file · web viewtahun 9. panduan menjawab kertas soalan bm i. ... semasa peperiksaan...

4
SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA BAHASA MELAYU TAHUN 9 Panduan Menjawab Kertas Soalan BM I Kamu akan diberikan 7 tajuk karangan Kamu dikehendaki memilih salah satu tajuk daripada 7 tajuk tersebut Panjang karangan kamu hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan Semasa peperiksaan dijalankan, kamu akan diberikan masa selama 5 minit untuk melihat kertas soalan Kamu diperuntukkan masa untuk memilih dan hendaklah bijak membahagikan masa tersebut untuk menentukan/memilih soalan, menyediakan rangka karangan (draft/outline/sketch)- isi-isi utama yang hendak dimasukkan, menulis karangan dan terakhir menyemak hasil karangan kamu. Untuk kertas BM I hanya diperuntukkan selama satu jam 30 minit menjawab dalam peperiksaan Pertimbangan markah akan diberi bagi isi karangan, gaya bahasa dan teknik penulisan. Markah akan dipotong sekiranya kamu hanya menulis isi tanpa huraian dan contoh lanjut. Markah juga akan dipotong jika ada menggunakan kata singkatan.

Upload: vannhan

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: file · Web viewTAHUN 9. Panduan Menjawab Kertas Soalan BM I. ... Semasa peperiksaan dijalankan, kamu akan diberikan masa selama 5 minit untuk melihat kertas soalan

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWABAHASA MELAYU

TAHUN 9

Panduan Menjawab Kertas Soalan BM I

Kamu akan diberikan 7 tajuk karangan

Kamu dikehendaki memilih salah satu tajuk daripada 7 tajuk tersebut

Panjang karangan kamu hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan

Semasa peperiksaan dijalankan, kamu akan diberikan masa selama 5 minit untuk melihat

kertas soalan

Kamu diperuntukkan masa untuk memilih dan hendaklah bijak membahagikan masa tersebut

untuk menentukan/memilih soalan, menyediakan rangka karangan (draft/outline/sketch)- isi-

isi utama yang hendak dimasukkan, menulis karangan dan terakhir menyemak hasil

karangan kamu.

Untuk kertas BM I hanya diperuntukkan selama satu jam 30 minit menjawab dalam

peperiksaan

Pertimbangan markah akan diberi bagi isi karangan, gaya bahasa dan teknik penulisan.

Markah akan dipotong sekiranya kamu hanya menulis isi tanpa huraian dan contoh lanjut.

Markah juga akan dipotong jika ada menggunakan kata singkatan.

BENTUK PENULISAN KARANGAN

Terdapat 2 bentuk penulisan karangan:

a) Karangan Berformatb) Karangan Tidak Berformat

Page 2: file · Web viewTAHUN 9. Panduan Menjawab Kertas Soalan BM I. ... Semasa peperiksaan dijalankan, kamu akan diberikan masa selama 5 minit untuk melihat kertas soalan

Jenis-Jenis Karangan iaitu:-

KARANGAN BERFORMAT KARANGAN TIDAK BERFORMAT

Perbahasan (Situasi Pertandingan) Perbahasan (Tajuk) Rencana Peribahasa Berita Perbincangan Laporan Pendapat Syarahan/Ucapan Cereka / Imaginasi Wawancara / Dialog Keperihalan / Gambaran

Penerangan / Fakta

PANDUAN MENULIS KARANGAN

Ada tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum menulis karangan, iaitu:a) Memilih Tajukb) Merangka Karanganc) Menulis Karangan

A. MEMILIH TAJUK

1. Pilih tajuk yang benar-benar kamu fahami.2. Tajuk itu mestilah mempunyai banyak isi untuk ditulis3. Baca dan fahami setiap tajuk yang diberi.4. Kalau terdapat lebih daripada satu tajuk yang kamu ketahui, pilih tajuk yang paling

kamu minati.5. Jangan memilih tajuk yang sukar dengan harapan kamu akan mendapat markah yang

paling tinggi.6. Kamu harus ingat bahawa pemberian markah untuk karangan bukanlah berdasarkan

susah atau senang sesuatu tajuk itu, ia adalah berdasarkan jumlah isi, gaya bahasa dan kelancaran kamu.

B. MERANGKA KARANGAN 1. Kamu perlu meneliti dan memahami tajuk karangan itu sedalam-dalamnya.2. Kumpulkan segala fakta atau isi-isi yang berkaitan dengan tajuk dan catatkan secara

ringkas.

Page 3: file · Web viewTAHUN 9. Panduan Menjawab Kertas Soalan BM I. ... Semasa peperiksaan dijalankan, kamu akan diberikan masa selama 5 minit untuk melihat kertas soalan

3. Bahagikan rangka karangan kepada tiga bahagian , iaitu Pengenalan, Isi dan Penutup.

4. Susunkan fakta-fakta atau isi-isi karangan tadi untuk memudahkan kamu membuat perenggan demi perenggan.

5. Membuat rangka karangan adalah penting supaya kamu tidak terkeluar daripada tajuk.

6. Rangka karangan kamu tidak perlu ditulis dalam ayat yang panjang tetapi memadailah dengan ayat-ayat yang ringkas.

7. Setelah mendapat rangka karangan yang tersusun, kemudian kamu boleh mula mengarang berdasarkan garis panduan tersebut.

C. MENULIS KARANGAN 1. Setiap karangan kamu mesti mempunyai pengenalan2. Dalam pengenalan kamu perlu memperkenalkan tajuk yang dipilih itu secara khusus.3. Setiap pengenalan mestilah ringkas tetapi padat. Ia hendaklah ditulis dalam satu

perenggan.4. Pengenalan yang menarik dapat membuat pemeriksa atau pembaca ingin terus membaca

karangan tersebut.5. Isi merupakan bahagian yang paling penting. Ia menentukan jumlah markah yang

akan kamu perolehi.6. Isi- isi yang dikemukakan mestilah tepat dan berkaitan dengan tajuk.7. Cara mengolah isi mestilah senang difahami dan tidak berbelit-belit.8. Susunan isi-isi itu mestilah teratur dan rapi.9. Setiap perenggan hendaklah mempunyai pertalian dengan isi-isi dalam perenggan yang

sebelumnya.10. Penutup karangan merupakan kesimpulan kamu. Ia hendaklah ringkas dan padat.

Kamu perlu membuat satu rumusan ringkas tentang tajuk yang dibincangkan itu.11. Kamu perlu menunjukkan satu pandangan yang tegas tentang apa yang telah

diperkatakan pada peringkat awal.12. Jika karangan itu jenis cerita,penutupnya hendaklah merupakan penyelesaian cerita

kamu.13. Penutup karangan yang baik akan menimbulkan perasaan puas hati pada pemeriksa atau

pembaca.