kk4 tanam semula

34
PENURUNAN DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN PROGRAM TANAM SEMULA 1. TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Penolong Pegawai Pertanian (PPP) RISDA bagi semua gred jawatan meliputi Generasi 1, 2 dan 3 akan pentingnya memiliki tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi serta pengalaman yang luas dalam mengurus Program Tanam Semula. Keperluan ini adalah penting untuk memastikan segala keputusan yang dibuat oleh mereka yang terlibat adalah bertepatan dengan peraturan yang berkuatkuasa bagi mencapai matlamat dan kejayaan program tanam semula yang dirancang. 2. DIFINISI Bagi tujuan kertas kerja ini, kumpulan PPP dibahagikan kepada tiga kategori tempoh perkhidmatan di RISDA seperti berikut: 2.1 Generasi 1 ialah PPP yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun di RISDA. 2.2 Generasi 2 ialah PPP yang telah berkhidmat melebihi 10 - 25 tahun di RISDA. 2.3 Generasi 3 ialah PPP yang telah berkhidmat kurang daripada 10 tahun di RISDA. 3. LATAR BELAKANG 1

Upload: rossly-salleh

Post on 05-Aug-2015

691 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KK4 Tanam Semula

PENURUNAN DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN PROGRAM TANAM SEMULA

1. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Penolong Pegawai Pertanian (PPP) RISDA bagi semua gred jawatan meliputi Generasi 1, 2 dan 3 akan pentingnya memiliki tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi serta pengalaman yang luas dalam mengurus Program Tanam Semula. Keperluan ini adalah penting untuk memastikan segala keputusan yang dibuat oleh mereka yang terlibat adalah bertepatan dengan peraturan yang berkuatkuasa bagi mencapai matlamat dan kejayaan program tanam semula yang dirancang.

2. DIFINISI

Bagi tujuan kertas kerja ini, kumpulan PPP dibahagikan kepada tiga kategori tempoh perkhidmatan di RISDA seperti berikut:

2.1 Generasi 1 ialah PPP yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun di RISDA.

2.2 Generasi 2 ialah PPP yang telah berkhidmat melebihi 10 - 25 tahun di RISDA.

2.3 Generasi 3 ialah PPP yang telah berkhidmat kurang daripada 10 tahun di RISDA.

3. LATAR BELAKANG

3.1 Sejarah Skim Tanam Semula.

i. Skim Tanam Semula untuk pekebun kecil menanam semula pokok-pokok getah tua dengan tanaman getah atau tanaman lain yang diluluskan bermula sejak 1 September 1952. Peraturan berkaitan bantuan tanam semula diwujudkan mengikut peruntukan seksyen 10(1) Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 (Ordinan 8 Tahun 1952).

1

Page 2: KK4 Tanam Semula

ii. Dari tahun 1952 hingga 1972, pengurusan Skim Tanam Semula ditadbir oleh Lembaga Perusaan Getah Tanam Semula (LPGTS).

iii. Mulai 1 Januari 1973 hingga sekarang, pengurusan Skim Tanam Semula ditadbir oleh RISDA yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 (Akta 85 Tahun 1972). Kawasan operasi akta ini adalah meliputi seluruh Malaysia.

iv. RISDA/LPGTS hanya beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja sejak tahun 1952 hingga 2008. Mulai 1 Januari 2009 RISDA memulakan operasinya di Sarawak dan diteruskan ke Sabah pada 1 Januari 2010.

v. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan fungsi dan tanggungjawab RISDA, akta tersebut telah dipinda dan diluluskan oleh Parlimen. Akta tersebut dinamakan Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 (Pindaan) 2010. Akta pindaan ini akan berkuatkuasa setelah mendapat pengesahan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

3.2 Fungsi RISDA.

i. Mentadbir Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) di bawah Ordinan 8,1952;

ii. Mengurus dan mengendalikan rancangan-rancangan yang diluluskan di bawah Ordinan 8,1952;

iii. Merancang dan melaksanakan segala inovasi bagi sektor pekebun kecil.

3.3 Tanggungjawab RISDA.

i. Melaksana segala pembaharuan pertanian yang dihasilkan daripada penyelidikan.

2

Page 3: KK4 Tanam Semula

ii. Bekerjasama dan berhubung dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, mengadakan kredit pertanian, pemprosesan dan pemasaran getah bagi mempercepat proses permodenan sektor pekebun kecil.

iii. Melaksana penanaman semula dan tanam baru dengan klon-klon baru yang boleh mengeluarkan hasil yang tinggi melalui amalan agronomi yang baik.

iv. Memastikan sektor pekebun kecil dimodenkan dari segala segi bagi memperbaiki keadaan ekonomi pekebun kecil.

v. Mendapat dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan pembangunan sektor pekebun kecil dan diberi kepada kerajaan.

vi. Melaksana program-program pembangunan yang ditentukan oleh Menteri yang bertanggungjawab berhubung kemajuan sektor pekebun kecil.

3.4 Peraturan Bantuan Tanam Semula.

i. Peraturan-peraturan berhubung bantuan tanam semula yang disebut sebagai Skim adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 10(1) Bahagian 2 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

ii. Secara amnya, Skim menerangkan secara khusus berkaitan syarat-syarat kelayakan bantuan tanam semula, kadar bantuan dan jenis tanaman yang boleh ditanam semula oleh pekebun kecil.

iii. Pekebun kecil maksudnya adalah pemilik tanah yang memiliki apa-apa tanah yang mana jumlahnya kurang daripada 100 ekar (40.4686 hektar) menurut Seksyen 2 Bahagian 1 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

3

Page 4: KK4 Tanam Semula

iv. Pemilik tanah yang memiliki apa-apa tanah yang mana jumlahnya tidak kurang daripada 100 ekar (40.4686 hektar) adalah dinamakan sebagai estet sepertimana dinyatakan pada seksyen 16(1) Bahagian 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

v. Estet akan menerima bantuan dalam bentuk pemulangan wang ses melalui peraturan-peraturan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi Estet–Estet, 1974 yang diperuntukkan di bawah Seksyen 10(1) Bahagian 2 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

vi. Sebanyak enam Skim telah diwujudkan sejak program bantuan tanam semula diperkenalkan pada tahun 1952 hingga sekarang,

vii. Pada masa ini peraturan yang berkuatkuasa di bawah peruntukan tersebut ialah Peraturan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Skim No.6) 1981 dan Peraturan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Skim No.6) Pindaan 1984.

