memberfiles.freewebs.commemberfiles.freewebs.com/37/58/53045837/documents/pnebm... · web viewrumah...

8
……………………………………………………………………………………………………… Rumah Anak Yatim Kampung Che Bema. (Rumah Nur Assadikin) Lot 1717 Kampung Che Bema Sungai Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Ustaz Saad : 019-4802907 (Penyelia) Puan Haziana Alamat Pentadbiran, Pejabat Daerah Kuala Muda, 08000 Sungai petani, Kedah Darul Aman. Tel : 04-4211963 / 1964 Faks : 04-4214998 En. Yazid : 012-5545326

Upload: vuongtu

Post on 18-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: memberfiles.freewebs.commemberfiles.freewebs.com/37/58/53045837/documents/PNEBM... · Web viewRumah anak-anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar

………………………………………………………………………………………………………

Rumah Anak Yatim Kampung Che Bema.

(Rumah Nur Assadikin)

Lot 1717 Kampung Che Bema Sungai Layar,

08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Ustaz Saad : 019-4802907 (Penyelia)

Puan Haziana

Alamat Pentadbiran,

Pejabat Daerah Kuala Muda,

08000 Sungai petani,

Kedah Darul Aman.

Tel : 04-4211963 / 1964

Faks : 04-4214998

En. Yazid : 012-5545326

Page 2: memberfiles.freewebs.commemberfiles.freewebs.com/37/58/53045837/documents/PNEBM... · Web viewRumah anak-anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar

   SEJARAH PENUBUHAN 

DI AWAL PENUBUHAN........

Rumah anak-anak yatim miskin yang terletak di Kampung Che Bema, Jalan Sungai Layar Hujung, Sungai Petani telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 12 Disember 1999 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM851,600.00. Pentadbirannya diletakkan di bawah Pegawai Daerah Kuala Muda dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa penaja yang terdiri daripada kakitangan kerajaan / swasta dan pesara. Pelantikan Pegawai Daerah Kuala Muda selaku pengerusi telah diputuskan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Rumah anak-anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nama "Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-anak Yatim Miskin Sungai Petani".

Asrama ini memulakan operasinya dengan menempatkan 20 orang anak-anak yatim miskin perempuan dari umur 10 tahun hingga 12 tahun. Ianya diletakkan dibawah satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Rumah Anak Yatim Miskin, Kg. Che Bema, Sungai Petani yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Kamil Bin Zain, selaku Penghulu Mukim Sungai Petani pada masa itu dengan dibantu oleh 10 orang ahli jawatankuasa lain.

Penyeliaan rumah tersebut telah diamanahkan kepada Hajah Hamidah Binti Abdul Wahab iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al Jaffri, Sungai Layar yang menawarkan diri untuk membantu. Beliau bertanggungjawap melaporkan segala perkembangan dan aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa kepada Jawatankuasa. Disebabkan kematian penyelia pada tahun 2003, pengurusan terpaksa diberhentikan untuk seketika. Semua anak-anak yatim miskin perempuan yang ditempatkan di situ telah dikembalikan kepada waris masing-masing.

Aktiviti   :

Semua kanak-kanak ini bersekolah di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri, Sungai Layar iaitu 2 km dari Rumah Anak-anak Yatim Miskin. Van sekolah telah digunakan sebagai kemudahan pengangkutan untuk membawa kanak-kanak ini pergi dan balik ke sekolah. Selain dari menghadiri Kelas Fardhu 'Ain yang dikelolakan oleh Pejabat Agama Daearah Kuala Muda, pengajian Al-Quran juga diadakan dari masa ke semasa untuk anak-anak ini.Terdapat pelbagai pihak korporat, pertubuhan NGO, siswa-siswi dan individu mengadakan lawatan ke rumah ini untuk beramah mesra dan mengadakan jamuan disamping menghulurkan bantuan kepada anak-anak ini.

KINI.....

Pada 1 Januari 2006, Rumah Anak-anak Yatim Miskin, Kg. Che Bema beroperasi kembali. Pada hari pendaftaran, seramai 35 pelajar telah mendaftarkan diri. Saringan telah dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Pemilihan berdasarkan status anak yatim dan pelajar miskin. Jawatankuasa bersetuju memilih 20 orang pelajar yang difikirkan layak untuk menetap di asrama

Page 3: memberfiles.freewebs.commemberfiles.freewebs.com/37/58/53045837/documents/PNEBM... · Web viewRumah anak-anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar

yang telah telah disediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penghuninya. Semua yang dipilih adalah mereka yang tinggal di dalam Daerah Kuala Muda.

Pada kali ini, semua anak yatim yang dipilih adalah anak-anak yatim lelaki yang berumur di antara 9 tahun hingga 14 tahun. Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al Jaffri bagi pelajar sekolah rendah dan Sekolah Menengah Sungai Layar, Sungai Petani bagi pelajar sekolah menengah. Anak-anak ini dijaga dan dibimbing oleh seorang penyelia, pembantu penyelia dan pengasuh. Terdapat 2 orang tukang masak yang bertanggungjawap dalam penyediaan makanan kepada anak-anak ini.

