syababmusafir92.weebly.com · web viewjusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik...

27

Click here to load reader

Upload: lekhanh

Post on 10-Apr-2018

216 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

1.0 Pengenalan

Dalam tugasan ilmiah yang diberikan untuk kursus ini, kami diberi satu kajian

kes yang berkisar tentang seorang guru di SK Hulu Tembeling, Cikgu Danial.

Beliau mengalami masalah dalam mengawal kelas hingga menyebabkan arahan

yang diberi tidak diendahkan oleh murid-murid Tahun 3 Mesra. Bahkan, hal ini

menjadi bertambah serius apabila beliau terus memulakan pengajaran pada

waktu itu tanpa mempedulikan murid-muridnya yang masih berkeliaran di dalam

bilik darjah. Apabila sesi pengajaran berakhir, beliau terus meninggalkan

kelasnya tanpa mempedulikan murid-muridnya yang masih leka dengan hal

masing-masing.

Justeru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian

kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

positif kepada guru-guru pelatih untuk mempelajari kepelbagaian kaedah

pengajaran yang berkesan disamping mewarnai arena pentas pendidikan negara

dengan pengaplikasian strategi pembelajaran yang bersifat interaktif dan

mempelajari cara-cara yang berkesan dalam aspek pengawalan kelas secara

afektif. Oleh hal yang demikian, moleklah kiranya kita berkenalan terlebih dahulu

tentang definisi pengurusan bilik darjah itu sendiri secara holistik.

Kajian-kajian terkini membuktikan bahawa pengurusan bilik darjah yang

berkesan mampu menyumbang ke arah pencapaian dan prestasi akademik yang

lebih tinggi. Hal ini jelas kita lihat bahawa murid-murid sememangnya tidak boleh

belajar dalam keadaan yang tidak kondusif dan teratur. Pengurusan bilik darjah

yang berkesan bukan sahaja mampu memberi impak yang positif dalam aspek

akademik, bahkan menjadi akar umbi terhadap pembentukan sahsiah, peribadi,

sikap dan disiplin seseorang murid.

1 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 2: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Oleh itu, sebagai seorang guru yang afektif kita bertindak sebagai pengurus

yang mengembangkan modal insan murid-murid yang menjurus kearah

pembangunan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

dan sosial disamping membentuk disiplin yang tinggi dalam kalangan murid-

murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Menurut Richards (1990), Pengurusan Bilik Darjah boleh ditafsirkan sebagai

sebuah organisasi dan kawalan seseorang guru ke atas tingkah laku,

pergerakan serta interaksi murid-murid semasa pembelajaran dan pengajaran

berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sementara itu, menurut Alberto & Troutman (1986), Pengurusan Bilik Darjah

boleh didefinisikan sebagai suatu kemahiran seseorang guru menguruskan

masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku, pergerakan serta

interaksi murid-murid semasa pembelajaran dan pengajaran berlangsung

supaya memberi impak pengajaran yang dilaksanakan berkesan dan tercapai

objektifnya.

Seseorang guru yang afektif bukan sahaja menggunakan sistem “chalk and

talk” atau menggunakan kaedah bercerita sahaja dengan menggunakan

kepelbagaian Bahan Bantu Belajar yang menarik, bahkan perlu terlibat bersama

murid-murid dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan disamping mewujudkan

semangat bekerjasama dalam kalangan murid-murid bagi membina sebuah

persekitaran yang produktif (Sanford J. Emmer E. & Clements B.). sehubungan

itu, kita akan melihat dengan lebih dekat lagi faktor-faktor yang menyebabkan

berlakunya masalah di kelas Tahun 3 Mesra sebelum kita membicarakan

dengan lebih terperinci lagi tentang ciri-ciri guru yang afektif serta cara

mengatasi masalah ini dengan mengaplikasi salah satu Model Pengurusan

Disiplin di dalam bilim darjah.

2 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 3: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

1.1 Faktor-Faktor yang Mungkin Menyebabkan Berlakunya Masalah dalam Kelas Tahun 3 Mesra

Dalam membicarakan faktor-faktor yang memungkinkan berlakunya

masalah dalam kelas Tahun 3 Mesra, saya lebih tertarik untuk membicarakan

tentang beberapa aspek tertentu yang lazimnya menjadi aspek utama yang

perlu dilihat dan dipenuhi oleh seseorang guru kepada murid-muridnya.

