warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber...

6
2 Raja-Raja bab 22 mencatatkan semasa pengumpulan wang untuk kerja-kerja pemulihan Bait Allah, Imam Besar Hilkia menemukan Kitab Taurat Musa yang telah hilang. Lalu dia serahkan kitab itu kepada Safan si Jurutulis. Itulah keadaan Yehuda pada masa itu. Firman Allah telah hilang! Dan kini ia telah ditemui! Kitab itu kemudiannya dibawa kepada Raja Yosia, dan Safan membacanya di hadapan Raja. Setelah Raja mendengar Firman Tuhan, dia mengoyakkan pakaiannya, dan menyatakan penyesalan tidak terhingga akan keadaan Yehuda pada masa itu. Firman Allah dan doa adalah prasyarat kepada kebangunan rohani. Nubuatan telah diberikan dan penghakiman akan segera dilaksanakan ke atas umat Tuhan. Namun, rahmat Allah juga mempertimbangkan pertaubatan sebenar. Dia melihat kerendahan hati yang penuh penyesalan, serta tangisan pertaubatan. TUHAN mendengar dan TUHAN memberkati. Itulah permulaan kebangunan rohani nasional bagi Yehuda. Pelajaran dari kebangunan rohani besar ini adalah ia mula mengalir dari pembacaan dan penerapan Firman Allah. Prasyarat dalam mana- mana kebangunan rohani adalah penerimaan dan ketaatan sepenuh hati terhadap Firman Allah. Yosia berusia 8 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia berumur 26 tahun apabila kebangunan itu datang. Semoga kita juga melihat kepentingan meletak- kan Firman Tuhan di tangan anak-anak (dan belia) kita. Semoga Allah memberikan kepada kita, penulis dan pembaca, beberapa pemikiran di hati supaya kita dapat benar-benar berdoa, “Kiranya perbuatan besar itu Kau ulangi dan Kau nyatakan di zaman kami ini" (Habakuk 3: 2). Berita Rakan Penabur ialah penerbitan elektronik yang mengandungi berita dan maklumat tentang pelayanan serta bahan sumber Kristian BM yang baru. Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Pejabat Pos Kelana Jaya 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Email: [email protected] Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia April-Jun 2012 Setiap Generasi Harus Diinjili Allah tidak mempunyai cucu. Tidak kira adakah kita generasi Kristian yang kedua, ketiga atau keempat, kita harus mempunyai pengalaman peribadi dengan Tuhan. Dua tahun lalu saya berada di suatu kebaktian mendengar khotbah seorang pastor yang berkarisma. Teksnya diambil dari Yohanes 3:16. Dia adalah generasi ketiga Kristian dan pastor dalam keluarganya. Datuknya seorang pastor. Bapanya masih melayani sebagai pastor. Dia berkata, “Ramai di antara kita yang dari Sabah & Sarawak telah menjadi Kristian sejak lahir. Kita tidak perlu berdoa menerima Tuhan seperti yang dilakukan oleh mereka yang baru percaya. Bagi kita yang lahir dalam keluarga Kristian, kita sudah menjadi orang yang percaya dan kelahiran kedua kita ialah apabila kita dibaptiskan di dalam air." Itu membuat saya melihat bendera merah! Jika seorang pemimpin gereja sendiri berpendapat bahawa dia adalah cucu atau cicit kepada Tuhan, dia harus diinjili sekali lagi! Setiap generasi harus diinjili! Ada satu lagi masalah yang dihadapi oleh umat Kristian di Sabah & Sarawak: isu pengislaman dan masuk agama lain yang dilihat sebagai satu norma dalam kehidupan. Sebab itulah pencerobohan iman begitu berjaya sehingga kita tidak melihat ia sebagai satu ancaman (semata-mata kerana hampir dalam setiap keluarga Kristian, mereka mempunyai rakan-rakan, saudara mara atau ahli keluarga yang telah masuk ke agama tersebut). Kita mendakwa itulah 1Malaysia yang sebenarnya - di mana kita bangga kita boleh hidup harmoni di bawah satu bumbung walaupun setiap hari iman kita dikikis oleh ‘agama dominan’! Kita seperti katak di dalam periuk yang dimasak dengan api yang kecil. Bila kita mula sedar, ia sudah terlambat! Setiap generasi harus diinjili! sebagai sesuatu yang bermula dalam sekumpulan orang yang sudah ada pengetahuan tentang iman kekristianan; manakala kebangkitan pula ialah untuk orang-orang yang tanpa pengetahuan tersebut. Kebangunan rohani adalah keperluan Gereja yang telah kehilangan "cinta pertama" mereka dalam Kristus; sementara kebangkitan adalah untuk orang yang belum kenal Tuhan. Bagaimanapun kedua-duanya mempunyai hubungan yang erat di dalam Alkitab dan sejarah gereja, kerana kebangunan rohani selalunya akan membawa kepada kebangkitan rohani. Kebangkitan & Kebangunan Rohani Itulah sebabnya kita perlu melipatgandakan doa kita untuk kebangkitan (awakening) dan kebangunan rohani (revival) di negara ini. Ada sarjana yang mentakrifkan kebangunan rohani

