warta kerajaan persekutuan...2021/01/14  · 14 januari 2021 14 january 2021 p.u. (a) 12 warta...

22
14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) ORDINANCE 2021 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Upload: others

Post on 19-Mar-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

14 Januari 2021 14 January 2021

P.U. (A) 12

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021

EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) ORDINANCE 2021

DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY

JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Page 2: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

2

ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021

Suatu Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B)

Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

[14 Januari 2021]

BAHAWASANYA disebabkan oleh suatu darurat besar sedang berlaku yang

mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam

Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019

(COVID-19), suatu Proklamasi Darurat telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong

di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada sebelas hari bulan Januari,

dua ribu dua puluh satu:

DAN BAHAWASANYA Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan

serta-merta adalah dikehendaki bagi menjamin dan mengekalkan keselamatan,

kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam:

MAKA ADALAH DENGAN INI DIMASYHURKAN SUATU ORDINAN oleh

Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan

seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Ordinan ini bolehlah dinamakan Ordinan Darurat

(Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

(2) Ordinan ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 11 Januari 2021.

Jawatankuasa khas bebas

2. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa khas bebas untuk

menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang

mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam

Page 3: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

3

Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019

(COVID-19).

(2) Anggota jawatankuasa khas bebas itu hendaklah dilantik oleh

Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih

3. (1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, walau apa pun apa-apa peruntukan

Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi

kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong boleh mengambil milikan sementara mana-mana

tanah, bangunan atau harta alih atau mana-mana bahagian tanah, bangunan atau

harta alih dan boleh memberikan apa-apa arahan yang didapatinya perlu atau suai

manfaat berkaitan dengan pengambilmilikan tanah, bangunan atau harta alih itu.

(2) Semasa mana-mana tanah, bangunan atau harta alih berada dalam milikan

sementara Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen ini, tanah, bangunan atau harta alih itu boleh,

walau apa pun sekatan yang dikenakan ke atas penggunaannya, sama ada melalui

mana-mana undang-undang bertulis atau surat cara lain atau selainnya,

digunakan oleh, atau di bawah kuasa, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang

yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong bagi maksud sedemikian, dan mengikut

apa-apa cara, yang difikirkan suai manfaat oleh Yang di-Pertuan Agong atau

mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong.

(3) Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong, setakat yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan

dengan pengambilmilikan sementara atau penggunaan tanah, bangunan atau

harta alih itu menurut subseksyen (2)—

(a) boleh melakukan, atau memberi orang yang menggunakan tanah,

bangunan atau harta alih itu kuasa untuk melakukan, berhubung

dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, apa-apa jua yang

mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai tanah,

Page 4: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

4

bangunan atau harta alih itu berhak melakukannya menurut kuasa

kepentingan itu; dan

(b) boleh melalui perintah mengadakan peruntukan bagi melarang atau

mengehadkan penggunaan hak lalu-lalang ke atas tanah atau bangunan

itu, dan hak lain yang berhubungan dengannya yang dinikmati oleh

mana-mana orang, sama ada menurut kepentingan mengenai tanah

atau bangunan itu atau selainnya.

(4) Pemunya atau penghuni mana-mana tanah, bangunan atau harta alih

hendaklah, jika diminta oleh atau bagi pihak Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana

orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian,

memberikan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam

permintaan itu apa-apa maklumat yang berada dalam milikannya yang berhubungan

dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, yang merupakan maklumat yang boleh

dengan semunasabahnya diminta daripadanya berkaitan dengan pelaksanaan seksyen

ini, sebagaimana yang dinyatakan sedemikian.

Permintaan bagi penggunaan sumber

4. (1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, walau apa pun apa-apa peruntukan

Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi

kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong boleh meminta apa-apa sumber untuk digunakan bagi

apa-apa maksud yang Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa

oleh Yang di-Pertuan Agong fikirkan perlu.

(2) Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berhubung dengan

penggunaan, pengurusan dan kawalan sumber kepada orang yang sumbernya diminta.

(3) Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berhubung dengan

pengenaan apa-apa fi atau caj yang boleh dikenakan oleh orang yang sumbernya diminta

di bawah subseksyen (2).

