wabak covid-19 diperketatkan semula a. perkhidmatan

20
NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa 1 - 20 Soalan-Soalan Lazim mengenai perkhidmatan-perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) semasa langkah-langkah pengawalan dari jangkitan wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan Kaunter Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sejak langkah-langkah pengawalan dari jangkitan wabak COVID-19 diperketatkan semula 1. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan JPD yang boleh dibuat sejak 9 Ogos 2021? Merujuk Kenyataan Media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) pada 9 Ogos 2021 dan selaras dengan usaha bagi membendung jangkitan wabak COVID-19 di Negara ini, semua kaunter perkhidmatan JPD di kesemua cawangan JPD kecuali di pos-pos kawalan adalah ditutup sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Walau bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services) iaitu permohonan membaharui Lesen Kenderaan (VL), Lesen Memandu (DL) dan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara (PKDLN) masih diteruskan melalui kaedah dalam talian (online) dan Talian Darussalam, TD123. Bermula 23 Ogos 2021, perkhidmatan Pendaftaran Kenderaan mula dilaksanakan semula mengikut tatacara yang dipersetujui antara JPD dan Persatuan Peniaga Automobil Brunei (BATA). Pada 14 September 2021, JPD juga telah mula memberikan perkhidmatan ujian bertulis Highway Code dikendalikan secara atas talian. Seterusnya, pada 21 September 2021, perkhidmatan pendaftaran kenderaan terpakai tempatan dan urusan tukar milik kenderaan juga telah dibukakan semula. Sementara itu bermula, 20 Oktober 2021, JPD telah membukakan semula perkhidmatan-perkhidmatan yang ditangguhkan dengan perkhidmatan Drop melalui kaedah pandu lalu dan sistem tempahan melalui aplikasi Que-Up seperti: § Gantong, Penahanan Bilangan Pendaftaran Kenderaan (Holding), Serah Bilangan Pendaftaran Kenderaan dan Kondem; § Tukar Milik, Pinjaman (Loan) dan Menamatkan Pinjaman Kenderaan (Ceassed Load); § Tiada Penggunaan (Non-Used); § Tawaran Tertutup (Closed Tender) Tanda Pengenalan (Bilangan Pendaftaran) Kenderaan Khas; § Perlesenan Kenderaan Komersial dan Pengangkutan Awam dan Permit Kenderaan Lintas Batas; § Kenderaan Kerajaan (BG);

Upload: others

Post on 26-Nov-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

1 - 20

Soalan-Soalan Lazim mengenai perkhidmatan-perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) semasa langkah-langkah pengawalan dari jangkitan

wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan Kaunter Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sejak

langkah-langkah pengawalan dari jangkitan wabak COVID-19 diperketatkan semula

1. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan JPD yang boleh dibuat sejak 9

Ogos 2021?

Merujuk Kenyataan Media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) pada 9 Ogos 2021 dan selaras dengan usaha bagi membendung jangkitan wabak COVID-19 di Negara ini, semua kaunter perkhidmatan JPD di kesemua cawangan JPD kecuali di pos-pos kawalan adalah ditutup sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Walau bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services) iaitu permohonan membaharui Lesen Kenderaan (VL), Lesen Memandu (DL) dan Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara (PKDLN) masih diteruskan melalui kaedah dalam talian (online) dan Talian Darussalam, TD123. Bermula 23 Ogos 2021, perkhidmatan Pendaftaran Kenderaan mula dilaksanakan semula mengikut tatacara yang dipersetujui antara JPD dan Persatuan Peniaga Automobil Brunei (BATA). Pada 14 September 2021, JPD juga telah mula memberikan perkhidmatan ujian bertulis Highway Code dikendalikan secara atas talian. Seterusnya, pada 21 September 2021, perkhidmatan pendaftaran kenderaan terpakai tempatan dan urusan tukar milik kenderaan juga telah dibukakan semula. Sementara itu bermula, 20 Oktober 2021, JPD telah membukakan semula perkhidmatan-perkhidmatan yang ditangguhkan dengan perkhidmatan Drop melalui kaedah pandu lalu dan sistem tempahan melalui aplikasi Que-Up seperti:

§ Gantong, Penahanan Bilangan Pendaftaran Kenderaan (Holding), Serah Bilangan Pendaftaran Kenderaan dan Kondem;

§ Tukar Milik, Pinjaman (Loan) dan Menamatkan Pinjaman Kenderaan (Ceassed Load);

§ Tiada Penggunaan (Non-Used); § Tawaran Tertutup (Closed Tender) Tanda Pengenalan (Bilangan

Pendaftaran) Kenderaan Khas; § Perlesenan Kenderaan Komersial dan Pengangkutan Awam dan Permit

Kenderaan Lintas Batas; § Kenderaan Kerajaan (BG);

Page 2: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

2 - 20

Orang ramai yang ingin memohon perkhidmatan-perkhidmatan tersebut hendaklah mendapatkan borang-borang di laman sesawang www.jpd.gov.bn dan klik icon “DOWNLOAD FORMS”. Untuk garispanduan orang ramai mengenai dengan perkhidmatan Drop melalui kaedah pandu lalu, dikongsikan pautan video di laman sesawang www.jpd.gov.bn/pandulalu.

B. Permohonan membaharui Lesen Kenderaan (Vehicle License, VL) & Lesen Memandu (Driving License, DL)

2. Bagaimana untuk membaharui VL dan DL semasa kaunter JPD

ditutup bagi kunjungan orang ramai semasa COVID-19?

