bahan wayang kulit

26

Upload: ainaa-najiha-kamarudin

Post on 20-Jan-2016

387 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAN WAYANG KULIT
Page 2: BAHAN WAYANG KULIT

http://lokanbertepuk.com/sejarah-wayang-kulit-sejarah-watak-watak-dalam-wayang-kulit/

Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang2 jawa yg bermaksud “bayang2 atau bayangan”, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang jawa,sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.

Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan pe’el perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan2. itu pasal bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje.semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok. Di samping itu ada beberapa pendapatlagi yg kita tak tulih takut bejelo sgt.Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yg sgt tua merangkumi seluruh asi tenggara termasuk turki, cina dan india. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.

1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata

Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.

2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.

3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara. Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.

Page 3: BAHAN WAYANG KULIT

Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah2 dunia melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.

http://salampantaitimur.com/asal-usul-wayang-kulit/

Wayang kulit (Puppet Shadow Play) sangat popular di rantau Asia

Tenggara. Terdapat berbagai bentuk dan jenis wayang kulit bergantung

kepada suasana dan latar belakang masyarakat.

Wayang kulit telah wujud di Kemboja (Kampuchea) lebih 1000 tahun

yang lalu. Di Malaysia, wayang kulit mula diperkenalkan 300-400 tahun

yang silam.

Mengikut catatan sejarah wayang kulit pernah dipersembahkan di

perkarangan Istana Raja Melayu yang pertama memerintah negeri

Kelantan 200 tahun dahulu.

Wayang kulit yang tertua di Kemboja dan Thailand telah dipersembahkan

oleh sekumpulan yang pandai bertindak pantas, berdiri bersebelahan,

setiap seorang memegang sekumpulan kerektor Ramayana di atas kepala

mereka.

Kerektor-kerektor tersebut lebih 4 kaki tinggi, dan menari secara

melintang di belakang skrin yang berukuran 20 kaki panjang dan 8 kaki

tinggi.

Persembahan ini mungkin satu kerja seni untuk menghibur Raja Khmer

di Angkor pada abad ke 10 dan 11 selepas masehi.

Wayang kulit gergasi ini adalah untuk persembahan kerabat diraja,

tetapi jenis yang lebih mudah dan kecil telah diadakan di Kemboja dan

Thailand pada masa kemudian untuk hiburan masyarakat umum.

Page 4: BAHAN WAYANG KULIT

Figura yang dibuat daripada kulit lembu, mempersembahkan watak

individu dari Ramayana dan jarang yang lebih daripada 2 kaki tinggi.

http://community.um.ac.id/showthread.php?63712-Sejarah-Wayang-Kulit

Sejarah Wayang Kulit

WAYANG adalah salah satu puncak seni budaya bangsa Indonesia yang paling menonjol di antara banyak karya budaya lainnya. Budaya wayang meliputi seni peran, seni suara, seni musik, seni tutur, seni sastra, seni lukis, seni pahat, dan juga seni perlambang. Budaya wayang, yang terus berkembang dari zaman ke zaman, juga merupakan media penerangan, dakwah, pendidikan, hiburan, pemahaman filsafat, serta hiburan.

Menurut penelitian para ahli sejarah kebudayaan, budaya wayang merupakan budaya asli Indonesia, khususnya di Pulau Jawa. Keberadaan wayang sudah berabad-abad sebelum agama Hindu masuk ke Pulau Jawa. Walaupun cerita wayang yang populer di masyarakat masa kini merupakan adaptasi dari karya sastra India, yaitu Ramayana dan Mahabarata. Kedua induk cerita itu dalam pewayangan banyak mengalami pengubahan dan penambahan untuk menyesuaikannya dengan falsafah asli Indonesia.

Penyesuaian konsep filsafat ini juga menyangkut pada pandangan filosofis masyarakat Jawa terhadap kedudukan para dewa dalam pewayangan. Para dewa dalam pewayangan bukan lagi merupakan sesuatu yang bebas dari salah, melainkan seperti juga makhluk Tuhan lainnya, kadang-kadang bertindak keliru, dan bisa jadi khilaf. Hadirnya tokoh panakawan dalam_ pewayangan sengaja diciptakan para budayawan In*donesia (tepatnya budayawan Jawa) untuk mem*perkuat konsep filsafat bahwa di dunia ini tidak ada makhluk yang benar-benar baik, dan yang benar-benar jahat. Setiap makhluk selalu menyandang unsur kebaikan dan kejahatan.

