ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · web viewlatar...

52
LATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj, Jamong, Qalam Adly, Shahrulmanjarishah, Susilawati dan Tukya. Beliau lahir pada 4 April 1942 di Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Sekiranya tahun 1960 an mahu dianggap sebagai satu pembahagian periodisasi dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, khususnya cerpen, maka nama Azizi Hj Abdullah akan memberikan kepada kita gambaran seorang penulis yang “dapat bertahan” hingga kini. Beliau adalah antara penulis yang kecil bilangannya, yang tidak berhenti di tengah jalan dalam

Upload: phamlien

Post on 15-Mar-2018

406 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

LATAR BELAKANG

Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj, Jamong, Qalam Adly,

Shahrulmanjarishah, Susilawati dan Tukya. Beliau lahir pada 4 April 1942 di Bukit Meryam,

Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Sekiranya tahun 1960 an mahu dianggap sebagai satu

pembahagian periodisasi dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, khususnya cerpen, maka

nama Azizi Hj Abdullah akan memberikan kepada kita gambaran seorang penulis yang “dapat

bertahan” hingga kini. Beliau adalah antara penulis yang kecil bilangannya, yang tidak berhenti

di tengah jalan dalam penulisan cerpen, terutama dikalangan rakan-rakannya yang sama-sama

mulai mengarang dalam tahun-tahun 1960 an.

Azizi adalah penulis berpendidikan agama yang sangat prolifik. Dengan bakat dan kesungguhan

yang dimilikinya, Azizi banyak menghasilkan cerpen di samping novel, rencana, drama radio,

Page 2: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

drama tv dan menjadi kolumnis di beberapa buah majalah dan akhbar mingguan. Beliau terdidik

di sekolah Melayu Bukit Meryam hingga lulus darjah V. kemudian belajar pula di sekolah

Agama Kepala Batas, Seberang Perai (1956-1965). Pendidikan yang diterimanya dari sekolah

tersebut melayakkan Azizi menjadi guru agama.

Azizi memulakan kerjanya sebagai guru agama di sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang,

Kedah hingga tahun 1970. Selepas itu, Azizi mengajar pula di sekolah Kebangsaan Ladang

Duvlin di Karangan, dan sejak tahun 1973, beliau mengajar di sekolah kebangsaan (Rendah)

Tunku Abdul Malik, Kulim.

PERANAN DAN SUMBANGAN

Azizi Haji Abdullah telah memberi sumbangan yang besar dalam dunia kesusasteraan Melayu.

Beliau merupakan seorang penggerak arus perjalanan genre novel. Karyanya yang pertama

tersiar dalam akhbar Warta Negara pada 1963 ialah sebuah rencana tentang pro dan kontra

wanita bermain bola sepak. Sejak itu, Azizi terus menulis beberapa buah lagi rencana, drama

pentas, drama radio, dan drama TV. Namun begitu, penulisan ini belum berjaya mengangkat

nama Azizi. Beliau menemui kekuatannya dalam bidang penulisan cerpen, dan cerpennya yang

pertama tersiar dalam Warta Negara.

Page 3: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Pada 1968, beliau menerbitkan novel sulungnya, Garis Lintang Anak Haram yang mengisahkan

hubungan seorang pemuda Kristian bernama Patrick dengan Musalmah, seorang gadis Islam

sehingga melahirkan anak di luar nikah yang diberi nama Aminah. Apabila Aminah besar, dia

telah ternoda pula oleh Edmund, anak Patrick sendiri. Yang cuba disampaikan oleh Azizi ialah

perhubungan cinta antara pasangan yang berlainan agama dan bangsa selalunya menghadapi

rintangan-rintangan yang berat. Di samping itu, Azizi amat berminat untuk menjelaskan hakikat

kebenaran dan kesucian Islam. Aminah dilukiskan sebagai gadis yang berpendidikan agama dan

pintar sehingga telah berjaya mengubah sikap Edmund daripada seorang pemuda yang tidak

bertanggungjawab kepada seorang yang berhasrat untuk memeluk agama Islam. Malangnya, niat

Edmund tidak terlaksana kerana Aminah telah terlebih dahulu menemui ajalnya dalam satu

kemalangan jalan raya.

Karya-karya Azizi membicarakan masalah-masalah sosial. Beliau mengupas tentang sikap dan

perasaan yang memandang manusia dengan prasangka dan curiga, jelas dalam karya nya. Satu

ciri yang nyata dalam karyanya ialah ciri protes dan pernyataan yang sinis terhadap

penyelewengan di sekelilingnya. Karya Azizi memberi sesuatu kepada kita untuk berfikir dan

mengenali kehidupan itu sendiri.

Senja Belum Berakhir adalah novel Azizi yang kedua. Novel ini berjaya merebut Hadiah Karya

Sastera pada 1971. Azizi telah berhasil menghayati masalah penderitaan petani dengan cara yang

dramatis. Pembaca dibiarkan untuk menanggapi dan mentafsirkan peristiwa-peristiwa yang

dibawanya. Novel tersebut telah dijadikan skrip TV dalam siri Panggung RTM yang ditayangkan

Page 4: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

dalam tahun 1983 dan skripnya ditulis oleh Azizi sendiri. Azizi tidak terlalu jauh mencari watak

dan persoalan, sebaliknya beliau mengutip segala-galanya daripada kehidupan yang hampir

dengannya.

Dalam tahun 1976, Azizi menghasilkan sebuah lagi novel berjudul Sami Mekong yang

merupakan lanjutan dan pengembangan daripada sebuah cerpen yang sama judulnya. Persoalan

dalam novel ini menghampiri persoalan dalam Garis Lintang Anak Haram, dan pengarang

berusaha menyebarkan kebesaran dan kemuliaan agama Allah. Seorang Tua di Kaki Gunung

adalah novelnya yang memenangi hadiah kedua dalam Sayembara Novel anjuran Yayasan

Sabah- GAPENA pada tahun 1981. Novel ini mengemukakan kisah perjuangan Tukya terhadap

keluarga dan masyarakat kampung, yang menganggapnya sudah kehilangan tenaga untuk bekerja

berat dan harapan seorang tua yang ingin nilai-nilai warisan tradisi hidupnya berterusan.

Dalam bidang penulisan cerpen, Panel Hakim Hadiah Karya Sastera pernah menyebut Azizi

sebagai cerpenis tanah air yang terbaik terutama setelah Azizi memenangi Hadiah Karya Sastera

sejak tahun 1972 hingga tahun 1975 berturut-turut. Pada tahun 1975 juga, Azizi memenangi

hadiah sagu hati dalam Peraduan Cerpen Agama anjuran Jabatan Perdan Menteri dengan dua

buah cerpennya yang berjudul “Keakuan” dan “Menuju ke Takah Tiga”. Azizi pernah beberapa

kali memenangi hadiah Sayembara Cerpen Esso- GAPENA yang disertainya.

Page 5: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Pada tahun 1979, beliau memenangi hadiah penghargaan Sayembara Cerpen Esso-GAPENA

denga cerpennya yang bertajuk “Pelarian yang Kedua”. Beliau juga memenangi hadiah yang

sama dalam sayembara yang sama pada tahun 1980 dengan cerpennya “Kecundang Seorang

Petani”. Kemudian dalam tahun 1981, dengan mengemukakan “Seladang”, Azizi berjaya

mendapat tempat ketiga sementara dalam tahun 1984, Azizi sekali memenangi hadiah

penghargaan dalam sayembara yang sama dengan cerpennya yang bertajuk “Sengat Sembilang”.