Perkhidmatan membaharui VL dan DL boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:

(i) Permohonan online melalui aplikasi mudah alih TransportBN atau

portal rasmi e-Darussalam (www.gov.bn); atau (ii) Menghubungi TD 123 di talian 123 atau Whatsapp TD123 di talian

+673 8333123 atau emel TD123 di alamat: [email protected].

Panduan infografik mengenai tatacara membaharui VL dan DL menggunakan kaedah-kaedah di atas boleh didapati melalui Instagram JPD: jpdbrunei.

3. Bagaimana membuat pembayaran bagi permohonan DL dan VL?

Pemohon yang membaharui VL atau DL melalui melalui TransportBN atau portal rasmi e-Darussalam boleh membuat pembayaran terus secara online menggunakan kad kredit atau kad debit dengan menekan butang “Make Online Payment”, manakala bagi pemohonan melalui TD123 boleh membuat pembayaran melalui aplikasi mudah alih BIBD Mobile. Panduan infografik mengenai tatacara pembayaran melalui aplikasi BIBD Mobile boleh didapati melalui Instagram JPD: jpdbrunei (https://www.instagram.com/p/CShQTB-hdTg/?utm_medium=copy_link)

4. Pembayaran melalui TransportBN atau e-Darussalam tidak berjaya.

Antara punca-punca pembayaran online melalui TransportBN atau e-Darussalam tidak berjaya adalah seperti berikut:

(i) Fungsi transaksi (pembayaran) menggunakan kad kredit atau kad

debit secara online belum diaktifkan; (ii) Baki dalam kad kredit atau kad debit tidak mencukupi; dan

Page 3: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

3 - 20

(iii) Jika berlaku “internet connection down atau lagging” yang menyebabkan transaksi pembayaran tidak dapat diteruskan atau tidak berjaya.

Bagi mengaktifkan fungsi transaksi online, awda boleh menghubungi Bank awda atau mengaktifkan melalui aplikasi mudah alih BIBD Mobile seperti berikut:

Langkah 1: Log masuk BIBD Mobile Langkah 2: Tekan ‘account services’ Langkah 3: Tekan ‘Debit Card’ Langkah 4: Tekan ‘Card Management’

Jika awda mengalami pembayaran online tidak berjaya, awda boleh mencuba semula tanpa perlu membuat permohonan semula dari awal melalui portal rasmi e-darussalam melalui pautan berikut: https://www.gov.bn/Lists/Service/NewDisplay.aspx?ID=23

5. Bagaimana mengambil pelekat VL dan kad DL yang telah siap diproses?

Pemohon yang membaharui melalui ketiga-tiga kaedah di atas boleh memilih untuk penghantaran pelekat VL dan kad DL yang siap dibaharui menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan bayaran $3.00 sahaja.

Bagi pemohon yang tidak memilih perkhidmatan penghantaran menggunakan Pos Laju akan dihubungi untuk mengambil pelekat VL atau kad DL yang siap dibaharui dari kaunter-kaunter Pejabat Pos yang tertentu mulai tarikh yang dimaklumkan. Walaubagaimanapun, merujuk Sidang Media pada 7 Oktober 2021, pelekat VL dan kad DL tidak lagi dikeluarkan oleh JPD bermula permohonan bertarikh

Page 4: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

4 - 20

pada 8 Oktober 2021, ini digantikan dengan pesanan ringkas SMS yang dihantar kepada nombor telepon bimbit pemilik atau pemohon. Manakala, permohonan sebelum tarikh 8 Oktober 2021 masih menerima pelekat VL dan kad DL seperti lazimnya melalui penghantaran Poslaju atau mengambil di cawangan Pejabat Pos yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.

6. Selepas selesai membaharui DL/VL melalui TransportBN, saya telah diberikan notifikasi emel bahawa pelekat VL/ kad DL yang siap akan dihantar tetapi ke alamat yang salah (contohnya alamat kediaman lama)

Sila hubungi JPD di talian 2451980, 2451982 dan 2451984 semasa waktu pejabat atau emel kepada [email protected], atau hubungi TD123 untuk bantuan atau maklumat lanjut.

Bagi memastikan alamat adalah betul, semasa membuat permohonan melalui TransportBN/ e-darussalam, Pemohon digalakkan untuk memilih opsyen ‘By Postal’ dan seterusnya mengisikan ‘mailing address’.

7. Berapa lamakah permohonan membaharui VL dan DL melalui online atau TD123 akan siap diproses?

Bermula 8 Oktober 2021, semua permohonan membaharui VL dan DL melalui perkhidmatan online melalui portal GOVBN dan aplikasi TransportBN akan diproses sekurang-kurangnya 1 hingga 2 hari waktu bekerja dan tertakluk pada pembayaran permohonan berjaya diterima pada hari tersebut. Permohonan yang diluluskan akan menerima pesanan ringkas, SMS keesokkan hari sebagai ganti pelekat lesen kenderaan atau kad lesen memandu yang sah. Sementara itu, permohonan membaharui VL dan DL melalui Talian Darussalam 123 dan pembayaran melalui BIBD Online akan diproses sekurang-kurangnya 5 hingga 7 hari waktu bekerja dan tertakluk pada pembayaran permohonan berjaya diterima yang dinyatakan dalam penyata bank BIBD. Seperti dengan permohonan melalui perkhidmatan online, pesanan ringkas, SMS akan dihantar keesokkan hari setelah permohonan diluluskan. Dimaklumkan kepada orang ramai, SMS adalah sebagai lesen kenderaan atau lesen memandu yang sah pada ketika ini bermula 8 Oktober 2021. JPD tidak mengeluarkan fizikal pelekat lesen kenderaan atau kad lesen memandu bagi perkhidmatan pembaharuan lesen kenderaan dan lesen memandu ketika ini.

