wabak h1n1 di kalangan pelajar sekolah menengah …

31
WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SAINS TG MUHAMMAD FARIS PETRA PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN PADA MAC - APRIL 2011 Azman Hadi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Surveillan, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu

Upload: others

Post on 24-Oct-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

WABAK H1N1DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SAINS TG MUHAMMAD FARIS PETRA

PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTANPADA MAC - APRIL 2011

Azman Hadi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Surveillan, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu

Page 2: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

ABSTRAK

Kluster Influenza A H1N1 telah berlaku di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra,

Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan pada 19 Mac, 2011 sehingga 7 April, 2011. Objektif kajian

deskriptif ini adalah menerangkan ciri-ciri demografi dan klinikal pesakit, mengenalpasti punca dan

faktor-faktor penyumbang kepada kejadian wabak serta langkah-langkah kawalan. Kes-kes yang

disaring telah diklasifikasikan sebagai kes ILI, H1N1, dan URTI berdasarkan definasi yang

ditetapkan seperti berikut :

Influenza Like Illness (ILI) - Kes yang mengalami demam kuat (suhu aural >38.0oC) DAN batuk

DAN salah satu gejala sama ada sakit tekak, selsema atau mialgia dalam tempoh bermula 19 Mac

2011 hingga 7 April, 2011.

Upper Respirotry Track Infection (URTI) – Kes yang mempunyai simptom batuk dan salah

satu gejala sama ada sakit tekak, selsema atau mialgia dan tidak semestinya mempunyai demam

yang tidak melebihi 38.0oC dalam tempoh bermula 19 Mac 2011 hingga 7 April, 2011.

Influenza A H1N1- Kes yang mempunyai simptom ILI atau URTI dan swab tekaknya positif

untuk Influenza A H1N1.

Page 3: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

Kajian mendapati seramai 133 kes terlibat adalah pelajar, kadar serangan di kalangan pelajar

perempuan (18.0%) melebihi pelajar lelaki (16.6%). Majoriti adalah pelajar tingkatan 1(36.6%).

Pelajar melayu 131(98.5%) dan kaum lain 2(1.5%). 123 kes(92.5%) diklasifikasi sebagai kes URTI, 7

kes(5.3%) ILI manakala 3 kes(2.2%) Influenza A H1N1. Tanda-tanda klinikal utama seperti batuk

108(81.2%), selesema 106(79.7%), sakit kepala 64(48.1%), sakit tekak 55(41.4%), demam 44(33.1%),

muntah 5(3.8%) dan cirit birit 2(1.5%). Di asrama lelaki serangan paling tinggi di aras 1, 45(62.5%)

manakala aras 2 asrama perempuan paling tinggi 20(32.8%). 4(3%) kes dimasukkan ke wad untuk

rawatan lanjut manakala selebihnya, 129(97%) dipantau dan diberikan rawatan di bilik

pengasingan. 10(7.5%) diberikan rawatan ’tamiflu’. Sebanyak 7 sampel swab tekak diambil, 3

daripadanya positif Influenza A H1N1. Tindakan kawalan yang telah diambil termasuk pengesanan

kes melalui aktiviti saringan dan pemantauan berterusan, perbincangan dengan pihak pentadbiran

SMS-TMFP, pengasingan diri dan rawatan serta aktiviti pendidikan Kesihatan. Kesimpulan, wabak

bermula sebaik sahaja sesi persekolahan penggal kedua dan berpunca dari seorang pelajar Sabah.

Aktiviti kawalan yang efektif dan efisien berjaya mengawal wabak dari terus merebak.

ABSTRAK

Page 4: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

Virus dalam keluarga Orthomyxoviridae.

Berasal dari jenis virus yang menjangkiti populasi babi. Dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus, SIV).

Pada manusia, ianya dikelaskan kepada virus influenza A, B, dan C dimana ketiga-tiganya boleh menyebabkan berlakunya wabak :

Virus influenza A - penyebab yang paling biasa influenza bermusim (Seasonal Flu) dan penyakit mirip influenza (Influenza Like Illness). Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Virus influenza C (jarang).[1]

Strain baru Influenza A H1N1 dikesan di California pada 24 April, 2009 dimanakeputusan makmal menunjukkan gabungan gen manusia, burung dan babi.