viii. Secara ringkas, pelaksanaan enam Skim tersebut adalah seperti berikut Jadual 1:

Jadual 1: Pelaksanaan Skim Tanam Semula No. 1 – No.6

4

Page 5: KK4 Tanam Semula

5

TAHUN SKIMKADAR BANTUAN

(RM/HEKTAR) CATATAN

1952 1 988 Skim interim

1953 - 1955 2 1,236 Luas TS secara berperingkat

1956 - 1959 2 1,483 Luas TS secara berperingkat

1960 - 1961 3 1,483 Luas TS secara berperingkat

1962 - 1966 3 1,853 Luas TS secara berperingkat

1967 - 1970 4 1,853 Luas TS secara berperingkat

1971 - 1977 5 2,224 Luas TS secara berperingkat.

1978 - 1980 5 2,965 Boleh TS semua keluasan getah

dimiliki: ≤ 4.0468 hek. TS getah.

TAHUN SKIMKADAR BANTUAN

(RM/HEKTAR) CATATAN

1978 - 1980 5 2,224 > 4.0468 hek. TS getah & semua keluasan tanah bagi tanaman lain.

1981 - 1990 6 5,436 ≤ 4.0468 hek. getah.

6 3,706 > 4.0468 hek. getah.

6 3,706 ≤ 4.0468 hek. tanaman lain.

6 2,965 > 4.0468 hek. tanaman lain.

1991 - 2002 6 6,178 ≤ 4.0468 hek. getah.

6 4,201 > 4.0468 hek. getah.

6 4,448 ≤ 4.0468 hek. tanaman lain.

6 3,459 > 4.0468 hek. tanaman lain.

2003 - 2009 6 7,000 Getah di Semenanjung Malaysia.

2003 - 2005 6 4,448 ≤ 2.5 hek. tanaman lain.

2006 - 2010 6 2,500

> 5.0 hek. tanaman lain secara one off selepas siap ditanam.

2007 6 6,000 ≤ 5.0 hek. tanaman lain.

2009 6 10,000

Getah di Sarawak untuk 2009 sahaja.

2009 6 6,000 ≤ 2.5 hek. sawit ke sawit

2010 6 9,230 Getah di Semenanjung Malaysia.

6 13,500 Getah di Sarawak.

6 14,000 Getah di Sabah.

2011 6 2,500

≤ 2.5 hek. Tanaman lain secara one off selepas siap ditanam.

Page 6: KK4 Tanam Semula

ix. ixix. Hak Kelayakan Luas Tanah Menyertai Tanam Semula.

a. Dari tahun 1952 hingga 1977, luas tanah getah tua yang boleh diluluskan bantuan tanam semula dibuat secara berperingkat bagi semua jenis tanaman yang diluluskan.

b. Mulai tahun 1978, pekebun kecil dibenarkan membuat permohonan bantuan tanam semula semua (100 %) luas kebun getah tua yang dimiliki.

c. Mulai RMKe8 (2001 – 2005) kerajaan telah menetapkan dasar untuk pengekalan kawasan getah negara. Dasar tersebut adalah bertujuan

6

Page 7: KK4 Tanam Semula

untuk menjaga kepentingan industri hiliran berasaskan getah.

d. Bantuan tanam semula hanya dibenarkan bagi kebun getah yang akan ditanam semula dengan tanaman getah sahaja. Program ini dinamakan Tanam semula Getah Kepada Getah Secara Integrasi (TSGGI). Pekebun kecil digalakkan melaksanakan aktiviti lain secara integrasi samada secara on farm atau off farm bagi menambah pendapatan mereka. Mulai RMKe10, TSGGI dinamakan sebagai Tanam Semula Getah Kepada Getah (TSGG) sahaja.

d. Bantuan tanam semula tidak diluluskan kepada pekebun kecil yang ingin menanam semula kebun getah kepada tanaman lain kecuali kes-kes komited tahun 2001 sahaja. Program ini dinamakan Tanam Semula Getah Kepada Tanaman Lain (TSGL) Komited 2001.

e. Mulai tahun 2003 bantuan tanam semula getah kepada tanaman lain dihadkan kepada pekebun kecil yang memiliki jumlah keluasan tanah 2.5 hektar dan ke bawah. Program ini dinamakan Tanam Semula getah Kepada Tanaman Lain 2.5 Hektar Dan Ke Bawah (TSGL 2.5 Hektar Ke Bawah).

f. Pada tahun 2005, kerajaan telah meluluskan dasar TSGL dari tahun 2002 hingga 2005 yang dibahagikan kepada TSGL 5.0 Hektar Ke Bawah dan TSGL Lebih 5.0 Hektar berdasarkan entiti. Pada tahun 2005, bantuan TSGL 5.0 Hektar Ke Bawah dibayar secara one off untuk kebun yang telah ditanam terlebih dahulu sebelum 2004 manakala kebun yang ditanam mulai 2004 dibayar secara bantuan bersesuaian. Bantuan

7

Page 8: KK4 Tanam Semula

TSGL Lebih 5.0 Hektar pula hanya dibayar secara one off dalam semua keadaan.

g. Mulai tahun 2011, bantuan TSGL 5.0 Hektar Ke Bawah dan TSGL Lebih 5.0 Hektar akan dibayar secara one off kepada permohonan TSGL komited sahaja yang telah diluluskan tahun 2010 sahaja.

h. Selain daripada TSGG dan TSGL, kerajaan telah meluluskan supaya RISDA melaksanakan bantuan tanam semula sawit iaitu dari tanaman sawit kepada sawit bagi pekebun kecil yang memiliki jumlah keluasan tanah tidak melebihi 2.5 hektar secara entiti. Program ini dinamakan Tanam Semula Sawit Kepada Sawit 2.5 Hektar Dan Ke Bawah (TSSS 2.5 Hektar Dan Ke Bawah).

x. Jenis Tanaman Yang Diluluskan

a. Sebanyak 18 jenis tanaman pernah diluluskan untuk ditanam semula daripada getah kepada getah atau tanaman lain iaitu sawit, kelapa, koko, kopi, nanas, lada hitam, limau, buah-buahan bukan jenis limau, padi, sagu rumbia, orkid, pisang kaki, rumput fodder, tali rami, pala, cengkih dan halia.

b. Pada masa ini hanya 11 jenis tanaman sahaja yang diluluskan untuk ditanam semula iaitu getah, sawit, kelapa, koko, kopi, nanas, lada hitam, buah-buahan, orkid, medang teja dan spesis balak.

