wayang kulit

14
MUZ3117 MUZIK MALAYSIA TAJUK 1 Muzik Bentuk Seni Lakon – Wayang Kulit 1.0 Sinopsis Persembahan Wayang Kulit secara keseluruhannya merupakan sebuah persembahan teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terditi dari pelbagai watak methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Tok Dalang. Tok Dalang merupakan gelaran yang diberi kepada pelaku yang memainkan patung-patung tersebut pada kelir untuk menghidupkan bayang-bayang tersebut. Tok Dalang juga merupakan seorang narrator yang bijak memainkan suara yang berbeza-beza bagi setiap watak dalam teknik penceritaan.Cerita dalam persembahan biasanya merupakan babak-babak cerita epik Ramayana dan Mahabarata. Di Malaysia terdapat empat jenis wayang kulit yang dirujuk dengan nama-nama yang tertentu seperti wayang kulit Jawa( wayang kulit purwa), wayang gedek, wayang Melayu(juga dikenali sebagai wayang Jawa) dan wayang kulit Siam( juga dinamakan wayang kulit Kelantan).Dalam topik ini banyak membincangkan tentang wayang kulit Kelantan. 1.1 Hasil Pembelajaran 1. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5) 1

Upload: amran-aris

Post on 15-Apr-2017

389 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WAYANG KULIT

Wayang Kulit

Konteks dan CeritaTekstur dan BentukAlat-alat Muzik

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

TAJUK 1 Muzik Bentuk Seni Lakon – Wayang Kulit

1.0 SinopsisPersembahan Wayang Kulit secara keseluruhannya merupakan sebuah

persembahan teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang.

Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terditi dari pelbagai watak

methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Tok Dalang. Tok Dalang

merupakan gelaran yang diberi kepada pelaku yang memainkan patung-patung

tersebut pada kelir untuk menghidupkan bayang-bayang tersebut. Tok Dalang

juga merupakan seorang narrator yang bijak memainkan suara yang berbeza-

beza bagi setiap watak dalam teknik penceritaan.Cerita dalam persembahan

biasanya merupakan babak-babak cerita epik Ramayana dan Mahabarata.

Di Malaysia terdapat empat jenis wayang kulit yang dirujuk dengan nama-

nama yang tertentu seperti wayang kulit Jawa( wayang kulit purwa), wayang

gedek, wayang Melayu(juga dikenali sebagai wayang Jawa) dan wayang kulit

Siam( juga dinamakan wayang kulit Kelantan).Dalam topik ini banyak

membincangkan tentang wayang kulit Kelantan.

1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)

2. Menganalisis repertoire muzik dari segi bentuk dan tekstur. (1.6)3. Menghuraikan persembahan dari segi konteks dan cerita.

1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

1

Page 2: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

1.3 Wayang Kulit KelantanJenis wayang kulit ini juga dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana

pada waktu ituKelantan dinaungi oleh Kerajaan Patani yang berada di Selatan

Siam. Walaupun begitu, ianya dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa

masuk melalui Patani. Ukiran hiasan patungnya menunjukkan banyak

persamaan dengan patung dari Selatan Siam. Ia diukir secara mengiring dan

dari segi mekanikal, hanya tangan sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil

memegang alat senjata atau kebesaran lain.

1.3.1 Alat-alat MuzikKepelbagaian alat muzik menyumbangkan keindahan seni muzik

tempatan. Ensemble Wayang Kulit, mak Yong, Mek Mulong, Hadrah, gamelan

Pahang, cak Lempung,, bangsawan dan Jikey dilaraskan melaui alat muzik

tradisional tersebut. penghasilannya yang diilhamkan dari sumber alam

dipraktikkan dalam upacara adat yang penuh simbolisme. Buluh, kayu, daun-

daun, kulit binatang, rotan, tembaga dan besi menjadi bahan asas bagi

membentuk alat muzik.