Sebagai penulis cerpen ,Azizi terbukti berjaya terutama kerana beliau banyak menumpukan

persoalan pokok dan watak-watak yang biasa dengan kehidupan seharian. Azizi sendiri pernah

mengakui bahawa peribadi dan kehidupan seharian bapanya, Haji Abdullah Md. Diah adalah

antara yang menjadi ilham utamanya. Watak bapanya itu sudah sebati kepadanya dan sentiasa

berada dalam fikirannya, dan ini memudahkan menghasilkan karya. Cerpen- cerpennya yang

berjudul “Bapa”, “Kipas Angin”, dan “Wau Kepala Burung”( Karyanya yang pernah memenangi

hadiah karya sastera) merupakan karya yang watak utama di dalamnya bersumberkan watak dan

peribadi bapanya sendiri. Di samping memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah karya yang

dihasilkan, Azizi terus menunjukkan kemampuan mengahasilkan karya- karya yang bermutu.

Dua buah cerpennya, masing- masing berjudul “Tulang Perkasam Ikan Puyu” ( Dewan

Masyarakat, Mei 1983) dan “Tiruselvam” (Berita Minggu, 20 Februari 1982) terpilih

memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83. Selain menumpukan kegiatannya dalam penulisan

cerpen dan novel, beliau banyak menulis rencana dan berita tentang peristiwa semasa, di

Page 6: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

samping menulis untuk ruangan pojok atau ruangan tetap dalam beberapa buah akhbar dan

majalah ‘Khabar dari Utara’ dalam Majalah Keluarga dan beberapa ruangan tetap yang lain

termasuk ‘Surat dari Desa’ dalam Akhbar Persatuan Pengguna Pulau Pinang dengan

menggunakan nama pena Tukya. Demikianlah Azizi yang kita kenal bukan sahaja sebagai

penulis kreatif yang berjaya, tetapi juga sebagai penulis rencana dan berita yang selalunya

banyak menimbulkan hal- hal yang penuh kontroversial.

Sebagai mengiktiraf sumbangan beliau kepada masyarakat dan negara, Azizi telah

dianugerahkan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) dalam tahun 1971, sementara kerajaan

Kedah pula menganugerahi beliau dengan Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) dalam tahun

1986.

Selain anugerah tersebut, Azizi telah terpilih menerima anugerah S.E.A. Write Awards di

Bangkok, Thailand, dalam tahun 1986. Dalam bidang drama pula, Azizi telah menerima

anugerah “Oskar Sri Angkasa”( untuk drama Radio Terbaik) dalam tahun 1989/90. Dalam tahun

1995, beliau telah memenangi hadiah ketiga dalam Sayembara Novel Nasional (Mengenang Pak

Sako) 1992/1994 dengan novelnya Wi & William, anjuran Utusan Publications Sdn Bhd.

Page 7: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

KARYA

Novel : Garis Lintang Anak Haram, Kuala Lumpur : Pustaka Sari, 1968, 95 halaman.: Senja

Belum Berakhir, Singapura : Pustaka Nasional, 1971, 125 hlm.:, Sami Mekong, Kuala Lumpur :

Penerbitan Utusan Melayu (M)., 1976, 97hlm.: Bila Hujan Malam, Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 118 hlm ; Tini, Kuala Lumpur : Publications &

Distributors Sdn. Bhd., 1977, 118 hlm.; Ayah Bonda, Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran,

1978, 95hlm.; Di Kolam Mulhamah, Kuala Lumpur ; Garis Cinta Books, 1978, 85hlm.; Gadis itu

bernama ina, Petaling Jaya ; Karya Publishing House,1978, 85 hlm.; Debu Takdir, Subang Jaya :

Tra-Tra Publishing & Trading Co., 1982, 116 hlm.; Seorang Tua di Kaki Gunung, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 165 hlm.; Juak, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1989,114 hlm.; Suriati, Kuala Lumpur: Bhg. Hal Ehwal Islam, JPM,1993, 168 hlm.;

Sinappal, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993,101 hlm.; Dunia Bukan Syurga,

Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1993, 250 hlm.; Buih, Kuala Lumpur: Creative

Enterprise Sdn Bhd, 1995, 155 hlm.; Wi & William, Kuala Lumpur : Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd., 1995, 283 hlm.; Ateik Putriba, Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn

Bhd., 1996, 284 hlm.

PENILAIAN KARYA, SUMBANGAN FIKIRAN DAN KEGIATAN SASTERA

Penilaian karya sastera Azizi Hj Abdullah ini bertitik tolak dari mula beliau menulis hingga kini

(Tahun 1963 hingga 2004) menampakkan tingkat kemajuan yang sangat ketara. Ini dapat dilihat

penghasilan beliau sebanyak 189 buah cerpen yang dikesan, yang ditulis di akhbar dan majalah

Page 8: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

mahu pun melalui sayembara. Begitu juga melalui cerpen yang tidak dapat dikesan tarikhnya

sebanyak 30 buah lagi, lebih kurang. Perkara yang tidak dapat dinafikan, Azizi Hj Abdullah telah

menghasilkan karya cerpen ini secara berkesinambungan, tidak terputus atau terhenti.

Bermula dari cerpen pertamanya ‘Sisa’ yang tersiar di dalam Warta Mingguan, Pulau Pinang

dalam tahun 1963, kemudian lewat cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’, Warta Mingguan

1963, Azizi sudah menampakkan kekuatannya dalam bidang ini. Sasterawan Negara, Prof Datuk

Hj Shahnon Ahmad yang membuat kritikan di dalam ruangannya menganggap Azizi berbakat.

Apabila Azizi menghasilkan pula cerpennya bertajuk ‘Sami Mekong’ ternyata karya beliau

sudah mendapat perhatian. Ia bukan saja persoalan mutu tetapi juga tema yang dibawanya. Azizi

telah mengangkat cerpen itu menjadi sebuah novel pula. Begitu juga apabila Azizi menulis

cerpen ‘Dua Seniman’ di majalah Mastika tahun 1966, maka cerpen itu telah diangkat menjadi

cerpen terbaik dalam bulan tersebut melalui pemilihan cerpen-cerpen lain. ‘Di Pinggir Kampung

Barzakh’ Utusan Zaman 26 Oktober 1975 telah menjadi polemik selama tujuh minggu.

Peningkatan pengkaryaan Azizi terus meningkat apabila cerpen ‘Beruk’ yang disiar di dalam

majallah Dewan Bahasa Disember 1970 telah menjadi teks sastera lewat antologi ‘Jejak

Langkah’. Kemudian apabila Hadiah Sastera mula diperkenalkan oleh kerajaan, Azizi Hj

Abdullah terlonjak ke hadapan dengan mutu karyanya yang menandingi karya-karya yang lain.

Cerpen ‘Jerat Sudah Mengena’ Berita Minggu 28 Mei 1972 telah dipilih dalam Hadiah Sastera

Page 9: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

itu. Tahun berikutnya cerpen-cerpen seperti ‘Latifah Rabbaniah’ ‘Bapa’ ‘Wau Kepala Burung’

‘Bibit Cinta’ ‘Kipas Angin’ sekali gus menjadikan karya Azizi terpilih sebagai karya yang

bermutu. Panel Penilai Hadiah Sastera ketika itu menganggap Azizi adalah pengkarya yang

terbaik setakat ini. Nilai karya Azizi Hj Abdullah bukan saja lewat Hadiah Sastera sehingga

beliau dipilih lima tahun berturut-turut memenanginya dan tahun-tahun berikut berselang seli,

tetapi juga diakui lewat sayembara yang dianjurkan oleh organisasi yang berwibawa. Misalnya

cerpen ‘Pelarian ke Dua’ April 1980, ‘Tiruselvam’ malah cerpen ’Seladang’ mendapat tempat

teratas dari penulis-penulis lain. ’Tulang Pekasam Ikan Puyu’ bukan saja cerpen terbaik tetapi

juga telah dijadikan drama TV melalui sayembara penulisan skrip TV ketika itu.

