· web viewmelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah...

14
LMCK 1531 CITRA KEPIMPINAN & KREATIVITI & HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN TAJUK :- KITAR SEMULA AHLI KUMPULAN:- NORIDAYU BT. ABD. YAMIN (A145475) QURRATU FARAH AIN BINTI RAUB (A145494) NUR IZZATI HAZWANI BINTI ABDUL HADI (A146786) LUQMANUL HAKIM B. MOHAMAND NOOR (A150462) NOORAINI BT. ISMAIL (A150246) NORSINAR BT ADILUN (A150701) PENSYARAH :- ENCIK MUAMMAR GHADDAFI BIN HANAFIAH & ENCIK MUHD NURIZAM B. JAMIAN

Upload: trandieu

Post on 18-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

LMCK 1531 CITRA KEPIMPINAN & KREATIVITI

&

HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

TAJUK :- KITAR SEMULA

AHLI KUMPULAN:- NORIDAYU BT. ABD. YAMIN (A145475)

QURRATU FARAH AIN BINTI RAUB (A145494)

NUR IZZATI HAZWANI BINTI ABDUL HADI (A146786)

LUQMANUL HAKIM B. MOHAMAND NOOR (A150462)

NOORAINI BT. ISMAIL (A150246)

NORSINAR BT ADILUN (A150701)

PENSYARAH :- ENCIK MUAMMAR GHADDAFI BIN HANAFIAH

&

ENCIK MUHD NURIZAM B. JAMIAN

Page 2: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

PENGENALAN

Tahukan anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa

pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada

aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.

Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah

yang kita harus amalkan ialah kitar semula.

Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali

digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber

yang mendatangkan nilai.   Kitar semula merujuk kepada pengembalian sesuatu bahan atau

produk kepada bentuk lain atau dalam erti mudah membawa maksud penukaran sisa buangan

melalui penjanaan oleh aktiviti manusia kepada bahan lain yang boleh digunakan atau

dimanfaat dalam penggunaan yang berbeza. Dengan erti yang mudah, kitar semula membawa

maksud satu usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan yang dibuang atau

dianggap sebagai sampah. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai memproses barangan terbuang

atau lama untuk dijadikan barangan baru dan boleh digunakan semula sama ada dalam bentuk

asal atau sebaliknya. Melalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang

merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping

menjimatkan kos perbelanjaan untuk membiayai projek pelupusan sisa buangan ke tapak

pelupusan. Jenis barangan yang dikitar semula terdiri daripada besi buruk, tin aluminium (tin

minuman), kertas, plastik dan getah. Wujud juga premis yang khusus mengumpul barangan

seperti komputer, penyangkut baju, tayar kenderaan, sudu, telefon,cakera padat dan pita video.

Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita yang boleh

dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses

semula barangan tersebut. Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan

penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau

tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula

sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas

Page 3: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa

pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat

mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.

Kebanyakkan negara membangun seperti Malaysia menghadapi masalah peningkatan 

penjanaan sisa pepejal. Isu ini menjadi cabaran besar kepada pihak berkuasa tempatan. Kitar

semula merupakan pendekatan yang digunakan untuk mengurangkan kuantiti sisa pepejal

yang dilupuskan. Namun, kadar kitar semula di Malaysia masih rendah berbanding negara 

jiran.

Hasil kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mendapati

kesedaran rakyat negara ini untuk melakukan kitar semula kertas akhbar masih lagi pada tahap

kurang memberangsangkan iaitu sebanyak 40 hingga 45 peratus saja. Peratusan ini juga

menggambarkan tahap kesedaran berkaitan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di

negara ini masih lagi jauh berbanding negara membangun lain. Bukan itu sahaja, tahap

kesedaran kitar semula mahupun menjaga alam sekitar masih sukar dipertingkatkan walaupun

pelbagai program sudah dilaksanakan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan bagi

membudayakan amalan ini di Malaysia. Malah, kegagalan membudayakan amalan kitar

semula ini juga mengakibatkan masalah seperti pencemaran sampah-sarap dan kepupusan

tumbuhan hijau yang kian berleluasa.

Page 4: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

PERMASALAHAN

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan

yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan

mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari

pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas

rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah

komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi

"Pengurangan Pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru

bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan

kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene

lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan

menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu

kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula

bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula

adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik

(contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat

beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran

mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali

menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya,

pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan

penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses

pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran

merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang

dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar

beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong

Page 5: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong

kepada pertikaian yang berpanjangan.

Pada masa kini, konsep kitar semula ini kurang diterapkan dalam diri masyarakat

kerana masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap tidak menghiraukan alam sekitar.

Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat

sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir masyarakat yang tidak

mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan barangan yang boleh dikitar semula

dibuang dan dibakar begitu sahaja.

Selain daripada itu kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat pada masa kini

yang membuang bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar betapa pentingnya amalan kitar

semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan

sebarang kepentingan. Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula

dengan harga yang rendah menyebabkan penduduk sekitar lebih senang membakar bahan

tersebut daripada menjualnya. Di samping itu, kurangnya pusat pengumpulan bahan kitar

semula juga menjadi punca utama mengapa amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan.

Selain dar itu, terdapat juga masyarakat yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen

kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak ambil peduli tentang amalan kitar

semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula

tidak akan terlaksana.

OBJEKTIF

Page 6: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

Kitar semula mempunyai kepentingan yang tersendiri. Antara kepentingan kitar semula ialah

untuk memelihara ruang hidup kita. Seperti yang diketahui, kini terdapat kira-kira 230 tapak

pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar,

bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Jika tapak pelupusan sampah

dipenuhi dengan sampah ini menyebabkan tapak baru perlu dibuka untuk menampung jumlah

sampah yang banyak dan lambat laun, tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi

ruang hidup kita.

Persekitaran yang lebih sihat dan selesa juga diperolehi dengan mengamalkan kitar semula.

Sampah yang banyak akan menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Kitar

semula ini dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit

daripada menular dengan cepat. Kitar semula ini dapat mengurangkan pencemaran akibat

daripada longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah

yang mana merupakan salah satu punca daripada tiga pencemaran utama. 

Selain daripada itu, kos, sumber dan tenaga dapat dijimatkan. Dengan mengitar semula 1 tin

alumunium, kita umpama menjimatkan tenaga elektrik selama 3 jam daripada penggunaan

televisyen. Apa yang dapat kita perolehi daripada mengitar semula kertas secara maksimum

ialah kita dapat mengurangkan penebangan pokok dan secara tidak langsung kita dapat

memelihara sumber hutan semulajadi. 

CABARAN DAN MASA DEPAN KITAR SEMULA

Page 7: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

Di Malaysia, amalan kitar semula masih lagi berada di peringkat penyesuaian. Walaupun

sudah ada iniasitif dan peraturan diwujudkan untuk menjadikan kitar semula dan guna semula

sebagai amalan kehidupan harian, tetapi usaha ini masih tidak mencukupi memberi kesedaran

dan rasa tanggungjawab kepada semua lapisan masyarakat. Pelancaran amalan kitar semula

buat pertama kalinya pada tahun 1993 telah berakhir dengan kegagalan, sehinggalah usaha

pelaksanaan buat kali kedua pada tahun 2000 dilakukan bagi memberi kesedaran dan

penglibatan kepada orang ramai. Sehingga kini dan setelah termaktubnya akta tentang

pengurusan sisa buangan iaitu Akta Pengurusan Sisa Buangan Pepejal dan Pembersihan

Awam 2007, barulah ada peningkatan ke atas aktiviti dan pusat kitar semula diwujudkan di

Malaysia. Sehingga kini terdapat sejumlah 1515 pusat kitar semula dan kira-kira 15 ribu tong

kitar semula di seluruh Malaysia. Jadual 2 menunjukkan perbandingan senarai pusat kitar

semula yang ada di Malaysia pada tahun 2002 dan 2008. Bagi negeri Selangor sendiri yang

mempunyai kira-kira 44 syarikat yang memberi perkhidmatan kitar semula dan sejumlah 177

pusat kitar semula (KPKT 2008) berbanding sejumlah 15 pusat kitar semula pada 2002.

Berdasarkan peningkatan yang ketara dalam masa lima tahun, adalah menjadi satu harapan

yang amat tinggi bahawa amalan kitar semula ini akan mendapat tempat di kalangan

masyarakat di Malaysia. Cabaran utama untuk memastikan pengurangan kebergantungan

terhadap pengurangan sisa buangan melalui pelupusan di tapak pelupusan pasti dapat diatasi

sekiranya amalan kitar semula ini berjaya menjangkaui sasaran kerajaan untuk menjadikan ia

sebagai alternatif terbaik mengatasi masalah dan pengurusan sisa buangan bersepadu.

