kajian norfaizah abdullah
DESCRIPTION
kajian untuk pelajar tahun akhir PISMPTRANSCRIPT
-
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMIK TERHADAP
PENCAPAIAN DAN MINAT MURID DALAM MATA
PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN BAGI TEMA
MALAYSIA NEGARAKU TAHUN 5
NORFAIZAH BINTI ABDULLAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU
2013
-
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMIK TERHADAP PENCAPAIAN
DAN MINAT MURID DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TEMA
MALAYSIA NEGARAKU TAHUN 5
NORFAIZAH BINTI ABDULLAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Pengajian Sosial Sekolah Rendah
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU
OKTOBER 2013
-
i
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini
dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Pengajian Sosial Pendidikan Rendah
Tandatangan : ........................................................................
Nama Penyelia : ........................................................................
Tarikh : ........................................................................
-
ii
PENGAKUAN
Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : .............................................................
Nama Penulis : .............................................................
Tarikh : ..............................................................
-
iii
DEDIKASI
Buat ayah dan ibu tersayang,
Encik Abdullah Ag. Besar dan Puan Masnih Kasim
Kakak dan adik-adik yang dikasihi,
Noranizah, Norizatul Aini dan Nurfatin Nazira
Insan yang banyak memberi dorongan dan sokongan
Saudara Afzainizam
Yang dihargai.
Pensyarah Penyelia,
Dr. Abdul Hamid B. Abdul Rahim
Yang diingati,
Rakan-rakan PISMP PS Ambilan Januari 2010
-
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, penulis dapat
menghasilkan tugasan kajian tindakan ini tepat pada masanya.
Penulis juga ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada
penyelia kajian tindakan Dr. Abdul Hamid Bin Abdul Rahim diatas bimbingan serta
tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Sekalung terima kasih diucapkan juga kepada semua warga SK Jambatan
Putih di atas kerjasama serta tunjuk ajar yang diberikan kepada penulis sepanjang
menjalankan kajian ini.
Buat keluarga yang sentiasa diingati dan disayangi terima kasih atas segala
pengorbanan, dorongan semangat serta doa yang mengiringi perjalanan penulis
dalam menyiapkan kajian tindakan ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah, para sahabat dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penyelidikan ini.
-
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan komik terhadap
pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan bagi tema Malaysia Negaraku Tahun 5. Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kerangka model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Kajian
kuantitatif merupakan reka bentuk kajian ini. Responden kajian terdiri daripada 10
orang murid berpencapaian rendah dari kelas tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah
di daerah Tawau. Instrumen yang digunakan terdiri daripada ujian pencapaian, ujian
pra dan pasca serta borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis
deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratus dan nilai min. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa 9 daripada 10 responden menunjukkan peningkatan markah
dan gred dalam ujian pasca 1 dan 2. Manakala dalam ujian pasca 3, kesemua
responden menunjukkan peningkatan markah dan gred. Keputusan ini menunjukkan
penggunaan komik berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid. Dapatan turut
menunjukkan peningkatan minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dicadangkan agar bahan komik terus diaplikasikan dalam tema atau
topik yang berlainan agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik
dan berkesan.
-
vi
ABSTRACT
This purpose of this study is to examine the effectiveness of using comics to the
achievement and interest in the subject of Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
on the theme Malaysia Negaraku' Year 5. The study is based on a model Kurt Lewin (1946) and Laidlaw (1992). Quantitative study is the study design .The respondents
consist of 10 pupils which have lower achievement from year 5 at one of the primary
schools in Tawau. The instrument used consists of achievement tests, pre-and post-
tests and questionnaires. Data were analyzed using descriptive analysis involving
frequency, percentage and mean.The results showed that 9 out of 10 respondents
indicated an increase in marks and grades in post-test 1 and 2. When in post-test 3,
all respondents showed the marks and grades. These results showed that comics is
effective to improving student achievement. The findings also showed an increase
students' interest in pursuing teaching and learning. Suggested that comic material
be applied in different themes or topics in order to create an excellent learning
environment and effective.
-
vii
KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI LAMPIRAN xi
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 2
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 4
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Pengenalan 6
2.2 Isu dan Penyataan Masalah Kajian 6
2.3 Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan 7
dengan Isu Kajian
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 17
3.2 Tujuan Kajian 17
3.3 Objektif Kajian 17
3.4 Persoalan Kajian 17
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan 19
4.2 Kumpulan Sasaran Kajian 19
4.3 Reka Bentuk Kajian 19
4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan 20
4.5 Kaedah Pengumpulan Data Kajian 23
4.6 Cara Menganalisis Data Kajian 26
-
viii
5.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
5.1 Pengenalan 28
5.2 Dapatan Kajian 28
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bersama Sorotan 52
Literatur Terhadap Kajian Berkaitan
6.0 REFLEKSI DAN TINDAKAN SUSULAN
6.1 Pengenalan 55
6.2 Refleksi dan Implikasi Dapatan Kajian 55
6.3 Rumusan dan Cadangan Kajian Selanjutnya 60
SENARAI RUJUKAN 64
LAMPIRAN-LAMPIRAN 68
-
ix
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
2.1 Ringkasan Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Penggunaan
Komik dalam Pengajaran dan pembelajaran
16
3.1 Ringkasan berkenaan tujuan,objektif dan persoalan
kajian
18
4.1 Panduan Penentuan Gred 25
4.2 Kaedah Pengumpulan Data dan Analisis Yang
Digunakan
27
5.1 Analisis Profil dan Pencapaian Responden dalam
Ujian Pencapaian
29
5.2 Ujian Pra dan Pasca Mengikut Subtopik dalam Tema
Malaysia Negaraku
30
5.3 Analisis Ujian Pra dan Pasca Ujian 1 hingga 3 32
5.4 Perbezaan Peratusan Markah dan Gred Ujian Pra 1 dan
Pasca 1
33
5.5 Perbezaan Peratusan Markah dan Gred Ujian Pra 2 dan
Pasca 2
37
5.6 Perbezaan Peratusan Markah dan Gred Ujian Pra 3 dan
Pasca 3
41
5.7 Taburan Kekerapan Jawapan Responden Untuk
Instrumen Soal selidik
47
-
x
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
4.1 Model Kurt Lewin 1946, dan Laidlaw 1992 20
5.1 Graf Perbezaan Markah Responden Dalam Ujian Pra 1
dan Ujian Pasca 1
35
5.2 Graf Bilangan Responden Mengikut Gred Dalam
Ujian Pra 1 dan Pasca 1
36
5.3 Graf Bilangan Responden Mengikut Gred Dalam
Ujian Pra 2 dan Ujian Pasca 2
39
5.4 Graf Perbezaan Markah Responden Dalam Ujian Pra 2
dan Pasca 2
40
5.5 Graf Bilangan Responden Mengikut Gred Dalam
Ujian Pra 3 dan Pasca 3
43
5.6 Graf Perbezaan Markah Responden Dalam Ujian Pra 3
dan Ujian Pasca 3
44
5.7 Graf Perbandingan Jawapan Responden Item Soal
Selidik
48
-
xi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Muka surat
A Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan 69
B Jadual Spesifikasi Ujian Pencapaian 70
C Ujian Pencapaian 71
D Jadual Spesifikasi Ujian Pra dan Ujian Pasca 76
E Ujian Pra 1 77
F Ujian Pasca 1 82
G Ujian Pra 2 87
H Ujian Pasca 2 92
I Ujian Pra 3 97
J Ujian Pasca 3 102
K Borang Soal Selidik 107
L Bahan Komik 109
-
1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, proses pengajaran dan pembelajaran
anak-anak kini dilihat berubah menjadi lebih terbuka dan fleksibel. Hal ini adalah
seiring dengan kemodenan dunia yang menuntut sesebuah negara untuk menekankan
sistem pendidikan yang maju dan mampu menjadikannya sebagai landasan terbaik ke
arah pembangunan negara. Oleh itu, peranan guru diperlukan dalam mewujudkan
pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid. Lee (2005) dalam
kajiannya menyatakan bahawa, guru yang mengajar dengan baik dapat mengubah
persepsi murid terhadap sesuatu pengajaran. Oleh yang demikian, guru memainkan
peranan yang sangat penting dalam menghasilkan bahan dan teknik yang lebih
berkesan.
Justeru, untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan, guru perlu
menekankan aspek kepelbagaian kaedah atau teknik pengajaran agar sesi pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan tidak membosankan. Jika
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, maka akan dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran.
Selain itu, bahan-bahan baharu dan kreatif dapat menjadikan proses
pembelajaran lebih seronok dan menarik minat murid. Malah, kepelbagaian dan
pembaharuan kaedah yang diperkenalkan mampu membantu dalam meningkatkan
penguasaan murid khususnya bagi mata pelajaran yang memerlukan daya ingatan
dan kefahaman yang tinggi seperti mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
-
2
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran teras
kepada semua murid dan pernah diajar secara formal mulai tahun 1982 melalui
perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Pada tahun 2005,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kembali diperkenalkan secara berperingkat
di tahap dua di sekolah rendah iaitu tahun 4, 5, dan 6 serta melibatkan semua
tingkatan di sekolah menengah. Mata pelajaran ini dianggap penting dalam usaha
untuk melahirkan individu yang mempunyai keterampilan yang tinggi serta
mempunyai rasa kecintaan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Lantaran itu, penggunaan komik merupakan satu kaedah yang boleh
digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang amat sesuai dan seiring dengan
peredaran masa kerana ianya mengandungi unsur-unsur humor selain sinonim
dengan jiwa kanak-kanak. Bukan itu sahaja, penggunaan komik turut memberikan
kesan positif kepada pencapaian murid berbanding dengan penggunaan kaedah-
kaedah tradisional seperti kaedah chalk and talk serta kaedah berpusatkan guru.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu
Sepanjang menjalani praktikum Fasa 2 di sebuah sekolah di daerah Kunak, pengkaji
diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
bagi Tahun 5. Semasa mengajar mata pelajaran tersebut, terdapat beberapa topik
atau tema yang sukar dikuasai oleh murid-murid termasuklah tema 5 iaitu Malaysia
Negaraku. Ketidakmampuan murid menguasai topik tersebut menyebabkan
pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
menurun. Ekoran daripada itu, pengkaji cuba menggunakan beberapa kaedah dan
-
3
bahan bantu mengajar untuk menarik perhatian murid untuk mempelajari topik
tersebut. Hal ini termasuklah menggunakan buku teks, nota ringkas, menjalankan
aktiviti berkumpulan dan sebagainya supaya proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menyeronokkan dan lebih mudah difahami.