Manakala cerpen ‘WI’ telah dipilih sebagai hadiah utama dalam sayembara Esso-Gapena dalam

Sayembara VII 1988. Begitu juga cerpen ‘Mohd. Dhuha’, 'Moris Minor Kesumba Murup’,

‘Kolai si Kuda Tua’, ‘Mohd. Takeuchi’, ‘Mas Um’ dan lain-lain sangat menampa kekuatan Azizi

Hj Abdullah berkarya.

Oleh kerana karya-karya Azizi mempunyai nilai kekuatan yang tersendiri, maka beberapa

cerpennya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (termasuk antologi), ke bahasa Cina,

Thailand. Jika sayembara boleh dibuat sebagai ukuran nilai karya Azizi Hj Abdullah, maka

beliau boleh dianggap sebagai penulis teratas sekali sehingga tahun 1995, mengikut kajian dalam

Berita Perpustakaan Universiti Malaya KEKAL ABADI yang ditulis oleh Zainab Awang Ngah,

Lecturer Faculty of Computer Science and Information Technology, Jilid 14 Bil 1, Mac 1995.

Page 10: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

GENRE NOVEL

Azizi Hj Abdullah bukan saja memiliki kekuatan berkarya dalam cerpen tetapi juga novel. Bukti

pertama, apabila beliau menghasilkan novel yang ke tiga dalam tahun 1971, maka novel

beliaulah yang pertama dipilih mendapat Hadiah Sastera dengan novel ‘Senja Belum Berakhir’

di mana novel itu menunjukkan pemikiran Azizi kepada perjuangan penati dan maruah bumi

tercinta, iaitu sawah. Tetapi yang tersirat sebenarnya ialah perjuangan mendapat kemerdekaan

dan pemimpin ketika itu.

Dalam ulasan Dr. Alias Zaidi (Utusan Zaman) menyatakan, Azizi telah menunjukkan kejayaan,

berbakat, berpotensi. Panel Hakim berpendapat: Azizi berjaya melukis ketajaman batin konflik-

konflik sebagai konflik nilai hidup lama dan tradisional dengan nilai hidup baru. Azizi

menghasilkan novel sejak 1969 hingga 2004 sebanyak 29 buah. Kekuatan novel, beliau dapat

dilihat apabila setiap karyanya mendapat perhatian pengkritik dan diperkatakan. ‘Sami Mekong’

dianggap sebagai novel yang membentangkan kehidupan penganut Buddha, novel berunsur

agama. (Harith Fadhilah, Utusan Zaman)

Sepuluh tahun selepas itu pula Azizi mengagumkan dunia sastera dengan novelnya 'Seorang Tua

di Kaki Gunung’ apabila novel itu dianggap oleh semua pihak sebagai novel yang terbaik. Ia

telah menjadi bacaan wajib tingkatan 5 sastera. Prof. Datuk Hj. Shahnon Ahmad berkata, ianya

adalah novel ‘Ketuaan makhluk dan keajaiban alam’ (Berita Harian Rabu 7 April 1984) dan

menganggap salah seorang pengarang berbakat besar bakat alamnya dan tajam daya pengamatan.

Page 11: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Nilai novel ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’ ini telah dianggap sebagai salah satu novel Malaysia

Pilihan Abad 20. Novel ini telah di terjemah ke bahasa Jepun oleh Dr. Fujimorai dan Tahiyibah

Sulaiman. Kemudiannya diikuti dengan kejayaannya meraih hadiah novel berunsur Islam

anjuran Yayasan Pendidikan Islam. Ramai yang mengaitkan Azizi dengan sayembara. Bagi

Azizi, sayembara adalah medan uji untuk melihat sejauh mana kekuatan karyanya kerana karya

itu dinilai. Maka kerana kekuatan nilai itulah Azizi meraih lagi sayembara novel remaja dengan

tajuk ‘Suriati’ anjuran Pusat Islam ketika itu (1993).

Kemudian Azizi melonjak lagi, satu lonjakan yang sukar dilakukan oleh penulis lain melalui

kekuatan dan nilai berkarya. Novel ‘Wi & Wiliam’ telah mendapat tempat ketiga dalam Hadiah

Sako I anjuran Utusan Publication tahun 1995. Bagaimana pun novel ‘Ayahanda’ terbitan

Creative Entr. Tahun 1999 tidak boleh diabaikan mutu dan kreativiti Azizi. 'Ayahanda' adalah

novel biografi yang sungguh-sungguh dari Azizi dan di situlah nilai kehidupannya dituang.

Akhirnya satu kejayaan di peringkat nasional dan tertinggi dicapai oleh Azizi sekali lagi, iaitu

apabila memenangi Hadiah Utama Hadiah Sako II dengan novel ‘Kawin-Kawin’, sebuah novel

yang menurut panel sebagai menepati konsep penyegaran semula bahasa, memusatkan bahasa

pinggiran, memperkayakan ungkapan, memiliki erti yang kuat dan kuasa visual yang jelas.

Satu tema yang baru bagi kesusasteraan di Malaysia di samping mempunyai kekuatan yang

tersendiri dari segi kemungkinan, pelbagai lapis. Mempunyai kekuatan semantik, ungkapan yang

maknanya berbeza. Naratif girang lucu secara literal.

Page 12: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

PENILAIAN SUMBANGAN FIKIRAN AZIZI HJ ABDULLAH YANG BERKAITAN

DENGAN DUNIA SASTERA.

Melalui cerpen dan novel, dan juga skrip-skrip drama TV, Radio, ternyata Azizi Hj Abdullah

telah menyumbang alur pemikirannya yang sangat bernilai. Antaranya ialah;-

1. Nilai peradaban dan perpaduan melalui tema agama. Nilai-nilau sastera berunsur agama

(Islam) yang mendahului polemik sastera Islam. Buktinya ialah penghasilan novel 'Garis Lentang

Anak Haram' tahun 1968, Sami Mekong 1969, Di Kolam Mulhamah, Seorang Tua di Kaki

Gunung 1984, Cahaya di Pendalaman 1992, Kawin-Kawin 2002. Sedangkan polemik Sastera

Berunsur Islam hanya muncul sekitar tahun 80an.

2. Nilai tradisi lama dengan moden melalui beberapa karya seperti Seorang Tua di Kaki Gunung,

Senja Belum Berakhir, Menebus Maruah.

3. Nilai kesufian seperti Dee, Latifah Rabbaniah, Di Kolam Mulhamah, Takah Tujuh.

4. Nilai-nilai sosial pelbagai kaum

Page 13: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

PENILAIAN YANG SAKSAMA TENTANG KEGIATAN AZIZI HJ ABDULLAH YANG

MENDORONG KE ARAH PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN SASTERA

KEBANGSAAN.

Kegiatan-kegiatan beliau ini tidak dapat dikesan secara keseluruhan. Akan tetapi ada di antara

kegiatan-kegiatan beliau seperti menyampaikan kertas kerja, ceramah, bengkel kepada

pembinaan kesusasteraan.