Muzik Wayang kulit dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada

sepasang gendang, sepasang geduk, sepasang tetawak, sepasang serunai,

sepasang kesi sepasang canang dan sepasang gedombak. Sewaktu

2

Page 3: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

persembahan ahli muzik akan duduk di atas lantai panggung di belakang Tok

Dalang.

Gendang ibu dan anak pula adalah sepasang gendang berbentuk tong

panjang (baluh - diperbuat daripada kayu) dengan dua muka kulit yang

ditegangkan dengan kuat. Timbre dan sukukata nimonik bagi gendang anak

ialah ’ cak’ dan ’ting’(pukulan pada bahagian tepi), sementara ’pak’ dan

’duh’(pukulan pada bahagian tengah) dihasilkan oleh gendang ibu.

Gendang Ibu dan Anak

Tetawak adalah gong gangsa berpasangan yang berbusut(gong anak dan

gong ibu). Ianya digantung pada rak kayu dan dipukul pada tengah busut dengan

kayu yang berbalut getah dan kain. Tetawak ibu akan mengeluarkan pic yang

rendah manakala tetawak anak menghasilkan pic yang rendah.

3

Page 4: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

Pemain sedang memainkan gong

Canang adalah dua gong kecil yang berbusut yang diletakkan secara

mendatar pada rak kayu. kedua-dua gong ini dipukul dengan pemukul kayu yang

berbalut getah dan kain. Setiap gong ini mempunyai satu pic tinggi (canang

anak) dan satu pic rendah (canang ibu).

Canang dan pemukulnya

Kesi merupakan piring kecil yang diperbuat daripada gangsa, berupa

seperti simbal, biasanya berpasangan(empat simbal kecil). Dua piring kecil ini

dipasang dengan tali tebal dan pasangannya dipasang pada sekeping papan.

Pemainnya akan memegang sepasang piring atau simbal yang berikat dengan

tali dan menghentakkannya pada pasangan piring atau simbal yang dipasang

pada papan untuk menghasilkan bunyi berdering (diangkat selepas dihentakkan)

4

Page 5: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

, nyaring dan bunyi berderam (tidak diangkat). Bunyi berdering dimainkan

bersama dengan pic canang anak dan bunyi berderam dimainkan bersama pic

canang ibu.

Kesi

Gedumbak adalah kategori membranofon yang baluhnya diperbuat dari

kayu nangka berbentuk seperti sebuah piala yang berkaki panjang. Belulang

kambing yang diregangkan diletakkan pada bahagian muka.Diletakkan secara

mendatar di atas riba pemain, muka kulitnya dipukul dan sebelah tangan lagi

akan membuka dan menutup hujung gedumbak ini untuk mendapatkan timbre

atau warna yang dikehendaki. Alat ini menghasilkan empat jenis timbre iaitu

’dong’,’duh’,’cak’ dan ’ting’.

Gedumbak

5

Page 6: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

Geduk merupakan dram yang berbaluh yang berbentuk tong pendek.

Diperbuat dari kayu nangka, kedua-dua permukaannya diperbuat dari belulang

lembu yang diregangkan. Dua batang buluh dipasang pada baluh ianya adalah

sebagai kaki untuk geduk. muka kulit dipukul dengan dua batang kayu untuk

menghasilkan bunyi.

Geduk

Serunai adalah sejenis alat erofon, sepasang serunai (anak dan ibu)

digunakan dalam persembahan waayang kulit. Ianya merupakan alat muzik

melodi utama wayang kulit. Alat ini menggunakan ’rid’ iaitu empat lapisan daun

lontar. Diperbuat daripada kayu, mempunyai enam atau tujuh lubang di bahagian

hadapan dan satu lubang di bahagian belakang. Bahagian hujungnya berbentuj

loceng yang diukir dan dicat dengan warna yang terang.

