storage.googleapis.com€¦  · web viewkaunselor berdaftar yang beralamat di negeri pantai timur...

17
Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 1, No.1; 2017 E-ISSN 2600-8076 Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) ____________________________________________________________________________________________ Kecekapan Kaunselor: Kemahiran Kaunseling dan Hubungan Terapeutik Ruhani Mat Min Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu E-mel: r uhan i @ u m t . e du. m y Abstrak Kajian ini bertujuan mengumpul maklumat berkaitan kemahiran kaunseling serta hubungan terapeutik, seterusnya mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah berkenaan. Seramai 186 orang kaunselor berdaftar telah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Maklumat mengenai kemahiran kaunseling dan hubungan terapeutik telah dikumpulkan menggunakan dua soalselidik. Kemahiran kaunseling diukur menggunakan Counseling Skills Scale atau CSS (Eriksen & McAuliffe, 2003) dan hubungan terapeutik diukur menggunakan Working Alliance Inventory–Short Version atau WAI-SF (Tracey & Kokotowits, 1989). Dapatan kajian menunjukkan responden kajian mempunyai tahap CSS yang tinggi. Terdapat dua konstruk yang mempunyai min tinggi, iaitu mengembangkan perhubungan terapeutik dan menguruskan sesi. Manakala, konstruk CSS mempunyai nilai min paling rendah adalah mendalami sesi atau empati mendalam. Dapatan juga menunjukkan responden kajian mempunyai tahap WAI-SF yang tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai tahap tertinggi dalam konstruk ikatan, dan konstruk yang mempunyai nilai min paling rendah adalah matlamat. Kesemua konstruk dalam CSS berkorelasi signifikan dengan konstruk tugasan dan sebahagian konstruk ikatan dalam WAI-SF. Walau bagaimanapun, nilai korelasi berkenaan adalah lemah. Implikasinya, kecekapan kemahiran kaunseling dalam kalangan kaunselor tidak menjamin wujudnya hubungan terapeutik dengan klien. Kemungkinan wujud faktor-faktor lain dalam dalam perhubungan kaunselor dan klien, dan ianya memainkan peranan penting dalam hubungan terapeutik dengan klien. Katakunci: kaunselor; kemahiran kaunseling; hubungan terapeutik; Counseling Skills Scale; Working Alliance Inventory–Short Version. 1.0 PENGENALAN Kaunseling merupakan perkhidmatan sokongan profesional yang diberikan oleh kaunselor kepada klien yang mengalami cabaran atau kesulitan, serta juga bertujuan mendorong kesejahteraan dan pertumbuhan peribadi individu berkenaan. Proses sokongan profesional atau juga dikenali sebagai hubungan menolong ini menekankan kepada pembinaan hubungan yang dipercayai atau trusting relationship yang kuat antara kaunselor dan klien. Hubungan yang dipercayai akan menyumbang kepada kesan sesi yang akan dialami oleh klien. Berkaitan

Upload: others

Post on 11-Jun-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: storage.googleapis.com€¦  · Web viewKaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan

Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 1, No.1; 2017E-ISSN 2600-8076Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) ____________________________________________________________________________________________

Kecekapan Kaunselor: Kemahiran Kaunseling dan Hubungan Terapeutik

Ruhani Mat Min

Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan EkonomiUniversiti Malaysia Terengganu

E-mel: r uhan i @ u m t . e du. m y

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengumpul maklumat berkaitan kemahiran kaunseling serta hubungan terapeutik,seterusnya mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah berkenaan. Seramai 186 orang kaunselor berdaftar telah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Maklumat mengenai kemahiran kaunseling dan hubungan terapeutik telah dikumpulkan menggunakan dua soalselidik. Kemahiran kaunseling diukur menggunakan Counseling Skills Scale atau CSS (Eriksen & McAuliffe, 2003) dan hubungan terapeutik diukur menggunakan Working Alliance Inventory–Short Version atau WAI-SF (Tracey & Kokotowits, 1989). Dapatan kajian menunjukkan responden kajian mempunyai tahap CSS yang tinggi. Terdapat dua konstruk yang mempunyai min tinggi, iaitu mengembangkan perhubungan terapeutik dan menguruskan sesi. Manakala, konstruk CSS mempunyai nilai min paling rendah adalah mendalami sesi atau empati mendalam. Dapatan juga menunjukkan responden kajian mempunyai tahap WAI-SF yang tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai tahap tertinggi dalam konstruk ikatan, dan konstruk yang mempunyai nilai min paling rendah adalah matlamat. Kesemua konstruk dalam CSS berkorelasi signifikan dengan konstruk tugasan dan sebahagian konstruk ikatan dalam WAI-SF. Walau bagaimanapun, nilai korelasi berkenaan adalah lemah. Implikasinya, kecekapan kemahiran kaunseling dalam kalangan kaunselor tidak menjamin wujudnya hubungan terapeutik dengan klien. Kemungkinan wujud faktor-faktor lain dalam dalam perhubungan kaunselor dan klien, dan ianya memainkan peranan penting dalam hubungan terapeutik dengan klien.

