan sahabat baginda semuanya.

    (Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

    8. SELAWAT NABI S.A.W Pembuka pintu hati

    6

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    7/17

    Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.

    Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang MahaMengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati

    kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.

    (Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

    9. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA

    Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professionalyang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi(Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor )

    Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu alaihiwasallaam nabiyan wa rasulla .

    Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama,dan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w bahawa barangsiapa yangmembaca kalimah tersebut ketika pagi dan petang Allah tetapmeredhakannya (Riwayat Tarmizi)

    Wirid tersebut adalah di antara Wirid Al-Lathif susunan Al-HabibAbdullah Al-Haddad yang dipetik dari kitab, Jalan Yang Dekat,susunan Habib Tahir Bin Husain Al-Tahir yang diterjemahkan olehSyed Abdillah Ahmad Al Jufri.

    10. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

    7

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    8/17

    Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.

    Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalanpara rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir

    denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang AmatMengasihani.

    (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan Habib HudBin Muhammad Al Bagir Al Attas)

    11. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA

    Allahummaftah alaya futuuhal arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.

    Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orangyang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.

    InsyaAllah jika diamalkan selepas solat akan menjadi pakar danarif dalam setiap bidang yang anda tuntuti. Ramai orang yangakan merujuk kepada kamu dalam sesuatu bidang itu.

    (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri)

    12. DOA MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

    Allahumma alhimni rusydii wa aidznii min syarri nafsi.

    Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) danlindungilah aku dari kejahatan nafsuku.

    Doa ini diajarkan oleh Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dalamkelas beliau. Doa ini dipetik dari kitab Nasihat Agama dan

    Wasiat Iman susunan Imam Habib Abdullah Al Hadad dalam BabZikir dan Doa.

    13. DOA KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS

    8

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    9/17

    Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli .

    Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku(urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka fahampembicaraanku.

    Allah telah mengajarkan doa ini kepada Nabi Musa a.s. ketikabeliau hendak berhujjah kepada Firaun. Ini juga merupakan satuamalan yang sering dibaca oleh Al Alim Sheikh Ahmad HoosenDeedat ketika beliau hendak berhujjah dengan kaum kafirin.Beliau juga selalu terjemahkan maksud doa ini kepada merekasupaya mereka faham.

    Doa ini telah diijazahkan oleh Al Habib Syed Zain Al Habsyi (Imam Masjid WadiHassan, Johor) dan Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman) dan Al Habib Hud Bin Muhammad Al Bagir

    Al Attas sebagai satu wirid untuk pelajar dan kalimah ini juga sering dinasihatkanoleh Ustaz Syed Abdillah Al Jufri kepada kami untuk diamalkan.

    14. DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN

    Rabbi zidnii ilman warzuqni fahman

    Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku

    kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

    15. MUNAJAT UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH

    Ya Aliimu Ilman Hikmah

    Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah(dibaca 100 X)

    (Nasihat dari seorang Habib kepada bapa saya, Abdul Wahab BinAbdul Hamid Khan Surattee. Juga telah ijazahkan kepada kamioleh Ustaz T. M. Fouzy dan Habib Idros Al Jufri, Jakarta)

    9

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    10/17

    16. WIRID UNTUK PELAJAR

    Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu,kepakaran yang nyata.

    Ya Haadii Ya Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.

    Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan YangMaha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai

    Tuhan Yang Nyata

    Zikir ini adalah sebahagian dari wirid susunan Al Alim Syeikh Ahmad Asrory AlIshaqy.

    17.DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH

    Ya Aliimu Allimni Hikmah

    Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah.

    (Ijazah oleh Ustaz T. M.. Fouzy Jumat. Ustaz Syed Abdillah Al Jufrigalakkan kami meminta ilham dan hikmah dari Allah setiap kalikita membaca Al Quran)

    18. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (Mental block)

    Ya Haadi, ihdinii.

    10

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    11/17

    Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku

    Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalahlafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan

    fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kitaakan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika tersesat jalan.

    (Dipetik dari kitab, 99 Nama Allah Yang Termashur oleh TalibSamat)

    19. WIRID UNTOK PELAJAR

    Yaa Aliyu Yaa Kabeer, Yaa Aleemu Yaa Qadeer, Yaa Sami-u Yaa Basheer, Yaa Latheefu Yaa Khabeer

    Wahai Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, Yang MahaMengetahui lagi Maha Kuasa, Yang Maha Mendengar lagi MahaMelihat, Yang Maha Pelembut lagi Maha Mengetahui

    (Dipetik dari Ratib Al Hadad, susunan Imam Habib Abdullah AlHadad)

    20. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI

    Ya Rasyidu Wahai Tuhan Yang Maha Pandai

    Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuatbelajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkanbakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah denganberulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semogaakan berjaya.

    11

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    12/17

    (Dipetik dari kitab, 99 Nama Allah Yang Termashur oleh TalibSamat)

    21. WIRID UNTUK PENERANG HATI

    Ya Maajidu Wahai Tuhan Yang Maha Luas Kemuliaan

    Barangsiapa yang membaca Ya Maajidu 400 kali pada setiaphari terutama para pelajar, insyaAllah dia akan memperolehkurnia terang hati, tajam ingatan, cerdas dan otaknya tidakmudah lupa. Di samping itu si pelajar tersebut perlu belajardengan setekun dan bersungguh-sungguh sambil berdoa untuk

    mendapatkan kejayaan.

    (Dipetik dari kitab, 99 Nama Allah Yang Termashur oleh TalibSamat)

    22. WIRID UNTUK MELIHAT YANG DI RAHSIAKAN

    Alaa Yalamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir

    Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Haluslagi Maha Mengetahui.

    Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah iaakan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya.

    Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri menasihatkan kami untuk membacanya jikaditimpa kesusahan dan apabila dalam keadaan risau.

    12

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    13/17

    23. WIRID UNTUK MEMBUAT PILIHAN YANG BAIK

    Subhanaka laa ilma lana illa maa alamtana innaka antal alimul hakiim

    Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apayang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya EngkauMaha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

    Wirid ini sebaik-baiknya dibaca ketika sujud akhir dalam solatsunat Istikharah sebanyak 40 kali (atau sekurang-kurangnya 3

    kali). Setelah selesai solat itu sangatlah baik jika disusuli denganbacaan doa Istikharah.

    Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri telah menasihatkan supayadiamalkanlah solat Istikharah pada setiap hari supaya kitadipimpin Allah ketika kita buat pilihan pada bila-bila masa sahaja.

    Kalimah ini juga adalah ijazah yang diberikan oleh Habib Hud BinMuhammad Al Bagir Al Attas.

    24. WIRID UNTUK MENGHIDUPKAN HATI

    Ya Hayyu Ya Qayyuum, Ahyil Qulub Tahya, Wahslih Lanal Amal FiddiiniWaddunya .

    Ya Tuhan Yang Maha Hidup, Ya Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri,hidupkanlah hati-hati yang Engkau hidupkan dan perbaikilahkami dalam urusan agama dan dunia.

    Wirid ini dibaca selepas solat sunnat Subuh (sebelum solatfardhu Subuh) sebanyak 18 kali (atau sekurang-kurangnya 3kali). Ia dibaca disamping wirid-wirid lain pada waktu ini. Dengan

    13

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    14/17

    mengamalkan wirid tersebut, insyaAllah kamu akan dikurniakankecergasan otak dan terang hati, dapat semangat untuk belajar,tidak menjadi malas atau putus harapan bagi pelajar yanglemah.

    Wirid ini adalah di antara amalan Habib Haroon Bin Shahaab(yang diamalkan di Masjid Wak Tanjong dahulu) dan HabibMuhammad Bin Salem Al-Attas (di Masjid Ba Alwi). Saya jugatelah merujuk kepada Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri untukmendapat nasihat darinya mengenai wirid ini. Alhamdulillah,beliau telah menasihati saya untuk mengamalkannya.

    25. DOA SEBELUM BELAJAR

    Allaahummanfanii bimaa allamtanii waallimnii maa yanfauuni warzuqniiilman yan faunii.

    Ya Tuhan kami jadikanlah aku berguna bagi masyarakat denganilmu yang Engkau berikan kepadaku, dan ajari aku ilmupengetahuan yang berguna untuk diriku.

    26. DOA SESUDAH BELAJAR

    Rabbanan fana bima allamtana rabbi alimnalladzii yanfauuna.

    Ya Tuhan kami berikanlah kami manfaat daripada apa yang telahEngkau ajarkan kepada kami. Ya Tuhan ajarkanlah kami apa yangberguna untok kami.

    Doa ini adalah sebahagian dari doa (yang panjang) yang dibacaoleh Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri setiap kali beliau tamatmenyampaikan kuliahnya Imam Hanafi Rasul (Masjid Darul

    14

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    15/17

    Aman) juga menasihatkan supaya diamalkan walaupun hanyasebahagian dari yang panjang itu.

    27. PANDUAN UNTUK BERJAYA

    Telah dinasihati kepada saya oleh Ustaz Ahmad SonhadjiMohamad dengan katanya:

    Selama dalam hati itu ada Allah, maka kita sentiasa akanberjaya. Memperbanyakkanlah membaca surah Al Fatehah danDoa Penghulu Segala Istighfar iaitu:

    Allahumma anta rabbi la ilaha illa anta khalaqtani wa ana abduka wa ana alaahdika wa wadika mastathatu audzu bika min syarri ma shanatu abuu lakabinimatika alayya wa abuu bidzanbi faghfirli fainnahu la yaghfirudz-dzunubailla anta.

    Ya Allah, Engkau Tuhan ku tiada Tuhan melainkan Engkau,Engkau yang menjadikan aku dan aku hamba Mud an tetap atas

    janji terhadap Mu. Aku berlindung dengan Mu dari kejahatanyang aku lakukan. Aku mengakui nikmat Mu atas ku. Dan akumengaku dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnyatiada siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkanEngkau.

    (Bacaan ini dinamakan Penghulu segala Istighfar. Barangsiapayang membacanya ketika pagi atau petang , lalu ia mati padahari itu, jadilah dia ahli syurga dipetik dari kitab Doa danWirid karya Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

    28. WIRID HARIAN BAGI PELAJAR (DAN BAGI SETIAP MUSLIM)

    15

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    16/17

    Istighfar 100 kali

    AstaugfirullahAku minta ampun kepada Allah

    Kalimah Tauhid 100 kali

    Laa illa ha illaahTiada tuhan melainkan Allah

    Selawat kepada Nabi 100 kali

    Allahumma shalli ala muhammadin wa ala alii muhammad Ya Allah sampaikan shalawat atas Muhammad dan atas keluarga Muhammad

    (Nasihat dari Ustaz Hanafi Rasul, Imam Masjid Darul Aman)

    29. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU

    Ya Mubdiu Ya Khaliq (100 kali setiap hari)

    Ijazah oleh Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz(Mudir Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman)

    16

  • 8/3/2019 6713333 Doa and Wirid for Students

    17/17

    Wabillahil hidayah wat-taufiq

    Disusun oleh

    Najib Khan Surattee27 Ramadhan 1428H

    17