Pada 11 Jun, 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistihar danmeningkatkan tahap amaran pandemik H1N1 ke tahap 6 seluruh dunia, iaitu yangpertama selepas kejadian Hong Kong Flu pada tahun 1968.[5]

PENGENALAN

INFLUENZA A H1N1

Page 5: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

Di Malaysia kes pertama dikesan pada 13 Mei, 2009 yang melibatkan seorang pelajaryang baru pulang dari Amerika Syarikat.

Kes terus meningkat dan beberapa kluster H1N1 dikesan berlaku di seluruhnegara dimana majoriti melibatkan institusi.

Kes pertama H1N1 di Kelantan dikesan di Daerah Kota Bharu yang melibatkanseorang pensyarah HUSM dan mempunyai sejarah pergerakan ke Indonesia.

PENGENALAN

INFLUENZA A H1N1

Tahun 2009 2010

Bil. Kes Dilaporkan 200 (391)* 125 (360)*

Bil. Kes Positif H1N1 98 42

Bil. Kematian 4 2

Bil. Kluster H1N1 40 (68)* 6 (91)*

Situasi Kejadian Kes Dan Kluster H1N1 Di Daerah Kota Bharu, 2009 – 2010

*( ) – Data seluruh negeri KelantanSumber : Unit Survelan, PKD Kota Bharu & JKNK

Page 6: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and

Prevention – CDC), simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza :

Demam

Batuk

Sakit kerongkong

Sengal tubuh

Sakit kepala

Seram sejuk

Kelesuan.

Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[3]

Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua.

PENGENALAN

TANDA DAN GEJALA

Page 7: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

Virus ini tersebar ke udara atau permukaan melalui titisan cecair pernafasanseseorang pesakit yang keluar apabila batuk atau bersin.

Seseorang akan dijangkiti samada melalui pernafasan atau sentuhan kepadapermukaan yang tercemar.

Masa pengeraman adalah beberapa jam hingga 3 hari

Tempoh jangkitan biasanya 1 hingga 5 hari dari tarikh mula mengalami gejala tetapidalam tempoh yang lebih lama di kalangan kanak-kanak sehingga 7 hari atau lebih.

Golongan berisiko tinggi :

Mereka yang berada dalam kumpulan yang ramai

Golongan kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun

Warga tua yang berumur melebihi 65 tahun,

Pesakit yang mengalami masalah asma, kegagalan organ, wanita hamil,diabetes dan penyakit kronik paru-paru juga mudah dijangkiti.

PENGENALAN

JANGKITAN

Page 8: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

Sekolah Asrama Penuh menerima pelajar dari seluruh negara.

12 km di Pusat Bandar Kota Bharu dan 5 km dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Bilangan terdedah : 990 orang

772 orang pelajar – Lelaki : 433, Perempuan : 339

218 kakitangan (74 orang guru, 111 orang kakitangan, 6 orang pengawal keselamatan swasta, 27orang pengendali kantin dan pengendali dapur asrama.

Pelajar Tingkatan 1 – 5 :

5 blok bangunan - 32 buah kelas.

3 blok asrama : 2 blok asrama putera, 1 blok asrama puteri

Kali terakhir kejadian kluster H1N1 di sekolah ini ialah pada 9 Ogos 2009 (16 pelajar –3 positif H1N1)

PENGENALAN

LATARBELAKANG SMS TG MUHAMAD FARIS PETRA

Page 9: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

27 Mac 2011 jam 5.00 petang - menerima notifikasi dari Unit Survelan, JKNKmengenai seorang pelajar perempuan dari tingkatan 3, Sekolah Menengah SainsTengku Muhammad Faris Petra yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana keranademam, batuk dan selesema dan didapati positif ujian swab tekak H1N1 yangdiambil pada 26 Mac 2011.

Siasatan terhadap pelajar berkenaan telah dijalankan dan mendapati beliau telahmenghadiri satu Kem Latihan St. John Ambulan Malaysia (SJAM) 2011 peringkatNegeri Kelantan di Tangok, Bachok yang bermula dari 24 Mac 2011 hingga 26 Mac2011.

Bilik Gerakan diaktifkan :

Pasukan RRT PKD Kota Bharu dan Pasukan Perubatan KK Pengkalan Chepa telahdigerakkan ke sekolah tersebut untuk mengenalpasti kehadiran kes-kes yangbaru di sana.