3.5 Aktiviti dan Syarat Kelayakan Bantuan Tanama Semula.

i. Syarat Am Permohonan.

a. Pemohon adalah pekebun kecil (termasuk waris/pemegang amanah) iaitu pemilik tanah

8

Page 9: KK4 Tanam Semula

yang memiliki tanah dengan jumlah keluasannya kurang daripada 100 ekar (40.4686 hektar).

b. Tanah yang dipohon bantuan memiliki surat hakmilik (geran) yang sah.

c. Tanah yang tidak memiliki hakmilik yang sah mesti mendapat pengesahan pemilikan daripada Pejabat Tanah/Agensi Kerajaan berkenaan.

d. Pekebun kecil mestilah warganegara Malaysia.

ii. Syarat Kebun Untuk Tanam Semula Kali Pertama (TS1).

a. Tanah mengandungi getah tua bertoreh atau;

b. Tanah ada tanda-tanda mengandungi getah tua seperti tunggul-tunggul getah atau;

c. Tanah mempunyai buku lesen getah lama (Rubber Cultivation Book) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah menyatakan tanah itu mengandungi getah bertoreh selepas 1952.

iii. Syarat Kebun Untuk Tanam Semula Kali Kedua (TS2) seperti Jadual 2.

Jadual 2: Syarat Kelayakan TS 2.

KAEDAH PENDEKATAN

TS

JUMLAH LUAS KEBUN GETAH DIMILIKI

UMUR POKOK GETAH TS1/TB

TS Individu

0.1011 Hek. –2.8328 Hek.

Minimum 15 tahun

>2.8328 Hek. –40.4685 Hek.

Minimum 20 tahun

TS Secara Berkumpulan

0.1011 Hek. – 40.4685 Hek.

Minimum 15 tahun

iv. Syarat Kebun Untuk Tanam Semula Kali Ketiga (TS3) seperti Jadual 3.

Jadual 3: Syarat Kelayakan TS 3

9

Page 10: KK4 Tanam Semula

v. Syarat Kebun Untuk Tanam Semula Kali Keempat (TS4) seperti Jadual 4.

Jadual 4: Syarat Kelayakan TS 4.

KAEDAH PENDEKATAN

TS

JUMLAH LUAS KEBUN GETAH

DIMILIKI

JUMUR POKOK GETAH TS3

TS Individu0.1011 Hek. – 40.4685 Hek.

Minimum 20 tahunTS Di Bawah Agensi

TS Secara Berkumpulan

Minimum 15 tahun

vi. Syarat Kebun Untuk Tanam Baru (TB) seperti Jadual 5.

Jadual 5: Syarat Kelayakan TB

TARIKH HAKMILIK KEBUN GETAH TUA

JUMLAH LUAS KEBUN GETAH

DIMILIKI

LUAS TANAH KOSONG BOLEH DILULUS UTK TB

Sebelum atau pada 31.12.1970.

0.4046 Hek. – 2.8328 Hek.

Sama luas dgn getah sandaran tertakluk

maksimum 2.0234 hek.

0.1011 Hek. – <0.4046 Hek.

Sama luas dgn getah sandaran tertakluk

maksimum 0.4046 hek.

vi. Syarat Kebun Untuk Bantuan Tanah Kosng (BTK).

a. Peserta mestilah seorang pekebun kecil.

10

KAEDAH PENDEKATAN

TS

JUMLAH LUAS KEBUN GETAH

DIMILIKI

JUMUR POKOK GETAH TS2

TS Individu

0.1011 Hek. – 40.4685 Hek.

Minimum 20 tahun

TS Secara Berkumpulan

Minimum 15 tahunTS Individu(Cantuman gagal semasa ans. ke3 TS2, telah ditoreh dan tidak ekonomik lagi)

Page 11: KK4 Tanam Semula

b. Peserta bersetuju menyertai projek tanam semula berkumpulan RISDA.

c. Keluasan maksimum BTK yang boleh diluluskan bagi setiap permohonan adalah 5.0 hektar dan luas minimum 0.1011 hektar Peserta mestilah seorang pekebun kecil.

d. Jumlah keluasan BTK hendaklah tidak melebihi 30% daripada keseluruhan kawasan projek berkumpulan yang dibangunkan.

e. Peserta bersetuju menandatangani surat perjanjian pinjaman tanah kosong.

f. BTK dikhususkan untuk tanaman getah dan sawit sahaja seperti Jadual 6.

Jadual 6: Sumber Pembiayaan BTK

SUMBER PEMBIAYAAN

KADAR SEHEKTAR GETAH

(RM)

KADAR SEHEKTAR SAWIT(RM)

Bantuan Langsung Kerajaan (BLK)

4,500 3,500

Pinjaman Tanpa Faedah dari RTBB

2,500 2,500

Jumlah 7,000 6,000

3.6 Kaedah Pendekatan (Pelaksanaan).

i. Tanam Semula Secara Individu (TSI) 1952 - Sekarang.

Satu kaedah menanam semula tanah pekebun kecil secara individu (perseorangan) sebagai pemilik pengusaha atau dilaksana oleh pihak lain yang dilantik mewakili pemilik tanah melalui Surat Wakil Kuasa (SWK).

ii. Tanam Semula Secara Berkumpuan.

11

Page 12: KK4 Tanam Semula

Terdapat beberapa kaedah di bawah kategori ini seperti berikut:

a. Tanam Semula Berkelompok (TSB) 1973 – Sekarang.

- Satu kaedah pengurusan tanam semula dimana kebun-kebun berdekatan digabung untuk ditanam semula secara bersama dan serentak yang diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik di kalangan pemilik-pemilik kebun yang terlibat.

- Mulai 2011, TSB akan dilaksana oleh agen pengurusan. Garis panduan berhubung pelaksanaan TSB model baru akan dikeluarkan.

b. Mini Estet (ME) 1978 – 1998.