Aspek-aspek yang perlu dilihat adalah melibatkan keperluan fisiologi

seseorang murid menerusi suasana fizikal kelas mereka, latar belakang

(temperamen) murid, sifat murid-murid yang suka bermain, serta kesediaan

seseorang guru sebelum memulakan pembelajaran.

Guru yang bijak menguruskan kelasnya perlu bertindak sebagai

pengarah urusan, tetapi dalam membicarakan skop guru dan murid, maka

guru sewajarnya perlu memahami tentang psikologi dan perkembangan

kanak-kanak bagi membuat perkaitan yang tepat dengan faktor keperluan

fisiologi murid-muridnya. Bertepatan dengan prakarsa dan anjakan inilah

mendorong ahli-ahli cendekiawan mengkaji tentang isu ini dengan lahirnya

sebuah interpretasi yang mencipta pelbagai teori kearah mazhab humanistik

yang dipelopori oleh dua orang ahli psikologi barat yang terkenal, Carl Rogers

dan Abraham Maslow. Teori Pembelajaran Humanistik lebih menekankan

kepada kehendak afektif dan perbezaan individu dalam pembelajaran.

Justeru itu, guru perlulah memainkan peranan yang penting dalam

membina sebuah kelas yang bercirikan suasana yang afektif. Dengan kata

lain, guru perlulah menjadi guru yang afektif kepada murid-muridnya. Menurut

Abraham Maslow (1908-1970), seseorang individu yang masih belum dapat

dipenuhi keperluannya menyebabkan terlahirnya perasaan tegang dalam diri

mereka. Berdasarkan kepercayaan inilah menjadi titik permulaan Maslow

mengembangkan suatu hierarki tujuh keperluan, Hierarki Keperluan Maslow.

3 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 4: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Menyentuh pokok bicara tentang Hierarki Keperluan Maslow, Keperluan

Fisiologi merupakas asas pertama susunan lapisan hierarki ini. Keperluan

Fisiologi dalam perkaitan ini lebih cenderung ke arah suasana fizikal bilik

darjah itu sendiri. Keadaan bilik darjah yang selesa, bersih dan tersusun rapi

menjadi faktor utama dalam membina perkembangan sahsiah murid-murid di

samping membantu mereka berjaya didalam peperiksaan.

Cuba kita bayangkan tentang permasalahan tadi yang berlaku keatas

Cikgu Danial, semestinya kita sedia maklum bahawa sekolah yang beliau

mengajar sudah pasti tidak mampu menyediakan kemudahan yang

secukupnya untuk murid-murid. Justeru, guru perlulah bijak menangani

masalah ini dengan menyesuaikan keadaan fizikal bilik darjah dengan

mengambil kira susun atur meja dan kerusi supaya tidak kelihatan serabut

dengan keadaan struktur kelas yang sempit. Selain itu, keadaan kelas yang

ceria dengan penggunaan kontur warna yang sesuai mampu membangkitkan

mood yang ceria sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang afektif.

Oleh itu, guru perlu menghias bilik darjah di samping membina suasana yang

afektif dalam bilik darjah.

Faktor yang kedua yang ingin saya bicarakan ialah berkaitan latar

belakang (temperamen) seseorang murid. Sebagai seorang guru, kita

sewajarnya bukan hanya setakat mahu menjalankan tugas dan amanah yang

diberi dengan masuk ke kelas mengajar subjek-subjek tertentu, bahkan guru

adalah antara individu yang mengenali semua muridnya dengan lebih

terperinci berbanding orang lain sekitar murid-murid selepas ibu bapa dan

keluarga mereka. Justeru, latar belakang seseorang murid mencerminkan

bagaimana mereka membawa diri ke sekolah sama ada bersama guru-guru

mahupun bersama rakan-rakan.

Hal ini boleh dibuktikan apabila berlakunya jurang perbezaan yang ketara

antara penduduk di kawasan bandar dan penduduk di luar kawasan bandar.

Lazimnya, murid-murid yang tinggal di kawasan bandar rata-ratanya datang

dalam kalangan keluarga yang berintelek tinggi kerana ayah dan ibu mereka

berkelulusan ijazah yang bekerjaya lebih baik berbanding dengan mereka

yang tinggal di kawasan luar bandar.