Upload: lamdieu

Post on 24-May-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2 Raja-Raja bab 22 mencatatkan semasa pengumpulan wang untuk kerja-kerja pemulihan Bait Allah, Imam Besar Hilkia menemukan Kitab Taurat Musa yang telah hilang. Lalu dia serahkan kitab itu kepada Safan si Jurutulis. Itulah keadaan Yehuda pada masa itu. Firman Allah telah hilang! Dan kini ia telah ditemui!

Kitab itu kemudiannya dibawa kepada Raja Yosia, dan Safan membacanya di hadapan Raja. Setelah Raja mendengar Firman Tuhan, dia mengoyakkan pakaiannya, dan menyatakan penyesalan tidak terhingga akan keadaan Yehuda pada masa itu. Firman Allah dan doa adalah prasyarat kepada kebangunan rohani. Nubuatan telah diberikan dan penghakiman akan segera dilaksanakan ke atas umat Tuhan. Namun, rahmat Allah juga mempertimbangkan pertaubatan sebenar. Dia melihat kerendahan hati yang penuh penyesalan, serta tangisan pertaubatan. TUHAN mendengar dan TUHAN memberkati. Itulah permulaan kebangunan rohani nasional bagi Yehuda. Pelajaran dari kebangunan rohani besar ini adalah ia mula mengalir dari pembacaan dan penerapan Firman Allah. Prasyarat dalam mana-mana kebangunan rohani adalah penerimaan dan ketaatan sepenuh hati terhadap Firman Allah. Yosia berusia 8 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia berumur 26 tahun apabila kebangunan itu datang.

Semoga kita juga melihat kepentingan meletak-kan Firman Tuhan di tangan anak-anak (dan belia) kita. Semoga Allah memberikan kepada kita, penulis dan pembaca, beberapa pemikiran di hati supaya kita dapat benar-benar berdoa, “Kiranya perbuatan besar itu Kau ulangi dan Kau nyatakan di zaman kami ini" (Habakuk 3: 2).

Berita Rakan Penabur ialah penerbitan

elektronik yang mengandungi berita dan maklumat tentang pelayanan serta bahan sumber Kristian BM yang baru.

Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Pejabat Pos Kelana Jaya 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Email: [email protected]

Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia

April-Jun 2012

Setiap Generasi Harus Diinjili

Allah tidak mempunyai cucu. Tidak kira adakah kita generasi Kristian yang kedua, ketiga atau keempat, kita harus mempunyai pengalaman peribadi dengan Tuhan. Dua tahun lalu saya berada di suatu kebaktian mendengar khotbah seorang pastor yang berkarisma. Teksnya diambil dari Yohanes 3:16. Dia adalah generasi ketiga Kristian dan pastor dalam keluarganya. Datuknya seorang pastor. Bapanya masih melayani sebagai pastor. Dia berkata, “Ramai di antara kita yang dari Sabah & Sarawak telah menjadi Kristian sejak lahir. Kita tidak perlu berdoa menerima Tuhan seperti yang dilakukan oleh mereka yang baru percaya. Bagi kita yang lahir dalam keluarga Kristian, kita sudah menjadi orang yang percaya dan kelahiran kedua kita ialah apabila kita dibaptiskan di dalam air."