Katakunci: kaunselor; kemahiran kaunseling; hubungan terapeutik; Counseling Skills Scale; WorkingAlliance Inventory–Short Version.

1.0 PENGENALAN

Kaunseling merupakan perkhidmatan sokongan profesional yang diberikan oleh kaunselor kepada klien yang mengalami cabaran atau kesulitan, serta juga bertujuan mendorong kesejahteraan dan pertumbuhan peribadi individu berkenaan. Proses sokongan profesional atau juga dikenali sebagai hubungan menolong ini menekankan kepada pembinaan hubungan yang dipercayai atau trusting relationship yang kuat antara kaunselor dan klien. Hubungan yang dipercayai akan menyumbang kepada kesan sesi yang akan dialami oleh klien. Berkaitan dengan kesan sesi, kecekapan kaunseling merupakan perkara penting dalam usaha mendorong kesejahteraan dan pertumbuhan peribadi klien dan juga membina hubungan yang dipercayai.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

Kecekapan kaunseling telah lama diberi perhatian dalam perkhidmatan kaunseling dan kaunselor. Swank, Lambie & Witta (2012) telah membincangkan perkembangan mengenai isu kecekapan kaunseling. Menurut pengarang, bermula pada tahun 1940an, penilaian kecekapan kaunseling berdasarkan kepada pernyataan verbal oleh kaunselor, kemudian, fokus penilaian berkenaan bertukar kepada suasana pemudahcaraan atau faciliatative conditions. Seterus, pada tahun 1970an, pengukuran kecekapan kaunseling telah bertukar semula kepada corak pernyataan verbal. Akhirnya, dalam tempoh 12 tahun kebelakangan ini, pengukuran kecekapan kaunseling telah mengabungkan corak pernyataan verbal, tingkahlaku bukan verbal serta suasana pemudahcaraan (Swank, Lambie & Witta, 2012).

1

Page 2: storage.googleapis.com€¦  · Web viewKaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan

Remley & Herlihy (2013) menghuraikan kecekapan kaunseling berkaitan dengan (i) pengetahuan, (ii) kemahiran, dan (iii) sikap. Berkaitan dengan ini, Wampold (2001) menegaskan bahawa faktor-faktor peribadi kaunselor lebih menyumbang kepada hasil kaunseling berbanding dengan penggunaan teknik. Seterusnya, Tangen & Cashwell (2016) mengkaji mengenai faktor-faktor kaunselor yang menyumbang kepada kedalaman hubungan atau relational depth dengan klien. Kedalaman hubungan bermaksud keadaan hubungan dan keterlibatan yang mendalam antara dua orang, di mana setiap orang menjadi diri sebenar sepenuhnya semasa dengan pihak satu lagi, dan mampu memahami dan menghargai pengalaman pihak lain pada tahap tinggi (Mearns & Cooper, 2005). Merujuk kepada kajian Tangen & Cashwell (2016), dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran kaunseling seperti tingkahlaku non verbal, kontak mata, kesegeraan, refleksi serta rumusan kecil merupakan faktor kaunselor yang menyumbang kepada kedalaman hubungan.

Manakala, faktor penstukturan secara sengaja seperti memulakan percakapan dengan berkisar isu semasa, pelaksanaan sesi secara perlahan-lahan, penstrukturan semasa dan sepanjang sesi, menetapkan matlamat dan persediaan sesi seperti rumusan terhadap sesi yang sebelum, juga merupakan faktor kedalaman hubungan bersama klien. Secara ringkas, kajian ini menunjukkan kepentingan kemahiran kaunseling dalam perhubungan terapeutik antara kaunselor dan klien, seterusnya mendorong perubahan dalam diri klien (Tangen & Cashwell, 2016).