4 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 5: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Dalam kes Cikgu Danial tadi, beliau telah ditempatkan di sekolah kawasan

luar bandar. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah sekiranya mereka dilihat

sebagai murid-murid nakal, berbeza dengan murid-murid di kawasan bandar

yang lebih peka dan patuh kepada sesuatu arahan yang diberikan sementara

itu, dalam aspek pembelajaran pula, murid-murid kawasan Bandar dilihat

lebih aktif dan berdaya saing disamping mementingkan budaya ilmu sejak

berumur 4 tahun lagi. Mereka telah dihantar oleh ibu bapa mereka ke taska

pendidikan prasekolah seawall usia tersebut, malah mereka juga dihantar

untuk mengikuti pengajian kelas tuisyen seawall usia 7 tahun lagi. Hal ini

berbeza dengan kes Cikgu Danial tadi yang ditempatkan di kawasan Hulu

Tembeling. Maka, guru sewajarnya peka dan mengambil tahu serba sedikit

tentang latar belakang murid-muridnya terlebih dahulu supaya dapat

mengaplikasikan pendekatan dan strategi yang bersesuaian dengan

keperluan mereka.

Faktor lain yang boleh kita lihat dalam membicarakan tentang

permasalahan ini adalah sifat murid-murid yang suka bermain. Jika kita

mengikuti perkembangan kanak-kanak, aktiviti bermain merupakan suatu

aktiviti yang membantu mereka membina pelbagai bakat, kebolehan, sahsiah

dan intelek di samping membantu meningkatkan motor kasar dan motor halus

mereka. Namun begitu, apabila usia meningkat 7 tahun, aktiviti bermain

dilihat masih lagi belum berjaya dihentikan kerana sifat bermain dalam diri

kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Justeru, dalam kes ini Cikgu Danial

boleh menggunakan pendekatan bermain bagi menjayakan aktiviti

pembelajaran dan pengajarannya.

Pendekatan ini bukan sahaja mampu menarik minat mereka untuk belajar,

malahan secara tidak langsung mampu mengubah persepsi murid-murid yang

hanya ada objek berupa papan hitam, kapur tulis, pensel, pemadam dan buku

yang menyebabkan mereka cepat merasa bosan kepada suatu aktiviti

permainan yang terarah dan bermatlamatkan pembelajaran dan pengajaran

selaras dengan keperluan semasa yang mahukan pendidikan

ditransformasikan kepada ‘didik hibur’.

5 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 6: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Faktor terakhir yang menjadi sebagai wadah penutup bicara kita lebih

berkisar tentang guru. Dalam membicarakan persoalan ini, guru merupakan

seorang individu penting yang menjadi nadi tonggak penggerak anak bangsa

negara kita. Justeru, guru bertindak sebagai seorang jurutera yang membina

bangunan asas kepada murid-muridnya yang masih lagi belum kenal erti

kehidupan. Guru yang afektif, ceria dan berperawakan menarik sering dinanti-

nantikan oleh murid-muridnya.

Dalam kes Cikgu Danial tadi, dapat kita lihat bahawa beliau kelihatan tidak

bersedia sebelum memulakan sesi pengajarannya. Murid-murid pula tidak

mengendahkan arahan yang diberi sekaligus menyebabkan Cikgu Danial

tidak mampu mengawal kelasnya dengan cara yang berkesan. Kesannya,

Cikgu Danial terus sahaja memulakan sesi pembelajaran dan pengajarannya

tanpa menghiraukan keadaan murid-muridnya dalam keadaan bersedia. Oleh

itu, guru sewajarnya perlu bersedia dari segi mental, fizikal, emosi dan

perawakan yang afektif sebelum memulakan sesi pembelajaran di samping

membuat perancangan yang merangkumi pendekatan, strategi, kaedah dan

teknik yang berkesan yang mampu menarik perhatian murid-murid bagi

menjayakan proses pembelajaran pada hari tersebut.

6 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 7: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

1.2 Cara-Cara Mengatasi Masalah dalam Kelas 3 Mesra dengan Menggunakan Aplikasi Model Disiplin Asertif Canter

Dalam tugasan kedua ini, kami perlu memilih salah satu daripada

model-model pengurusan disiplin yang sesuai untuk diaplikasi dan

diimplimentasi bagi kes Cikgu Danial tadi. Justeru, saya memilih untuk

menggunakan pendekatan model pengurusan disiplin yang dikenali

sebagai Model Disiplin Asertif Canter. Model ini diperkenalkan oleh

sepasang suami isteri, Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976 dengan

penubuhan Canter Associates. Bermula dengan penubuhan institusi

tersebut, mereka giat menerbitkan pelbagai bahan dan program yang

melibatkan disiplin asertif, khususnya kepada guru-guru dan pentadbir

sekolah.

