strategi pengurusan tv3 dalam melaksanakan fakulti … pengurusan tv3 ft.pdf · anugerah juara lagu...

107
STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) NUR SYAZA BINTI KAMARUDDIN 53298

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN

ANUGERAH JUARA LAGU (AJL)

NUR SYAZA BINTI KAMARUDDIN

53298

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Page 2: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

( Pengurusan Seni )

2018

STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN

ANUGERAH JUARA LAGU (AJL)

PENGAKUAN

Projek bertajuk Strategi Pengurusan TV3 Dalam MelaksanakanAnugerah Juara Lagu

(AJL) ini telah disediakan oleh Nur Syaza Kamaruddin dan telah diserahkan kepada

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda

Seni Gunaan Dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Page 3: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

UNIVERSITl MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN

JUDUL STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN ANUGERAH

JUARA LAGU (A.IL)

SES( PENGAJIAN :2015/2016

Saya : Nur Syaza Binti Kamaruddin

Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Makhmlat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untllk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangurikan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *sila tandakan( I)

DSULIT (mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA

DTERHAD RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan

~IDAK TERHAD oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

DiS3hk3i ~ .->

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh : 0_'rJ, Iao-lk Tarikh Ott' 0'" aol f{

Altoe Prot'''or Dr lien. Turon: Alamat tetap : F.culty of Apl'lirol anti C ....\:i.e ,">rt8

L-2-1 Apt Allggerik, UNTVElISITT MALAYSIA AARAWAK

Taman Bunga Raya, Bulcit Beruntung, 48300, Rawang Selangof Darul Ehsan

Catatan. *TeslslLaporan dlmaksudkan sebagar lesis bagl IJazah Doktor Falsafah, Sari ana dan Sarjana Muda

*Jika TesislLaporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu sebagai Su'LIT atau TERHAD

Page 4: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Diterima untuk diperiksa oleh:

………………………………..

(Assc. Prof. Dr. Noria Tugang)

………………………………

Tarikh :

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sajahtera

Kepada Bonda Tersayang, Rohayah Binti Md Yunus:

Semoga setiap air mata yang jatuh dari matamu di atas segala kepentinganku, menjadi

sungai untukmu di syurga kelak.

Kepada Ayahanda Tersayang, Kamaruddin Bin Abdullah:

Semoga seluruh peluh dan titisan keringan yang kau keluarkan dalam perjuanganmu

mencari nafkah untuk kamu sentiasa berakah dan dibalas dengan syurga.

Kepada Nenda Dan Atokanda, Md Yunus B.Manaf & Ragayah Binti Salleh:

Jutaan terima kasih dalam memberi kata-kata semangat dan nasihat. Semoga ALLAH

S.W.T. memberi rezeki kesihatan dan umur berpanjangan.

Page 5: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Kepada semua adik beradik, saudara-mara dan sahabat handai:

Terima kasih kepada Nur Syamimi , Atiq Zulqanain, Ahnaf Iskandar, Nur Syahindah,

Arwah adik-adik Nurul Anis, Mohd Anas dan Akiff Izuddin. Serta saudara mara yang

tersayang.

Kepada Penasihat Projek Tahun Akhir, Assc. Prof. Dr. Noria Tugang:

Terima kasih untuk setiap ilmu yang dicurahkan dan bantuan yang diberikan.

Aku akan mencari ilmu hanya kerana ALLAH, dan aku tidak akan mencari jika untuk

selain ALLAH. Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada

kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan.

-Imam Al-Ghazali-

Semoga Dirahmati dan Diberkati Allah S.W.T. Hendaknya.

ISI KANDUNGAN

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN 1

1.2 LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN 2-4

1.3 PERNYATAAN MASALAH 5-7

Page 6: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

1.4 OBJEKTIF PENYELIDIKAN 7

1.5 KONSEP DAN TEORITIKAL PENYELIDIKAN 07-10

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 10-11

1.7 LIMITASI KAJIAN 11-12

1.8 LOKASI PENYELIDIKAN 12-13

1.9 SKOP PENYELIDIKAN 15

1.10 MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA MENJALANKAN 15

PENYELIDIKAN

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 PENGENALAN 16

2.2 LOKASI KAJIAN 17- 18

2.3 PERANAN 19

2.4 MEDIA PRIMA/ TV3 20-22

2.5 PENGURUSAN 23-28

2.6 ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) 28-29

2.7 RUMUSAN 30

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENGENALAN 31

3.2 KAJIAN KEPUSTAKAAN 32

3.3 KAEDAH LAPANGAN 33

Page 7: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

3.4 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF 33-35

3.5 KAEDAH TEMU BUAL 35- 37

3.6 INTRUMEN KAJIAN 37- 38

3.7 GAMBAR RAJAH 39- 41

3.8 ETIKA PENYELIDIKAN 41

3.9 RUMUSAN 42

BAB 4

ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN 43-44

4.2 PENGANALISAAN DATA 44

4.3 DAPATAN HASIL KAEDAH TEMURAMAH 44- 73

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN 74-78

5.2 CADANGAN KEPADA ORGANISASI 78-79

5.3 CADANGAN KEPADA PENGKAJI AKAN DATANG 80-81

RUJUKAN 82-84

Page 8: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 85-86

LAMPIRAN 2 87-89

SENARAI GAMBAR 91-106

Page 9: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

ABSTRAK

Penyelidikan ini menerangkan Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan

Anugerah Juara Lagu (AJL) di Sri Pentas. Permasalahan pemilihan lokasi

menyebabakan pengkaji memilih dalam menerangkan faktor yang digunakan semasa

pemilihan lokasi acara. Kaedah yang digunakan adalah bersifat kualitatif. Memerlukan

perancangan rapi dalam meningkatkan pengurusan yang berkualiti sebagai sebahagian

daripada seni pengurusan. Kajian ini dapat menyumbang kepada pembangunan industri

kreatif Negara dalam pengurusan yang efektif.

Page 10: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

ABSTRACT

This research explains the TV Management Strategy 3 In Implementing the Anugerah

Juara Lagu (AJL) at Sri Pentas. The problem of location selection causes the researcher

to choose to explain the factors used during the event location selection. The method

used is qualitative. Require intensive planning in improving quality management as part

of the management art. This study contributes to the development of the National

creative industry in effective management.

Page 11: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

BAB 1

PENDAHULUAN

Page 12: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

1.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bahagian yang menerangkan tentang pengenalan kajian, Latar

belakang kajian, Permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan

kajian, skop kajian serta lokasi kajian. Fokus utama kajian yang dijalankan oleh pengkaji

adalah mengenai Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu

(AJL).

Tajuk kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah berkenaan dengan Pengurusan

TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu (AJL)

merupakan salah satu rancangan tahunan di TV3 lanjutan peserta yang tercalon daripada

rancangan Muzik-Muzik di Malaysia. Saban tahun Anugerah Juara Lagu (AJL)

merupakan salah satu acara yang dinantikan oleh golongan industri seni Malaysia serta

penduduk Malaysia sendiri. Anugerah Juara Lagu (AJL) telah memainkan peranan

penting dalam perkembangan dunia seni serta memberi impak besar kepada Negara.

Setiap tahun kita dapat lihat perbezaan pengurusan, pengacara, tema, penyanyi, reka

bentuk pentas, dan kategori yang dipertandingkan. Perubahan dari Anugerah Juara Lagu

(AJL) yang pertama sehinggalah kini yang Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 melihatkan

Media Prima selaku tampuk kepimpinan mampu mengekalkan kedudukan dan

keunggulan rancangan ini dalam pelbagai sudut seperti penerimaan masyarakat,

perubahan sistem pengurusan yang semakin mantap, perubahan pengacara yang mampu

memeriahkan sepanjang acara dijalankan serta perubahan genre lagu yang

dipertandingkan.

1.2 Latar Belakang Penyelidikan

Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3 dalam

kalangan masyarakat tempatan. TV3 merupakan sebuah rancangan swasta dan siaran

percuma nasional pertama di Malaysia milik Media Prima Berhad. Pada 1 Jun 1984,

Media Prima Berhad memulakan siaran mereka sehinggalah kini tahun 2018 dimana

Page 13: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

kekal sebagai siaran televisyen yang digemari penonton.

Dibawah rangkaian Media Prima Berhad, terdapat beberapa rangkaian siaran

bagi memastikan penonton mempunyai variasi pilihan dalam menonton siaran mereka.

Ia terbahagi kepada siaran televisyen, percetakan, radio, media digital yang merangkumi

perkembangan kini dimana siaran televisyen lebih memfokuskan kepada media digital.

Selain itu, melalui anak syarikat media digital, Media Prima merangkumi inovasi

teknikal, penyelesaian digital dan strategi kreatif. Ianya menawarkan perundingan

digital holistic yang merangkumi penyelesaian kreatif, perkhidmatan platform pelbagai

dan kepakaran e-dagang.

Di Radio, kumpulan diwakili oleh empat stesen radio yang popular iaitu Fly FM,

Hot FM, One FM dan Kool FM. Kumpulan Media Prima Berhad juga memiliki anak

syarikat penciptaan kandungan, Primeworks Studio Sdn. Bhd yang terbahagi kepada

Primeworks Entertainment dan Primeworks Studio. Primeworks Entertainment

menghasilkan setiap program yang terdapat di TV3 contohnya muzik-muik, Melodi,

Sarimah Talkshow, Mentor, dan Jalan-jalan cari makan. Primeworks Studio pula salah

satu bahagian yang menyiapkan keseluruhan contant jalan cerita ilmiah seperti Wanita

Hari ini (WHI), Malaysia Hari Ini (MHI) dan rancangan ilmiah yang lain.

Menurut Dr. Tarcisius Chin (2007), pengurusan dapat dihuraikan sebagai

pelbagai cara sama ada sebagai suatu seni atau sains. Selain itu, pengurusan juga

merupakan proses, pelaksanaan kerja dengan manusia. Seterusnya, ia juga dapat dilihat

sebagai satu proses menetapkan dan mencapai tujuan serta matlamat melalui lima fungsi

pengurusan iaitu merancang, mengelola mengambil pekerja, membimbing dan

mengawal.

Pekara ini bermaksud pengurus mengambil keputusan berkaitan dengan pekara

yang hendak dicapai untuk sesebuah syarikat atau organisasi tersebut. Dalam hal ini

hanya mereka menggunakan sumber, infrastruktur, sumber manusia, wang, proses dan

Page 14: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

sebagainya demi mencapai satu matlamat yang sama.

Pengurusan pihak Media Prima Berhad dalam memastikan perjalanan Anugerah

Juara Lagu berlangsung dengan jayanya telah melibatkan pelbagai alternatif. Anugerah

Juara Lagu (AJL) merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3

yang membariskan lagu-lagu terbaik secara acara tahunan untuk dipilih oleh juri

professional sebagai lagu terbaik tahunan.

Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran

Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 dan beliau juga adalah

perintis kepada penubuhan Muzik-muzik pada ketika itu. Pemilihan lagu-lagu Anugerah

Juara Lagu (AJL) berdasarkan lajutan dari muzik-muzik sebagai syarat kemasukan

pertandingan. Pemilihan undian didalam carta mingguan juga menentukan peserta yang

berjaya ke peringkat seterusnya atau terkeluar. Peserta pertandingan akhir di saringkan

daripada juara bulanan. Anugerah Juara Lagu (AJL) diadakan pada awal tahun didalam

lingkungan bulan Januari hingga Febuari. Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi pentas

kepada artis dan pengubah lagu tanah air berentap bagi meningkatkan industri seni

negara. Namun sehingga kini, skop pemarkahan muzik-muzik mengalami perubahan

agar ia releven dengan situasi kini.

Menurut Zafir (2009), perubahan di dalam organisasi memerlukan seorang yang

bertanggungjawab mencetuskan idea untuk berubah. Individu yang bertindak sebagai

pencetus idea tersebut dan diandaikan bertanggungjawab untuk menguruskan proses

perubahan dipanggil sebagai agen perubahan. Pengurus merupakan agen yang perlu

memastikan samaada sesuatu perubahan itu berjaya dilaksanakan atau tidak.

Di dalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL), terdapat beberapa

pembahagian kategori lagu yang akan dipertandingkan antaranya kategori balada,

kategori Pop Rock, dan kategori Irama Etnik Kreatif. Manakala kategori khas pula,

Persembahan terbaik, Lirik Terbaik, Lirik Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Mobile

Page 15: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

melalui undia.

Pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) terbahagi kepada pelbagai bidang dan

kepakaran. Antaranya yang menjadi tunjang utama didalam AJL adalah bahagian bidang

Teknikal, Lampu, Audio Contol Sistem, Runner, dan Prop. Pembahagian dan perbezaan

jabatan pengurusan didalam Anugerah Juara Lagu tidak membataskan kejayaan pihak

produksi dalam menjalankan acara tahunan yang dinantikan ini kerana perbezaan

kepakaran cekap dalam mengendalikan acara tahunan ini.

Menurut Zafir (2009), untuk melaksanakan peranan pengurus iaitu antara

perseorangan, maklumat dan membuat keputusan, pengurus perlu memiliki enam bentuk

kemahiran yang dapat dijelaskan seperti kemahiran konseptual, kemahiran kemanusiaan,

kemahiran teknikal, kemahiran politik, kemahiran pengurusan masa, dan kemahiran

membuat keputusan.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam setiap kajian atau penyelidikan yang dibuat ianya mempunyai

kepentingan tersendiri, kajian yang dibuat tidak boleh dilakukan begitu sahaja, hal ini

kerana ia perlu ada isu dan permasalahan yang menarik untuk dikaji dan menjadi bahan

kajian akan datang. Kajian atau penyelidikan yang dibuat ini adalah bertujuan untuk

memahami permasalahan. Di dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah

mengenalpasti beberapa pernyataan masalah berkenaan Pengurusan Pihak TV3 dalam

Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut Eksekutif Produksi Anugerah Juara Lagu (AJL), Nurhul Huda Hj

Khalid, dalam sesi menemu bual yang bertarikh 23 Ogos 2017 berkenaan Pengurusan

Pihak TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut beliau berkenaan permasalahan sepanjang AJL di jalankan antaranya

Page 16: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

adalah dalam memastikan teknikal dalam keadaan baik semasa ‘Soundcheck’ dan siaran

langsung dijalankan selama 3 jam. Seterusnya adalah permasalahan pemilihan lokasi

yang bersesuaian dengan acara yang dijalankan agar memudahkan semua pihak

produksi, Artis yang terlibat dalam acara serta penonton yang menghadiri. Dan akhir

sekali, permasalahan kajian adalah berkaitan dengan menganalisis impak penerimaan

masyarakat terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa kini.

Melalui kajian dan hasil menemuramah bagi menjalankan kajian ini, pengkaji

mendapati pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) masih mempunyai kelemahan dan

permasalahan biarpun ia telah dijalankan sebanyak 31 tahun. Permasalahan ini

kebanyakan terjadi semasa detik terakhir sebelum acara bermula secara langsung atau

sebelum acara dijalankan. Masalah dari segi teknikal selalunya berpunca daripada

barangan teknikal yang tidak diselenggara atau disambungkan dengan baik, malah

teknikal juga akan mengalami masalah apabila artis yang membuat persembahan tidak

membuat ‘soundcheck’ dengan betul. Di mana ‘soundcheck’ perlu dilakukan dengan

tahap audio suara yang tinggi.

Menurut Fazilah (2009), beliau mengatakan kemahiran teknikal adalah merujuk

kepada keupayaan seseorang mengaplikasikan pengetahuan atau kepakaran khusus

didalam melaksanakan tugas. Ianya melibatkan pengetahuan dan kecekapan dalam

melaksanakan aktiviti yang melibatkan kaedah, proses dan tatacara. Penggunaan alatan

canggih dan berteknologi tinggi memerlukan kemahiran teknikal yang khusus dalam

pengendaliannya. Kemahiran ini adalah paling penting bagi pengurus peringkat bawah

kerana mereka terlibat secara langsung dalam menghasilkan output terakhir.

Pemilihan lokasi yang bersesuaian juga merupakan masalah utama dalam

menjalankan Anugerah Juara Lagu (AJL). Pemilihan yang betul dan tepat amatlah

penting dimana pihak pengurusan perlu menitikberatkan keselamatan pihak produksi

yang bertugas, artis yang menghadiri bagi membuat persembahan dan tetamu yang hadir

Page 17: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

dalam menjayakan AJL. Pemilihan lokasi juga perlu melibatkan tahap keluasan

persekitaran, kesalamatan lalu lintas pengunjung, kemudahan seperti tempat meletakkan

kenderaan pengunjung, dan faktor cuaca merupakan pekara penting jika ia dilakukan

ditempat terbuka. Selain itu, faktor pemilihan lokasi menjadi masalah apabila, tempat

yang dikehendaki membuat penyelenggaraan.

Permasalahan seterusnya dalam menganalisis penerimaan masyarakat terhadap

Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa kini. Perubahan dan perkembangan Negara

menyebabakan masyarakat lebih terdedah dengan pekara dan benda baharu. Perubahan

dari Media Massa ke media digital menyebabkan sesetengah masyarakat kurang

berminat dengan acara yang dijalankan sepanjang tahun. Menganalisi penerimaan

masyarakat kini dan apakah yang menyebabkan mereka ingin dan nantikan untuk

menonton Anugerah Juara Lagu (AJL) pada setiap tahun.

1.4 Objektif Penyelidikan

Objektif penyelidikan adalah matlamat yang ingin dicapai oleh pengkaji dalam kajian

mengenai Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Melalui objektif yang telah dibuat oleh pengkaji, pengkaji telah mendapati hasil kajian

samaada bertepatan dengan objektif yang dibuat atau bertentangan dengan apa yang

difokuskan dalam kajian ini. Antara objektif pengkaji ialah:

1. Mengenalpasti kaedah pengurusan yang dilakukan oleh pihak TV3 dalam

menguruskan pentas Anugerah Juara Lagu.

2. Mengkaji faktor yang digunakan semasa pemilihan lokasi acara diadakan.

3. Menganalisis impak penerimaan masyarakat terhadap Anugerah Juara Lagu

(AJL) pada masa kini.

Page 18: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

15. Konsep dan Teoritikal Penyelidikan

Konsep penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji didalam kajian ini ialah dengan

berkaitan Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL)

dalam memastikan setiap unit yang terlibat berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas

acara. Selain itu, pengkaji ingin melihat dari aspek strategi pengurusan yang dilakukan

semasa acara ini diadakan dalam menguruskan pentas seperti teknikal, lampu, audio

sistem, control room dan sebagainya. Selain itu, pengkaji mendapatkan sumber

maklumat tentang kajian ini melalui informan iaitu Eksekutif Producer Anugerah Juara

Lagu (AJL),dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan pentas

dan pengurusan AJL sebelum, semasa dan selepas.

Pengkaji telah menggunakan teori Henri Fayol (1841-1925) dalam membuat kajian

diamana teori beliau membezakan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran

pengurusan. Seterusnya, teori ini telah mengenalkan fungsi pengurusan yang khusus dan

akhir sekali beliau telah mencadangkan 14 prinsip pengurusan didalam teori beliau.

Teori ini dipilih oleh pengkaji kerana ianya amat bersesuaian dengan kajian ini kerana

pengkaji ingin menjadikan teroi Ini sebagai garis panduan dalam mengembangkan setiap

isi permasalahan kajian yang berkaitan dengan pengurusan pentas Anugerah Juara Lagu

(AJL)

Melalui fungsi perancangan, pengkaji ingin mengkaji peranan production dalam

menangani masalah teknikal sebelum, semasa dan selepas AJL berjalan. Selain itu,

peranan pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah pemilihan lokasi yang

bersesuaian agar semua pihak yang terlibat mendapatkan kemudahan yang ada. Akhir

sekali peranan pihak pengurusan dalam memastikan masalah pemilihan artis gantian

yang bersesuaian mengikut vokal penyanyi asal agar ianya tidak mendapat kritikan

hebat dari para penonton dan penghibur seni yang lain.