Estet kecil terbit dari penyatuan beberapa kebun kecil yang dimiliki oleh pekebun kecil yang sudah lanjut umur dan uzur dan/atau yang tinggal berjauhan dari kebun mereka untuk ditanam semula atau ditanam baru di mana pembangunan, penyenggaraan serta kutipan hasil daripadanya diurus oleh RISDA.

c. Tanam Semula Serentak (TSS) 1985 – 1998.

Penanaman semula kepada kebun-kebun yang berselerak secara serentak dan dilaksana oleh setiap peserta serta dipantau oleh jawatankuasa projek.

d. Tanam Semula Komersil (TSK) 1999 - Sekarang

Satu kaedah menanam semula melalui penyatuan kebun-kebun kecil yang diuruskan oleh agen mengurus (Anak Syarikat RISDA) dari peringkat pembangunan sehingga pengeluaran dan pemasaran hasil secara cekap dan menguntungkan.

12

Page 13: KK4 Tanam Semula

e. Tanam Semula Komersil Jangka Pendek (TSKJP) 2001 – sekarang

Satu kaedah menanam semula melalui penyatuan kebun-kebun kecil yang diuruskan oleh agen mengurus dalam peringkat pembangunan.

f. Tanam Semula Gabungan Sarawak (TSGS) 2009 – sekarang.

Satu kaedah menanam semula melalui penyatuan kebun-kebun yang berdekatan digabungkan pengurusannya untuk ditanam semula secara bersama dan serentak oleh RISDA melalui perjanjian dengan pemilik kebun sepanjang peringkat pembangunan.

iii. Tanam Semula Di Bawah Agensi.

Tanam semula di kawasan rancangan pembangunan kawasan dan dilaksana oleh agensi yang bertanggungjawab sebagai wakil kuasa kepada pekebun kecil yang menjadi peserta seperti FELDA, FELCRA, KESEDAR dan sebagainya.

iv. Tanam Semula Kawasan Orang Asli.

Tanam semula di kawasan Orang Asli samada kawasan telah digazet atau belum digazet sebagai Tanah Rezab Orang Asli yang dilaksana secara individu atau SWK kepada JAKOA.

3.7 Kaedah Pemprosesan Bantuan Tanam Semula.

Kaedah pemprosesan adalah dinamik yang telah berubah sejajar dengan perubahan masa dan teknologi. Secara amnya, perubahan yang berlaku adalah seperti berikut:

i. Tahun 1952 – 1994.

Pemprosesan dilaksana secara manual sepenuhnya.

13

Page 14: KK4 Tanam Semula

ii. Tahun 1994 – 1999.

Pelaksanaan Sistem Bantuan Tanam Semula (SBTS) yang mana sebahagian proses malalui sistem pengkomputeran.

iii. Tahun 1999 – Sekarang.

a. Berlaku penambahbaikan kepada sistem pemprosesan bantuan tanam semula secara berkomputer yang menggabungkan tiga modul iaitu Tanam Semula, Stok dan Kewangan yang dinamakan Sistem Maklumat Bersepadu (SMB).

b. Mewujudkan dua sub modul Tanam Semula di bawah SMB iaitu Enquiry dan Sistem Statistik Tanam Semula.

iv. Tahun 2006 – Sekarang.

a. Mewujudkan e-TS iaitu aplikasi Bantuan Tanam Semula melalui Portal myGovernment yang dikendalikan oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. e-TS bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan awam ke seluruh negara melalui internet.

b. Melalui e-TS, pekebun kecil boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk membuat permohonan Bantuan Tanam Semula dan menyemak status permohonan sehingga kelulusan secara online.

v. Tahun 2010 – Sekarang.

a. RISDA telah menambahbaik konsep e-TS dengan mewujudkan TS Online melalui portal RISDA. TS Online merupakan satu aplikasi permohonan bantuan tanam semula berasaskan web dan pangkalan data berpusat yang meliputi urusan menerima, memproses dan meluluskan bantuan tanam semula secara online.

14

Page 15: KK4 Tanam Semula

b. Untuk permulaan, TS Online dilaksana secara perintis di tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Pada tahun 2011, TS Online akan dilaksana diseluruh negara.

3.8 Piagam Tanam Semula.

Piagam Tanam Semula bertujuan mengukur kecekapan dan keberkesanan Sistem Penyampaian Bantuan Tanam Semula kepada pekebun kecil. Mulai 2008, Piagam Tanam Semula adalah seperti berikut:

i. Kelulusan permohonan dari tarikh permohonan lengkap diterima dalam masa 14 hari.

ii. Bayar bantuan ansuran semasa/pertama dari tarikh lawatan pemeriksaan kebun dalam masa 14 hari.

iii. Bayar bantuan ansuran berturut dari tarikh lawatan pemeriksaan kebun dalam masa 12 hari.

iv. Bekalan baja dari tarikh lawatan pemeriksaan kebun dalam masa 14 hari.

v. Bekalan benih dari tarikh lawatan pemeriksaan kebun dalam masa 15 hari.

3.9 Sumber Rujukan.

i. Setiap staf yang terlibat secara langsung dalam pemprosesan bantuan tanam semula perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan peraturan pemprosesan permohonan, teknik pembangunan ladang dan teknologi tanaman.

ii. Rujukan utama berhubung perkara tersebut boleh diperolehi melalui:

a. Undang-undang/surat-surat pekeliling tanam semula seperti:-

Ordinan 8 Tahun 1952. Akta 85 Tahun 1972. Skim No. 6 Tahun 1981.

15

Page 16: KK4 Tanam Semula

Skim No. 6 Tahun 1984 (Pindaan). Administration Circular. Surat Pekeliling Tanam Semula. Surat Pekeliling Mini Estet. Arahan Ketua Pengarah. Arahan Pentadbiran. Surat Pekeliling Bahagian Tanam Semula Dan

Perladangan. Panduan Pematuhan Peraturan Kewangan

RISDA.

b. Garis panduan/Buku seperti:

Garis Panduan Proses Permohonan Bantuan Tanam Semula 2007 (Pindaan).

Buku Panduan TSB Edisi Kelima 2005. Garis Panduan TSK 1999. Garis Panduan TSKJP 2001. Buku Panduan TSGS 2009. Manual SMB 1999. Panduan Pengguna Sistem STS 2003. Garis Panduan Sistem Penyampaian Program

Bantuan Tanam Semula Bagi Menerima, memproses Dan Meluluskan Permohonan Secara TS Online 2010.