Model ini memberi penekanan terhadap dua aspek utama, iaitu

menekankan aspek peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan

penerimaan murid-murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang

mereka tunjukkan. Justeru, dalam hal ini Canter percaya bahawa

seseorang guru mempunyai hak dalam menentukan peraturan-peraturan

yang perlu ditetapkan. Jika kita melihat model ini secara lebih dekat dan

terperinci, nescaya kita akan dapati bahawa model ini hamper mirip dan

menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku yang diperkenalkan oleh

seorang pakar psikologi barat, Burrhus Frederic Skinner (1904-1990).

Persamaan yang dapat kita lihat adalah menerusi aspek penetapan dan

penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan serta memastikan murid-

murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas.

Namun begitu, dalam model yang diperkenalkan oleh Canter ini,

mereka cenderung untuk menjadikan Disiplin Asertif sebagai suatu

pendekatan, di mana guru bertindak sebagai pengurus dalam

mengendalikan bilik darjah dengan cara berinteraksi secara tenang,

serius dan konsisten dengan murid.

7 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 8: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Justeru, Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk

mendapat suasana pembelajaran yang tenang dan teratur selaras dengan

fahaman ahli teori humanistik yang telah kita bincangkan tadi. Malah,

Canter juga berpendapat bahawa pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa

murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan

guru di dalam bilik darjah.

Oleh itu, bertitik tolak daripada Model Disiplin Asertif Canter ini,

dapatlah kita mengaplikasikan model ini bagi membantu masalah Cikgu

Danial sebentar tadi. Dalam model ini, Cikgu Danial perlu bertindak

sebagai seorang pengurus yang bijak dalam memastikan murid-muridnya

dapat belajar dalam suasana yang tenang, kondusif, dan selesa di

samping membantu murid-muridnya untuk memilih tingkah laku yang

sesuai dan bermanfaat. Bagi menjayakan hasrat tersebut, keperluan-

keperluan antara guru-murid perlu dipenuhi menerusi pengurusan bilik

darjah yang asertif dengan cara merangka suatu peraturan bilik darjah

yang melibatkan tingkah laku yang jelas di dalam kelas.

Justeru, sewaktu Cikgu Danial mula-mula menghadirkan dirinya ke

dalam kelas 3 Mesra sewajarnya menyatakan terlebih dahulu tentang

cadangan peraturan tersebut. Peraturan ini adalah bersifat demokratik,

iaitu perlu mendapat persetujuan bersama antara guru dengan murid-

murid dan sebarang keputusan sama ada berbentuk dendaan atau

peraturan yang telah dipersetujui bersama tidak boleh lagi dipertikaikan

apabila keputusan rasmi telah dikeluarkan.

Dalam hal ini, Canter mencadangkan bahawa guru-guru perlu

membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang

menyatakan dengan jelas akan peraturan, rutin, pengiktirafan dan akibat

daripada salah laku dengan mengkonkritkan peraturan bertulis tadi di

papan kenyataan kelas supaya murid-murid jelas tentang peraturan yang

telah mereka persetujui bersama.

Oleh itu, Cikgu Danial perlu memerhatikan dengan jelas akan tingkah

laku murid-muridnya dan bukan berbentuk akademik seperti contoh

apabila Cikgu Danial memberikan arahan, “Siapkan latihan yang saya

berikan tadi”.

8 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 9: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Elakkan daripada memberi arahan yang kabur seperti, “Sila ikut

arahan saya” atau “Buat latihan ini dengan. Elakkan juga arahan yang

berbentuk akademik seperti, Semua soalan Matematik tadi perlu dijawab

dengan betul”.

Dalam hal ini, Cikgu Danial perlu menggunakan dua prinsip asas

model ini yang menekankan aspek peneguhan terhadap tingkah laku

yang diingini. Sebarang bentuk tingkah laku yang positif perlu diberi

peneguhan positif berupa bentuk pujian, kata semangat dan perangsang,

mengangguk kepala, malah boleh memberi ganjaran berupa token dan

hadiah kepada murid-muridnya. Sementara itu, tingkah laku yang negatif

pula perlu bersifat tindakan pembetulan yang dikenakan kepada murid-

murid yang menganggu hak murid-murid untuk belajar dengan selesa.