Namun, hasil daripada penggunaan kaedah dan teknik yang telah dinyatakan
di atas adalah mengecewakan. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
tema 5 iaitu Malaysia Negaraku, pengkaji mendapati masih terdapat segelintir
murid yang belum menguasai topik yang diajar. Hal ini dapat diperhatikan dengan
jelas ketika pengkaji cuba menguji ingatan murid tentang apa yang telah diajar
dengan menjalankan beberapa aktiviti kuiz secara berkumpulan dan soal jawab
bersama murid.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, murid-murid kelihatan gelisah, bosan dan
menunjukkan sikap kurang aktif untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang
telah dirancang. Pengkaji menyedari bahawa keadaan ini berlaku adalah disebabkan
oleh kesilapan guru itu sendiri di mana kerap menggunakan kaedah biasa dan tiada
pendedahan kepada proses pembelajaran yang baharu kepada murid-murid. Keadaan
ini telah menyebabkan murid hilang minat untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya menurunkan tahap pencapaian mereka dalam mata
pelajaran tersebut.
Bukan itu sahaja, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik
tersebut, beberapa orang murid meluahkan rasa tidak berminat untuk mempelajari
topik berkenaan. Apabila pengkaji bertanya sebab-sebab mereka tidak berminat
-
4
dengan topik berkenaan, murid tersebut berkata bahawa topik yang diajar sukar
difahami dan banyak fakta-fakta yang perlu diingat berbanding dengan topik atau
tema lain yang dianggap mudah kerana berunsurkan budaya dan kehidupan seharian.
Tambahan lagi, melalui sesi soal jawab secara tidak formal bersama murid-
murid Tahun 5 di sekolah berkenaan, pengkaji mendapati kebanyakkan murid
beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
merupakan mata pelajaran yang tidak penting. Tanggapan sedemikian menyebabkan
murid malas untuk mempelajari mata pelajaran tersebut. Malahan ada di antara
mereka yang tidak kisah sekiranya mereka gagal dalam mata pelajaran tersebut
sewaktu peperiksaan.
Bagi menyelesaikan masalah ini, pengkaji berusaha mencari kaedah dan
teknik yang lebih pelbagai agar dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid
terhadap mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan secara
keseluruhannya dan khususnya dalam tema Malaysia Negaraku.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, masalah utama yang
kerap dialami oleh seorang guru ialah masalah daya pemahaman murid terhadap
pengajaran yang guru sampaikan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru mereka
haruslah berfikiran positif dan menyedari bahawa masalah yang dihadapi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran perlu dipandang serius dan ditangani dengan
segera agar masalah ini tidak berterusan.
-
5
Lantaran itu, sebagai seorang guru yang mempunyai kesedaran tentang
tanggungjawab mereka sebagai pendidik seharusnya berusaha untuk
mempertingkatkan kemahiran murid dari aspek mengingat dan memahami fakta
melalui pelbagai langkah-langkah pemulihan. Langkah ini penting agar murid-murid
ini tidak terus tercicir dari menerima ilmu pengetahuan. Hal ini sekaligus bertujuan
untuk memastikan murid memperolehi pencapaian yang maksima dalam mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
-
6
2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
2.1 Pengenalan
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan
para murid dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memahami tujuan atau
fungsi sebenar sesuatu pengajaran dilaksanakan, iaitu untuk merangsang
pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran dengan berkesan.
Sesuatu sesi pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media
dirancang secara sistematik. Oleh itu, seorang guru perlu bijak dalam mengenalpasti
bahan pengajaran bahkan juga kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang
bersesuaian dengan minat murid. Hal ini kerana setiap murid itu adalah berbeza dari
segi minat, kecerdasan dan gaya pembelajaran. Idea ini disokong oleh Teori
Kecerdasan Pelbagai yang menyatakan bahawa setiap insan mewarisi sembilan jenis
kecerdasan yang berlainan.
2.2 Isu dan Penyataan Masalah kajian
Terdapat banyak masalah yang sering dihadapi oleh murid tahun 5 dalam mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Antara masalah utama yang
dibangkitkan dalam kajian ini ialah murid yang kurang meminati dan memahami
tema atau topik dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
terutamanya tema Malaysia Negaraku. Keadaan ini menyebabkan pencapaian
murid dalam tema yang dinyatakan pengkaji mengalami penurunan dan tidak
mencapai tahap yang sepatutnya. Kajian ini dilaksanakan dalam usaha untuk
mengatasi masalah yang dihadapi supaya tidak berterusan ke tahap yang lebih serius.
-
7
Malah, sekiranya minat murid semakin luntur untuk mempelajari topik-topik yang
terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, maka
usaha untuk melahirkan anak bangsa yang mempunyai keperibadian yang mulia dan
bersemangat patriotik akan gagal.
Sehubungan itu, diharapkan agar kajian tindakan ini dapat membantu dalam
meningkatkan pencapaian murid di dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan khususnya dalam tema Malaysia Negaraku melalui penggunaan
komik.
2.3 Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan Dengan Isu Kajian
Bahagian ini membincangkan tentang dapatan daripada sumber-sumber tertentu yang
telah dikupas dengan mendalam bagi topik berkaitan untuk menyokong kajian yang
dijalankan. Perbincangan tinjauan literatur menjurus kepada dua subtopik seperti
berikut:
2.3.1 Definisi Berkaitan Kajian
a. Keberkesanan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), berkesan bermaksud
menimbulkan hasil atau kesudahan yang diharapkan. Manakala
keberkesanan merujuk kepada perihal berkesan atau berkesannya
(sesuatu tindakan, perubahan, dan sebagainya). Dalam kajian ini,
keberkesanan merujuk kepada penggunaan komik sebagai bahan
bantu mengajar dalam membantu meningkatkan pencapaian dan minat
murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan khususnya bagi tema Malaysia Negaraku.
-
8
b. Komik
Komik diertikan sebagai buku yang mengandungi cerita yang disertai
dengan gambar yang melucukan (Kamus Dewan, 2007). Jacobs D.
(2007) menyatakan bahawa komik adalah teks berasaskan perkataan
yang dipermudahkan dan seseorang akan mudah memahami melalui
gambar komik. Dari segi aspek visual, antara ciri-ciri yang diambil
berat adalah penggunaan garis, tempat kosong, teknik bayang-bayang,
perspektif, jarak, kandungan komik, mimik muka, postur badan,
watak komik dan juga persekitaran dalam komik. Manakala,
Maifalinda (2008) pula menyatakan bahawa komik sebagai media
visual yang hanya terdiri daripada gambar dan tulisan yang terangkum
menjadi sebuah cerita.
Dalam kajian ini, istilah komik bermaksud mengandungi
kartun, dialog dan fakta berkaitan tema Malaysia Negaraku yang
digunakan sebagai bahan untuk membantu meningkatkan pencapaian
dan minat murid.
c. Pencapaian
Pencapaian secara umumnya bermaksud kejayaan atau kegagalan
murid bagi satu-satu ujian, peperiksaan dalam sekolah atau
peperiksaan piawai yang direkabentuk, ditadbir, diberi markah dan
diinterpretasikan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut khasnya
untuk penilaian di sesebuah negara. Biasanya pencapaian ini
dinyatakan dalam skor mentah, gred dan pangkat untuk satu-satu
-
9
subjek ataupun keseluruhan kursus (Raha, 1991). Dalam kajian ini,
pencapaian merujuk kepada markah dan gred yang diperolehi oleh
responden dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan bagi tema Malaysia Negaraku selepas murid
diberikan ujian pra, sesi rawatan dan ujian pasca.
d. Minat
Minat sering dikaitkan dengan keseronokan. Kamus Dewan (2007)
mendefinisikan minat sebagai keinginan, kesukaan atau
kecenderungan. Dalam kajian ini, minat yang dimaksudkan ialah
keseronokan murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diukur menggunakan
instrumen borang soal selidik dalam lampiran K.
2.3.2 Kajian-Kajian Lepas yang Berkaitan
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menjalankan kajian menggunakan
bahan komik sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Sekiranya komik digunakan dengan betul dan
bersesuaian dengan tajuk pembelajaran, hal ini akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan
menyeronokkan kerana komik mengandungi unsur humor. Menurut
Kamus Dewan (2002), humor bermaksud kebolehan menyatakan
sesuatu yang menggelikan hati dan melucukan.
-
10
Kajian berkaitan humor dilakukan oleh Azriana dan Yahida
(2011) bertujuan untuk mencari satu kaedah yang sesuai bagi
memasukkan unsur humor dalam pelajaran agar pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Dapatan kajian
beliau telah menunjukkan bahawa menyuntik unsur humor dapat
merangsang minat dan daya kreativiti.
Hal ini disokong oleh Abdul Ghani et al. (2007) yang
menyatakan bahawa unsur humor seperti kartun juga dapat membantu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Umpamanya penggunaan
sumber kartun pada overhead projector (OHP) atau pada
persembahan power point dapat mencetuskan perbincangan, dialog,
proses alih bahasa dan juga persembahan bahasa kedua dengan
menarik dan berkesan. Unsur ilustrasi, warna dan cahaya sering
memukau penonton dan dalam konteks kajian ini pula, penggunaan
kartun atau karikatur mampu menjana minda para murid secara santai
dan kreatif.
Bukan itu sahaja, dalam sesebuah komik juga turut
mengandungi unsur grafik yang berwarna dan menarik. Hal ini dapat
membantu murid untuk memahami dan mengingat susunan fakta
dengan mudah sekaligus membantu meningkatkan pencapaian murid
terhadap topik yang diajar. Manusia dikatakan makhluk yang
visually oriented dan mereka banyak belajar melalui penglihatan.