Keberkesanan sesi kaunseling telah dikaji daripada pelbagai faktor. Dapatan kajian terdahulu menunjukkan bahawa perkara tambahan berkaitan terapeutik menyumbang sebanyak 40% terhadap perubahan klien, perhubungan terapeutik menyumbang sebanyak 30% terhadap perubahan klien, harapan dan jangkaan menyumbang sebanyak15% terhadap perubahan klien dan teknik terapeutikmenyumbang sebanyak 15% terhadap perubahan klien (Blow et al., 2009; Ward, et al., 2007). Seterus, penulis menghuraikan maksud perkara tambahan berkaitan terapeutik, iaitu umur, jantina, bangsa, hubungan kekeluargaan, persekitaran dan motivasi klien terhadap perubahan. Manakala, hubungan terapeutik melibatkan ikatan, matlamat dan tugasan dalam pakatan kerja atau working alliance. Harapan merangkumi tahap jangkaan klien bahawa kaunseling boleh membantu. Akhir, teknik

terapeutik merujuk kepada model yang digunakan oleh kaunselor semasa membantu klien, termasuk teori dan intervensi (Blow et al., 2009; Ward, et al.,2007). Secara ringkasnya, perhubungan terapeutikyang melibatkan ikatan, matlamat dan tugasan, merupakan penyumbang terbesar terhadap hasil daripada kaunseling (Sackett & Lawson, 2015).

Terapeutik dalam sesi kaunseling berkait dengan kemahiran dan kebolehan (Reinkraut, Motulsky & Ritchie, 2009), termasuk penggunaan pengalaman, identiti, kemahiran perhubungan, kesedaran moral, pengetahuan dan kebijaksanaan secara sengaja dan juga bertanggungjawab oleh kaunselor (Reinkraut,2008). Bordin (1979) telah membincangkan konsep perhubungan terapeutik dan mengupas bahawa kekuatan hubungan terapetik menyumbang terhadap perubahan yang dialami oleh klien dalam kaunseling. Perhubungan terapeutik melibatkan tiga komponen, iaitu matlamat, tugasan dan ikatan, juga ketiga-tiga berkenaan melibatkan persetujuan antara kaunselor dan klien terhadap matlamat serta tugasan, seterus pembinaan ikatan. Keserasian antara kaunselor dan klien dalam hubungan terapeutik amat penting.

Berkaitan ini, kesediaan klien melalui sesi kaunseling berkemungkinan berkaitan dengan matlamatnya ataupun keinginan menghilangkan tekanan dalam kehidupannya (Sackett & Lawson,2015). Selaras dengan ini, Bordin (1979) menekankan kepentingan kaunselor mengaitkan tugasan dalam sesi kaunseling dengan cabaran yang dihadapi oleh klien bagi mencapai matlamat kaunseling berkenaan. Sebagaimana dinyatakan sebelum, kaunselor dan klien perlu mempunyai persetujuan terhadap tugasan dan matlamat bagi mewujudkan hubungan terapeutik yang kuat. Hubungan terapeutik sebagaimana dihuraikan oleh Bordin (1979), melibatkan interaksi antara kaunselor dan klien, dan ianya bukannya sesuatu yang ditawarkan oleh kaunselor kepada kliennya. Dengan kata lain, interaksi kaunselor dan klien melibatkan saling mempengaruhi dan melengkapi antara satu sama lain, iaitu kedua pihak bertanggunjawab membentuk hubungan terapeutik yang dibina berkenaan. Selaras dengan ini, hubungan terapeutik juga saling berkait dengan intervensi serta strategi kaunseling berkenaan. Ringkasnya, hubungan terapeutik membolehkan intervensi serta strategi kaunseling dilaksanakan.

Horvath (2000) mengupas mengenai kepentingan perkara teras atau core conditions yang telah

Page 3: storage.googleapis.com€¦  · Web viewKaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan

dikemukakan oleh Rogers, iaitu, empati, penerimaan tanpa syarat dan kongruen, merupakan perkara signifikan dalam penyembuhan klien melalui sesi kaunseling. Sackett & Lawson (2015) mengupas mengenai kepentingan kekuatan hubungan kaunseling dalam menyumbang kepada keberkesanan sesi kaunseling, tanpa mengira bentuk rawatan yang digunakan oleh kaunselor serta isu yang dibincangkan oleh klien. Seterusnya, kajian lepas menunjukkan bahawa kekuatan hubungan kaunseling yang dibina pada awal perhubungan berkenaan boleh meramal kejayaan kaunseling berkenaan (Carpenter, Escudera, & Rivett, 2008). Berkaitan dengan ini, Horvath (2000) menyatakan bahawa peluang membina hubungan kerjasama dalam kaunseling bermula antara Sesi Pertama hingga Sesi Kelima, seterusnya hubungan yang dibina berkenaan menjadi keperluan dalam sesi kaunseling. Ringkasnya, hubungan terapeutik dalam kaunseling merupakan faktor penting dalam kejayaan sesi kaunseling, manakala hubungan yang lemah menyumbang kepada kesan yang lemah, termasuk penamatan awal sesi kaunseling (Sackett& Lawson, 2015).

