view

91
KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM), UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2007

Upload: wee-yong-kee

Post on 21-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: View

KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN

SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM),

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2007

Page 2: View

KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN

SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM),

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN

Penulisan Ilmiah Ini Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat Untuk Memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan

Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

2007

Page 3: View

KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN

SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM),

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Oleh

KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN

Pensyarah Penyelia/Penasihat:

PUAN NOOR AIWA BINTI ROSMAN

Latihan Ilmiah Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Ketetapan Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah

Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris

2007

Page 4: View

ii

PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa hasil kerja ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-

nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

…………………………………………………….. KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN

D20032016996

....................... Tarikh

Page 5: View

iii

PENGESAHAN

Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

……………………………………………………. (PUAN NOOR AIWA BINTI ROSMAN)

PENYELIA

Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah

2007

Page 6: View

iv

PENGESAHAN

Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

…………………………………

(PUAN NUR HAZIYANTI BT. MOHAMAD KHALID )

PENYELARAS

Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah

2007

Page 7: View

v

DEDIKASI

Teristimewa untuk Pa yang disayangi, Abd Rahman bin Ishak yang sentiasa memberi dorongan dan semangat.

Teristimewa untuk Ma yang tercinta, Meriam binti Abdullah

yang sentiasa memahami dan merestui pengorbanan ini.

Terima kasih ke atas segala kasih sayang dan pengorbanan mu selama ini ….

Insyaallah berkat kesabaranmu dalam mendidikku, akan kubalas dengan kejayaan yang bakal ku miliki

tidak lama lagi………

Untuk yang dikasihi kakak dan adik tersayang, Roslita, Rosnani, Rahmah, Rahim, Tholib dan Nordin

yang menjadi pemangkin untuk diriku berjaya. Semoga kalian menjadi insan dalam hidup….

Ingatlah setiap pengorbanan Pa dan Ma selama ini….

Untuk ahli keluarga, teman rumah sewa 24, Taman Segar, sahabat handai NADI dan teman tercinta

yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang sepenuhnya.

Khas untuk semua pensyarah dan pembantu Sukan, Fakulti Sains Sukan yang banyak membantu diriku menimba ilmu dan tidak

jemu-jemu memberi semangat.

Kesabaran, pengorbanan dan jasa kalian tidak ternilai, doa serta sokongan semua merupakan sumber inspirasi dan motivasi

untukku menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.

Terima Kasih

Page 8: View

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah……. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya yang

memberikan ilmu pengetahuan dan kekuatan diri serta dengan izinNya dapatlah saya

menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Jutaan terima kasih saya tujukan khas untuk pensyarah penyelia, Pn Noor

Aiwa binti Rosman yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan serta

bimbingan untuk saya menyiapkan penulisan ilmiah ini. Penghargaan dan ucapan

terima kasih juga saya ucapkan kepada Pn Nur Haziyanti bt. Mohamad Khalid selaku

penyelaras QSS 4103, Program Pendidikan Sains Sukan di atas sumbangan ilmu

pengetahuan serta tunjuk ajar sepanjang saya mengikuti kursus ini.

Terima kasih juga saya tujukan kepada semua pensyarah, tutor dan pembantu

sukan, Fakulti Sains Sukan yang banyak membantu dan memberikan ilmu dalam

menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Terima kasih juga saya tujukan untuk pemain hoki UPSI yang banyak

membantu dan memberikan kerjasama dalam menyiapkan kajian ini.

Seterusnya, setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan NADI dan

Fasilitator UPSI yang tidak lokek untuk bersama-sama berkongsi maklumat dan

pendapat dalam usaha menyiapkan penulisan ini. Akhir sekali, saya mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

Page 9: View

vii

dalam membantu saya menyiapkan penulisan ilmiah ini. Semoga Allah S.W.T

membalas jasa kalian.

Kamariah Bt Abd Rahman

Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Page 10: View

viii

KANDUNGAN

Muka surat

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

SENARAI LAMPIRAN x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

ABSTRAK xiii

BAB

I. PENDAHULUAN

Pengenalan 1

Pernyataan Masalah 7

Hipotesis Kajian 8

Objektif Kajian 9

Persoalan Kajian 10

Kepentingan Kajian 10

Definisi Operasional 11

II SOROTAN LITERATUR 13

III METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan 20

Reka Bentuk Kajian 21

Kerangka Konseptual 22

Populasi dan Persampelan 23

Page 11: View

ix

Lokasi Kajian 23

Sampel Kajian 24

Limitasi Kajian 24

Instrumen Kajian 26

Pengumpulan Data 34

Analisis Data 34

IV ANALISIS DATA 36

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Perbincangan 45

Kesimpulan 48

Cadangan 49

RUJUKAN 52

LAMPIRAN 55

Page 12: View

x

SENARAI LAMPIRAN

Muka surat

LAMPIRAN A Skor Mentah Ujian Pra Latihan Jeda

Yang Dijalankan Ke Atas Pemain

Hoki Perempuan MASUM. (Kumpulan X) 56

LAMPIRAN B Skor Mentah Ujian Pasca Latihan Jeda

Yang Dijalankan Ke Atas Pemain

Hoki Perempuan MASUM. (Kumpulan X) 58

LAMPIRAN C Skor Mentah Ujian Pra Bagi Kumpulan Y 60

LAMPIRAN D Skor Mentah Ujian Pasca Bagi Kumpulan Y 62

LAMPIRAN E Program Rancangan Latihan Jeda

Selama Enam Minggu Bagi Atlet Hoki

MASUM UPSI 64

LAMPIRAN F Borang Kebenaran Mengambil Pelajar Sains Sukan

Sebagai Subjek Kajian 67

LAMPIRAN G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Kelab Hoki Universiti Pendidikan Sultan Idris 71

LAMPIRAN H Borang Maklumat Diri 73

LAMPIRAN I Borang Ujian Bleep 75

Page 13: View

xi

SENARAI JADUAL

Muka Surat

Jadual 3.1T Menunjukkan Nilai Kadar Pengambilan Oksigen

TMaksimum (Vo2 Max) Bagi Ujian Kecergasan

TBerperingkat. Ia Telah Dibangunkan Oleh

TJabatan Pendidikan Fizikal Dan Sains Sukan

TUniversiti Loughborough, 1987.T 29

Jadual 3.2 Tahap Pencapaian Bagi Perempuan 30

Jadual 4.1 Skor Purata Dan Sisihan Piawai (Vo2 Max) Ujian Bleep

Bagi Kumpulan X Dan Y Semasa Ujian Pra 38

Jadual 4.2 Skor Purata Dan Sisihan Piawai (Vo2 Max)