CADANGAN BENTUK PENGIKTIRAFAN KEPADA AZIZI HAJI ABDULLAH

Antara perkara penting yang menjadi dasar dan prinsip penulisan ialah berkata benar, dan penulis

seharusnya berani berkata benar, dan seharusnya sentiasa melihat permasalahan rakyat untuk

diangkat ke dalam karya. Inilah yang menjadi pegangan dan dasar perjuangan Seniman Paksi

Rakyat (PAKSI). Ketika menyebutkan nama-nama penulis dan budayawan di Malaysia yang

perlu dijadikan contoh, terutama dalam hal berani berkata benar dan mengangkat permasalahan

rakyat ke dalam karya. Menyebut mengenai tiga nama – A.Samad Said, Azizi Hj Abdullah dan

Shaharir Mohd Zain. Dan dalam perkembangan mutakhir ada satu lagi nama yang sedang

muncul, iaitu Anwar Ridhwan. Nama Shahnon Ahmad dulu pernah berada paling atas dalam

senarai, tetapi kemudiannya beliau nampaknya telah mengundur diri.

Itu latarnya. Menyebutkan latar itu dalam konteks untuk melihat dengan jelas tempat Azizi Hj

Abdullah dalam perspektif seni-budaya khasnya sastera, mengikut yang difahami dan dihayati

serta diperjuangkan oleh Paksi. Tempatnya begitu penting. Bukan kerana beliau turut hadir

berbincang dalam pertemuan seniman-budayawan yang menubuhkan Paksi di Shah Alam pada

Page 14: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Jun 2008 itu, tetapi kerana komitmennya yang cukup jelas dalam apa yang disebut dalam latar

tadi.

Maka sempena dengan itu kertas kerja ini tidak bercadang untuk mengupas atau mengulas

sumbangan Azizi terhadap seni, sastera dan budaya kita, tetapi ingin mengemukakan beberapa

cadangan untuk dipertimbangkan dan seterusnya dilaksanakan.

ANUGERAH SASTERAWAN UNTUK AZIZI

Seperti kita maklum, Azizi tidak diberi pengiktirafan tertinggi oleh Kerajaan Malaysia, yakni

Anugerah Sastera Negara, yang mengikut penilaian Paksi beliau berhak menerimanya. Azizi

paling banyak menulis novel, lebih 30 buah, begitu juga dengan cerpen. Kita percaya beliau

tidak diberi pengiktirafan tersebut kerana komitmennya dengan perjuangan rakyat dan kerana

keberanian beliau dalam berkata benar. Maka Paksi mencadangkan supaya kerajaan Pakatan

Rakyat, (buat masa ini kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan)

memberikan anugerah “Sasterawan Rakyat” kepada Azizi Haji Abdullah. Walaupun kita tidak

sempat memberikan anugerah ini sewaktu beliau masih bersama dengan kita, tidak mengapa, kita

masih boleh memberikannya sekarang. Bukan sekadar membuat pengumuman “Dengan ini

kerajaan negeri mengumumkan Azizi Hj Abdullah sebagai Sasterawan Rakyat” .Tetapi mestilah

ada beberapa perkara yang turut dianugerahkan, misalnya yang paling penting ialah sejumlah

wang. Perinciannya itu boleh kita fikirkan nanti apabila kita bersetuju untuk melaksanakannya.

Page 15: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

PERPUSTAKAAN AZIZI HJ ABDULLAH DI KULIM

Sama ada perpustakaan awam yang ada di Kulim sekarang ini dijadikan “Perpustakaan Azizi Hj

Abdullah”, ataupun dibangunkan sebuah perpustakaan baru khas untuk Azizi dan dinamakan

“Perpustakaan Azizi Hj Abdullah”, hal itu bolehlah diputuskan kemudian. Yang penting

pengisiannya. Diisi dengan karya-karya Azizi, tulisan-tulisan mengenai Azizi, dan lain-lain yang

difikirkan sesuai dari masa ke masa. Jika ada orang hendak membuat kajian mengenai Azizi,

tidak ada tempat lain yang paling lengkap menyimpan bahan mengenai Azizi melainkan di

perpustakaan ini. Pengkaji daripada Indonesia, Singapura atau Amerika kalau nak buat kajian

mengenai Azizi, mereka mesti datang ke Kulim. Ini satu bentuk pengiktirafan dan penghormatan

kita kepada sumbangan Azizi. Kenapa perpustakaan? Kerana tidak ada yang lebih hampir kepada

sastera dan sasterawan, melainkan perpustakaan. 

KAJIAN MENGENAI AZIZI

Azizi ialah sasterawan yang paling banyak menulis tetapi paling kurang dikaji dan diperkatakan.

Mungkin kerana perwatakannya yang selalu lawak, kelakar, suka bergurau dan tidak

memperlihatkan keseriusannya itu. Kebarangkalian kerana beberapa novelnya yang kurang

menarik, menyebabkan orang terpengaruh tidak berminat membaca novel-novelnya yang lain

yang antaranya sangat bermutu. Apa pun, kajian terhadap karya-karyanya sangat kurang. Maka

dicadangkan supaya perkara ini diberi perhatian dan keutamaan. Dicadangkan supaya dibentuk

satu jawatankuasa khas untuk diberikan tugas ini. Sama ada diletakkan di bawah pentadbiran

Page 16: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Majlis Perbandaran Kulim atau di mana, itu diharapkan pada pihak-pihak yang berkenaan untuk

memutuskan. Yang penting mesti mempunyai dana. Dana untuk menjalankan kajian dan

menerbitkan hasil-hasil kajian. Dana untuk menyediakan kemudahan-kemudahan bagi sesiapa

yang ingin membuat kajian terhadap karya Azizi.

PENERBITAN BUKU-BUKU AZIZI

Terdapat dua jenis penerbitan. Pertama , penerbitan semula karya-karya yang sudah pernah

diterbitkan. Kedua, penerbitan karya baru. Penerbitan jenis pertama ialah seperti yang dilakukan

oleh A Samad Said terhadap sebahagian buku-bukunya, iaitu menerbitkan semula buku-buku

terpilih dalam edisi yang diperhatikan kualiti penerbitannya, misalnya berkulit keras, dengan

rekaan istimewa yang diselaraskan, dan sebagainya. A Samad Said menubuhkan syarikatnya

sendiri (Wira Bukit S/B) bagi menerbitkan buku-bukunya. Di sini apakah perlu untuk tubuhkan

sebuah syarikat? Siapa yang hendak menubuhkan syarikat ini? Soalan-soalan ini perlu dijawab

sebab ia melibatkan kewangan agak besar dan ada risiko untung-ruginya. Dari mana sumber

kewangannya? Besar kemungkinan daripada kerajaan negeri.

Dan apabila diterbitkan buku, soalan terpenting yang menanti ialah pemasaran. Buku-buku itu

mesti dipasarkan. Namun begitu, pihak sahaja yang ingin memasarkan masih tidak diketahui. Ini

persoalan perniagaan, yang tentunya tidak untuk dibahaskan dalam kertas kerja ini. Hal ini perlu

bincangkan kemudian. Yang perlu dibincangkan ialah persetujuan untuk menubuhkan sebuah

Page 17: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

badan atau jawatankuasa yang akan dipertanggungjawabkan bagi menguruskan hal penerbitan

ini. Antara tugasnya juga ialah menguruskan soal hak cipta karya-karya berkenaan, yang

kebanyakannya sekarang dipegang oleh pihak penerbit-penerbit asal buku-buku tersebut. A

Samad Said mempunyai pengalaman pahit-manisnya dalam menangani urusan ini.