Walaupun mereka mendengar dan membaca, namun apa yang
-
11
didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran
mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Hal
ini disokong oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan bahawa murid
belajar melalui penglihatan sebanyak 70 peratus dan melalui
pendengaran sebanyak 30 peratus sahaja. Pandangan-pandangan ini
selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Kung Fu Tze, seorang
pujangga dan ahli falsafah cina;
kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya
ingat; dan kalau saya buat saya tahu
Sementara itu, kajian berkenaan penggunaan strip komik bagi
meningkatkan pencapaian murid dalam topik Kitaran Air dijalankan
oleh Leong dan Amir (2012). Kajian ini menyatakan bahawa strip
komik merupakan suatu bahan asli visual yang menarik dan luar biasa
dengan kaedah konvensional seperti chalk and talk. Strip komik
merupakan suatu bahan yang menggabungkan lukisan bersiri dengan
urutan cerita. Hal ini turut disokong oleh hasil kajian yang
menunjukkan perbezaan yang ketara dalam pencapaian murid dalam
ujian pra dan pasca yang dijalankan iaitu berlaku peningkatan min
markah sebanyak + 32.5 dan perbezaan sisihan piawai sebanyak 6.3
setelah menggunakan strip komik dalam pengajaran dan pembelajaran
sains.
Di samping itu, kajian berkaitan komik juga dilakukan oleh
Razilah (2011) berkenaan penggunaan Comic Life untuk membantu
-
12
pengajaran lisan. Dapatan kajian beliau jelas menunjukkan
penggunaan Comic Life dapat meningkatkan kemahiran bertutur
murid. Hal ini dapat ditunjukkan dengan majoriti murid iaitu 56
peratus menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka, diikuti
25 peratus mengekalkan markah dalam band yang sama dan 19
peratus lagi mempunyai markah yang merosot selepas penggunaan
Comic Life diaplikasikan dalam pengajaran lisan. Hal ini
menunjukkan bahawa penggunaan komik sedikit sebanyak membawa
kepada peningkatan dalam pencapaian murid dalam pelbagai subjek.
Kajian seterusnya ini menjurus kepada penggunaan kartun
seperti yang dilakukan oleh Ahmad Nizam (2008). Beliau
menghasilkan sendiri Modul Kartun berdasarkan satu sub topik yang
terdapat di dalam sukatan pelajaran Tingkatan Empat iaitu Types of
Nutrition dan Balanced Diet. Dalam kajian yang dilakukan juga
beliau membuat perbandingan berkaitan keberkesanan diantara dua
kaedah pengajaran bagi mata pelajaran Biologi iaitu kaedah
konvensional dan modul kartun. Hasil kajian mendapati bahawa tiada
perbezaan yang jelas dari segi pencapaian Biologi di antara murid
yang mengikuti modul kartun dan kaedah konvensional.
Namun dari segi pandangan yang diluahkan oleh para murid
semasa sesi temubual berkaitan penggunaan modul berbentuk kartun
telah menunjukkan keberkesanan modul dalam meningkatkan minat,
keupayaan mengingati, sikap positif dan prestasi murid, selain
-
13
daripada peranan guru diperlukan dan masa dapat dijimatkan. Idea ini
turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohammad Khairul
(2011) bahawa pemilihan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar
sangat mempengaruhi pencapaian dan ingatan serta kefahaman murid
terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan lagi, kajian yang hampir serupa dilakukan oleh
Rusyati dan Azizah (2012) iaitu mengkaji implikasi penggunaan
karikatur Myface terhadap pembelajaran dan pengajaran. Dapatan
kajian menunjukkan pelajar memberi reaksi yang positif terhadap
penggunaan karikatur Myface. Catatan refleksi murid menunjukkan
tiga dimensi kelebihan penggunaan karikatur myface iaitu kaedah
pengajaran dan pembelajaran, penerimaan pelajar serta penguasaan isi
pelajaran. Pelajar berpendapat kaedah pengajaran dan pembelajaran
seperti ini amat kreatif dan efektif sehingga menarik perhatian serta
minat pelajar. Malah, penggunaan karikatur ini juga membolehkan
pelajar menguasai isi pelajaran, fakta dan konsep dengan cepat dan
jelas.
Selain itu, kajian tentang penggunaan komik sebagai medium
pengajaran dalam mata pelajaran Matematik dilakukan oleh Supriadi
(2008).Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan hampir keseluruhan
responden menyatakan menarik (61.24%), dan sangat menarik
(16.13%) terhadap pembelajaran kartun Matematik. Responden kajian
berpendapat bahawa kartun memotivasikan semangat belajar, dapat
-
14
menghilangkan tekanan dan menyenangkan, pembelajaran lebih
menarik dan penyampaiannya lebih mudah difahami.
Sementara itu, kajian berkenaan penggunaan komik untuk
menggalakkan kefahaman pembacaan telah dijalankan oleh Irwan
Fahmi (2003). Dalam kajian tersebut, beliau telah menggunakan
pelbagai sumber komik yang didapati di majalah dan akhbar dalam
menilai kebolehan pemahaman dan kefasihan murid dalam bahasa
Inggeris melalui soal selidik dan juga ujian pencapaian. Akhirnya,
beliau telah mendapat keputusan bahawa minat murid dalam
pembacaan komik adalah meningkat kerana mereka dapat memahami
komik berkenaan dengan pantas dalam pembelajaran mereka.
Di samping itu, kajian perbandingan diantara modul komik
dengan bahan bantu mengajar yang lain turut dilakukan oleh
Mohamad Saiful Firdaus (2012) iaitu membuat perbandingan antara
modul komik dengan media powerpoint. Berdasarkan analisis,
pengkaji mendapati bahawa kaedah pengajaran dengan menggunakan
media modul komik adalah lebih berkesan berbanding media
powerpoint. Murid-murid yang menggunakan media modul komik
menunjukkan prestasi yang lebih tinggi dalam ujian penilaian. Murid-
murid juga lebih fokus serta menunjukkan tingkahlaku yang positif
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
-
15
Tambahan lagi, kajian berkaitan penggunaan komik juga
dilakukan ke arah membantu mendidik murid-murid berkeperluan
khas seperti yang dilaksanakan oleh Fadilahwati & Ronaldi (2009)
melalui kajiannya bertajuk Penggunaan Aplikasi Pembelajaran
Mobile Komik Interaktif. Melalui pengaplikasian komik interaktif
ini, mereka mendapati kanak-kanak disleksia sangat meminati aplikasi
tersebut dan kanak-kanak disleksia didapati tidak mempunyai masalah
di dalam mengenal pasti huruf dan membaca perkataan yang tertera di
skrin telefon bimbit. Hal ini menunjukkan dengan jelas kepentingan
penggunaan komik dalam meningkatkan minat murid untuk belajar.
Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, secara keseluruhannya
jelas menunjukkan kesan-kesan positif penggunaan komik ke arah
peningkatan daya kefahaman murid terhadap sesuatu isi pelajaran. Di
samping itu, penggunaan komik dalam pengajaran dan pembelajaran
juga mampu memberikan motivasi dan menyunting semangat murid.
Jadual 2.1 menunjukkan ringkasan kajian-kajian lepas berkaitan
penggunaan komik dalam pengajaran dan pembelajaran.
-
16
Jadual 2.1: Ringkasan kajian-kajian lepas berkaitan penggunaan komik dalam pengajaran dan pembelajaran
Bil. Penyelidik Model yang
digunakan
Hasil kajian
1 Leong Fern Nee &
Amir Hamzah
(2012)
Strip komik Kajian ini menunjukkan bahawa strip komik membantu meningkatkan pencapaian murid dalam topik Kitaran air bagi mata pelajaran Sains.
2 Mohamad Saiful
Firdaus (2012)
Modul
Komik Membuat perbandingan antara modul komik dengan media powerpoint.
Kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran dengan menggunakan media modul komik adalah lebih berkesan berbanding media power point.
3 Rusyati & Azizah
(2012
Karikatur
Myface Dapatan kajian menunjukkan tiga dimensi kelebihan penggunaan karikatur Myface iaitu
dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran, penerimaan pelajar serta penguasaan isi
pelajaran.
4 Azrina & Yahida
(2011)
Unsur
Humor Dapatan kajian menunjukkan bahawa menyuntik unsur humor dapat merangsang minat
dan daya kreativiti murid jika dijalankan dengan betul.
5 Razilah Yahya
(2011)
Comic life Kajian ini menunjukkan penggunaan Comic Life dapat meningkatkan kemahiran bertutur
murid.
Majoriti murid iaitu 56% menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka, diikuti 25% mengekalkan markah dalam band yang sama dan 19%.
6 Mohammad
Khairul (2011)
Bahan
Kartun Pemilihan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar sangat mempengaruhi pencapaian
dan ingatan serta kefahaman murid terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
7 Fadilahwati &
Ronaldi (2009)
Komik
Interaktif
Mendapati kanak-kanak disleksia sangat meminati aplikasi tersebut dan kanak-kanak disleksia didapati tidak mempunyai masalah didalam mengenal pasti huruf dan membaca
perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit.
8 Ahmad Nizam
(2008)
Modul kartun
Hasil kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang jelas dari segi pencapaian Biologi di antara murid yang mengikuti modul kartun dan kaedah konvensional.
Namun modul komik dapat membantu neningkatkan minat, pengintegrasian bersama buku teks, pengupayaan murid, peningkatan prestasi, peranan guru, penjimatan masa, dan
-
17
peningkatan sikap positif.
9 Supriadi
(2008)
Kartun Majoriti responden kajian berpendapat bahawa kartun memotivasikan semangat belajar, dapat menghilangkan tekanan dan menyenangkan, pembelajaran lebih menarik dan
penyampaiannya lebih mudah difahami.
10 Irwan Fahmi (2003) Komik Minat murid dalam pembacaan komik adalah meningkat kerana mereka dapat memahami komik berkenaan dengan pantas dalam pembelajaran mereka.