Asrama ini ditadbir oleh Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Pegawai Daerah Kuala Muda dan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan. Manakala, Jawatankuasa Pengurusan pula dipertanggungjawapkan dalam menguruskan segala hal ehwal berkaitan Rumah Anak-anak Yatim Miskin. Jawatankuasa Pengurusan dipengerusi oleh Penghulu Mukim Sungai Petani iaitu Penghulu Husni Zain Bin Haji Husin dengan dibantu oleh 15 orang Ahli Jawatankuasa lain.

Aktiviti     :

Kanak-kanak di asrama ini dibekalkan dengan pelbagai aktiviti agar dapat membentuk peribadi yang cemerlang. Pihak asrama menitikberatkan pengetahuan agama dan akademik agar anak-anak ini seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat. Kanak-kanak ini dikehendaki menghadiri Kelas KAFA, kelas agama dan ceramah motivasi bagi memantapkan lagi pengisian rohani mereka. Manakala bagi meningkatkan pengetahuan akademik, mereka diberi kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Terdapat pelbagai pihak samada kerajaan, swasta dan orang perseorangan menghulurkan bantuan dan sumbangan disamping melakukan lawatan untuk melihat sendiri keadaan anak-anak yatim miskin ini.

    

 

   KEMUDAHAN ASRAMA 

     AsramaTerdapat 3 bilik dan menempatkan 21 katil pada masa ini. Kapasiti yang sebenarnya ialah 80 katil.   

Page 4: memberfiles.freewebs.commemberfiles.freewebs.com/37/58/53045837/documents/PNEBM... · Web viewRumah anak-anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar

     SurauSurau yang disediakan memudahkan anak-anak ini menunaikan solat dan ia juga dijadikan tempat melakukan pelbagai aktiviti keagamaan. Kapasitinya ialah 30 jemaah.   

     Dewan MakanDewan ini mampu menempatkan seramai 100 orang dalam satu-satu masa. Dewan ini dilengkapi dengan kerusi dan meja yang selesa, kipas angin, televisyen, ' water cooler ' dan sinki.    

     Bilik KuliahKanak-kanak ini disediakan bilik ulangkaji atau kuliah yang selesa bagi memudahkan mengulangkaji pelajaran. Bilik ini juga digunakan sebagai bilik tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia dilengkapi dengan meja, kerusi, rak buku, papan putih dan kipas angin   

Page 5: memberfiles.freewebs.commemberfiles.freewebs.com/37/58/53045837/documents/PNEBM... · Web viewRumah anak-anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar

Padang PermainanPadang ini digunakan oleh kanak-kanak untuk beriadah di waktu petang samada bermain bola sepak, layang-layang dan lain-lain permainan.   

     Gelanggang Sepaktakraw / BadmintonGelanggan ini disediakan untuk kemudahan anak-anak ini beriadah.   

Pejabat PentadbiranPejabat ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada pihak pengurusan untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran.   

Page 6: memberfiles.freewebs.commemberfiles.freewebs.com/37/58/53045837/documents/PNEBM... · Web viewRumah anak-anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar

Bilik MesyuaratBilik mesyuarat ini disediakan agar dapat memudahkan pelbagai pihak untuk melakukan mesyuarat dan perjumpaan untuk kebaikan anak-anak yatim ini. Terdapat kerusi dan meja yang selesa disamping kemudahan penghawa dingin.   

     Ruang TamuDisediakan ruang tamu untuk kegunaan perjumpaan dan pertemuan diantara pihak pentadbiran dengan pihak luar. Ia juga digunakan sebagai tempat pertemuan antara anak-anak yatim dengan waris masing-masing. Ruang tamu ini dilengkapi dengan set kusyen, televisyen dan penghawa dingin.   Kuarters Kakitangan ( Warden )Asrama ini menyediakan 2 buah rumah warden bagi memudahkan pengawasan dan penjagaan ke atas kanak-kanak ini. Setiap rumah dilengkapi 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur dan ruang makan.   

     DapurRuang dapur yang disediakan adalah luas bagi memudahkan penyediaan makanan kepada kanak-kanak ini.

Page 7: memberfiles.freewebs.commemberfiles.freewebs.com/37/58/53045837/documents/PNEBM... · Web viewRumah anak-anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar

Senarai nama anak-anak yatim

Bil Nama Umur No.Kad pengenalan

1 Mohd Hafiz Bin Idrus 152 Badrul Shah Saharijan 15 940724-08-62773 Sopian Bin Md.Noor 15 940916-02-55594 Muhamad Hamidi Idrus 145 Mohd Hafizon Jamaludin 14 950629-02-55476 Lukeman Walasari 13 960117-02-62037 Baharudin Shah Sahrijan 13 960612-56-5669

Bil Nama Umur No.Kad pengenalan

8 Yunus Bin Jamal 13 AH 026829 Zulshazali Ghazali 13 L 06196010 Mohd zaki Yusuf 1311 Shahril Amri Daud 12 A 18147412 Sharul Amri Daud 12 A 18147313 Mohd Nor Fauzi 1214 Mohd Sani Bin Idrus 12

Bil Nama Umur No.Kad pengenalan

15 Mohd Shakir Zuffairy 1116 Mohd Izzat Abu Bakar 1117 Mohd hakimi Bin Idrus 918 Mohd Loqman Bin Zainon