Page 5: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

5

(4) Bagi maksud seksyen ini, “sumber” termasuklah sumber manusia,

kemudahan, utiliti dan aset, dan pengawal atau pengurus sumber manusia, kemudahan,

utiliti dan aset itu.

Pampasan

5. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan Perlembagaan Persekutuan, jika

mana-mana tanah, bangunan atau harta alih diambil milikan di bawah seksyen 3, atau

sumber diminta untuk digunakan di bawah seksyen 4, pampasan berkenaan dengan

pemilikan atau penggunaan itu hendaklah ditaksirkan oleh orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong.

(2) Taksiran pampasan di bawah subseksyen (1) itu adalah muktamad dan

konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah

atas apa-apa alasan.

Arahan untuk rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan

6. (1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana

orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong, boleh melantik, tertakluk kepada

syarat yang ditentukan, mana-mana orang untuk mengeluarkan arahan untuk rawatan,

imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan di bawah perenggan 11(3)(a)

dan (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

(2) Arahan yang dikeluarkan oleh orang di bawah subseksyen (1) itu hendaklah

disifatkan sebagai suatu arahan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai diberi kuasa

di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kuasa tambahan angkatan tentera

7. (1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, angkatan tentera, atas arahan

Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Yang di-Pertuan Agong, hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang

apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai

Page 6: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

6

tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972

[Akta 77] dan bukannya pengurangannya.

(2) Bagi maksud seksyen ini, “angkatan tentera” hendaklah mempunyai erti yang

diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Angkatan Tentera 1972.

Kuasa untuk mengecualikan

8. Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, walau apa pun apa-apa peruntukan dalam

mana-mana undang-undang bertulis, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang

yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong, boleh mengecualikan seseorang

profesional jagaan kesihatan yang dikawal selia di bawah undang-undang dalam Jadual

daripada kehendak untuk mematuhi alamat tempat amalan utama yang dinyatakan

dalam mana-mana perakuan amalan tahunan atau yang setaranya.

Kesalahan

9. (1) Mana-mana orang yang melanggar seksyen 3 atau 4 atau gagal mematuhi

mana-mana permintaan atau arahan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang

diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila

disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(2) Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 3

atau 4, atau gagal mematuhi mana-mana permintaan atau arahan Yang di-Pertuan Agong

atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan

ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan

orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang

pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang

seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau

kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang

dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan

apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau

kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—

Page 7: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

7

(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding

yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma,

pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan

(b) jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau

kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu,

hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan

hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu

melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan

segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan

(ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau

pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah

yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk

menghalang pelakuan kesalahan itu.

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

10. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil

atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap

Kerajaan, mana-mana pegawai awam atau mana-mana orang yang dilantik di bawah

subseksyen 6(1) berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran

yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, dalam melaksanakan peruntukan

Ordinan ini.

Kuasa eksekutif dan perundangan

11. Bagi tempoh darurat berkuat kuasa—

(a) Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang wujud sebaik sebelum

Proklamasi Darurat dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang telah diberikan

kuasa eksekutif hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan

Page 8: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

8

dan mana-mana orang yang telah diberikan fungsi eksekutif oleh

undang-undang hendaklah terus menjalankan fungsi itu;

(b) Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau

Kabinet Negeri bagi Negeri masing-masing yang wujud sebaik sebelum

Proklamasi Darurat dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang telah diberikan

kuasa eksekutif hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Negeri dan

mana-mana orang yang telah diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang

hendaklah terus menjalankan fungsi itu; dan

(c) kuasa perundangan untuk membuat undang-undang subsidiari di bawah

undang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri hendaklah terus

dijalankan oleh orang yang diberi kuasa oleh undang-undang itu.

Pilihan raya Parlimen

12. (1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, kehendak untuk mengisi—

(a) kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara, dalam tempoh

enam puluh hari atau menurut Jadual Ketujuh Perlembagaan

Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh

dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan;

dan

(b) kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh

enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

bahawa ada kekosongan luar jangka,

di bawah Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan.

(2) Bagi maksud mengisi kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara,

pelantikan itu hendaklah dibuat, dalam masa enam puluh hari atau menurut Jadual

Ketujuh Perlembagaan Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh

Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 dibatalkan atau diungkaikan.

