vita

2
VITA Penulis dilahirkan pada 30 Mac 1986 di Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua dan seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh Dua sehingga tingkatan 3. Beliau kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka sehingga tamat tingkatan 5 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dalam bidang kejuruteraan elektronik. Sepanjang pengajian beliau di politeknik, beliau pernah menjawat jawatan di dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson sebagai wakil jabatan elektrik. Beliau juga adalah pengerusi bagi Kelab Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada tahun 2008, penulis melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. Bidang pengajian beliau adalah pendidikan teknik dan vokasional. Di universiti, beliau pernah mewakili UTHM dalam beberapa program seperti Program Muafakat Bestari Guru Pelatih Malaysia di Universiti Utara Malaysia dan Program Mobiliti Pelajar ke Indonesia. Selain itu beliau

Upload: lazuema2330

Post on 09-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Vita

TRANSCRIPT

Page 1: Vita

VITA

Penulis dilahirkan pada 30 Mac 1986 di Negeri Sembilan. Beliau mendapat

pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua dan seterusnya di Sekolah

Menengah Kebangsaan Pasoh Dua sehingga tingkatan 3. Beliau kemudian

bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka sehingga tamat tingkatan 5

dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Beliau melanjutkan pengajian di

peringkat diploma di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dalam bidang

kejuruteraan elektronik. Sepanjang pengajian beliau di politeknik, beliau pernah

menjawat jawatan di dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Port

Dickson sebagai wakil jabatan elektrik. Beliau juga adalah pengerusi bagi Kelab

Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada tahun 2008, penulis melanjutkan pengajian di

peringkat sarjana muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor.

Bidang pengajian beliau adalah pendidikan teknik dan vokasional. Di universiti,

beliau pernah mewakili UTHM dalam beberapa program seperti Program Muafakat

Bestari Guru Pelatih Malaysia di Universiti Utara Malaysia dan Program Mobiliti

Pelajar ke Indonesia. Selain itu beliau turut aktif menyertai program dan aktiviti

yang berkaitan pendidikan anjuran Fakulti Pendidikan Teknikal dan UTHM.