Itu buku jenis pertama. Jenis kedua ialah buku-buku yang baru pertama kali hendak diterbitkan.

Misalnya buku-buku hasil kajian yang disebut di atas. Malam 18 November lalu, minggu lepas,

sewaktu kita mengadakan majlis mengenang Azizi di Masjid Batu, Permatang Pauh, Sdr Anuar

Asmadi rakan karib Azizi telah menceritakan pengalaman penglibatan beliau dalam proses

bagaimana Azizi menghasilkan novel. Sangat menarik. Saya cadangkan dia tulis buku mengenai

pengalamannya bersama Azizi itu. Barangkali itu boleh dijadikan projek pertama dalam

perancangan ini. Kita perhatikan soal pembiayaannya, soal royaltinya, hak ciptanya,

pemasarannya dan sebagainya.

SEMINAR MENGENAI AZIZI

Paksi sudah agak lama berfikir dan berbincang mengenai perkara ini. Perlunya diadakan sebuah

seminar yang membincangkan Azizi secara menyeluruh. Sebuah seminar yang besar,

membincangkan seluruh karya dan sumbangan Azizi termadap masyarakat, bukan sahaja dalam

sastera tetapi juga selain sastera – politik, agama, kemasyarakatan. Misalnya Azizi mungkin

penulis yang paling banyak menulis mengenai kemiskinan dalam masyarakat di Malaysia. Bukan

Page 18: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

melalui novel atau cerpen tetapi buku hasil kajian dan pemerhatiannya, seperti Luka Rakyat,

Mustadh‘afin, Jiwa Hamba, selain artikel-artikel dalam akhbar Utusan Pengguna.

Seminar ini sekurang-kurangnya dua hari. Banyak kertas kerja perlu dibuat dan dibentangkan.

(Maka banyaklah juga pembiayaannya). Barangkali ini projek pertama di bawah badan Kajian

Mengenai Azizi. Maka badan dan jawatankuasa itu bolehlah juga menjadi jawatankuasa khas

untuk seminar ini. Dan hasilnya nanti kertas kerja-kertas kerja itu boleh diterbitkan dan

dibukukan.

Siapa yang hendak menganjurkan dan membiayai seminar ini? Penganjuran tidak menjadi

masalah. Paksi pun boleh menguruskannya, dengan kerjasama 2PNP (dan Asasi, barangkali).

Tetapi pembiayaannya? Alangkah bagusnya kalau Majlis Perbandaran Kulim boleh

menganjurkan dan membiayainya, bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah.

Tempatnya? Dalam perbincangan Paksi ada orang mencadangkan ia dibuat di Kuala Lumpur,

supaya isu ini dilihat sebagai isu nasional. Tetapi memikirkannya semula ia lebih baik dibuat di

Kulim. Kebanyakan seminar seperti ini yang dibuat di Kuala Lumpur tidak ramai yang

menghadirinya. Cadangan supaya ia dibuat di Kulim ini ada hubungan dengan cadangan ke-7 di

bawah.

Page 19: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

BUKU AZIZI JADI BAHAN HADIAH DARI SEKOLAH

Pihak kerajaan negeri, sama ada Pejabat Menteri Besar atau pejabat Exco atau Majlis

Perbandaran, Majlis Daerah, atau ADUN, selalu memberikan hadiah dan cenderamata

(cenderahati) kepada tetamu, rakyat, pemenang itu dan ini, penyampai ceramah dan sebagainya.

Hadiah dan cenderamata itu macam-macam. Cadangan supaya jangan meninggalkan buku karya

Azizi Hj Abdullah.

Dalam konteks inilah perlunya buku-buku Azizi itu diterbitkan semula supaya kualitinya dapat

diselaraskan, sesuai untuk dijadikan bahan hadiah dari kerajaan negeri.

Cuba anda bayangkan – Kulim Bandar Azizi Hj Abdullah! Sebuah bandar pelancongan. Apa

yang anda nampak? Kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual pelbagai bentuk cenderamata dan

cenderahati untuk pelancong. Akan timbul macam-macamlah nanti yang ada kaitan dengan Azizi

dan karya-karyanya. Kreativiti akan bercambah dan melahirkan pelbagai bentuk karya, walaupun

bersifat komersil. Gambar wajah Azizi di merata-rata, pada T-shirt, pada cawan, pada kipas,

macam-macam. Dan ada sebuah kedai yang khas menjual buku-buku karya Azizi. Kita ada

Perpustakaan Azizi Hj Abdullah di Kulim. Nanti kita akan ada Jalan Azizi Hj Abdullah, Bulatan

Azizi Hj Abdullah (kalau ada bulatan/roundabout di sini), sekolah Azizi Hj Abdullah. Apa lagi?

Dewan Azizi Hj Abdullah. Tasik pun mungkin Tasik Azizi, dan sebagai-nya. Kulim adalah

Bandar Azizi. Dalam konteks ini, paling sesuai seminar tadi diadakan di Kulim. Kita panggil

sarjana-sarjana sastera dan kebudayaan dan kesenian umumnya datang berkampung di Kulim.

Kulim akan menjadi sebuah bandar yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di

Page 20: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

peringkat antarabangsa. Tidak banyak bandar di dunia yang dihubungkan secara sinonim dengan

seorang pengarang terkenal. Kulim adalah salah satunya. Ini satu tarikan pelancongan. TDC atau

Kementerian Pelancongan akan memasukan Kulim ke dalam kalender promosi pelancongan

Malaysia. Sesuatu yang unik.

Dan bagi menimbulkan lagi suasana yang sesuai, kita bolehlah menganjurkan aktiviti-aktiviti

seni-budaya dari semasa ke semasa, secara berterusan, tidak putus-putus. Paling tidak pun

persembahan baca karya-karya Azizi dalam pelbagai bentuk, persembahan teater, persem-bahan

puisi dan lagu. Ini setidak-tidaknya dianjurkan sebulan sekali. Pertandingan bercerita di kalangan

kanak-kanak sekolah berdasarkan novel atau cerpen Azizi. Macam-macam boleh kita fikirkan.

Di samping itu bolehlah juga dianjurkan kursus atau bengkel penulisan dari semasa ke semasa,

(kerana Azizi adalah seorang penulis/sasterawan).

Demikianlah, seorang sasterawan mampu melahirkan sebuah bandar pelancongan. Mereka tidak

lakukan ini untuk Usman Awang, untuk Ishak Hj Muhammad, tidak mengapa. Kita buat untuk

Azizi Hj Abdullah. Harap-harap YDP Majlis Perbandaran Kulim, Sdr Zohdi Hj Saad bersetuju,

dan tidak melihatnya sebagai suatu idea yang karut dan membebankan. Wallaahu ak’lam!