Page 9: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

9

(3) Bagi maksud mengadakan apa-apa pilihan raya untuk mengisi kekosongan

luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah

mengadakan pilihan raya dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Proklamasi Darurat

yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 dibatalkan atau diungkaikan, tertakluk kepada

proviso kepada Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan

luar jangka.

(4) Bagi mengelakkan keraguan, selama tempoh darurat berkuat kuasa,

Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan hendaklah mempunyai kesan

seolah-olah perkataan “selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas

itu adalah terbubar” telah dipotong.

(5) Bagi mengelakkan keraguan, selama tempoh darurat berkuat kuasa,

Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan hendaklah mempunyai kesan

seolah-olah perkataan “dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen

hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada

satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu” telah dipotong.

(6) Berhubung dengan subseksyen (5), bagi maksud Fasal (4) Perkara 55

Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum hendaklah diadakan dan mesyuarat

Parlimen hendaklah dipanggil pada tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Yang di-Pertuan Agong.

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri

13. Bagi tempoh darurat berkuat kuasa—

(a) peruntukan yang berhubungan dengan pilihan raya bagi pemilihan

ke Dewan Undangan Negeri dalam Jadual Kelapan kepada

Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan mana-mana Negeri dan

mana-mana undang-undang Negeri tidak mempunyai kesan; dan

(b) pilihan raya bagi pemilihan ke Dewan Undangan Negeri hendaklah

diadakan pada tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Page 10: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

10

Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Raja atau

Yang di-Pertua Negeri yang berkenaan.

Persidangan Parlimen

14. (1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa—

(a) peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan

membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak

mempunyai kesan; dan

(b) Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu

tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Mana-mana mesyuarat Parlimen yang telah dipanggil sebelum tarikh

permulaan kuat kuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan adalah dibatalkan.

Persidangan Dewan Undangan Negeri

15. (1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa—

(a) peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan

membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam Jadual Kelapan kepada

Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan mana-mana Negeri dan

mana-mana undang-undang Negeri tidak mempunyai kesan; dan

(b) Dewan Undangan Negeri hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan

pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Raja atau

Yang di-Pertua Negeri yang berkenaan.

(2) Mana-mana mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang telah dipanggil sebelum

tarikh permulaan kuat kuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan adalah dibatalkan.

Page 11: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

11

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

16. Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Yang di-Pertuan Agong boleh membuat

peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud

melaksanakan peruntukan Ordinan ini.

Kuasa di bawah Ordinan adalah tambahan kepada kuasa di bawah undang-undang

bertulis lain

17. Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, kuasa yang diberikan di bawah Ordinan ini

adalah tambahan kepada, dan bukanlah sebagai menggantikan, kuasa yang diberikan

oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.

Undang-undang yang mengatasi

18. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara

peruntukan Ordinan ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain, peruntukan

Ordinan ini hendaklah mengatasi dan peruntukan undang-undang bertulis lain yang

bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah disifatkan digantikan setakat percanggahan

atau ketidakselarasan itu.

JADUAL

[Seksyen 8]

SENARAI UNDANG-UNDANG

1. Akta Perubatan 1971 [Akta 50]

2. Akta Pergigian 1971 [Akta 51]

3. Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 [Akta 371]

4. Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta774]

5. Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 [Akta 180]

6. Akta Jururawat 1950 [Akta 14]

7. Akta Bidan 1966 [Akta 436]

8. Akta Optik 1991 [Akta 469]

9. Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 [Akta 435]

Page 12: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

12

DIMASYHURKAN di Istana Abdulaziz BETA di Indera Mahkota, Kuantan,

Pahang Darul Makmur, pada empat belas hari bulan Januari, dua ribu dua puluh satu.

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM

SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

Yang di-Pertuan Agong

[Akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150

Perlembagaan Persekutuan]

Page 13: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

13

EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) ORDINANCE 2021

An Ordinance promulgated by the Yang di-Pertuan Agong pursuant to Clause (2B) of

Article 150 of the Federal Constitution.