-
17
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam sesebuah kajian yang dijalankan, antara topik yang utama ialah objektif dan
persoalan kajian. Topik ini penting kerana ia akan menjadi haluan pergerakan kajian
ini. Tujuan, objektif serta persoalan kajian adalah seperti berikut:
3.2 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan komik terhadap
pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan bagi tema Malaysia Negaraku.
3.3 Objektif Kajian
Berdasarkan tujuan kajian, secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan komik dalam meningkatkan
pencapaian murid dalam tema Malaysia Negaraku.
2. Membantu meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
3.4 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab dua persoalan berikut:
1. Adakah penggunaan komik berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid
dalam tema Malaysia Negaraku?
2. Adakah penggunaan komik membantu meningkatkan minat murid terhadap
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan?
-
18
Secara kesimpulannya, bahagian ini telah menerangkan secara lanjut berkenaan
tujuan kajian ini dijalankan berserta objektif dan persoalan kajian. Ringkasan
bahagian ini ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1: Ringkasan berkenaan tujuan, objektif dan persoalan kajian.
Tujuan Objektif Persoalan
Mengkaji keberkesanan
penggunaan komik dalam
membantu meningkatkan
pencapaian dan minat
murid terhadap mata
pelajaran Pendidikan
Sivik dan
Kewarganegaraan bagi
temaMalaysia Negaraku melalui penggunaan komik.
1. Mengenalpasti keberkesanan
penggunaan komik
dalam meningkatkan
pencapaian murid
dalam tema Malaysia Negaraku.
1. Adakah penggunaan komik berkesan
dalam meningkatkan
pencapaian murid
dalam tema
Malaysia Negaraku?
2. Membantu meningkatkan minat
murid terhadap mata
pelajaran Pendidikan
Sivik dan
Kewarganegaraan.
2. Adakah penggunaan
komik membantu
meningkatkan minat
murid terhadap mata
pelajaran Pendidikan
Sivik dan
Kewarganegaraan?
-
19
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalah kajian. Metodologi juga merupakan perancangan yang disusun rapi untuk
mengumpul dan menganalisis data bagi mencapai tujuan mahupun objektif kajian.
Bahagian ini akan membincangkan empat subtopik iaitu kumpulan sasararan kajian,
reka bentuk kajian, pelan tindakan dan perlaksanaan tindakan serta kaedah
pengumpulan dan cara menganalisis data.
4.2 Kumpulan Sasaran
Dalam kajian ini, kumpulan sasaran atau responden kajian terdiri daripada 10 orang
murid berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan bagi tema Malaysia Negaraku dari kelas Tahun 5 di salah sebuah
sekolah di daerah Tawau. Pemilihan kumpulan sasaran dilakukan menggunakan
kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) berdasarkan kepada pencapaian
murid dalam ujian pencapaian (ujian di bilik darjah) yang ditadbir oleh pengkaji.
Untuk memastikan pemilihan kumpulan sasaran lebih tepat, pengkaji turut
berbincang dan merujuk kepada guru kelas mahupun guru mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan mengenai prestasi setiap murid bagi kelas berkenaan.
4.3 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini digunakan sebagai panduan untuk pengkaji mendapatkan data
dan maklumat. Oleh itu, reka bentuk kajian tindakan boleh diubahsuai berdasarkan
-
20
keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah berkenaan. Kajian yang dijalankan
oleh pengkaji menggunakan reka bentuk analisis deskriptif berdasarkan kepada
kerangka Model Kurt Lewin (1946) seperti dalam Rajah 4.1.
Rajah 4.1: Model Kurt Lewin 1946, dan Laidaw 1992
4.4 Pelan Tindakan dan Perlaksanaan Pelan Tindakan
Berdasarkan kepada Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992), prosedur
perlaksanaan kajian tindakan ini dilakukan melalui langkah iaitu (1) Mengenalpasti
aspek amalan; (2) Perancangan; (3) Tindakan atau implementasi; (4) Kesan tindakan;
dan (5) Refleksi.
4.4.1 Mengenalpasti Aspek Amalan
Sebelum pengkaji melaksanakan kajian, pengkaji terlebih dahulu
berbincang dengan guru yang mengajar kumpulan sasaran, guru
MENGENALPASTI ASPEK AMALAN
- Masalah guru dan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.
PERANCANGAN
- Mengenalpasti pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik iaitu
memperkenalkan komik
sebagai bahan P&P
TINDAKAN ATAU IMPLIMENTASI
1. Menggunakan Komik dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
2. Ujian Pra dan Pasca
3. Soal selidik
MELIHAT KESAN TINDAKAN
- Menganalisis hasil dapatan
kajian.
REFLEKSI
- Mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan penggunaan
komik dalam P&P
- Membuat cadangan
penambahbaikan.
-
21
pembimbing dan juga pihak pentadbir sekolah (praktikum fasa 3)
untuk memohon kebenaran menjalankan kajian. Kemudian, pengkaji
memilih beberapa orang murid untuk dijadikan responden kajian.
Seterusnya, pengkaji mendapatkan maklumat tentang prestasi murid
di dalam kelas serta melakukan ujian pencapaian untuk memilih
responden kajian.
Selain itu juga, pengkaji turut mengenalpasti isu atau masalah
yang dihadapi oleh guru dan murid. Pengkaji mendapati murid
mengalami kesukaran dalam menguasai dan memahami isi pelajaran
dalam mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun
5 khususnya bagi tema Malaysia Negaraku
4.4.2 Perancangan
Setelah itu, pengkaji kemudiannya membuat perancangan untuk
mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dengan
mengenalpasti pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
yang bersesuaian. Pengkaji kemudiannya memperkenalkan
penggunaan komik sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi tema
yang dipilih iaitu tema Malaysia Negaraku.
4.4.3 Tindakan atau Implimentasi
Selepas membuat perancangan yang rapi, pengkaji kemudiannya
mengambil tindakan atau implimentasi. Pengkaji memulakan kajian
-
22
dengan mengajar topik atau tema Malaysia Negaraku dengan
menggunakan kaedah konvensional iaitu kaedah chalk and talk.
Setelah itu, pengkaji mengagihkan soalan ujian pra kepada responden
dan mereka diarahkan untuk menjawab selama 20 minit. (Rujuk
lampiran E , G, dan I)
Selepas dua minggu, pengkaji melakukan intervensi dengan
mengaplikasikan penggunaan bahan komik dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi topik atau tema yang sama dalam Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan. Selepas sesi intervensi ini dijalankan, pengkaji
melakukan ujian pasca kepada responden. Intervensi ini dilakukan
sebanyak tiga kali menggunakan tiga komik yang berbeza dalam tema
yang sama. (Rujuk lampiran F, H dan J).
Kemudian, pengkaji juga turut mengedarkan borang soal
selidik kepada responden yang terlibat untuk mendapatkan pandangan
berkenaan penggunaan komik dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. (Rujuk lampiran K)
4.4.4 Kesan Tindakan
Dalam langkah keempat pula, pengkaji melihat kesan tindakan yang
dilakukan dalam langkah sebelumnya. Pengkaji mengumpul dan
menganalisis dapatan hasil kajian untuk melihat sejauhmana bahan
komik tersebut berjaya membantu dalam meningkatkan pencapaian
-
23
murid terhadap topik pelajaran yang diajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 5.
4.4.5 Refleksi
Setelah selesai melaksanakan kajian dan menganalisis dapatan hasil
kajian, pengkaji membuat rumusan berkaitan kekuatan dan kelemahan
penggunaan bahan atau kaedah yang dilaksanakan. Pengkaji juga
kemudiannya membuat refleksi berkenaan tentang dapatan kajian dan
mencadangkan tindakan selanjutnya bagi menambahbaik kajian yang
telah dilakukan.
4.5 Kaedah Pengumpulan Data Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data menggunakan instrumen kajian seperti
ujian pencapaian (ujian di bilik darjah), ujian pra dan ujian pasca serta menggunakan
instrumen soal selidik bagi mengkaji keberkesanan penggunaan komik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi tema
Malaysia Negaraku. Data yang diperolehi daripada ketiga-tiga instrumen digunakan
untuk menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan.
4.5.1 Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian merupakan ujian yang yang digubal oleh guru bagi
mengukur sejauhmana sesuatu kumpulan atau seseorang murid
berkenaan telah menguasai topik yang telah dipelajari. Dalam kajian
ini, pengkaji menggunakan ujian pencapaian (ujian di bilik darjah)
untuk mengenalpasti 10 orang murid dari tahun 5 yang mempunyai
pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
-
24
Kewarganegaraan khusus bagi tema Malaysia Negaraku untuk
dijadikan sebagai responden kajian.
4.5.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Dalam kajian ini juga, pengkaji menggunakan ujian pra dan pasca
untuk menjawab persoalan kajian satu berkaitan keberkesanan
penggunaan komik dalam meningkatkan pencapaian murid dalam
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi topik
atau tema Malaysia Negaraku. Dalam penyelidikan tindakan ini
juga, pengkaji telah menjalankan tiga kali ujian pra dan pasca
melibatkan tiga sub-topik yang berbeza dalam tema berkenaan. ujian
pra 1 dan pasca 1 melibatkan subtopik Sistem Pemerintahan Negara
Kita, ujian Pra 2 dan ujian pasca 2 melibatkan subtopik Ekonomi
Maju Negara Makmur manakala ujian Pra 3 dan ujian pasca 3
melibatkan subtopik Bijak Memilih Pemimpin.
Ujian pra diberikan kepada responden sebelum mengikuti
intervensi. Manakala ujian pasca atau pasca diberikan selepas murid
menjalani intervensi. Dalam ujian pra dan pasca juga, soalan yang
digunakan adalah sama tetapi diubah kedudukan nombor soalan bagi
memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara markah ujian
pra dan ujian pasca dengan lebih tepat.