6

Page 7: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

Sepasang serunai

Repertoir Muzik

Terdapat lebih kurang tiga puluh lima buah lagu dalam permainan

Wayang kulit. Lagu-lagu yang khas seperti sebagai ’overture’ bagi menentukan

mud dan muzik untuk mengiringi gerak-geri patung. Lagu Wayang Kulit boleh

diklasifikasikan kepada tiga jenis pertama,mengikut watak tertentu seperti Lagu

Pak dogol, Lagu Seri Rama dan Maharisi, kedua lagu memberitahu tentang

perkhabaran (contoh lagu: lagu Berkhabar), ketiga lagu yang menunjukkan

kegiatan seharia seperti sedang berehat, mandi, keempat lagu berperang dan

terakhir sekali lagu khas( mentukan mud atau lagu yang mempunyai tujuan

khas).

Melodi dalam lagu-lagu Wayang Kulit dihasilkan oleh serunai atau

dinyanyikan oleh Tok dalang. Pada umumnya lagu-lagu wayang kulit berasaskan

kepada skel pentatonik, heksatonik dan heptatonik. Hampir semua lagu

mempunyai jeda yang lebih luas dari jeda semitone.

7

Page 8: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

1.3.2 Tekstur dan Bentuk

Semua lagu dalam wayang kulit berasaskan tekstur polifoni. Ianya

mengandungi tiga peringkat bunyi yang penting.

i. baris melodi yang dimainkan oleh serunai atau dinyanyikan oleh tok

dalang.

ii. Rentak yang dimainkan oleh alat-alat dram(gendang, gedumbak

dll)

iii Bahagian Gongan ( dimainkan oleh alat diperbuat dari gangsa)

Gongan ditakrifkan sebagai bentuk atau struktur setiap lagu dalam

wayang kulit. Pada umumnya gongan mempunyai jangka masa tertentu yang

ditandakan pada hujung pic yang paling rendah dalam ensemble. Pic paling

rendah dihasilkan oleh tetawak ibu yang membunyikan pic pada bit akhir setiap

gongan. Konsep gongan adalah aspek asas bagi menwujudkan form dalam

muzik. Jumlah gongan boleh terdiri daripada 4 bit, 8 bit, 16, bit, 32 bit, 64 bit dan

sterusnya. Gongan juga merupakan sistem pusingan dalam masa dan diulangi

sepanjang lagu. Di sini jelas tetawak ibu menandakan hujung satu pusingan dan

menandakan permulaan pusingan yang baru.

Contoh : Rangkaian Gongan

8

Page 9: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

Contoh: pembahagian Gongan secara binari

Gongan 2 bit Gongan 4 bit

1.3.3 Konteks dan Cerita

Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di

Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh samada dari Jawa atau patani,

tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah,emgalami perubahan

dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan.

Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu

alat perhubungan dalam masyarakat.

9

Page 10: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

Persembahan wayang kulit dilakukan dipelbagai tempat mengikut

kemahuan dan keperluan masyarakatnya seperti:

i. acara menyembah guru

ii. mengubat orang sakit

iii. upacara memuja semangat

iv. semasa pesta menuai

v. hiburan semata-mata.

Wayang Kulit kelantan, ceritanya adalah berdasarkan cerita dalam

Hikayat seri Rma. Hikayat ini merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik

Ramayana mengikut tradisi India. Aliran cerita, bentuk patung dan watak masih

mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adega-adegan kelakar

’ comic felief’ yang sering terdapat dalam cerita jelas mengaitkan unsur-unsur

tempatan dari segi bahasa dan peristiwa.

Muat turun satu persembahan wayang kulit dari internet, analisa dari segi ensembel muzik dan cerita.

Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.

RUJUKAN

10

Page 11: WAYANG KULIT

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.

Nik Mustafa (?). Alat Muzik Tradisional, dalam masyarakat melayu du malaysia, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan.

http://www.kpkk.gov.my/pdf/buku/wayang kulit

11