Itu membuat saya melihat bendera merah! Jika seorang pemimpin gereja sendiri berpendapat bahawa dia adalah cucu atau cicit kepada Tuhan, dia harus diinjili sekali lagi! Setiap generasi harus diinjili!

Ada satu lagi masalah yang dihadapi oleh umat Kristian di Sabah & Sarawak: isu pengislaman dan masuk agama lain yang dilihat sebagai satu norma dalam kehidupan. Sebab itulah pencerobohan iman begitu berjaya sehingga kita tidak melihat ia sebagai satu ancaman (semata-mata kerana hampir dalam setiap keluarga Kristian, mereka mempunyai rakan-rakan, saudara mara atau ahli keluarga yang telah masuk ke agama tersebut). Kita mendakwa itulah 1Malaysia yang sebenarnya - di mana kita bangga kita boleh hidup harmoni di bawah satu bumbung walaupun setiap hari iman kita dikikis oleh ‘agama dominan’! Kita seperti katak di dalam periuk yang dimasak dengan api yang kecil. Bila kita mula sedar, ia sudah terlambat! Setiap generasi harus diinjili!

sebagai sesuatu yang bermula dalam sekumpulan orang yang sudah ada pengetahuan tentang iman kekristianan; manakala kebangkitan pula ialah untuk orang-orang yang tanpa pengetahuan tersebut. Kebangunan rohani adalah keperluan Gereja yang telah kehilangan "cinta pertama" mereka dalam Kristus; sementara kebangkitan adalah untuk orang yang belum kenal Tuhan. Bagaimanapun kedua-duanya mempunyai hubungan yang erat di dalam Alkitab dan sejarah gereja, kerana kebangunan rohani selalunya akan membawa kepada kebangkitan rohani.

Kebangkitan & Kebangunan Rohani

Itulah sebabnya kita perlu melipatgandakan doa kita untuk kebangkitan (awakening) dan kebangunan rohani (revival) di negara ini. Ada sarjana yang mentakrifkan kebangunan rohani

Kita rindukan kebangkitan dan kebangunan rohani di awal 1970-an di kalangan orang-orang Kelabit di Bario, Lun Bawang di Ba Kelalan, dan Dusun di Taginambur dan Ranau. Kemudian ada gelombang kedua kebangunan rohani di Ba Kelalan dan Taginambur di pertengahan 1980-an. Kelahiran kedua saya (di mana saya mengaku dosa-dosa saya, memberi hidup saya kepada Tuhan, dan mengalami kebangunan rohani walaupun saya telah ke gereja sejak berumur 6 tahun. Ketika itu saya berumur 17 tahun) banyak dipengaruhi oleh kebangunan rohani di Ba Kelalan apabila sekumpulan wanita Lun Bawang datang ke pekan saya di Sabah untuk berkongsi Injil pada tahun 1984. Setiap generasi harus diinjili!