Ujian Bleep Bagi Kumpulan X Dan Y

Semasa Ujian Pasca 39

Jadual 4.3 Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan

Kardiovaskular Dalam Ujian Pra Dan

Ujian Pasca Bagi Kumpulan X Dan Y 40

Jadual 4.4 Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan

Kardiovaskular Dalam Ujian Pra 41

Jadual 4.5 Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan

Kardiovaskular Dalam Ujian Pasca 42

Jadual 4.6 Analisis T Berdasarkan Ujian Pra Dan Ujian Pasca

(Ujian Bleep) Bagi Latihan Jeda 43

Page 14: View

xii

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

Rajah 1 Kerangka Konseptual 22

Page 15: View

xiii

Abstrak Latihan Ilmiah Yang dikemukakan

Kepada Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sebagai Memenuhi Keperluan Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah Untuk Memperolehi

Ijazah Sarjanamuda Sains Sukan

KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN

SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Oleh

KAMARIAH BT ABD RAHMAN

2007

Pensyarah Penyelia : Puan Noor Aiwa Binti Rosman

Penyelaras : Puan Nur Haziyanti Bt. Mohamad Khalid

Fakulti : Fakulti Sains Sukan,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan latihan Jeda terhadap peningkatan

daya tahan kardiovaskular pemain hoki perempuan Kejohanan Sukan Antara

Universiti Malaysia (MASUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Subjek

kajian terdiri daripada 30 orang. 15 orang adalah pemain hoki mewakili X bagi

kumpulan eksperimen dan 15 orang lagi mewakili Y bagi kumpulan kawalan (bukan

Page 16: View

xiv

atlet). Kumpulan X menjalani program latihan Jeda selama enam minggu manakala

kumpulan Y tidak menjalani latihan.

Kedua-dua kumpulan menjalankan ujian pra dan pasca. Instrumen kajian yang

digunakan ialah ujian bleep. Keputusan kajian mendapati purata yang diperolehi

kumpulan X semasa ujian pra untuk VO2 max ialah 23.03 + 2.89 ml./kg./min,

manakala ujian pasca pula memberi nilai purata 34.59 + 1.69 ml./kg./min.

Purata ujian pra dan ujian pasca kumpulan X telah dilakukan dengan analisis

ujian t ( p< 0.05 ). Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan

dalam daya tahan kardiovaskular pemain hoki. Kajian ini mendapati bahawa tahap

kecergasan daya tahan kardiovascular pemain hoki. meningkat setelah mengikuti

program latihan Jeda selama enam minggu. Kesimpulannya adalah program latihan

Jeda memberi kesan yang positif terhadap peningkatan daya tahan kardiovaskular.

Page 17: View

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Sukan hoki adalah antara sukan paling popular di dunia dan di Malaysia sendiri

khasnya dan juga merupakan salah satu jenis sukan yang diminati ramai pada masa ini

terutama bagi pelajar-pelajar di sekolah. Malahan di kebanyakan sekolah terdapat

kemudahan padang untuk permainan hoki. Pertandingan hoki telah banyak dianjurkan

di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara. Setiap tahun Majlis Sukan Sekolah-

Sekolah Malaysia (MSSM) telah berjaya mencungkil bakat baru atlet dalam

permainan hoki. Namun demikian, apakah yang menyebabkan kejayaan sesuatu

pasukan hoki semasa bertanding? Salah satu faktor ialah keupayaan daya tahan

kardiovaskular seseorang yang berkaitan dengan kecekapan degupan jantung dan

pengeluaran tekanan darah dalam pengambilan oksigen maksimum semasa bermain

Page 18: View

2

(petikan Julismah Jani, Shaharudin Abd Aziz, Ruaibah Yazani, Nelfianty Mohd

Rasyid & Jeffery Low Fook Lee, 2006).

Daya tahan kardiovaskular adalah satu kriteria yang penting dalam memberi

gambaran dan menjadi pengukur terhadap prestasi atlet sukan hoki. Corbin dan

Lindsey (1994), mendefinisikan daya tahan kardiovaskular sebagai keupayaan

jantung, khususnya salur darah dan sistem respiratori dalam menyalurkan tenaga

khususnya oksigen (O2) ke otot-otot dan keupayaan otot menggunakan tenaga tersebut

bagi menampung sesuatu aktiviti senaman. Astrand (1977) pula menyatakan bahawa

daya tahan kardiovaskular sebagai isipadu oksigen maksimum yang digunakan semasa

aktiviti fizikal. Kadar pengambilan oksigen yang maksimum oleh seseorang adalah di

anggap petunjuk terbaik bagi menentukan daya tahan kardiovaskular.

Menurut Powers dan Howley (2004), daya tahan kardiovaskular adalah

kebolehan tubuh badan untuk menghantar oksigen ke seluruh anggota badan bagi

menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam menjalani aktiviti fizikal. Latihan yang

sewajarnya perlu untuk meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular

supaya dapat memaksa anggota badan menghasilkan kerja dengan menggunakan

jumlah oksigen yang maksimum. Dengan variasi latihan, badan dapat menyesuaikan

struktur dan fungsinya supaya dapat membenarkan sistem kardiovaskular menghantar

jumlah oksigen yang maksimum ke anggota tubuh yang bekerja dan meningkatkan

penggunaan oksigen.

Page 19: View

3

Dalam membina program kecergasan untuk pemain hoki, perkara yang paling

utama perlu dititik beratkan adalah aspek penggunaan sistem tenaga oleh pemain.

Dalam sukan hoki, pemain perlu berterusan bergerak aktif sepanjang masa permainan,

di mana sepanjang waktu tersebut pemain bukan sahaja perlu menggunakan kekuatan

daya tahan kardiovaskular mereka semaksimum mungkin, bahkan perlu juga

mempamerkan ketangkasan dan kepantasan dalam permainan bagi menjamin

kemenangan. Dari segi aplikasi sistem tenaga, aksi berlari perlahan kemudian diikuti

pecutan secara tiba-tiba dan kemudian berhenti atau bergerak pantas ke sisi dan

pelbagai gerakan lagi dalam kadar intensiti yang berbeza menunjukkan bahawa

pemain hoki menggunakan ketiga-tiga sistem tenaga yang ada secara bergilir-gilir.