[14 January 2021]

WHEREAS by reason of the existence of a grave emergency threatening the

security, economic life and public order of the Federation arising from the epidemic of an

infectious disease, namely Coronavirus Disease 2019 (COVID-19), a Proclamation of

Emergency has been issued by the Yang di-Pertuan Agong under Article 150 of the

Federal Constitution on this eleventh day of January, two thousand twenty one:

AND WHEREAS the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that immediate action is

required to guarantee and preserve the security, economic life and public order:

IT IS HEREBY PROMULGATED AN ORDINANCE by the Yang di-Pertuan Agong

pursuant to Clause (2B) of Article 150 of the Federal Constitution as follows:

Short title and commencement

1. (1) This ordinance may be cited as the Emergency (Essential Powers)

Ordinance 2021.

(2) This Ordinance is deemed to have come into operation on 11 January 2021.

Independent special committee

2. (1) There shall be established an independent special committee to advise the

Yang di-Pertuan Agong on the continuing existence of the grave emergency threatening

the security, economic life and public order of the Federation arising from the epidemic

of an infectious disease, namely Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).

(2) The members of the independent special committee shall be appointed by the

Yang di-Pertuan Agong.

Page 14: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

14

Power to take temporary possession of land, building or movable property

3. (1) For so long as the emergency is in force, notwithstanding any provision in the

Federal Constitution, the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the

Yang di-Pertuan Agong may take temporary possession of any land, building or movable

property or part of any land, building or movable property and may give such directions

as appear to him necessary or expedient in connection with the taking of possession of

that land, building or movable property.

(2) While any land, building or movable property is in the temporary possession

of the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong

under this section, the land, building or movable property may, notwithstanding any

restriction imposed on the use thereof, whether by any written law or other instrument

or otherwise, be used by, or under the authority of, the Yang di-Pertuan Agong or any

person authorized by the Yang di-Pertuan Agong for such purpose, and in such manner,

as the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong

thinks expedient.

(3) The Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the

Yang di-Pertuan Agong, so far as appears to him to be necessary or expedient in

connection with the taking of temporary possession or use of the land, building or

movable property in pursuance of subsection (2)—

(a) may do, or authorize persons using the land, building or movable

property to do, in relation to the land, building or movable property,

anything any person having an interest in the land, building or movable

property would be entitled to do by virtue of that interest; and

(b) may by order provide for prohibiting or restricting the exercise of rights

of way over the land or building, and other rights relating thereto which

are enjoyed by any person, whether by virtue of an interest in the land

or building or otherwise.

Page 15: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

15

(4) The owner or occupier of any land, building or movable property shall, if

requested by or on behalf of the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the

Yang di-Pertuan Agong so to do, furnish to such authority or person as may be specified

in the request such information in his possession relating to the land, building or movable

property, being information which may reasonably be demanded of him in connection

with the execution of this section, as may be so specified.

Demand for use of resources

4. (1) For so long as the emergency is in force, notwithstanding any provision in the

Federal Constitution, the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the

Yang di-Pertuan Agong may demand any resources to be utilized for any purpose the

Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong

deems necessary.

(2) The Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the

Yang di-Pertuan Agong may give any direction in relation to the utilization, management

and control of the resources to the person whose resources are demanded.

(3) The Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the

Yang di-Pertuan Agong may give any direction in relation to the imposition of any fees or

charges that may be imposed by the person whose resources are demanded under

subsection (2).

(4) For the purposes of this section, “resources” includes the human resources,

facilities, utilities and assets, and the controller or manager of such human resources,

facilities, utilities and assets.

Compensation

5. (1) Notwithstanding any provision in the Federal Constitution, if possession is

taken of any land, building or movable property under section 3, or resources are

demanded to be utilized under section 4, compensation in respect of the possession or

utilization shall be assessed by a person authorized by the Yang di-Pertuan Agong.

Page 16: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

16

(2) The assessment of compensation under subsection (1) shall be final and

conclusive and shall not be challenged or called in question in any court on any ground.

Directions for treatment, immunization, isolation, observation or surveillance

6. (1) For so long as the emergency is in force, the Yang di-Pertuan Agong or any

person authorized by the Yang di-Pertuan Agong, may appoint, subject to conditions

as may be determined, any person to issue directions for treatment, immunization,

isolation, observation or surveillance under paragraphs 11(3)(a) and (b) of the

Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342].