Page 5: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

5 - 20

8. Jam operasi perkhidmatan bagi permohonan membaharui VL dan DL melalui TD123?

Orang ramai boleh membuat permohonan membaharui DL dan VL melalui TD123 pada bila-bila masa setiap hari.

9. Bolehkah membaharui DL/VL melalui online atau TD123 bagi kenderaan yang disenarai hitam (blacklisted) seperti pemilik kenderaan yang belum membayar kompaun bagi kesalahan lalulintas jalan raya?

Pemilik kenderaan hendaklah melunaskan dahulu bayaran kompaun untuk dikeluarkan dari senarai hitam sebelum dapat membuat permohonan membaharui DL/ VL. Pemohon boleh menghubungi talian JPD iaitu 2451980 atau 2451982 atau 2451984 semasa waktu pejabat atau emel kepada [email protected], atau hubungi TD123 untuk maklumat lanjut.

10. Adakah dikenakan caj tambahan bagi membaharui VL atau DL yang telah mansuh?

Bayaran lewat membaharui akan dikenakan iaitu bagi VL yang mansuh lebih dari 30 hari, dan bagi DL yang mansuh lebih dari 60 hari.

11. Apa kedudukan saya sekiranya VL atau DL saya mansuh sedangkan belum sempat menghadapkan permohonan atau sudah menghadapkan permohonan pembaharuan tetapi belum menerima VL atau DL?

Pihak penguatkuasa undang-undang dan peraturan lalulintas jalan raya sama ada JPD atau Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran untuk tidak mengenakan denda kompaun sekiranya didapati semasa memandu tanpa VL atau DL, Pemandu dapat menunjukkan bukti telah membuat permohonan atau pembayaran.

B.1 Perkara-perkara berkaitan dengan pembaharuan Lesen Kenderaan

(VL)

12. Kesilapan membuat tempoh membaharui VL semasa memohon melalui TransportBN atau e-Darussalam.

Sila hubungi JPD di talian 2451980, 2451982 dan 2451984 semasa waktu pejabat atau emel kepada [email protected], atau hubungi TD123.

Page 6: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

6 - 20

13. Adakah saya perlu menyerahkan Buku/ Kad Pendaftaran Kenderaan

untuk membaharui VL saya?

Tidak perlu. Pelekat VL yang siap dibaharui akan diserahkan kepada Pemohon (sama ada melalui Pos Laju atau kaunter Pejabat Pos) bersama pelekat tambahan untuk dilekatkan ke dalam Buku/ Kad Pendaftaran Kenderaan. Permohonan sebelum 8 Oktober 2021 sahaja dikeluarkan pelekat VL dan kad DL serta diserahkan mengikut pilihan penghantaran Poslaju atau pengambilan di cawangan Pejabat Pos yang ditetapkan.

14. Adakah saya perlu menyerahkan Sijil Kelayakkan Kenderaan bagi membaharui VL kenderaan persendirian berumur 7 tahun dan ke atas dan kenderaan komersial/ pengangkutan awam?

Tidak perlu. Stesen Pemeriksaan Kenderaan (VIS) adalah dikehendaki untuk menghantar kepada JPD melalui email [email protected] setiap keputusan pemeriksaan kelayakkan kenderaan.

15. Bolehkah membaharui VL melalui panggilan ke TD123 bagi kenderaan lebih dari 7 tahun dan ke atas atau kenderaan komersial/ pengangkutan awam?

Boleh. Seperti lazimnya, sebelum membaharui VL pastikan kenderaan dilindungi insuran/ takaful kenderaan yang sah, lulus pemeriksaan kelayakan kenderaan, dan mempunyai Sijil Kelayakkan serta Lesen (Permit) Kenderaan Francais dan Pengangkutan Awam (KFPA) yang sah bagi kenderaan komersial/ pengangkutan awam.

16. Bolehkah membaharui VL bagi kenderaan komersial jika Lesen KFPA (Permit) telah mansuh?

Merujuk Kenyataan Media MTIC pada 9 Ogos 2021, Lesen/ Permit kenderaan yang mansuh khususnya tidak melebihi 3 bulan sebelum tarikh 9 Ogos 2021 adalah disambung secara sementara sehingga kaunter perkhidmatan Pelesenen Kenderaan Komersial dan Pengangkutan Awam (PKKPA) Jabatan ini dibuka semula pada suatu tarikh yang dimaklumkan kemudian. VL bagi kenderaan-kenderaan ini boleh dibaharui melalui aplikasi mudah alih TransportBN, portal e-Darussalam atau TD123. Walaubagaimanapun, merujuk Sidang Media bertarikh 7 Oktober 2021, penyambungan sementara yang dimaksudkan di atas dengan ini dimansuhkan pada 20 Oktober 2021. Mana-mana kenderaan yang telah

Page 7: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

7 - 20

mansuh Lesen/ Permit kenderaannya bermula tarikh tersebut iaitu 20 Oktober 2021 hendaklah diperbaharui seperti lazimnya dengan melengkapkan borang permohonannya di laman sesawang www.jpd.gov dan klik ikon “DOWNLOAD FORMS”. Pemohon hendaklah membuat pembayaran menggunakan “BIBD Online Payment” beserta bayaran penghantaran EMS Poslaju $3.00 bagi dalam daerah sama atau $4.00 bagi antara daerah. Penghantaran bagi permohonan ini hendaklah menggunakan perkhidmatan Drop dengan kaedah pandu lalu dengan membuat sistem tempahan melalui aplikasi Que-Up terlebih dahulu. Pemohon akan diberikan slot tempahan untuk membuat penghantaran. Permohonan yang berjaya akan dihantar melalui perkhidmatan EMS Poslaju. Keterangan lanjut mengenai perkhidmatan Drop melalui kaedah pandu lalu, layari laman sesawang www.jpd.gov.bn/pandulalu.