Tindakan pembetulan ini bukan bersifat dendaan dengan bermaksud

mendera murid-murid secara fizikal atau psikologi walaupum kadangkala

tindakan pembetulan ini menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan

murid-murid. Prinsip yang kedua pula yang perlu diambil kira oleh Cikgu

Danial ialah penerimaan murid-murid terhadap akibat daripada tingkah

laku yang ditunjukkan. Oleh itu, peraturan yang dirangka tadi perlu

mendapat persetujuan bersama dan guru boleh menyediakan sebuah

boring dengan menyatakan semua peraturan tadi beserta tanda tangan

pengakuan bersama guru besar, guru, murid dan ibu bapa murid-murid.

Bagi memudahkan pengurusan tingkah laku dalam kelas Cikgu

Danial, Canter menasihatkan guru membuat hierarki disiplin mengikut

keutamaan beserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan.

Setiap tindakan yang dikenakan akan menjadi lebih serius daripada

9 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 10: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

sebelumnya.

Rajah 1.1: Hierarki Disiplin Mengikut Keutamaan Beserta Tindakan

Pembetulan/Akibat yang akan Dikenakan.

Untuk melaksanakan hierarki disiplin secara berkesan, Cikgu Danial

boleh menyimpan sebuah rekod peribadi yang mencatatkan rekod

kesalahan murid-muridnya dengan merekodkan kesalahan dengan

menggunakan senarai nama murid-murid yang disertakan bersama tarikh

kejadian tersebut berlaku. Justeru itu, dalam hal ini Canter menekankan

untuk mendapatkan pengurusan disiplin yang berkesan maka sayogianya

guru-guru perlu mengajar dan membimbing murid-muridnya tentang pelan

pengurusan disiplin yang dibentuk.

10 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 11: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Hal ini tidak akan berkesan jika sekiranya guru hanya membacakan

peraturan kepada murid-murid atau hanya memaparkan sahaja di papan

kenyataan bilik darjah. Justeru itu, berikut dinyatakan beberapa langkah

yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk menerangkan pelan-pelan

pengurusan disiplin kepada murid-murid:

Terangkan kenapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan.

Tunjuk dan terangkan bagaimana peraturan-peraturan tersebut

akan dilaksanakan.

Semak sama ada murid faham atau tidak peraturan yang telah

diterangkan.

Terangkan bagaimana murid-murid yang patuh akan menerima

ganjaran.

Terangkan kenapa tindakan pembetulan dikenakan kepada

sesiapa yang melanggar peraturan.

Tunjuk dan terangkan tentang tindakan pembetulan yang akan

dikenakan.

Semak semula kefahaman murid.

Sementara itu, untuk menjelaskan kepada murid-murid, guru-

guru perlu membuat kaedah main peranan untuk menerangkan

peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan. Murid perlu faham

tentang setiap peraturan yang dikenakan dan tindakan

pembetulan yang diberikan kepada sesiapa yang melanggar

peraturan.

Kesimpulannya, Canter mendapati bahawa teknik-teknik yang

diberikan dapat membantu hampir keseluruhan murid untuk

bertingkah laku dengan penuh tanggungjawab. Canter adalah

antara penyumbang terbesar kepada pengurusan disiplin bilik

darjah. Mereka memperkenalkan konsep hak guru dan murid di

dalam bilik darjah. Hak murid adalah untuk guru membantu

mereka mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang,

selamat dan hak guru pula adalah mengajar tanpa gangguan.

11 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 12: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

1.3 Refleksi Muhamad Sodiqin bin Badrin

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi

Maha Mengasihani. “Asal Ditugal Adalah Hasilnya”, saya mulakan

ruangan tinta refleksi saya dengan kata-kata keramat yang

madang kali bermain-main dibibir orang-orang tua dahulu.

Peribahasa itu amat bertepatan dengan prakarsa-prakarsa yang

istiqamah saya sisipkan bagi menghasilkan mutu tugasan yang

berkualiti, bahkan menjadi fokus santapan minda dan motivasi

kepada saya dalam memikirkan pendekatan yang terbaik dalam

menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, segala penat lelah yang

telah saya gembleng bersama untuk diimplimentasikan dalam

tugasan ini akhirnya dapat jua disiapkan tugasan ini dengan

begitu jayanya.