Teori Kognitif Sosial dan konstruk utamanya efikasi kendiri, yang menghuraikan mengenai kepercayaan individu terhadap kebolehannya dalam mencapai tahap prestasi yang diinginkan (Bandura, 1994). Manakala efikasi kendiri kaunseling merujuk kepada kepercayaan atau penilaian individu terhadap keupayaannya untuk menjalankan kaunseling secara efektif dengan klien (Larson & Daniels, 1998). Kajian yang telah dijalankan sebelum ini menunjukkan bahawa tahap efikasi kendiri kaunseling berkaitan dengan keinginan sosial, personaliti kaunselor, kebolehan, pencapaian (Larson, Suzuki, Gillespie, Potenza, Bechtel, & Toulouse, 1992) dan umur (Watson, 2012). Individu yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi akan melihat kebimbangan sebagai cabaran, membentuk matlamat realistik serta mencabar dan mempunyai pemikiran yang membantu diri (Larson & Daniels,1998). Berkaitan dengan ini, Wilkerson & Basco(2014) mengulas mengenai kaunselor yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi, iaitu berhubung langsung dengan kebimbangan yang rendah, tahap kemahiran kaunseling yang tinggi serta prestasi yang baik, wujud keselarasan antara persepsi kaunselor dan klien berkaitan dengan kualiti sesi kaunseling.

Rumusannya, kecekapan kaunseling mengabungkan corak pernyataan verbal, tingkahlaku bukan verbal

serta suasana pemudahcaraan (Swank, Lambie & Witta, 2012). Remley & Herlihy (2013) menyatakan salah satu komponen dalam kecekapan kaunseling adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor. Kemahiran kaunseling dalam perhubungan terapeutik mendorong perubahan dalam diri klien (Tangen & Cashwell, 2016). Perhubungan terapeutik merupakan penyumbang signifikan terhadap hasil kaunseling (Sackett & Lawson, 2015). Oleh itu kajian ini bertujuan mengenalpasti:

1. Kemahiran kaunseling dalam kalangan kaunselor berdaftar.

2. Perhubungan terapeutik dalam kalangan kaunselor berdaftar.

3. Perkaitan antara kemahiran kaunseling dan perhubungan terapeutik dalam kalangankaunselor berdaftar

3. METODOLOGI

Kajian ini bertujuan mengumpul maklumat berkaitan kemahiran kaunseling serta hubungan terapeutik, seterusnya mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah berkenaan. Kaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan responden kajian. Sebelum soal selidik dihantar, kaunselor yang terdapat dalam senarai berkenaan dihubungi dengan panggilan telefon terlebih dahulu. Tujuan panggilan berkenaan adalah, (i) memastikan alamat terkini bagi tujuan penghantaran soal selidik, dan (ii) memaklumkan mengenai kajian yang sedang dijalankan. Seramai 300 orang telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai kajian yang dijalankan. Seterusnya, soal selidik dihantar melalui pos serta telah dilengkapkan dengan sampul surat bersetem bagi tujuan penghantaran balik. Sepanjang tempoh pengumpulan data, iaitu selama empat bulan, sebanyak tiga kali peringkatan dihantar kepada kaunselor berdaftar yang terlibat sebagai responden. Akhirnya, seramai 195 orang kaunselor berdaftar telah memberi maklumbalas terhadap soalselidik. Walau bagaimanapun soal selidik yang boleh digunakan sebagai data kajian hanya daripada 186 orang responden.

Soal selidik kajian ini melibatkan dua inventori iaitu, (i) Counseling Skills Scale (Eriksen & McAuliffe,2003) dan Working Alliance Inventory–ShortVersion (Tracey & Kokotowits, 1989) telahdigunakan dalam kajian ini. Counseling Skills Scale (CSS) dibina berasaskan kajian-kajian sebelum ini yang bertujuan menentukan kecekapan kaunselor (Eriksen & McAuliffe, 2003). Kemahiran

Page 4: storage.googleapis.com€¦  · Web viewKaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan

kaunseling diukur menggunakan CSS, yang melibatkan enam konstruk dalam 19 item yang melibatkan kemahiran kaunseling mikro yang spesifik. Enam konstruk berkenaan adalah (i) menunjukkan minat dan penghargaan, (ii) mendorong penerokaan, (iii) mendalami sesi, (iv) mendorong perubahan, (v) mengembangkan perhubungan terapeutik, dan (vi) menguruskan sesi. Analisis item telah dijalankan dan kesemua 19 item dalam CSS sesuai dikekalkan.