Page 19: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Rajah 1.0: Konsep Kajian

Kajian ini menerangkan Peranan Pihak TV3 dalam Pengurusan Pentas Anugerah

Juara Lagu (AJL) sebelum, semasa dan selepas acara dijalankan. Informan yang terlibat

adalah Eksekutif Producer AJL sendiri iaitu Nurul Huda Khalil, Producer Muzik-muzik

iaitu Aida Azira dan Ayau Azmi, Production Accistend iaitu Mohd Syazmin, wartawan

iaitu Faris Isa dan Joseph Phen serta barisan penonton. Kajian ini, dijalankan di Sri

Pentas, Bandar Utama dan Stadium Shah Alam dalam mendapatkan bahan bukti.

Seterusnya apakah peranan pihak TV3 dimana mereka bertanggugjawab dalam

memastikan pengurusan pentas AJL berjalan lancar seperti lighting, teknikal, audio

sistem, control room, Q-artis, Q-card, pemilihan artis gantian dan pemilihan lokasi yang

bersesuaian.

Di dalam kajian ini, mengapakah pengkaji ingin mengkaji berkaitan dengan

pengurusan pentas AJL kerana ingin memastikan pada masa akan datang pengurusan

berjalan secara lancar dan tersusun serta dapat memperbaiki setiap kekurangan didalam

pengurusan agar ianya menjadi satu medium kebangaan negara dalam industri muzik

Anugerah

Juara Lagu

(AJL)

Pengurusan Pentas

Pengurusan Promosi

Pemilihan Lokasi

Impak Penerimaan Masyarakat

Page 20: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

serta pengurusan. Selain itu, ingin memastikan peranan pihak tv3 dalam menguruskan AJL

mampu menarik kembali penonton pelbagai peringkat umur untuk menonton AJL.

Akhir sekali bagaimanakah kajian ini dijalankan dalam mendapatkan cara

peyelesaian sesebuah acara ialah dengan memastikan teknikal dan audio sistem dalam

keadaan baik melalui pemasangan dan based audio yang dikehendaki sebelum acara

dijalankan secara langsung. Selain itu pemilihan lokasi yang bersesuaian mengikut

kesesuaian pengunjung dan pihak produksi dalam menjalankan kerja.

1.6 Kepentingan Kajian

Dengan terhasilnya kajian ini, pengkaji berharap agar kajian ini akan menjadi salah satu

medium rujukan yang penting kepada pihak-pihak yang berkenaan di dalam usaha

meningkatkan pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa akan datang.

Kajian ini sangat penting terutama kepada pengkaji kerana ianya dapat

mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Strategi Pengurusan TV 3 Dalam

Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL) dan seterusnya dapat menambah ilmu

pengetahuan dari segi aspek pengurusan pentas dan kaedah pengurusan yang dilakukan.

Pengkaji juga ingin mengetahui sedikit sebanyak pekara yang berkaitan dengan

Anugerah Juara Lagu (AJL) seperti objektif AJL tersebut, sejarah perkembangan AJL,

aktiviti dan perubahan yang dilalukan oleh pihak pengurusan AJL bagi menarik

kedatangan dan penglibatan artis serta penonton. Selain itu, menarik masyarakat

pelbagai kaum di Malaysia melihat dan menonton AJL di televisyen rumah masing-

masing. Selain itu, kajian ini juga penting untuk pengkaji akan datang dalam membantu

sedikit sebanyak petunjuk, kepentingan dan manfaat kepada pengkaji akan datang untuk

mengkaji dari segi aspek pengurusan pentas, pemilihan lokasi dan memperbaiki lebih

baik pengurusan pada masa akan datang.Tambahan pula, kajian ini juga penting kepada

Pihak TV3 sendiri sebagai rujukan didalam pengurusan dan dapat melakukan

penambaikan untuk menguruskan pentas AJL dengan lebih baik pada masa akan datang.

Page 21: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

1.7 Limitasi Penyelidikan

Limitasi di dalam kajian ini, pengkaji telah mendapati terdapat pelbagai faktor yang

dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini, Antaranya ialah sumber ilmiah,

sumber internet dan sumber arkib.

Limitasi pengkaji dalam mendapatkan sumber ilmiah yang terdapat di Centre

For Academic Information Services (CAIS) seperti buku rujukan, jurnal, artikel yang

bersesuaian dengan pengurusan pentas yang lengkap serta memerlukan teori

penyelidikan yang sesuai untuk dikaitakan dengan tajuk kajian. Situasi ini menyebabkan

pengkaji mempunyai masaalah dalam mendapatkan bahan kajian dan kurang bahan

bacaan.

Seterusnya limitasi penyelidikan yang dihadapi oleh pengkaji ialah,

mendapatkan bahan rujukan melalui internet. Terdapat pelbagai jenis sumber rujukan di

internet, namun pengkaji mempunyai masalah apabila terdapat sesetengah bahan kajian

bukalan dari sumber yang benar dimana sumber yang dimasukkan didalam internet

adalah sumber yang mereka kaji. Namun ia hanya copy and paste dari sumber rujukan

yang lain. Limitasi didalam kajian ini pengkaji perlu memastikan adakah sumber

rujukan yang dimasukkan didalam blog dan sebagainya sahih ataupun tidak. Biarpun

didalam internet mempunyai bahan kajian yang pelbagai dalam pengurusan, pengkaji

menghadapi masalah apabila perlu memastikan ianya bersesuaian dengan tajuk kajian

pengkaji.

Seterusnya, limitasi kajian yang pengkaji hadapi adalah mendapatkan sumber

arkib. Bagi mendapatkan bahan ini, pengkaji perlu ke Arkib Negara bagi mendapatkan

sumber ilmiah yang lama berkaitan dengan Anugerah Juara Lagu. Di Arkib Negara

sudah pastinya pelbagai isu yang dihadapi oleh pihak pengurusan TV3 dalam

memastikan Anugerah Juara Lagu (AJL) dalam keadaan dan kedudukan yang terbaik.

Page 22: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Keratan akhbar, jurnal, majalah dan sebagainya.

Akhir sekali, didalam kajian ini, pengkaji menghadapi sedikit kekangan dalam

mendapatkan maklum balas dari pihak TV3 bagi mendapatkan sumber berkaitan

organisasi. Hal ini kerana sesetengah maklumat organisasi mempunyai privarsi tersendiri

dan pengkaji mestilah memohon secara formal dan bersahsiah dalam mendapatkan

maklum balas dari pihak yang berkenaan.

1.8 Lokasi Penyelidikan

Lokasi kajian merupakan tempat pengkaji menjalankan kajian yang dibuat bagi

mendapatkan maklumat dan data kajian dalam memudahkan proses kajian yang

dijalankan. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian adalah di Media Prima Berhad

bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan. Terletak di

laluan yang menghubungkan petaling jaya dan Damansara tersegam indah sebuah

bangunan Sri Pentas yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk di negeri ini.

Keduduknnya yang strategik menjadikan bangunan ini sebagai salah satu bangunan

yang menjadi perhatian masyarakat umum kerana sinonim dengan bidang penyiaran

telivisyen di Malaysia. Lebih menarik lagi, Media Prima mempunyai tiga cawangan

rangkaian bagi menjalankan recording dan live di studio pentas dua Shah Alam dan

Grandmarie, Shah Alam. Sri Pentas merupakan salah satu kawasan yang dikenali

sebagai TV3 diamana pelbagai aktiviti penyiaran dijalankan disana.

Bangunan yang mempunyai menara mercu tanda dibahagian depan bangunan

disamping mempunyai bahagian kiri dan kanan yang menempatkan pelbagai bahagian

dalam penyiaran. Pada bahagian bawah Sri Pentas juga mempunyai dua studio yang di

namakan Studio A dan Studio B dimana siaran harian seperti Malaysia Hari Ini (MHI),

Wanita Hari ini (WHI). Pada bahagian menara Utara pula, unit bahagian Balai Berita

Page 23: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

ditempatkan. Terdapat beberapa pecahan bahagian balai berita antaranya Buletin Utama,

Berita TV9, dan 8TV News. Bangunan Sri Pentas ini merupakan bangunan yang telah

dibina pada tahun 1996 dan ianya di rasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia

yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad. Tujuan penubuhan bangunan ini

bagi meningkatkan dan memperkembangakan insudtri seni dan budaya dengan

berasaskan media penyiaran agar masyarakat mempunyai hiburan dan tahu mengenai

penceritaan belakang tadbir pengurusan dalam sesebuah acara. Bangunan TV3 atau lebih

mesra dengan Sri Pentas telah dibuka pada 22.10.1996 dengan dirasmikan sendiri oleh

mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohammad

dengan majlis yang penuh gemilang.

1.8.1 Gambar Kawasan Kajian

Gambar 1.2 Lokasi Kawasan Kajian

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Page 24: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Gambar 1.3. Lokasi Kawasan Kajian

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

1.9 Skop Penyelidikan

Isu dalam kajian ini adalah mengenai kajian yang dilakukan oleh pegkaji khususnya

dijalankan di Media Prima. Isu dalam kajian ini adalah Strategi Pengurusan TV 3 Dalam

Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL). Seterusnya kajian ini melibatkan informan

daripada Eksekutif Producer, Anugerah Juara Lagu (AJL) dalam memberi data dan

maklumat yang lengkap kepada pengkaji untuk melengkapkan lagi data dan maklumat

dengan lebih jelas.

1.10 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Penyelidikan

Permasalahan didalam sesebuah kajian pastinya timbul dimana sesetengah pekara

pengkaji tidak dapat mengelak daripada ia berlaku. Didalam kajian ini, pengkaji

mempunyai kekangan masa dalam menyiapkan tugasan. Hal ini kerana pengkaji perlu

bijak dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi oleh pensyarah dengan berkualiti

dan tempoh masa yang diberikan.

Selain itu, masaalah atau kekangan yang dihadapi oleh pengkaji dalam meneruskan

Page 25: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

kajian ini ialah kekangan dari segi jarak lokasi kajian pengkaji dalam mendapatkan

maklumat daripada pihak berkenaan seperti wakil pihak Anugerah Juara Lagu (AJL) dan

sebagainya. Secara keseluruhannya, didalam kajian ini, pengkaji masih mampu atasi

biarpun ianya mempunyai sedikit kekangan dalam mendapatkan maklumat namun

pekara ini perlu diatasi bagi mendapatkan maklum balas yang dikehendaki.

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan

Bab dua dalam kesusasteraan kajian ini menerangkan tentang pekara-pekara yang

berkaitan dengan sejarah kajian wacana yang lepas di mana konsep yang bersesuaian

akan dikaitkan dengan tajuk atau isu utama kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu

Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL), Sri Pentas,

Selangor Darul Ehsan.

Seterusnya, kajian yang lepas juga berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh

pengkaji dipilih bagi mendapatkan data dan maklumat kajian yang lebih lengkap dan

tepat dalam menjalankan kajian. Rujukan daripada kajian-kajian yang lepas ini adalah

sangat penting dalam menjalankan kajian, kerana ia menjadi bukti bahawa pengkaji

lepas belum mengkaji tajuk kajian ini dan menjadikan kajian ini dan menjadikan kajian

Page 26: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

yang dilakukan oleh pengkaji lebih tersusun dan tidak berlaku percanggahan maklumat

sehingga boleh menyebabkan masalah kekeliruaan dalam menjalankan kajian. Melalui

kesusateraan kajian ini adalah sangat penting kepada pengkaji dimana pengkaji dapat

meganalisa dan mendapatkan kesinambungan fakta serta huraian daripada kajian yang

lepas daripada bahan bacaan seperti buku, tesis, jurnal, keratin akhbar, internet dan

sumber Arkib Negara.

2.2 Lokasi Kajian

2.2.1 Malaysia

Malaysia adalah negara ke-43 teramai penduduk dan negara yang ke 66 terluas

didunia dengan mempunyai jumlah penduduk seramai 30 juta. Malaysia juga dikenali

sebagai negara monarki perlembagaan persekutuan yang terletak Asia Tenggara.

Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh laut china selatan

semenanjung Malaysia serta Malaysia Timur yang terletak di bahagian utara Pulau

Borneo. Malaysia juga adalah salah satu negara perintis ASEAN. Mempunyai 13 buah

negeri dan wilayah persekutuan, ianya menjadikan Malaysia negara yang berbilang etnik

dan berbilang agama. Sejak 1970, Malaysia merupakan salah satu pengeluar utama

Page 27: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

dalam mengeluarkan pelbagai sektor ekonomi (Malaysia, 2017).

Semenanjung Malaysia telah ditakrifkan sebagai Bandar atau pusat ekonomi

yang sibuk dan membangun dengan pelbagai kegiatan ekonomi seperti eksport dan

import, pertanian, pelancongan, perniaaan dan tidak terkecuali sebagai pusat pendidikan

tinggi, namun Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak tidak terkecuali mengikuti

perkembangan tersebut. Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang berperanan sebagai

pusat pelancongan dan ianya merupakan sumber pendapatan segelintir penduduk Sabah

dan Sarawak. Flora dan fauna yang pelbagai menjadi satu daya tarikan buat Sabah dan

Sarawak apabila ia telah menawarkan pakej pelancongan yang pelbagai termasuk

aktiviti menyelam ke dasar lautan yang cantik dan menakjubkan.

2.2.2 Petaling Jaya

Petaling Jaya yang biasanya sinonim dikenali sebagai "PJ" oleh penduduk

tempatan mahupun penduduk negeri lain adalah sebuah bandaraya utama di Malaysia

yang mula dibangunkan sebagai bandar satelit untuk Kuala Lumpur. Selain itu, terletak

di Daerah Petaling Selangor dengan keluasan kira-kira 97.2 kilometer persegi (37.5

meter persegi).

Petaling Jaya telah diberikan status bandar pada 20 Jun 2006. Petaling Jaya juga

Page 28: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

dikelilingi oleh ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur ke timur, Sungai Buloh ke utara, ibu

Kota Selangor, Shah Alam ke barat dan Subang Jaya ke selatan. Kepesatan Petaling Jaya

berkembang dengan cepat di mana Petaling Jaya merupakan bandar perindustrian yang

luas dengan pelbagai syarikat tempatan mahupun antarabangsa. Petaling Jaya

dibahagikan kepada beberapa bahagian. Sesetengah bahagian mempunyai nama mereka

sendiri (SS1 sebagai Kampung Tunku), manakala bahagian lain dikumpulkan bersama

(SS3, SS4, SS5, SS6 dan SS7 sebagai sebahagian daripada Kelana Jaya). Selain itu,

Petaling Jaya juga merangkumi bandar raya Damansara yang kaya. Pada tahun 1995, 1

Utama memulakan operasi di Bandar Utama malah pada tahun 1996 syarikat

komunikasi Media Prima Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai TV3 memulakan operasi

mereka di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Petaling Jaya mula dikenali dengan lebih terkenal apabila Media Prima mula

bertapak di Bandar Utama dan pada ketika itu pelbagai rancangan dan program yang

dijalankan oleh TV3 di lakukan di banguna Media Prima. Bandar Utama lebih dikenali

sebagai bangunan TV3 di mana ianya cukup terkenal pada masa dahulu sehinggalah

kini. Petaling Jaya merupakan lokasi kajian yang akan pengkaji jalankan kajian dalam

mendapatkan bahan maklumat daripada pihak produksi dan barisan wartawan Anugerah

Juara Lagu. Secara keseluruhanya Petaling Jaya merupakan sebuah bandar kecil yang

mampu berkembang dengan pesat kesan daripada perkembangan dunia teknologi.

2.3 Peranan

2.3.1 Konsep Peranan

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi kedua menyatakan, Konsep

peranan merupakan watak dimana ianya dilakukan oleh seseorang. Konsep kedua pula,

peranan bermaksud tugas dimana bahagian atau pekerjaaan yang dilakukan untuk

menjayakan sesuatu. Didalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL), pihak Tv3

Page 29: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

memainkan peranan penting dalam menguruskan pentas.

Media Prima atau lebih dikenali sebagai TV3 bukan sahaja berperanan dalam

memastikan Anugerah Juara Lagu (AJL) berjalan dengan jayanya, malah mereka juga

berperanan dalam memastikan semua kakitangan mereka berada didalam kondisi yang

baik sebelum,semasa dan selepas acara dijalankan. Berperanan menjaga imej dan mutu

kualiti acara menjadi titik tolak kerjayaan didalam organisasi mereka.

Menurut Shorter Oxford English Dictionary, Volume 2 N-Z (2002) menyatakan

‘Role is the characteristic or expected function of a person or thing, esp (Psychology) in

a particular setting on environment”. Anugerah Juara Lagu (AJL) mempunyai peranan

yang tersendiri dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat di dalam bentuk muzik.

Peranan berfungsi sebagai pelengkap kepada pengurusan dan ia saing berkait rapat

dalam menjayakan sesuatu pekara.

2.4 Media Prima / TV 3

Media Prima atau lebih dikenali TV3 sebuah syarikat media yang terkemuka di

Malaysia. Media Prima berperanan sebagai sebuah syarikat di Malaysia yang

menawarkan pelbagai jenis bentuk saluran melalui rancangan yang mereka hasilkan

dalam menyampaikan isu serta maklumat kepada penonton.

Menurut Robert dan Gorham di dalam buku mereka iaitu ‘Introduction to Media

Production’ menyatakan media adalah sejenis bentuk dan saluran yang digunakan oleh

seseorang atau sesebuah organisasi dalam menyampaikan informasi atau pesanan.

Perkataan media berasal daripada Latin. Sumber (a source) dan pesanan (a receiver).

Media juga berperanan dalam menyampaikan pesanan dan merupakan satu medium

komunikasi yang baik dalam memberi ilmu pengetahuan, hiburan, sosial budaya

Page 30: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

kehidupan, agama, berita semasa, jenayah dan sebagainya.

Media Prima mempunyai pelbagai kelengkapan di dalam perniagaan berkaitan

dengan media termasuk media Telivisyen, cetak, radio, Out-of-home, serta kandungan

yang pelbagai. Media prima juga merupakan antara syarikat yang tersenarai serta

berjaya memasuki Bursa Saham Malaysia juga diantara 100 syarikat yang tersenarai

terbesar mempunyai saham yang tertentu. Media prima juga mempunyai kepentingan

ekuiti di stesen telivesyen besar yang terkemuka di Malaysia seperti TV3, 8TV, Ntv7,

dan Tv9. Media prima juga mempunyai bahagian media cetak iaitu New Staraits Times

Press (Malaysia) berhad (NSTP) dan akhbar nasional, Newstraits Time, Berita Harian

dan Metro.– Sumber Laman Web Rasmi Media Prima.

Menawarkan pelbagai rancangan hiburan dan drama tempatan mahupun luar

negara menyajikan Media Prima atau lebih dikenali sebagai TV3 menjadi satu daya

tarikan kepada pelbagai umur dan agama. Siaran di TV3 lebih kepada ilmiah dan

golongan sasaran mereka adalah orang dewasa dan remaja kerana disiaran TV3 ianya

lebih kepada menyampaikan isu semasa dan mempunyai masej yang boleh diadaptasi

didalam kehidupan seharian seperti rancangan Wanita Hari Ini dimana ia disediakan

khas bagi golongan wanita bekerjaya dan wanita suri rumah. Malaysia Hari Ini, mula

bersiaran langsung pada pukul 7 pagi dimana ia lebih kepada penyampaian isu semasa

kepada semua golongan lapisan masyarakat. Pada sebelah malam pula, TV3 menyajikan

siaran mengenai kehidupan masyarakat dimana siaran Majalah 3 berperanan

menceritakan norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia dalam pelbagai jenis isu

agama, ekonomi, perayaan, dan sebagainya.