Dalam disertasinya berjudul Bijdrage tot de Kennis van het Javaansche Tooneel (1897), ahli sejarah kebudayaan Belanda Dr. GA.J. Hazeau menunjukkan keyakinannya bahwa wayang merupakan pertunjukan asli Jawa. Pengertian wayang dalam disertasi Dr. Hazeau itu adalah walulang inukir (kulit yang diukir) dan dilihat bayangannya pada kelir. Dengan demikian, wayang yang dimaksud tentunya adalah Wayang Kulit seperti yang kita kenal sekarang.Gambar di atas adalah Adipati Karna. Untuk informasi tentang Adipati Karna, silakan lihat disini.

Page 5: BAHAN WAYANG KULIT

http://www.kpkk.gov.my/pdf/buku/wayang_kulit.pdf

WAYANG KULIT

PENGENALAN

Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip

cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri

dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang- yang menceritakan kisah-kisah Ramayana atau Mahabarata yang berasal dari India, tetapi yang sudah diadaptasi sedemikian rupa oleh para pujangga pewayangan di Jawa dari generasi ke generasi ratusan tahun yang lalu

Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan

atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).

PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA

MASYARAKAT

Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih

lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang

tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang

masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja

terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi

masyarakat itu. Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenjung Malaysia iaitu:

i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat

Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).

ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh

Jawa)

iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit

dengan dengan bahasa Melayu tempatan).

iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan

bahasa Melayu loghat tempatan).

Page 6: BAHAN WAYANG KULIT

Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di

Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian

Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat

terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat

Semenanjung.

Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di

Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa

atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh

ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan

konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit

pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping

satu rupa pengutaraan kesenian.

Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi

mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan

kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu,

ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga

peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya

boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai

peranan yang penting.

JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT DI MALAYSIA

A. WAYANG KELANTAN

Pengenalan

Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana

pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam.

Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk

ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai

Page 7: BAHAN WAYANG KULIT

Timur Semenanjung Malaysia.

Isi Cerita

Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri

Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik

Ramayana tradisi India.

Watak utama wayang Kelantan Laksamana & Seri Rama

Wayang Kelantan

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=644&menu_id=55&c3=50&click=1

Wayang Gedek

Page 8: BAHAN WAYANG KULIT

Wayang Gedek ialah sejenis persembahan yang dipersembahkan di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan juga Perak. Wayang gedek menggunakan dialek Kedah bercampur Thai. Peralatan muzik yang digunakan ialah gedombak, serunai, canang, gedok, gong dan tamborin. Wayang gedek menggunakan patung yang diukir halus dan berwarna-warni.

Dua watak kontemporari menunjukkn org melayu dan orang india

"Dewa Panah" lambang kesateriaan dalam cerita wayang gedek

Page 9: BAHAN WAYANG KULIT

Wayang kulit adalah satu permainan tradisi yang menggunakan patung2 wayang dengan iringan alat muzik tradisional. Patung2 wayang di bentuk, di tatah dan di ukir mengikut kehendak watak-watak dalam cerita yang di lakonkan.

Di negara kita Malaysia ada terdapat empat jenis wayang kulit kesemuanya iaitu wayang kulit kelantan, wayang kulit melayu, wayang kulit gedek dan wayang kulit purwa.

1. Wayang Kulit Kelantan - Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit. Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi thai. se orang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan. Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam

Alat2 muzik yang di gunakan dalam permainan wayang kulit kelantan ini ialah:

Page 10: BAHAN WAYANG KULIT

- Tetawak (gong) 2 biji (ibu dan anak)

- Canang 1 pasang (ibu dan anak)

- Kesi 2 pasang (penahan dan pengicah)

- Gedang 2 biji (ibu dan anak)

- Geduk 2 biji (ibu dan anak)

- Gedombak 2 biji (Peningkah dan pembawa)

- Mong 1 biji (Sebagai alat tambahan sahaja, bagaimana pun mustahak juga jika di kehendaki memainkan lagu2 tertentu).