Working Alliance Inventory-Short Form atau WAI- SF (Tracey & Kokotowitc, 1989), berasaskan Working Alliance Inventory (WAI) yang dikemukakan oleh Horvath & Greenberg (1981,1984, 1991). WAI-SF merupakan inventori yangdiringkaskan bagi mengukur hubungan terapeutik. Sebagaimana WAI, WAI-SF juga melibatkan tiga komponen utama dalam hubungan terapeutik berkenaan perjanjian mengenai: (a) tugasan, (b) matlamat, dan (c) ikatan atau bond dalam kaunseling. Hubungan terapeutik telah dicadangkan oleh Bordin (1979), dan merangkumi tiga komponen berkenaan. WAI-SF (Tracey & Kokotowitc, 1989) mempunyai 12 item. Analisis item telah dijalankan dan satu item WAI-SF telah dikeluarkan kerana menurut Pallant (2011), nilai korelasi rendah daripada .30 menunjukkan item tersebut mengukur sesuatu yang berbeza dari skala secara keseluruhan. Oleh itu, WAI-SF telah menggunakan 11 item dalam kajian ini.

Kedua inventori ini telah diterjemah ke Bahasa Melayu oleh penyelidik dan kebolehpercayaannya telah diperolehi dengan nilai alpha cronbach CSS adalah .924, manakala WAI-SR adalah .879.

4. DAPATAN KAJIAN

Berikut merupakan maklumat mengenai responden kajian. Jadual 1 menunjukkan taburan demografi responden kajian

Jadual 1 menunjukkan bahawa hampir 65% kaunselor berdaftar adalah golongan wanita. Manakala golongan Melayu merupakan 90% daripada kaunselor berdaftar. Manakala 74% kaunselor berdaftar berumur bawah umur 40 tahun. Sebahagian besar kaunselor berdaftar mempunyai pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Lebih kurang 88% telah berkhidmat sebagai kaunselor berdaftar dalam tempoh lapan tahun.

Jadual 2 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk CSS dan WAI-SF. Manakala Jadual3 dan 4 menunjukkan range score CSS dan WAI- SF.Nilai min bergantung pada skala. Skala bagi CSSadalah 1-5, dan nilai min keseluruhan CSS adalah4.53. Nilai berkenaan menunjukkan responden kajian mempunyai tahap CSS yang tinggi (Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4). Walau bagaimanapun, konstruk CSS mempunyai nilai min paling rendah adalah 4.36, dan paling tinggi adalah 4.72. Jadual 2 menunjukkan konstruk yang terendah adalah mendalami sesi atau empati mendalam. Terdapat dua konstruk yang mempunyai min tinggi, 4.72,

adalah mengembangkan perhubungan terapeutik dan menguruskan sesi. Kajian ini menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai tahap tertinggi dalam dua konstruk berkenaan (Jadual 2).

Page 5: storage.googleapis.com€¦  · Web viewKaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan

Nilai min bergantung pada skala. Skala bagi WAI- SF adalah 1-7, dan nilai min keseluruhan WAI-SF adalah 5.43. Nilai berkenaan menunjukkan responden kajian mempunyai tahap WAI-SF yang tinggi (Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4). Jadual 2 menunjukkan konstruk WAI-SF mempunyai nilai min paling rendah adalah 4.60, konstruk terlibat adalah matlamat. Manakala nilai min tertinggi adalah 5.88, dan konstruk terlibat adalah ikatan. Kajian ini menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai tahap tertinggi dalam konstruk ikatan (Jadual 2).

Jadual 5 menunjukkan nilai min bagi setiap konstruk kajian serta hubungan antara CSS dan WAI-SF.

Terdapat hubungan positif yang signifikan antara keseluruhan CSS dan keseluruhan WAI-SF (r=.239, p<.01). Korelasi ini adalah lemah. Seterusnya, korelasi antara konstruk juga dianalisa. Dapatan menggambarkan responden kajian atau kaunselor menunjukkan korelasi signifikan CSS keseluruhan dengan konstruk tugasan dalam WAI-SF (r=.312, p<.01), dan juga konstruk ikatan dalam WAI-SF (r=.224, p<.01). Nilai korelasi ini adalah lemah. Dapatan juga menunjukkan CSS keseluruhan tidak mempunyai korelasi dengan matlamat. Setiap konstruk CSS juga dianalisa korelasi dengan WAI- SF serta konstruknya (Jadual 5).

Dapatan menunjukkan konstruk menunjukkan minat dan penghargaan dalam CSS berkorelasi signifikan dengan konstruk tugasan (r=.325, p<.01) dan konstruk ikatan (r=.255, p<.01) dalam WAI-SF. Walau bagaimanapun, nilai korelasi ini adalah lemah. Manakala konstruk mendorong penerokaan dalam CSS berkorelasi signifikan dengan dengan konstruk tugasan (r=.235, p<.01) dan konstruk ikatan (r=.165, p<.05) dalam WAI-SF. Nilai

korelasi ini adalah lemah. Konstruk mendalami sesi atau empati mendalam dalam CSS berkorelasi signifikan dengan konstruk tugasan (r=.245, p<.01) dalam WAI-SF. Konstruk mendorong perubahan dalam CSS berkorelasi signifikan dengan dengan konstruk tugasan (r=.260, p<.01) dan konstruk ikatan (r=.194, p<.05) dalam WAI-SF. Nilai korelasi ini adalah lemah. Konstruk mengembangkan perhubungan terapeutik dalam CSS berkorelasi signifikan dengan dengan konstruk tugasan (r=.233, p<.01) dan konstruk ikatan (r=.220, p<.05) dalam WAI-SF. Nilai korelasi ini adalah lemah.