Garis Panduan Pindaan Dan Pengesahan Bantuan Tanam Semula 1988.

Buku Teknologi Getah RISDA 2009. Buku Teknologi Sawit RISDA 2010. Penurunan Kuasa Bidang Tanam Semula 2010.

c. Jenis Rujukan

Hard copy surat-surat pekeliling/garis panduan yang diedarkan kepada semua Pusat Tanggungjawab.

Laman web RISDA.

3.10 Status Kemajuan Bantuan Tanam Semula 1952 – 2010.

16

Page 17: KK4 Tanam Semula

i. Tahun 1952 – 1970 iaitu semasa Pentadbiran LPGTS (sebelum penubuhan RISDA).

ii. Tahun 1971 – 1990 iaitu selepas RISDA ditubuhkan dalam tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

iii. Tahun 1991 – 2000 iaitu dalam tempoh pelaksanaan Dasar Wawasan Negara (DWN).

iv. Tahun 2001 – 2010 iaitu dalam tempoh pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

v. Status kemajuan bantuan tanam semula dari tahun 1952 hingga 2010 adalah seperti Jadual 7.

Jadual 7: Status Kemajuan Bantuan Tanam Semula/Tanam Baru/Bantuan Tanah Kosong Tahun 1952 – 2010

BIL TEMPOH TANAMAN BIL. PEKEBUN KECIL LUAS (HEK)

1 1952 - 1970 GetahLain-lainJumlah

274,20854,659

328,867

422,703.8441,321.84

464,025.682 1971 - 1990 Getah

Lain-lainJumlah

167,51778,956

246,473

388,047.93202,519.90590,567.83

3 1991 - 2000 GetahLain-lainJumlah

115,10169,041

184,142

194,061.38138,947.67333,009.05

4 2001 - 2010 GetahLain-lainJumlah

125,89252,651

178,543

193,171.74100,031.78293,203.51

5 JUMLAH1952 - 2010

GetahLain-lainJumlah

682,718255,308938,026

1,197,984.89482,821.19

1,680,806.08

4. KUTIPAN WANG SES

4.1 Pengenaan dan kutipan wang ses dikuatkuasakan mengikut seksyen 7, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

17

Page 18: KK4 Tanam Semula

4.2 Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) atau disebut juga Kumpulan Wang Ses telah diperkenalkan pada tahun 1952 sebagai satu kaedah bagi mewujudkan satu kumpulan wang yang membolehkan, menggalakkan dan membantu pekebun – pekebun kecil dan pemilik – pemilik estet menanam semula kawasan getah tua bila tiba waktunya.

4.3 Pemulangan wang ses kepada sektor pekebun kecil disalurkan melalui pemberian bantuan tanam semula sementara kepada estet adalah berasaskan bukti pengeluaran dan eksport estet berkenaan.

4.4 Pada masa ini, kadar kenaan wang ses adalah sebanyak 9.92079 sen sekilogram bagi ses tanam semula dan 4.00 sen bagi ses R&D. Oleh itu, jumlah kadar kenaan adalah 13.92079 sen sekilogram yang dikutip oleh pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia bagi getah yang dieksport manakala kutipan domestik oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) melalui Perintah Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) (Ses Atas Getah Yang Dijual Kepada Pengilang) 1998.

4.5 Sejak diperkenalkan 57 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1952, kadar kenaan ses tanam semula tidak pernah berubah manakala kadar kenaan ses bagi R&D telah dinaikkan sebanyak 0.15 sen daripada 3.85 sen sekilogram kepada 4.00 sen sekilogram berkuatkuasa mulai 1 September 2005 melalui Perintah Lembaga Getah Malaysia (Ses) (Pindaan) 2005.

5. PROGRAM PEMULANGAN WANG SES ESTET

5.1 Pemulangan wang ses kepada Estet Peserta diurus oleh Unit Pengurusan Kumpulan Wang Ses, Bahagian Tanam Semula dan Perladangan, Ibu Pejabat RISDA.

5.2 Sebelum sesebuah estet boleh menuntut pemulangan wang ses daripada RISDA, pemilik estet mesti membuat permohonan dengan RISDA untuk dilulus dan didaftar sebagai Estet Peserta.

18

Page 19: KK4 Tanam Semula

5.3 Syarat pemulangan wang ses adalah seperti berikut:

i. Bayaran pemulangan wang ses dipertimbangkan sekiranya taraf estet didapati memuaskan hati dan ada bukti pengeluaran getah.

ii. Memuaskan hati ialah estet yang tidak mempunyai kawasan tanaman getah melebihi umur 33 tahun.

iii. Taraf tidak memuaskan hati ialah estet yang mempunyai kawasan tanaman getah melebihi umur 33 tahun.

iv. Estet Peserta dikehendaki mengemukakan tuntutan pemulangan wang ses secara suku tahun.

v. Tuntutan dilakukan secara online melalui Sisten e-Estet dan disokong dengan Borang 2 LGM (getah kegunaan domestik) atau Borang Kastam 2 (getah yang dieksport).

6. RANCANGAN TANAM BARU BERKELOMPOK (RTBB)

6.1 Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) merupakan salah satu kaedah tanam semula yang terkandung di dalam peraturan-peraturan 15 dan 16 Skim Tanam Semula No. 5 (1971 – 1980) dan peraturan-peraturan 11 dan 12 Skim Tanam Semula No. 6 (1981 – sekarang) di bawah Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula ) 1952.

6.2 Pekebun kecil yang layak menyertai RTBB adalah mereka yang memiliki tanah getah 7 ekar (2.8328 hektar) atau kurang pada atau sebelum 31 Disember 1970. Kelayakan maksimum Tanam Baru (TB) untuk menjadi pemegang saham RTBB ialah 5 ekar (2.0234 hektar). Kadar saham RTBB adalah bersamaan kadar bantuan TB pada tahun 1970an iaitu RM900/ekar.