- Serunai 2 batang (Serunai besar dan serunai nyanyi)

- Pemetek 1 buah (Alat ini di guna sebagai mengganti suara perintah dalang dan sebagai alat bantu kesan bunyi).

2. Wayang Melayu - Wayang kulit melayu ini di mainkan oleh orang kita di kelantan, trengganu, kedah dan patani. Cerita yang di lakonkan juga adalah dari epik Mahabharata (Padawa Lima) dan Ramayana, yang terbanyak sekali adalah dari hikayat Panji. Patung wayang kulit jenis ini lebih mirip kepada patung wayang purwa tetapi terdapat beberapa pengubahsuaian menjadi hampir kepada patung wayang gedog.

Alat muziknya terdiri dari:

- Gong 2 buah (Setaraf dgn bunyi kempul dlm gamelan jawa).

- Canang 6 biji (Di sebut juga sebagai kelenangan)

Page 11: BAHAN WAYANG KULIT

- Mong 1 biji

- Kesi 3 pasang (2 set penahan dan 1 set pengicah)

- Gendang 2 biji (Ibu dan anak)

- Rebab 1 batang (Bertali dua)

3. Wayang Gedek - Wayang ini biasanya di mainkan oleh orang2 siam. Di negeri kedah wayang gedek ini di mainkan oleh orang melayu dengan memakai loghat utara. Cerita2 yang selalu dibawanya ialah cerita2 yang bercampur dari hikayat lama dan cerita tanggaman yg baru seperti cerita awang kudis buta. Kalau zaman dahulu ada juga di mainkan cerita dalam hikayat ramayana seperti Phra lak. Patung wayangnya bersaiz kecil kebanyakannya mempunyai pandangan muka pada posisi depan.

Alat2 muziknya pula terdiri daripada:

- Serunai 1 batang (kalau di negeri kedah serunai yg di gunakan ialah jenis serunai tempatan)

- Geduk 1 buah (Klong that)

- Gedombak 2 buah (Thon)

- Canang 2 biji

- kesi kecil 1 pasang (Cing)

4. Wayang Purwa - Wayang purwa ini biasanya di mainkan oleh orang2 kita yang berketurunan jawa di johor dan Selangor. Cerita yang di lakonkan ialah dari epik Mahabharata danjuga epik Ramayana. Alat2 muzik yang mengiringi permainan wayang purwa di panggil gamelan dan nadanya pula slendro.

Page 12: BAHAN WAYANG KULIT

Alat gamelannya terdiri dari:

- Gong agong 1 buah

- Gong suwukan 1 buah

- Kempul 5 biji

- Kenong 5 biji

- Gender 1 atau 2 set

- Slentem 1 set

- Saron Demung 1 set

- Saron Barung 1 set

- Saron Penerus 1 set

- Gambang 1 set

- Bonang 2 set (Barung dan penerus)

- Rebab 1 batang

- Gendang 3 biji (Gede, wayangan, ketipung)

Wayang Alat Penerapan PengajaranDalam tiap2 jenis wayang, lelakon penceritaannya tetap di selitkan pengajaran kepada masyarakat. Kelakuan serta watak antara baik dan jahat nyata di gambarkan oleh dalang. Untuk menjadi seorang dalang, seharusnya ia hendaklah mahir dalam hukum agama dan adat istiadat. Gambaran perletakan patung2 yg berperwatakan jahat di sebelah kiri dan patung2 yang berperwatakan baik di sebelah kanan adalah bermaksud untuk memisahkan antara baik dan jahat.

Page 13: BAHAN WAYANG KULIT

Pembahagian Jenis Cerita Dalam Wayang Kulit Kelantan

1. Cerita pokok - Bermula dari hikayat Maharajawana, kesah Sri Rama memperisterikan Siti Dewi, Siti Dewi di culik oleh Maharajawana, Sri Rama berjaya mengalahkan Maharajawana dan mengambil balik Siti Dewi.