Siaran TV9 pula lebih menumpukan golongan sasaran mereka ialah kanak-

kanak, remaja dan belia di mana siaran mereka lebih kepada animasi seperti Upin dan

Ipin, Kampung Boy, Boboiboy. Pada belah malam siaran lebih memfokuskan kepada

golongan remaja dan belia seperti Hijabista Sunsilk, Sis, Pop TV, Galakasi, NTV7 dan

Page 31: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

8TV pula memfokuskan siaran mereka kepada masyarakat Cina dan India di Malaysia

namun orang melayu juga boleh menontonya kerana ianya berkonsepkan 1 Malaysia

dimana tiga kaum ini masih digabungkan dalam pelbagai siaran. Masih mempunyai

drama dan rancangan yang pelbagai serta sesuai untuk peringkat umur menyebabkan

Media Prima atau TV3 mampu mengekalkan kedudukan mereka sebagai syarikat

penyiaran yang masih kekal relevan dihati masyarakat Malaysia apabila setiap siaran

yang disediakan merangkumi seluruh agama, bangsa dan kaum di dalam Malaysia.

Menurut Cambridge Advance Learner’s Dictionary Information to The Public.

(Edisi ketiga), 2000 mengatakan media sebagai akhbar atau penyiaran dalam

menyampaikan maklumat kepada orang lain. Di dalam pengurusan Anugerah Juara

Lagu, Media Prima memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan pentas

AJL sentiasa dalam keadaan teratur dan mengikut duration yang telah diperuntukan.

Duration bagi siaran secara langsung mestilah diseliaan dengan baik bagi mengelakkan

tindakan saman dan isu menjadi lebih besar.

Di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), Media Prima bukan sahaja memastikan

pengurusan pentas dan tempat agar sentiasa teratur, malah Media Prima juga berperanan

dalam memastikan setiap syarikat tajaan yang memberi tajaan kepada Anugerah Juara

Lagu mestilah mengikut undang-undang yang disediakan bagi memastikan siaran

berjalan dengan lancar. Media Prima juga bertanggungjawab dalam membekalkan

semua barangan logistik dan teknikal dalam keadaan baik untuk digunakan secara

langsung dalam Anugerah Juara Lagu agar masalah dapat dibendung secara awal.

Keseluruhannya di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), Media Prima merupakan

pihak yang paling bertanggungjawab dan paling berpengaruh dalam menyediakan

pelbagai infrastruktur dan kemudahan terhadap kakitangan media prima sendiri dalam

menyiapkan tugasan mereka dari pelbagai aspek seperti bahagian teknikal, logistik, reka

bentuk pentas, pereka peragaan, audio sistem, dan tajaan dalam memastikan setiap

Page 32: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

kakitangan Media Prima menyiapkan semua tugasan berjalan lancar semasa hari

Anugerah Juara Lagu.

2.5 Pengurusan

Pengurusan merupakan proses yang digunakan oleh seseorang pengurus dalam

usahanya untuk mencapai matlamat. Menurut Robbins dan De Cenzo (2008) di dalam

buku pengurusan organisasi. Pengurusan bermaksud proses menyempurnakan sesuatu

tugas dengan cekap dan berkesan memalui individu lain. Dessler (2001) pula

mendifinasikan pengurusan di dalam dua dimensi iaitu pertama menggambarkan

pengurus di dalam organisasi dan kedua adalah melihat apakah yang pengurus lakukan.

Selain itu Dessler (2008) juga menambah satu lagi fungsi kepada pengurusan

iaitu penstafan dan menjalankan fungsi pengurusan kepada Lima iaitu perancangan,

pengorganisasian, penstafan, pengarahan dan pengawalan.

Menurut Makhbul, (2009) mengatakan pengurusan disifatkan sebagai ‘seni

melakukan pekara-pekara tertentu melalui individu lain’. Takrifan yang diberikan oleh

Mary Parket Follet ini menunjukkan bahawa para pengurus bertindak memenuhi

matlamat-matlamat organisasi dengan cara menguruskan individu lain supaya

melakukan apa-apa tugas yang difikirkan perlu tanpa mereka sendiri melakukannya.

Pengurusan di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan asas utama dalam

memastikan majlis berjalan dengan lancar dan sistematik. Anugerah Juara Lagu (AJL)

merupakan salah satu acara mega yang diuruskan oleh pihak TV3 pada setiap awal

tahun. Majlis yang berperanan memberi penghargaan kepada barisan penyanyi,

pengkarya dan pencipta muzik di Malaysia pastinya memerlukan persiapan pengurusan

rapi agar ia tampil dengan berkualiti.

Page 33: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

2.5.1Pengurusan Pentas

Pengurusan pentas Augerah Juara Lagu (AJL) melibatkan pelbagai pihak seperti

Lighting and Design, Audio system, graphic, technical sebagainya. Pengkaji mengkaji

pengurusan, teknikal dan lighting.

Menurut Carlos, (2005) Pentas diwujudkan dengan pelbagai tujuan. Pentas

melambangkan sesebuah acara itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri dalam

menarik pengunjung untuk melihat dan menjadi penonton. Pentas didalam sesebuah

majlis bertujuan sebagai tempat pemberian dan penyampaian hadiah, pembentangan

dalam menyampaikan sesuatu, tempat sebagai membuat persembahan didalam pelbagai

jenis acara dan sebagainya.

Didalam pengurusan Anugerah Juara Lagu, pemilihan saiz pentas, reka bentuk,

kedudukan LCD Screen, saiz acara (termasuk saiz penonton), dan susun satur tapak

pentas, amatlah penting dipertimbangkan dalam sesebuah pengurusan berkaitan dengan

pentas bagi memastikan pengurusan teknikal, audio sistem serta penyanyi yang

membuat persembahan mempunyai ruang yang cukup dalam menghasilkan gimik

persembahan berjalan dengan baik. Didalam pengurusan pentas, sesebuah pengurusan

perlu menitikberatkan mengenai garis penglihatan tetamu mengenai saiz pentas dan reka

bentuk pentas bagi memastikan jarak penglihatan ia tampil jelas dipandangan mata

penonton jika sesebuah acara itu dijalankan pada waktu malam, jaraknya juga mestilah

bersesuaian.

Menurut Brenda (2005) menyatakan pemilihan pengurusan pentas perlulah

menitikberatkan sebelas aspek berikut antaranya ialah mengikut kesesuaian dengan tema

acara yang dijalankan, keselesaan penonton yang menghadiri, jarak penglihatan untuk

penonton dari segi cahaya yang dipancarkan daripada pentas, tempat penyimpanan

barangan produksi dan sebagainya, laluan pintu masuk dan keluar dari pentas acara

dijalankan, kawasan pentas (jika berkaitan), peralatan perlindungan yang sistematik jika

Page 34: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

keadaan cuaca buruk, keselamatan dan akses untuk kenderaan kecemasan dan akhir

sekali ialah pemiundahan laluan jika terdapat kesekakan.

2.5.2 Pengurusan Teknikal

Menurut Musburger, (2009) ‘Quality audio is extremely important in media

production. Poor-quality sounds can destroy the impact of hight quality visuals. High-

quality sounds not only enhance accompanying visuals, but they can directly affect

emotions and develop additional ceratives dimensions and reponses’. Kualiti teknikal

dalam audio sangatlah penting di dalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana

ia membawa imej TV3 sebagai penganjur acara dan sekaligus memastikan acara yang

hasilkan berkualiti untuk di dengari dan ditonton samaada secara langsung mahupun di

kaca telivesyen.

Menurut Lourie (2013) menyatakan latihan teknikal adalah satu bahagian yang

lebih menarik untuk proses pentadbiran pentas. Penghasilan jadual untuk latihan

selalunya akan disediakan oleh pengurus atau pengarah teknikal, di mana mereka yang

akan menentukan waktu yang diperlukan pada setiap persembahan atau ucapan bagi

memastikan tiada pertindihan masa yang tidak mencukupi untuk latihan dan semasa

rancangan dijalankan secara langsung. Selain itu, beliau menyatakan latihan teknikal

selalunya akan dijalankan tujuh hari sebelum acara dijalankan dalam memastikan

semuanya didalam keadaan yang sistematik. Hal ini menunjukkan di mana Anugerah

Juara Lagu (AJL) masih mengikut standards operating procedure (SOP) yang telah di

tetapkan didalam unit teknikal.

Selain itu menurut Emily (1998) di dalam buku beliau iaitu Stage Management

Basics menyatakan di dalam bahagian pengurusan terdapat enam langkah pengurusan

teknikal mesti dijalankan sebelum acara dimulakan. Antaranya ialah Dry tech, Cue-to-

cue, Tech rehearsal, Quick-change rehearsal, Sitzprobe dan Dress rehearsal. Bagi Dry

Page 35: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

tech latihan teknikal akan dijalankan tanpa melibatkan sebarang penyanyi di mana

mereka hanya memfokuskan kepada latihan audio dan muzik. Cue-to-cue pula latihan

teknikal dengan bahagian tertentu nyanyian penyanyi bagi memfokuskan bahagian

untuk dikawal oleh system audio. Seterusnya Tech rehearsal pula perkembangan

sepanjang keseluruhan, selalunya lebih dari beberapa hari. ini adalah keadaan yang

paling biasa di mana barisan peserta akan berkumpul untuk membuat latihan teknikal.

Quick-change rehearsal pula peluang untuk penyanyi dan bahagian pengurusan pakaian

barisan penyanyi untuk membuat pertukaran pakaian dan masa yang ditetapkan

hanyalah satu minit bagi memastikan teknikal microphone dapat dipasang dalam

keadaan segera tanpa sebarang masaalah. Akhir sekali adalah Sirtzprobe dan Dress

Rehesal dimana ketika ini unit teknikal akan berada dalam keadaan sedia dengan

sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Kualiti teknikal di dalam acara mega perlulah dijaga dengan rapi kerana sedikit

kesalahan dan kecuaian akan memberi kesan kepada seluruh audio sistem teknikal yang

lain. Jika tidak diselenggara dengan baik, audio sistem dan teknikal akan mengalami

masalah dan sekaligus menganggu perjalanan majlis.

2.5.3 Pengurusan Pemilihan Lokasi

Di dalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) pemilihan lokasi merupakan

salah satu objektif yang pengkaji kaji. Menurut Wagen. (2005) menyatakan ‘ The event

managers needs to carefully consider the planning implications of choosing an unusual

venue in preference to a standard venue requiring decoration only to match the theme’.

Pemilihan lokasi di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) menggunakan analisis SWOT

dimana setiap acara yang dijalankan dinilai berdasarkan kekuatan, kelemahan, peluang

dan ancaman dalam menentukan setiap tema yang ingin dijalankan.

Selain itu, menurut Brenda (2005) pemilihan lokasi perlulah menekankan

potensi, suasana lokasi acara dijalankan, kemudahan pengangkutan awam dengan baik,

Page 36: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

tempat letak kenderaan yang mencukupi, kapasiti tempat duduk yang cukup, ruang

hiasan, bunyi dan pencahayaan, logistic, kemudahan mendapatkan makanan dan

minuman bagi pekerja dan peenonton serta keselamatan penonton sebelum,semasa dan

selepas acara dijalankan. Selain itu, peka dengan kemudahan bagi orang kurang upaya

atau (OKU) mestilah diutamakan seperti menyediakan lift dan kerusi roda bagi

memudahkan pergerakan mereka sepanjang menghadiri acara yang diajalankan.

Kesemua elemen ini memainkan peranan penting dalam pemilihan lokasi.

Lynn (2005) di dalam buku beliau iaitu Event Management menyatakan bagi

membuat sesuatu pemilihan lokasi, tenaga produksi atau pengurusan perlulah

menitikberatkan empat elemen yang penting di dalam menentukan sesuatu dengan

menggunakan analisis SWOT.

Berdasarkan keseluruhan yang dinyatakan diatas merupakan elemen penting

dalam pemilihan lokasi untuk menjalankan Anugerah Juara Lagu (AJL) di mana

bahagian pengurusan amat mementingkan aspek keselamatan untuk pasukan bertugas

dan tetamu yang menghadirkan diri semasa acara ini dijalankan. Selain itu, berdasarkan

temu bual bersama pengurus produksi AJL mereka menyatakan antara aspek yang

sangat diutamakan dalam pemilihan lokasi adalah persekitaran lokasi dimana adakah

lokasi yang dipilih tertutup ataupun terbuka serta faktor meletakkan kereta bagi

mengelakkan kesesakan lalu lintas.

2.6 Anugerah Juara Lagu (AJL)

Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran

Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 dan beliau juga adalah

perintis kepada penubuhan Muzik-muzik pada ketika itu. Anugerah Juara Lagu (AJL)

merupakan sebuah rancangan pertanding hasil terbitan TV3 yang membariskan lagu-

lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri professional sebagai lagu terbaik

Page 37: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

tahunan dengan pelbagai fasa antaranya juri-juri membuat penilalian berdasarkan lirik

lagu, vokal penyanyi dan sebagainya.

Pemilihan bukan sahaja pada pemilihan seorang juri, malah pemilihan dijalankan

secara berkumpulan dan mereka membincangkan serta membahaskan setiap lirik lagu

yang di garap dengan baik ataupun tidak. Tempoh pemilihan lagu atau didalam dunia

produksi memanggil sesi ‘Prejudge’ memakan masa yang lama bagi memastikan lagu

itu sesuai untuk dibawa kepada pertandingan agar ianya tidak menjadi isu kepada

masyarakat.

2.6.1 Konsep Anugerah

Cambridge Advance Learner’s Dictionary Information to The Public. (Edisi

ketiga), menyatakan Konsep bagi anugerah adalah seseorang yang memenangi hadiah

atau peranugerahan dari bakat, tenaga kerja yang mahir atau kerja yang berkualiti seperti

bidang pengarang terbaik, televisyen, reka bentuk atau memenangi pertandingan lagu.

2.6.2 Konsep Muzik

Konsep bagi muzik pula ialah sejenis bunyi yang dihasilkan melalui instrument

muzik, nyanyian,komputer atau kombinasi dari teknologi dalam memberi kemudahan

kepada pendengar dalam memahami setiap lirik yang dimainkan sekali serentak dengan

instrument dan ianya dipanggil muzik. Muzik mempunyai pelbagai jenis antara yang

terkenal ialah muzik klasik, balada, rock dan metal. Cambridge Advance Learner’s

Dictionary Information to The Public. (Edisi ketiga),

Menurut Leong (2017), di dalam tesisnya iaitu “The Trends of The Independent

Music Industry in Malaysia’ menyatakan bahawa Greenberg (2016) ahli antrapologi dan

ahli sosiologi masih belum menemukan sepenuhnya sejarah manusia yang tidak

mempnyai unsur muzik dalam kehidupan mereka. Muzik penting kepada kebanyakan

manusia dalam kehidupan mereka. Ia lebih kepada bersifat hiburan dan bertidak sebagai

Page 38: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

peneman pada sesetengah individu atau masyarakat.

Anugerah Juara Lagu (AJL) mempunyai peranan apabila menjadikan muzik

sebagai satu pertandingan kepada barisan pengkarya dalam mengembangkan industri

muzik kearah yang lebih tinggi. Anugerah berperanan sebagai penghargaan kepada

pengkarya muzik tempatan Malaysia agar semua pihak yang menjayakan merasai

kemanisan dalam penghasilan karya mereka. Muzik gabungan harmoni, melodi, irama

dalam struktur yang disukai oleh seseorang akan menyebabkan ianya tampil dengan

keindahan semulajadi. Gabungan muzik seirama berjaya menghasilkan satu rentak yang

sedap didengari dan menghasilkan kesinambungan perpaduan dalam masyarakat apabila

sesebuah muzik itu diterima dalam sesebuah kelompok.

2.7 Rumusan

Kesimpulannya walaupun Anugerah Juara Lagu (AJL) mengalami perubahan

demi perubahan, kini perubahan secara tetap telah dilakukan ke atas semua format

rancangan hinggalah sistem carta mingguan. Hal ini kerana pihak TV3 dan produksi

ingin memastikan kualiti Anugerah Juara Lagu berada dalam momentum yang

tersendiri. Carta 20 diperkenalkan seperti digunakan oleh Muzik-Muzik 32 yang kini.

Format carta memberi peluang kepada lagu-lagu baru menembusi carta pada setiap

mingguan. Lagu-lagu yang berjaya menembusi tahap saringan juga melibatkan juri-juri

pilihan daripada produksi Muzik-Muzik akan dibawa ke peringkat separuh akhir untuk

memilih 12 buah lagu yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan

sebagai juara lagu.

Page 39: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kaedah yang digunakan para penyelidik dalam

mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan berkaitan dengan tajuk yang

dijalankan oleh penyelidik. Ia bertujuan untuk memperkuatkan tajuk utama yang

berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh para penyelidik. Pengkaji percaya bahawa

di dalam metodologi penyelidikan dapat menjelaskan hasil kajian. Bab tiga ini juga

merupakan aspek yang amat penting dalam sesebuah kajian yang dijalankan oleh

pengkaji bagi mendapatkan data dan maklumat dalam melakukan kajian lapangan. Oleh

itu, dengan menggunakan kaedah yang betul dalam mengumpul data ianya

meningkatkan dan menguatkan hasil kajian.

Selain itu, melalui metodologi kajian ini pengkaji dapat membuat kerangka

kajian yang lebih baik dan lebih tersusun secara sistematik untuk mendapatkan panduan

kepada pengkaji didalam mendapatkan maklumat dan data-data supaya ianya mengikut

kehendak kajian. Semua bentuk data dan maklumat yang diperolehi bertujuan untuk

Page 40: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

megukuhkan lagi fakta yang di jalankan oleh pengkaji, Metodologi kajian ini juga

termasuklah kaedah kualitatif, prosedur pengumpulan data, persempelan dan polupasi,

kerangka kajian, data primier dan data sekunder serta intrumen kajian. Bab ini juga akan

mengupas dengan lebih mendalam dari segi bentuk data, kekuatan dan kelemahan

penyelidikan kaedah kualitatif yang dipilih oleh pengkaji dalam menjalankan kajian

mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL).

3.2 Kajian Kepustakaan

Kaedah kepustakaan sangat penting dilakukan oleh penyelidik kerana ia akan

memberi gambaran awal mengenai bidang yang hendak dikaji dan akan dijadikan

sebagai bahan rujukan sepanjang kajian dilakukan. Maklumat yang diperolehi oleh

penyelidik merupakan maklumat daripada pengkaji terdahulu yang diterbitkan melalui

buku, jurnal, artikel, risalah, akhbar, ensiklopedia, Arkib dan kertas-kertas kerja melalui

seminar dan juga perbincangan.

Pengkaji juga telah mengunjungi beberapa buah perpustakaan untuk

mendapatkan maklumat terutamanya daripada bahan-bahan bertulis dan bercetak seperti

buku, majalah, Surat khabar, risalah dan sebagainya. Antaranya ialah Pustaka Negeri

Sarawak, Pusat Khidmat Maklumat Akademik Universiti Malaysia Sarawak (PKMA

Unimas) dan juga Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK).

Selain itu, pengkaji juga mendapatkan bahan kajian di Arkib Negara dalam

mendapatkan risalah dan bahan rujukan yang lepas dimana ia merupakan sumber

Page 41: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

penting dalam kajian pengkaji. Antara bahan yang menjadi rujukan pengkaji juga ialah

buku, tesis, Surat khabar, artikel, jurnal, dan laman sesawang Media Prima. Rujukan

melalui internet juga turut dilakukan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang

sukar dicari terutamanya dari buku, jurnal, dan artikel. Tujuan pengumpulan maklumat

kajian kepustakaan ini adalah untuk mendapatkan maklumat daripada pengkaji terdahulu

mengenai aspek dan isi yang dikaji oleh pengkaji.

3.3 Kaedah Lapangan

Kajian lapangan merupakan satu kaedah pemerhatian dimana pengkaji sendiri

turut berada dilokasi kajian dalam mendapatkan sumber maklumat yang tepat. Pengkaji

menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan maklumat dan data untuk kajian yang akan

dibuat iaitu mengenai Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara

Lagu (AJL), Sri Pentas.

