wednesday art group perbandingan

5
Wednesday Art Group Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) Pertubuhan selepas merdeka ditubuhkan 1952 Pengasas Peter Haris Frank Sullivan, Mohammed Hoessein Enas Tempat ditubuhkan Kuala lumpur Kuala Lumpur Tema “Seni sebagai wadah ekspresi diri” Seni dlihat sebagai alat untuk meluahkan ekspresi ataupun menyampaikan maksud yang tersirat yang wujud dalam diri pengkarya. Memeberi galakan pelukis mencipta kaedah, penekanan dan pengucapan tampak yang tersendiri. Gaya Catan Pelbagai – aliran impresionis, post- impresionis, dan gaya tersendiri naturalis dan realism Objektif Memperkenalkan estetika, cara seni lukis, serta alat dan media catan baru kepada ahli-ahlinya. memperjuangkan nasib semua pelukis di negara ini selain menjadi medium penghubung antara golongan itu dengan kerajaan. memperluaskan konsep dan pendekatan dalam seni catan realisme yang menampilkan identiti Melayu. Tidak dinafikan, pengaruh seni tampak Barat masih menebal terutama

Upload: noor-afifah-azizan

Post on 26-Jul-2015

445 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Uploaded from Google Docs

TRANSCRIPT

Page 1: Wednesday Art Group Perbandingan

Wednesday Art Group Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS)

Pertubuhan selepas merdekaditubuhkan 1952Pengasas Peter Haris Frank Sullivan,

Mohammed Hoessein Enas

Tempat ditubuhkan Kuala lumpur Kuala LumpurTema “Seni sebagai wadah ekspresi diri”

Seni dlihat sebagai alat untuk meluahkan ekspresi ataupun menyampaikan maksud yang tersirat yang wujud dalam diri pengkarya.Memeberi galakan pelukis mencipta kaedah, penekanan dan pengucapan tampak yang tersendiri.

Gaya Catan Pelbagai – aliran impresionis, post-impresionis, dan gaya tersendiri

naturalis dan realism

Objektif Memperkenalkan estetika, cara seni lukis, serta alat dan media catan baru kepada ahli-ahlinya.

memperjuangkan nasib semua pelukis di negara ini selain menjadi medium penghubung antara golongan itu dengan kerajaan.memperluaskan konsep dan pendekatan dalam seni catan realisme yang menampilkan identiti Melayu. Tidak dinafikan, pengaruh seni tampak Barat masih menebal terutama pada dekad pasca merdeka.

Ahli- ahli akan bertemu pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan tubuh manusia (figuratis), gubahan dan lakonan.

Ahli Cheong LaitongPatrick Ng kah OnnJolly KohAnthony LauDzulkifli BuyongIsmail MustamHajedar Abdul MajidMustapha MahmudZakaria NoorHo Kai PengLiau Siat Moi

Page 2: Wednesday Art Group Perbandingan

Grace SelvanayagamPhoon Poh HonAbdul Halim Mat

Contoh karya yang dihasilkan

“ Rumah Rakit- Kuala Lipis” (1956) oleh Peter Harris. Menggambarkan keindahan dan kepermaian pemandangan alam tempatan. Karya ini dihasilkan daripada sapuan-sapuan berus yang terkawal dengan sifat gouche yang tebal. Nilai yan ingin disampaikan ialah budaya tempatan yang menonjolkan perspektif keindahan rumah tempatan iaitu rumah rakit di sebatang Sungai Pahang. Manakalam dari aspek gaya, karya ini merupakan catan gaya impresionis berdasarkan formula asas yang sangat digemari oleh pelukis Inggeris selepas Perang Dunia Kedua. Gubahan seolah-olah telah dibingkaikan oleh dahan-dahan pokok di sebelah tepi kiri dan kanan. Peniruan gaya harmoni kekuningan menimbulkan suasana tertentu di dalam karya.

Pembaharuan Meneroka media, teknik dan tema yang baru dalam mempamerkan tema pemandangan tempatan yang biasanya dihasilakan menggunakan cat air.Mengambil berat mengenai aspek kesenian dan budaya hidup masyarakat

Sumbangan Pernah dikatakan bahawa falsafah yang disemai telah menjadi tenaga pembimbing utama dalam bidang seni lukis di Malaysia pada hari ini

Pelukis , Pertubuhan Seni Dan Karya Tempatan.