2. Cerita Ranting - Berdasar kepada cerita pokok yang di atas tetapi terkeluar dari jalan ceritanya, seperti cerita Anak Kerbau Hamuk.

3. Cerita Taggaman - Bagi dalang yang pandai, ia dapat mereka cerita2 yag di beri watak utamakan kepada Sri Rama, tetapi cerita tersebut bukan terdapat di dalam hikayat Sri Rama pun, sebagai contohnya seperti cerita burung ketitir kuning, ikan permata sisek tersona, wak long jadi raja dan bermacam2 lagi.

4. Cerita saduran - Cerita2 ini tidak ada kena mengena dengan watak yang terdapat dalam ketiga2 jenis cerita di atas, ianya di ambil dari hikayat melayu lama dan hikayat yang mempunyai pengruh arab dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah hikayat Hang Tuah, Hikayat Ahmad dan Muhammad, Kuda Hijau Baitulkafrah, Syah Kobat dan lain lagi.

5. Cerita pinjaman - Cerita ini termasuk dalam cerita saduran tetapi lebih menjurus kepada cerita2 panji (Inu kertapati) yang terdapat dalam wayang melayu tetapi di mainkan dalam wayang kelantan. Dengan menggunakan patung Sri Rama tetapi nama watak jelmaannya ialah di pakai ama watak wayang melayu. Sebagai contoh Misa iling mercu jiwa, Sri Panji Angga digunung, Misa lara pati, Misa lara sari, Aria demang semangkok dll.

Pembahagian Dalam Pertunjukan Wayang Kulit Kelantan

A) Babak Dalang Muda.

- Lagu bertabuh

- Lagu lenggang beringin/tok mahasiko

Page 14: BAHAN WAYANG KULIT

- Lagu perang dewa panah

- Lagu Sri Rama keluar (gedombak)

- Lagu hulubalang

- Lagu menyembah (mengadap raja)

- Lagu Sri Rama berkabar

- Lagu Berjalan (masuk anjung)

B) Babak Dalang Tua.

- Lagu tukar dalang

- Lain2 lagu mengikut perjalanan cerita.

Tujuan Persembahan Sekarang

1. persembahan kerana belajar bermain wayang.

2. Bersemah (bagi acara ini biasanya di buat oleh dalang yang sudah mempunyai ijazah perdalangan, acara ini juga di panggil sembah guru di buat setiap satu atau tiga tahun sekali).

3. Melepas niat (Persembahan ini selalunya atas jemputan tertentu utk mereka yg telah berniat akan mengadakan persembahan wayang kulit sekiranya mendapat sesuatu kurnia'an atau terlepas dari musibah)

4. Undangan khusus (Persembahan utk acara2 keramaian, hari jadi, perayaan, seminar dll)

Page 15: BAHAN WAYANG KULIT

5. Pertunjukan sendiri (mengadakan persembahan kerana sara hidup seperti mengenakan bayaran secara membeli tiket utk menonton)

Wayang Kulit Secara Umum

1. Seni Muzik - Kita ketahui seni muziknya amat unik dan memerlukan keahlian khusus. Lebih dari 35 buah lagu mesti di hafal oleh dalang dan panjaknya.

2. Hikayat - Bagi meneruskan penceritaan, dalang haruslah mahir dalam hikayat2 (bersifat Paramakawi dan Paramasastra).

3. Lakunan - Dalang seharusnya pandai melakunkan cerita supaya menarik, pandai dalam menbawa suasana gembira, takut, kasih sayang, sedih, garang dan lucu (Awicarita).

4. Pengetahuan agama - Oleh kerana cerita yg di lakonkan mempunyai unsur2 pengajaran yg bercorak agama, maka kewibawaan dalang sangat2 di pelihara utuh dan menjadi tauladan dan ikutan kpd masyarakat.

5. Seni Lukis/ukir - Melukis dan memahat/menatah patung wayang adalah satu kesenian khusus yg mempunyai kemahiran dan kesabaran yg tinggi.

