web viewayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu...

Download Web viewAyat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.Setiap ayat dasar ... Ada juga kata penguat yang

If you can't read please download the document

Upload: hathien

Post on 07-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

BAB 5

AYAT DASAR

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.Setiap ayat dasar terbentuk daripada dua unsur, iaitu subjek dan predikat.Ayat dasar mesti bermula dengan subjek dan diikuti oleh predikat.

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut.

5.1 Pola Ayat Dasar 1 : Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )

Jika subjek suatu ayat itu Frasa Nama dan predikatnya pun Frasa Nama, maka ayat itu mempunyai pola FN + FN. Contohnya:

No.

Subjek ( Frasa Nama )

Predikat ( Frasa Nama )

1

Dia

Abu Bakar.

2

Ini

lori.

3

Dua orang itu

doktor.

Semua kata dalam ayat-ayat (1) hingga (5) di atas termasuk dalam kata nama, iaitu:-

(a) ini, itu ( kata ganti tunjuk )

(b) Abu Bakar ( kata nama khas )

(c) lori, doktor, orang ( kata nama am )

(d) dua ( kata bilangan )

Daripada contoh di atas, ternyata bahawa:

(a) sepatah kata boleh menjadi Frasa Nama. Misalnya kata Dia, Ini.

(b) Lebih daripada sepatah kata boleh juga menjadi Frasa Nama misalnya Dua orang itu.

5.2 Pola Ayat Dasar 2 : Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )

Jika subjek suatu ayat itu Frasa Nama dan predikatnya pun Frasa Adjektif, maka ayat itu mempunyai pola FN + FA. Contohnya:

No.

Subjek ( FN )

Predikat ( FA )

1

Garam ini

masin.

2

Laut itu

dalam.

3

Mansur

penakut.

Oleh sebab dapat bertugas sebagai predikat, maka kata adjektif seperti masin, dalam

dan penakutmenjadi frasa adjektif walaupun hanya sepatah kata

Ada kalanya, frasa adjektif disertai kata keterangan penguat seperti paling, sangat dan amat.Ada kata penguat yang letaknya di depan adjektif dan ada yang letakknya hanya di belakang adjektif. Ada juga kata penguat yang bebas, yakni di depan atau di belakang adjektif. Contohnya:

cantik sekali paling jahat sangat ringan atau ringan sangat.

Kata adjektif boleh diimbuhi awalan ter-, misalnya terburuk, terbanyak yang masing-masing membawa makna paling buruk dan paling banyak.

Kata adjektif boleh juga disertai kata keterangan bantu yang letaknya di depan.

Contohnya:

akan mundur belum masak

5.3 Kesalahan dan Contoh Ayat

1 Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus.

Contohnya:

*Masakan itu paling pedas sekali. ( salah )

Masakan itu paling pedas ( betul )

Masakan itu pedas sekali. ( betul )

2 Apabila kata adjektif diimbuhi awalan ter-, maka kata penguat tidak diperlukan lagi.

Contohnya:

*Ikan paus ialah mamalia amat terbesar di dunia. ( salah )

Ikan paus ialah mamalia terbesar di dunia. ( betul )

5.4 Pola Ayat Dasar 3 : Frasa Nama + Frasa Sendi ( Fn + Fs )

Jika subjek suatu ayat itu Frasa Nama dan predikatnya pun Frasa Sendi, maka ayat itu mempunyai pola FN + FS. Contohnya:

No.

Subjek (Frasa Nama)

Predikat (Frasa Sendi)

1

Ayah

ke Singapura.

2

Majalah ini

untuk perpustakaan.

3

Pekan itu

di Pahang.