Kaedah ini sangat penting bagi pengkaji kerana dengan kaedah pemerhatian

pengkaji akan mendapat jawapan yang tepat daripada pemasalahan kajian berkaitan

dengan Peranan Pihak TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Melalui kaedah pemerhatian ini pengkaji mendapat lebih maklumat yang terperinci

kerana pengkaji sendiri berada semasa acara ini berjalan secara langsung mahupun tidak

langsung. Contohnya, pengkaji mengetahui antara kaedah pengurusan yang dilakukan

oleh pihak TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Melalui

kaedah ini, pengkaji akan turun ke lokasi kejadian untuk membuat pemerhatian dengan

lebih jelas.

3.4 Kaedah Penyelidikan Kualitatif

Kaedah kualitatif telah dipilih oleh pengkaji dalam membuat kajian. Kaedah

kualitatif bermaksud kajian lapangan (fieldwork) di mana pengkaji akan pergi membuat

kajian lapangan ke kawasan kajian bagi pengumpulan data dan menjalankan kajian.

Kaedah kajian lapangan ini melibatkan seperti kajian pemerhatian, temu bual dan

Page 42: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

dokumentasi berkaitan dengan topik kajian yang dijalankan. Seterusnya kaedah

kepustakaan juga turut digunakan oleh pengkaji di mana kajian dijalankan dengan

merujuk kepada bahan-bahan bertulis, kamera digital dan telifon bimbit. Selepas

mendapat semua data dan maklumat, pengkaji akan membuat analisa terlebih dahulu

sebelum memasukkan maklumat yang berkaitan didalam kajian. Pengkaji juga

menggunakan kaedah kualitatif untuk menghuraikan setiap kenyataan dalam kajian

pengkaji. Kaedah ini juga melibatkan beberapa cara dalam mendapatkan maklumat iaitu

kaedah temu bual dan pemerhatian. Berikut merupakan kaedah yang digunakan oleh

pengkaji dalam mendapatkan maklumat kajian:

3.4.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct

observation) dan juga pemerhatian melalui penglibatan (Paticipation-observation).

3.4.1 Pemerhatian Secara Terus (Direct observation)

Kaedah pemerhatian secara terus dilakukan oleh pengkaji dengan memerhatikan

gelagat, tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan oleh pengunjung Anugerah Juara

Lagu dan tidak terlepas juga pasukan produksi dalam menjayakan dan menguruskan

Anugerah Juara Lagu. Pengkaji akan memerhatikan segala tindakan yang dilakukan dari

hari pertama sehinggalah hari kejadiaan acara ini bersiaran secara langsung di TV3.

3.4.2 Pemerhatian Melalui Penglibatan (Participant observation)

Dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji menggunakan kaedah

secara pemerhatian melalui penglibatan (participant observation). Hal ini kerana

pengkaji bertindak sebagai pemerhati dan ahli produksi sepanjang Anugerah Juara Lagu

(AJL) berjalan secara langsung. Kaedah ini mampu menyebabkan pengkaji sendiri

merasai, melihat dan memperlajari pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) sepanjang

Page 43: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

acara ini dijalankan.

Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji menggunakan kaedah ini bagi

mendapatkan maklumat dan data untuk kajian yang dibuat iaitu mengenai Peranan Pihak

TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Sri Pentas. Kaedah ini

sangat penting bagi pengkaji kerana dengan kaedah pemerhatian pengkaji akan

mendapat jawapan yang tepat daripada pemasalahan kajian berkaitan dengan Strategi

Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL). Melalui kaedah

pemerhatian ini pengkaji akan mendapat lebih maklumat yang terperinci kerana pengkaji

sendiri berada semasa acara ini berjalan secara langsung mahupun tidak langsung.

Contohnya, pengkaji mengetahui antara kaedah pengurusan yang dilakukan oleh pihak

TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Melalui kaedah ini,

pengkaji juga turun ke lokasi kejadian untuk membuat pemerhatian dengan lebih jelas.

3.5 Kaedah Temu Bual

Pengkaji akan menggunakan kaedah ini dengan menemu bual beberapa orang

informan yang terdiri daripada pihak Media Prima dan pihak Anugerah Juara Lagu

(AJL) bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan Anugerah Juara Lagu (AJL)

dengan lebih tepat. Dengan kaedah kajian temu bual ini pengkaji akan memberikan

beberapa soalan kepada informan berkenaan dengan isu utama kajian iaitu Peranan

Pihak Tv3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Setiap maklumat

yang diperolehi daripada informan adalah dengan melalui teknik rakaman video atau

rakaman audio dan dengan mengambil gambar. Setelah sesi temu bual selesai, pengkaji

juga menggunakan semua bahan yang direkod untuk dijadikan bahan rujukan dengan

mengulang semua rekod yang disimpan bagi mendapatkan data. Dalam menggunakan

kaedah kualitatif ini, kaedah temu bual amatlah penting bagi pengkaji memperolehi

semua maklumat bersama dengan informan.

Page 44: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

3.5.1 Temu Bual Mendalam

Temu bual mendalam merupakan insturemen yang sangat penting dalam kajian

kualitatif. Kaedah ini pengkaji akan menemu bual responden dengan terperinci

berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Melalui kaedah ini pengkaji akan lebih

memahami keseluruhan maklumat dengan lebih meluas dan terperinci. Kajian ini

memberi tumpuan pada organisasi yang terlibat secara langsung dalam memberi

maklumat dan data yang diperlukan kepada pengkaji bagi mengukuhkan lagi objektif

kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Antara organisasi yang terlibat terdiri daripada:

Jabatan sumber manusia Media Prima Berhad

Kumpulan produksi Anugerah Juara Lagu

Penonton yang menghadiri ke Anugerah Juara Lagu (AJL)

3.5.2 Temu Bual Kumpulan Fokus (Focus Group Dissuscion)

Temu bual kumpulan fokus merupakan teknik pengumpulan data yang baik

dalam menjalankan penyelidikan kualitatif. Melalui kaedah ini, penyelidik akan memilik

sekumpulan responden yang mempunyai ciri tertentu bagi mengadakan sesi

perbincangan dalam mendapatkan maklumat. Kaedah ini memberi peluang bagi

berkongsi dan membuat perbandingan tentang pengalaman dan pandangan informan

tentang isu yang dikaji oleh pengkaji.

Dalam kajian yang dijalankan ini adalah kumpulan sebagai contoh pengunjung,

perkarya, kakitangan pekerja atau tempat yang menjadi sumber informasi yang

diperlukan oleh pengkaji. Persampelan yang dipilih daripada informan adalah perlu

bersesuaian dengan isu dan tajuk utama kajian yang dijalankan iaitu mengenai Peranan

Pihak Tv3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Sri Pentas.

Persampelan ini terdiri daripada organisasi dan individu yang terlibat dalam pentadbiran

Pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) sendiri dan juga bahagian unit pasukan

Page 45: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

produksi. Antara organisasi dan individu yang terlibat adalah:

i) Pihak pengurusan Media Prima/ TV3

ii) Pihak Pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL)

- Ketua bahagian unit hiburan Eksekutif Producer

- Producer Muzik-muzik

- Penata Cahaya dan Pentas

- Pengurus Artis ( PA)

3.6 Instrumen Kajian

Dalam menjalankan kajian instrument kajian ini merupakan satu elemen yang

penting kepada pengkaji. Instrument kajian ini boleh membantu pengkaji dalam

merekod dan mendapatkan data serta sebagai bukti yang kukuh dalam menjalankan

kajian berkenaan dengan Pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL). Berdasarkan

beberapa topik penyelidikan ini, Ia memerlukan pengkaji untuk turut menjalankan

pemerhatian. Pemerhatian turut serta seperti menyakaksikan sendiri acara Anugerah

Juara Langsung (AJL) yang dilakukan dalam kelompok sosial yang dikaji. Pengkaji juga

menjalankan individual-in-depth interview dengan face-to-face terhadap informan yang

pakar dalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL). Ini kerana ia bertujuan untuk

memastikan kefahaman pengkaji terhadap pengurusan dengan lebih sistematik.

i) Soalan Temu Bual Bersama Informan

Pengkaji menyediakan beberapa soalan bagi mengadakan sesi temu

bual secara mendalam dan temu bual secara berkumpulan bersama-

sama informan yang telah dikenalpasti. Soalan yang disediakan

mempunyai kaitan dengan isu kajian bagi mencapai objektif yang

telah ditetapkan.

ii) Informan

Page 46: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Informan merupakan golongan individu yang disasarkan oleh

pengkaji dimana beliau mempunyai kepakaran dalam setiap aspek

pengurusan dalam bidang kajian penyelidik. Informan yang dipilih

pengkaji terdiri daripada beberapa orang kakitangan pengurusan

Anugerah Juara Lagu (AJL)

iii) Diari Dan Cacatan Harian

Diari pengkaji merupakan satu catatan kajian yang mencatatkan

secara ringkas mengenai setiap maklumat atau aktiviti sebelum,

semasa dan selepas kajian lapangan dijalankan. Diari merupakan

pekara paling penting dalam kajian pengkaji kerana ia merupakan

sumber dalam membuat rujukan dalam kajian pemerhatian.

3.7 Gambar Rajah

Dalam menyelesaikan kajian ini, pengkaji juga memasukkan beberapa gambar rajah

mengenai aspek pengurusan terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) bagi memudahkan

sumber maklumat tersusun semasa kajian dijalankan. Antara instrument kajian yang

digunakan adalah seperti bahan-bahan bertulis, kamera digital, komputer dan telefon

bimbit.

Pengkaji memilih tiga bentuk intrumen kajian adalah kerana ia merupakan peralatan

yang sangat penting dan diperlukan semasa melakukan kajian ini. Hal ini kerana

pengkaji akan melakukan sesi temu bual bersama informan yang terlibat.oleh itu,

pengkaji menggunakan kamera digital dan telifon bimbit bagi memudahkan kerja serta

memudahkan data dan maklumat dapat direkodkan. Antara instrument yang digunakan

adalah terdiri daripada:-

i) Kamera Digital

Page 47: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Kamera digital yang digunakan merupakan sebagai alat penting untuk

pengkaji menjalankan pendokumentasian maklumat dan data yang

disampaikan oleh informan ketika sesi temu bual dijalankan dan kamera

digital tersebut juga digunakan untuk mengambil gambar dan membuat

rakaman informan sebagai bahan bukti yang akan digunakan dalam kajian

yang dilakukan oleh pengkaji.

ii) Komputer

Komputer riba merupakan salah satu intrumen kajian yang pengkaji gunakan

dalam menyiapkan keseluruhan kajian. Aktiviti mencatat, membuat kajian,

dan membuat keseluruhan data dimasukkan ke dalam komputer bagi

menghasilkan satu kajian yang lengkap. Selain itu, komputer juga bertindak

sebagai salah satu medium bagi pengkaji mendapatkan maklumat melalui

internet dan seterusnya menghasilkan satu kajian yang lengkap dalam

pelbagai sumber dapatan kajian.

iii) Bahan-Bahan Bertulis

Bahan-bahan bertulis seperti buku nota dan pen diperlukan semasa temu bual

dijalankan. Melalui catatan ianya membantu pengkaji membuat rangka

keseluruhan maklumat dengan lebih cepat dan lengkap. Bahan-bahan bertulis

ini juga berfungsi untuk pengkaji mencatat segala maklumat dan data yang

diberikan daripada informan semasa kaedah temu bual dijalankan dengan

informan.

iv) Telefon Bimbit

Bagi instrument kajian seterusnya adalah penggunaan telifon bimbit.

Pengkaji menggunakan aplikasi rakaman suara di dalam telifon bimbit

tersebut semasa kaedah sesi temu bual dijalankan untuk mendapatkan data

dan maklumat berkaitan dengan soalan yang akan ditanyakan oleh pengkaji

kepada informan. Pengkaji mengambil langkah selamat dengan

Page 48: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

menggunakan perakam suara daripada telefon bimbit kerana pengkaji

merasakan setiap kajian yang dijalankan mestilah wajar bersiap sedia dengan

masaalah teknikal jika rakaman melalui kamera digital mempunyai masaalah.

Jadi melalui perakam suara ini juga mampu dijadikan bahan bukti tentang

kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Setelah temu bual selesai, pengkaji

akan mengulang semua rekod yang telah disimpan dan menulis semula

maklumat dan data yang diperolehi. Telefon bimbit ini juga digunakan oleh

pengkaji untuk menghubungi pihak pengurusan Anugerah Juara Lagu

sebelum membuat kajian lapangan di lokasi kajian.

3.8 Etika Penyelidikan

Mengikut konteks kajian ini, pengkaji perlu mematuhi Garis Panduan Etika

Penyelidikan Pascasiswazah Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kesemua maklumat di dalam garis panduan mestilah dipatuhi sepanjang tempoh

kajian ini diijalankan. Antara contoh garis panduan yang mesti dipatuhi adalah

seperti menghormati cara bekerja pasukan Anugerah Juara Lagu (AJL)

memaklumkan kepada informan atau kelompok sosial yang dikaji mengenai kajian

yang dijalankan, menjaga dan melindungi identiti informan atau responden dan tiada

unsur paksaan terhadap pihak informan pengkaji atau responden dalam memberi

maklumat kajian.

Selain itu, pihak informan yang terlibat dalam kajian ini akan dimaklumkan

mengenai topik penyelidikan yang sedang dijalankan sebelum menjalankan sesi

temubual. Ia bertujuan bagi mengelakkan berlakunya salah faham tentang setiap

maklumat dalam kajian. Pengkaji juga mengambil langkah keselamatan dalam

mengekalkan kerahsian identiti pihak informan yang tidak mahu diri mereka

dikenali.

Page 49: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

3.9 Rumusan

Kesimpulannya, di dalam bab metodologi kajian ini adalah merupakan salah satu

kaedah yang sangat penting dalam membuat kajian terutamanya untuk mengumpul,

mendapatkan, mengemaskini data dan maklumat. Melalui kaedah ini setiap maklumat

yang diperolehi dirakam, dicatat dan seterusnya dianalisa bagi memastikan data yang

diperolehi betul dan tepat digunakan dalam kajian. Maklumat dan data hasil daripada

temu bual akan dianalisis semula untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan yang

diperlukan sahaja.

Kaedah lapangan yang dijalankan oleh pengkaji adalah berbentuk kualitatif iaitu

melalui pemerhatian secara terus (Direct ovservation), pemerhatian melalui penglibatan

(Participant observation). Pengkaji juga menggunakan beberapa instrument kajian yang

bersesuaian dalam mendapatkan data dengan tepat sepanjang kajian dijalankan. Di

dalam kajian ini juga setiap proses analisa data dan teknik memproses data agar

maklumat yang diperolehi lebih sistematik dan sahih. Segala kaedah kajian penyelidikan

seperti kaedah perpustakaan, kaedah lapangan dan kaedah kualitatif menjadi sumber

utama pengumpulan data kepada pengkaji. Setelah data diperolehi, pengkaji akan dapat

menganalisis data dan dapat menghasilkan dapatan kajian yang lengkap serta tersusun.

Kesimpulannya, metodologi kajian merupakan bahagian penting dalam kajian

yang dijalankan oleh pengkaji. Hal ini sedemikian kerana melalui metodologi kajian,

pengkaji akan mendapat data dan maklumat mengenai isu kajian yang dijalankan oleh

pengkaji. Secara keseluruhannya metodologi kajian harus dilakukan dengan tersusun

dan kemas suapaya data yang diperolehi dapat menjawab segala persoalan dan isu

Page 50: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

mengenai kajian yang dijalankan.

BAB 4

ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Penganalisian data merupakan kesinambungan daripada Bab satu, dua dan tiga,

dalam bahagian ini, keseluruhan data yang telah diperolehi dalam kajian ini akan

dianalisis untuk mendapatkan keputusan yang berkaitan dengan kajian yang

dijalankan. Pemerolehan data dalam Bab ini adalah melalui kaedah metodologi,

iaitu menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah ini membantu pengkaji mencapai

objektif kajian dan menyelesaikan permasalahan kajian.

Pengumpulan data melalui kaedah kualitatif adalah dengan menjalankan

Kajian Lapangan (fieldwork), Pemerhatian Secara Terus (Direct observation),

dan Pemerhatian Melalui Penglibatan (Participant Observation). Melalui kaedah

Page 51: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

pertama yang digunakan oleh pengkaji iaitu kajia lapangan, pengkaji sendiri

pergi membuat kajian lapangan ke kawasan kajian bagi pengumpulan data dan

menjalankan kajian.

Kaedah kedua, pemerhatian secara terus dilakukan oleh pengkaji dengan

memerhatikan gelagat, tingkah laku dan perbuatan yang akan dilakukan oleh

pengunjung Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak terlepas juga pasukan

produksi dalam menjayakan dan menguruskan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Akhir sekali kaedah pemerhatian melaui penglibatan. Pengkaji sendiri bertindak

sebagai pemerhati dan ahli produksi sepanjang Anugerah Juara Lagu (AJL)

berjalan secara langsung. Temuramah ini juga mampu membantu pengkaji dalam

melengkapkan keseluruhan objektif kajian pengkaji dalam mendapatkan data

yang tepat.

4.2 Penganalisaan Data

Bahagian penganalisian data ini merupakan bahagian yang

menyenaraikan keseluruhan data yang diperolehi seperti dinyatakan di dalam

Bab tiga iaitu kedah kualitatif banyak membantu pengkaji dalam

mendapatkan keseluruhan maklumat mengenai Peranan Pihak TV3 Dalam

Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dari sumber yang sahih

dan tepat.

4.3 Dapatan Hasil Kaedah Temuramah

Kaedah temuramah seperti yang dinyatakan dalam Bab tiga dimana ia

merupakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif bermaksud kajian lapangan

Page 52: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

(fieldwork) di mana pengkaji pergi membuat kajian lapangan ke kawasan

kajian bagi pengumpulan data dan menjalankan kajian. Kaedah kajian

lapangan ini melibatkan seperti kajian pemerhatian, temu bual dan

dokumentasi berkaitan dengan topik kajian yang dijalankan.

Setiap maklumat yang diperolehi direkodkan dan dijadikan sebagai

dapatan kajian. Temuramah telah dibuat pada bulan Febuari lalu bersama

beberapa informan dari produksi Anugerah Juara Lagu (AJL). Kaedah

temuramah ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan

kajian seterusnya mencapai objektif kajian.

4.4 Analisis Data Hasil daripada Temu Bual Pengkaji Bersama Informan

PERANCANGAN

PENGORGANISASIAN

PENSTAFANPENGARAHAN

PENGAWALAN

Page 53: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Rajah 4.1: Proses Perancangan.

Kaedah pengurusan yang dilakukan oleh pihak TV3 dalam menguruskan pentas

Anugerah Juara Lagu (AJL) melibatkan pelbagai unit dan jabatan di TV3. Pihak

produksi membuat perancangan yang terliti dalam pelbagai aspek pengurusan pentas.

Bukan sahaja pengurusan pentas, malah melibatkan teknikal, pengurusan sumber

manusia iaitu pengorganisasian bagi memasikan semuanya tersusun.

Penstafan memainkan peranan penting didalam pengurusan Anugerah Juara Lagu

(AJL) kerana staff atau krew produksi yang banyak memainkan peranan penting dalam

memastikan pelancaran acara. Pengarahan yang diketuai oleh pengurus projek iaitu

Encik Muhd Sufian dan dibantu oleh eksekutif producer iaitu Puan Nurhul Huda Hj

Khalid dan pengawalan pula dibantu oleh semua pihak termasuk pihak pengurusan dan

pihak keselamatan.

Berdasarkan hasil temu bual pengkaji bersama informan mereka menyatakan

setiap kali AJL bermula pastinya akan wujud pelbagai masalah dari segi penghasilan,

kemasukan dan kedudukan pentas dan props. Pengurusan AJL selalunya diuruskan oleh

pengurus pentas, penolong pengurus pentas dan pembantu pentas. Mereka akan

bertanggungjawab dalam menyediakan pelan lantai selepas lawatan tapak yang

dijalankan sebelumnya. Kegunaan pelan lantai adalah bertujuan sebagai panduan untuk

memastikan acara berjalan mengikut perancangan serta memberi panduan kepada semua

crew produksi dalam melaksanakan tugasan. Selain itu, sebagai panduan untuk pegawai

atasan atau pengurus projek mengetahui status sebenar perjalanan acara dan akhir sekali

sebagai rujukan dan medium penambahbaikan pada masa hadapan.