Pasukan Rapid Assesment Team (RAT) telah ditubuhkan bagi membuatpemantauan pelajar-pelajar sekolah lain yang menyertai Kem Latihan di Tangok,Bachok.

PENGENALAN

KRONOLOGI KEJADIAN

Page 10: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

Kajian diskriptif telah dijalankan melalui kaedah :

Penyiasatan kes di hospital.

Pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekolah melalui aktiviti saringan yang berterusan.

Temubual menggunakan borang soal selidik dan siasatan kes di lapangan

Penyiasatan makmal melalui pengambilan sampel tekak.

Data dianalisa menggunakan Microsoft Excell versi 2007.

Objektif kajian dijalankan adalah untuk :

Menentukan epidemiologi wabak mengikut masa, tempat dan orang yang terlibat.

Mengenalpasti punca dan faktor risiko berlakunya wabak.

Menentu dan melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan yang terbaiksupaya wabak terkawal dan tidak berulang.

METODOLOGI

JENIS DAN OBJEKTIF KAJIAN

Page 11: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

Kes-kes yang disaring telah diklasifikasikan sebagai kes ILI, H1N1, dan URTIberdasarkan definasi yang ditetapkan seperti berikut :

Influenza Like Illness (ILI) :

pelajar SMS-TMFP Kota Bharu yang mengalami demam kuat (suhu aural>38.0oC) DAN batuk DAN salah satu gejala sama ada sakit tekak, selsema ataumialgia dalam tempoh bermula 19 Mac 2011 hingga 7 April, 2011.

URTI

kes yang mempunyai simptom batuk dan salah satu gejala sama ada sakittekak, selsema atau mialgia dan tidak semestinya mempunyai demam yangtidak melebihi 38.0oC dalam tempoh bermula 19 Mac 2011 hingga 7 April,2011.

Influenza A H1N1

apabila kes yang mempunyai simptom ILI atau URTI dan swab tekaknya positifuntuk Influenza A H1N1.

METODOLOGI

DEFINASI

Page 12: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KEPUTUSAN

VERIFIKASI

Bil SEKOLAH

JUMLAH KESELURUHAN

PESERTA /GURU PENGIRING

MENGHADIRI KEM

JUMLAH DISARINGMEMPUNYAI GEJALA

ILI / URTI

HADIR KEMTIDAK

HADIR KEMHADIR

KEMTIDAK

HADIR KEM

1 SMK Pintu Geng. Kota Bharu 7 7 7 0 0

2 SMK Kota. Kota Bharu 13 13 13 0 0

3 SMK Kubang Kerian 1. Kota Bharu 13 13 13 0 0

4 SMJK (C) Chung Cheng. Kota Bharu 22 22 22 0 0

5 SMK Dato Ahmad Maher. Kota Bharu 29 29 29 0 0

6 MRSM Pengkalan Chepa. Kota Bharu 36 36 43 3 (URTI) 0

7 SMS Tg Mohd Faris Petra 22 22 270 5 140

Page 13: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

0

5

10

15

20

25

30

27

-Feb

28

-Feb

1-M

ar2

-Mar

3-M

ar4

-Mar

5-M

ar6

-Mar

7-M

ar8

-Mar

9-M

ar1

0-M

ar1

1-M

ar1

2-M

ar1

3-M

ar1

4-M

ar1

5-M

ar1

6-M

ar1

7-M

ar1

8-M

ar1

9-M

ar2

0-M

ar2

1-M

ar2

2-M

ar2

3-M

ar2

4-M

ar2

5-M

ar2

6-M

ar2

7-M

ar2

8-M

ar2

9-M

ar3

0-M

ar3

1-M

ar1

-Ap

r2

-Ap

r3

-Ap

r4

-Ap

r5

-Ap

r6

-Ap

r7

-Ap

r8

-Ap

r9

-Ap

r1

0-A

pr

11

-Ap

r1

2-A

pr

13

-Ap

r1

4-A

pr

15

-Ap

r1

6-A

pr

17

-Ap

r1

8-A

pr

19

-Ap

r2

0-A

pr

21

-Ap

r2

2-A

pr

23

-Ap

r2

4-A

pr

Bil

an

ga

n K

es

Tarikh Onset

URTI

ILI

H1N1

Tidak dapat dikaitkan dengan

Episod wabak

Tidak dapat dikaitkan dengan Episod

wabak

3 k

es

-2 p

ela

jar

+ g

uru

: KEPUTUSAN

KELUK EPIDEMIOLOGI

Gur

u : Rom

bong

an

keBang

kok

Thaila

nd (

12 –

16 M

ac)

