· web viewaktiviti janm terengganu sambutan hari keluarga kelab sukan dan kebajikan jabatan...

4
AKTIVITI JANM TERENGGANU SAMBUTAN HARI KELUARGA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI TERENGGANU Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu telah menganjurkan sambutan Hari Keluarga Tahun 2016 di Scout Inn Resort, Kuala Terengganu pada hari Sabtu, 6 Ogos 2016. Sambutan disertai oleh 64 pegawai dengan bilangan keseluruhan pegawai dan ahli keluarga seramai 220 orang. Perasmian sambutan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu, Encik Lau Kar Who dan Timbalan Pengarah (Pemantauan) merangkap Timbalan Pengerusi Kelab, Encik Mazlan bin Muda. Objektif penganjuran sambutan ini ialah: Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pegawai dan ahli keluarga Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan Meredakan tekanan dan stress dengan bebanan tugas di pejabat Penerapan nilai-nilai SPECIAL di kalangan pegawai JANM Sambutan Hari Keluarga dimulakan tepat jam 8:45 pagi dengan upacara senamrobik yang diketuai oleh Encik Jamaluddin dan Encik Syaharuddin selaku AJK Kelab. Seterusnya perasmian sambutan Hari Keluarga dan diikuti acara sukaneka untuk anak-anak pegawai dan pegawai bersama pasangan. Sambutan juga diserikan dengan upacara teka kacang, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah sukaneka. Majlis berakhir jam 1:30 petang dengan upacara makan tengahari dan menu istimewa adalah kambing golek dan penampilan chicky KFC . Pegawai/ ahli kelab mendaftar di Meja Perasmian disempurnakan Pengerusi dan Timbalan

Upload: nguyendang

Post on 15-Mar-2018

245 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewAKTIVITI JANM TERENGGANU SAMBUTAN HARI KELUARGA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI TERENGGANU Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara

AKTIVITI JANM TERENGGANU

SAMBUTAN HARI KELUARGA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI TERENGGANU

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu telah menganjurkan sambutan Hari Keluarga Tahun 2016 di Scout Inn Resort, Kuala Terengganu pada hari Sabtu, 6 Ogos 2016. Sambutan disertai oleh 64 pegawai dengan bilangan keseluruhan pegawai dan ahli keluarga seramai 220 orang.

Perasmian sambutan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu, Encik Lau Kar Who dan Timbalan Pengarah (Pemantauan) merangkap Timbalan Pengerusi Kelab, Encik Mazlan bin Muda.

Objektif penganjuran sambutan ini ialah:

Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pegawai dan ahli keluarga Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan Meredakan tekanan dan stress dengan bebanan tugas di pejabat Penerapan nilai-nilai SPECIAL di kalangan pegawai JANM

Sambutan Hari Keluarga dimulakan tepat jam 8:45 pagi dengan upacara senamrobik yang diketuai oleh Encik Jamaluddin dan Encik Syaharuddin selaku AJK Kelab. Seterusnya perasmian sambutan Hari Keluarga dan diikuti acara sukaneka untuk anak-anak pegawai dan pegawai bersama pasangan. Sambutan juga diserikan dengan upacara teka kacang, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah sukaneka. Majlis berakhir jam 1:30 petang dengan upacara makan tengahari dan menu istimewa adalah kambing golek dan penampilan chicky KFC

.

Pegawai/ ahli kelab mendaftar di Meja Pendaftaran

Perasmian disempurnakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kelab

Page 2: · Web viewAKTIVITI JANM TERENGGANU SAMBUTAN HARI KELUARGA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI TERENGGANU Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara

memastikan sambutan Hari Keluarga

Page 3: · Web viewAKTIVITI JANM TERENGGANU SAMBUTAN HARI KELUARGA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI TERENGGANU Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara

Tajuk program/ aktiviti :

Sambutan Hari Keluarga Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu

    Tarikh, masa dan tempat

6 Ogos 2016 (Sabtu), jam 8:30 pagi – 1:30 petang bertempat di Scout Inn

Resort, Kuala Terengganu

    Bilangan peserta yang terlibat

64 orang Pegawai JANM Terengganu dan jumlah keseluruhan termasuk ahli keluarga seramai 220 orang

    Objektif/ matlamat program

Mengeratkan hubungan silaturrahim sesame pegawai dan ahli keluarga Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan semasa penganjuran sambutan Meredakan tekanan dan stress dengan bebanan tugas di pejabat Penerapan nilai-nilai SPECIAL di kalangan pegawai JANM

    Implikasi terhadap perkhidmatan/ tentatif program sepanjang diadakan

Penerapan nilai-nilai SPECIAL terutamanya elemen espirit de corp, iaitu

bekerjasama sebagai satu pasukan bagi membentuk semangat kekitaan

(sense of belonging) untuk mencapai visi dan misi.

Acara sukaneka ~ mengutip gula-gula untuk kanak-kanak bawah 3 tahun

Chicky KFC turut memeriahkan majlis