17. Bagaimana membaharui VL bagi kenderaan agensi-agensi Kerajaan?

Agensi-agensi Kerajaan hendaklah menghadapkan permohonan melalui persuratan rasmi atau memorandum seperti kelazimannya dan emel kepada [email protected]. Bermula 20 Oktober 2021, perkhidmatan membaharui VL bagi kenderaan agensi-agensi kerajaan hendaklah melalui sistem tempahan melalui aplikasi Que-UP. JPD tidak akan menghubungi pemohon untuk sebarang perjanjian seperti sebelumnya. Pemohon hendaklah mematuhi SOP perkhidmatan pandu lalu bagi pemeriksaan kenderaan kerajaan bertempat di lorong 2, bangunan Ibu Pejabat JPD Gadong.

18. Bolehkah membaharui VL melalui panggilan ke TD123 bagi kenderaan status Tiada Penggunaan (Non-Used)?

Pemohon perlu menukar status kenderaan menjadi aktif terlebih dahulu bagi membolehkan untuk membuat permohonan membaharui VL. Pemohon hendaklah membuat sistem tempahan melalui aplikasi Que-Up bermula 20 Oktober 2021. Borang permohonan bagi perkhidmatan ini boleh dimuat-turun di laman sesawang www.jpd.gov.bn dengan klik ikon “DOWNLOAD FORMS”. Pemohon hendaklah juga membuat pembayaran bagi permohonan perkhidmatan ini terlebih dahulu dengan menggunakan BIBD Online Payment. Pemohon hendaklah menghantar permohonan berkenaan melalui perkhidmatan Drop dengan kaedah pandu lalu mengikut slot tempahan yang diberikan.

Page 8: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

8 - 20

19. Bolehkah membaharui VL melalui panggilan ke TD123 tanpa membuat perlindungan insuran/takaful?

Kenderaan perlu dilindungi dengan insuran atau takaful kenderaan bermotor yang sah sebelum VL boleh dibaharui. Menurut Akta Insurans Kenderaan Bermotor (Risiko Pihak Ketiga), Penggal 90 dan Akta serta Peraturan Lalulintas Jalan Raya, Penggal 68, adalah menjadi kesalahan bagi kenderaan yang dipandu di atas jalan raya tanpa mempunyai perlindungan insurans/ takaful kenderaan bermotor yang sah. Insurans atau takaful kenderaan bertujuan untuk memberikan perlindungan bagi kerosakan/ kerugian harta benda, kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya/ kecurian/ kebakaran (tertakluk kepada polisi/ pelan masing-masing).

B.2 Perkara-perkara berkaitan dengan pembaharuan Lesen Memandu (DL)

20. Bolehkah membaharui DL kelas 6 atau 12 melalui aplikasi mudah alih

TransportBN atau portal e-Darussalam?

Permohonan membaharui DL melalui aplikasi mudah alih TransportBN atau portal e-Darussalam adalah hanya bagi DL kelas 1 dan 3 sahaja. Bagi kelas lain selain 1 dan 3 bolehlah membuat permohonan dengan menghubungi TD123 di talian 123 atau Whatsapp TD123 di talian +673 8333123 atau emel TD123 di alamat: [email protected].

21. Bagaimana membuat permohonan membaharui DL bagi warga asing dan warga emas?

Permohonanan boleh dibuat dengan menghubungi TD123 di talian 123 atau Whatsapp TD123 di talian +673 8333123 atau emel TD123 di alamat: [email protected].

22. Di mana untuk membuat ujian kesihatan (medical check) bagi permohonan membaharui DL bagi kelas 6 atau 12? Pemohon bolehlah membuat ujian kesihatan di klinik-klinik swasta. Borang F bagi perkara ini boleh didapatkan di Laman Sesawang JPD (www.jpd.gov.bn).

B.3 Perkhidmatan pesanan ringkas, SMS yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD, MTIC)

23. Pada 25 Ogos 2021, SMS diperkenalkan bagi memaklumkan kepada pemilik

atau pemohon yang membaharui lesen kenderaan atau lesen memandu telah siap.

Page 9: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

9 - 20

Bermula 8 Oktober 2021, SMS adalah digunapakai sebagai lesen kenderaan atau lesen memandu yang sah. Tempoh SMS yang akan diterima oleh pemilik atau pemohon mengikut saluran perkhidmatan yang digunakan iaitu:

§ 7 hari waktu bekerjja bagi permohonan melalui portal GOV.BN atau aplikasi TransportBN;

§ 14 hari waktu bekerja bagi permohonan melalui Talian Darussalam 123;

Sebelum 8 Oktober 2021, semua permohonan bagi membaharui lesen kenderaan atau lesen memandu akan menerima:

§ fizikal pelekat lesen kenderaan atau kad lesen memandu mengikut pilihan penghantaran EMS Poslaju atau pengambilan di cawangan Pejabat Pos yang ditetapkan dalam tempoh 14 hingga 21 hari waktu bekerja;

§ SMS lesen kenderaan atau lesen memandu dalam tempoh 14 hingga 21 hari waktu bekerja.