Gabungan kata sendi dengan frasa nama menghasilkan frasa sendi. Frasa nama yang menyertai kata sendi bertugas sebagai objek. Tanpa objek, kata sendi tidak dapat menjadi frasa sendi. Contohnya:

Kata Sendi

Frasa Nama (Frasa Nama)

Frasa Sendi (FrasaSendi)

ke

Singapura

ke Singapura

untuk

perpustakaan

untuk perpustakaan

di

Pahang

di Pahang

Frasa sendi boleh didahului oleh kata keterangan bantu seperti pernah, sudah, belum, boleh, hendak, masih, mungkin dan sebagainya. Contoh:

(a) sudah ke luar negeri

(b) mungkin di dalam almari itu

(c) pernah ke Sabah

Kata sendi iaitu di, ke dan dari dapat disertai kata nama arah seperti atas, kiri, dalam, luar,barat, bawah, sampingdan sebagainya bagi membentuk frasa sendi. Contohnya:

(a) ke dalam sungai

(b) di samping itu

(c) dari sebelah kanan pintu

5.5 Pola Ayat Dasar 4 : Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )

5.5.1 Frasa Kerja Tak Transitif

Jika subjek suatu ayat itu Frasa Nama dan predikatnya frasa kerja tak transitif

( KKTT )maka pola ayat itu ialah FN + FK. Contohnya:

No.

Subjek (Frasa Nama)

Predikat (Frasa Kerja)

1

Mereka

berdiri.

2

Ketiga-tiga pelajar itu

mencuri.

3

Kami

tersenyum

Kata berdiri, mencuri dan tersenyum dalam ayat di atas ialah kata kerja tak transitif.

Kata kerja tak transitif ( KKTT ) pada dasarnya dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap tanpa objek.

Kata kerja tak transitif berapitan berkan, tidak dapat berdiri sendiri sebagai frasa untuk bertugas sebagai predikat. Kata kerja berapitan berkan memerlukan pernyataan frasa nama sebagai objek kepada kata sendi akan yang disingkatkan menjadi akhiran -kan pada kata kerja yang berapitan berkan itu. Contohnya:

No.

Subjek

Predikat

KKTT

Frasa Nama

1

Perniagaan itu

bermatlamatkan

keuntungan.

2

Oleh sebab tidak ada bantal, dia tidur

berbantalkan

lengan.

3

Keris panglima itu

berhulukan

gading.

KKTT boleh disertai kata bantu seperti sudah, akan, masih, telah dan sebagainya untuk membentuk frasa kerja yang berdiri sebagai objek. Contohnya:

sudah tiba telah pergi masih muda

5.5.2 Frasa Kerja Transitif

Jika subjek suatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja transitif, pola ayat masih FN + FK juga. Contohnya:

No.

Subjek

Predikat

KKTT

Frasa Nama

1

Ibu

menghadiahi

anaknya jam tangan.

2

Pak Amir

memperbesar

rumahnya.

3

Cikgu Ghaffar

memperkatakan

sejarah negara.

Frasa kerja transitif dapat juga diluaskan dengan menambahkan frasa sendi.

Contohnya:

No.

Subjek ( FN )

Predikat

Frasa Kerja

Frasa Sendi

1

Ayah

menebang pokok

dengan kapak.

2

Kassim

mengirim buku

kepada adiknya.

3

Fauziah

memandu keretanya

ke pejabat.

5.6 Latihan Pengukuhan

5.6.1 Mengenal Pasti Kesalahan

1Ke Singapura Encik Fadzil.

2Menggemparkan seluruh rakyat berita letupan itu.

3Duduk di bangku budak-budak itu.

4Minuman itu sangat manis sekali.

5Kami suka durian.

5.6.2 Membetulkan Kesalahan

1Dekat Dataran Merdeka para remaja berkumpul.

______________________________________________________________

2Menguning padi kepunyaan Pak Ali.

_______________________________________________________________

3Lagu itu sungguh merdu nian.

________________________________________________________________

4Mereka akan lalu jalan itu.

_________________________________________________________________

5Pesakit itu hendak berjumpa doktor.

__________________________________________________________________

5.6.3 Menentukan Ayat yang Betul / Salah

1Comel kucing kesayangan Azim()

2Madu semanis gula()

3Mereka berasal daripada sebuah keluarga yang besar. ()

4Hadiah itu daripada Rozana. ( )

5Sedang berehat bapa kesayangan mereka. ( )

B (27)