Menurut Pn Nurhul Huda Hj Khalid selaku eksekutif manager, Pengurusan

didalam Anugerah Juara Lagu (AJL) akan mula dijalankan seawal pada bulan tiga

dimana tamat sahaja AJL tahun sebelumnya, pihak produksi akan membuat perbicangan

tema dan sebagainya. Pengurusan pentas akan bermula seminggu sebelum majlis

Page 54: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

dijalankan dimana semua krew produksi akan berkampung ditempat acara dijalankan

untuk proses latihan dan sebagainya.

Pengurusan pentas AJL akan bermula dengan pemasangan barangan teknikal dan

pentas. Pemasangan barangan teknikal dari segi control room, camera, audio sistem,

paparan digital, layar pentas, pencahayaan, set janakuasa dan pertugas teknikal akan

dijalanakan seminggu awal. Hal ini kerana pemasangan yang rumit menyebabkan semua

krew teknikal mestilah memastikan kesemua barang dapat berfugsi dengan baik.

Anugerah Juara Lagu (AJL) menggunakan special effect pada papan layar

sepanjang acara dijalankan. Pemasangan papan layar dan lighting memerlukan jangka

masa yang lama untuk memastikan special effect tersebut berjaya dilaksanakan. Di

dalam pengurusan teknikal bahagian lampu adalah penting bagi krew produksi

mempunyai pengetahuan berkaitan dengan sistem cahaya dan bunyi. Pencahayaan

memainkan peranan penting dalam sesebuah acara.

Aspek yang ditekankan dalam penghsilan cahaya yang menarik adalah gabungan

garisan dala penghasilan bentuk lampu yang digunakan, tekstur supaya memberi kesan

teknikal dalam persembahan pada papan layar dan permukaan pakaian penyanyai.

Tekstur sebenarnya dihasilkan melalui arah cahaya lampu, yang mampu menghasilkan

bayang-bayang dan bentuk yang menarik. Seterusnya mereka perlu juga tahu elemen

dalam penghasilan lighting yang menarik adalah pergerakan, warna, komposisi,

keseimbangan, titik perspektif, dimensi dan akhir sekali adalah kawasan objek atau imej.

Rajah 4.2: Layout sistem teknikal lampu.

lightboard DimmersCircuit (Plug)

Light

Page 55: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Pemasangan barell lighting akan mula dipasangkan bagi memastian lampu atas

pentas dapat dipancarkan semasa acara berjalan. Pemasangan barell lighting

memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pemasangannya. Hal ini kerana pemasangan

yang tidak betul boleh menimbulkan masalah semasa acara berjalan. Selain itu,

selalunya sebelum acara semua krew yang berkaitan dengan teknikal akan menjalankan

perbincangan bagi memastikan pergerakan lighting pada setiap persembahan berbeza

dan tampil dengan keceriaan.

Gambar 4.1: Pemasangan Barangan Teknikal

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji.

Pemasangan lampu mengambil masa selama dua hari untuk memasang

keseluruhan lampu yang mempunyai voltan kekuatan sendiri dan saiz yang yang

berbeza. Selepas keseluruhan lampu dipasang ujian pemasangan akan dijalankan

seharian untuk melihat masalah didalam pemancaran lampu. Setiap barangan elektrikal

yang dipasang memerlukan kekuatan janakuasa dalam memastikan arus elektrik dapat

menampung kesemua bahan teknikal. Untuk Anugerah Juara Lagu (AJL), krew produski

menggunakan generotors/ power yang mempunyai kekuatan sebanyak 10 kVA atau

1650 kV bagi menampung kekuatan arus elektrik dalam memastikan bahagian teknikal,

switch off dan lighting mampu berfungsi dengan baik, hal ini kerana kekuatan elektrik

Page 56: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

yang diperlukan oleh satu pemancaran lampu LED dan enam pancaran LCD Screen

yang digunakan juga mengambil kekuatan elektrik sebanyak 10 kVA dalam sesebuah

acara besar. Pengurusan seterusnya adalah Pemasangan LED dan LCD Screen sebelum

pemasangan pentas dan sebagainya. Pemasangan LCD Screen memerlukan perhatian

yang sepenuhnya bagi memastikan keseluruhan alatan elektronik dipasang dan di

gantung dalam keadaan baik dan tidak menjejaskan keselamatan krew produksi dan

penonton. LCD Screen selalunya akan digunakan sebanyak tiga didalam Anugerah Juara

Lagu (AJL) bagi memastikan penonton yang berada diaras atas, sudut kiri dan kanan

dapat melihat dengan jelas setiap peresembahan yang dipertandingkan. Pemasangan

barangan teknikal bukan sahaja melibatkan audio sistem sahaja, malah melibatkan

teknikal okestra, control room, pemasangan camera dan pemasangan janakuasa.

Gambar 4.2: Pemasangan LCD Screen

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Penghasilan jadual serta RO (Running Oder) untuk latihan dan pelan lantai

selalunya akan disediakan oleh pengurus atau pengarah teknikal, di mana mereka yang

akan menentukan waktu yang diperlukan pada setiap persembahan atau ucapan bagi

memastikan tiada pertindihan masa yang tidak mencukupi untuk latihan dan semasa

rancangan dijalankan secara langsung. Selain itu, beliau menyatakan latihan teknikal

Page 57: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

selalunya akan dijalankan tujuh hari sebelum acara dijalankan dalam memastikan

semuanya didalam keadaan yang sistematik. Hal ini menunjukkan di mana Anugerah

Juara Lagu (AJL) masih mengikut standards operating procedure (SOP) yang telah di

tetapkan didalam unit teknikal.

Gambar 4.3: Pelan Lantai dan Kedudukan Kamera

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Gambar 4.4: RO (Running Oder)

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Selain itu bahagian pengurusan teknikal terdapat enam langkah mesti dijalankan

sebelum acara dimulakan. Antaranya ialah Dry tech, Cue-to-cue, Tech rehearsal, Quick-

Page 58: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

change rehearsal, Sitzprobe dan Dress rehearsal. Bagi Dry tech latihan teknikal akan

dijalankan tanpa melibatkan sebarang penyanyi di mana mereka hanya memfokuskan

kepada latihan audio dan muzik. Cue-to-cue pula latihan teknikal dengan bahagian

tertentu nyanyian penyanyi bagi memfokuskan bahagian untuk dikawal oleh sistem

audio.

Seterusnya Tech rehearsal pula perkembangan sepanjang keseluruhan, selalunya

lebih dari beberapa hari. Ini adalah keadaan yang paling biasa di mana barisan peserta

akan berkumpul untuk membuat latihan teknikal. Quick-change rehearsal pula peluang

untuk penyanyi dan bahagian pengurusan pakaian barisan penyanyi untuk membuat

pertukaran pakaian dan masa yang ditetapkan hanyalah satu minit bagi memastikan

teknikal microphone dapat dipasang dalam keadaan segera tanpa sebarang masalah.

Akhir sekali adalah Sirtzprobe dan Dress Rehesal dimana ketika ini unit teknikal akan

berada dalam keadaan sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Bagi pengurusan semasa kemasukkan pentas adalah dengan memastikan props

dalam keadaan selamat dan kukuh untuk digunakan. Kebersihan persekitaran pentas dan

permukaan lantai pentas mestilah dalam keadaan rata dan bersih bagi memudahkan

urusan kemasukkan props dan ketika camera secara langsung bergerak dapat mengawal

kecacatan dalam pergerakan camera.

Berdasarkan hasil temu bual Pn Nurhul Huda menyatakan apabila props masuk

ketika sesi latihan teknikal dan sebagainya berjalan, pemasangan props sangat

mengambil masa yang lama untuk memastikan pasukan yang bertangungjawab

memasang dengan betul keseleuruhan props tersebut. Props mestilah tidak terlau besar

dan berat kerana ingin memudahkan pihak produksi membawa dan mengeluarkan props

tersebut semasa acara berjalan. Selain itu, saiz keluaran props juga mestilah berdasarkan

sukatan keluasan saiz pentas.

Page 59: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Gambar 4.5: Perubahan props

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menjadi satu masalah kepada krew pengurusan pentas kerana mereka perlulah

pantas dalam setiap perubahan props yang akan naik ke pentas dan mestilah bekerja

dengan pantas untuk menurunkan kembali. Setiap perubahan props ke pentas ia telah

ditentukan masa yang tepat supaya tidak memberi sebarang masalah kepada bahagian

lain. Bagi pengurusan pentas terbahagi kepada dua pertama adalah pentas yang

melibatkan persembahan artis dan yang kedua pentas yang hanya melibatkan pengacara

majlis dan MC manager. Pembahagian ini adalah kerana bagi memudahkan pengurusan

dibahagian switch off camera dalam mengalihkan kamera dan memfokuskan kepada

pengacara majlis tanpa mempamerkan krew prop yang bertugas ketika itu.

Pengurusan pentas akan bermula apabila pemasangan LCD Screen dan semua

barangan teknikal yang berkait rapat dengan teknik pergantungan dan sebagainya.

Penekanan kepada aspek teknikal, lighting dan pengurusan pentas membawa kepada

latihan sebelum acara dijalankan.

Page 60: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Gambar 4.6: Pemasangan Keseluruhan Teknikal.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menurut En Muhd Sufian dan Pn Nurhul Huda menyatakan, pengurusan

Anugerah Juara Lagu (AJL) menekankan aspek raptai sebagai latihan sebelum

keseluruhan acara dijalankan. Bagi acara sebesar ini, mengadakan taklimat raptai dan

raptai penuh adalah satu kewajipan bagi memastikan tiada masalah berlaku semasa acara

terutamanya dalam aspek teknikal dan audio sistem.

Tujuan raptai dijalankan adalah bertujuan menjelaskan kepada semua krew

produksi dengan tanggungjawab masing-masing. Menentukan susunan pengisian dalam

acara serta menjangka masa dengan lebih tebat. Selain itu, didalam raptai sebagai

medium untuk memperbaiki kelemahan atau masalah yang timbul semasa raptai. Dan

akhir sekali bertujuan sebagai menyelaras acara yang dirancang dan membiasakan

semua krew produksi dengan persekitaran lokasi yang sebenar.

Pengurusan pihak produksi dijalankan dengan sistematik dimana terdapat tiga

jenis raptai yang dijalankan dimana melibatkan semua bahagian didalam krew produksi

AJL. Pertama adalah raptai jenis kelompok. Raptai ini akan diadakan secara segmen

atau berdasarkan satu aktiviti pengisian acara sahaja. Semasa raptai peringkat kelompok

ini, pihak produksi hanya akan menjalankan raptai diantara barisan penyanyi yang

terlibat sahaja. Berdasarkan hasil tinjaun pengkaji semasa latihan raptai AJL, pihak

produksi mengambil masa satu hari untuk menjalankan raptai nyanyian dan audio

Page 61: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

teknikal sahaja.seterusnya raptai secara biasa dimana menyentuh dan merangkumi

semua aktiviti pengisian dalam sesebuah acara. Semasa raptai ini, pengacara majlis juga

akan terlibat dalam menjalankan tugasan mereka. Dan akhir sekali adalah raptai penuh

juga dikenali sebagai Full Dress/ Full Rehearsal dimana raptai diadakan secara

keseluruhan seperti hari kerjadian.

Gambar 4.7: Raptai sebelum acara bermula.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Semasa raptai ini kesemua pihak memainkan peranan terutamanya audio sistem,

teknikal, lighting dan pengurus pentas juga mula memainkan peranan. Pada Raptai

penuh ini, pihak pengurusan akan mengambil masa yang lama dalam memastikan

keseluruhan aspek acara mencapai piawan. Hal ini bermakna semasa raptai setiap suara

penyanyi mestilah direkod untuk auto tune yang mengambil masa agak alam untuk

seorang penyanyi. Kemudian merekod jenis lampu yang akan dipancarkan pada setiap

persembahan. Setiap persembahan mempunyai perbezaan tembakan lighting bagi

menimbulkan variasi dalam acara tersebut. Berdasarkan pengalaman pengkaji yang

berasa di hari kejadian raptai Anugerah Juara Lagu 32 pada 11 febuari yang lepas, pihak

produksi mengambil masa seharian untuk menjalankan keseluruhan raptai.

Di dalam raptai pihak pengurusan pentas akan memberikan perhatian kepada

pekara-pekara mustahak seperti berikut antaranya adalah, aspek teknikal dimana sistem

Page 62: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

audio, mekanisme perasmian, kedudukan tetamu, okestra dan logistik pengurusan.

Selain itu memastikan acara yang dijalankan tidak menarik masa yang lama dan

memastikan keseluruhan acara berjalan dengan baik dimana setiap props yang dibawa

naik dalam keadaan yang baik dan dipasang dengan betul serta memastikan semua krew

produksi peka dengan persekitaran,

Gambar 4.8: Raptai teknikal dan okestra.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menurut Pn Nurhul Huda, selaku eksekutif producer Anugerah Juara Lagu

(AJL), Beliau menyatakan pemilihan lokasi untuk mengadakan acara gemilang ini

perlulah dirancang dengan teliti untuk menggelakan masaalah akan datang. Terdapat

lapan lokasi acara Anugerah Juara Lagu (AJL) pernah dijalankan dan lokasi acara ini

kerap dijalankan adalah di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur atau kini lebih

dikenali sebagai Axeata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Page 63: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Rajah 4.3: Aspek Yang Ditekankan Semasa Pemilihan Lokasi.

Pemilihan lokasi di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) perlulah menekankan

potensi kemudahan asas. Seperti,suasana lokasi acara dijalankan, kemudahan

pengangkutan awam dengan baik, tempat letak kenderaan yang mencukupi, kapasiti

tempat duduk yang cukup, ruang hiasan, bunyi dan pencahayaan, logistik, kemudahan

mendapatkan makanan dan minuman bagi pekerja dan khalayak serta keselamatan

penonton sebelum,semasa dan selepas acara dijalankan. Selain itu, peka dengan

kemudahan bagi orang kurang upaya atau (OKU) mestilah diutamakan seperti

menyediakan lift dan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan khalayak sepanjang

menghadiri acara yang diajalankan, seterusnya bilik persalinan, dewan makan untuk

tetamu VVIP, bilik menunggu, penetapan laluan pergerakan tetamu kehormat, laluan

kecemasan dan akhir sekali laluan pihak produksi.

CADANGAN LOKASI

SENARAI SEMAK KEMUDAHAN

ASAS

PENETAPAN LALUAN PERGERAKAN TETAMU

KEHORMATLALUAN KECEMASAN

BILIK PRODUKSI

Page 64: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Gambar 4.9: Keperluan Yang Diutamakan Oleh Pihak Produksi Iaitu Ruang

Pesiapan.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Bagi pemilihan lokasi, ia menjadi salah satu tanggungjawab pihak produksi di

bawah seliaan En Sufian Isa. Ini kerana AJL merupakan acara yang dinantikan dan ia

memerlukan kawasan yang besar dan luas dimana mampu menampung jumlah khalayak.

Agak sukar untuk memilih kawasan yang mempunyai ruang yang kecil dan agak susah

untuk mengawal jika ruang yang di tempah terlalu besar. Selain itu, terdapat juga

sesetengah kawasan mempunyai utiliti ataupun kemudahan yang berbeza dan tidak

cukup menampung keperluan pihak produksi Anugerah Juara Lagu (AJL).

Dalam pemilihan lokasi untuk diadakan Anugerah Juara Lagu (AJL), pihak

pengurusan akan menghantar wakil untuk turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil bagi

membuat tinjauan ke lokasi kawasan dan mengambil ukur saiz keluasan saiz pentas,

melihat utiliti yang disediakan dan sebagainya. Selepas membuat lawatan tapak, pihak

pengurusan akan memulakan tugasan mereka dengan menyediakan pelan lantai bagi

laluan tetamu kehormat, semua peralatan dan barangan produksi dan akhir sekali

menyediakan simbol atau petunjuk arah bagi kemudahan informasi penonton.

Lawatan ke lokasi kejadian merupakan satu tugasan yang penting kerana mereka

bertanggungjawab dalam melihat prasarana lokasi kejadian, kemudahan yang diperlukan

dan membuat perbincangan diantara pihak stadium dengan pihak produksi bagi

memastikan tiada masalah dalam komunikasi. Di dalam pengurusan pada tahun ini dan

sebelumnya mereka akan membuat perbincangan selepas membuat lawatan berskala ke

stadium dengan memikirkan tindakan yang perlu diambil.

Teknik SWOT sangat membantu mereka dalam membuat keputusan dalam

menentukan lokasi

Page 65: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Rajah 4.4: Analisi SWOT

Bagi pemilihan tempat Anugerah Juara Lagu (AJL32) kali ini, pihak produksi

memilih Axiata Arena, Bukit Jalil kerana ia terletak berdekatan dengan pelbagai

kemudahan awam seperti kemudahan dalam pengangkutan awam LRT Bukit Jalil yang

memudahkan orang awam memilih pengangkutan LRT sebagai pilihan pertama bagi

mereka yang malas menempuh kesesakan lalu lintas dan sekaligus memudahkan pihak

keselamatan dalam mengawal trafik lalu lintas dan dapat mengurangkan kesesakan

kenderaan di sekitar stadium.

Gambar 4.10: Sekitar luar kawasan acara.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Di dalam pengurusan pemilihan tempat ini juga, pihak prokduksi menggunakan

teknik SWOT dalam membuat keputusan yang tetap bagi memilih sesuatu tempat untuk

di adakan Augerah Juara Lagu (AJL). Menurut En Zamzuri Zaini, beliau menyatakan

STRENGTH WEAKNESS

OPPORTUNITY THREATS

Page 66: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

kekuatan didalam pelaksanaan AJL adalah mempunyai kekuatan dalaman organisasi.

Contohnya pada AJL kali ini keseluruhan krew produksi AJL mempunyai semangat dan

komitemen serta pengetahuan mengenai bahagian yang diuruskan ataupun mempunyai

kemahiran keseluruhan dalam pelbagai kedudukan.

Semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan menyebabkan Anugerah

Juara Lagu (AJL) mempunyai satu pasukan produksi yang kukuh disamping mempunyai

tenaga kerja yang berkemahiran didalam bidang teknikal, pengurusan, audio director

dan sebagainya. Mempunyai krew yang mahir dalam seperti producer yang

berpengalaman dalam memberi arahan shoot dan plooting yang baik kepada camera

man dalam mengawal pergerakan camera sehingga menjadikan keseluruhan penonton

dan barisan artis berjaya dirakam ketika acara berjalan secara langsung.

Kekuatan seterusnya adalah dalam memilih Axiata Arena, Bukit Jalil ini dalam

mengadakan AJL di sini adalah kerana ruang yang besar dalam menampung jumlah

tenaga kerja, alatan audio sistem dan mempunyai ruang yang startegik bagi kemasukan

props dan generotors/ power yang mempunyai kekuatan sebanyak 10 kVA atau 1650

kV bagi menampung kekuatan arus elektrik dalam memastikan bahagian teknikal,

switch off dan lighting mampu befungsi dengan baik, hal ini kerana keluatan elektrik

yang diperlukan oleh satu pemancaran lampu LED dan enam pancaran LCD Screen

yang digunakan juga mengambil kekuatan elektrik sebanyak 10 kVA dalam sesebuah

acara besar.

Page 67: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Gambar 4.11: Control Room. Bilik yang dikhaskan untuk mengawal camera.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Kedudukan yang strategik bagi meletakkan mesin generotors ini sangat penting

dalam memastikan ia mempunyai ruang udara yang cukup bagi menggelak sebarang

kebakaran. Seterusnya kekuatan dalam menentukan tempat juga kerana pihak produksi

menyatakan kedudukan stadium yang berdekatan dengan station LRT juga

menyebabkan ia menjadi punca utama dalam pemilihan lokasi tersebut. LRT station

Bukit Jalil merupakan station yang paling berdekatan denga Arena Axiata dimana ia

mampu mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas dan mampu menampung ruang

parking yang cukup.