24. Sementara itu, JPD juga akan menghantar SMS kepada pemohon atau pemilik kenderaan bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut dalam tempoh 14 hari waktu bekerja:

§ Pendaftaraan Kenderaan Baru; § Gantong, Penahanan Bilangan Pendaftaran Kenderaan (Holding),

Serah Bilangan Pendaftaran Kenderaan dan Kondem; § Tukar Milik, Pinjaman (Loan) dan Menamatkan Pinjaman Kenderaan

(Ceased Loan); § Tiada Penggunaan (Non-Used) § Tawaran Tertutup (Closed Tender) Tanda Pengenalan (Bilangan

Pendaftaran) Kenderaan Khas, § Pelesenan Kenderaan Komersial dan Pengangkutan Awam dan Pemit

Kenderaan Lintas Batas; § Kenderaan Kerajaan (BG);

25. Orang ramai dikehendaki untuk mengemasikini maklumat nombor talian telefon bimbit bagi memudahkan JPD menghantar SMS kepada pemilik atau pemohon bagi perkhidmatan-perkhidmatan JPD dengan klik pautan laman sesawang http://www.jpd.gov.bn/myprofile.

Page 10: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

10 - 20

C. Pemeriksaan Kelayakkan Kenderaan & Status Stesen-Stesen Pemeriksan Kenderaan (Vehicle Inspection Station, VIS)

26. VIS yang masih beroperasi semasa situasi COVID-19 bagi membuat

pemeriksaan kelayakkan kenderaan

Bagi tujuan pemeriksaan kelayakkan kenderaan untuk pembaharuan VL, sebanyak 13 VIS masih beroperasi untuk kunjungan orang ramai dengan kadar bayaran asas sebanyak $5.00 bagi setiap pemeriksaan. Senarai lengkap boleh didapati di laman web rasmi JPD iaitu www.jpd.gov.bn. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi VIS yang berkenaan terlebih dahulu bagi memastikan waktu operasi VIS tersebut. 13 VIS tersebut adalah seperti berikut:

§ Bayu Ilham Motors Sdn Bhd § NBT (B) Sdn Bhd § Bengkel Kereta Berakas (BKB) Sdn Bhd § United Motors Sdn Bhd § Grand Motors Sdn Bhd § GHK Motors Sdn Bhd § Jati Transport Sdn Bhd § HB Auto Inspection & Services § QAF Auto Sdn Bhd § QAF Eurokars Sdn Bhd § BTop Motors Sdn Bhd § M-HO Auto Engineering Services Sdn Bhd § Syarikat JYM

27. Di mana membuat pemeriksaan kelayakkan kenderaan bagi kenderaan komersial seperti bas, trak dan sebagainya?

Kenderaan-kenderaan komersial boleh membuat pemeriksaan kelayakkan kenderaan di VIS-VIS tertentu seperti lazimnya.

28. Bagaimana membuat pemeriksaan kelayakkan kenderaan jika Buku/Kad Pendaftaran Kenderaan masih disimpan di Bank atau JPD?

Mengambil kira situasi jangkitan wabak COVID-19 di Negara ini dan beberapa perkhidmatan seperti pengambilan Buku/ Kad Pendaftaran Kenderaan dari Bank ditutup sementara, Pemohon boleh membuat pemeriksaan kelayakkan kenderaan dengan membawa salinan Buku/ Kad Pendaftaran Kenderaan yang ada.

Page 11: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

11 - 20

Pemohon boleh menghubungi talian JPD iaitu 2451980 atau 2451982 atau 2451984 semasa waktu pejabat, atau emel kepada [email protected], atau hubungi TD123 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

D. Sekolah Memandu

29. Bagaimana mengikuti kelas belajar memandu bagi Pemohon baru. Sekolah-Sekolah Memandu adalah digalakkan untuk menjalankan Kelas

Highway Code secara atas talian. Penuntut-Penuntut boleh menghubungi Sekolah Memandu masing-masing bagi mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut.

30. Bagaimana saya hendak menjalani ujian bertulis Highway Code dan Ujian Memandu secara praktikal?

Bermula 14 September 2021, JPD akan mula memberikan perkhidmatan ujian bertulis Highway Code dikendalikan secara atas talian dan menghadkan 30 pelajar setiap sesi.

E. Perkhidmatan Pendaftaran Kenderaan

31. Bolehkah mendaftar kenderaan pada masa ini?

Sejak 23 Ogos 2021, perkhidmatan Pendaftaran Kenderaan adalah dibuka semula mengikut tatacara yang ditetapkan yang telah dipersetujui antara JPD dan Persatuan Peniaga Automobil Brunei (BATA). Tatacara ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan semasa COVID-19 di negara ini. Manakala bagi pendaftaran kenderaan terpakai tempatan telah dibukakan semula pada 21 September 2021, sesuai mengikut tatacara yang ditetapkan dan urusan cuma melalui agen-agen kenderaan terpakai tempatan sahaja.

F. Perkhidmatan-Perkhidmatan baru dibukakan semula melalui Drop

Pandu Lalu: § Gantong, Penahanan Bilangan Pendaftaran Kenderaan (Holding),

Serah Bilangan Pendaftaran Kenderaan dan Kondem; § Tukar Milik, Pinjaman (Loan) dan Menamatkan Pinjaman

Kenderaan (Ceased Loan); § Tiada Penggunaan (Non-Used) § Tawaran Tertutup (Closed Tender) Tanda Pengenalan (Bilangan

Pendaftaran) Kenderaan Khas, § Kenderaan Kerajaan (BG);

Page 12: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

12 - 20

32.