Soalan dalam ujian pra dan pasca ini mengandungi soalan
objektif dan soalan subjektif yang memperuntukkan 20 markah dan
-
25
kemudiannya ditukar kepada bentuk peratus. Setelah itu,
perbandingan pencapaian responden kajian sebelum dan selepas
intervensi dinilai berdasarkan gred A, B, C, D dan E seperti dalam
Jadual 4.1. Keputusan perbandingan pencapaian ini dapat
menunjukkan keberkesanan bahan komik yang digunakan dalam
kajian ini.
Jadual 4.1: Panduan Penentuan Gred
Markah Gred
80-100 A
60-79 B
40-59 C
20-39 D
1-19 E
0 TH
Sumber: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
4.5.3 Soal Selidik
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan.
Instrumen ini paling popular kerana mudah diguna dan fleksibel. Soal
selidik juga digunakan kerana mudah ditadbir setelah dibina dengan
baik dan datanya mudah dianalisis. Hal ini disokong oleh Norfaizah
Idayu (2011) yang menyatakan soal selidik merupakan instrumen
yang sesuai dan berkesan digunakan di dalam kajian-kajian berbentuk
tinjauan selain dapat menjimatkan masa, mudah, serta sesuai untuk
kebanyakan responden.
Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan soal
selidik tertutup dikotomi iaitu soalan yang skalanya hanya terdiri
-
26
daripada dua pilihan jawapan sahaja iaitu Ya atau Tidak.
Pemilihan skala ini juga bersesuaian dengan tahap intelektual
responden dan memudahkan responden untuk mengisi soal selidik ini.
Penggunaan instrumen ini memudahkan lagi tafsiran responden bagi
setiap item yang disenaraikan.
Dalam borang soal selidik yang disediakan, pengkaji telah
membahagikannya kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Bahagian A ialah bahagian latar belakang responden dari
segi kelas dan jantina manakala bahagian B pula mengandungi 10
item berkenaan pandangan dan minat murid terhadap mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
4.6 Cara Menganalisis Data Kajian
Data-data yang diperolehi menerusi tiga jenis instrumen iaitu ujian pencapaian, ujian
pra dan pasca, dan borang soal selidik dikumpulkan untuk dianalisis menggunakan
analisis deskriptif. Analisis data dibuat untuk meningkatkan kefahaman pengkaji
terhadap hasil dapatan kajian dan membolehkannya menyampaikan hasil dapatan
yang diperolehi dalam bentuk yang mudah difahami.
Instrumen kajian yang pertama digunakan oleh pengkaji ialah instrumen ujian
pencapaian. Soalan ujian pencapaian ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A
(soalan objektif) dan bahagian B (soalan subjektif) yang perlu dijawab oleh murid
dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pengkaji. 10 orang murid yang mendapat
markah terendah dijadikan sebagai responden kajian ini.
-
27
Dalam instrumen kedua yang digunakan iaitu ujian pra dan pasca, responden
dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian iaitu soalan objektif dan soalan struktur
yang memperuntukkan 20 markah. Kesemua soalan ini adalah berdasarkan kepada
topik yang diajar iaitu tema Malaysia Negaraku. Data menerusi ujian pra dan ujian
pasca ini dianalisis secara manual menggunakan kalkulator biasa bagi mendapatkan
markah, peratus pencapaian dan min.
Seterusnya, pengkaji turut menggunakan instrumen soal selidik untuk
mengetahui persepsi dan penerimaan murid terhadap penggunaan komik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen soal selidik mengandungi 10 item.
Data bagi instrumen soal selidik ini dianalisis secara manual bagi mendapatkan
kekerapan dan peratus responden menjawab ya atau tidak bagi setiap item. Secara
ringkasnya, Jadual 4.2 menunjukkan kaedah pengumpulan data dan analisis yang
digunakan dalam kajian ini.
Jadual 4.2: Kaedah Pengumpulan Data dan Analisis Yang Digunakan
Bil Objektif Kaedah
Pengumpulan
Data
Analisis Yang
Digunakan
1. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan komik untuk
meningkatkan pencapaian murid
dalam tema Malaysia Negaraku.
Ujian Pra dan Ujian
Pasca
Peratusan markah
dan nilai
min.
2. Membantu meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Borang Soal
Selidik
Kekerapan dan peratus
-
28
5.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
5.1 Pengenalan
Setelah membuat pengumpulan data, strategi untuk menganalisis data perlu dibentuk
oleh pengkaji. Menurut Akhiar dan Shamsina (2011), data yang telah dianalisis akan
menentukan sama ada pengkaji perlu untuk meneruskan dengan amalan semasa,
menyemak semula perancangan penyelidikan atau membuat laporan ke atas kejayaan
yang diperolehi. Analisis dan interpretasi data juga bertujuan untuk meningkatkan
pemahaman pengkaji terhadap dapatan kajian bagi membolehkan pengkaji
menyampaikan hasil dapatan kepada pihak yang lain.
5.2 Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga subtopik iaitu subtopik yang pertama
untuk menentukan responden kajian, subtopik yang kedua untuk mengenalpasti
keberkesanan penggunaan komik dalam meningkatkan pencapaian murid dan
subtopik yang ketiga untuk mengkaji kesan penggunaan komik dalam meningkatkan
minat murid.
5.2.1 Profil Responden
Ujian pencapaian digunakan oleh pengkaji untuk menentukan
responden kajian ini. Analisis data ujian pencapaian dilakukan secara
manual dengan menggunakan kalkulator biasa untuk mendapatkan
markah, peratus dan gred yang diperolehi oleh murid dalam ujian
yang ditadbir oleh pengkaji. Setelah itu, 10 orang murid yang
mempunyai markah terendah dipilih sebagai responden kajian ini.
Hasil analisis instrumen ujian pencapaian ditunjukkan seperti pada
Jadual 5.1.
-
29
Jadual 5.1: Analisis Profil dan Pencapaian Responden Dalam Ujian
Pencapaian
Responden
Jantina
Kelas
Markah (%)
Gred
R1 L 5 Cerdik 35% D
R2 P 5 Cerdik 30% D
R3 L 5 Cerdik 30% D
R4 L 5 Bestari 30% D
R5 L 5 Bestari 25% D
R6 L 5 Cerdik 25% D
R7 L 5 Cerdik 20% D
R8 L 5 Cerdik 20% D
R9 L 5 Cerdik 15% E
R10 L 5 Cerdik 5% E
Jadual 5.1 menunjukkan bahawa kesemua reponden yang
dipilih iaitu seramai 10 orang mempunyai pencapaian yang lemah
dimana responden hanya mencapai gred D dan gred E dengan markah
tertinggi adalah 35% dan markah terendah adalah 5%. Manakala
analisis profil responden pula menunjukkan bahawa majotiti murid
yang mempunyai pencapaian terendah dalam tema Malaysia
Negaraku adalah lelaki dan hanya seorang sahaja murid perempuan.
Bukan itu sahaja, hampir kesemua responden yang dipilih adalah
dalam kalangan murid dari kelas 5 Cerdik dan hanya dua orang
responden dari kelas 5 Bestari.
Hal ini menunjukkan murid-murid daripada kelas-kelas yang
lain mempunyai pencapaian yang sederhana dan tinggi dalam tema
berkenaan.Oleh itu, pengaplikasian bahan komik dalam pengajaran
-
30
dan pembelajaran PSK digunakan untuk membantu meningkatkan
pencapaian responden dalam penguasaan Tema Malaysia Negaraku.
5.2.2 Tahap Pencapaian Murid
Persoalan Kajian 1: Adakah penggunaan komik berkesan dalam
meningkatkan pencapaian murid dalam tema
Malaysia Negaraku?
Instrumen ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk
menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu berkaitan keberkesanan
penggunaan komik untuk meningkatkan pencapaian murid dalam
tema Malaysia Negaraku. Perbezaan pencapaian murid dalam ujian
pra dan ujian pasca dari segi markah dan gred menentukan
keberkesanan bahan komik yang diperkenalkan oleh pengkaji.
Sebanyak tiga ujian pra dan pasca digunakan untuk menjawab
persoalan kajian yang pertama ini iaitu melibatkan tiga subtopik
dalam tema Malaysia Negaraku. Subtopik bagi ketiga-tiga ujian pra
dan ujian pasca adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.2.
Jadual 5.2: Ujian Pra dan Ujian Pasca Mengikut Subtopik dalam Tema
Malaysia Negaraku
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Subtopik
Ujian Pra 1 dan Ujian Pasca 1 Sistem Pemerintahan Negara Kita
Ujian Pra 2 dan Ujian Pasca 2 Ekonomi Maju Negara Makmur
Ujian Pra 3 dan Ujian Pasca 3 Bijak Memilih Pemimpin
-
31
Berdasarkan tiga ujian yang telah dijalankan oleh pengkaji,
dapat dilihat bahawa penggunaan bahan komik dalam pengajaran dan
pembelajaran telah mempengaruhi pencapaian responden dalam mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Analisis data
dilaksanakan berdasarkan Jadual 5.3 hingga 5.6 berserta dengan graf
setiap ujian.