Penulisan yang aku buat ini adalah bersumber daripada catitan dan pegajaranmahaguru ku kepada aku semasa aku tinggal bersamanya selama 5 tahun.

http://dnobiz.com/santai/wayang-kulit-wayang-kulit-di-malaysia/Wayang Kulit

Wayang kulit adalah sejenis seni hiburan yang sangat terkenal pada masa dahulu,

Ianya merupakan seni pementasan mengunakan bayang bayang yang terhasil dari watak

patung yang diperbuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Wayang

kulit mempunyai beberapa versi bergantung kepada negara asal mereka. 

Page 16: BAHAN WAYANG KULIT

Wayang kulit merupakan salah satu seni tradisional yang terdapat di beberapa buah

negara di Asia Tenggara seperti Thailand,Malaysia dan Indonesia, yang terutama

berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand,Jawa dan disebelah timur dan utara

semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. 

Tok dalang atau dalang adalah merupakan orang penting dalam

persembahan Wayang kulit, dimana beliau merupakan orang yang akan membawa

kesemua watak dan dailog yang akan dimainkan didalam

sesuatu persembahan Wayang kulit, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang

dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. 

Semasa persembahan Tok Dalang akan memaikan watak watak tersebut di sebalik tabir

atau layar putih yang biasanya diperbuat daripada Kain, dan Lampu akan diletakan

dihadapan dalang tetapi di belakangwatak Wayang kulit tersebut, ini bertujuan untuk

memaparkan bayangan watak pada layar tapi bukan bayangan tok dalang, Jadi penonton

yang berada di sebelah luar layar mereka hanya akan melihat bayangan watak cerita

tapi bukan bayangan Tok dalang yang terpampang pada tabir. Bagi pihak penonton

pula mereka harus mengenali dan mengetahwi serba sedikit tentang latar belakan

setiap watakyang akan dimainkan, kerana ini akan memudahkan mereka memahami

jalan cerita yang akan dipersembahkan. 

Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang

golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat. 

Wayang Kulit Melayu

Bagi Wayang Kulit Melayu, biasanya isi dan cerita yang terdapat didalam Wayang Kulit

melayu banyak dipengaruhi oleh cerita cerita Panji dan juga epik Mahabrata

terutamanya Pendawa Lima. 

Manakala Dari segi wataknya pula, Wayang kulit Melayu banyak persamaan dengan

wayang kulit Purwa terutama pada pergerakan sendi watak patung tersebut, dimana

kedua dua sendinya boleh digerakkan. Cara untuk mengenali watak baik dalam wayang

kulit melayu juga amat mudah dimana bentuk watak baik mukannya akan memandang

kebawah dan bertubuh kecil, dan watak jahat pula akan berlawanan dengan watak baik

dimana watak jahat biasanya kasar dan sombong, wajah mendongak keatas dan

berhidung besar 

Namun ada jika dibandingkan dengan watak wayang kulit Jawa, terdapat beberapa

perbezaan pada wataknya, dimana wayang kulit Jawa kedua dua tangan patungnya

dapat digerakan tapi berbeza denga wanyang kulit melayu yang hanya sebelah tangan

wataknya boleh digerakan, manakala dari segi saiznya pula watak wanyang kulit Jawa

Page 17: BAHAN WAYANG KULIT

lebih tinggi dan ramping, berbeza dari Wayang kulit melayu yang lebih gagah dan

tegap. 

Wayang Kulit Jawa

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa,

Indonesia. Watak-watak yang terdapat dari wayang kulit jawa merupakan watak yang

diadaptasikan dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini

diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas

mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang

Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati. 

Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia

menggunakan loghat Jawa. ( WAYANG KULIT DEWA)

Wayang Kulit Gedek

Wayang Kulit Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Dan ianya banyak dipengaruhi oleh

pengaruh siam, Wayang Kulit Gedek bisanya dipersembahkan menggunakan loghat

utara (kedah-Perlis). 

Didalam Wayang gedek terdapat Dua watak utama ialah Etong (Ai Tong) dan Ekau (Ai

Kiew) serta watak lain seperti Dewa Panah dan Maha Guru, didalam persembahan

Wayang Gedek terdapat dua kumpulan watak yang memainkan peranak iaitu watak baik

yang diwakili oleh Hero dan heroin serta Mahaguru, Dewa Panah danRaja Permaisuri,

manakala watak jahat pula diwakili oleh Gergasi dan Bota   ( WAYANG KULIT SRI

ASUN)

 Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek. 