Bagi kelemahan dalam pemilihan tempat yang diadakan adalah keselamatan

penonton didalam stadium, hal ini kerana suasana didalam stadium yang gelap kerana

kekurangan sumber cahaya menyebabkan jarak penglihatan mata penonton menjadi

terhad untuk memasuki ke tempat duduk. Selain itu, ruang yang kecil untuk laluan

penonton ke kawasan tempat duduk sangat terhad dan berisiko besar untuk penonton

yang menghadiri ke stadium tergelincir dan jatuh ke bawah. Pihak produksi terpaksa

juga menutup ruang kiri dan kanan pentas kerana ingin memastikan jarak penglihatan

mata penonton ke pentas persembahan dapat dilihat dengan jelas. Hal ini juga

Page 68: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

menyebabkan jumlah ticket yang dikeluarkan oleh pihak produksi terpaksa dikurangkan

kerana mengikut saiz jumlah kerusi yang sesuai untuk digunakan sahaja, dan sekaligus

jumlah penonton terpaksa dikurangkan oleh pihak produksi bagi mengelakkan sebarang

isu selepas acara AJL.

Gambar 4.12: Kerusi yang dipenuhi tetamu.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menurut Puan Nurhul Huda Hj Khalid selaku eksekutif producer Anugerah Juara

Lagu (AJL), Peluang yang pihak pengurusan AJL gunakan adalah mereka dapat

memperkenalkan lokasi untuk diadakan AJL kepada masyarakat yang ingin datang ke

stadium dan sekaligus memuaskan kedua-dua pihak diantara pihak stadium dan pihak

pengurusan apabila dapat menjalankan promosi secara besar-besaran bagi memenuhkan

setiap tempat duduk yang di sediakan. Selain itu, peluang kepada pihak produksi dalam

mendapatkan ruang bekerja yang lebih selesa apabila Arena Axiata baru sahaja tamat

dalam tempoh menaik taraf stadium. Jadi pelbagai kemudahan yang kebanyakkan sudah

diselenggara dengan baik seperti sistem teknikal dan kemudahan utiliti sehingga ia tidak

menjadi satu risiko besar kepada pihak pengurusan produksi dalam aspek yang tertentu.

Peluang dalam mendapatkan tajaan juga merupakan salah satu aspek dalam pengurusan

Anugerah Juara Lagu (AJL). Tajaan merupakan salah satu sumber kewangan yang

Page 69: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

banyak membantu pihak produksi dalam menjalankan promosi dan sekaligus menaikkan

kedua-dua pihak yang terlibat.

Ancaman bagi pihak pengurusan produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah

perubahan masa yang dihadapi oleh pihak produksi apabila secara tiba-tiba pihak

stadium menunda tarikh ke tarikh yang lain. Situasi ini pernah berlaku kepada pihak

pengurusan apabila pihak stadium menunda tarikh ke hari yang lain disebabkan acara

yang melibatkan kebangsaan. Menjadi satu ancaman kepada pihak pengurusan produksi

AJL apabila mereka terpaksa memaklumkan pertukaran tarikh tertentu kepada semua

bahagian di dalam Media Prima dan memberi masalah kepada pihak produksi kerana

mereka telah membuat penempahan kesemua bahagian pada bulan Januari dan terpaksa

memaklumkan kembali ke bahagian teknikal mengenai pertukaran tarikh kepada bulan

febuari. Situasi ini, berkemungkinan besar ia menimbulkan kekeliruan dan

percanggahan maklumat dalam penentuan tarikh Anugerah Juara Lagu (AJL).

Kelakuan buruk orang awam juga akan dikelaskan sebagai ancaman kerana

tindakan luar kawalan daripada penonton akan menjadikan pengurusan produksi

menjadi satu masalah apabila dengan tiba-tiba mereka bertindak agresif dan timbul

pergaduhan. Biarpun ini merupakan acara bersifat hiburan, tetap wujud juga

kemungkinan besar wujud pergaduhan dianatara fan club peminat dari artis-artis yang

bertanding. Selain itu, kelakuan penonton yang membawa masuk makanan dan

minuman di dalam stadium juga dianggap sebagai ancaman kerana berkemungkinan

besar penonton akan membuang sampah merata-rata dan risau mengancam penonton

yang berada di aras bawah dengan balingan sisa makanan ataupun minuman atau lebih

bahaya objek keras. Jadi ia juga dianggap satu ancaman besar pada pihak produksi.

Di dalam pemilihan tempat, pihak produksi juga mengambil kira faktor

keselamatan kerana ia melrupakan pekara penting dalam pengurusan sesuatu acara.

Keselamatan yang dimaksudkan meliputi keselamatan tetamu, keselamatan persekitaran

Page 70: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

dan keselamatan peralatan. dua jenis keselamatan yang perlu diambil perhatian ialah,

persekitaran dan peralatan. Bagi keselamatan penonton, pihak pengurusan meletakkan

penunjuk arah pada setiap tingkat bagi memudahkan penonton mengetahui aras

kedudukan kerusi masing-masing.

Gambar 4.13: Penunjuk Arah

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Akhir sekali, didalam mengekalkan langkah keselamatan juga, pihak produksi

mengambil langkah berjaga-jaga dalam keselamatan dengan pemeriksaan keselamatan

di pentas utama dan persekitaran lokasi acara. Kawalan keselamatan lalu lintas yang

ketat. Menyediakan pas keselamatan untuk semua krew produksi dan mengadakan

taklimat keselamatan sebelum acara dijalankan bagi memastikan semua masalah dapat

di kawal.

Anugerah Juara Lagu kini hampir mencecah 33 tahun pada 2019 kelak. Setiap

tahun pastinya mempunyai elemen, tema, perubahan, dan pengurusan yang berbeza.

Setiap perubahan pengurusan menjadikan Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai sebuah

acara yang dinantikan oleh masyarakat pada setiap tahun kerana pasti mempunyai

persembahan-persembahan menarik dan kretif daripada barisan penyanyi ataupun

Page 71: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

daripada pihak pengurusan. Setiap perubahan yang dilalukan mengikut persekitaran

semasa dari media telivisyen ke media digital seperti facebook, Youtube, Istagram dan

sebagainya menjadikan Anugerah Juara Lagu (AJL) mampu menarik peminat dalam

semua peringkat umur dan kaum di Malaysia. Selain itu, pengurusan produksi yang

mementingkan perkauman seperti memasukkan senarai calon penyanyi dari kaum Cina

dan India menjadikan ia variasi dalam persembahan tahunan Anugerah Juara Lagi

(AJL). Perubahan demi perubahan dari segi pengurusan produksi, pengurusan susunan

persembahan dari barisan peserta, element muzik yang bersesuaian dengan masa kini

menjadikan Anugerah Juara Lagu (AJL) masih kekal relevan menjadi pilihan

masyarakat dalam menontonya.

Penerimaan masyarakat merupakan pekara penting dalam mengekalkan

Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai acara yang dinantikan. Pihak pengurusan Anugerah

Juara Lagu (AJL) akan memastikan setiap tahun tema yang mereka akan cuba bawakan

adalah untuk kepuasan penonton di rumah yang menontonnya. Menurut penonton yang

menghadiri semasa Anugerah Juara Lagu 32 baru-baru ini iaitu Encik Azli Bin Abdul

Aziz menyatakan antara pekara yang beliau akan nantikan pada Anugerah Juara Lagu

(AJL) pada setiap tahun adalah teman yang akan dibawakan oleh pihak pengurusan,

persembahan pembukaan dan penutupan yang bersemangat serta kreatif.

Gambar 4.14: Persembahan pembukaan

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Page 72: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Persembahan pada pembukaan selalunya diberikan lagu-lagu yang mampu

menarik minat dan hati penonton di stadium atau di rumah dengan persembahan yang

bertenaga. Antara artis yang mampu memeriahkan majlis pembukaan seperti Stacy,

Akim &The Majistret dan barisan artis lain-lain yang bersemangat dalam tarian dan

nyanyian beliau. Bagi majlis penutupan pula menapilkan artis-artis lama dan lagu lama

yang juga satu langkah mampu mengembalikan nostalgia semua penggiat seni di

Malaysia dengan turut menyanyi sekali. Persembahan pembukaan dan penutup yang

bertenaga selalu diantikan oleh penonton dan menjadikan penonton di stadium dan di

rumah bersemangat dalam menonton Anugerah Juara lagu (AJL).

Penerimaan masyarakat terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa kini

juga adalah disebabkan persembahan daripada calon yang bertanding kreatif dan

bertenaga apabila sesetengah persembahan mempunyai arrengment muzik yang berbeza

dari lagu yang asal. Perubahan pembawakkan rentak lagu yang berbeza dari lagu asal

atau album asal. Contohnya menampilkan arrangement muzik tradisional atau moden

dalam pertandingan.

Terdapat juga composer dan artis yang mempunai daya kreatif yang tinggi

apabila menjadikan lagu-lagu mereka mengikut rentak pop atau dangdut biarpun lagu

asalnya berentak balada. Situasi ini terjadi didalam persembahan Aizat Amdan yang

membawa lagu Sungai Lui menggunakan elemen muzik tradisional dengan

menggunakan muzik angklung di dalam persembahan beliau. Selain tu, persembahan

dari Datuk Sri Siti Nurhaliza yang merupakan perembahan yang paling dinantikan

apabila beliau naik ke pentas kerana pelbagai jenis elemen muzik dan tarian yang beliau

akan persembahkan.

Penggunaan props yang menarik seperti Anugerah Juara Lagu 32 baru-baru ini

menampilkan persembahan daripada Khai Bahar yang menggunakan prop yang kreatif

apabila prop yang digunakan melibatkan bayangan manusia, Lentern, penambahan mini

Page 73: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

pentas, dua penari yang akan menceriakan persekitaran pentas dan api menjadikan

persembahan beliau semakin meriah apabila tiba masanya penyanyi itu keluar daripada

pentas tambahan tersebut. Pengunaan pentas dan prop tambahan menjadikan

persembahan itu tampil bertenaga dan menarik perhatian penonton untuk menjerit.

Gambar 4.15: Penggunaan props yang menarik

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menurut En Azli juga, beliau menyatakan pilihan baju yang digayakan oleh

barisan penyanyi merupakan elemen yang beliau sendiri sebagai penonton nantikan.

Tidak dapat dinafikan terdapat sesetengah fesyen pakaian penyanyi agak pelik, namun ia

masih tampil dengan segar mengikut perkembangan permodenan kini. Penggunaan

warna yang menarik serta pakaian yang digayakan tidak terlalu mencolok mata dan

bersesuaian menyebaban Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak lagi menerima pelbagai

reaksi negative daripada penonton. Selain itu, persembahan tema tradisional yang masih

dinantikan seperti pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL).

Elemen budaya tradisional yang dinyanyikan oleh altimet dengan memakai

pakaian tanjak dan menggunakan persembahan dikir barat dari negeri Kelantan biarpun

lagu yang dibawakan adalah berunsurkan Pop-Rap namun mereka membuat perubahan

arrangement muzik dalam persembahan sehingga ia tampil dengan tarikan penonton

yang turut terhibur dengan persembahan beliau.

Page 74: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Gambar 4.16: Persembahan berunsurkan tradisional.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Selain itu, menurut En Aiman Azizi dari Shah Alam, yang juga merupakan salah

seorang penonton Anugerah Juara Lagu 32 di Arena Axiata menyatakan , perubahan

dari segi promosi yang dijalankan merupakan salah satu pekara yang dinantikan oleh

penonton. Jika dahulu pihak pengurusan menjalankan promosi hanya melibatkan

telivisyen. Kini perubahan yang dijalankan menggunakan digital media sebagai platform

dalam mempergiatkan promosi dalam menggunakan Facebook, Twitter, Istagram dan

lain-lain.

Penggunaan digital media menyebabkan promosi dapat tersebar dengan luas

apabila ianya di kongsi oleh pengikut laman sesawang berikut selain itu, penghasilan

video dan montaj yang kreatif menjadikan promosi Anugerah Juara Lagu (AJL) semakin

diketahui umum.

Seterusnya adalah kerana, elemen tiga kaum dan budaya yang masih dikekalkan

oleh pihak pengurusan. Setiap tahun pihak pengurusan akan menampilkan penyanyi dari

pelbagai kaum di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Menjemput barisan penyanyi lama

atau veteran untuk turut membuat persembahan istimewa menjadikan Anugerah Juara

Lagu (AJL) mampu menarik minat penonton dari pelbagai peringat umur di Malaysia

kerana mereka dapat merasakan kenangan lama apabila melihat dan menonton

Page 75: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

persembahan dari penyanyi lama. Persembahan irama rentak melayu seperti lagu-lagu

dari persembahan Nuraniza idris selalunya mampu menarik perhatian penonton kerana

persembahan tersebut pastinya membawa ramai barisan penari bagi memeriahkan

kawasan pentas.

Persembahan yang iaramanya adalah rentak melayu, tarian melayu, dan pakaian

tradisional selalnya menjadikan penonton lebih tertarik dan tertunggu dengan

persembahan khas dalam acara. Selain itu, persembaha dari barisan lagenda Rock,

Balada dan Pop yeah-yeah yang masih mendapat perhatian penonton sehingga kini

apabila perubahan pebawakan lagu dimodenkan dengan rentak dan irama baru seperi

pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL) baru-baru ini membuat persembahan iaitu Dato A

Rahman Hassan, Dato Awie, Siti Sarah, dan Dato Jeffry Din menyebabkan barisan

penonton dan artis yang berada di stadium tambil dengan turut menari. Suasana ini

mendapat pujian daripada rata-rata penonton yang menonton kerana mereka menyatakan

pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) pada setiap tahun pasti akan tampilkan sesuatau

yang unik dan menyeronokkan.

Gambar 4.17: Persembahan istimewa.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Akhir sekali menurut informan yang ketiga pula iaitu, Cik Nur wafa menyatakan,

pengacara majlis yang di pilih oleh pihak produksi juga sebtiasa menghiburkan hati

Page 76: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

dengan gurauan dan usikan mereka yang mencuit hati penonton. Selain itu gimik dari

pengacara majlis juga meruakan elemen tarikan penting untuk penonton menonton

Anugerah Juara Lagu (AJL) ini lagi biarpun program ini sudah mencecah 32 tahun

lamanya.

Pada tahun 2012 pihak pengurusan anugerah juara lagu (AJL) telah mendapat

pengiktirafan ‘Anugerah Juara Lagu: Longest Running Songs & Lyrics Competition”

yang diberikan oleh YB Senator Datuk Maglin yang ketika itu Timbalan Menteri

Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan Malaysia. Malaysia Book of Records turut

mengangkat Anugerah Juara Lagu mewakili kategori Hiburan dan seni (Art &

Entertainment) di atas usaha dan impak terhadap industri muzik Malaysia. Seterusnya

pada tahun 2017 pengurusan Anugerah Juara Lagu 31 (AJL) berjaya memenangi

anugerah rancangan terbaik dalam Anugerah Skrin 2017, kemenangan ini menandakan

pengurusan produksi AJL menjalankan tugasan dengan terbaik dan menunjukkan

penerimaan masyarakat terhadap AJL masih releven. Pada tahun 2018 Anugerah Juara

Lagu (AJL) 32 juga berjaya membuktikan satu lagi penanda aras acara terbesar bukan

saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di malaysia apabila

berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 6.5 juta.

Page 77: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Bab ini merupakan Bab terakhir dalam kajian ini, iaitu secara keseluruhannya

membincangkan mengenai cadangan dan rumusan kajian. Kajian ini telah menganalisis

semua data dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan untuk

dimasukkan ke dalam Bab satu hingga Bab empat. Oleh demikian, Bab lima ini akan

menerangkan mengenai pendapat, cadangan dan rumusan terhadap kajian yang telah

dijalankan selama ini. Cadangan yang akan dikemukakan dalam kajian ini adalah

mengikut logik dan kesahihan dapatan kajian. Cadangan ini juga akan menjawab kepada

objektif dan permasalahan kajian.

Kesimpulan merupakan ringkasan keseluruhan kajian iaitu dari Bab satu hingga

Bab empat. Bab satu membincangkan mengenai pengenalan kepada kajian yang

dijalankan iaitu objektif kajian untuk menjelaskan matlamat-matlamat utama kajian

dalam menyelesaikan permasalahan kajian yang wujud. Objektif kajian ini telah dikaji

bukan sahaja kepada keinginan terhadap kajian tersebut tetapi juga untuk pembaca

supaya dapat melihat peranan Anugerah Juara Lagu (AJL) kepada masyarakat. Di dalam

bab ini juga kajian menyentuh skop kajian dan kepentingan kajian.

Manakala rumusan kajian pula berkaitan dengan keseluruhan kajian dan dapat

memberi lebih penjelasan serta kefahaman terhadap kajian yang ingin dijalankan. Kajian

dirumus mengikut hasil lebih penjelasan serta kefahaman terhadap kajian yang

dijalankan. Kajian dirumus mengikut hasil dapatan melalui Bab satu hinggalah Bab

empat.

Permasalahan kajian merupakan topik yang paling penting dalam sesebuah

kajian. Kajian telah menganalisis dan mengkaji beberapa faktor untuk melihat

permasalahan yang wujud dikalangan pihak pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Page 78: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Selain itu, tujuan tajuk ini dikaji adalah kerana ia masih belum dikaji oleh mana-mana

organisasi mahupun para cendiakawan-cendiakawan lain. Kajian ini juga mendapati

bahawa isu ini merupakan isu yang penting kerana melibatkan pengurusan pihak

produksi yang perlu dikaji dan diberi perhatian agar penambahbaikan pada masa akan

datang dapat membantu.

Bab dua pula membincangkan mengenai sorotan kesusasteraan yang akan

memberi tumpuan kepada huraian buku dan ia juga adalah sebagai bukti bahawa kajian

yang dikaji ini benar-benar wujud serta dapat mengetahui beberapa banyak kajian yang

dijalankan oleh pengkaji lepas berkaitan dengan topik yang dikaji sekarang. Sorotan

kesusateraan membantu kajian mengisi ruang-ruang kosong yang ditinggalkan oleh

pengkaji lepas dimana pengkaji-pengkaji lepas hanya mengkaji sebilangan jenis

pengurusan sahaja, namun hasil kajian pembacaan daripada penulisan penyelidik

terdahulu terbukti bahawa tiada satupun kajian mengenai Strategi Pengurusan Tv3

Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Di samping itu, sorotan kesusasteraan ini merupakan pengumpulan idea dari

penulis lain yang telah mengemukakan pandangan dari sudut sendiri atau informasi yang

berkaitan dengan kajian ini. Terdapat beberapa sumber lain yang digunakan didalam

kajian ini seperti buku, artikel, risalah dan lain-lain lagi untuk mengkaji maklumat yang

berkaitan bagi menguatkan atau mengaitkan lagi idea dalam kajian ini. Sumber-sumber

ini juga digunakan untuk membantu kajian dalam menghasilkan konsep kerangka kerja

yang sangat penting dalam sesuatu kajian. Idea yang dikemukakan oleh beberapa penulis

buku telah dikupas untuk mengembangkan ideanya dalam kajian ini.

Page 79: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Kesimpulan Bab tiga pula ialah berkaitan dengan Metodologi kajian yang

digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data dan maklumat yang tepat. Bahagian

ini secara umumnya membincangkan dengan lebih mendalam dan terperinci lagi tentang

metodologi yang akan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang Strategi

Pengurusan Tv3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Bagi mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji menggunakan kaedah kajian

seperti kaedah keperpustakaan dimana pengkaji memilih untuk mendapatkan rujukan

melalui kaedah iaitu kaedah kualitatif. Tujuan kajian ini digunakan adalah untuk

mengukuhkan lagi dapatan dan sumber kajian serta menyokong kajian dari segi

kesahihan maklumat dan hasil data yang diperolehi supaya dapat mencapai objektif dan

menyelesaikan permasalahan kajian.