Tidak ada istilah revival dalam Alkitab, walaupun dengan mudah ia dapat dipertahankan sebagai satu konsep alkitabiah. Istilah ini terdiri daripada dua kata, "re" dan "vival". Kata pertama bermakna "sekali lagi", dan yang kedua datang daripada kata kerja “untuk memberi hidup”. Jadi kebangunan rohani membayangkan sesuatu yang telah mati dan diberi kehidupan semula. Kata kerja ‘revive’ (memulihkan) diertikan sebagai "kembali kepada kehidupan selepas satu kematian yang jelas; diperbaharui atau disegarkan" (Kamus Webster). Ia adalah masa pilihan Allah di mana Allah melawat sesuatu bangsa, daerah, atau suatu negeri, di mana kehadiran Allah dinyatakan di bumi. Ia adalah masa untuk Gereja kembali kepada cinta pertamanya. Tanda-Tanda Kebangunan Rohani Setiap kebangunan rohani ditandai dengan umat Allah kembali kepada doa, memperbaharui kesungguhan untuk kehidupan kudus, serta haus akan Firman Allah dan pekerjaan-Nya. Ia mungkin bermula dari satu pertemuan kecil, dan mungkin berlaku secara serentak di beberapa tempat. Ia boleh tersebar melalui kuasa Roh Kudus, atau oleh mereka yang telah mengalaminya. Ia boleh melanda komuniti belum percaya dengan kuasa yang menakjubkan, sehingga ratusan dan ribuan orang mencari Tuhan seolah-olah didorong oleh satu kuasa yang tidak kelihatan (Brian Mills, Preparing for Revival, 1990, ms 49-50)

Pada suatu saat gereja harus memasuki peringkat kebangkitan yang seterusnya – iaitu kebanguan rohani yang sebenar, masa tuaian jiwa. "Ramai yang menjadi orang-orang beriman yang baru, manakala orang-orang Kristian pula memasuki kepenuhan iman yang lebih dalam lagi. Mereka yang telah tinggalkan iman ditebus semula, yang skeptis dan mencari Tuhan menjadi percaya. Malah pendeta dan pelayan Tuhan juga mula mendakwa bahawa mereka tidak tahu apa-apa tentang kuasa Allah sehinggalah mereka bertemu dengan Allah di tengah-tengah keadaan tersebut." (Richard Riss, Renewal or Revival? 1996). Setiap generasi harus diinjili!

Kebangunan rohani yang sebenar tidak boleh diam di suatu tempat sahaja. Ia adalah seperti api yang dibawa oleh angin - bunga api yang akan menyalakan rumput dan kayu kering di mana saja ia bertiup.

Ia mudah merebak, kadang-kadang sangat pesat. Di tahun 1984-86, beberapa orang kawan saya datang sendiri ke Ba Kelalan dan membawa balik api kebangunan rohani. Dan mereka pergi ke tempat-tempat lain dengan membawa api tersebut bersama mereka. Suhu rohani pada masa itu pasti telah naik beberapa darjah oleh pencurahan besar Roh Kudus. Teman-teman Katolik juga mengalami kelahiran kedua. Generasi saya telah diinjili.

Halangan Untuk Kebangunan Rohani Berterusan Tetapi mengapa kadang-kadang apabila Allah telah campur tangan dengan berkuasa sekali, ia hanya berlangsung dalam masa yang singkat? Kebangunan rohani di Afrika Timur berterusan selama beberapa dekad, tetapi di tempat lain hanya untuk beberapa tahun. Adakah walaupun dalam kedaulatan-Nya Allah sahaja yang boleh melahirkan kebangunan rohani, manusia boleh menghentikannya? Kekurangan pengajaran yang alkitabiah menyumbang kepada kebangunan rohani yang berhayat pendek. Pengalaman datang dan pergi, tetapi Firman Tuhan berdiri selama-lamanya. Oleh itu, kita harus memuridkan generasi muda kita dengan Firman Tuhan. Alkitab Kanak-Kanak adalah salah satu alat yang baik. Setiap generasi harus diinjili!

Firman tanpa Roh, anda akan memperlahankan. Roh tanpa Firman, anda akan merosakkan. Tetapi Firman dan Roh bersama, anda akan bertumbuh.