-
32
Analisis Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca
Jadual 5.3: Analisis Ujian Pra dan Pasca Ujian 1 hingga 3
RESPONDEN
(R)
UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3
PRA
(%)
PASCA
(%)
+/-
(%)
PRA
(%)
PASCA
(%)
+/-
(%)
PRA
(%)
PASCA
(%)
+/-
(%)
R1 25 65 +40 60 80 +20 30 65 +30
R2 55 70 +15 45 60 +15 65 85 +20
R3 50 80 +30 50 60 +10 60 65 +5
R4 30 50 +20 50 50 0 45 75 +30
R5 70 85 +15 30 60 +30 40 55 +15
R6 60 60 0 45 70 +25 20 55 +35
R7 45 65 +20 50 65 +15 50 65 +15
R8 55 75 +20 50 75 +25 45 65 +20
R9 10 55 +45 55 70 +15 35 65 +30
R10 50 80 +30 55 85 +30 35 50 +20
-
33
Jadual 5.4: Perbezaan Peratusan Markah dan Gred Ujian Pra 1 dan Pasca 1
Responden
(N=10)
Ujian Pra
Ujian Pasca
Perbezaan
(%)
Catatan
Markah
(%)
Gred Markah
(%)
Gred
R1 25% D 65% B +40 Meningkat
R2 55% C 70% B +15 Meningkat
R3 50% C 80% A +30 Meningkat
R4 30% D 50% C +20 Meningkat
R5 70% B 85% A +15 Meningkat
R6 60% B 60% B 0 Tidak
berubah
R7 45% C 65% B +20 Meningkat
R8 55% C 75% B +20 Meningkat
R9 10% E 55% C +45 Meningkat
R10 50% C 80% A +30 Meningkat
Jumlah
Markah
450
685
235
Nilai min
meningkat
Min 45 68.5 23.5
Jadual 5.4 menunjukkan dengan jelas perbezaan markah dan gred
yang diperolehi oleh responden sebelum dan selepas bahan komik
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan khasnya dalam tema Malaysia Negaraku. Didapati
dalam ujian pra 1, markah tertinggi yang dicatatkan ialah sebanyak 70
peratus telah dicapai oleh responden kelima manakala dalam ujian pasca
-
34
1 pula, responden yang sama memperolehi markah tertinggi sebanyak 85
peratus. Manakala markah terendah yang dicatatkan oleh responden
dalam ujian pra 1 ialah sebanyak 10 peratus yang diperolehi oleh
responden kesembilan. Sementara itu dalam ujian pasca 1, markah
terendah diwakili oleh responden keempat iaitu sebanyak 50 peratus.
Dari segi peningkatan dan penurunan markah pula dapat dilihat
bahawa hampir kesemua responden menunjukkan peningkatan
pencapaian. Peningkatan markah yang paling tinggi dicatatkan oleh
responden kesembilan dan responden pertama iaitu perbezaan sebanyak
45 peratus dan 40 peratus, diikuti oleh peningkatan markah sebanyak 30
peratus bagi responden ketiga dan kesepuluh. Peningkatan sebanyak 20
peratus pula diperolehi oleh responden keempat, ketujuh dan kelapan.
Peningkatan markah terendah ialah 15 peratus yang diperolehi oleh
responden kedua dan kelima. Sementera, markah responden keenam pula
tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Peningkatan dan penurun
markah ditunjukkan secara keseluruhannya dalam Rajah 5.1.
-
35
Rajah 5.1: Graf Perbezaan Markah Responden Dalam Ujian Pra 1 dan Ujian
Pasca 1
Selain itu, dapat dilihat bahawa sebelum mengaplikasikan komik
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, gred yang diperolehi oleh responden dalam ujian pra
adalah rendah. Namun setelah menggunakan komik dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, didapati
bahawa gred yang diperolehi oleh responden meningkat. Responden
ketiga, kelima dan kesepuluh memperolehi gred A dalam ujian pasca 1
tersebut dengan markah tertinggi ialah sebanyak 85 peratus manakala
tiada responden yang memperolehi gred A dalam ujian pra 1.
Seterusnya, bilangan responden yang memperolehi gred B juga
meningkat dari dua orang kepada lima orang dalam ujian pasca 1. Namun
bilangan responden yang memperolehi gred C menurun daripada
daripada lima orang dalam ujian pra 1 kepada dua orang dalam ujian
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Per
atu
s(%
)
Responden
Graf Perbezaan Markah Responden Dalam Ujian Pra
1 dan Pasca 1
Ujian Pra
Ujian Pasca
-
36
pasca 1. Begitu juga dengan bilangan responden yang memperolehi gred
D juga berkurang daripada dua orang dalam ujian pra 1 kepada tiada
responden yang yang memperolehi gred tersebut dalam ujian pasca
1.Manakala gred E diperolehi oleh responden kesembilan dalam ujian pra
1 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2 berikut:
Rajah 5.2: Graf Bilangan Responden Mengikut Gred dalam Ujian Pra 1 dan
Pasca 1
Selain markah dan gred, analisis perbezaan nilai min bagi ujian
pra 1 dan pasca 1 juga dilakukan. Nilai min bagi ujian pra adalah 45 dan
nilai min bagi ujian pasca adalah 68.5. Perbezaan peratusan nilai min bagi
kedua-dua ujian adalah +23.5. Hal ini menunjukkan bahawa wujud
peningkatan dalam pencapaian murid sebelum dan selepas bahan komik
digunakan.
Gred A (80-100%
Gred B (60-79%)
Gred C (40-59%)
Gred D (20-39%)
Gred E (1-19%)
Ujian Pra 1 0 2 5 2 1
Ujian Pasca 1 3 5 2 0 0
0
1
2
3
4
5
6
Bila
nga
n R
esp
on
de
n (
Ora
ng)
Bilangan Responden Mengikut Gred Bagi Ujian Pra 1
dan Ujian Pasca 1
-
37
Jadual 5.5: Perbezaan Peratusan Markah dan Gred Ujian Pra 2 dan Pasca 2
Responden
(N=10)
Ujian Pra
Ujian Pasca
Perbezaan
(%)
Catatan
Markah
(%)
Gred Markah
(%)
Gred
R1 60% B 80% A +20 Meningkat
R2 45% C 60% B +15 Meningkat
R3 50% C 60% B +10 Meningkat
R4 50% C 50% C 0 Tidak
berubah
R5 30% D 60% B +30 Meningkat
R6 45% C 70% B +25 Meningkat
R7 50% C 65% B +15 Meningkat
R8 50% C 75% B +25 Meningkat
R9 55% C 70% B +15 Meningkat
R10 55% C 85% A +30 Meningkat
Jumlah
Markah
490
675
185
Nilai min
meningkat
Min 49 67.5 18.5
Jadual 5.5 menunjukkan perbandingan peningkatan atau
penurunan markah dan gred bagi ujian pra 2 dan pasca 2. Hasil analisis
ujian pra 2 menunjukkan markah tertinggi yang diperolehi ialah sebanyak
60 peratus yang diperolehi oleh responden pertama. Manakala markah
tertinggi dalam ujian pasca 2 adalah sebanyak 85 peratus yang diperolehi
oleh responden kesepuluh. Manakala markah terendah yang diperolehi
-
38
dalam ujian pra 2 dicatatkan oleh responden kelima iaitu sebanyak 30
peratus dan markah terendah dalam ujian pasca 2 dicatatkan oleh
responden keempat sebanyak 50 peratus.
Di samping itu, dapat dilihat bahawa, hampir kesemua responden
menunjukkan peningkatan markah dan gred kecuali responden keempat
yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan mahupun penurunan
markah dan gred. Responden keempat memperolehi 50 markah yang
mewakili gred C dalam ujian pra 2 dan ujian pasca 2.
Malah, analisis markah ujian pra 2 dan pasca 2 juga menunjukkan
bahawa wujud peningkatan markah tertinggi sebanyak 30 peratus oleh
responden kelima dan responden kesepuluh. Diikuti dengan peningkatan
markah responden keenam dan kelapan sebanyak 25 peratus. Peningkatan
20 peratus pula dicatatkan oleh responden pertama. Manakala responden
kedua, ketujuh dan kesembilan mencatatkan peningkatan markah
sebanyak 15 peratus. Peningkatan markah terendah dicatatkan oleh
responden ketiga sebanyak 10 peratus. Rajah 5.3 menunjukkan graf
perbezaan markah responden dalam ujian pra 2 dan ujian pasca 2.
-
39
Rajah 5.3: Graf Perbezaan Markah Responden Dalam Ujian Pra 2 dan Ujian
Pasca 2
Berdasarkan analisis gred pula, walaupun jumlah responden yang
memperolehi gred A hanya dua orang dengan markah tertinggi sebanyak
85 peratus berbanding tiga orang dalam ujian pasca 1, namun jumlah
responden yang mendapat gred B adalah ramai iaitu meningkat kepada
tujuh orang berbanding hanya seorang yang memperolehi gred B dalam
ujian pra 2. Manakala hanya seorang sahaja yang memperolehi gred C
dalam ujian pasca 2 berbanding lapan orang dalam ujian pra 2. Tiada
responden yang memperolehi gred D dan E dalam ujian pasca 2
berbanding seorang responden dalam ujian pra 2 yang memperolehi gred
D. Ini menunjukkan berlaku peningkatan yang mendadak dalam gred
yang diperolehi oleh responden. Rajah 5.4 menunjukkan perbandingan
peningkatan dan penurunan gred dengan lebih jelas bagi ujian pra 2 dan
ujian pasca 2.
0
20
40
60
80
100
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Per
atu
s (%
)
Responden
Graf Perbezaan Markah Responden Dalam Ujian Pra 2 dan Pasca 2
Ujian Pra
Ujian Pasca
-
40
Rajah 5.4: Graf Bilangan Responden Mengikut Gred dalam Ujian Pra 2 dan
Pasca 2
Selain itu, min bagi ujian pra dan pasca 2 masing-masing adalah
49 dan 67.5. Hal ini bermakna berlaku peningkatan dalam nilai min
sebanyak +18.5. Hasil analisis ini jelas menunjukkan bahawa pencapaian
responden semakin bertambah baik melalui pengaplikasian bahan komik
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Gred A (80-100%)
Gred B (60-79%)
Gred C (40-59%)
Gred D (0-20%)1
Gred E (0-19%)
Ujian Pra 2 0 1 8 1 0
Ujian Pasca 2 2 7 1 0 0
0123456789
Bila
nga
n R
esp
on
de
n (
Ora
ng)
Bilangan Responden Mengikut Gred Bagi Ujian Pra 2
dan Ujian Pasca 2
-
41
Jadual 5.6: Perbezaan Peratusan Markah dan Gred Ujian Pra 3 dan Pasca 3
Responden
(N=10)
Ujian Pra
Ujian Pasca
Perbezaan
(%)
Catatan
Markah
(%)
Gred Markah
(%)
Gred
R1 30% D 65% B +35 Meningkat
R2 65% B 85% A +20 Meningkat
R3 60% B 80% A +20 Meningkat
R4 45% C 75% B +30 Meningkat
R5 40% C 55% C +15 Meningkat
R6 20% D 55% C +35 Meningkat
R7 50% C 65% B +15 Meningkat
R8 45% C 65% B +20 Meningkat
R9 35% D 65% B +30 Meningkat
R10 35% D 60% B +25 Meningkat
Jumlah
Markah
425
670
245
Niai min
meningkat Min 42.5 67 24.5
Jadual 5.6 menunjukkan perbandingan markah dan gred bagi ujian
pra 3 dan pasca 3. berdasarkan jadual 5.6, didapati bahawa markah
tertinggi dalam ujian pra 3 ialah sebanyak 65 peratus yang diperolehi oleh
responden kedua. Manakala markah tertinggi dalam ujian pasca 3 ialah
sebanyak 85 peratus juga diperolehi oleh responden yang sama. Bagi
markah terendah dalam ujian pra 3 pula dicatatkan oleh responden
-
42
keenam iaitu sebanyak 20 peratus sementara dalam ujian pasca 3 pula
markah terendah diwakili oleh responden kelima dan keenam iaitu
sebanyak 55 peratus.
