f {shfsg hak asasi...sebagai ketua agama islam di negeri ini. ya allah, lindungi kami daripada bala...
TRANSCRIPT
:
UNTUK MEMPEROLEHI KEJAYAAN DI DUNIA & AKHIRAT,
MAKA ;
Tingkatkan ketaqwaan
Taati perintah Allah
Jauhi larangan Allah
ISU HAK ASASI MANUSIA DALAM NEGARA INI ;
Hangat diperdebatkan
Seakan tercetus polimik yang
menimbulkan pertembungan
dalam negara
Dihangatkan kerana salah faham
tentang konsep Hak Asasi Manusia
menurut Islam
MENURUT SEJARAH, GERAKAN PERJUANGAN HAK ASASI
MANUSIA INI ;
Suatu gerakan
dibina berdasarkan
fahaman
Liberalisme
dan Humanisme
Digerakkan
pertubuhan yang
keliru identiti
agamanya dan
jati diri
DALAM ISLAM, HAK ASASI MANUSIA ITU ADALAH ;
Telah lama wujud berpandukan
nilai dan panduan Al-Quran
Tentang pembebasan manusia
daripada ikatan dan pengabdian
selain Allah S.W.T
Berlandaskan prinsip
kemuliaan kemanusiaan
(al-karamah al-insaniyyah
Ayat 70, Al-Israa’ yang Bermaksud ;
KASIH SAYANG ALLAH S.W.T TERHADAP HAMBANYA ;
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan
anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat
dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki
kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik
serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-
lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah
Kami ciptakan.”
SESUNGGUHNYA ;
Rasulullah S.A.W diutuskan
untuk membebaskan perhambaan
manusia kepada mengabdikan
kepada Allah S.W.T
Konsep kebebasan dalam
Al-Quran adalah mengangkat nilai
kemanusiaan sejati
Ukuran hak asasi manusia
dari barat berpandukan nilai
manusia bukan ukuran agama
UTUSAN DAKWAH ;
Menjelaskan mereka
diutuskan untuk membebaskan
manusia dari perhambaan sesama
manusia kepada perhambaan
kepada Allah semata-mata
Jawab ruba’I Bin Amir persoalan Rustum berkaitan
kehadiran mereka ke negeri parsi adalah ;
AL-KARAMAH AL-INSANIAH ATAU PRINSIP MENGHORMATI
MARTABAT KEINSANAN DAN MARUAH MANUSIA ADALAH;
Adanya
tanda keinsanan
manusia yang
membezakannya
dengan haiwan
Menjadi
sumber kepada
hak asasi
TIADA MAKNANYA HAK ASASI MANUSIA JIKA SEKIRANYA ;
Sifat & sikap mulia
tidak dijaga
Hidup tidak
bersumberkan Al-Quran
dan Sunnah
Hidup dipisahkan
dengan agama
Sabda Nabi S.A.W ;
PENGAJARAN DAN IKTIBAR DARIPADA KISAH
UMAT TERDAHULU ;
Maksud Hadis ;
PENGAJARAN DAN IKTIBAR DARIPADA KISAH UMAT
TERDAHULU ;
“Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka
hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku
perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah
seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang
terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak
persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap
Nabi-nabi mereka.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU ;
Adalah makhluk yang mulia
Untuk abdikan diri kepada Allah
Sebagai khalifah di bumi
Untuk beribadat dan berbakti
Ayat 56, Al-Dzariyat ;
TUJUAN DICIPTAKAN ;
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
SESUNGGUHNYA ;
Kita mendepani
pemikiran-pemikiran yang
semakin meruncing
Islam menolak hak asasi
yang memudaratkan hidup
Kebebasan tiada
maknanya jika bertentangan
Maqasid Syariah
Tiada gunanya jika
hak asasi individu itu
bertentangan agama
KERJASAMA KITA UNTUK MENJAGA MASLAHAH UMMAH
DALAM ;
MENGEKANG
GOLONGAN Menurut
nafsu dan akal
semata-mata
Menuntut
pengiktirafan hak
kebebasan murtad
Mentafsir
ajaran Islam sesuka
hati sahaja
PERJUANGAN HAK ASASI MANUSIA INI HARUSLAH ;
Harus difahami
dengan jelasMenghindari
eleman dan doktrin
yang mengelirukan
Menjelaskan
kefahaman mereka
kepada masyarakat, institusi
Islam dan agensi-agensi
agama
Menghentikan
timbulnya konflik
berterusan dalam
masyarakat
ANTARA BEBERAPA IKTIBAR DAN PENGAJARAN
PENTING DARIPADA KHUTBAH INI ADALAH ;
Islam telah meletakkan hak asasi
manusia yang tinggi berpaksikan
tauhid dan keyakinan kepada Allah
Suatu kebebasan itu tidak mutlak
malah terikat dengan peraturan Allah
Hayatilah konsep kebebasan
dan hak asasi manusia mengikut
perspektif Islam
PERJUANGAN YANG DIREDHAI ALLAH S.W.T ;
Maksud Ayat ;
PERJUANGAN YANG DIREDHAI ALLAH S.W.T ;
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-
orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-
berai dan berselisihan (dalam ugama mereka)
sesudah datang kepada mereka keterangan-
keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh
Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat
demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.”
(al-Furqan : 74).
Marilah kita bersatu atas dasar akidah Islam yang
pasti dan disimpul mati. Bersatu dalam apa jua
situasi, bersatu teguh menghadapi persekitaran dan
ancaman musuh yang terang dan terselindung.
Bersatunya umat Islam adalah kekuatan paling
dasar ke arah pembinaan Khaira Ummah (umat
terbaik). Umat Islam berhak untuk berbeza
pendapat, apalagi dalam soal urusan duniawi,
namun umat Islam hendaklah terus bersatu dalam
fikrah dan kefahaman mengikut garis rentas kalimah
هللاإل إ هل , prinsip-prinsip penegasan al-Quran dan
al-Hadis serta prinsip persaudaraan Islam yang
kukuh.
Dalam usaha kita memutuskan rantaian
Covid-19 ini, setiap Jemaah diminta terus
berdisiplin dan wajib mematuhi Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang telah
ditetapkan oleh pihak JAIS khususnya
mengambil wuduk di rumah, membawa
sejadah masing-masing, memakai pelitup
muka (face mask) ketika hadir di Masjid
dan Surau serta mengamalkan penjarakan
fizikal. Bagi mereka yang tidak sihat
adalah dilarang sama sekali untuk
melaksanakan solat di Masjid dan Surau.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha
Berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu
yang telah mengurniakan rahmat
dan keberkatan kepada negeri ini
yang terus sejahtera dan maju, serta
rakyatnya bersatu padu, dibawah
naungan dan pimpinan raja kami
sebagai Ketua Agama Islam di negeri
ini. Ya Allah, lindungi kami daripada
bala bencana dan wabak penyakit
seperti Covid-19.