Sejarah juga menunjukkan sejurus roh bersaing merangkak masuk di kalangan pemimpin, kebangunan rohani mula mati. Berkait rapat dengan roh pesaing adalah keangkuhan dan rasa "pemilikan" kebangunan tersebut. Apabila ada pemimpin yang mula berfikir bahawa kumpulan mereka adalah alat utama yang diguna oleh Tuhan, dan mungkin cuba untuk mengawal orang lain supaya tetap berada di dalam lingkungan mereka, Tuhan akan samada beralih kepada kumpulan yang lain atau membiarkan pergerakan kebangunan itu mati. Jadi, ketika kita bersungguh-sungguh berdoa untuk satu lagi kebangunan rohani di negara ini, mari kita renungkan apa yang di tulis oleh Bill Bright dalam bukunya, The Coming Revival (1995): "Siapakah yang bertanggungjawab untuk kebangunan rohani? Tuhan atau manusia? Adakah kita bekerja supaya kebangunan rohani naik atau berdoa agar kebangunan rohani turun? Allah berkuasa atas segala manusia dan bangsa. Semua dalam penciptaan adalah di bawah kawalan-Nya. Bagaimanapun, Dia telah memilih untuk memberi anak-anak-Nya keistimewaan bekerja bersama-sama dengan Dia untuk membawa 'Berita Baik' kasih dan pengampunan dalam Kristus kepada dunia. Dia telah mengamanahkan manusia suatu peranan yang penting dalam menyiapkan jalan untuk kebangunan rohani. Apa sahaja yang Tuhan suruh anda lakukan, Dia akan memberi-kan anda kuasa dan keupayaan untuk melakukannya".

Ingatlah: Setiap generasi harus diinjili!

Alkitab Sudah Berusia 400 Tahun!

Ramai daripada kita mungkin tidak menyedari bahawa sebahagian daripada Alkitab dalam Bahasa Melayu telah pun diterjemahkan setahun selepas penerbitan Bible King James Version. 400 tahun dahulu, pada tahun 1612, Injil Matius telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan satu peristiwa penting kerana ia adalah terjemahan terawal Alkitab dalam bahasa bukan Eropah yang digunakan sebagai alat penginjilan. Jauh sebelum Alkitab diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina, Tamil dan Tagalog. Injil Matius telah diterjemahkan oleh seorang pedagang Syarikat Hindia Timur Belanda yang bernama Albert Corneliszoon Ruyl, dengan tajuk "lang Testamentum Baharu, arti-n'ja: jang d'jand'ji baharu dari Tuhanku Jesu Christi: bersalim kapada bassa Hulanda daan bassa Malaju, saperti jang adillan bassa Gregu." Tetapi penerbitan pertama terjemahan tersebut hanya dilakukan 17 tahun kemudian pada tahun 1629. Dua naskah asal Alkitab Bahasa Melayu 1629 masih tersimpan di Perpustakaan Awam Stuttgart di Jerman dan British Museum di London. Oleh itu, penggunaan kalimah Allah sebagai rujukan kepada Tuhan oleh orang-orang Kristian seperti yang terdapat dalam Alkitab Bahasa Arab lama telah mula digunakan secara meluas di kalangan penduduk di rantau ini. Ruyl telah menetapkan satu hala tuju dalam penterjemahan Alkitab Indonesia dan Melayu apabila dia menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada ‘God’. Sejak itu, istilah tersebut telah digunakan secara berterusan di rantau ini.

Selepas 400 tahun, kita pasti menyang-ka Alkitab bebas didapati terutamanya di Sabah dan Sarawak, di mana lebih daripada 65% jumlah penduduk Kristian di Malaysia didapati. Tetapi kenyataan-nya bukan begitu. Hanya pada tahun lepas (tepatnya sebelum pilihan raya kecil Sibu) Kerajaan agak longgar dengan Alkitab, itupun hanya untuk Sabah dan Sarawak. Saya masih ingat apabila saya memberikan hidup saya

kepada Yesus selepas Kebangunan Rohani Ba Kelalan, Alkitab sudahpun sukar didapati di pekan saya. Sebahagian daripada kami yang boleh membaca Bahasa Inggeris, menggunakan Perjanjian Baru dalam Bahasa Inggeris untuk membantu kami bertumbuh di dalam Kristus. Pada masa itu, saya juga mempunyai satu salinan “Perjanjian Baharu: Berita Baik Untuk Manusia Moden" (BSSBM, 1974).