6.3 Pekebun kecil yang diiktiraf sebagai peserta RTBB adalah mereka yang memohon untuk menyertai Skim dan diberi kelulusan oleh RISDA berasaskan syarat-syarat berikut:-

19

Page 20: KK4 Tanam Semula

i. Membuat permohonan secara rasmi.

ii. Memiliki tanah getah 7 ekar (2.8328 hektar) atau kurang sebelum atau pada 31 Disember 1970.

iii. Belum menggunakan hak tanam baru.

iv. Memegang saham (menjadi ahli) dalam koperasi yang memiliki tanah.

6.4 Butir-butir mengenai kedudukan RTBB adalah seperti berikut:

i. Diperingkat awal penubuhannya, RTBB terdiri daripada 29 buah ladang getah dan kelapa sawit dengan keluasan 125,847 ekar (50,929 hekar) telah dibangunkan.

ii. 24 buah daripada ladang-ladang di atas dengan keluasan 105,635 ekar (42,749 hektar) adalah daripada tanah kurniaan Kerajaan Negeri sementara 5 buah lagi dengan keluasan 20,212 ekar (8,180 hektar) merupakan estet yang dibeli dengan kewangan RTBB dalam tempoh 1990 – 1994.

iii. Selain daripada pembangunan ladang, RTBB turut

menguruskan 3 buah kilang kelapa sawit iaitu Kilang Sawit RISDA Sg. Ambat di Johor, Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong di Pahang dan Kilang Sawit RISDA Durian Mas di Terengganu.

iv. Dua buah ladang dengan keluasan 6,092 ekar yang pada asalnya sebahagian daripada RTBB telah diserahkan kepada Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad (KLPKMB) pada tahun 1991.

v. Bilangan peserta asal yang berdaftar berjumlah 16,080 orang.

6.5 Pada masa ini peserta RTBB menikmati hasil pelaburan saham mereka dengan memperoleh dividen yang dibayar oleh RISDA setiap tahun.

20

Page 21: KK4 Tanam Semula

7. PELAKSANAAN PROGRAM TANAM SEMULA 2011

7.1 Sehingga 31 Mei 2011, RISDA telah diluluskan untuk melaksanakan Program Tanam Semula seperti berikut:

i. Program Tanam Semula Getah Ke Getah (TSGG) RMKe10.

ii. Tanam Semula Getah Dan Sawit Sambungan (TSGS).

iii. Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain 5.0 Hektar Ke Bawah (TSGL ≤5.0 Hektar) Komited 2010.

iv. Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain Lebih 5.0 Hektar (TSGL >5.0 Hektar) Komited 2010.

7.2 Pecahan jumlah peruntukan 2011 bagi Program TSGG RMKe10 dan Bantuan Tanam Semula Sambungan yang telah diagih kepada semua Pusat Tanggungjawab adalah seperti Jadual 8.

Jadual 8: Peruntukan TSGG dan TSGS Diluluskan Tahun 2011

BIL PROGRAMPERUNTUKAN

BLK (RM)PERUNTUKAN

SES (RM)JUMLAH

(RM)

1 TSGG RMKe10 28,967,400.00 14,372,600.00 43,340,000.00

2

Tanam Semula Getah & Sawit Sambungan

(TSGS)

87,297,000.00 33,896,588.00 121,193,588.00

3 Jumlah 116,264,400.00 48,269,188.00 164,533,588.00

7.3 RISDA memperolehi tambahan peruntukan TSGG untuk dilaksana pada tahun 2011. Pelaksanaan di semua Pusat Tanggungjawab dijangka pada Julai 2011. Tambahan peruntukan tersebut adalah seperti berikut:

i. Tambahan peruntukan TSGG berjumlah RM12,000,000.00 seluas 2,977 hektar dari sumber BLK yang diluluskan oleh pihak EPU.

21

Page 22: KK4 Tanam Semula

ii. Tambahan peruntukan TSGG berjumlah RM12,085,000.00 seluas 2,307 hektar ansuran pertama dan 3,099 hektar ansuran kedua dari sumber baki BLK RMKe9.

7.4 Program TSGL ≤5.0 Hektar dan TSGL >5.0 Hektar Komitted 2010 telah dilulusakn untuk dibayar bantuan pada kadar RM2,500 sehektar secara one-off selepas kebun siap ditanam. Pembiayaan bagi program ini adalah dari sumber Kumpulan Wang RISDA dengan pecahan seperti di Jadual 9.

Jadual 9: Peruntukan Program TSGL ≤5.0 Hektar dan TSGL >5.0 Hektar Komitted 2010.

BIL PROGRAM PERUNTUKAN (RM)

1 TSGL ≤5.0 Hektar 6,375,000

2 TSGL >5.0 Hektar 532,500

3 Jumlah 6,907,500

8. BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA)

8.1 NKEA yang dibentuk di bawah Economic Transformation Program (ETP) bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. RISDA terlibat secara langsung dalam Bidang Getah iaitu satu daripada 12 NKEA yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

8.2 KPI NKEA yang perlu dicapai oleh RISDA terutamanya yang berkaitan dengan program tanam semula melalui Entry Point Project (EPP) dan Recommendation (Rec.) tertentu adalah seperti berikut:

8.2.1 EPP1 - Meningkatkan produktiviti nasional getah asli kepada 2,000kg/hek/thn pada tahun 2020.Rec.2 - Memastikan pengamalan GAP di semua kebun getah peringkat penyediaan tanah, muda dan matang

i. 100% pematuhan GAP bagi penyediaan tanah menjelang Jan 2011.

22

Page 23: KK4 Tanam Semula

ii. Tahun 2015 70% capai kematangan dalam 4½ tahun dan pada tahun 2020, 100% capai kematangan dalam 4½ tahun.

8.2.2 EPP2 - Memastikan kemampanan (sustainability) sektor huluan getah asli Negara.

Rec.2 - Memastikan dana yang mencukupi disediakan untuk tanam semula dan tanam baru.

i. Meningkatkan ses tanam semula dari 9.92079 kepada 28.00 sen/kg.

ii. Tanam semula 40,000 hek; S/Malaysia: 24,000 hek, Sabah: 6,000 hek, Sarawak: 10,000 hek.

iii. Tanam baru 30,000 hek ; S/Malaysia: 4,000 hek, Sabah: 11,000 hek, Sarawak: 15,000 hek.

