amrihuda.files.wordpress.com … · web viewmenjadi amalan perniagaan, 70% daripada belian adalah...

2
PROGRAM JUNIOR TEACHER TAJUK:BELANJAWAN TUNAI (MINGGU 1) 1. Pada 1 Januari 2010, Puan Alice memulakan perniagaan Fesyen Cantik dengan melaburkan wang tunai sebanyak RM10 000. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang diperoleh bagi bulan Januari hingga Mac adalah seperti berikut: a) Jualan tunai bagi bulan Januari dan Februari dianggarkan sebanyak RM16 000 dan dianggarkan akan meningkat 15% pada bulan Mac. b) Anggaran belian bekalan stok bagi bulan Januari, Februari dan Mac adalah seperti berikut: RM Januari 8 000 Februari 9 000 Mac 10 400 Menjadi amalan perniagaan, 70% daripada belian adalah secara tunai dan 30% adalah secara kredit. Tempoh kredit adalah sebulan. c) Bayaran sewa kedai adalah sebanyak RM1 800 sebulan dan sewa bagi 3 bulan dibayar sekali gus pada bulan Januari. d) Gaji bulanan pekerja-pekerja ialah RM3 860 sebulan. e) Belanja am bulanan dianggarkan sebanyak RM565 Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai untuk Puan Alice bagi tempoh 3 bulan berakhir 31 Mac 2010. 2. Puan Nik, seorang penguasa Estee Katering, meminta bantuan anda untuk menyediakan anggaran Belanjawan Tunai bagi tempoh tiga bulan bermula dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Mac 2010. Beliau telah membawa masuk tunai sebanyak RM10 000 sebagai modal permulaan. Anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaannya adalah seperti berikut: a) Jualan tunai bagi bulan Januari dan Februari adalah sama iaitu RM12350, tetapi dijangka meningkat 20% pada bulan Mac.

Upload: hoanghanh

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: amrihuda.files.wordpress.com … · Web viewMenjadi amalan perniagaan, 70% daripada belian adalah secara tunai dan 30% adalah secara kredit. Tempoh kredit adalah sebulan

PROGRAM JUNIOR TEACHER

TAJUK:BELANJAWAN TUNAI (MINGGU 1)

1. Pada 1 Januari 2010, Puan Alice memulakan perniagaan Fesyen Cantik dengan melaburkan wang tunai sebanyak RM10 000. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang diperoleh bagi bulan Januari hingga Mac adalah seperti berikut:

a) Jualan tunai bagi bulan Januari dan Februari dianggarkan sebanyak RM16 000 dan dianggarkan akan meningkat 15% pada bulan Mac.

b) Anggaran belian bekalan stok bagi bulan Januari, Februari dan Mac adalah seperti berikut:

RM

Januari 8 000Februari 9 000Mac 10 400

Menjadi amalan perniagaan, 70% daripada belian adalah secara tunai dan 30% adalah secara kredit. Tempoh kredit adalah sebulan.

c) Bayaran sewa kedai adalah sebanyak RM1 800 sebulan dan sewa bagi 3 bulan dibayar sekali gus pada bulan Januari.

d) Gaji bulanan pekerja-pekerja ialah RM3 860 sebulan.e) Belanja am bulanan dianggarkan sebanyak RM565

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai untuk Puan Alice bagi tempoh 3 bulan berakhir 31 Mac 2010.

2. Puan Nik, seorang penguasa Estee Katering, meminta bantuan anda untuk menyediakan anggaran Belanjawan Tunai bagi tempoh tiga bulan bermula dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Mac 2010. Beliau telah membawa masuk tunai sebanyak RM10 000 sebagai modal permulaan.Anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaannya adalah seperti berikut:

a) Jualan tunai bagi bulan Januari dan Februari adalah sama iaitu RM12350, tetapi dijangka meningkat 20% pada bulan Mac.

b) Belian bahan mentah pada bulan Januari adalah sebanyak RM9600. Belian bagi bulan-bulan berikutnya akan berkurangan 10% daripada bulan sebelumnya.Semua belian adalah melalui cek.

c) Gaji bulanan 3 orang pekerja ialah RM300 seorang dan dibayar pada akhir setiap bulan.d) Pada 1 Januari, perniagaan membeli sebuah van bernilai RM110000 secara kredit. Bayaran

pendahuluan sebanyak RM10000 dibuat secara tunai pada bulan Januari dan bayaran bulanan sebanyak RM1000 mula dibayar pada bulan Februari.

e) Pada bulan Februari, penguasaha telah menyewakan kelengkapan katering kepada DBKL sempena sambutan Hari Wilayah dengan kadar RM1500.

f) Perbelanjaan lain adalah sebanyak RM250 setiap bulan.

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Belanjawan Tunai Puan Nik bagi tempoh 3 bulan.