Konstruk menguruskan sesi dalam CSS berkorelasi signifikan dengan dengan konstruk tugasan (r=.255, p<.01) dan konstruk ikatan (r=.241, p<.05) dalam WAI-SF. Nilai korelasi ini adalah lemah.

Ringkasnya, kesemua konstruk dalam CSS berkorelasi signifikan dengan konstruk tugasan dan sebahagian konstruk ikatan dalam WAI-SF. Walau bagaimanapun, nilai korelasi berkenaan adalah lemah. Ini menunjukkan bahawa menunjukkan kemahiran-kemahiran minat dan penghargaan, mendorong penerokaan, mendalami sesi, mendorong perubahan, mengembangkan perhubungan terapeutik dan menguruskan sesi berkaitan dengan tugasan dalam sesi kaunseling serta ikatan antara kaunselor dan klien. Walau bagaimanapun perkaitan berkenaan lemah. Ini menggambarkan kemahiran kaunseling dalam kalangan kaunselor yang dinyatakan di atas berkaitan secara lemah dengan tugasan dan ikatan dalam hubungan terapeutik antara kaunselor dan klien.

Ujian T telah dijalankan bagi melihat perbezaan keseluruhan kemahiran kaunseling, CSS, dan perhubungan terapeutik, WAI-SF, antara lelaki dan perempuan. Jadual 6 dan Jadual 7 menunjukkan perbezaan berkenaan.

Page 6: storage.googleapis.com€¦  · Web viewKaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan

Jadual 6 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran kaunseling kaunselor lelaki dengan perempuan, di mana nilai t=0.338 dan sig=0.736, iaitu nilai sig ini>0.05. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan perhubungan terapeutik antara kaunselor lelaki dengan perempuan, di mana nilai t=2.766 dan sig=0.006, iaitu nilai sig ini <0.05 (lihat Jadual 7). Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6, min perhubungan terapeutik dalam kalangan kaunselor lelaki adalah lebih tinggi, iaitu 5.55.

6. PERBINCANGAN

Kemahiran kaunseling merupakan perkara penting dalam menggambarkan kecekapan kaunselor. Dapatan kajian menunjukkan min kemahiran kaunseling adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa kaunselor menilai kemahiran kaunseling masing- masing adalah tahap tinggi. Begitu juga dengan hubungan terapeutik dengan klien. Dapatan kajian menunjukkan min hubungan terapeutik adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa kaunselor menilai tahap hubungan terapeutik masing-masing adalah tinggi. Dapatan kajian ini menghuraikan efikasi kendiri sebagaimana dikupas dalam Teori Kognitif Sosial, mengenai kepercayaan individu terhadap kebolehannya dalam mencapai tahap prestasi yang diinginkan (Bandura, 1994). Dapatan kajian juga selaras dengan huraian Larson & Daniels (1998) mengenai kepercayaan atau penilaian individu terhadap keupayaannya untuk menjalankan kaunseling secara efektif dengan klien (Larson & Daniels, 1998).

Kemahiran kaunseling melibatkan enam konstruk atau komponen, iaitu (i) menunjukkan minat dan penghargaan, (ii) mendorong penerokaan, (iii) mendalami sesi, (iv) mendorong perubahan, (v) mengembangkan perhubungan terapeutik, dan (vi) menguruskan sesi. Dapatan kajian menunjukkan kaunselor membuat penilaian bahawa dua komponen, iaitu mengembangkan perhubungan terapeutik dan menguruskan sesi adalah lebih tinggi berbanding dengan komponen lain. Dengan kata lain, komponen mengembangkan perhubungan terapeutik dan menguruskan sesi merupakan keutamaan kaunselor berbanding dengan komponen lain. Mengembangkan perhubungan terapeutik bermaksud mendorong klien secara berterusan dan penuh perhatian dengan menggunakan ketulinan, kemesraan, penerimaan, hormat, penghargaan serta empati. Manakala menguruskan sesi bermaksud sesi

dibuka dengan selesa dan mesra semasa menerima klien, wujud penstrukturan, mendorong klien kepada penerokaan, pemahaman yang mendalam, mendorong perubahan dan penamatan. Dapatan ini selaras dengan kajian oleh Tangen & Cashwell (2016), mengenai faktor-faktor kaunselor menyumbang kepada kedalaman hubungan dengan klien, seterusnya memberikan kesan pilihan komponen keutamaan dalam hubungan terapeutik, yang akan dibincangkan dalam paragraf seterusnya.