Apa yang pasti sistem tenaga anaerobik mengikut kajian mendominasi 70% daripada

proses penghasilan tenaga berbanding dengan sistem tenaga aerobik yang hanya 30%

sahaja penggunaannya sepanjang minit permainan. Ini jelas berbeza dengan pendapat

tradisional bahawa sukan hoki menggunakan sistem tenaga aerobik melebihi sistem

tenaga anaerobik. Perbezaan kefahaman mengenai sistem tenaga inilah yang pada

akhirnya akan mendorong pemilihan bentuk kaedah latihan yang kurang tepat (petikan

Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Untuk memastikan pembinaan program latihan mengambil kira semua aspek,

analisa penggunaan kaedah latihan yang mana yang bersesuaian boleh dibuat

mengikut komponen asas kecergasan dan juga penyesuaiannya dengan sistem tenaga

yang terlibat (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Page 20: View

4

Mengikut Bompa (1994), latihan Jeda adalah satu kaedah kerja atau senaman

yang melibatkan satu siri latihan kerja yang pendek (antara 30 hingga 90 saat) tetapi

berulang-ulang dan diselang-seli dengan masa rehat yang ditetapkan terlebih dahulu.

Jeda rehat yang terdapat di antara setiap aktiviti ini dapat mengurangkan kelesuan. Ini

menyebabkan seseorang atlet atau individu itu dapat memulihkan tenaga dan

seterusnya meningkatkan prestasinya.

Jika mengikut kaedah periodisasi dalam pembinaan program latihan, asas yang

pertama yang perlu dibina adalah dari segi kekuatan daya tahan kardiovaskular. Secara

tradisi, kita biasanya akan menggunakan kaedah larian secara berterusan untuk

jangkamasa seperti 30 minit dan ke atas sebagai salah satu kaedah yang diberi

keutamaan. Namun bagi pemain yang sudah mempunyai asas latihan kaedah latihan

untuk pembinaan kekuatan daya tahan kardiovaskular juga boleh sahaja terus

menggunakan kaedah interval ataupun latihan Jeda (petikan Nur Ikhwan Mohamad

MSc, 2006).

Dari sudut penggunaan sistem tenaga, latihan peringkat paling asas perlu

menitikberatkan peningkatan prestasi dari segi aplikasi sistem tenaga aerobik

berteraskan kapasiti (aerobic capacity), maksudnya kaedah latihan yang bagaimana

akan meningkatkan kapasiti pengambilan oksigen oleh badan dalam satu-satu masa.

Di sini, sekiranya latihan Jeda digunakan, nisbah masa di antara masa rehat dan masa

aktiviti boleh sahaja diletakkan contohnya antara 1:2 atau 1:3. Apa yang dimaksudkan

di sini, waktu rehat yang pendek bagi masa aktiviti yang panjang. Tempoh

keseluruhan latihan Jeda ini boleh sahaja seminima 15 minit keseluruhan atau 30 minit

Page 21: View

5

keseluruhan. Nisbah masa rehat dan masa aktiviti juga boleh di bina seperti 2:4 atau

2:3 rehat yang lebih panjang biasanya diberikan kepada peringkat awal permulaan

latihan. Kesemua nisbah yang diberikan boleh sahaja mewakili saat atau minit

(petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Kebaikan latihan Jeda berbanding latihan larian berterusan untuk pembinaan

daya tahan kardiovaskular dan sistem tenaga aerobik pemain adalah latihan Jeda lebih

mirip kepada bentuk larian yang perlu dibuat oleh pemain dalam pertandingan yang

sebenar. Ianya juga dari segi sistem tenaga akan membantu meningkatkan pembinaan

kuasa aerobik (aerobic power) berbanding kapasiti aerobik sahaja oleh sistem latihan

larian berterusan (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Apabila membincangkan kesesuaian latihan Jeda untuk pembinaan sistem

tenaga aerobik dan daya tahan kardiovaskular, antara persoalan yang timbul adalah

penggunaan jarak (distance) berbanding masa (duration). Latihan seperti latihan

Fartlek atau ulang alik 100m (back-to-back) menumpukan kepada penggunaan jarak

berbanding masa sebagai alat pengukur intensiti latihan. Latihan seperti ini masih

diterima namun kekurangan yang pasti adalah, dalam pembelajaran berkaitan sistem

tenaga, kita sudahpun mengetahui bahawa sistem tenaga aerobik dan anaerobik

mempunyai tempoh aplikasi yang tertentu, contohnya sistem tenaga anaerobik a-laktik

akan hanya mampu bertahan antara 8-10 saat. Bagi aerobik pula, latihan yang

menumpukan pada latihan seperti larian berterusan 30 minit akan meningkatkan daya

tahan aerobik kapasiti berbanding aerobik kuasa yang diperlukan oleh pemain hoki.

Page 22: View

6

Oleh itu, penggunaan jarak kadangkala tidak bersesuaian kerana ada

sesetengah pemain boleh sahaja menghabiskan jarak 100m contohnya dalam masa 12

hingga 13 saat setiap larian sementara yang lain pula akan mungkin mneghabiskan

jarak yang sama dalam tempoh 14 hingga 17 saat setiap larian sepanjang 30 minit.

Perbezaan masa ini akan meyebabkan ada pemain mungkin tidak mencapai objektif

sebenar latihan pada hari tersebut. Penggunaan masa sebagai pengawal intensiti dilihat

lebih tepat kerana jika latihan dibuat mengelilingi padang contohnya, jarak berapa

jauh setiap individu mampu habiskan dalam tempoh masa yang diberi tidak penting,

yang lebih utama adalah untuk terus berlari sepanjang tempoh masa yang diberi

sehingga tibanya masa untuk rehat (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Mengikut pemahaman, penyelidik berpendapat bahawa penggunaan ‘bleep

test’ (Multistage Fitness Test) untuk mengukur tahap kecergasan pemain adalah lebih

tepat berbanding penggunaan larian 2.4 km yang sebenarnya mungkin lebih

bersesuaian untuk mengukur tahap kecergasan populasi bukan atlet atau atlet rekreasi

berdasarkan kajian yang telah dibuat. Ini kerana ‘bleep test’ mempunyai ciri-ciri yang

menyamai sistem tenaga dan bentuk larian yang perlu dilakukan oleh pemain sewaktu

pertandingan peringkat tinggi (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

Sebagai kesimpulan, semua sukan memerlukan bentuk latihan dan program

yang ingin dibina berteraskan pengetahuan kita mengenai asas yang utama iaitu

komponen kecergasan, sistem tenaga, asas nutrisi, asas kecederaan sukan, asas

anatomi dan fisiologi tubuh manusia, psikologi, biomekanik dan pengetahuan yang

mendalam mengenai sukan terbabit. Pengalaman terlibat secara langsung dalam sukan

Page 23: View

7

terbabit akan memberikan lebih kelebihan dalam memahami keperluan dan kehendak

fizikal, emosi dan mental sukan tersebut (petikan Nur Ikhwan Mohamad MSc, 2006).