Antara tokoh penting dalam dunia seni visual moden Malaysia ialah

Abdullah Ariff

yangsangat dikenalai dengan lukisan-lukisan cat airnya. Beliau dilahirkan pada bulan Jun 1905 di PulauPinang. Bertugas sebagsi guru Seni Lukis di Sekolah Anglo Chinese, Pulau Pinang, beliau banyak memberi sumbangan sebagai penyelia seni, pengerusi bahagian kesenian Kesatuan Guru PulauPinang pada tahun 1949 serta ahli Penang Impressionist tahun 1932. beliau telah berkhidmatsebagai Kaunselor Majlis Bandaran Pulau Pinang dari ahun 1955-1957. beliau juga adalah satu-satunya seniman pelukis tempatan yang terpilih dan dicatatkan di dalam buku

Page 3: Wednesday Art Group Perbandingan

The Leader of Malayaand Who’s Who 195,6

sehingga lima tahu berturu-turut oleh pelukis dan penerbit oleh J. Victor Morais. Karya-karyanya elah dipemerkan di Singapore, Hong Kong, Austria, Australia, Amerika,England,India dan Norway. Di Amerika pengkritik seni telah mengitiraf karya-karyanya dengangelaran

Ariff Style

. Karya-karya catan cat airnya telah banyak dianalisis oleh pengkritik seni diMalaysia seperti T.K Sabapathy, Piyadasa, Zakaria Ali dan Muliayadi Mahamood.

Wednesday Art Group.

Penglibatan guru – guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pinang telah diakuimenyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini kuala lumpur juga tidak ketinggalan melibatkan kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat13

di bawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter Harris selaku penyelia seni di Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur telah bertanggungjawab menubuhkan persatuan tersebut pada tahun 1952.Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday Art Group yang muncul pada tahunyang sama mempunyai banyak kesamaannya. Antara lain ialah pengasasnyamendapat latihan pendidikan seni di luar negara, kebanyakan ahli – ahlinya terdiridaripada guru –guru seni serta beroperasi pada tahun yang sama, 1952. Malah halatuju persatuan tersebut juga menggambarkan hasrat bagi membetulkan kaedah dantatacara pembelajaran pendidikan seni di tanah air.Sungguhpun Wednesday Art Group sebagai pertubuhan seni mula beroperasi padatahun 1952 tetapi secara rasminya ia didaftarkan lewat di bawah Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1956 dengan rujukan ARS/ SL & NS 113/56. Manakala tujuan pertubuhan ini mengikut Peter Harris ialah untuk mengeluarkan masyarakat yang tahumelukis, mewarna dan dapat meluahkan perasaan melalui seni. Di dalam pertubuhanini terdapat dua konsep yang diutarakan iaitu

Relax Into Art

dan

Express And Relax Into Art.

Penubuhan Wednesday Art Group banyak memberi sumbangan kepada perkembangan seni di Malaya sehingga ke hari ini. Antara sumbangan yang diberiialah mempersembahkan pelbagai media baru dalam menghasilkam karya seperti

gouche

. Memberikan kebebasan kepada ahli – ahlinya menikmati ‘rasa keseronokandengan seni’. Selain itu Wednesday Art Group telah memperbaiki tatacara pengajaranPendidikan Seni di sekolah – sekolah serta merta dapat meningkatkan mutu pengajaran Pendidikan Seni di sekolah – sekolah di tanah air.

Penang Impressionist.

Page 4: Wednesday Art Group Perbandingan

Aliran dan gaya impresionisme yang muncul di Perancis dan tersebar di Eropahtelah memberi kesan dan impak yang besar kepada penubuhan sebuah persatuan seni14

di Pulau Pinang. Aktiviti melukis di luar studio secara berkumpulan yang menjaditeras kepada aliran itu menjadi ikutan kepada ahli – ahli persatuan ini. di Malaya,Penang Impressionist adalah pertubuhan seni yang awal telah ditubuhkan oleh orang – orang inggeris di Pulau Pinang, malah pertubuhan seni yang pertama ditubuhkan diMalaya.Pertubuhan ini didaftarkan di Pulalu Pinang mengikut ordinan No. 116( pertubuhan) seksyen 5 pada 2 ogos 1899. Ini bermakna pertubuhan ini adalah pertubuhan seni yang pertama di Malaya yang mula bergiat pada akhir abad ke – 19lagi. Pebubuhan Penang Impressionist dikatakan telah ditubuhkan pada tahun 1920atau 1928 tetapi tiada rekod yang menunjukkan penubuhan tersebut.Kemunculan Penang Impressionist sebagai satu pertubuhan seni awal di Malaya pada akhir abad ke 19 yang mengadakan pameran karya seni antara tempoh PerangDunia Pertama dan Perang Dunia Kedua menandakan bermulanya satu kegiatan senisecara berkumpulan di Malaya. Ahli – ahlinya terdiri daripada suri rumah tangga pegawai – pegawai kolonial British di Pulau Pinang. Kegiatan mereka ialahmerakamkan panorama kecantikan Landskap pantai dan darat di pulau tersebut