Hubungan terapeutik melibatkan 3 konstruk atau komponen, iaitu (i) tugasan, (ii) ikatan, dan (iii) matlamat, dalam hubungan kaunselor dengan klien. Dapatan kajian menunjukkan komponen ikatan kaunselor dengan klien lebih tinggi berbanding dua komponen lagi, seterus diikuti oleh komponen tugasan sebagai keutamaan yang kedua. Komponen matlamat paling kurang diberikan perhatian berbanding dengan dua komponen lagi. Ini menunjukkan kaunselor membuat penilaian bahawa ikatan kaunselor dan klien adalah merupakan keutamaan, diikuti dengan tugasan dan akhirnya matlamat.

Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan lemah antara kemahiran kaunseling dengan hubungan terapeutik. Ini bermaksud kemahiran kaunseling dalam kalangan kaunselor berkait dengan hubungan terapeutik yang diamalkan bersama klien. Walau bagaimanapun, hubungan ini adalah lemah. Dengan kata lain kecekapan kemahiran kaunseling dalam kalangan tidak menjamin wujudnya hubungan terapeutik dengan klien. Dapatan kajian ini tidak selaras dengan kajian oleh Tangen & Cashwell (2016) berkaitan kepentingan kemahiran kaunseling dalam perhubungan terapeutik antara kaunselor dan klien, seterusnya mendorong perubahan dalam diri klien (Tangen & Cashwell, 2016). Dapatan kajian ini menunjukkan kewujudan faktor-faktor lain dalam dalam perhubungan kaunselor dan klien, dan juga kemungkinan memainkan peranan penting dalam hubungan terapeutik dengan klien. Implikasi daripada dapatan ini, wujud keperluan untuk mengkaji faktor-faktor lain kesannya kepada hubungan terapeutik kaunselor dan klien.

Analisa hubungan mengikut konstruk atau komponen menunjukkan bahawa wujud perkaitan lemah antara enam komponen dalam kemahiran kaunseling dengan komponen tugasan dan ikatan. Ini menggambarkan bahawa menunjukkan minat dan penghargaan, mendorong penerokaan, mendalami sesi, mendorong perubahan, mengembangkan

Page 7: storage.googleapis.com€¦  · Web viewKaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan

perhubungan terapeutik, dan menguruskan sesi hanya berkait dengan tugasan dalam sesi kaunseling dan ikatan kaunselor dengan klien. Walau bagaimanapun, kecekapan dalam komponen berkenaan tidak menjamin tugasan dan ikatan yang baik dalam sesi kaunseling. Dapatan kajian ini agak berbeza dengan pandangan yang dikemukakan oleh Bordin (1979), iaitu kaunselor dan klien perlu mempunyai persetujuan terhadap tugasan dan matlamat bagi mewujudkan hubungan terapeutik yang kuat. Perbezaan ini kemungkinan berpunca daripada tujuan perkhidmatan kaunseling disediakan. Kemungkinan amalan perkhidmatan kaunseling di Malaysia sama ada di sekolah, agensi kerajaan, atau badan sukarela, adalah secara percuma. Apabila diberikan atau diterima secara percuma, matlamat yang ingin dicapai dalam sesi kaunseling bukan keutamaan yang diberi perhatian. Kemungkinan juga, arah tuju perkhidmatan kaunseling di Malaysia perlu diberi perhatian, sebagaimana dihuraikan oleh Bordin (1979), hubungan terapeutik melibatkan interaksi antara kaunselor dan klien, dan ianya bukannya sesuatu yang ditawarkan oleh kaunselor kepada kliennya. Berkaitan dengan ini, kajian mengenai kecekapan kaunselor yang sedang berkhidmat kurang diberi tumpuan dalam kajian di Malaysia, dan dapatan kajian menunjukkan kecekapan berkenaan perlu diberi perhatian. Juga, dapatan kajian ini memberikan implikasi yang besar, khususnya faktor- faktor yang menyumbang kepada hubungan terapeutik kaunselor klien. Kajian mengenai hubungan terapeutik kaunselor dan klien perlu dilihat daripada kedua-dua pihak kerana kedua- duanya memainkan peranan penting dalam membina hubungan berkenaan. Juga, kajian mengenai perkara atau faktor yang menyumbang kepada kesan kaunseling, khususnya dari perspektif klien perlu diberikan perhatian.