Dalam ruangan ini juga, saya ingin berkongsi input-input

yang sempat saya gali sepanjang penglibatan saya dalam

memurnikan tugasan saya kali ini. Dalam kerja kursus ini, saya

telah diarahkan oleh pensyarah kami bagi subjek EDU 3104

Pengurusan Bilik Darjah, Puan Hashimah binti Hashim untuk

melaksanakan tugasan yang berbentuk projek penulisan ilmiah

dengan membina sebuah blog pengajaran interaktif yang

bercirikan moden kontemporari bersesuaian dengan selera

masyarakat arus pemodenan kini. Pembinaan blog tersebut perlu

memaparkan sebuah pengurusan bilik darjah yang berkesan

dengan mengambil kajian kes yang berlaku keatas seorang guru

muda, Cikgu Danial yang ditempatkan di SK Hulu Tembeling.

12 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 13: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Dalam kumpulan bertiga, saya bersama-sama rakan tugasan

saya, saudara Kamal Shyukri bim Mat Tahir, Saudari Nur Amirah

binti Liakat Ali Khan dan saya sendiri telah membina sebuah blog

pengajaran kami yang diberi nama sebagai ‘Semanis Madu’,

sebuah paparan yang kami berikan suntikan baru yang agak

santai, segar dan berkualiti dengan paparan ilmiah yang mampu

memberi suatu hasil yang dapat dimanfaatkan oleh semua

pengguna, khususnya dalam bidang pedagogi dan

profesionalisme keguruan yang mahu memacu kearah globalisasi

pendidikan ke arena antarabangsa yang setanding dengan

negara-negara maju selaras dengan Wawasan 2020.

Pembinaan blog yang pada asalnya mahukan elemen-elemen

bercirikan paparan ilmiah telah berjaya digilap dan diolah semula

hasil cetusan idea pensyarah kami yang mahukan blog yang

bercirikan elemen santai dan bersifat futuristik yang mengandungi

paparan grafik dan multimedia yang menarik, tetapi masih

diterapkan elemen paparan ilmiah yang mahukan paparan blog

kami dapat diterima dan menjadi rujukan pengguna yang bukan

sahaja boleh dibaca untuk rujukan para pelajar, para pensyarah,

golongan intelektual yang pelbagai kemahiran, malahan dapat

dibaca oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia tua

mahupun muda.

Penggunaan laras dan lenggok bahasa yang agak santai dan

bercirikan blog sebagai bacaan ringan ketika masa senggang,

namun kami masih mengambil kira penggunaan Bahasa Melayu

yang betul di samping menggunakan sintaks ayat yang tidak

terlalu bersifat ‘bahasa rojak’ yang sering digunapakai dalam

penulisan blog yang kian bercambah dalam arus pemodenan kini.

13 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 14: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Oleh hal yang demikian, hasil usaha kami bertiga berusaha

dan mengembleng bersama kudrat empat kerat kami dengan

menggabungjalin pelbagai idea yang menarik dan kreatif di

samping menekankan aspek mahu berkongsi bersama para

pembaca idea-idea baru maka terlahirlah sebuah nama blog yang

kami pilih hasil persetujuan bersama ‘Semanis Madu’.

Sekali pandang mungkin menarik apabila jari jemarik sibuk

rancak menaip setiap satu huruf di papan kekunci. Perasaan

ghairah membuak-buak di kotak fikiran tentang apakah yang akan

muncul menerusi pautan laman sesawang bagi blog kami.

Mendengar namanya sahaja mungkin memberi seribu satu tanda

persoalan beku yang tidak mampu dipecahkan sehingga Berjaya

membuka pautan laman sesawang blog kami.

Nama blog yang kami pilih, ‘Semanis Madu’ sebenarnya lebih

bersifat bidan terjun apabila saudara Kamal cuba mencadangkan

nama tersebut. Kami berdua mula melahirkan perasaan tanda

tanya apakah perkaitan dan sebab nama itu dipilih. Sekali dengar

mungkin ada yang tertawa, dan memberi persoalan mengapa,

namun sebagai muka baru yang baru berjinak-jinak dengan arena

pendidikan dan profesonalisme keguruan, kami tampil kehadapan

bagi menyahut cabaran arus perdana dengan melahirkan sebuah

blog yang menarik supaya menjadi suatu perasaan yang

harmonis di samping memberi suatu kepuasan kepada diri

pengguna. Atas sebab inilah saudara Kamal rakan kumpulan

kami mencadangkan nama tersebut yang sekaligus menjadi blog

rasmi kami bertiga yang lahir dari keluaran IPG Kampus

Pendidikan Islam.