Ada beberapa peristiwa penting yang berkaitan dengan Alkitab di Sabah sejurus sebelum gelombang kedua Kebangunan Rohani Ba Kelalan. Pada 2hb Disember 1981, Alkitab Indonesia telah dilarang di seluruh Malaysia di bawah Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penerbitan) (No. 3). 3 bulan kemudian

pada 22hb Mac 1982, Kementerian Dalam Negeri mengeluar-kan satu perintah baru: Alkitab kini ditegah di bawah Perintah ISA (No. 4) – “Dilarang untuk mencetak, menerbit, menjual, mengedar kecuali untuk kegunaan di gereja-gereja atau orang yang menganut agama Kristian.”

Pada awal bermulanya Kebangunan Rohani Ba Kelalan, pada 4hb Mei 1983, "Perjanjian Baru ditegah dan tertakluk pada syarat bahawa tegahan ini tidak dikenakan kepada pemilikan dan penggunaan suratan itu di dalam gereja oleh Kristian di seluruh Malaysia dengan alasan memudarat kepada kepentingan negara & keselamatan Persekutuan.” (KHEDN: O.59/3/9/A; PN (PU2) 24 Pt.II). Di kemuncak Kebangunan pada tahun 1986, KDN telah mengeluarkan surat pekeliling yang menyatakan penggunaan 4 perkataan (Allah, Kaabah, Baitulah & Solat) tidak dibenarkan untuk semua penerbitan Kristian. Menjelang tahun 1988, 25 perkataan telah dilarang di 9 negeri di Malaysia. Dan pada tahun 1992, Fatwa Sabah melarang penggunaan 32 perkataan oleh orang bukan Islam dalam pengajaran & penyebaran ajaran mereka. Ini kemudiannya diwartakan pada 1 Jun 2003.

Kita telah kehilangan satu generasi Kristian di Malaysia. Alkitab telah diharamkan ketika kehausan akan Firman Allah dan kelaparan bagi pekerjaan-Nya sedang memuncak. Masa terbaik untuk menanam benih adalah 30 tahun yang lalu dan kita pula sudah terlepas. Apabila 1,000 Alkitab Indonesia telah dirampas di Kastam pada awal tahun 1980-an, pemimpin-pemimpin gereja Sabah & Sarawak meminta bantuan tetapi gereja-gereja di Semenanjung Malaysia tidak berbuat apa-apa. Dan 1,000 Alkitab itu telah dibuat unggun api di tempat awam.

Gereja BM dibiarkan tanpa sebarang bantuan. Generasi itu tidak sempat dimuridkan. Pujian & penyembahan telah berkembang, tetapi Firman Tuhan tidak berakar. Tidak hairanlah kita mempunyai generasi orang-orang

Kristian yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman peribadi dengan Tuhan. Gereja kehilangan mereka kepada arus kemodenan dan pengislaman. Dan Gereja menjadi begitu selesa sehingga kita kehilangan anak-anak kita kepada dunia.

Tetapi Allah memberi kita peluang kedua. Inilah masanya untuk Gereja untuk bangun, bukan untuk diri kita tetapi untuk anak-anak kita. Kita mempunyai tanggungjawab untuk membina dan mengukuhkan iman mereka dengan meletakkan Alkitab dan buku-buku Kristian di tangan mereka. Adakah kita akan tidur lagi? Atau tidak mau ambil peduli? Atau setiap gereja melakukan hal-hal mereka sendiri sahaja? Ini adalah masa kairos untuk kita menebus apa yang telah dimakan oleh belalang di bumi ini. Masa terbaik untuk menanam benih adalah 30 tahun yang lalu. Kita sudah terlepas. Masa selanjut yang terbaik adalah hari ini!