9. BIDANG KEBERHASILAN UTAMA RISDA (RKRA)

9.1 RKRA diwujudkan dengan tujuan untuk menyokong kepada pencapaian KPI NKEA yang dipertanggungjawabkan kepada RISDA.

9.2 KPI RKRA yang perlu dicapai secara langsung bagi program tanam semula adalah seperti berikut:

9.2.1 RKRA1 - Meningkatkan kecapaian tanam semula di peringkat pembangunan tanah.

RKPI- Program Tanam Semula.

i. 72.5% dari kebun yang sedang menerima bantuan mencapai tumbesaran 10 sm setahun pada tahun 2011.

Focus group : Bantuan ke : 3 - 6 18 PT daripada 53 PT (34%) Bil.P/Kecil: 2,772 orang Keluasan: 4,155.95 hektar

23

Page 24: KK4 Tanam Semula

ii. 70% dari bilangan pokok sawit sehektar telah berhasil pada umur 2 ½ tahun pada tahun 2011.

Focus group : Bantuan ke 4 18 PT daripada 53 PT (34%) Bil.P/Kecil: 1,037 orang Keluasan: 1,447.11 hektar

10. HALATUJU PROGRAM TANAM SEMULA 2011

Bagi tahun 2011, halatuju program tanam semula yang perlu diberi tumpuan adalah seperti berikut:

i. Pemantapan Fokus 2010

a. Meneruskan KPI Keremajaan:- 4 ½ tahun getah. - 2 ½ tahun sawit.

b. Pemantapan 1 PRN/PRD/PRJ/PRB : 1TSK c. Pelaksanaan TS Online di seluruh negara

ii. Tanam Semula Getah ke Getah 2011.

iii. Tanam Semula Ikut Zon Getah.

iv. Penjenamaan Semula TSB (Model Baru TSB).

v. Tunggul Teras (Core Stump) Untuk Sulaman.

vi. Membudayakan Tanaman Dalam.

11. MEREALISASIKAN PELAKSANAAN PROGRAM TANAM SEMULA

11.1 Program tanam semula adalah bersifat dinamik sejajar dengan perkembangan semasa. Bagi kelancaran pelaksanaannya, setiap warga RISDA terutamanya staf yang terlibat secara langsung dengan program ini seperti

24

Page 25: KK4 Tanam Semula

Penolong Pegawai Pertanian (PPP) hendaklah melengkapkan diri dengan faktor berikut:

i. Pengetahuan. ii. Kemahiran. iii. Pengalaman.

11.2 Pengetahuan

Pengetahuan yang ada pada seseorang staf adalah penting bagi menjadikannya berkemahiran. Kemahiran pula akan terbentuk melalui tindakan pelaksaan tugas yang diamanahkan kepada seseorang.

i. Jenis Pengetahuan Diperlukan.

a. Tanam Semula – Core business- Peraturan Tanam Semula.- SMB.- TsOnline.- Penurunan Kuasa.

b. Tekologi Tanaman.c. Pembangunan dan Pengurusan Ladang.d. Pengembangan.e. Komunikasi. f. Penyeliaan Staf dan Pengurusan Pejabat.h. Teknologi Maklumat

ii. Sumber Rujukan/Kaedah Bagi Meningkatkan Pengetahuan.

a. Kursus secara dalaman (khas atau refresher). b. Bahan rujukan seperti surat pekeliling.c. Mentor yang dilantik.d. Pegawai lain dalam bidang yang sama.e. Inisiatif diri sendiri.

11.3 Kemahiran.

Kemahiran bolehlah ditakrifkan sebagai kecekapan seseorang melaksana sesuatu perkara. Beberapa faktor yang perlu diberi perhatian sebagai usaha untuk meningkatkan kemahiran ialah:

25

Page 26: KK4 Tanam Semula

a. Melalui latihan. b. Pengamalan/pelaksanaan program tanam

semula.c. Pelaksanaan aktiviti pengembangan/komunikasi.

11.4 Pengalaman.

Pengalaman ialah sesuatu yang telah dilalui atau ditempuhi. Gabungan di antara pengetahuan dan kemahiran akan mewujudkan pengalaman. Pengalaman akan bertambah seiring dengan masa yang dilalui.

11.5 Kombinasi ketiga-tiga faktor tersebut di atas adalah sangat

penting bagi menjayakan semua program tanam semula yang telah dirancang.

11. TRANSFORMASI LATIHAN/PEMBELAJARAN/PENGALAMAN PROGRAM TANAM SEMULA

Dalam tempoh hampir 35 tahun yang lepas sehingga sekarang, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dalam lantikan, latihan seseorang staf dalam perkhidmatan PPP Generasi 1, 2 dan 3. Selain daripada itu pekebun kecil juga telah mengalami perubahan terutama dari segi pengetahuan dan taraf ekonominya. Jadual 10 menunjukkan perubahan yang berlaku sejak 35 tahun yang lepas.

Jadual 10: Perbandingan Lantikan/Latihan PPP dan Pengetahuan Pekebun Kecil.

BIL PERKARA PERBANDINGAN

1 Lantikan Perkhidmatan 1. Generasi 1 secara Pegawai RISDA Pelatih dalam tempoh 1.5 – 2 bulan.2. Menerima kursus teknikal dan survey sepanjang tempoh sebagai Pegawai RISDA Pelatih.

1. Generasi 2 dan 3 terus dilantik ke jawatan PPP.

2. Kursus teknikal diberi setelah lantikan selepas Kursus Induksi.

26

Page 27: KK4 Tanam Semula

BIL PERKARA PERBANDINGAN

2 Kursus Operasi Pembangunan Pelajar- Pelajar Biasiswa RISDA.

1. Generasi 1 pemegang biasiswa RISDA menjalani latihan praktikal kajian dan keluarga angkat kepada pekebun kecil selama 1 bulan sejak menuntut di pusat pengajian.1. Pengalaman ini sangat berguna apabila seseorang itu diterima berkhidmat dengan RISDA.

1. Tiada program seperti ini kepada Generasi 2 dan 3.

3 Latihan Orientasi/Induksi 1. Generasi 1 menerima latihan dalam masa 2 minggu:1 minggu berkaitan Dasar RISDA/ Pembangunan Masyarakat P. Kecil.1 minggu keluarga angkat dengan p. Kecil.