Sw

ab teka

kdia

mbil

pada

31 M

ac

--v

e

Fenomena biasa : berdasarkan kepada

situasi semasa kehadiran pesakit di

KK Pengkalan Chepa

Definasi Kes

Page 14: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KEPUTUSAN

KELUK EPIDEMIOLOGI

0

5

10

15

20

25

30

27

-Feb

28

-Feb

1-M

ar2

-Mar

3-M

ar4

-Mar

5-M

ar6

-Mar

7-M

ar8

-Mar

9-M

ar1

0-M

ar1

1-M

ar1

2-M

ar1

3-M

ar1

4-M

ar1

5-M

ar1

6-M

ar1

7-M

ar1

8-M

ar1

9-M

ar2

0-M

ar2

1-M

ar2

2-M

ar2

3-M

ar2

4-M

ar2

5-M

ar2

6-M

ar2

7-M

ar2

8-M

ar2

9-M

ar3

0-M

ar3

1-M

ar1

-Ap

r2

-Ap

r3

-Ap

r4

-Ap

r5

-Ap

r6

-Ap

r7

-Ap

r8

-Ap

r9

-Ap

r1

0-A

pr

11

-Ap

r1

2-A

pr

13

-Ap

r1

4-A

pr

15

-Ap

r1

6-A

pr

17

-Ap

r1

8-A

pr

19

-Ap

r2

0-A

pr

21

-Ap

r2

2-A

pr

23

-Ap

r2

4-A

pr

Bil

an

ga

n K

es

Tarikh Onset

URTI

ILI

H1N1

Notifikasi diterima 5.00pm. Sisatan dan kawalan dimulakan

Ke

mL

ati

ha

nS

t. J

oh

n,

Ta

ng

ok

, Ba

cho

k

Cu

tiP

en

gg

al

Pe

rta

ma

Pe

rse

ko

loh

an

Pe

laja

rd

ari

Sa

ba

h

Ke

ste

rak

hir

ILI

: u

jia

nm

ak

ma

l-v

e

Ta

ma

t

14 hari

Ke

sU

RT

I : +

ve

H1

N1

Page 15: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KEPUTUSAN

SOSIODEMOGRAFI DAN CIRI KLINIKAL

133 pelajar(Kadar serangan di kalangan pelajar : 17%)

Pelajar perempuan : 18%Pelajar lelaki : 17%

PCD1

(1%)

ACD132

(99%)

Cara Pengesanan Kes

Page 16: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KEPUTUSAN

TANDA-TANDA KLINIKAL DAN GEJALA

Page 17: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

ANALISA DATA

PEREBAKAN DI KELAS

Tingkatan 1 :37% kadar serangan

Tingkatan 2 :21% kadar serangan

Tingkatan 3 :15% kadar serangan

Tingkatan 4 :8% kadar serangan

Tingkatan 5 :8% kadar serangan

KelasBilangan

Pelajar

Bilangan

Kes

Kadar

Serangan1D 30 15 50.0%2L 30 12 40.0%1G 30 11 36.7%1B 30 10 33.3%1L 25 8 32.0%1A 30 9 30.0%2D 30 9 30.0%3L 28 7 25.0%4B 26 5 19.2%3A 29 5 17.2%5L 32 5 15.6%2A 30 4 13.3%2G 30 4 13.3%3B 30 4 13.3%4L 24 3 12.5%5D 24 3 12.5%3G 28 3 10.7%3D 29 3 10.3%2B 30 3 10.0%5A 20 2 10.0%4K 32 3 9.4%5G 25 2 8.0%4D 28 1 3.6%4G 29 1 3.4%5B 31 1 3.2%4A 30 0 0.0%5K 32 0 0.0%