AKK Untuk Anak-Anak Orang Sungai (Laporan oleh: Rev. Juny Lutahir, Sandakan)

Firman Allah harus dikongsi walaupun kepada kumpulan kecil orang yang percaya di kawasan pedalaman. Gereja Anglikan St. Thomas di Sandakan telah menerima 100 buah Alkitab Kanak-Kanak untuk diagihkan kepada kanak-kanak suku Orang Sungai di Kinabatangan. Rev. Juni Lutahir telah mengetuai satu pasukan misi ke Kampung Bukit Garam dan Kampung Sangau di kawasan pedalaman Kinabatangan.

Perjalanan itu tidak mudah, tetapi mereka telah bertekad untuk berkongsi kasih Kristus dengan kanak-kanak yang dahagakan Firman Tuhan ini. Majoriti Orang Sungai adalah beragama Islam. Rev. Juni berkata, "Saya berterima kasih kepada Yesus, Tuhan kita untuk Alkitab Kanak-Kanak. Kami berdoa agar kanak-kanak ini akan bertumbuh dalam iman dan mampu untuk berdiri teguh di dalam Firman-Nya, terutama sekali apabila mereka sentiasa menjadi sasaran dalam usaha pengislaman. Saya percaya bahawa benih telah ditanam, dan satu hari nanti Malaysia akan dimenangi untuk Tuhan. Amen".

Update : SASA - Satu Anak Satu Alkitab (Kempen 1M 100K)

Kekuatan Kristian di Malaysia terletak di tangan umat Kristian berbahasa Malaysia. Alkitab Kanak Kanak memainkan peranan penting dalam menangani cabaran Gereja BM masa ini. Tidak ada Alkitab bermakna tidak ada pemuridan. Tanpa pemuridan, bagaimana mereka dapat berdiri teguh dalam iman? Apa lagi dengan usaha pengislaman yang agresif, cabaran era modenisasi dan perubahan demografi yang mempengaruhi Bumiputera Kristian dewasa kini.

Sejak kami melancarkan “Satu Anak Satu Alkitab - Inisiatif 1M 100K” pada bulan Januari 2012, kami bersyukur kepada Tuhan kerana gereja-gereja dan individu-individu yang telah memberi sumbangan kepada Kempen ini. Setakat ini kita hanya 24% daripada tanda sasaran 1M 100K. Setiap kali RM 100,000 terkumpul, 10,000 naskah akan dicetak (untuk menampung kos mencetak dan royalti yang bernilai RM 10 per naskah). Ini kemudiannya membolehkan Alkitab Kanak-Kanak dijual dengan harga RM 5/naskah kepada pembaca di pedalaman, yang cukup untuk meliputi sebahagian daripada kos pengangkutan.

Ketika anda membaca laporan ini, 10,000 Alkitab Kanak-Kanak sedang dalam perjalanan ke Sarawak (Limbang, Lawas dan Miri). Anda juga boleh bekerjasama dengan kami dalam Kempen ini: Setiap kali anda membeli sebuah Alkitab Kanak-Kanak pada RM 30 (dipakej dengan Kronologi Alkitab 34X3 inci dan penanda buku), anda telah menyumbang 3 buah Alkitab Kanak-Kanak kepada umat Kristian berbahasa Malaysia di pedalaman Sabah, Sarawak dan Orang Asli.

Layari website kami untuk mengetahui tentang projek ini: http://www.wawasanpenabur.org/index.cfm?&menuid=62

Sila salurkan sumbangan anada kepada: Wawasan Penabur Sdn. Bhd.

P.O.Box: 8327, Kelana Jaya Post Office 46787 Petaling Jaya, SELANGOR

May Bank Account No: 5623 6663 2813

Jika anda mempunyai cerita/kesaksian yang serupa, sila kirim kepada kami!

Badan Penasihat Wawasan Penabur

Lim Heng Seng

Heng Seng adalah rakan kongsi sebuah firma guaman. Dia telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia dari tahun 1976 sehingga 2001, sebelum

dia masuk dalam bidang guaman.

Staf Baru Wawasan Penabur Jouslly Buaya

Jouslly adalah dari suku Lundayeh dan berasal dari Sipitang, Sabah. Dia telah berkhidmat dengan NECF dari 2003-2012 sebelum menyertai kami sebagai Project Manager “Kempen Satu Anak Satu Alkitab" pada bulan April 2012.