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Menurut Mohd Majid Konting (2004), pernyataan masalah adalah masalah yang

terpilih untuk dikaji, perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas. Pernyataan masalah

yang berkesan biasanya menjelaskan dengan sendiri apa yang hendak dikaji,

bagaimana hendak mengkajinya dan setakat mana ia perlu dikaji.

Terdapat pelbagai kaedah latihan yang dicipta pada masa kini dan setiap

kaedah latihan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh itu, pemilihan

kaedah latihan yang digunakan amat penting dalam membentuk tahap kecergasan

kardiovaskular.

Hasil daripada pengamatan dan pemerhatian penyelidik, didapati bahawa

pemain hoki perempuan UPSI seringkali terumbang– ambing dalam setiap kejohanan

yang disertai. Pencapaian pasukan hoki perempuan UPSI juga kurang

memberansangkan. Permasalahan sekarang apakah punca sebenar pemain hoki

perempuan UPSI menghadapi keadaan sedemikian. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk

mengenalpasti dan membandingkan tahap kecergasan fizikal pemain hoki perempuan

UPSI yang dipilih melalui latihan Jeda yang dilakukan. Justeru itu, diharapkan

dengan kesedaran tentang pendekatan yang berasaskan saintifik ini, pemain-pemain

Page 24: View

8

hoki dapat menjalani satu program latihan yang intensif untuk meningkatkan lagi

pencapaian dan prestasi mereka dalam permainan hoki

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau

saranan sementara sebagai penyelesaian masalah . Hipotesis membolehkan penyelidik

mengaitkan teori dengan cerapan. Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai

hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Bukti daripada cerapan penyelidikan

akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan

(Mohd Majid Konting, 2004).

Berdasarkan masalah kajian yang telah dikenalpasti dengan ini penyelidik ingin

mengemukakan hipotesis kajian seperti berikut:

Ho -Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan latihan Jeda terhadap

peningkatan daya tahan kardiovaskular ke atas pemain hoki perempuan MASUM

dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Page 25: View

9

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Menurut Mohd Majid Konting (2004), selepas sesuatu masalah dikenalpasti dan

mempunyai potensi serta mempunyai nilai untuk dikaji, penyelidik perlu menyatakan

objektif penyelidikan bagi masalah tersebut dengan jelas. Objektif penyelidikan

merupakan tujuan khusus yang perlu dicapai bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Objektif yang jelas bukan sahaja menunjukkan apa yang hendak dicapai tetapi juga

memandu penyelidik bagaimana dan bila hendak mencapainya.

Objektif kajian yang dijalankan oleh penyeldik ialah:

i. Untuk mengenalpasti sejauhmana latihan jeda sesuai digunakan untuk

meningkatkan daya tahan kardiovaskular pemain hoki perempuan

MASUM.

ii. Untuk mengenalpasti masalah dalam melaksanakan program latihan dan

tahap kecergasan pemain hoki perempuan MASUM Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Page 26: View

10

1.5 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah program latihan yang di tetapkan (intensiti, frenkuensi dan tempoh

latihan) sesuai dengan tahap kecergasan pemain hoki perempuan MASUM

Universiti Pendidikan Sultan Idris?

2. Adakah latihan Jeda memberi kesan dalam meningkatkan tahap kecergasan

kardiovaskular pemain hoki perempuan MASUM Universiti Pendidikan

Sultan Idris?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dapat memberi satu gambaran atlet yang telah menjalani latihan jeda

dibandingkan dengan seorang atlet lain yang tidak menjalani latihan Jeda. Kajian ini

juga dapat mengukur, menilai dan menyampaikan maklumat sebenar tentang tahap

kecergasan fizikal atlet.

Sehubungan itu, hasil kajian ini membolehkan kita:

i. Membandingkan kesan satu jenis latihan terhadap kecergsan

kardiovaskular.

Page 27: View

11

ii. Membantu jurulatih merancang program-program latihan dan aktiviti yang

sesuai mengikut tahap kecergasan kardiovaskular pelajar atau pemain.

iii. Menggunakan ujian bleep sebagai bahan kajian dan penyelidikan oleh guru

pendidikan jasmani / jurulatih untuk mengukur tahap kecergasan pelajar.

1.7 DEFINISI OPERASI

Berikut adalah definisi bagi istilah-istilah yang akan digunakan dalam kajian ini.

Kesan Latihan

Terdapatnya suatu perubahan stamina yang ketara setelah melalui aktiviti yang

dijalankan (Menurut B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad dalam

buku sumber kecergasan fizikal).

Latihan Jeda

Latihan Jeda merupakan satu latihan yang berkaitan dengan kerja atau latihan yang

berulang-ulang dengan memberi masa rehat.

Menurut Fox dan Mathews (1976), latihan Jeda bergantung kepada lima

pembolehubah yang mesti diikuti untuk setiap atlet iaitu:

i. Kadar dan jarak kerja yang di lalui

Page 28: View

12

ii. Bilangan ulangan dan set semasa latihan

iii. Jangkamasa rehat dan kadar pemulihan

iv. Jenis aktiviti semasa jeda rehat

v. Frenkuensi latihan yang di adakan

Daya Tahan Kardiovaskular

Keupayaan jantung khususnya saluran darah dan sistem respiratori dalam

menyalurkan tenaga khususnya oksigen ke otot-otot dan keupayaan otot menggunakan

tenaga tersebut untuk menampung senaman yang dilakukan (Menurut B. Sarjit Singh

dan Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad dalam buku sumber kecergasan fizikal).

Pemain Hoki UPSI

Pemain hoki yang sedang mewakili universiti (UPSI) untuk pertandingan hoki

peringkat Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (MASUM) dan mewakili

universiti untuk kejohanan yang setaraf dengannya.

Page 29: View

BAB II

SOROTAN LITERATUR

Perbincangan dalam bab ini tertumpu kepada kajian tentang latihan Jeda

terhadap kecergasan kardiovaskular yang dijalankan di barat dan Malaysia. Bab ini

merangkumi kajian-kajian lepas berkaitan kesan latihan Jeda terhadap kadar denyutan

jantung.