Di dalam paparan blog kami, para pengguna boleh melihat

pautan di dalam paparan tersebut ada pelbagai subtopik yang

terdiri daripada laman utama, krew blog, segmen suburi jiwa,

serta cadangan aktiviti yang boleh digunapakai oleh guru-guru,

bakal guru pelatih, malahan boleh menjadi rujukan kepada orang

ramai sebagai cetusan idea bagi membantu memahami secara

14 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 15: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

fizikal di samping cuba mengaplikasikan cara-cara menangani

masalah disiplin di dalam bilik darjah.

Konsep pengenalan pengurusan bilik darjah menjadi topik

bualan hangat yang ingin kami berikan penumpuan sebagai

medium utama dalam membicarakan tentang bidang pedagogi

dan profesionalisme keguruan yang menjadi salah satu bahagian

kupasan menarik yang boleh kita kongsikan bersama tentang

asam garam dunia perguruan. Terdapat pelbagai cadangan

aktiviti yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah dengan

mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik

darjah.

Antaranya adalah dalam bentuk nyanyian, permainan (games),

kejutan misteri berupa sebuah kotak misteri, dan pelbagai lagi

yang kami kongsikan bersama. Setiap paparan aktiviti yang kami

kongsikan kami sediakan bersama paparan video sebagai

gambaran untuk mengaplikasikan aktiviti tersebut di samping

menimbulkan rasa menarik kepada pengguna untuk membuat

pautan pada blog kami.

Penggunaan bahan grafik, bunyi dan video yang menarik

kami cuba paparkan sebaiknya untuk santapan pengguna bagi

melayari blog kami. Kami telah memilih beberapa lagu yang lebih

menjurus ke arah nada melankolik dan sentimental untuk menjadi

halwa telinga kepada para pengguna. Penggunaan bahan grafik,

bunyi dan video kami usahakan bersama bagi memberi kepuasan

yang bermakna kepada pengguna. Paparan susun atur tapak

blog dan susun atur laman sesawang kami usahakan bersama

dengan berkonsi idea, dan buah fikiran yang bernas bagi

melahirkan sebuah blog yang bermakna dalam diri pengguna

blog.

15 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 16: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

Dalam melayari tempoh melaksanakan tugasan ini,

sememangnya kami menempuhi beberapa cabaran dan masalah

kecil yang kami hadapi. Masalah kelancaran mengakses blog

menggunakan jaringan internet yang berkesan sering menghantui

semua blogger yang mahu memuat naik paparan yang mahu

dikongsikan.

Namun begitu, kami mengambil beberapa langkah dengan cara

bijak bagi menangani masalah tersebut di samping mengamalkan

nilai-nilai kolaboratif dengan menjalinkan hubungan kerjasa yang

harmonis dalam kalangan ahli kumpulan kami dengan ahli

kumpulan yang lain tanpa mengira kelas dan pengkhususan bagi

subjek ini.

Sementara itu, tugasan ini juga mahukan kami melaksanakan

tugasan berbentuk penulisan ilmiah secara individu yang

mahukan jawapan yang relatif, relevan, idea yang bernas dan

segar di samping menjawab semua persoalan yang diberi dengan

olahan yang menarik bersesuaian dengan mahasiswa guru

pelatih IPG. Tugasan penulisan ilmiah ini mahukan kami

menyatakan pelbagai faktor-faktor yang memungkinkan

berlakunya masalah dalam kelas 3 Mesra yang diberi

tanggungjawab oleh Cikgu Danial.

Faktor-faktor tersebut perlu mengambil kira pelbagai sudut di

samping memberi perkaitan yang relevan dan reletif dalam aspek

perguruan, khususnya berkaitan pengurusan bilik darjah. Setelah

itu, kami juga perlu memberi satu contoh cara yang berkesan

dalam menangani masalah ini dengan menggunakan aplikasi

Model-Model Pengurusan Disiplin di dalam bilik darjah. Justeru

itu, saya tertarik untuk memilih Model Disiplin Asertif Canter bagi

menangani masalah yang berlaku di kelas 3 Mesra yang

dikendalikan oleh Cikgu Danial.

Menerusi kajian kes yang diberi, saya yakin dan percaya

bahawa model pengurusan disiplin yang diperkenalkan oleh

Canter ini mampu memberi suatu nafas baru dalam mewujudkan

suasana pembelajaran yang kondusif dan tersusun, khususnya

16 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 17: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

melibatkan pengurusan bilik darjah yang merupakan suatu

kemahiran yang perlu dilengkapi dan perlu dihadam oleh semua

bakal-bakal guru kelak.