Fundraising Dinner SASA (19 April 2012)

Karya Agung Kamus Alkitab RM 12.00 RM 6.00

Buku-Buku Baru Dari Wawasan Penabur:

Kronologi Alkitab: 8 kaki (RM 10.00), 34 inci (RM 3.00)

Siri Kaunseling & Siri Bimbingan Remaja (RM 2.00)

Penulis: Dr. Lee Bee Teik

Berkongsi Projek SASA di Gereja-gereja

Borang pesanan boleh dimuat-turun dari: http://www.wawasanpenabur.org/index.cfm?&menuid=4

Badan Penasihat

Rev. Wong Fong Yang

Senior Pastor Gereja City Discipleship

Presbyterian Church dan mantan Moderator

untuk Synod Presbyterian Synod di Malaysia

Rev. Danil Raut

Presiden, SIB Semenanjung

Lim Heng Seng

Peguam, SIB KL

Badan Pengurus (Penabur)

Chow Chee Yan

Petaling Jaya Evangelical Free Church

Roshan Thiran

Pusat Injil Kelana Jaya

Pr. Alfred R. Tais

Setiausaha Eksekutif, Komisi Bahasa Malaysia

NECF

Randy Singkee

Sungai Way-Subang Methodist Church

(1) Lebih banyak penterjemah dan penulis Bahasa Malaysia.

(2) Kempen “Satu Anak Satu Alkitab – Inisiatif 1M 100k”.

(3) Projek-projek penerbitan akan datang: buku & komik penginjilan, komentari (rujukan) dan buku-buku apologetik.

(4) Penganjur, Fasilitator dan Sukarelawan untuk Program/Seminar Kesedaran serta Boot Camp Remaja di Sabah & Sarawak.

(5) Puji Tuhan kami akan pindah ke pejabat baru di Impiana Median, USJ 1, Subang Jaya September ini. Maklumat lanjutan akan diberi.

(6) Kami juga mahu merakam ucapan terima kasih kepada kemurahan hati Gereja SSMC yang membenarkan Wawasan Penabur menggunakan premis mereka tanpa sebarang bayaran sejak awal tahun 2010. Kami berterima kasih dengan pelbagai bentuk sokongan yang telah diberikan oleh gereja tersebut.

(7) Peluang melayani – kami mencari calon yang sesuai untuk: - Setiausaha (sukarela. Membantu dalam mesyurat2 Penabur) - Internal Auditor (sukarela. Membantu kami dalam

memeriksa, memantau dan melapor hal-hal kewangan pelayanan. Ini adalah untuk transparensi kewangan kami)

- Duta-duta Penabur (sukarela. Tugas mempromosi pelayanan Wawasan Penabur ke gereja-gereja, terutama “Inisiatif 1M 100K”. Pek Bantuan Promosi akan disediakan)

(8) Ilustrator/pelukis untuk projek buku & komik-komik penginjilan.

Akaun Bank Kami:

(1) Public Bank, Kelana Jaya branch. Account No: 3127674507

(2) CIMB Bank, Damansara Utama branch. Account No: 1250 000 7114 058

(3) May Bank, USJ 9 branch. Account No: 5623 6663 2813

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Ada banyak cara kita boleh bekerjasama dalam pelayanan menabur, menanam dan menyebar bahan sumber yang terbaik

kepada gereja-gereja BM.

Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya

percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya

ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif ini

supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan gereja

BM melalui tenaga, dana dan doa.

Mensponsor “Satu Anak Satu Alkitab – Inisiatif 1M

100K” Wawasan Penabur untuk Sabah and Sarawak. Saya

percaya dengan pemberian saya, umat Kristian berbahasa

Malaysia - Orang Asli, Sabah & Sarawak – akan diberkati.

Terlibat dalam projek penulisan dan

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

No. Telefon: ______________________ (rumah) ______________________ (pejabat)

______________________ (telefon bimbit) _____________________ (fax)