Kajian yang berkaitan dengan kecergasan kardiovaskular telah dijalankan sejak

tahun 1884 apabila terciptanya ‘ergograph’ iaitu sejenis alat pengukur kerja oleh

Angelo Mosso seorang pakar fisiologi Itali. Beliau telah menguji kesan latihan otot

dengan menggunakan ‘ergometer’. Ia membuat hipotesis bahawa kelicinan otot

melakukan aktiviti bergantung kepada sistem peredaran darah. Ekoran daripada ujian

beliau, banyak kajian lain telah membuktikan bahawa kecergasan kardiovaskular

berkait rapat dengan keadaan fizikal dan ianya boleh di kesan dan di nilai. Menurut

Bowerman dan Freeman (1991), kaedah latihan adalah sesuatu yang kompleks.

Page 30: View

14

Terdapat tiga peraturan asas yang perlu dipatuhi dalam menjalani latihan iaitu tahap

intensiti, konsisten dalam menjalani latihan dan rehat yang mencukupi.

McArdle et.al., (1981), telah mengkaji tentang kesahan kadar denyutan jantung

selepas latihan sebagai penentuan jangkaan kadar jantung semasa melakukan aktiviti

pada tahap intensiti yang berbeza-beza. Di dapati bahawa peningkatan kadar jantung

selepas latihan adalah selaras dengan beban aktiviti-aktiviti yang dilakukan dan

bergantung kepada tahap kecergasan fizikal individu. Menurut Mathews et.al (1976),

prinsip yang utama dalam pembinaan kemampuan adalah penyesuaian badan kepada

kerja yang dilakukan mengikut beban kerja itu

Menurut Willmore dan Costill (1999), aktiviti daya tahan adalah asas bagi

kebanyakan sukan. Daya tahan merangkumi pertukaran antara kelajuan, kekuatan,

penggunaan sistem aerobik dan sistem anaerobik. Daya tahan ialah kebolehan

menentang rasa letih dan ia termasuklah daya tahan otot dan daya tahan

kardiovaskular. Kebolehan daya tahan sistem aerobik mampu menghasilkan kerja

dalam masa yang lama. Contoh aktiviti daya tahan ialah berjalan, berlari dan

berbasikal.

Pengukuran kecergasan kardiovaskular seseorang individu yang bersenam

ialah melalui pengukuran VO2 max. Menurut Mayer (2002), VO2 max ialah

pengukuran bagi prestasi maksima kardiovaskular dan merupakan kapasiti maksima

sistem aerobik seseorang individu. Oleh itu individu yang mempunyai tahap VO2 max

yang tinggi boleh melakukan aktiviti latihan dalam masa yang panjang.

Page 31: View

15

Carroll (1984) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah

merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi

satu jangkamasa yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu

keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan

daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, berenang dan

sebagainya (Nieman, 2003). Pate (1991) melaporkan terdapat hubungan yang

konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit

yang berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh

mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan

yang sesuai bagi mereka. Ia boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi atau

meneruskan gaya hidup sihat dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan

penyakit (Miller, 1994). Mengenai bateri ujian ‘treadmill’ pula, walaupun Corbin dan

Lindsey (1994), mengatakan bahawa ujian ‘treadmill’ dan ujian pengambilan oksigen

maksimum merupakan cara terbaik untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular

namun terdapat juga ujian-ujian lain yang boleh digunakan. Antara ujian-ujian

tersebut adalah ujian 12 minit hasil berjalan, ujian naik turun bangku, ujian lari 2.4 km

dan ujian lari 60 ela.

Graham (1994) mengatakan jika ujian dilakukan terlalu kerap, ia akan

menjejaskan masa latihan dan pemain tidak sempat beradaptasi di antara sesi ujian.

Jika ujian tidak dilakukan dengan tetap dan konsisten, pemain akan kehilangan minat,

motivasi dan data yang diperolehi tidak lagi bernilai.

Permainan hoki memerlukan daya tahan aerobik dan anaerobik yang cukup.

Walaupun aktiviti kepantasan banyak dilakukan tetapi pemain mesti mempunyai fasa

Page 32: View

16

rehat yang cukup supaya pemain boleh bergerak pantas semula untuk mengejar bola

atau menghalang pemain lawan dengan berkualiti. Secara tidak langsung pemain

perlu mengambil lebih banyak oksigen. Ukuran pengambilan oksigen secara langsung

semasa latihan atau aktiviti dijalankan paling tepat untuk mengukur kuasa aerobik

(Anward, 1998). VO2 max merupakan kadar pengambilan oksigen paling tinggi

semasa aktiviti maksima atau latihan yang melesukan (Costill dan Willmore (1994).

Clarke (1976), mengatakan bahawa latihan akan mengurangkan kadar

denyutan nadi rehat (Bradycardiac). Ini mungkin menghasilkan nilai rehat bagi atlet

sebanyak 20 hingga 30 denyutan lebih lambat daripada individu yang terlatih. Kajian

ini menunjukkan bahawa kadar denyutan maksima atlet adalah lebih rendah daripada

mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal. Ini benar kerana kemampuan jantung

mengepam darah bertambah mengikut intensiti latihan.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Astrand dan Rodahl (1997), telah

memperkenalkan cara-cara untuk mengukur fungsi kardiovaskular bagi individu yang

sihat. Cara yang terbaik ialah dengan mengesan keupayaan individu untuk menyedut

isipadu oksigen yang maksimum. Cara ini juga di kenali sebagai kuasa aerobik

maksimum iaitu keupayaan individu untuk mengangkut oksigen yang maksimum dan

menggunakannya dalam aktiviti fizikal.

Baumgartner dan Jackson (1991), menyatakan di samping ujian larian satu

batu yang digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular terdapat juga program

latihan kecergasan yang lain berlandaskan komponen kesihatan seperti kelembutan,

Page 33: View

17

kekuatan, komposisi badan dan daya tahan otot. Mereka mengesyorkan pengujian

dijalankan dengan cara meningkatkan beban kerja secara beransur-ansur sehingga

subjek tidak berupaya meneruskan aktiviti. Bagi mereka, pengambilan oksigen

maksimum adalah tahap peningkatan beban kerja.