1. Generasi 2 dan 3 terlibat dengan Kursus Induksi selama 2 bulan.

2. Kursus Induksi Khas selama 2 minggu.

3. Kursus Teknikal selama 6 minggu.

4 Bertugas sebagai Pegawai RISDA On Attachment

1. Generasi 1 dan 2 melalui proses ini selama 1 hingga 3 bulan berkonsepkan mentor/mentee.2. Melaksanakan kelulusan permohonan dan bayaran bantuan tanam semula secara double checking oleh mentor.3. Proses pembelajaran daripada Pegawai RISDA yang lebih kanan, Pen. Peg. RISDA dan Kerani Tanam Semula sehingga didapati mampu membuat keputusan sendiri.

1. Generasi 3 juga diberi latihan melalui konsep mentor/mentee.

2. Tidak semua Generasi 3 melaksanakan sepenuhnya proses kelulusan permohonan dan bayaran.3. Proses pembelajaran melalui kaedah ini tidak mendapat tumpuan sepenuhya kerana banyak terlibat dengan pelaksanaan program lainnya sebelum pengkhususn Bidang Tugas dilaksana pada tahun 2010.

5 Kursus Khas Peraturan Bantuan Tanam Semula/SMB.

1. Generasi 1 dan 2 didedahkan kursus khas yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan peraturan tanam semula/SMB.

1. Generasi 3 hanya didedahkan dengan peraturan tanam semula semasa Kursus Induksi melibatkan masa yang singkat.2. Latihan SMB banyak bergantung kepada kepakaran Pembantu Tadbir di PT.

27

Page 28: KK4 Tanam Semula

BIL PERKARA PERBANDINGAN

6 Pengalaman Selaku Pegawai RISDA Daerah/Jajahan (PRD/PRJ).

1. Ramai kalangan Generasi 1 dan 2 berpengalaman sebagai PRD/PRJ sehingga tahun 1990 apabila pentadbiran RISDA Daerah diupgrade.2. Selaku Ketua PT mereka banyak terlibat secara langsung dalam pengurusan pejabat, penyeliaan staf dan proses membuat keputusan.3. Terlibat secara aktif dalam aktiviti pengembangan dengan pekebun kecil di lapangan.4. Memiliki kemahiran dan keyakinan untuk berkomunikasi dgn PK.

1. Generasi 3 tiada pengalaman sebagai PRD/PRJ kerana lantikan mereka selepas tahun 1990.2. Kekurangan ini member sedikit kesan kepada mereka dalam proses membuat keputusan dan komunikasi dengan pekebun kecil.

7 Status Pekebun Kecil 1. Di awal tahun 1980an, ramai pekebun kecil berpendidikan rendah dan pendapatan yang kecil di mana mereka mudah menerima program pembangunan dari RISDA terutama berkaitan program tanam semula.2. Banyak masalah yang diajukan kepada RISDA dapat diselesaikan tanpa melibatkan pihak ketiga seperti mahkamah.

1. Di era millinium ini ramai pekebun kecil mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan mempunyai pendapatan yang selesa telah meningkatkan cabaran kepada pelaksanaan program tanam semula. 2. Generasi pertama pekebun kecil di awal tahun 1980an juga telah memiliki peningkatan pengetahuan dengan adanya teknologi maklumat dan anak-anak yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi. Kelebihan ini akan digunakan oleh pekebun kecil untuk membantu mereka bila berhadapan dengan sebarang masalah berhubung program tanam semula.

28

Page 29: KK4 Tanam Semula

12. ISU

Berdasarkan senario di atas, dapatlah dirumuskan bahawa cabaran pelaksanaan program tanam semula masakini adalah lebih besar. Ia memerlukan seseorang PPP untuk memiliki keupayaan mendepani situasi sekarang melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Secara amnya, bidang pengetahuan dan kemahiran perlu ditingkatkan oleh PPP terutama di kalangan Generasi 3 ialah:

i. Peraturan bantuan tanam semula/SMB.ii. Pembangunan dan pengurusan ladang.iii. Pendidikan pengembangan dan komunikasi dengan pekebun

kecil.iv. Ketidakserasian mentor/mentee yang menjejaskan proses

pembelajaran, krisis keyakinan dan proses membuat keputusan.

13. CADANGAN

Menyedari sebahagian daripada PPP akan bersara, adalah wajar bagi semua PPP terutamanya Generasi 3 agar dapat segera meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi tiga bidang yang telah dikenalpasti. Untuk mengatasi masalah dikenalpasti, cadangan berikut wajar diberi pertimbangan oleh semua pihak yang berkaitan:

i. Memberi kursus khas berkaitan peraturan bantuan tanam semula/SMB yang diurus oleh Bahagian Latihan dan Bahagian Tanam Semula Dan Perladangan.

ii. Memberi kursus khas berkaitan pembangunan dan pengurusan ladang yang diurus oleh Bahagian Latihan, Bahagian Tanam Semula Dan Perladangan dan Bahagian Pengembangan Dan pemindahan Teknologi.

iii. Memberi kursus khas berkaitan pendidikan pengembangan dan komunikasi yang diurus oleh Bahagian Latihan dan Bahagian Pengembangan Dan pemindahan Teknologi.

iv. Memantau dan menilai secara komprehensif pelaksanaan mentor/mentee supaya mencapai objektifnya oleh PRN/PRD/PRJ/PRB.

29

Page 30: KK4 Tanam Semula

v. Kesediaan PPP itu sendiri untuk mengambil inisiatif meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri sendiri melalui berbagai kaedah yang bersesuaian.

14. PENUTUP

Diharap dengan terlaksanya beberapa cadangan untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpasti, ia dapat meningkatkan modal insan terutama di kalangan PPP. Dengan ini dipohon agar Pengurusan RISDA memberi pertimbangan wajar dan melaksanakan cadangan 13 (i) – 13(iv) di atas.

Sekian.

Disedia oleh:

1. Mohd Mohtar b. Hanan (Fasilitator) - BTSP2. Hjh. Normah bt. Tompang - PRD N.S Barat3. Hj. Zamree b. Hj. Othman - Bhg. Latihan4. Mawarnie bt. Abdul Rahman - PRD N.S Selatan5. Adly b. Mat Daud - PRD Bentong6. Azman b. Abdullah - PRD Bentong7. Fairus bt. Mohd. Naim - PRD Lipis

Folder: Konvensyen PPP 2011/KKPTS20072011

30