Berdasarkan senario semasa dalam kepesatan pembangunan ke atas pinggirannya yang

menjana pelbagai impak perubahan petempatan, sosial, budaya, pengangkutan,infrastruktur

dan alam sekitar. Maka kepentingan kitar semula sebagai salah satu komponen penting dalam

perubahan alam sekitar berkaitan dengan penjanaan sisa buangan domestik yang semakin

kronik menjadi satu agenda yang harus diberi perhatian. Kewujudan premis perniagaan yang

menjalankan aktiviti kitar semula yang tumbuh bagai cendawan di kawasan ini dilihat sebagai

satu petanda baik dalam meningkatkan usaha kerajaan Malaysia memartabatkan amalan kitar

semula menjadi amalan hidup masyarakat yang berdepan dengan pelbagai masalah alam

sekitar global. Pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan harus memberi perhatian

yang serius ke atas kewujudan premis yang tidak berdaftar ini memandangkan kepentingan

Page 8: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

aktiviti perniagaan kitar semula ini bukan sahaja memberi pulangan yang menguntungkan dari

segi ekonomi, tetapi apa yang amat penting ialah masalah penjanaan sisa buangan dapat

diatasi. Malah kewujudan premis yang banyak ini juga membantu mengatasi masalah

ketandusan tanah untuk pelupusan sisa buangan dan alternatif bagi kerajaan untuk

melaksanakan teknologi insinerator. Pihak kerajaan harus mengambil inisiatif yang boleh

membantu pengusaha premis yang tidak berdaftar ini sebagai usaha untuk memastikan

tercapainya pengurusan sisa buangan pepejal secara bersepadu. Peranan yang dimainkan oleh

premis kitar semula di kawasan pinggiran ini bukan sahaja menjana ekonomi kepada individu

pengusaha premis berikut,tetapi secara langsung kehadiran premis kitar semula ini memberi

peranan yang penting sebagai sumber penyumbang barangan kitar semula kepada pengilang

atau syarikat barangan kitar semula khususnya yang banyak terdapat di Shah Alam dan

Petaling Jaya,Selangor.

Page 9: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

PENYELESAIAN MASALAH KITAR SEMULA

Terdapat pelbagai usaha yang boleh dijalankan bagi memastikan amalan dan juga program

kitar semula ini dapat berjalan dengan lancar. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah

menerusi pemupukan amalan 3R dalam kalangan masyarakat di samping meningkatkan lagi

kesedaran masyarakat untuk melakukan amalan kitar semula barangan buangan yang

dihasilkan setiap hari. Pemupukan amalan ini perlulah dilakukan daripada peringkat awal lagi

iaitu dalam kalangan kanak-kanak lagi. Hal ini kerana, melentur buluh itu biarlah dari

rebungnya. Di sini kita dapat lihat bahawa pepatah ini jelas menyatakan bahawa untuk

menjadikan sesuatu itu berjaya usaha perlu dilakukan dari peringkat awal. Di mana dalam

usaha ini, amalan kitar semula bolehlah diajar atau didedahkan kepada kanak-kanak. Individu

seperti ibu bapa dan juga ahli keluarga perlulah mendidik kanak-kanak agar mengamalkan

amalan 3R di samping menunjukkan tauladan yang baik kepada mereka.

Selain itu, pihak kerajaan sendiri telahpun mengadakan berbagai usaha bagi memupuk

amalan cinta akan alam sekitar dan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Antaranya adalah menerusi kempen kitar semula, sambutan Hari Alam Sekitar yang diadakan

setiap 11 November pada setiap tahun, hari tanpa beg plastik dan juga pengajaran modul

cintakan alam sekitar dalam proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah. Umum

mengetahui bahawa pada 11 November akan diadakan hari Kitar Semula Peringkat

Kebangsaan di negara ini. Ianya bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap pentingnya

amalan kitar semula kepada kita semua. Di samping itu, pada setiap hari Sabtu seluruh pasar

raya dan juga pusat membeli belah telah menyahut seruan kerajaan bagi menjayakan hari

tanpa beg plastik. Di mana, bagi individu yang ingin membeli belah mereka haruslah

membawa beg plastik sendiri dari rumah atau menggunakan beg mesra alam semasa keluar

membeli belah. Beg plastik tidak akan diedarkan kepada pelanggan yang berbelanja pada hari

Sabtu, jika mereka ingin memebeli belah juga mereka perlulah membawa sendiri beg plastik

dari rumah.

Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan tong-tong

kitar semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan sekolah-sekolah dan bandar serta di

Page 10: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

kampung. Tong-tong kitar semula memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buangan

seperti kertas, botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat kerja-kerja

pihak kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong kitar semula mengajar dan

mendidik anak-anak supaya menyayangi alam sekitar dan mengelak daripada berlakunya

pembungan sampah yang berleluasa.

Pusat-pusat kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi bertujuan

bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang berkaitan.