7. KESIMPULAN

Kecekapan kaunseling melibat kaunselor, khususnya kemahiran kaunseling yang diamalkan. Keyakinan kaunselor terhadap kemahiran kaunseling penting, dan ianya menyumbang kepada hubungan kaunselor dan klien yang dibentuk. Kedua-dua komponen ini menyumbang kepada hasil atau kesan kaunseling. Walau bagaimanapun, kewujudan juga faktor-faktor yang lain, yang belum dikenalpasti, menyumbang kepada hubungan terapeutik dan hasil kaunseling.

RUJUKAN

Bandura, A. (1994). Self-efficacy. In V.S.

Ramachandran (Ed.), Encyclopedia of human behavior (Vol. 4, pp. 71-81).New York, NY: Academic Press.

Blow, A. J., Morrison, N. C., Tamaren, K., Wright, K., Schaafsma, M., & Nadaud, A. (2009). Change process in couple therapy: An intensive case analysis of one couple using a common factors lens. Journal of Marital and Family Therapy, 35, 350-368.

Bordin, E. S. (1979). The generalizability of the psychoanalytic concept of the working alliance. Psychotherapy: Theory, Research and Practice, 16,252-260

Carpenter, J., Escudera, V., & Rivett, M. (2008). Training family therapy students in conceptual and observation skills relating to the therapeutic alliance: An evaluation. Journal of Family Therapy, 30, 411-424.

Eriksen, K. P. & McAuliffe, G. J. (2006). Constructive Development and Counselor Competence. Counselor Education & Supervision,45, 180-193.

Eriksen, K. P. & McAuliffe, G. J. (2003). A Measure of Counselor Competency. Counselor Education & Supervision, 43, 120-134.

Horvath, A. O. (2000). The therapeutic relationship: From tranference to alliance. Journal of Clinical Psychology, 56, 163-173.

Larson, L.M. & Daniels, J. A. (1998). Review of the counseling self-efficacy literature. The Counseling Psychologist, 26, 179-218.

Larson, L. M., Suzuki, L. A., Gillespie, K. N., Potenza, M. T., Bechtel, M. A., & Toulouse, A. L. (1992). Development and validation of the counseling self-estimate inventory. Journal of Counseling Psychology, 39, 105-120.

Means, D., & Cooper, M. (2005). Working on relational depth in counselling and psychotherapy. London, England: Sage.

Munder, T., Wilmers, F., Leonhart, R., Linster, H.W., & Barth, J. (2010). Working Alliance Inventory-Short Revised (WAI-SR): Psychometric properties in outpatients and inpatients. Clinical Psychology and Psychotherapy, 17, 231-239.

Page 8: storage.googleapis.com€¦  · Web viewKaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan

Reinkraut, R. (2008). Moral awareness and therapist use of self. Journal of Pedagogy, Pluralism and Practice, 13, 1-17.

Reinkraut, R., Motulsky, S. L. & Ritchie, J. (2009). Developing a Competent Practitioner: Use of Self in Counseling Psychology Training. Asian Journal of Counseling, 6 (1), 7-29.

Remley Jr., T. P. & Herlihy, B. P. (2013). Ethical, Legal, and Profesional Issues in Counseling (4th Edition). Pearson.

Sackett, C. R., & Lawson, G. (2015). The workingalliance and experiences of clients and counselors- in-training. Journal of Humanistic Counseling, 54, 104-122.

Swank, J. M., Lambie, G. W. & Witta, E. L. (2012). An exploratory investigation of the Counseling Competencies Scale: A measure of counseling skills, dispositions, and behaviors. Counselor Education & Supervision, 51, 189-207.

Tangen, J. L. & Cashwell, C. S. (2016). Touchstones of Connection: A Concept Mapping Study of Counselor Factors that Contribute to Relational Depth. Journal of Humanistic Counseling, 55, 20-37.

Wampold, B. E. (2001). The Great PsychotherapyDebate. Mahwah, NJ: Erlbaum

Ward, M. R., Linville, D. C., & Rosen, K. H. (2007). Clients’ perceptions of the therapeutic process: A common Factors approach. Journal of Couple & Relationship Therapy, 6, 25-43.

Watson, J. C. (2012). Online learning and the development ofcounseling self-efficacy beliefs. The Professional Counselor, 2, 143-151.

Wilkerson, A., & Basco, M. R. (2014). Therapist’s self-efficay for CBT dissemination: is superviosion the key? Psychology & Psychotherapy, 4:146.

Page 9: storage.googleapis.com€¦  · Web viewKaunselor berdaftar yang beralamat di negeri Pantai Timur Semanjung Malaysia dalam senarai dalam laman web Lembaga Kaunselor Malaysia merupakan