(Diucapkan dalam majlis Wacana Azizi, anjuran Majlis Perbandaran Kulim, di Dewan UniKL,

Kulim, Kedah, 26 November 2011)

Page 21: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

ANALISIS PEMIKIRAN DALAM NOVEL HARGA SEBUAH MARUAH

Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah ini merupakan sebuah karya yang tersohor

yang telah dihasilkan oleh Azizi Haji Abdullah. Novel ini memaparkan kisah perjuangan seorang

wanita yang bernama Cah bersama-sama orang kampung yang sanggup berjuang dan berkorban

demi melindungi sawah padi mereka daripada diambil oleh pihak berkuasa untuk tujuan

pembangunan. Dalam perjuangannya itu, pelbagai cabaran dan dugaan datang menimpanya serta

keluarganya. Cah mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama Hijrah dan Sulaiman. Watak

kedua-dua orang anak Cah ini digambarkan mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Hijrah

digambarkan sebagai seorang anak yang bodoh namun taat dan patuh kepada nasihat ibunya iaitu

Cah. Perwatakan abangnya pula, Sulaiman, digambarkan sebagai seorang yang keras hati serta

mata duitan. Sulaiman sanggup melawan cakap Cah kerana mahukan tanah sawah ibunya itu

dijual. Selain itu, Sulaiman juga sanggup meminggirkan pendapat dan nasihat daripada adiknya

iaitu Hijrah semata-mata inginkan supaya tanah sawah tersebut dijual dan dapat dibahagikan

hasil jualan tanah tersebut.

Pada permulaan novel, Azizi Haji Abdullah telah memperlihatkan konflik yang melanda Cah di

mana masalah yang dihadapi ditonjolkan terlebih dahulu sebelum dirungkaikan secara satu

persatu urutan peristiwa yang membawa kepada konflik tersebut. Peristiwa yang berakar umbi

daripada sebuah perjumpaan oleh Pengerusi JKK Kampung Kertau, Derani dengan petani-petani

di kampung itu, telah menimbulkan konflik yang sangat besar kepada Cah dan juga penduduk

kampung tersebut.

Page 22: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Penduduk Kampung Kertau khususnya golongan petani yang mempunyai sawah bendang, telah

diminta untuk menyerahkan tanah mereka kepada pihak berkuasa atas alasan pembangunan.

Meskipun ditawarkan dengan pampasan yang lumayan, sebilangan besar penduduk Kampung

Kertau tidak bersetuju dengan tawaran tersebut kerana mereka telahpun menganggap sawah

bendang mereka itu sebagai segala-segalanya melebihi harta benda dan wang.

Pada pertengahan novel ini, Azizi Haji Abdullah menceritakan bagaimana perjuangan orang

kampung ditunjukkan melalui tindakan-tindakan oleh Hijrah beserta segelintir orang kampung

yang berani menunjukkan penentangan mereka secara terang-terangan. Selain itu, Azizi Haji

Abdullah juga menceritakan bagaimana tindakbalas yang dilakukan oleh Derani dalam memujuk

orang kampung untuk menerima tawaran tersebut dan kepulangan Sulaiman yang menunjukkan

ketidakpuasan hatinya terhadap penentangan yang dilakukan oleh Cah dan Hijrah.

Pada pengakhirannya, Azizi Haji Abdullah menunjukkan kepada pembaca mengenai apa yang

sanggup dilakukan oleh Cah dalam mempertahankan sawah bendangnya dan Derani bagi

memastikan penduduk Kampung Kertau menerima tawaran tersebut. Azizi Haji Abdullah

menunjukkan bagaimana harga sebuah maruah, di mana konteks ini dalam novel merujuk kepada

sawah bendang, bagi penduduk Kampung Kertau khususnya Cah, bernilai.

Page 23: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

WATAK CAH DALAM NOVEL HARGA SEBUAH MARUAH

Watak yang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah watak Cah di dalam novel Harga Sebuah

Maruah. Watak Cah dalam novel ini merupakan watak utama yang terdapat di dalam novel ini.

Cah merupakan salah seorang penduduk Kampung Kertau yang mana tanah mereka akan diambil

oleh pihak berkuasa atas alasan pembangunan. Cah merupakan salah seorang daripada penduduk

Kampung Kertau yang sudah berusia berdasarkan umurnya yang telahpun menghampiri 60

tahun.

Memang pun Cah sedar dia sudah tua. Sudah hampir 60 tahun. Tetapi Cah masih mampu

mengerjakan sawah tiga relung tanpa upah yang bukan-bukan. Cah sedar dia tidak seperti orang

lain. Tiga relung apalah sangat. Menabur dan kini menyerak boleh dilakukan seorang diri. Cabut

rumput, menyembur racun juga boleh seorang diri. Lainlah kalau putar jerami atau menuai pakai

jentera.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 8 )

Cah juga merupakan seorang balu di mana suaminya iaitu Kasim telahpun meninggal 20 tahun

yang lepas.

Rumah pusaka peninggalan Kasim suaminya yang sudah meninggal 20 tahun yang lalu itu

bukanlah besar sangat. Sama seperti rumah-rumah kampung di situ. Ada tiga bilik, berdinding

papan dan beratap zink sahaja. Masih bertiang walaupun sudah banyak jiran meroboh dan

mendirikannya atas tanah tanpa tiang lagi.

Page 24: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 19 )

Cah mempunyai 2 orang lelaki yang bernama Hijrah dan Sulaiman. Hijrah merupakan adik

kepada Sulaiman. Hijrah tinggal di Kampung Kertau bersama Cah manakala Sulaiman pula

sudahpun menetap dan bekerja di Kuala Lumpur.

Sekali lagi Hijrah tiada di rumah. Tetapi Cah sedikit pun tidak risau ketiadaan Hijrah. Dia tahu

anaknya bukanlah daripada golongan merapu tak ketahuan hala. Habis sangat di rumah Pak

Kasim. Cah tahu Hijrah sedang angau pada Habibah.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 48 )

Kali kedua Cah menahan sebak sungguh-sungguh. Mengurung amarah dengan kejap. Di

hadapannya anak sendiri yang sudah bekerja di Kuala Lumpur.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 167 )

NILAI DAN PERWATAKAN

Melalui watak Cah dalam novel Harga Sebuah Maruah ini, kajian yang dilakukan terhadap nilai

dan perwatakan Cah adalah berdasarkan kepada teori kewanitaan. Teori kewanitaan yang

dibincangkan adalah melalui beberapa sudut iaitu daripada sudut citra wanita, sudut biologi,

sudut psikologi, sudut sosial, sudut ekonomi dan sudut budaya.

Page 25: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

SUDUT CITRA WANITA

Citra wanita bermakna imej atau gambaran kaum wanita yang dibentangkan, dikemukakan, dan

digambarkan oleh penulis novel dalam novel mereka. Citra atau imej wanita bermaksud melihat

wanita sama ada dari sudut fizikal, peranan dan penglibatannya sebagai tokoh yang

menggerakkan cerita dalam novel.

Dalam novel Harga Sebuah Maruah, watak Cah digambarkan mempunyai semangat perjuangan

yang tinggi dan kuat setanding dengan kaum lelaki dalam membela hak harta pusakanya.

Kenyataan ini dapat dibuktikan berdasarkan petikan berikut:

Habibah terkedu dan kehilangan kata. Hanya matanya saja disepetkan. Ada semacam gelombang

pedih bergelora dalam dadanya. “Mak Cah”, katanya antara keluar dengan tidak. “Jangan

biarkan Abang Hijrah tu lama-lama. Kalau perlu jamin, kita jamin. Mak Cah tak cukup duit,

ambillah gelang dan duit simpan atuk sikit. Abang Hijrah mesti kene keluar. Kalau tidak sawah

ni siapa nak buat?”

“Engkau sayang pada sawah ni?”

“Bibah sayang pada semua sawah kita.”

“Masakan Hijrah boleh lakukan seorang?”

“Kita mesti di belakangnya, di belakang Pak Cik Azmi!”