(2) The direction issued by the person under subsection (1) shall be deemed

to be a direction issued by an authorized officer under the Prevention and Control of

Infectious Diseases Act 1988.

Additional powers of armed forces

7. (1) For so long as the emergency is in force, the armed forces, upon direction by

the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong, shall

have all the powers of a police officer of whatever rank as provided for under the

Criminal Procedure Code [Act 593] and such powers shall be in addition to the powers

provided for under the Armed Forces Act 1972 [Act 77] and not in derogation thereof.

(2) For the purposes of this section, “armed forces” shall have the meaning

assigned to it in section 2 of the Armed Forces Act 1972.

Power to exempt

8. For so long as the emergency is in force, notwithstanding any provision in any

written laws, the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the

Yang di-Pertuan Agong, may exempt a healthcare professional regulated under a law in

the Schedule from the requirement to comply with the address of the principal place of

practice specify in any annual practising certificate or its equivalent.

Page 17: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

17

Offence

9. (1) Any person who contravenes section 3 or 4 or fails to comply with any demand

or direction of the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the

Yang di-Pertuan Agong, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not

exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years

or to both.

(2) Where any person who commits an offence under section 3 or 4, or fails to

comply with any demand or direction of the Yang di-Pertuan Agong or any person

authorized by the Yang di-Pertuan Agong under this Ordinance is a company, limited

liability partnership, firm, society or other body of persons, a person who at the time of

the commission of the offence was a director, compliance officer, partner, manager,

secretary or other similar officer of the company, limited liability partnership, firm,

society or other body of persons or was purporting to act in the capacity or was in any

manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the

company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was

assisting in its management—

(a) may be charged severally or jointly in the same proceedings with the

company, limited liability partnership, firm, society or other body of

persons; and

(b) if the company, limited liability partnership, firm, society or other body

of persons is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of

that offence and shall be liable to the same punishment or penalty as an

individual unless, having regard to the nature of his functions in that

capacity and to all circumstances, he proves—

(i) that the offence was committed without his knowledge; and

(ii) that the offence was committed without his consent or connivance

and that he had taken all reasonable precautions and exercised due

diligence to prevent the commission of the offence.

Page 18: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

18

Protection against suits and legal proceedings

10. No action, suit, prosecution or any other proceeding shall lie or be brought,

instituted or maintained in any court against the Government, any public officer or any

person appointed under subsection 6(1) in respect of any act, neglect or default done or

omitted by it or him in good faith, in carrying out the provision of this Ordinance.

Executive and legislative powers

11. For so long as the emergency is in force—

(a) the Prime Minister and the Cabinet existing immediately prior to the issuance

of the Proclamation of Emergency on 11 January 2021 who have been

conferred the executive functions shall continue to exercise the executive

authority of the Federation and such other persons who have been conferred

the executive functions by law shall continue to exercise such functions;

(b) the Menteri Besar or Chief Minister and the State Executive Council or

State Cabinet of the respective States existing immediately prior to the

issuance of the Proclamation of Emergency on 11 January 2021 who have

been conferred the executive functions shall continue to exercise the

executive authority of the States and such other persons who have been

conferred the executive functions by law shall continue to exercise such

functions; and

(c) the legislative functions to make subsidiary legislation under Federal laws and

State laws shall continue to be exercised by the persons so authorized by

such laws.

Election of Parliament

12. (1) For so long as the emergency is in force, the requirement to fill—

(a) the vacancy among members of the Senate, within sixty days or

in accordance with the Seventh Schedule to the Federal Constitution, as

Page 19: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

19

the case may be, from the date on which it is established by the

President of the Senate that there is a vacancy; and

(b) the casual vacancy among members of the House of Representatives

within sixty days from the date on which it is established by the

Election Commission that there is a casual vacancy,

under Article 54 of the Federal Constitution shall not have effect.

(2) For the purpose of filling the vacancy among members of the Senate,

the appointment shall be made, within sixty days or in accordance with the

Seventh Schedule to the Federal Constitution, as the case may be, from the date the

Proclamation of Emergency issued on 11 January 2021 is revoked or annulled.