Menurut Finn (2001), atlet memerlukan strategi latihan yang pelbagai untuk

meningkatkan VO2 max. Latihan Jeda juga dikenali sebagai latihan yang bersela dan

berintensiti tinggi yang dapat memperbaiki VO2 max dengan cepat dan dapat

meningkatkan daya tahan. Rodas et.al., (2000), pula menjelaskan latihan Jeda yang

berintensiti tinggi akan meningkatkan aktiviti oksidatif enzim dalam otot. Tambahan

pula Lindsay et.al (1996), menyatakan jangkamasa empat minggu program latihan

Jeda mampu membaiki tahap daya tahan seseorang atlet.

Menurut Mayer (2002), latihan Jeda adalah latihan yang menggunakan sela

antara kerja dengan jeda rehat. Perubahan masa antara kerja dan jeda rehat membantu

sistem tenaga dalam pembekalan tenaga khususnya dalam latihan yang berintensiti

dan penggunaan masa latihan yang panjang. Latihan Jeda selalunya digunakan untuk

aktiviti aerobik yang tinggi dan aktiviti anaerobik yang memerlukan pengulangan

aktiviti yang tinggi diikuti dengan rehat untuk memaksimakan kualiti latihan.

Kaedah latihan Jeda mempunyai rasionalnya yang tersendiri kerana latihan ini

boleh meningkatkan prestasi contohnya boleh menghasilkan pergerakan yang lebih

pantas dan kuasa yang lebih baik dalam jangkamasa yang singkat. Niederpruem

(2001), menyatakan latihan Jeda diperlukan dalam latihan aerobik dan anaerobik.

Sistem anaerobik menggunakan tenaga yang disimpan dalam glikogen otot untuk

Page 34: View

18

aktiviti yang berlaku dalam masa yang singkat. Sistem anaerobik tidak menggunakan

oksigen. Ia menghasilkan asid laktik yang menyebabkan rasa kurang selesa di dalam

otot. Semasa jeda berintensiti tinggi, asid laktik terhasil dan atlet mengalami hutang

oksigen. Semasa fasa pemulihan jantung dan paru-paru bekerja untuk mengganti balik

hutang oksigen ini dan menguraikan asid laktik. Keadaan ini berada dalam fasa sistem

aerobik di mana oksigen digunakan untuk mengubah penyimpanan karbohidrat kepada

tenaga. Latihan Jeda juga membantu daya tahan dan membolehkan atlet meningkatkan

intensiti latihan tanpa mengalami kelesuan dan latihan yang berterusan.

Menurut Reese (2004), kelebihan latihan Jeda ialah kemampuan kerja adalah

sehingga 80 peratus atau lebih untuk masa yang singkat dan diikuti masa pemulihan

yang aktif di mana bebanan berkurangan 30 hingga 40 peratus kadar nadi maksima.

Ishak (1999), menjalankan satu kajian latihan Jeda yang telah dilaksanakan ke

atas tahap daya tahan kardiovaskular ke atas 18 orang pemain bola sepak. Hasil

dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan Jeda dapat meningkatkaan tahap

kecergasan kardiovaskular pemain. Ini menunjukkan bahawa latihan Jeda dapat

menghasilkan kemajuan kepada atlet dan lazimnya diperkenalkan pada hujung musim

persediaan umum dan lebih kerap digunakan pada persediaan khusus.

Penyelidik dari Universiti McMaster, Kanada iaitu Macdougall et.al., (1998),

yang telah mengkaji kesan latihan Jeda ke atas VO2 max. Latihan dijalankan dengan

menggunakan ergometer basikal sebanyak tiga hari seminggu. Latihan bermula

dengan empat kali jeda kerja selama 30 saat dan empat minit rehat. Pada minggu

ketujuh jeda kerja meningkat menjadi sepuluh kali sementara jeda rehat pula

Page 35: View

19

dikurangkan sehingga 2.5 minit. Hasil kajian ini mendapati tahap VO2 max

meningkat sebanyak 9%. Ini menunjukkan terdapat peningkatan tahap VO2 max

subjek dalam kedua-dua latihan yang diikuti. Ini terbukti apabila pada minggu pertama

program setiap sesi latihan ialah 14 minit sahaja tetapi dalam minggu ketujuh masa

bagi setiap sesi latihan meningkat sehingga ke 30 minit.

Page 36: View

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan latihan Jeda sebagai dapatan untuk

meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Bab ini juga menerangkan tentang beberapa

prosedur yang dijalankan bertujuan untuk melaksanakan satu proses kajian yang tepat,

mudah dan bersesuaian dengan objektif yang ditentukan oleh penyelidik. Menurut

Mohd. Majid Konting (2004), kaedah penyelidikan yang digunakan perlulah

bersesuaian dengan objektif kajian kerana ia merupakan satu rangka bagi keseluruhan

penyelidikan yang menyatakan berkenaan bentuk kajian yang dilaksanakan, sumber

maklumat, kaedah bagi mendapatkan maklumat, jenis maklumat yang perlu

dikumpulkan serta kaedah dalam pemprosesan maklumat yang diperolehi.

Page 37: View

21

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah berbentuk eksperimental kerana melibatkan pra dan pasca.

Kajian eksperimen merupakan satu rancangan penyelidikan yang dijalankan untuk

menentukan kesan sesuatu olahan. Ia juga penting terutamanya untuk menguji (Mohd

Majid Konting, 2004).

Rekabentuk eksperimen merupakan rangkaian konsep bila mana eksperimen

dijalankan. Matlamat rekabentuk kajian eksperimen ini adalah untuk memastikan

bahawa kesan atau perubahan yang berlaku pada pembolehubah bersandar adalah di

sebabkan oleh olahan pembolehubah tidak bersandar. Rekabentuk eksperimen

memberi dua fungsi. Pertama menentukan situasi penyelidikan yang diperlukan oleh

hipotesis. Kedua rekabentuk membolehkan penyelidik membuat tafsiran yang

bermakna terhadap dapatan kajian dengan menggunakan analisis berstatistik.

Dalam penyelidikan ini penyelidik membuat ujian pra dan ujian pasca ke atas

sampel untuk mendapatkan data. Selepas melakukan ujian pra, sampel menjalani

latihan Jeda yang ditetapkan oleh penyelidik selama enam minggu. Sampel sekali lagi

menjalani ujian pasca untuk mendapatkan data sebelum analisis data dibuat. Dalam

masa enam minggu sampel menjalani latihan Jeda sebanyak dua kali seminggu.