Permohonan Perkhidmatan Gantong Bilangan Pendaftaran Kenderaan Dokumen yang diperlukan: § Proses Pertama

a. Borang Permohonan Gantung Nombor yang lengkap di isi (termasuk alamat email dan no telefon bimbit)

b. Borang Permohonan Nombor Selari (Running Number) jika mengguna running number

c. Surat / Borang Bilangan Pendaftaran (i.e: Surat berjaya Tawaran Tertutup /Borang Tawaran Terbuka/Surat kebenaran Menggantung Bilangan Pendaftaran/Borang Penahanan Bilangan Pendaftaran) jika memiliki bilangan Pendaftaran tersendiri.

d. Screenshot Bayaran berasingan (Bayaran gantung $55 + Bayaran Endos VL $10 + Bayaran Penghantaran $3 bagi dalam daerah/ $4 bagi luar daerah)

e. Bluecard/bluebook asal f. Salinan IC pemohon

§ Proses Kedua a. Surat kebenaran tukar Nombor (JPD akan menghantar melalui email ke

alamat email pemohon) b. Insurance Nombor baru (Pemohon dikehendaki menghantar melalui

email ke [email protected]) c. Notification Of Inspection(NOI) (JPD akan menghantar melalui email ke

alamat email di atas) d. Pemohon untuk membawa kenderaan berkenaan dengan mengunakan

plate bilangan Pendaftaran kenderaan yang baru membuat Engrave di VIS yang dilantik (BKB, Bayu, MHO, JYM & Btop). Note: Syarikat VIS akan mengambil Gambar kereta 4 sudut serta engrave menggunakan Nombor Pendaftaran baru kepada JPD.

33.

Permohonan Perkhidmatan Penahanan Bilangan Pendaftaran Kenderaan Dokumen yang diperlukan:

a. Borang Permohonan Penahanan Bilangan Pendaftaran yang lengkap di isi (sila isikan 2 salinan)

b. Surat / Borang Bilangan Pendaftaran (i.e: Surat berjaya Tawaran Tertutup / Borang Tawaran Terbuka / Surat kebenaran Menggantung Bilangan Pendaftaran / Borang Penahanan Bilangan Pendaftaran)

c. Screenshot Bayaran berasingan (Bayaran Serah Bilangan Pendaftaran $60 + Bayaran Penghantaran $3 bagi dalam daerah/ $4 bagi luar daerah)

Page 13: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

13 - 20

d. Salinan Sijil Perniagaan atau Kad Pengenalan Pemohon dan hendaklah di tandatangani

34.

Permohonan Perkhidmatan Serah Bilangan Pendaftaran Kenderaan Dokumen yang diperlukan:

a. Borang Permohonan Penahanan Bilangan Pendaftaran yang lengkap di isi (sila isikan 2 salinan)

b. Surat / Borang Bilangan Pendaftaran (i.e: Surat berjaya Tawaran Tertutup / Borang Tawaran Terbuka / Surat kebenaran Menggantung Bilangan Pendaftaran / Borang Penahanan Bilangan Pendaftaran)

c. Screenshot Bayaran berasingan (Bayaran Serah Bilangan Pendaftaran $60 + Bayaran Penghantaran $3 bagi dalam daerah/ $4 bagi luar daerah)

d. Salinan Sijil Perniagaan atau Kad Pengenalan Pemohon dan hendaklah di tandatangani

35.

Permohonan Perkhidmatan Tiada Penggunaan Kenderaan (Non-Used) Dokumen yang diperlukan: Borang Permohonan Non-Used yang lengkap di isikan

a. Kad Biru / Buku Pendaftaran Kenderaan (Blue Card /Vehicle Registration Book)

b. Screenshot Bayaran berasingan (Bayaran Non-Used $5 + Bayaran Penghantaran $3 bagi dalam daerah/ $4 bagi luar daerah).

c. Salinan Sijil Perniagaan atau Kad Pengenalan Pemohon.

36. Permohonan Perkhidmatan Kondem Kenderaan

Dokumen yang diperlukan: a. Borang Permohonan kondem yang lengkap di isikan. b. Kad Biru / Buku Pendaftaran Kenderaan (Blue Card /Vehicle

Registration Book) c. Screenshot Bayaran berasingan (Bayaran Kondem $5 + Bayaran

Penghantaran $3 bagi dalam daerah/ $4 bagi luar daerah). d. Salinan Sijil Perniagaan atau Kad Pengenalan Pemohon. e. Bagi Permohonan Kondem dan Serah Bilangan Pendaftaran sila isikan

ruang yang disediakan dalam borang permohonan nama orang yang akan diserahkan bilangan pendaftaran berkenaan. (sertakan salinan ic) - Pembayaran tambahan Serah Bilangan Pendaftaran $5

f. Bagi permohonan Kondem dan Serah Injin kenderaan sila isikan ruang yang disediakan nama dan nombor injin yang akan diserahkan (sertakan salinan ic dan Kad Biru / Buku Pendaftaran Kenderaan yang akan menerima injin berkenaan) – Pembayaran tambahan Serah Injin $5

Page 14: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

14 - 20

37.