Dapatan daripada Jadual 5.6 juga menunjukkan bahawa, kesemua
responden menunjukkan peningkatan markah dan gred berbanding
dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh responden dalam ujian pra dan
pasca 1 dan 2 iaitu terdapat seorang responden yang tidak menunjukkan
sebarang peningkatan markah dan gred..
Dalam analisis markah ujian pra 3 dan pasca 3, peningkatan
markah tertinggi sebanyak 35 peratus oleh responden pertama dan
responden keenam. Diikuti dengan peningkatan markah responden
keempat dan kesembilan sebanyak 30 peratus. Peningkatan 25 peratus
pula dicatatkan oleh seorang responden iaitu responden kesepuluh.
Manakala responden kedua, ketiga dan kelapan mencatatkan peningkatan
markah sebanyak 20 peratus. Peningkatan markah terendah dicatatkan
oleh responden kelima dan ketujuh sebanyak 10 peratus. Rajah 5.5
menunjukkan graf keseluruhan perbezaan markah responden dalam ujian
pra 3 dan ujian pasca 3.
-
43
Rajah 5.5: Graf Perbezaan Markah Responden Dalam Ujian Pra 3 dan Ujian
Pasca 3
Bagi analisis gred pula, didapati jumlah responden yang
memperolehi gred A dalam ujian pasca 3 ialah seramai dua orang iaitu
responden kedua dan ketiga dengan markah masing-masing iaitu 85
peratus dan 80 peratus berbanding tiada responden yang memperolehi
gred A dalam ujian pra 3.Manakala responden yang memperolehi gred B
dalam ujian pasca 3 seramai enam orang iaitu responden pertama,
keempat, ketujuh, kelapan, kesembilan dan kesepuluh meningkat
berbanding hanya dua orang yang memeprolehi gred B dalam ujian pra 3.
Sementara responden yang memperolehi gred C seramai dua
orang iaitu responden kelima dan keenam menurun daripada empat orang
dalam ujian pra 3. Tiada responden yang memperolehi gred D dalam
ujian pasca 3 berbanding empat orang dalam ujian pra 3. Begitu juga
dengan gred E dimana tiada responden yang memperolehi gred tersebut
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Per
atu
s (%
)
Responden
Graf Perbezaan Markah Responden Dalam Ujian Pra 3 dan Pasca 3
Ujian Pra
UjianPasca
-
44
dalam ujian pra mahupun ujian pasca 3 seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.6.
Rajah 5.6: Graf Bilangan Responden Mengikut Gred dalam Ujian Pra 3 dan
Pasca 3
Seterusnya, nilai min bagi ujian pra 3 dan pasca 3 masing-masing
adalah 42.5 dan 67. Hal ini bermakna berlaku peningkatan dalam nilai
min sebanyak +24.5 yang juga merupakan peningkatan nilai paling tinggi
dicatatkan daripada ketiga-tiga ujian. Peningkatan nilai min yang
ditunjukkan dalam ujian pra 3 dan pasca 3 ini turut menunjukkan bahawa
penggunaan komik berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid
dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Berdasarkan jadual serta gambar rajah yang telah ditunjukkan,
dapat dirumuskan bahawa peningkatan markah tertinggi dalam ketiga-
tiga ujian pra dan pasca yang dijalankan ialah sebanyak 40% iaitu markah
sebelum menggunakan komik ialah 25% meningkat kepada 65% selepas
Gred A (80-100%)
Gred B (60-79%)
Gred C (40-59%)
Gred D (20-39%)
Gred E (1-19%)
Ujian Pra 3 0 2 4 4 0
Ujian Pasca 3 2 6 2 0 0
0
1
2
3
4
5
6
7
Bila
nga
n R
esp
on
de
n (
Ora
ng)
Bilangan Responden Mengikut Gred Bagi Ujian Pra 3
dan Ujian Pasca 3
-
45
menggunakan komik dalam pembelajaran. Manakala peningkatan markah
terendah adalah sebanyak 5% dalam ujian pra 3 dan pasca 3 iaitu
daripada 60% kepada 65%.
Analisis ketiga-tiga ujian juga mendapati hanya terdapat dua
responden sahaja yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan markah
dalam salah satu ujian berkenaan. Namun demikian, setelah dilakukan
intervensi yang berikutnya kepada responden berkenaan, markah
responden tersebut turut meningkat ke tahap yang memuaskan. Ini jelas
menunjukkan penggunaan komik berkesan dalam meningkatkan
pencapaian responden kajian.
Begitu juga dengan perbandingan gred yang diperolehi oleh
responden didapati menunjukkan peningkatan yang baik di mana tiada
responden yang memperolehi gred A dalam semua ujian pra meningkat
kepada tiga orang yang memperolehi gred A dalam ujian pasca 1 dan dua
orang orang memperolehi gred A dalam ujian pasca 2 dan ujian pasca 3.
Tambahan lagi, keberkesanan penggunaan komik dalam
membantu meningkatkan pencapaian murid turut disokong melalui
perbandingan nilai min bagi ketiga-tiga ujian. Berdasarkan analisis min
markah responden didapati nilai min yang dicatatkan menunjukkan
peningkatan daripada ketiga-tiga ujian pra kepada ujian pasca.
Peningkatan nilai min dalam ujian ketiga adalah yang tertinggi iaitu
-
46
sebanyak 24.5 berbanding dengan nilai min yang dicatatkan dalam ujian
pertama sebanyak 23.5 dan ujian kedua sebanyak 18.5 min. Hal ini jelas
menunjukkan peningkatan dalam pencapaian dicatatkan secara positif.
Justeru, hasil analisis telah menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu
penggunaan komik berkesan dalam meningkatkan pencapaian responden.
5.2.3 Minat Murid
Persoalan Kajian 2:Adakah penggunaan komik membantu meningkatkan
minat murid terhadap mata Pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan?
Borang soal selidik merupakan instrumen ketiga yang digunakan
oleh pengkaji untuk menjawab persoalan kajian yang kedua mengenai
persepsi serta pandangan responden berkaitan penggunaan komik dalam
pengajaran dan pembelajaran samada mampu meningkatan minat
responden atau sebaliknya terhadap mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Jadual 5.7 menunjukkan taburan kekerapan jawapan
responden untuk instrumen soal selidik.
-
47
Jadual 5.7: Taburan kekerapan Jawapan Responden Untuk Instrumen Soal
Selidik
Bil.
Item
(Ya) (Tidak)
Kekerapan (%) Kekerapan (%)
1. Saya suka belajar dengan
menggunakan komik.
10 100 0 0
2. Pembelajaran menggunakan
komik menambah minat
saya.
10
100
0
0
3. Saya tertarik dengan cara
pengajaran guru
menggunakan komik kerana
memudahkan saya
mengingat fakta-fakta
penting.
8
80
2
20
4. Saya berasa seronok belajar
dengan menggunakan
komik.
10
100
0
0
5 Saya rasa bersemangat
mempelajari Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan
dengan menggunakan
komik.
8
80
2
20
6. Belajar menggunakan
komik memberi kepuasan
kepada saya.
7
70
3
30
7. Saya lebih bermotivasi
untuk belajar mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan selepas
menggunakan komik.
8
80
2
20
8. Saya ingin memberikan
perhatian penuh terhadap
pembelajaran apabila
menggunakan komik.
7
70
3
30
9. Saya suka melibatkan diri
dalam pembelajaran
menggunakan komik.
9
90
1
10
10. Saya lebih suka
mengulangkaji mata
pelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan
dengan menggunakan
komik.
7
70
3
30
JUMLAH 84 84% 16 16%
-
48
Berdasarkan taburan kekerapan jawapan responden untuk
instrumen soal selidik yang ditunjukkan dalam Jadual 5.7, didapati
hampir keseluruhan responden memberikan respon ya bagi item soal
iaitu sebanyak 84% manakala hanya 16% responden memberikan
jawapantidak kepada item tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
kebanyakkan responden bersetuju penggunaan komik membantu
meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Perbandingan perbandingan jawapan responden bagi
setiap item soal selidik digambarkan dengan jelas dalam Rajah 5.7.
Rajah 5.7: Graf Perbandingan Jawapan Responden Item Soal selidik
Rajah 5.7 menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang
mencatatkan bilangan responden paling tinggi memilih jawapan Ya
iaitu item pertama, kedua dan keempat Item-item ini mencatatkan
0
20
40
60
80
100
120
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
Bil
an
ga
n r
esp
on
den
Soalan /Item
Graf Perbandingan Jawapan Responden Item Soal Selidik
Ya
Tidak
-
49
seramai 10 (100%) orang responden memilih jawapan ya. Ini bermakna,
kesemua responden tidak bersetuju bahawa mereka tidak suka belajar
dengan menggunakan komik. Malahan kesemua responden juga
menyatakan ya kepada item kedua iaitu pembelajaran menggunakan
komik menambah minat saya dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Begitu juga dengan item keempat iaitu saya berasa
seronok mempelajari Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Seterusnya, item kesembilan iaitu saya suka melibatkan diri
dalam pembelajaran menggunakan komik mencatatkan kekerapan dan
peratus yang kedua tertinggi. Seramai 9 (90%) orang responden memilih
jawapan ya walaupun terdapat seorang responden (10%) responden
yang tidak suka melibatkan diri dalam pembelajaran menggunakan komik
atas faktor tertentu termasuk kurang keyakinan diri, malu ,kurang
berinteraksi dengan rakan, malas dan sebagainya.