Page 26: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 178)

Berdasarkan petikan tersebut pengarang cuba menyatakan tentang semangat Cah yang kuat dan

utuh untuk berjuang dengan golongan lelaki di mana dalam petikan ini merupakan Azmi bagi

mempertahankan hak sawah padi mereka. Jika dinilai secara jelas, pengarang sememangnya

ingin menonjolkan watak wanita sebagai pejuang dan membela nasib petani tetapi perjuangan

yang dilakukan secara bergolok gadai itu tersungkur dalam kongkongan undang-undang yang

tidak mampu mereka tandingi.

SUDUT BIOLOGI

Dalam sudut biologi, Azizi menekankan aspek- aspek pembangunan sifat dan hak wanita dalam

memperjuangkan harta yang diwarisi mereka. Azizi banyak menerapkan pembangunan sifat itu

di dalam Cah. Contoh petikan di bawah memperjelaskan penerangan ini:

“Derani, kami nk makan apa lepas ni?” Tiba-tiba Cah bangun. Tak disangkanya dia tiba-tiba jadi

berani dan dia sendiri hairan apabila dilihat kiri dan kanan, dia saja yang berdiri. Tapi terasa pula

hembusan semangat daripada Habibah di sisinya.

                                                                                                (Azizi Haji Abdullah, 2007: 23)

Page 27: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

“Bukan soal faedah, tapi sawah kami ni tergantikah?” Cah semakin berani. Sekali lagi dia hairan,

dia berdiri itu seperti ada orang menujah punggungnya. Habibah disisi hanya mengerunas kuku.

                                                                                                (Azizi Haji Abdullah, 2007: 23)

“Jangan!” keriau Cah dengan kuat, hampir-hampir terkeluar kencingnya. Parang di tangannya di

angkat-angkat apabila melihat jentera itu menodok semahu-mahu dan kehendak melampaui

petak Pak Kasim untuk masuk ke petaknya pula. Mungkin selepas petak Cah, petak Azmi pula.

                                                                                               (Azizi Haji Abdullah, 2007: 364)

“Tidur di sini. Bentengkan! Kita benteng Yajuj itu. Jangan takut!” Cah merebahkan dirinya

dengan pantas sambil berteriak kepada Habibah dan dipeluknya Habibah dengan kuat,

menyembam mukanya ke tanah selut, merangum pokok-pokok padi menutupi badan dan

menutup telinga untuk mengelak daripada terdengar apa-apa.

                         (Azizi Haji Abdullah, 2007: 366)

Berdasarkan beberapa contoh petikan yang diambil daripada novel, Azizi telah menggarapkan

ciri-ciri perjuangan dalam watak Cah. Azizi lebih menfokuskan Cah sebagai seorang wanita

yang sangat berkobar-kobar dan menjadi pemimpin kelompok wanita dalam memperjuangan

tanah sawah mereka. Di dalam novel ini, Cah menjadi elemen penghidup dalam menyampaikan

mesej. Penerapan kod biologi yang dimasukkan oleh Azizi dalam novel ini boleh dikatakan

sebagai satu penyampaian yang baik dalam memartabkan golongan wanita terhadap perjuangan.

Page 28: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

SUDUT PSIKOLOGI

Watak Cah yang digambarkan sebagai seorang wanita tua, janda dan ibu yang tegas dan

bertanggungjawab terhadap anak-anaknya serta dalam masa yang sama mempunyai semangat

yang tinggi dalam memperjuangkan hak harta pusakanya dalam kelompok masyarakat kampung

itu. Cah juga di anggap sebagai ketua wanita kepada wanita-wanita yang lain di kampung

halamannya selain menjadi sayap kanan kepada golongan lelaki dalam memperjuangan tanah

sawah mereka daripada diambil oleh pihak berkuasa untuk dijadikan tapak pembangunan.

Gambaran psikologi watak Cah dipotretkan oleh Azizi Haji Abdullah seperti berikut:

Cah tidak menyangka sama sekali petang itu dia menjadi seekor singa betina yang lapar. Pada

matanya yang pudar itu menyala- nyala kilatan kebencian yang amat sangat. Memperkatakan

tentang sawah seperti memperkatakan maruahnya dan maruah seluruh pesawah kampung. Cah

tidak tahu menyukat, sebanyak mana harga maruah mereka, tetapi dia dapat merasa bagaimana

masa depan mereka begitu tercabar. Habibah disisinya pasti merasainya.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 25)

Cah sebenarnya tidak sedar pun apabila dikatakan ia seorang perempaun yang bingal dan suka

menetang arus pembanguna. Yang dirasanya, sawah adalah nadi- nadinya yang tidak boleh

diusik, sawah adalah peninggalan datuk neneknya, yang dipertahankan oleh suaminya dulu dan

Page 29: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

ingin menyambung wasiat suami betapa sawah mesti diusahakan. “Dengan kita hidup dan

menyara anak- anak kita.” Demikian kata suaminya 25 tahun yang lalu.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 25)

Berlinanglah air mata Cah mendengar kata- kata Sulaiman, anaknya itu. Dia sedaya upaya tidak

mahu menampakkan kesedihan kepada Sulaiman air mata sedihnya. Lalu disekanya cepat kerana

Hijrah kena tahan, sedangkan sedihnya adalah kerana kata- kata Sulaiman yang menggambarkan

sudah hilang keakraban darah daging sendiri.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 166)

Berdasarkan petikan di atas dapat digambarkan bahawa sifat Cah adalah seorang wanita yang

berpendirian tegas serta mempunyai semangat yang tinggi menegakkan haknya. Watak Cah juga

boleh dianggarkan sebagai seorang wanita yang garang dan degil kerana sukar untuk menerima

pendapat yang dirasakan menindas atau mencabuli hak terhadap tanah sawah miliknya.

Bagi contoh petikan ketiga, watak Cah telah digarapkan dengan nilai kesedihan akibat terkilan

dengan sikap anaknya iaitu Sulaiman yang telah lupa pada asal-usulnya sebagai anak pesawah

dan tidak mahu menjamin adiknya Hijrah yang telah dipenjara. Azizi menggambarkan watak

Cah sebagai seorang wanita tua yang garang, tegas dan berpendirian tetapi turut menyelitkan

nilai sensitif sesuai dengan sifat wanita yang sememangnya lembut, mudah tersentuh, cemburu

dan sebagainya.

SUDUT SOSIAL

Page 30: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Watak Cah yang ditonjolkan daripada sudut sosial adalah pembelajaran yang diterimanya semasa

dia masih kecil lagi. Berikut merupakan contoh petikan berkaitan kod atau aspek sosial.

Cah masih ingat pesanan bapanya dahulu, ketika dia gadis sunti apabila bapanya ajak turun ke

sawah untuk membuktikan kasih sayang pada pokok padi. “Belailah pokok- pokok yang daif dan

sakit,” kata bapanya, “belailah seolah- olah kita memberi mereka yang sedang lena.” Lalu

dilihatnya bapanya memandikan dengan air sawah yang dicedok di celah- celah pokok.

Dibasuhnya pula kaki dan betis dengan air petak itu juga. Kata bapanya, membasuh kaki,

membasuh betis sama dengan kita memandikan pokok padi. Resapkan perasaan kita bahawa

engkau adalah ibu dan pokok padi adalah anak kau, kata bapanya.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 181)

Bagi contoh, Azizi cuba menggambarkan aspek sosial melalui didikan secara tidak formal.