Permohonan Perkhidmatan Tukar Milik Kenderaan Dokumen yang diperlukan:

a. Borang lengkap Permohonan Tukar Milik. b. Salinan Kad Pengenalan Pemilik lama beserta tandatangan dan Pemilik

baru beserta tandatangan. c. Salinan lesen memandu pemilik baru. d. Insurance pemilik baru. e. Bluecard/Bluebook asal. f. Laporan VIS, Gambar 4 penjuru, Gambar Engine dan Chassis. g. Surat Cease Loan Dari Bank (jika ada pinjaman) h. Surat Notification of Loan (Jika melalui pinjaman) i. Screenshot Bayaran berasingan $5 (Tukar Milik) + $5 (Ceased Loan) +

$5 (Loan) + Bayaran Penghantaran $3 bagi dalam daerah/ $4 bagi luar daerah).

j. Jika berkenaan: Salinan Sijil meninggal dan Surat tuntutan waris dari Mahkamah

38.

Permohonan Perkhidmatan Pinjaman (Loan) dan Menamatkan Pinjaman Kenderaan (Ceased Loan) Dokumen yang diperlukan: § Permohonan Loan

a. Bluecard/Bluebook asal b. Surat Notification of Loan c. Screenshot Bayaran berasingan $5 (Loan) + Bayaran Penghantaran

$3 bagi dalam daerah/ $4 bagi luar daerah).

§ Permohonan Habis Loan (Cease Loan) a. Bluecard/Bluebook asal b. Surat Cease Loan (Habis loan) Dari Bank c. Screenshot Bayaran berasingan $5 (Habis Loan) + Bayaran

Penghantaran $3 bagi dalam daerah/ $4 bagi luar daerah). d. Screenshot Bayaran berasingan $5 (Tukar Milik) + $5 (Ceased Loan)

+ $5 (Loan) + Bayaran Penghantaran $3 bagi dalam daerah/ $4 bagi luar daerah).

e. Jika berkenaan: Salinan Sijil meninggal dan Surat tuntutan waris dari Mahkamah

Page 15: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

15 - 20

39. Cara Pembayaran Perkhidmatan-Perkhidmatan Drop Pandu Lalu

G. Pelesenan Kenderaan Komersil Dan Pengangkutan Awam (PKKPA)

40. Bagaimana membuat permohonan membaharui Lesen (Permit)

Kenderaan Francais dan Perkhidmatan Awam (KFPA)?

Merujuk Kenyatan Media MTIC pada 9 Ogos 2021, Lesen/ Permit KFPA yang mansuh khususnya yang tidak melebihi 3 bulan sebelum tarikh 9 Ogos 2021 adalah disambung secara sementara sehingga kaunter perkhidmatan Pelesenen Kenderaan Komersial dan Pengangkutan Awam (PKKPA) Jabatan ini dibuka semula pada suatu tarikh yang dimaklumkan kemudian. Walaubagaimanapun, merujuk Sidang Media bertarikh 7 Oktober 2021, penyambungan sementara yang dimaksudkan di atas dengan ini dimansuhkan pada 20 Oktober 2021. Mana-mana kenderaan yang telah mansuh Lesen/ Permit kenderaannya bermula tarikh tersebut iaitu 20 Oktober 2021 hendaklah diperbaharui seperti lazimnya dengan melengkapkan borang permohonannya di laman sesawang www.jpd.gov dan klik ikon “DOWNLOAD FORMS”. Pemohon hendaklah membuat pembayaran menggunakan “BIBD Online Payment” beserta bayaran penghantaran EMS Poslaju $3.00 bagi dalam daerah sama atau $4.00 bagi antara daerah. Penghantaran bagi permohonan ini hendaklah menggunakan perkhidmatan Drop dengan kaedah pandu lalu dengan membuat sistem tempahan melalui aplikasi Que-Up terlebih dahulu. Pemohon akan diberikan slot tempahan

Page 16: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

16 - 20

untuk membuat penghantaran. Permohonan yang berjaya akan dihantar melalui perkhidmatan EMS Poslaju. Keterangan lanjut mengenai perkhidmatan Drop melalui kaedah pandu lalu, layari laman sesawang www.jpd.gov.bn/pandulalu.

41. Adakah orang ramai boleh membuat permohonan baharu untuk mendapatkan Lesen/ Permit KFPA?

Mulai 9 Ogos 2021, kaunter PKKPA dan dari itu perkhidmatan yang berkaitan dengannya termasuk permohonan baharu bagi mendapatkan Lesen KFPA adalah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Walaubagaimanapun, merujuk Sidang Media bertarikh 7 Oktober 2021, penyambungan sementara yang dimaksudkan di atas dengan ini dimansuhkan pada 20 Oktober 2021. Mana-mana kenderaan yang telah mansuh Lesen/ Permit kenderaannya bermula tarikh tersebut iaitu 20 Oktober 2021 hendaklah diperbaharui seperti lazimnya dengan melengkapkan borang permohonannya di laman sesawang www.jpd.gov dan klik ikon “DOWNLOAD FORMS”. Pemohon hendaklah membuat pembayaran menggunakan “BIBD Online Payment” beserta bayaran penghantaran EMS Poslaju $3.00 bagi dalam daerah sama atau $4.00 bagi antara daerah. Penghantaran bagi permohonan ini hendaklah menggunakan perkhidmatan Drop dengan kaedah pandu lalu dengan membuat sistem tempahan melalui aplikasi Que-Up terlebih dahulu. Pemohon akan diberikan slot tempahan untuk membuat penghantaran. Permohonan yang berjaya akan dihantar melalui perkhidmatan EMS Poslaju. Keterangan lanjut mengenai perkhidmatan Drop melalui kaedah pandu lalu, layari laman sesawang www.jpd.gov.bn/pandulalu.