Kaedah kepustakaan amat penting untuk menyelesaikan beberapa aspek

mengenai pengurusan dan dijadikan bahan bukti kepada kajian yang dijalankan. Dalam

kajian ini, penggunaan kaedah keperpustakaan adalah merujuk kepada buku-buku,

risalah, artikel, laman web dan tesis. Bahan-bahan yang digunakan dalam menjalankan

kajian ini adalah bahan yang berkaitan dengan pengurusan pentas dan produksi.

Kesemua bahan yang diperolehi ini adalah dari Pusat Khidmat Maklumat Akademik

(PKMA) di UNIMAS, Pustaka Negeri Sarawak dan Media Prima.

Kaedah kualitatif merupakan kaedah yang dikumpul dan digunakan dalam

menjalankan kajian ini untuk mendapatkan maklumat melalui temuramah, pemerhatian

dan membuat catatan dan dokumentasi seperti mengambil gambar bersama informan

kajian sebagai bahan bukti semasa menjalankan kajian ini. Pengkaji menemuramah

informan dalam bidang yang berlainan antaranya adalah pada bahagian teknikal, set

designer, props, audio director dan juga bahagian pengurusan dalaman. Kaedah ini juga

akan membantu mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti kaedah pengurusan yang

dilakukan oleh pihak TV3 dalam menguruskan pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Page 80: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Selain itu mengkaji faktor yang digunakan semasa pemilihan lokasi acara diadakan. Dan

akhir sekali menganalisis impak penerimaan masyarakat terhadap Anugerah Juara Lagu

(AJL) pada masa kini.

Melalui Bab empat pula membincangkan tentang analisis dan dapatan kajian

melalui kaedah temuramah yang dijalankan pada bulan febuari sebelum acara

dijalankan, semasa dan selepas Anugerah Juara Lagu (AJL). Temubual dijalankan di

bangunan Media Prima kerana semua krew produksi berada di satu bahagian yang sama

dimana mereka akan menjalankan segala perbincangan yang melibatkan semua bahagian

department. Soalan yang ditanya adalah berdasarkan tiga objektif yang ditetapkan

didalam kajian ini. Di samping itu, kajian juga mendapatkan data dengan kaedah

temuramah dimana pengkaji mengkaji eksekutif producer, assistant producer, producer,

teknikal producer dan lain-lain. Selain itu, pengkaji juga menemuramah 10 orang awam

untuk mendapatkan pendapat mereka mengenai pengurusan anugerah juara lagu (AJL).

Temuramah yang ditujukan kepada informan adalah dalam bentuk berstruktur

dan temuramah tidak berstruktur. Temuramah berstruktur adalah temuramah yang

berpandukan kepada senarai pertanyaan mengenai pengurusan teknikal, pentas dan

sebagainya. Manakala temuramah tidak berstruktur adalah temuramah secara spontan,

namun ia tetap terkawal dengan hala tuju kajian iaitu apakah pendapat mereka mengenai

pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Hasil dapatan kajian ternyata bahawa pengurusan pentas Anugerah Juara Lagu

(AJL) mempunyai pelbagai langkah sebelum menjalankan acara. Pengurusan yang

tersusun mengikut perancangan menjadikan acara itu dapat dijalankan dengan lancar.

Selain itu, pengurusan dari segi pemilihan tempat yang teliti melalui perancangan dan

menggunakan teknik SWOT menjadikan pengurusan pihak produksi menjadi mudah.

Seterusnya, melalui hasil kajian dari Bab satu hingga empat ini telah Berjaya

menyelesaikan permasalahan kajian dan mencapai ketiga-tiga objektif kajian. Oleh itu,

Page 81: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

sebagai pengurus pada masa akan datang perlulah memainkan peranan yang penting

dalam memastikan pengurusan produksi berjalan dengan lancar agar pengurusan

produksi dapat ditingkatkan. Oleh itu, dengan pelbagai strategi yang dilakukan oleh

pihak pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) diharapkan dapat meningkatkan

penerimaan masyarakat terhadap pengurusan acara.

5.2 Cadangan Kepada Organisasi

Melalui kajian yang tekah dijalankan ini, beberapa bentuk cadangan dan idea

yang perlu diketengahkan supaya strategi yang dilakukan oleh Pihak TV3 dalam

pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) akan lebih berkesan dalam pengurusan.

Cadangan yang akan dikemukakan adalah berkaitan dengan cara-cara penyelesaian

masalah kajian.

Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk menyelesaikan permasalahan kajian

antaranya ialah pihak produksi perlulah memberi dan membuka peluang untuk pelajar

IPTA dan IPTS yang mengambil bidang berkaitan dengan pengurusan acara pentas dan

sebagainya untuk menjalankan aktiviti sukarelawan atau menjalankan latihan industri.

Ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran secara tidak langsung

gambaran situasi bekerja secara nyata berkaitan dengan dunia produksi. Tindakan ini

mampu melahirkan tenaga mahir kerja yang berkualiti dalam pengurusan teknikal,

pentas, dan pengurusan organisasi itu sendiri.

Selain itu juga, mengembalikan persembahan dan barisan artis lama dalam

membuat persembahan istimewa atau mempelbagaikan kemasukan penyanyi yang

melibatkan pelbagai kaum di Malaysia. Mengembalikan persembahan barisan artis lama

adalah sebuah langkah yang mampu menarik golongan berumur dimana ketika zaman

mereka diputarkan lagu-lagu 60an, 70an dan 80an. Tindakan mengembalikan

persembahan ini juga mampu mengembalikan aura penyanyi lama itu sendiri dan

menarik golongan generasi kini berminat dalam mendengar lagu-lagu genre lama. Selain

Page 82: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

itu, persembahan yang mempelbagaikan kaum di Malaysia seperti menggabungkan artis-

artis dari kaum Cina and India. Jika dahulu pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pernah

dijuarai oleh kumpulan Allycats dan Elezeberth Tan dengan persembahan dan lagu yang

unik juga merupakan satu medium menarik pelbagai kaum menonton Anugerah Juara

Lagu (AJL).

5.3 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

Terdapat banyak aspek mengenai Pengurusan Anugerah Juara (AJL) yang tidak

disentuh didalam kajian ini kerana ia tidak berkaitan dan bersangkutan dengan objektif

kajian yang dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini ingin memberi cadangan topik

dan pandangan untuk kajian yang akan datang.

Cadangan-cadangan tersebut ialah memfokuskan kepada peranan pihak

pengurusan dalam menjalankan pengurusan aliran ticket. Pengurusan ticket sebelum ini

mempunyai masalah apabila ticket keluar lambat dan ia menjadikan penonton menanti

dalam mendapatkan ticket bagi menonton Anugerah Juara Lagu (AJL) secara langsung.

Jadi dengan adanya kajian mengenai pengurusan dalam pengedaran ticket menjadi satu

momentum kepada pihak pengurusan dalam memastikan ianya tidak mengalami

masalah seperti lambat.

Kajian juga boleh mengkaji mengenai strategi pihak pengurusan didalam proses

reka bentuk promosi. Strategi dalam menghasilkan reka bentuk promosi memainkan

peranan penting. Penghasilan grafik yang menarik juga mampu menarik penonton

menanti apakah kelebihan Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun ini dan seterusnya.

Penghasilan reka bentuk promosi yang menarik mampu menjadikan pengurusan tampil

dengan kedudukannya yang tersendiri disamping tampil dengan megah.

Akhir sekali adalah, mengkaji pengurusan belakang tadbir dalam pengurusan

artis. Pengurusan belakang tadbir selalunya mempunyai pelbagai situasi. Situasi tidak

Page 83: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

terkawal selalunya berlaku ketika acara dijalankan secara langsung. Mengkaji mengenai

pengurusan belakang tadbir ini merupakan satu peluang bagi pihak produksi mengawal

situasi tidak terkawal dengan menjadikan sesebuah situasi itu terkawal tidak kira berapa

banyak masalah yang timbul.

Page 84: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

RUJUKAN

Amaran, M. A. (2015). Melahirkan usahawan berjaya dalam kalangan siswazah. Kota

Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Alhadi, Said, and Wahyu Nanda Eka Saputra. “Integrasi Seni Kreatif dalam Konseling

dengan Pemanfaatan Seni Visual.” Jurnal Fokus Konseling, vol. 3, no. 2, 2017,

p. 108., doi:10.26638/jfk.384.2099.

Allen, P. (2011). Artist management for the music business. New York: Focal Press.

Brindle, M., & DeVereaux, C. (2015). The arts management handbook: new directions

for students and practitioners. London: Routledge, Taylor & Francis Group.

Cambridge advanced learners dictionary. (2010). Singapore: Cambridge University

Press.

Dasar & strategi pembangunan industri muzik Malaysia. (2005). Kuala Lumpur:

Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia

Dean, P. (2002). Production management: making shows happen. Marlborough:

Crowood Press.

DiMaggio, P. (1988). Managers of the arts: careers and opinions of senior administrators

of U.S. art museums, symphony orchestras, resident theatres, and local arts

agencies. Washington, D.C.: Seven Locks Press.

“Enriching the Ecosystem.” Media Prima Berhad, www.mediaprima.com.my/.

Jamaluddin, Zaharuzaman, et al. “Hubungan Amalan Pengurusan Kualiti Dan Prestasi

Organisasi Dalam Industri Pembuatan Di Malaysia.” Jurnal Teknologi, vol. 78,

no. 7, 2016, doi:10.11113/jt.v78.5825.

Kincman, L. (2017). The stage managers toolkit: templates and communication

Page 85: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

techniques to guide your theatre production from first meeting to final

performance. New York, NY: Routledge.

Krasilovsky, M. W., & Shemel, S. (2003). This business of music. United States:

Watson-Guptill Publications.

Makhbul, Z. M., Hasun, F. M., & Hanafiah, M. H. (2009). Pengurusan organisasi.

Australia: Cenngage Learning.

Makhbul, z. m. (2009). pengurusan organisasi. singapore: cengage learning asia pte ltd.

Matusky, P. A., & Tan, S. B. (2017). The music of Malaysia: the classical, folk and

syncretic traditions. London and New York: Routledge. SQAS Musicology

Series

Musburger, R. B., & Kindem, G. A. (2013). Introduction to media production: the path

to digital media production. New York, United States: Focal.

Raymond, P., & Streeton, J. (2013). The RADA guide to singing on stage. London:

Methuen Drama.

Pick, J., & Anderton, M. (1999). Arts administration. London: E. & F.N. Spon.

Reese, D. E., Gross, L. S., & Gross, B. (2009). Audio production worktext: concepts,

techniques, and equipment. Amsterdam: Focal Press.

Roth, E., Allender-Zivic, J., & McGlaughlin, K. (2017). Stage management basics: a

primer for performing arts stage managers. New York: Routledge.

Shelley, S. L. (2014). A practical guide to stage lighting. New York, NY ; London:

Focal Press.

Shelley,S.L. (2013). A practical guide to stage lightning. 3rd, rev. ed. Oxford: Focal

Press.

Page 86: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Shore, H. (1987). Arts administration and management: a guide for arts administrators

and their staffs. New York: Quorum Books.

Stevenson, A. (2007). Shorter Oxford English dictionary on historical principles.

Oxford: Oxford University Press.

Streeton, J., & Raymond, P. (2014). Singing on stage: an actors guide. London:

Bloomsbury Methuen Drama.

Tan, S. B. (1990). The performing arts in Malaysia: state and society. Asian Music, 137-

171.

Wagen, L. V., & Carlos, B. R. (2005). Event management: for tourism, cultural,

business,and sporting events. Upper Saddle River, NJ: Pearson/Prentice Hall.

Page 87: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

LAMPIRAN 1

Senarai informan

Nama: Puan Nurhul Huda HJ Khalid

Jawatan: Eksekutif Producer Anugerah Juara Lagu (AJL)

Page 88: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Barisan Krew Produksi Anugerah Juara Lagu (AJL)

Project Manager : Muhd Sufian Isa - Wartawan : Faris Isa

Producer: Zamzuri Zaini (Ayau) : Zulkifli Muhammad

Assistant Producer: Josephine Phen : Mohd Nazmi

Page 89: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Pihak Produksi Anugerah Juara Lagu (AJL)

Lampiran 2

Page 90: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Soalan Temuramah

Kajian ini adalah untuk mengkaji Strategi Pengurusan TV3 Dalam Melaksanakan

Anugerah Juara Lagu (AJL)

Pedoman: Di dalam borang temubual ini terdapat tujuh bahagian yang dipecahkan

mengikut susunan. Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan akademik

sahaja dan segala jawapan anda akan dijamin kerahsiaanya.

SEGALA MAKLUMAT ADALAH DIRAHSIAKAN DAN HANYA UNTUK

Page 91: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

TUJUAN PENYELIDIKAN

1) Boleh terangkan latar belakang tuan/ puan?

2) Berapa lama tempoh tuan/puan bekerja dan menjadi pengurus di dalam AJL ?

SIAPAKAH

- Siapakah sasaran golongan penonton TV3 atau pihak pengurusan AJL libatkan

dalam menjayakan acara ini?

- Siapakah pegawai/ pengurus AJL yang bertanggungjawab dalam memastikan

keseluruhan pengurusan AJL berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas acara.

- Siapakah yang bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan

pentas,teknikal, dan audio berjalan dalam keadaan tersusun.?

- Siapakah yang bertanggungjawab dalam mencari lokasi sebelum acara

dijalankan.?

- Siapakah yang memberi sokongan moral kepada pihak pengurusan AJL dalam

memperkembangkan seni muzik di negara kita? Selain MEDIA PRIMA/TV3

adakah NGO dan badan kerajaan membantu dalam memperkembangkan AJL.

APAKAH

- Apakah cara atau langkah yang diambil oleh pihak TV3 / pengurusan AJL bagi

menarik minat masyarakat untuk menonton AJL.?

- Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan AJL semasa menjalankan

acara ini secara langsung atau sebelum ia berjalan?.

- Apakah faktor yang digunakan oleh pihak produksi AJL gunakan dalam

menentukan pemilihan gantian.

Page 92: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

- Apakah faktor utama yang digunakan dalam memastikan AJL masih sesuai

diadakan pada masa kini?

- Apakah medium tambahan yang digunakan dalam mempromosikan AJL?.

Bilakah

- Bilakah AJL dijalankan?

- Bilakah mulanya pihak produksi AJL akan membuat persiapan keseluruhan AJL

dari segi penghasilan promosi dan sebagainya?.

- Bilakah pihak produksi AJL akan memulakan tugasan mereka sebelum acara

dijalankan. Adakah akan memulakan tiga hari sebelum acara dijalankan atau

seminggu sebelum AJL dijalankan

KENAPA

- Kenapa TV3 menjadikan AJL sebagai sebuah acara gemilang dan ia sentiasa

dinantikan oleh penonton dan semua krew produksi?.

- Kenapa AJL sangat memainkan peranan yang besar dalam memberi

pengiktirafan kepada barisan penyanyi dan komposer lagu?.

- Jika kita lihat, penerimaan masyarakat terhadap AJL semakin kurang dari segi

penonton dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa, Kenapa situasi ini boleh

berlaku dalam konteks pandangan tuan/puan?.

BERAPA

- Sejak AJL mula dijalankan, berapakah banyak tempat yang digunakan dalam

menjalankan acara ini?

- Berapa banyak perubahan AJL sudah dikemas kini, dan adakah ianya mengikut

perkembangan moden dalam penghasilan pentas, penggunaan lighting dan

sebagainya.?

- Berapa banyakah pembaharuan yang digubal dalam mengketegorikan jenis lagu

yang dipertandingkan di dalam AJL?.

Page 93: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

- Berapakah pegawai atau pengurus produksi yang pernah bertugas dalam

menjayakan AJL sepanjang 32 tahun AJL dijalankan?.

BAGAIMANA

- Bagaimanakah AJL mempromosikan atau menarik pengunjung untuk hadir

menyaksikan AJL secara langsung atau menarik penonton di televisyen?.

- Bagaimanakah AJL membantu penyanyi tempatan untuk mengembangkan karya

mereka dengan lebih baik?. Adakah dengan memberi anugerah, sampingan

seperti mempelbagaikan kategori pertandingan seperti anugerah vokal terbaik,

persembahan terbaik, anugerah undian penonton dan sebagainya?.

Page 94: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Lampiran 3

Transkrip Temu Bual.

Pengkaji: boleh terangkan latar belakang tuan/puan? Dan berapa lama tempoh

tuan/puan bekerja dan menjadi pengurus di dalam AJL? Dan berapa lama tempoh

tuan/puan bekerja dan menjadi pengurus di dalam AJL?

Responden :

Nama saya Nurhul Huda Binti Hj Khalid. Bertugas di Media Prima Berhad sebagai

penerbit eksekutif di Jabatan Mass Entertainment Primeswork Studio (PMS) dan telah

bekhidmat selama 22 tahun di Media Prima, berumur 44 tahun, asal perak dan anak

bongsu dari lima adik beradik. Melanjutkan pengajian pertama di sekolah rendah &

menengah di sekitar perak dan mendapat pendidikan daripada Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM) dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda

di ITM Shah Alam (pada ketika itu dan sekarang UITM) dalam bidang Mass

Page 95: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Communication. Mendapat tawaran berkerja di Media Prima pada tahun 1996 yang

ketika itu saya sendiri merupakan Fresh Graduate namun rezeki menyebelahi saya

kerana tamat sahaja tempoh pengajian terus mendapat peluang pekerjaan. Namun pada

peringkat permulaan saya hanya ditugaskan sebagai Assistend Producer (AP) dimana

kami melakukan kerja di pejabat dan turun sebagai BJ (wartawan) bagi mendapatkan

input dan content jalan cerita dan kini selepas berkhidmat dalam pelbagai bahagian di

PWS dan mempunyai pengalaman selama 5 tahun berturut-turut dalam mengendalikan

acara terbesar dalam Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL), kini saya telah dilantik

sebagai Penerbit Eksekutif bagi rancangan Muzik-Muzik dan seterusnya mengetuai

Anugerah Juara Lagu 32 yang berlangsung pada 11 Febuari 2018 bertempat di Arena

Axiata, Bukit Jalil bermula pada pukul 9 malam.

Pengkaji: Siapakah sasaran golongan penonton TV3 atau pihak pengurusan AJL

libatkan dalam menjayakan acara ini?

Responden: PN Nurhul Huda Hj Khalid

Anugerah Juara Lagu (AJL) asalnya menyasarkan semua peringkat umur, kaum dan

agama yang teradapat di Malaysia. Jika kita lihat dari konsep kaum, sebelum ini AJL

juga pernah melibatkan kumpulan Ellycats yang kaumnya kita sendiri tahu dari kaum

india. Elizabeth tan penyanyi Malaysia yang berasal dari kaum cina, dan barisan

penyanyi yang dari kaum melayu sendiri serta penyanyi kelahiran dari sabah dan

Sarawak sepeti stacy, dayang nurfaezah dan Jimmy Palikat. Jadi konsep AJL adalah

menyatukan seluruh penyanyi Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Pengkaji: Siapakah pegawai/ pengurus AJL yang bertanggungjawab dalam

memastikan keseluruhan pengurusan AJL berjalan lancar sebelum, semasa dan

Page 96: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

selepas acara.

Responden: Cik Josephine Phen

Bagi siapa yang bertanggungjawab dalam memastikan keseluruhan pengurusan AJL

berjalan dengan lancar kalau sebelum, kami melibatkan semua bahagian yang berada di

MPB dan di bahagian mass entertainment sendiri yang bertanggungjawab adalah

assistand producer. Beliau akan memastikan semua arahan, surat menyurat, tempahan

teknikal, pengangkutan dan sebegainya. Selain itu, kami pihak produksi akan

mengadakan perjumpaan dari pihak teknikal, pentas, dan pihak stadium sendiri bagi

memastikan semua pengurusan lancar. Jika semasa dan selepas juga masih melibatkan

semua pihak kerana AJL merupakan acara yang gemilang dan besar. Jadi mustahil

semua pihak wajar turun semasa memasangan LED, audio system, stages dan

sebagainya.