(3) For the purpose of holding any election to fill the casual vacancy among

members of the House of Representatives, the Election Commission shall hold the

election within sixty days from the date the Proclamation of Emergency issued

on 11 January 2021 is revoked or annulled, subject to the proviso to Clause (1) of

Article 54 of the Federal Constitution on casual vacancy.

(4) For the avoidance of doubt, for so long as the emergency is in force, Clause (3)

of Article 55 of the Federal Constitution shall have effect as if the words “for five years

from the date of its first meeting and shall then stand dissolved” have been deleted.

(5) For the avoidance of doubt, for so long as the emergency is in force, Clause (4)

of Article 55 of the Federal Constitution shall have effect as if the words “within sixty days

from the date of the dissolution and Parliament shall be summoned to meet on a date not

later than one hundred and twenty days from that date” have been deleted.

(6) In relation to subsection (5), for the purposes of Clause (4) of Article 55 of the

Federal Constitution, a general election shall be held and the meeting of Parliament shall

be summoned on dates as the Yang di-Pertuan Agong thinks appropriate.

Page 20: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

20

Election of State Legislative Assembly

13. For so long as the emergency is in force—

(a) the provisions relating to an election for the election to a State Legislative

Assembly in the Eighth Schedule to the Federal Constitution, Constitution of

any State and any State Law shall have no effect; and

(b) an election for the election to the State Legislative Assembly shall be held on

a date as the Yang di-Pertuan Agong thinks appropriate after consultation

with the respective Ruler or the Yang di-Pertua Negeri.

Parliament sitting

14. (1) For so long as the emergency is in force—

(a) the provisions relating to the summoning, proroguing and dissolution of

Parliament in the Federal Constitution shall not have effect; and

(b) the Parliament shall be summoned, prorogued and dissolved on a date

as the Yang di-Pertuan Agong thinks appropriate.

(2) Any meeting of the Parliament which has been summoned before the coming

into operation of this Ordinance but has not been held is cancelled.

Sitting of State Legislative Assembly

15. (1) For so long as the emergency is in force—

(a) the provisions relating to the summoning, proroguing and dissolution of

a State Legislative Assembly in the Eighth Schedule to the

Federal Constitution, Constitution of any State and any State law shall

not have effect; and

Page 21: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

21

(b) a State Legislative Assembly shall be summoned, prorogued and

dissolved on a date as the Yang di-Pertuan Agong thinks appropriate

after consultation with the respective Ruler or the

Yang di-Pertua Negeri.

(2) Any meeting of a State Legislative Assembly which has been summoned before

the coming into operation of this Ordinance but has not been held is cancelled.

Power to make regulations

16. For so long as the emergency is in force, the Yang di-Pertuan Agong may make

regulations as may be necessary or expedient for the purpose of carrying into effect the

provisions of this Ordinance.

Powers under the Ordinance shall be in addition to the powers under other

written laws

17. For so long as the emergency is in force, the powers given under this Ordinance

shall be in addition to, and not in derogation of, the powers given by or under any other

written law for the time being in force.

Prevailing law

18. In the event of any conflict or inconsistency between the provisions of this

Ordinance and any other written law, the provisions of this Ordinance shall prevail and

the conflicting or inconsistent provisions of such other written law shall be deemed to be

superseded to the extent of the conflict or inconsistency.

Page 22: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN...2021/01/14  · 14 Januari 2021 14 January 2021 P.U. (A) 12 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA …

P.U. (A) 12

22

SCHEDULE

[Section 8]

LIST OF LEGISLATION

1. Medical Act 1971 [Act 50]

2. Dental Act 1971 [Act 51]

3. Registration of Pharmacists Act 1951 [Act 371]

4. Allied Health Professions Act 2016 [Act 774]

5. Medical Assistants (Registration) Act 1977 [Act 180]

6. Nurses Act 1950 [Act 14]

7. Midwives Act 1966 [Act 436]

8. Optical Act 1991 [Act 469]

9. Estate Hospital Assistants (Registration) Act 1965 [Act 435]

PROMULGATED at OUR Istana Abdulaziz in Indera Mahkota, Kuantan,

Pahang Darul Makmur, this fourteenth day of January, two thousand twenty one.

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM

SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

Yang di-Pertuan Agong

[To be laid before Parliament pursuant to Clause (3) of Article 150 of the

Federal Constitution]