Pusat-pusat kitar semula memudahkan pengilang mendapatkan input masing-masing. Selain

itu, dengan adanya pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik minat masyarakat

untuk menghantar barang-barang kitar semula. Pemberian insentif atau hadiah kepada sesiapa

yang menghantar bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan menggalakkan orang

ramai untuk menghantar bahan buangan terutamanya kanak-kanak. Contohnya dengar

memberikan wang sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca, seekor anak patung yang sudah

dibersihkan untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-macam lagi.

Di samping menjalankan program sebegini, peranan media massa cetak dan elektronik masih

dan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan kepentingan kitar semula dan faedah

kitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Contohnya, RTM atau Radio

Televisyen Malaysia sering memaparkan lagu-lagu kitar semula dan visual yang agak menarik

malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. Komputer juga boleh digunakan

bagi menjayakan program kitar semula dengan membuka halaman atau ‘homepage’ berkenaan

alam sekitar dan proses kitar semula. Sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat

dan orang ramai menghabiskan masa dengan komputer, jadi dengan animasi, fakta dan

maklumat tentang kitar semula yang menarik dan menakjubkan akan menarik minat orang

ramai untuk menyertai program kitar semula ini.

Selain itu, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menjayakan program ini.

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang membuang

sampah sarap sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam, sungai dan longkang patut

dikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan. ini kerana mereka

bukan sahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit kerana pembiakan lalat, lipas

Page 11: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

dan tikus. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna akan terjejas jika mereka tidak berubah

sikap.

Justeru itu, masyarakat patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama untuk

menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan

bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di serata dunia.

KESIMPULAN

Amalan kitar semula perlulah dijadikan sebagai budaya dalam kalangan setiap anggota

masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Amalan kitar semula merupakan amalan

yang amat baik, yang seharusnya diterapkan dalam diri masyarakat. Komitmen yang tinggi

perlulah diberikan oleh setiap anggota masyarakat bagi memastikan objektif program kitar

semula ini dapat dicapai. Walaubagaimanapun, masyarakat hari ini kurang cakna terhadap

kepentingan kitar semula, sedangkan melalui amalan kitar semula ini kita akan mendapat

banyak manfaatnya. Mentaliti masyarakat pada hari ini rata-ratanya memandang enteng

tentang program kitar semula ini tanpa mengambil kira kesannya kepada alam sekitar dan

hidupan. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memupuk

kesedaran dalam kalangan masyarakat tidak kira sama ada melalui surat khabar atau melalui

media massa, namunpun begitu amalan kitar semula ini masih dipandang sepi oleh segelintir

anggota masyarakat. Terdapat pelbagai program yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan

mahupun badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk membentuk masyarakat yang

mencintai alam sekitar dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap program kitar semula.

Antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah dengan memperkenalkan Hari Kitar

Semula Kebangsaan iaitu pada 11 November. Selain itu, hari Sabtu dijadikan hari tanpa

plastik, dan sebagainya. Namun, usaha-usaha ini seperti menemui jalan buntu apabila sikap

segelintir anggota masyarakat kita seakan tidak menyokong hal ini.

Jika keadaan ini berterusan, maka hasrat murni kerajaan ini akan terkubur begitu sahaja dan

amalan kitar semula ini tidak akan dapat dilakukan. Amalan kitar semula wajar dipraktikkan

dalam kehidupan seharian kerana amalan ini mengandungi pelbagai kebaikan, antaranya ialah

dapat menjmatkan sumber pengeluaran daripada alam semula jadi seperti pengeluaran kertas

dan juga kayu-kayan dalam memproses kertas tersebut. Antara isu yang sering menjadi bualan

Page 12: · Web viewMelalui proses kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan kuantiti bahan buangan, disamping menjimatkan kos perbelanjaan

pada masa kini ialah sejauhmanakah program kitar semula ini memberi kesan kepada

masyarakat. Jika kita perhatikan, program-program ini memberi kesan dan manfaat yang

cukup besar kepada masyarakat dan alam sekitar tu sendiri. Pelbagai program telah dijalankan

oleh pihak kerajaan bagi memastikan alam sekitar ini terpelihara, antaranya ialah program

hijaukan bumi kita dan kempen tanam semula tumbuhan. Hal ini adalah untuk memastikan

sumbernya terus kekal terpelihara. Pihak berkuasa juga telah menguatkuasakan undang-

undang bagi membanteras kegiatan haram seperti pembalakan haram. Di samping itu juga,

penggunaan medium teknologi juga dapat membantu kempen kitar semula, di samping

dapatmenyebarkan maklumat dengan lebih pantas. Hal ini seiring dengan perkembangan

teknologi yang ada. Kesimpulannya, untuk menjayakan hasrat murni kerajaan ini, semua

masyarakat perlu memainkan peranan agar keseimbangan alam dapat dikekalkan.