Berbeza dengan watak Habibah yang menerima pendidikan secara formal, watak Cah yang pada

ketika itu masih gadis sunti telah diterapkan pendidikan tidak formal oleh bapanya dengan

didikan dan cara untuk membelai dan mengasihi pokok- pokok padi agar semangat padi itu terus

subur dan dapat menghasilkan buah padi yang lebat dan baik. Apa yang jelas, melalui didikan

itulah watak Cah digambarkan sebagai seorang yang optimis dan taksub terhadap sawah padi

yang diusahakannya.

SUDUT EKONOMI

Page 31: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Watak Cah digambarkan sebagai seorang wanita yang hidup dalam kesederhanaan dan hanya

memiliki sawah bendang sebagai harta pusakanya. Selain itu, pada watak Cah, Azizi telah

menggambarkannya sebagai wanita yang mempunyai daya saing yang tinggi dengan kaum lelaki

dalam mengurus dan menjalankan aktiviti bersawah sebagai sumber ekonomi mereka. Pengarang

memerihalkan suasana ini seperti berikut:

Hidup Cah tidak pernah berasa sunyi. Walaupun tidak bersuami, walaupun tidak ada dunia lain

daripada dunia yang dihadapinya. Erti hidup bagi Cah hanyalah tiga relung sawah peninggalan

arwah bapa yang kemudiannya diusahakan oleh suami, kemudian dia sendiri, bersama-sama

Hijrah.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 1)

Cah hanya diam. Satu hari nanti akan dibelinya juga kalau ada duit lebih. Dia pun suka Hijrah

ambil upah, selain putar sawah sendiri.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 33)

Majoriti penduduk hanya bergantung kepada sumber aktiviti bersawah selain dari bercucuk

tanam sebagai punca pendapatan mereka. Watak Cah yang dilabel sebagai wanita tua yang

berumur awal 60-an merupakan satu mesej subjektif yang diwujudkan kerana mampu

mengusahakan aktiviti bersawah pada peringkat umur yang sudah senja sebagai sumber

pendapatan ekonomi terhadap keluarganya.

Page 32: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Selain itu, Azizi tidak hanya menfokuskan kepada watak Cah sebagai medan pengerak ekonomi

keluarga, beberapa orang watak wanita lain turut digambarkan sebagai peneraju ekonomi kepada

keluarga masing- masing. Antaranya watak Habibah yang turut menjalankan aktiviti bersawah

sebagai sumber ekonomi keluarganya disamping watak Leha, Puziah dan Siti Zainab yang turut

membanting tulang mengusahakan sawah padi mereka sebagai sumber pendapatan.

SUDUT BUDAYA

Azizi menampilkan watak Cah sebagai pencerita dan pengolah terhadap budaya dan tradisi yang

diwarisi oleh arwah bapanya. Meskipun zaman sudah beralih kepada era kemodenan, namun Cah

tetap berpegang teguh dan mengamalkan adat dan budaya tradisional yang diwarisinya.

Gambaran tersebut dipotretkan oleh Azizi seperti berikut.

Cah menunggu guni padi benih yang direndamnya bukan kali itu saja. Selalunya Cah buat

begitu, sejak kematian suaminya 20 tahun yang lalu. Azmi, jirannya di tepi rumah, cukup lucu

melihatnya. Biarkan, fikir Cah. Azmi mungkin tidak tahu mengapa dia tunggu guni padi

benihnya di tepi parit.

Azmi tidak tahu dia mahu memberi satu penghormatan kepada benih padi yang hendak bertunas.

Macamlah juga menunggu orang hendak bersalin. Padi benih tentu berbesar hati kalau tahu ada

Page 33: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

orang menunggu dan menemaninya. Maka sebab itulah Cah sanggup menghabiskan satu malam,

jika padi benihnya direndam. Bukan selalu, bisik Cah. Dia cuma buat sekali dalam satu piama.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 5)

“Kalau hendak bawa benih padi merah, ambillah kira-kira sejemput. Buat longgok empat-empat

atau bahagikan biji padi dengan empat. Kalau lebih sebiji, alamat terkena pada tanah dan benih

itu tidak boleh dibawa. Kalau ketegar juga, nescaya padi itu diserang ulat. Kalau lebih dua, jatuh

pada air. Benih itu cukuplah naik. Kalau lebih tiga, alamat kena api, akan terkena penyakit

merah.

“Nak susah apa, sekarang ada racun cap tengkorak,” Tiba-tiba Hijrah mencelah.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 51)

Berdasarkan contoh petikan-petikan yang diberi, pengarang telah menjadikan Cah sebagai

pewaris tradisional dalam menyampaikan adat budaya dan tradisi kepada penduduk- penduduk

sekampung terutamanya kepada golongan muda seperti Habibah, Hijrah, Leha, Azmi dan lain-

lain lagi. Meskipun terdapat peralatan, mesin dan jentera yang canggih, watak Cah digambarkan

tetap setia mengikut tradisi dalam menjalankan aktiviti bersawah kerana baginya nilai budaya

dan tradisi itulah yang mendekatkan dirinya agar sentisa menyanyangi sawah bendang.

KESIMPULAN

Page 34: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

Watak Cah yang ditonjolkan oleh Azizi Haji Abdullah dalam novel Harga Sebuah Maruah ini

telah dilengkapkan dengan teori kewanitaan daripada segi sudut citra wanita, biologi, psikologi,

sosial, ekonomi dan budaya. Penghuraian dan perkembangan watak Cah ini membawa kepada

perjalanan perkembangan novel Harga Sebuah Maruah.

Ini adalah perkara biasa di mana watak utama adalah tunjang bagi pembawaan sesebuah cerita

itu. Meskipun watak Cah hanyalah seorang wanita tua yang sudahpun kehilangan suami, namun

ia telah dapat digarap dengan baik oleh Azizi Haji Abdullah di mana ia menjadi sebuah watak

yang amat kuat.

Novel Harga Sebuah Maruah yang sarat dengan unsur- unsur berkaitan dengan kewanitaan

merupakan sebuah novel yang memartabatkan golongan wanita dalam memperjuangkan hak

sawah pusaka mereka. Pelbagai elemen telah disuntik terhadap watak dan perwatakan dalam

novel ini sebagai wardah pelengkap dan penarik terhadap jalan cerita ini. Atas sebab itu, teori

kewanitaan menjadi aspek kajian yang dipilih bagi ulasan novel Harga Sebuah Maruah ini.

Page 35: ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/.../assgment_novel.docx · Web viewLATAR BELAKANG Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj,

BIBLIOGRAFI

1. Azizi Haji Abdullah. 2007. Harga Sebuah Maruah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. Botty Rosyanti Ahmad. 2008. Karyawan Bulan Ini: Azizi Haji Abdullah. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Dharmawijaya (2005). Biografi Penulis Wajah Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

4. Mana Sikana. 1998. Kritikan Sastera Moden: Teori dan Pendekatan. Shah Alam: Fajar Bakti.

5. Siti Hajar Che Man. 2007. Esei- Esei Kritikan Feminisme Dalam Kesusasteraan Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

6. Zalila Sharif. 2003. Feminisme Dalam Kesusasteraan Malaysia dan Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. http://aziziabdullah.blogspot.com/2006/04/penilaian-karya-sumbangan-fikiran-dan.html

8. http://senimanpaksi.blogspot.com/2011/12/beberapa-cadangan-bentuk-

pengiktirafan.html

9. http://www.alaf21.com.my/penulis/?idWriter=96