Melalui dapatan hasil analisis soal selidik juga mendapati seramai
8 (80%) responden menyatakan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan komik bukan menarik dan menyeronokkan
malah membolehkan responden rasa bersemangat untuk mengikuti
pembelajaran. Dapatan ini disokong oleh item ketujuh yang juga seramai
8 (80%) responden memilih jawapan ya kepada item saya lebih
bermotivasi untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan selepas menggunakan komik. Dengan ini, dapat dilihat
-
50
dengan jelas penggunaan komik sebagai salah satu bahan bantu mengajar
yang berlainan daripada kaedah biasa mampu membantu guru menarik
minat serta penglibatan murid dalam bilik darjah.
Selain itu, tidak terkecuali dalam jumlah kekerapan dan peratus
yang sama iaitu 8 (80%) orang responden juga dicatatkan oleh responden
yang menyatakan ya bagi item ketiga iaitu saya tertarik dengan
pengajaran guru menggunakan komik kerana memudahkan saya
mengingat fakta penting. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran dan
pembelajaran sememangnya menarik minat murid untuk belajar
memandangkan penggunaan komik dalam bilik darjah oleh guru
menunjukkan kepelbagaian gaya pengajaran dan kreativiti dalam
menyampaikan isi pelajaran. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa
kaedah chalk and talk yang digunakan di sekolah pada masa kini
memerlukan perubahan kepada kaedah yang baharu.
Di samping itu, melalui dapatan hasil analisis soal selidik juga
menunjukkan bahawa item yang mencatat pilihan jawapan ya yang
paling sedikit ialah item keenam, kelapaan dan kesepuluh. Ketiga-tiga
item ini menunjukkan kekerapan peratus hanya sebanyak 7 (70%) orang
responden yang memilih jawapanya dan 3 (30%) orang responden lagi
memilih jawapan tidak.
-
51
Pengkaji berpendapat bahawa salah satu faktor responden
menyatakan tidak kepada item belajar menggunakan komik memberi
kepuasan kepada saya, item saya ingin memberi perhatian penuh
terhadap pembelajaran yang menggunakan komik dan item saya lebih
suka mengulangkaji mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dengan menggunakan komik ialah kerana mereka
beranggapan bahawa komik hanya sebagai bahan sampingan atau bahan
hiburan yang tidak begitu penting.
Selain itu, komik dilihat mengandungi lebih banyak cerita
bergambar serta diselitkan unsur kecindan berbanding isi pelajaran.
Tanggapan ini menyebabkan responden tidak mahu memberikan
perhatian penuh kepada pembelajaran yang melibatkan komik dan tidak
mahu menggunakkan komik untuk mengulangkaji pelajaran. Tanggapan
responden seperti ini mungkin salah kerana sememangnya bahan komik
sesuai digunakan untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan isi
pelajaran disampaikan dengan ringkas serta mengandungi visual atau
gambar bagi membantu murid memahami isi pelajaran yang disampaikan.
Berdasarkan analisis item soal selidik, dapat disimpulkan bahawa
minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
dilik darjah sememangnya dapat dipertingkatkan melalui penggunaan
komik memandangkan keseluruhan responden bersetuju bahawa
penggunaan komik menyeronokkan, memberi semangat dan motivasi
-
52
serta membolehkan murid terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Kesimpulan daripada ketiga-tiga instrumen kajian telah
membuktikan bahawa komik merupakan bahan bantu mengajar yang
berjaya membantu responden dalam meningkatkan pencapaian mereka
dan sekaligus menambah minat murid untuk mempelajari mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi daripada analisis data bagi
ketiga-tiga instrumen untuk menjawab persoalan kajian yang dibuat menunjukkan
bahawa penggunaan komik sememangnya berjaya membantu meningkatkan pencapaian
dan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
khususnya dalam tema Malaysia Negaraku.
Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh keberkesanan penggunaan komik dalam
menyediakan fakta-fakta yang ringkas dan mudah difahami oleh responden.Apabila
fakta-fakta diringkaskan maka responden akan cepat mengingat fakta berkenaan dan
memudahkan mereka menjawab soalan-soalan di dalam peperiksaan.
Berbanding dengan penggunaan kaedah konvensional, Davis (1997) menyatakan
bahawa pengajaran tradisional di dalam bilik darjah boleh mengakibatkan para pelajar
bergantung penuh kepada guru mereka. Ini disebabkan kaedah ini terlalu bergantung
kepada buku teks serta kaedah penyampaian kapur dan papan hitam yang menjadikan
-
53
pembelajaran kurang memberangsangkan dan kurang membantu dalam mengukuhkan
ingatan murid terhadap isi pelajaran. Kaedah tersebut adalah bersifat statik dan
menjemukan pelajar serta kurangnya penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang
dipelajari.
Di samping itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa elemen penting
yang terdapat di dalam komik membantu responden untuk belajar dengan berkesan dan
sekaligus membantu meningkatkan pencapaian responden. Elemen komik termasuklah
kartun, dialog, gambar dan sebagainya. Kesemua elemen ini mempunyai kelebihan yang
tersendiri berbanding dalam membantu murid menguasai isi pelajaran berbanding
dengan kaedah biasa yang membosankan. Hal ini sekaligus bertentangan dengan dapatan
kajian Ahmad Nizam (2008) yang menyatakan tiada perbezaan yang jelas berkaitan
pencapaian murid yang mengikuti modul kartun dan kaedah konvensional.
Ahmad Nazir (2006) menyatakan bahawa penggunaan visual atau gambar adalah
merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan
proses pembelajaran. Cara ini adalah dijalankan dengan berpandukan pelbagai jenis
bahan-bahan visual yang bergerak ataupun tidak bergerak.
Bukan itu sahaja, dapat dilihat dengan jelas penggunaan komik sebagai salah
satu bahan bantu mengajar yang berlainan daripada kaedah biasa mampu membantu
guru menarik minat serta penglibatan murid dalam bilik darjah. Ini dapat dilihat
menerusi unsur kecindan atau humor yang dimasukkan dalam bahan komik membawa
murid merasai suasana pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan.
-
54
Pembelajaran yang santai membolehkan murid belajar dengan lebih selesa
berbanding belajar dalam situasi yang sangat tertekan. Ini sekaligus menyumbang
kepada kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras dengan
hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Azriana & Yahida yang menunjukkan bahawa
menyuntik unsur humor dapat merangsang minat dan daya kreativiti pelajar jika
dijalankan dengan betul.
Konklusinya, jelaslah bahawa penggunaan komik sememangnya berkesan dalam
meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan khususnya dalam tema Malaysia Negaraku
tahun 5.
-
55
6.0 REFLEKSI DAN TINDAKAN SUSULAN
6.1 Pengenalan
Dalam kajian tindakan, refleksi amat diperlukan kerana pengkaji akan mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan diri. Melalui kajian tindakan juga seseorang pengkaji boleh
mengesan keberkesanan bahan, teknik atau kaedah yang dikaji sama ada memberikan
kesan positif atau sebaliknya.
6.2 Refleksi dan Implikasi Dapatan Kajian
Sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah mendapati bahawa terdapat
beberapa kekuatan serta kelemahan hasil dapatan kajian ini yang membawa implikasi
besar kepada pengkaji, murid dan sekaligus kepada sistem pendidikan negara. Kekuatan
serta kelemahan dapatan kajian dihuraikan seperti berikut:
6.2.1 Kekuatan
a. Pengkaji bersedia menghadapi cabaran
Implikasi dapatan kajian yang pertama ialah membantu pengkaji untuk
membina kekuatan dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi pelbagai
masalah dan cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
adalah kerana melalui kajian tindakan, pengkaji dapat membuat refleksi
kendiri tentang masalah yang dihadapi oleh murid di dalam bilik darjah.
Dengan cara ini, seorang bakal guru dapat mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
-
56
b. Pengkaji dapat mengembangkan kemahiran profesional perguruan
Melalui kajian ini, pengkaji turut berpeluang untuk memperbaiki dan
memperkembangkan kemahiran profesional perguruan terutamanya
berkaitan tentang penggunaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
yang berkesan dalam bilik darjah. Malah, dalam menghasilkan kajian
tindakan juga turut menggalakkan inovasi dalam diri seorang pendidik
untuk menghasilkan bahan, kaedah, teknik atau strategi baru untuk
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat
bersesuaian dengan keperluan bidang pendidikan negara yang mula
melangkah ke arah kemajuan dan pemodenan.
c. Melatih pengkaji berfikir secara kritis dan kreatif
Penyelidikan tindakan yang dijalankan juga dapat membantu pengkaji
untuk berfikiran lebih kritikal serta kaya dengan idea-idea yang kritis dan
kreatif. Dengan idea-idea yang kritis dan kreatif ini dapat membantu
pengkaji dalam mengenalpasti perubahan dan membuat penilaian ke atas
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Malah, pengkaji juga
lebih memahami senario yang berlaku di sekolah dari segi amalan
pembelajaran murid, amalan pengajaran guru serta suasana pembelajaran
kondusif yang diperlukan oleh setiap murid.
d. Bahan komik dijadikan amalan pedagogi baharu
Amalan pedagogi baru merupakan penambahbaikan kepada amalan
pedagogi yang sebelum ini kurang bersesuaian dengan tingkahlaku serta
-
57
minat murid. Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji melihat bahan
bantu mengajar iaitu bahan komik sebagai salah satu amalan pedagogi
yang baru untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku
khususnya berkaitan pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
e. Mewujudkan suasana pembelajaran kondusif
Implikasi dapatan kajian ini kepada murid ialah dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif di mana motivasi dan minat murid
untuk belajar dapat dipertingkatkan. Hal ini adalah kerana penggunaan