Page 38: View

22

Rajah 1

KERANGKA KONSEPTUAL

KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UJIAN PRA

PROGRAM LATIHAN (6 Minggu)

PEMAIN HOKI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGANALISAAN DATA

RUMUSAN DAN CADANGAN

PENGUMPULAN DATA

UJIAN PASCA

Page 39: View

23

3.1.1. Pembolehubah Kajian

embolehubah yang digunakan adalah melibatkan pembolehubah tidak bersandar dan

.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN

.2.1 Lokasi Kajian

ajian ini akan dijalankan di padang hoki Universiti Pendidikan Sultan Idris yang

P

pembolehubah bersandar. Sampel kajian yang digunakan adalah terdiri daripada 30

orang terdiri daripada 15 pemain hoki perempuan UPSI dan 15 lagi yang dipilih secara

rawak. Pembolehubah tidak bersandar (IV) dalam penyelidikan ini adalah pemain

hoki. Manakala pembolehubah bersandar (DV) pula adalah kesan latihan Jeda

terhadap peningkatan daya tahan kardiovaskular.

3

3

K

terletak di Tanjong Malim, Perak. Rasionalnya penyelidik memilih UPSI sebagai

tempat kajian kerana memenuhi syarat-syarat dan keperluan kajian dan juga terdapat

populasi yang bertepatan dengan tujuan kajian serta mempunyai kemudahan alatan

dan padang. Ianya juga memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian dan ujian

memandangkan subjek kajian yang dipilih ialah di kalangan pemain hoki dan pelajar

universiti tersebut.

Page 40: View

24

3.2.2 Sampel Kajian

ajian ini dijalankan ke atas pemain hoki di Universiti Pendidikan Sultan Idris

.2.3 Limitasi Kajian

erdapat beberapa limitasi yang dijangkakan oleh penyelidik dalam kajian ini dan

1. Dalam melakukan ujian penyelidik perlu pastikan ianya dapat dijalankan

. Penyelidik perlu memastikan tahap kesihatan subjek berada dalam keadaan

baik supaya subjek dapat melakukan ujian dengan berkesan.

K

(UPSI), Tanjong Malim, Perak. Subjek yang terlibat adalah seramai 15 orang yang

terdiri daripada pemain hoki mewakili X bagi kumpulan eksperimen di universiti

berkenaan. Seramai 15 orang subjek yang terdiri daripada bukan pemain hoki

mewakili Y bagi kumpulan kawalan dipilih untuk membuat perbandingan. Subjek

yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada golongan pelajar yang berumur antara

21 hingga 28 tahun. Mereka merupakan pemain yang telah mengikuti beberapa

kejohanan dan telah mewakili UPSI di Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia

(MASUM) bagi tahun 2005 dan 2006.

3

T

tindakan susulan perlu diambil bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan dengan

baik dan lancar. Ini penting bagi meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan

dapatan kajian nanti. Di antara limitasi yang mungkin akan berlaku ialah seperti

berikut :

dengan mengikut teknik dan prosedur yang betul dalam ujian bleep .

2

Page 41: View

25

3. Subjek hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai semasa menjalankan

ujian untuk keselamatan.

Penyelidik akan memastik4. an tiada gangguan dari luar yang boleh menjejaskan

prestasi subjek semasa ujian dijalankan.

5. kan memastikan semua subjek akan

mengambil sarapan pagi dan menjalankan sesi memanaskan badan untuk

6. m melakukan ujian adalah diluar

kawalan penyelidik. Sikap subjek semasa melakukan ujian, misalnya subjek

7. da waktu pagi iaitu antara pukul 9.00 pagi

sehingga selesai.

Terdapat juga beberapa faktor yang tidak boleh dikawal dan boleh mempengaruhi

keputusan dapatan kajian, tetapi tidak diambil kira dalam kajian iaitu cara pemakanan

Sebelum melakukan ujian penyelidik a

keselamatan dan mengelakkan kecederaan.

Kesungguhan dan keikhlasan subjek dala

mungkin tidak menunjukkan komitmen ketika melakukan ujian atau

melakukannya sambil lewa. Faktor ini pula diambilkira kerana ia akan

mempengaruhi keputusan ujian.

Kesemua ujian akan dilakukan pa

atau gaya hidup subjek. Sebagai contoh pengambilan makanan bagi sarapan pagi

sebelum ujian mungkin mengganggu fisiologi badan subjek seperti ketidakselesaan

pada bahagian perut atau sakit perut.

Page 42: View

26

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian yang ingin melihat tahap keupayaan daya tahan

iov enerima rawatan selama enam minggu. Walaupun

rdapat banyak ujian yang boleh dijalankan tetapi penyelidik telah memilih hanya

rdiovaskular individu. Ujian ini diadakan dengan

enggunakan cd muzik ‘bleep’ dan jarak ukuran larian yang tertentu. Subjek

dikehen

i. Membekalkan satu cara penilaian kardiovaskular kendiri.

ii. Membekalkan pengalaman bagi mengetahui perhubungan di antara kadar

kard askular bagi subjek yang m

te

satu ujian iaitu Ujian Meningkat Lari Ulang Alik 20 meter (Bleep Test). (AAHPERD,

Youth Fitness Test Manual (1976), American Alliance for Health Education and

Recreation. Washington; D.C.)

Ujian Bleep ialah merupakan satu ujian dijalankan untuk memastikan tahap

kecergasan, ketahanan dan ka

m

daki berlari ulang-alik pada kadar yang terbanyak dengan melepasi garisan

yang disediakan.

Ujian ini bertujuan untuk:

denyutan jantung dengan daya tahan jantung.

Page 43: View

27

Alatan yang diperlukan dalam proses ujian tersebut termasuk:

i. Borang biodata diri

Borang ini adalah untuk mendapatkan maklumat diri subjek serta

keterangan lanjut berhubung dengan penglibatan dalam kajian ini.

ii.

a

ilakukan oleh subjek semasa menjalani ujian tersebut.

iii.

etapkan jarak

larian ujian bleep dan juga lorong larian antara subjek.

iv. Cakera Padat (CD)

Cakera padat (CD) ujian bleep yang dirakam untuk memberi bunyi ‘bleep’

digunakan.

v. Pemain CD

Alat pemain CD yang dapat mengeluarkan bunyi yang jelas dan kuat

supaya dapat didengar oleh subjek semasa ujian dijalankan.

Borang skor / data pengiraan

Borang catatan ujian bleep bertujuan mencatat ulangan yang berjay

d

Pita pengukur

Pita pengukur sepanjang 30 meter digunakan untuk men

Page 44: View

28

vi. Bib bernombor

Subjek memakai bib bagi memudahkan penguji mengesan dan merekod

borang data pengiraan sewaktu ujian dijalankan. Dengan memakai bib

ujian ini dapat dijalankan dengan bersistematik dan teratur berdasarkan

nombor.