Wayang Kulit Kelantan

Wayang Kulit Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani,

Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara

tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak

penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana. 

Tapi pada masa sekarang ni watak yang paling diminati dalam wayang Kulit

Kelantan adalah watak sampingan yang banyak mempengaruhi cerita sepertii Wok Yoh,

Samad, Said, Pok Dogol, Eteng dan Tegago, manakala watak utama seperti Hanuman,

Senggoro Api, Raja Seri Gemita Alam dan  Rajo Seramo kurang menyerlah dari watak

sampingan. 

Disamping itu bahasa yang digunakan juga agak kasar 

Page 18: BAHAN WAYANG KULIT

SERUNAI

GEDUK

GENDANG

Page 19: BAHAN WAYANG KULIT

GEDOMBAK

CANANG

KESI

Page 20: BAHAN WAYANG KULIT

TETAWAK

Idiofon : 

Gong Agung

Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong. Berperanan sebagai alat kolotomik dalam genre Gamelan di Malaysia. Sifat kolotomiknya adalah lebih berpusat kepada ciri-ciri penamat bagi sesebuah lagu dan adakalanya digunakan sebagai penanda bagi keratin frasa-frasa lagu mengikut repertoirnya. Gong Agung daripada perunggu sering digunakan dalam permainan Gamelan Melayu iaitu satu nama genre yang digunakan apabila membicarakan mengenai rangkaian Gamelan di Malaysia iaitu Joget Gamelan, merupakan gabungan tarian dan muzik yang mula dicipta di kalangan istana-istana di Pahang pada abad ke 19, kemudian Terengganu pada awal abad ke 20.

Manakala Gong Agung yang sering digunakan dalam ensemble yang berkembang di Johor adalah diperbuat daripada besi oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan masyarakat Melayu berketurunan Jawa. Mereka menggunakan teknik petri dan tempa untuk membuat gong tersebut.

Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Suwukan, iaitu alat kolotomik yang berukuran sederhana besar dalam keluarga gong. Ianya diperbuat daripada penunggu dan berukuran 65 sm pada garis lintang. Sifat kolotomiknya lebih berpusat kepada ciri-ciri pembahagian pada keratan frasa-frasa lagu mengikut proses 'gongan' iaitu satu proses pembinaan lagu bagi setiap pembahagian keratannya sebelum kemasukkan gong yang berkenaan. 

Page 21: BAHAN WAYANG KULIT

Gong Sukuwan & Gong Agong

Idiofon : 

KesiSejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasangkan dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk mengiringi tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan. Suara yang dapat dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah (crashing sound).

KOMPONEN WAYANG KULITWayang kulit juga mempunyai beberapa kompenen yang penting. Kompenen yang pertama ialah seni muzik. Seni muzik wayang kulit amat unik dan memerlukan keahlian khusus. Dalang dan panjaknya harus menghafal lebih dari 35 buah lagu contohnya lagu bertabuh yang terdapat dalam wayang kulit Kelantan. Kompenen yang kedua ialah hikayat. Dalang haruslah mahir dalam hikayat-hikayat. Contohnya dalam wayang kulit Kelantan, hikayat yang digunakan adalah hikayat tentang Ramayana tetapi dibuat dalam bentuk dialog Kelantan dan cerita orang Kelantan.

Kompenen yang ketiga ialah lakunan. Dalang harus pandai melakukan cerita supaya menarik dalam membawa suasana gembira, takut, sedih, kasih sayang dan sebagainya. Selepas kita melihat video pertunjukan wayang kulit nanti, kita akan tahu bagaimana dalang memainkan peranan dalam membawa cerita mengikut lokasi budaya. Epik yang digunakan ialah epik luar seperti Ramayana dan Mahabrata tetapi bagaimana dalang sesuaikan dalam budaya melayu Kelantan. Tetapi kebiasaannya hal ini diamalkan oleh masyarakat Pattani.