Jumlah 772 133 17.2%

Page 18: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

ANALISA DATA

PEREBAKAN DI ASRAMA LELAKI

TingkatBilik Asrama Lelaki

JumlahPenghuni

Bilangan KesKadar

SeranganCatatan

Aras 1 122 8 7%

Aras 2 169 19 9%

Aras 3 142 45 32% Pelajar Tingkatan 1 & 2

Jumlah 433 72 17%

Page 19: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

ANALISA DATA

PEREBAKAN DI ASRAMA PEREMPUAN

TingkatanBilik Asrama Perempuan

JumlahPenghuni

BilanganKes

Kadar Serangan

Catatan

Aras Bawah 70 12 17%

Aras 1 69 17 25% Menempatkan kes indeks

Aras 2 98 20 20%

Aras 3 102 12 12%

Jumlah 339 61 18%

Page 20: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KEPUTUSAN

RAWATAN

Kriteria Kes Isolasi In-patient Jumlah

Upper Respirotry Track Infection (URTI) 121 2*** 123

Influenza Like Illness (ILI) 7 0 7*

Influenza A H1N1 1** 2 3*

Jumlah 129 4 133

* 10 kes (7 simptom ILI, 3 H1N1) – dirujuk kepada pakar perubatan dan diberikan rawatan‘tamiflu’

** Peserta kem – menjalani isolasi di rumah setelah dirujuk ke HRPZII – permintaan ahli keluarga– dipantau perkembangan kesihatan setiap hari oleh Assesment team.

** * Kes URTI yang pada awalnya menjalani isolasi di asrama, dimasukkan ke wad atas permintaankeluarga

Page 21: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KEPUTUSAN

SIASATAN MAKMAL

Kriteria Kes Bil.swab tekak Positif H1N1

Upper Respirotry Track Infection (URTI) 3 1

Influenza Like Illness (ILI) 4 2

Jumlah 7 3

Page 22: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KEPUTUSAN

TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL

Pengesanan kes secara aktif.

AKTIVITI SARINGAN PERINGKAT PERTAMA

Semua pelajar / guru / kakitangan : 990 orang

PEMERIKSAAN LANJUT

292 orang dibuat pemeriksaan

143 pelajar(51 perempuan, 92 lelaki)

menjalani isolasi

Page 23: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KEPUTUSAN

TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL

Pengasingan diri dan rawatan

Terdapat 5 bilik pengasingan (3 di asrama lelaki dan 2 di asrama perempuan)

Zon kuning dan merah mengikut tahap keterukan pelajar.

Pemantauan tahap kesihatan pelajar setiap hari oleh Pasukan PerubatanJika perlu, dirujuk kepada Pakar Perubatan untuk pemeriksaan lanjut.Pelajar yang didapati benar-benar sihat dibenarkan keluar.

Page 24: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KEPUTUSAN

TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL

Perbincangan dengan pihak pentadbiran SMS-TMFPPerbincangan dengan pihak SMS-TMFP telah dibuat pada 27 Mac 2011. Penjelasan mengenaipengurusan ILI diperingkat pelajar dan kakitangan sekolah untuk memastikan tiadaperebakan seterusnya berlaku dikalangan pelajar sekolah dan kakitangan.

Pendidikan KesihatanMaklumat mengenai H1N1 dan langkah-langkah pencegahan. nasihat kuarantin-kendiri,pengurangan pergaulan (social distancing), etika batuk, basuh tangan, pemakaian penutupmulut serta gejala dan tanda-tanda.

Risalah pencegahan, etika batuk, kaedah basuh tangan dan tanda-tanda bahaya ILI telahdiedarkan kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

Pelajar yang diasingkan di bilik pengasingan diberikan nasihat mengenai penilaian tahapkesihatannya dengan menggunakan Panduan Penilaian kesihatan diri dan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil ketika pengasingan di asrama. Mereka diarah untukmemaklumkan dan menjalani pemeriksaan lanjut sekiranya mereka mempunyai tanda-tandaseperti dalam panduan penilaian kesihatan diri.

Page 25: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

PERBINCANGAN

PENENTUAN PUNCA JANGKITAN

Wabak berlaku hanya di kalangan pelajar Sekolah Menengah Sains TengkuMuhammad Faris Petra bermula seawal sesi penggal kedua persekolahanberdasarkan :

Tiada kejadian kluster H1N1 / ILI di kalangan pelajar di sekolah lain yangmenyertai kem.

Keputusan ujian swab tekak yang diambil dari salah seorang guru yangmempunyai sejarah pergerakan ke Thailand dan mempunyai simptom URTIdidapati negatif.