42. Bagaimana kedudukan permohonan Lesen/ Permit KFPA dan Permit

Kenderaan Lintas Batas yang dihadapkan sebelum penutupan kaunter JPD?

Bagi permohonan Lesen-Lesen dan Permit-Permit yang dihadapkan sebelum penutupan kaunter PKKPA, Sijil/Kebenaran akan dihantar kepada Pemohon melalui emel. JPD akan menghubungi Pemohon mengenainya. Pemohon bolehlah mengambil Sijil/ Kebenaran asal apabila kaunter perkhidmatan PKKPA Jabatan ini dibuka semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Page 17: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

17 - 20

H. Pelekat Pas Kenderaan Daftar Luar Negara (PKDLN)

43. Bagaimana untuk membaharui Pelekat PKDLN semasa kaunter JPD

ditutup bagi kunjungan orang ramai semasa COVID-19?

Permohonan membaharui Pelekat PKDLN masih boleh dibuat secara online seperti lazimnya melalui aplikasi mudah alih TransportBN atau e-Darussalam. Manakala, pembayarannya hanya boleh dibuat secara online melalui aplikasi BIBD Mobile dan Pelekat PKDLN yang siap akan dihantar kepada Pemohon melalui perkhidmatan Pos Laju dengan bayaran $3.00. Panduan infografik mengenai tatacara pembayaran melalui aplikasi BIBD Mobile boleh didapati melalui Instagram JPD: jpdbrunei Bagi sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian telepon JPD iaitu 2451980 atau 2451982 atau 2451984 semasa waktu pejabat, atau emel kepada [email protected], atau hubungi TD123.

44. Bagi kenderaan daftar luar negara, sebelum JPD memproses pelekat, adakah merujuk kebenaran Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED)?

Semasa Pemohon membuat permohonan Pelekat PKLDN, Pemohon mesti menyertakan kebenaran dari agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan JKED sebelum permohonan Pelekat PKLDN dapat diproses.

I. Pengangkutan Awam (Bas Awam dan Teksi/Dart)

45. Adakah Bas Awam atau Teksi masih beroperasi pada masa ini?

Bas Awam pada masa ini masih beroperasi pada kadar kapasiti tempat duduk

kenderaan tidak melebihi 50%. Manakala bagi Teksi atau Dart, hanya 1 Pemandu dan 1 penumpang sahaja dibenarkan dalam setiap perjalanan. Selain daripada itu, setiap penumpang adalah diperlukan untuk mematuhi SOP-SOP COVID-19 Pengangkutan Awam seperti mengimnas kod QR Bruhealth, memakai sungkup muka, memeriksa suhu badan, duduk dikerusi yang ditetapkan bagi penjarakkan fizikal, menggunakan hand sanitizer dan sebagainya.

Page 18: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

18 - 20

J. Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan (Bilangan Pendaftaran) Kenderaan Khas

46.

JPD sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan (Bilangan Pendaftaran) Kenderaan Khas ini akan dibukakan pada hari Rabu 20 Oktober 2021 dan akan tutup pada 23 November 2021. Orang ramai yang berminat untuk mengikuti Tawaran Tertutup ini hendaklah mengisikan dengan lengkap borang yang disediakan serta mematuhi syarat-syarat Tawaran dan kemudiannya dihadapkan di dalam sampul surat yang tertutup melalui perkhidmatan “Drop” secara pandu lalu di atas dengan tempahan melalui aplikasi “Que-Up”.

Sehubungan ini, JPD ingin memaklumkan mengenai syarat Tawaran bagi Bilangan Pendaftaran Khas ini khususnya kadar harga minima serta caj-caj yang dikenakan (tidak dikembalikan atau Non-refundable) seperti berikut:

Bilangan Pendaftaran

Harga Minima

Caj Pembayaran Penyertaan Tawaran (Non-Refundable)

Caj Perkhidmatan (Non-Refundable)

1 digit $5,000.00 $1,000.00 $25.00 2 digit $2,000.00 $500.00 $25.00

Caj Pembayaran Penyertaan Tawaran (Non-Refundable) dan caj Perkhidmatan (Non-refundable) hendaklah dibuat pembayarannya melalui “BIBD Online Payment” sebelum permohonan dihadapkan. Syarat-syarat Tawaran, tatacara menghadapkan permohonan dan membuat pembayaran serta senarai bilangan pendaftaran yang ditawarkan boleh didapati dari www.jpd.gov.bn/Nomborkhas.

Keputusan Tawaran akan dimaklumkan kemudiannya kepada pemohon melalui pesanan ringkas (SMS) dan senarai yang berjaya akan dimuatkan di dalam instagram @jpdbrunei.

K. Pertanyaan Am

47. Pertanyaan Am mengenai perkhidmatan JPD

Orang ramai bolehlah menghubungi talian JPD iaitu 2451980 atau 2451982 atau 2451984 semasa waktu pejabat, atau emel kepada [email protected], atau hubungi TD123.

Page 19: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

19 - 20

L. Garispanduan Perkhidmatan Drop melalui kaedah Pandu Lalu

Muat-turun aplikasi Que-Up

a. Pilih JPD Drive-Thru

b. Masukan nama dan nombor telepon bimbit

c. Pilih JPD Headquater, Gadong dan pilih perkhidmatan dikehendaki

d. Tempah masa

Page 20: wabak COVID-19 diperketatkan semula A. Perkhidmatan

NOTA: Soalan-Soalan Lazim akan dikemaskini dari semasa ke semasa

20 - 20

e. Tempahan disahkan

f. Tempahan berjaya

g. SOP Pandu Lalu

h. Barcode Tempahan