Kompenen wayang kulit yang seterusnya ialah pengetahuan agama. Setiap pertunjukan wayang kulit mempunyai pengajaran yang bercorak agama khususnya wayang kulit Kelantan. Kompenen yang terakhir ialah seni lukis iaitu setiap ukiran atau seni lukis yang ada pada patung wayang kulit adalah dianggap sebagai satu kesenian. Jika kita bandingkan antara patung wayang kulit dari Indonesia dan dari Malaysia, kita akan mendapati bahawa patung dari Indonesia adalah lebih unik. Hal ini boleh dilihat dari segi ukiran mata yang membawa watak-watak tertentu. Setiap ukiran pada patung-patung yang dihasilkan mempunyai fungsi, karektor dan simbol yang tersendiri.

4 kelompok besar : Aerophone, Idiophone, Chordophone, dan Membranophone.

Page 22: BAHAN WAYANG KULIT

AerophoneAerophone adalah jenis alat musik yang menghasilkan bunyi dengan cara menggetarkan udara melalui pipa-angin (instrumen angin). Jenis alat musik ini dapat dikelompokkan ke dalam: aerophone bebas, sesuatu yang menghasilkan bunyi yang disebabkan oleh angin. Alat musik ini biasanya terbuat dari bambu, tanduk rusa, dan berbagai macam kayu yang berlubang. Alat musik ini adalah simbol kelelakian, karena kebanyakan pria memainkannya. Alat musik ini juga ciri khas musik tradisional Indonesia. Aerophone dapat dimainkan solo maupun dimainkan bersama dengan alat musik lain di dalam grup. IdiophoneIdiophone adalah jenis alat musik yang menghasilkan bunyi dengan cara menggetarkan alat tersebut. Jenis alat musik ini telah ada sejak ribuan tahun lalu seperti, tongkat, batu, tulang, bertepuk tangan, dan juga membunyikan sesuatu seiring dengan lagu atau tari. Ada berbagai macam jenis alat musik ini di Indonesia. Gong misalnya, bisa dibilang adalah salah satu ciri khas alat musik Indonesia dan hampir setiap kebudayaan memiliki jenis alat musik ini di dalam musik tradisionalnya. Selain itu idiophone juga dibuat dari bahan logam, kayu ataupun bambu yang dapat menghasilkan bunyi dengan memukulkan alat tersebut. Kentongan adalah salah satu dari sekian banyak alat musik yang dipakai oleh hampir seluruh suku di Indonesia. Sebenarnya kentongan adalah alat musik perorangan yang dipakai untuk menghibur diri ketika sedang berada di lapangan atau sawah. Kentongan juga dipakai sebagai alat untuk mengumumkan sesuatu atau sebagai tanda bahaya.

ChordophoneAdalah jenis alat musik yang menggunakan senar atau dawai sebagai sumber suara, yang digetarkan dengan cara dipetik, dikocok atau digesek dengan busur. Alat musik ini dapat ditemukan di berbagai daerah di Indonesia. Alat musik ini terbuat dari kayu, bambu, ataupun batok kelapa. Senar biasanya terbuat dari serat pohon, akar (biasanya akar palem arenga), sedangkan senar pada busur terbuat dari ekor kuda. Jumlah senar dalam satu alat musik bervariasi dari 1 hingga 10 senar. Dewasa ini, bahan untuk membuat alat musik ini mudah didapatkan. Walaupun sebagian senar terbuat dari logam, yang tentu saja akan berpengaruh pada suara alat musik tersebut. Rebab adalah salah satu alat musik gesek yang dapat ditemukan di berbagai daerah di Indonesia, terutama di daerah melayu. Dahulu kala, oarang-orang persia menggunakan rebab satu senar untuk menari yang dikenal sebagai “rebab ul shaer“.

MembranophoneMembranophone adalah alat musik yang menghasilkan suara dengan memukul selaput atau kulit (kuliat binatang). Sekarang ini alat musik tersebut dikenal sebagai gendang (drum). Bentuk gendang jawa kuno pertama kali ditemukan pada lukisan pahat Candi Borobudur, Candi Siwa (kompleks Prambanan) dan di Candi Panataran.