. Sepanjang pengembaraan saya bersama rakan-rakan saya

dalam menyempurnakan tugasan ini, terdapat pelbagai ilmu,

pengetahuan, berkongsi pengalaman dan manfaat berguna yang

boleh saya garapkan dan diaplikasi untuk digunakan pada masa

hadapan. Antaranya, saya dapat mengasah bakat, minat dan

pengetahuan sedia ada khususnya dalam pembinaan dunia blog

yang kini semakin ramai menjadikannya sebagai suatu wadah

wacana pembuka bicara bagi menyampaikan apresiasi, maklumat

terkini, mahupun menjadi lembaran diari muka buku harian yang

berbentuk dunia digital masakini.

Sebenarnya, saya juga mempunyai blog yang saya bina

sendiri, tetapi blog tersebut masih lagi baru jika saya nilai dari

sudut kualiti dan paparan yang saya sampaikan kerana saya

sendiri masih lagi dalam proses pembelajaran. Namun begitu,

minat yang sebelum ini hanya sekadar mengisi masa senggang

mula menjadi tarikan dan perhatian yang serius apabila kami

dikehendaki membina sebuah blog pengajaran.

Saya kemudiannya cuba mengimbas kembali bagaimana

tatacara saya membina sebuah blog yang saya sendiri bina suatu

ketika dahulu. Hasil garapan yang lalu menjadi azam baru serta

modal penting untuk saya bersama-sama rakan saya berkongsi

pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam membina blog

terutamanya dalam tatarias susun atur blog serta susun atur

laman di samping mengambil kira unsur grafik, bunyi, video serta

pelbagai animasi bergerak yang kami sesuaikan dengan tema

yang ingin kami kongsikan bersama para pengguna di luar.

Selain itu, tugasan ini juga dapat melatih diri saya menjiwai

watak, sikap, dan sahsiah sebagai seorang pendidik yang cekal

17 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 18: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

mendidik anak bangsa yang rata-ratanya mempunyai

kepelbagaian ragam dan cara hidup yang tersendiri menerusi

perbezaan individu yang berlaku.

Tugasan ini memberi saya input baharu dan nilai tambah

dalam memantapkan diri saya untuk menjadi seorang guru yang

berwawasan apabila menghadapi kepelbagaian masalah yang

sangat mencabar apabila bergelar seorang murabbi, seorang

guru kelak. Hal ini demikian kerana kepelbagaian ragam murid-

murid sangat berkait rapat dengan temperamen atau latar

belakang murid-murid.

Sesungguhnya, pengurusan bilik darjah yang cuba

disampaikan kepada saya melalui kajian kes Cikgu Danial tadi

telah memberi saya suatu gambaran yang lebih jelas lagi

bagaimana seseorang guru itu perlu mengendalikan kelasnya

yang hampir berjumlah 35 hingga 40 orang yang mempunyai

kepelbagaian ragam dan tingkah laku yang berbeza.

Sehubungan itu, model pengurusan disiplin yang dipilih perlu

bertepatan dengan keperluan murid-murid untuk kita jadikan

sebagai suatu pendekatan di samping cuba mendekati mereka

untuk melancarkan pembelajaran yang berkesan dengan

terlahirnya sebuah suasana pembelajaran yang positif, harmonis

dan tidak terlalu bersifat autokratik. Justeru, tidak mustahil model-

model pengurusan disiplin ini akan saya cuba

mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik

darjah suatu hari nanti.

Secara konklusinya, pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat

saya terokai dalam menyiapkan tugasan ini . Segala ilmu yang

saya garapkan ini tidak akan saya persiakan begitu sahaja kerana

ilmu-ilmu yang diperolehi akan saya jadikan sumber terpenting

dalam menghadiri praktikum, Pengalaman Berasaskan Sekolah

( PBS), amalan Praktikum, mahupun bergelar sebagai seorang

guru kelak, Insya Allah. Pepatah melayu ada mengatakan,

“Hendak Seribu Daya Tidak Hendak Seribu Dalih”.

18 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Page 19: syababmusafir92.weebly.com · Web viewJusteru itu, menyingkap persoalan tersebut saya amat tertarik dengan kajian kes yang diberi kerana sedikit sebanyak mampu memberi sudut pandangan

19 EDU 3104:PENGURUSAN BILIK DARJAH