Pengkaji: Siapakah yang bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan

pentas, teknikal, dan audio berjalan dalam keadaan tersusun.?

Responden: EN Zamzuri Jaini (Ayau)

orang yang akan bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan pentas, teknikal dan

audio berjalan lancar adalah En Sufian sebagai project manager dan dibantu saya sendiri

bagi memastikan keseluruhan pemasangan ini lancar dan tiada kecederaan atau

kebakaran. Jika pemasangan teknikal bagi AJL dipantau oleh abg zaidi tan yang

merupakan teknikal producer. Set designer iaitu abg P.J, props iaitu rozaimi che di ,

audio director iaitu mohd zaidi atau wak, bagi lighting director adalah R. Nageswaran

yang baru-baru ini memenangi Anugerah Skrin (ASK 2016). Jadi mereka orang yang

akan bertanggungjawab dalam memastikan kesemua keperluan dalam keadaan sedia.

Pengkaji: Siapakah yang bertanggungjawab dalam mencari lokasi sebelum acara

dijalankan?

Page 97: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri

Bagi pemilihan lokasi, ia tanggungjawab pihak produksi dalam bawah seliaan En Sufian

Isa sebab AJL merupakan acara besar jadi ianya perlukan lokasi kawasan yang besar.

Jadi bagi AJL 32 lokasi acara akan dijalankan di stadium axiata. Sebelum ini, kami buat

di axiata juga tapi disebabkan stadium ini naik taraf, jadi terpaksa tukar ke Shah Alam

dan PWTC. Agak sukar buat dikawasan sana kerana ruang strategik itu agak susah nak

dikawal kerana terlalu besar, dan ada sesetengah kawasan mempunyai utiliti yang

berbeza dan tidak cukup menampung keperluan pihak produksi AJL. Untuk AJL,

sepatutnya ianya diadakan pada bulan Januari. Namun pihak stadium memaklumkan

yang bulan Januari tersebut akan diadakan perlawanan badbinton. Jadi agak tergesa-gesa

pihak produksi membuat perubahan pada awal bulan dua. Jadi dia agak masalah pada

produksi sebab kami dah tempahan semua bahagian pada bulan Januari dan terpaksa

memaklumkan kembali ke bahagian teknikal di tukarkan kepada bulan febuari. Jadi ia

bukan melibatkan teknikal sahaja malah seluruh bahagian di Media Prima dimaklumkan

pekara berkenaan agar tayangan promotion tidak keluar awal. Apabila semua

pengesahan tarikh baru kita dah maklumkan pada semua, akan ada crew yang turun

macam kak huda, kak phen, abang ayau turun ke stadium untuk kita tengok lokasi

kawasan dan mengambil ukur keseuaian saiz pentas dan sebagainya. Untuk turun ke

lokasi kejadian sangat penting sebab kami kena melihat prasarana baharu stadium,

kemudahan dan sebagainya di stadium baru. Sebab apa kami memilih axiata arena

sebagai lokasi AJL salah satunya kemudahan pengangkutan awam seperti LRT Bukit

Jalil yang memudahkan orang awam memilih pengangkutan itu, dan sekaligus

memudahkan pihak keselamatan dalam mengawal trafik lalu lintas dan dapat

mengurangkan kesesakan kenderaan.

Pengkaji: Siapakah yang memberi sokongan moral kepada pihak pengurusan AJL

dalam

Page 98: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Reponden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Untuk sokongan moral sepenuhnya di bawah tanggungjawab Media Prima Berhad dan

TV3 selaku penyiar, kecuali ianya mempunyai tajaan dari pihak luar dan semuanya dari

kami sendiri team AJL. Jadi setiap tajaan yang diberi kepada pihak pengurusan

Anugerah Juara Lagu merupakan sumbangan dari pihak luar dan ia juga masih di bawah

tanggungjawab sepenuhnya pihak M.P.B dan TV3.

Pengkaji: Apakah cara atau langkah yang diambil oleh pihak TV3 / pengurusan

AJL bagi menarik minat masyarakat untuk menonton AJL.?

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

AJL ini sebenarnya rancangan yang ditunggu dan dinantikan setiap tahun dan apa yang

dinantikan oleh penonton adalah apakah tema AJL pada tahun ini, apakah persembahan

pembukaan dan penutupan, apakah persembahan dari artis istimewa, apakah keunikan

AJL setiap tahun. Jadi rating AJL tak pernah jatuh sepanjang 32 tahun bersiaran mesti

rating paling tinggi dalam 6 juta dan pada tahun ini sahaja rating mencatatkan 6.1 juta

penonton yang menonton AJL secara langsung,television dan siaran Tonton On9.

Pengkaji: Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan AJL semasa

menjalankan acara ini secara langsung atau sebelum ia berjalan?

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen,

Masalah sentiasa berlaku dalam pengurusan. Dimana kita hendak mengawal keseluruhan

krew produksi dalam memberi mereka kefahaman yang mendalam apakah jenis dan

tema yang digunakan AJL pada setiap tahun. Untuk masalah secara langsung kami akan

mengalami masalah daripada mengikut peruntukan masa yang diperlukan. Kalau

semasa, masalah pada kak phen untuk control pengacara dalam memastikan mereka

mengikuti skrip dan masa yang diberikan supaya mereka tidak lalai dan menyebabkan

Page 99: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

penonton bosan mendengar bebelan pengacara. Jadi agak besar peranan kak phen kat

situ. Siaran ini berlangsung selama tiga jam, jadi tanggungjawab kepada kami mengikut

masa yang diperuntukan dalam perjanjian. Jika sebelum AJL berlangsung selalunya

kami mempunyai masalah dari segi pengurusan, tetapi kami mempunyai main power

yang cukup untuk mengawal masalah tersebut.

Pengkaji: Apakah faktor yang digunakan oleh pihak produksi AJL gunakan dalam

menentukan pemilihan gantian.

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Bagi penentuan penyanyi gantian, kami menyerahkan kepada pihak asal artis tersebut

untuk memilih artis gantian mereka sendiri. Jika kami yang memilih, selalunya akan

menjadi isu kepada pihak kami kembali. Jadi bagi pemilihan artis gantian untuk

menyanyikan lagu asal mereka, pihak artis asal dan koposer mereka mestilah mematuhi

syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak produksi. Bagi pemilihan artis gantian

selalunya mestilah menitikberatkan komitmen mereka kerana kita memerlukan

komitmen mereka dalam pelbagai aspek promosi untuk iklan, menghadiri sidang media

dan mereka juga selalunya akan berkampung di stadium berhari-hari bagi membuat

latihan sound check dan sebagainya. Berdasarkan penglibatan artis gantian sebelum ini,

terdapat juga penyanyi gantian juga mampu memenangi dalam beberapa bahagian AJL

contohnya Aizat Hamdan yang mengantikan Yuna juga mampu menjadi juara

keseluruhan.

Pengkaji: Apakah faktor utama yang digunakan dalam memastikan AJL masih

sesuai diadakan pada masa kini?

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Setiap tahun kami meletakkan target graf yang tinggi. Kami tidak mahu graf AJL

menurun. Jadi setiap kali AJL nak bermula, kami pihak production akan mula membuat

Page 100: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

persiapan seawall mungkin. Ini bermakna tamat sahaja AJL yang lepas pada bulan

januari, seawal bulan april kami akan duduk berbincang dan memikirkan tema AJL akan

datang segala teknik baru dan benda baru yang ada dalam pasaran kami selalunya akan

cuba mengkaji dunia berkenaan agar sesuai untuk digunakan dalam tema AJL yang akan

datang. AJL ini tidak boleh diketepikan kerana selagi komposer yang terdapat di

Malaysia ni mengangkat lagu tempatan selagi itu AJL ini kekal relevan dilakukan. Jadi

AJL berperanan sebagai mengangkat komposer dan penyanyi ke atas, jadi kami akan

pastikan AJL ni akan sentiasa menarik dan menghiburkan semua orang.

Pengkaji: Apakah medium tambahan yang digunakan dalam mempromosikan

AJL?

Responden: Sidang media memang penting untuk digunakan sebagai platform proses

promosi. Televisyen memang digunakan sebagai promosi dan ianya sentiasa berputar di

iklan kerana AJL merupakan program dibawah siaran rangkaian TV3. Bagi platform

digital media, kami memang memberi keutamaan pada Istagram, Twitter dan Facebook

sebagai platform paling utama kerana ia merupakan populasi perkembangan dunia yang

terkini. Selain itu, langkah-langkah yang diambil utuk promosi contohnya kamu

mengadakan showcase yang melibatkan kesemua finalis AJL bagi tujuan

mempromosikan lagu mereka disamping membantu mempromosikan AJL secara

langsung. Siaran radio juga memainkan peranan penting seperti Hot FM, Kool FM, dan

Fly FM dalam tujuan promosi dimana mereka akan mempromosikan AJL selama ianya

diperlukan.

Pengkaji : Macam yang saya lihat, terdapat juga sesetengah pihak membuat video

busking dan ada juga siaran radio seperti Kool FM membuat video nyanyian yang

melibatkan DJ radio mereka dengan menyanyikan keseluruhan lagu-lagu finalis. Adakah

itu di kira satu promotion?

Responden: Pn Aida Azira

Page 101: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Ada yang sesetengah itu langkah dari pihak mereka sendiri. Macam Kool FM itu

merupakan inisetif mereka sendiri untuk membuat video. Masuk je bulan Januari di

media prima ini ibarat mulanya sesi berkempen. Jadi semua department yang ada

didalam Media Prima akan membuat tugasan promosi seperti Meet & great, busking,

membuat video nyanyian masing-masing. Selain itu melalui rancangan muzik-muzik

juga tidak ketinggalan kerana mereka juga akan membuat promosi. Jadi acara kempen

ini setiap tahun tidak sama dan ianya inisetif pihak memasing,

Pengkaji : Bilakah AJL dijalankan?

Responden: En Zamzuri, En Daniel

AJL selalunya akan diadakan pada bulan Januari dalam setiap tahun. Jika ia lewat

dijalankan bermakna terdapat sedikit masalah teknikal seperti pemilihan tempat dan

sebagainya. Untuk AJL 32 pada tahun ini ia dijalankan pada bulan febuari kerana

terdapat masalah teknikal,

Pengkaji: Bilakah mulanya pihak produksi AJL akan membuat persiapan

keseluruhan AJL dari segi penghasilan promosi dan sebagainya?

Responden: Pn Aida Azira

Tugasan kami akan bermula pada bulan april untuk membincangkan keseluruhan aspek

dalam pengurusan. Untuk promosi keseluruhan akan bermula pada bulan december dan

januari. Jadi semua bahagian yang terdapat didalam Media Prima akan mengambil

bahagian tersendiri. Kami sebagai kepala hanya memantau keseluruhan promosi yang

dijalankan.

Pengkaji : Kenapa TV3 menjadikan AJL sebagai sebuah acara gemilang dan ia sentiasa

dinantikan oleh penonton dan semua krew produksi dan kenapa AJL sangat memainkan

peranan yang besar dalam memberi pengiktirafan kepada barisan penyanyi dan

komposer lagu?.

Page 102: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Responden : Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Sebab AJL merupakan satu program yang paling berprestij dalam mengangkat lagu-lagu

ciptaan tempatan. Kita tidak boleh matikan dia. Sebab kalau kami matikan AJL ini

bermakna industri muzik kita tidak akan berkembang dengan pesat. AJL merupakan

platform yang sangat baik dan berguna untuk artis-artis baharu yang sudah mempunyai

album atau tidak untuk mereka tingkatkan taraf kehidupan diri. Kalau kita tengok dari

dahulu lagi kuasa AJL kepada seseorang penyanyi apabila mereka berjaya melangkah ke

pentas akhir AJL market mereka automatik akan naik kerana agak sukar untuk

memasuki AJL. Jadi tidak mustahil setiap komposer akan memandang kehadapan dalam

penghasilan lagu yang berkualiti untuk dapatkan tempat memasuki AJL. Jadi apabila

mereka gagal untuk mendapat tempat ke peringkat akhir iaitu pentas AJL, semestinya

mereka akan berasa sedikit ralat dan mustahil tidak kecewa. Jadi ini macam rezeki,

apabila mereka menghasilkan lirik yang berkualiti berkemungkinan besar akan layak ke

peringkat akhir. Situasi ini akan menyebabkan mereka lebih teguh dalam usaha untuk

memasuki pentas AJL.

Pengkaji : Jika kita lihat, penerimaan masyarakat terhadap AJL semakin kurang dari segi

penonton dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa, Kenapa situasi ini boleh berlaku

dalam konteks pandangan tuan/puan?.

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Dalam pengurusan AJL setiap percalonan lagu di terima masuk. Kita menerima setiap

percalonan lagu daripada setiap artis dan komposer yang menghantar lagu mereka.

Berdasarkan penghantaran itu pihak pengurusan akan memilih, jadi berdasarkan lagu

yang diputarkan di radio dan mendapat permintaan pendengar luar melalui carta undian

penonton kita dapat menyenarai pendek 30 buah lagu yang dicalonkan untuk saringan

terakhir. Maksudnya melalui percalonan mingguan muzik-muzik kita akan berikan carta

mingguan kemudian kita kita calonkan 30 buah lagu. Jadi muzik-muzik adalah ramuan

kepada semua undian–undian itu sampailah ke semi final muzik-muzik. Semi final

Page 103: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

muzik-muzik yang memilih lagu-lagu untuk ke AJL adalah juri. Juri-juri yang bertauliah

dapat mendengar dan menilai lagu yang layan untuk ke AJL. Pemilihan ini bukan main

pilih sahaja. Bukan kerana lagu itu popular di corong radio dan ia main masuk sahaja. Ia

secara keseluruhan melalui juri yang mampu menilai teknikal, tempoh dalam lagu,

keberkesanan dalam penghasilan lirik dan yang lain dalam pemilihan lagu yang layan ke

AJL tapi bergantung kepada rezeki dimana tidak semestinya lagu tersebut popular dan

jumlah downlood yang ramai lagu ini layak ke AJL. Orang hantar percalonan, dan kita

dari pihak production membuka kepada public vote dan orang awam juga layak

memilih. Jadi dari percalonan pilihan dan juri lah membawa lagu tersebut ke semi final

dan langkah terakhir adalah AJL. Semasa semi final juga nyanyian dan lirik lagu mereka

juga masih dinilai oleh juri. Jadi setiap juri mempunyai tanggungjawab yang besar

dalam memastikan AJL membawa lagu yang berkualiti.

Pengkaji : Sejak AJL mula dijalankan, berapakah banyak tempat yang digunakan dalam

menjalankan acara ini? Dan berapa banyak perubahan AJL sudah dikemas kini, dan

adakah ianya mengikut perkembangan moden dalam penghasilan pentas, penggunaan

lighting dan sebagainya.?

Responden : : Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Terdapat 8 stadium AJL pernah melangsungkan siaran di sana. dan stadium yang paling

banyak selama tempoh 32 tahun AJL bertapak dalam dunia muzik malaysia ialah Axiata

Arena, Bukit Jalil. Bagi perubahan , setiap tahun AJL mengalami perubahan mengikut

trend semasa untuk menampilkan ia lebih segar dan tidak ditelan lapuk. Perkembangan

dalam pengunaan lighting dan teknikal mempunyai perubahan kerana kebanyakan

sistem telah diperbaharui oleh media prima sendiri selaku pihak yang bertanggungjawab

dalam memastikan ia diselenggara dengan baik. Bagi penghasilan pentas juga kami akan

pastikan ia bersesuian dengan masa kini dari segi design, saiz pentas dan penggunaaan

lampu LED yang menarik bagi menampilkan impak besar dalam penghasilan pentas.

Page 104: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Temu Bual Bersama Penonton Yang Hadir Ke Anugerah Juara Lagu 32 (AJL)

En Azli Bin Abdul Aziz.

Alamat – No 113 Jalan Kasturi 4D, Seksyen BB8 Bukit Beruntung, 48300 Rawang

Selagor Darul Ehsan.

Tempat Pengajian : UITM Kampus Jengka, Pahang.

Fakulti : Civil Engineering

Pengkaji :

Seperti yang En lihat dan tonton AJL sebeleum-sebelum ini, dan dibandingkan pula

dengan AJL32 yang en hadir dan lihat secara live dari segi persiapan dari A-Z di Arena

Axeata ni, pada pendapat encik apa impak yang paling besar sehingga menyebabakan

encik sendiri ingin turun atau tonton AJL ni setiap tahun. Tapi bila AJL ni encik

berminat untuk turun adakah disebabkan promosi AJL yang menarik dan boleh dianggap

gempak atau finalis untuk tahun ni En berminat sangat-sangat atau disebabkan lagu-lagu

yang tercalon adalah senarai lagu yang en sendiri minat. Dan adakah en tertarik dengan

setiap tahun tema yang dibawa oleh AJL?

Informan :

pada pendapat saya, keinginan saya untuk turun ke AJL setiap tahun adalah disebabkan

oleh minat saya yg mendalam tehadap bidang muzik disamping menyokong artis

kegemaran saya, bagi saya ianya acara tahunan yang mesti kita hadir atas dasar

menyokong industri seni tanah air. Kalau cakap dari segi tema yang AJL tampil pada

tahun ini, memang betul saya agak tertarik dengan tema Fesyen dan Muzik yang cuba

ditonjolkan pada tahun ini. Sebab melalui muzik juga mampu melahirkan fesyen yang

unik. Untuk promosi juga boleh dikatakan punca utama untuk saya turun melihat AJL

dengan lebih dekat sebab saya tertarik dengan promosi AJL yang saya tengok di TV dan

dihadapan sogo. Macam di Sogo hari itu dia menampilkan semua finalis AJL dan

mereka bernyanyi secara live tanpa muzik yang kuat juga sedap. Sebab itu saya sanggup

Page 105: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

beratur 9 feb 2018 jumaat lepas untuk mendapatkan ticket AJL yg limited sebab promosi

mereka sentiasa gempak.

Pengkaji :

Untuk kekuatan teknikal seperti audio bass, adakah bagi En Azli merasakan ianya sedap

didengari dan adakah En merasa puas hati dengan kekuatan teknikal didalam AJL? Dan

apa pendapat en bagi lokasi ajl ini diadakan adakah ia sesuai dan selesa untuk diadakan

pada akan datang?

Informan :

Dari segi teknikal, semua berjalan dengan lancar dan pada pendapat saya yang kurang

mahir mengenai teknikal ni, semuanya sedap didengari dan tiada masalah teknikal

sepanjang bermula sehinggalah penghujung AJL. Jadi kita boleh nampak kekuatan krew

production dalam memastikan teknikal berjalan dengan baik dan tidak memekik

ditelingan penonton. Untuk pemilihan tempat yang boleh dikatakan tepat dan sesuai

disebabkan akses kemudahan awam yang dekat, serta fasiliti yang sempurna yang

mampu tampung crowd ( penonton ) yang ramai dan berdekatan dengan station LRT

memudahkan orang awam naik pengangkutan awam.

Pengkaji :

Kalau en azli lihat dari segi penggunaan lampu LED yang digunakan adakah en rasa

tertarik dengan susunan dan pancaran lampu yang dipancarkan?

Dari segi sistem lighting yang dipancarkan ia sgt sempurna dengan sistem lampu yang

kuat dan cantik disusun pada setiap penyanyi. Contoh persembahan orang pertama

menggunakan LED yang coraknya berbeza dengan persembahan kedua dan seterusnya.

Semuanya bagi saya berjalan dengan lancar. Cuma kekurang pada AJL kali ni adalah

kawasan red carpet yang kurang serta kecil namun ianya telah diselesaikan dengan

persedian pentas di luar arena.

Lampiran 4

Page 106: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika
Page 107: STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN Fakulti … PENGURUSAN TV3 FT.pdf · Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran Datuk Ahmad Merican yang ketika

Suasana dalam dan luar Stadium semasa Anugerah Juara Lagu 32

(Sumber: Kajian Lapangan)