Kumpulan Kes Bukan Kes Jumlah

Lawatan ke Thailand 0 16 16

Peserta Kem 5 17 22

Pelajar lain 128 622 750

Page 26: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

PERBINCANGAN

PEREBAKAN

Kes Indeks dalam episod wabak ini merupakan seorang pelajar perempuantingkatan 1 Delta yang berasal dari Sabah.

Mengalami simptom selesema, batuk dan sakit tekak bermula pada 19 Mac, 2011iaitu semasa dalam penerbangan pulang dari Sabah ke Kota Bharu setelahmenghabiskan cuti persekolahan penggal pertama.

Semua 5 orang ahli keluarga yang lain didapati tidak mengalami simptom.

Perebakan berlaku di kalangan pelajar yang mempunyai hubungan rapat dengan kesindek iaitu di kelas dan aras bilik yang yang asrama.

Page 27: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

PERBINCANGAN

LIMITASI & CABARAN

Kesesakan Bilik PengasinganPada peringkat awal, didapati terlalu ramai pelajar yang perlu diasingkan. Berlaku kecicirandan pertimbangan yang longgar untuk menentukan status kesihatan pelajar yang perludiletakkan di bilik pengasingan.

Lokasi Bilik Pengasingan Bilik pengasingan pelajar lelaki dan perempuan terletak di tingkat bawah blok bangunan asrama yang menjadi laluan utama keluar masuk pelajar mewujudkan risiko jangkitan kepada pelajar lain.

Penyiasatan MakmalSampel terhad – gagal untuk menentukan kejadian sebenar wabakKelewatan (7 hari selepas onset) - swab tekak kes indeks yang diambil memberikan keputusan yang meragukan dan tidak dapat dijadikan fakta.

Kekangan ibubapa mengenai rawatan pelajarCabaran paling besar yang dihadapi adalah rungutan daripada ibubapa mengenai perkembangan kesihatan dan rawatan yang diterima oleh pelajar semasa tempoh pengasingan. Terdapat ibubapa yang memohon untuk membawa pulang anak mereka bagi mendapatkan rawatan yang sempurna.

Page 28: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

KESIMPULAN

Kluster H1N1 ini bermula sebaik sahaja sesi persekolahan penggal kedua bermula.

Ianya berpunca daripada salah seorang pelajar tingkatan 1 Delta yang mengalamisimptom selesema, batuk dan sakit tekak semasa penerbangan pulang dari Sabah keKota Bharu.

Merebak di kalangan pelajar semasa mereka menjalani aktiviti harian samada dikelas ataupun asrama.

Tidak melibatkan guru dan kakitangan sekolah atau kumpulan berisiko tinggi yanglain.

Tiada kaitan dengan aktiviti Kem Latihan SJAM di Tangok, Bachok yang disertaipelajar sebelum ini.

Tindakan segera dapat mengawal wabak dari terus merebak.

Page 29: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

PENGHARGAAN

Unit Survelan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Pengetua, Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) SM Sains Tg Muhammad Faris Petra, Penyelia Asrama, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra,Pakar Perubatan Klinik Kesihatan Pengakalan Chepa, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kedai Lalat, Pasukan Perubatan KK Pengakalan Chepa, Pasukan Perubatan KK Kedai Lalat dan Anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu

Di atas segala bantuan, khidmat nasihat, panduan dan kerjasama yang baik yang diberikan di dalam usaha mengawal wabak ini.

Page 30: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

RUJUKAN

*1: Heinen PP (15 September 2003). "Swine influenza: a zoonosis". Veterinary Sciences Tomorrow. ISSN 1569-0830

*2: "CDC". http://www.cdc.gov/flu/weekly/

*3. "Swine Flu and You". CDC. 2009-04-26. http://www.cdc.gov/swineflu/swineflu_you.htm. 26 April, 2009

*4. "WHO | Influenza A(H1N1) - update 19". Who.int. 2009-05-07. http://www.who.int/csr/don/2009_05_07/en/index.html. Retrieved 2010-10-16

*5. Blippitt (2009-06-11). "H1N1 Pandemic – It's Official". N/A. http://www.blippitt.com/h1n1-pandemic-official.

*6. "WHO | Pandemic (H1N1) 2009 - update 103". Who.int. http://www.who.int/csr/don/2010_06_04/en/index.html. Retrieved 2010-10-16

*7. Unit Survelan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Page 31: WABAK H1N1 DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH …

SEKIAN TERIMA KASIH