Pengendalian Ujian Bleep

i. Tandakan jarak 20 meter dengan pita dan letakkan skitel.

ii. Pasangkan CD.

iii. Calon mulakan larian di garis mula ke garisan yang bertentangan (jarak 20

meter).

iv. Calon mesti mencecahkan sebelah kaki melepasi garisan sebelum bunyi

‘bleep’ yang berikutnya.

v. Sekiranya calon sampai lebih awal di garisan, mereka dikehendaki

menunggu dibelakang garisan sehingga bunyi ‘bleep’ seterusnya.

vi. Sekiranya calon belum sampai ke garisan selepas bunyi ‘bleep’ ia diberi

peluang untuk menghabiskan larian dan mengejar ke garisan berikutnya

sebelum bunyi ‘bleep’ berikutnya.

vii. Jika sekiranya calon masih gagal sampai ke garisan berikutnya sebelum

bunyi ‘bleep’ seterusnya maka lariannya ditamatkan dan pencapaiannya

direkodkan.

Page 45: View

29

Jadual 3.1

Menunjukkan Nilai Kadar Pengambilan Oksigen Maksimum (VO2 Max) Bagi Ujian

Kecergasan Berperingkat. Ia Telah Dibangunkan Oleh Jabatan Pendidikan Fizikal Dan

Sains Sukan Universiti Loughborough, 1987.

ARAS ULAN

(ml/kg/min)

VO2 Max

(ml/kg/min)

GAN

VO2 Max ARAS ULANGAN

4 2 26.8 5 2 30.2

4 4 5 4 27.6 31

4 6 28.3 5 6 31.8

4 9 29.5 5 9 32.9

6 2 33.6 7 2 37.1

6 4 34.3 7 4 37.8

6 6 35 7 6 38.5

6 8 35.7 7 8 39.2

6 10 36.4 10 7 39.9

8 2 40.5 9 2 43.9

8 4 41.1 9 4 44.5

8 6 41.8 9 6 45.2

Page 46: View

30

Jadual 3.2

Tahap Pencapaian Bagi Perempuan (Nilai dalam unit ml./kg./mi

Umur Sangat

Lemah

Lemah Sederhana Baik Cemerlang Sangat

Cemerlang

n.)

13-19 <25.0 25.0 - 30.9 31.0 - 34.9 35.0 - 38.9 39.0 - 41.9 >41.9

20-29 <23.6 23.6 - 28.9 29.0 - 32.9 33.0 - 36.9 37.0 - 41.0 >41.0

30-39 <22.8 22.8 - 26.9 27.0 - 31.4 31.5 - 35.6 35.7 - 40.0 >40.0

40-49 <21.0 21.0 - 24.4 24.5 - 28.9 29.0 - 32.8 32.9 - 36.9 >36.9

50-59 <20.2 20.2 - 22.7 22.8 - 26.9 27.0 - 31.4 31.5 - 35.7 >35.7

60+ <17.5 17.5 - 20.1 20.2 - 24.4 24.5 - 30.2 30.3 - 31.4 >31.4

Page 47: View

31

Prosedur yang dijalankan:

esemua subjek akan menjalankan ujian bleep sebelum melakukan aktiviti latihan

Jeda dilakukan akan dicatat begitu juga selepas latihan

da dijalankan di mana data subjek akan dicatat juga. Perbandingan sama ada benar

adar Nadi Rehat = Kurang 70 denyut/minit – cergas

minit – kurang cergas

maruddin bin Sheikh Ahmad. (1988). Buku

Kesem n telah dipilih untuk menjalani ujian

leep. Ujian dijalankan sebelum subjek menjalankan aktiviti latihan Jeda secara

k sebelum latihan Jeda dijalankan akan dicatat. Ini bertujuan untuk

K

Jeda. Data sebelum latihan

Je

atau tidak terdapat peningkatan daya tahan kardiovaskular ke atas subjek kesan

daripada melakukan aktiviti latihan Jeda.

Kadar Nadi Ambang = 120 denyut/minit

Kadar Nadi Maksima = 220 – umur

K

Lebih 70 denyut/

Sumber: B. Sarjit Singh dan Sheikh Ka

Sumber Kecergasan Fizikal. (Edisi 111)

Penerangan ujian:

ua subjek yang berlainan tahap kecergasa

b

khusus. Data subje

melihat perbezaan tahap kecergasan di antara subjek sebelum dan selepas latihan Jeda

dijalankan oleh mereka. Hasil daripada eksperimen tersebut akan direkodkan ke dalam

jadual seperti contoh di bawah:

Page 48: View

32

Sampel 1 (Ujian Pra)

ama:

mur:

angan

Ulangan

Skor

pencapaian

Tahap Lakuan

N

U

Aras Bil

3 2 5 Lemah

Rumusan

ampel 1 ini mempunyai tahap kecergasan yang lemah. Pencapaian ujian bleep yang

a pada aras 3/2 dikategorikan sebagai tahap sangat lemah. Hasil daripada

jian ini, satu rumusan dibuat bahawa sampel 1 ini masih lagi boleh ditingkatkan daya

mur:

angan Skor

pencapaian

Tahap Lakuan

S

dilakukanny

u

tahan kardiovaskularnya jika sampel 1 menjalani latihan yang lebih bersistematik dan

berterusan.

Sampel 2: (Ujian Pasca)

Nama:

U

Aras Bilangan Ul

6 7 18 Baik

Page 49: View

33

Rumusan

etelah menjalankan latihan Jeda, didapati bahawa sampel 2 dapat meningkatkan ke

gasan yang baik di mana pencapaian ujian bleep pada aras 6/7 adalah baik

an dikategorikan sebagai tahap kecergasan yang baik. Hasil daripada ujian ini,

erta

ujian yang hendak dijalankan.

ngan tentang persiapan dan kelengkapan yang diperlukan untuk

iii. ang prosedur dan peraturan serta susunan

iv. berikan sebelum ujian sebenar dijalankan supaya subjek

v. jek dari segi fizikal dan psikologi terhadap ujian yang akan

S

tahap kecer

d

bolehlah dibuat satu kesimpulan bahawa sampel 2 telah berjaya meningkatkan daya

tahan kardiovaskular setelah menjalankan latihan Jeda secara tersusun dan teratur.

Prosedur Kajian

i. Tetapkan tarikh dan masa untuk melakukan taklimat tentang tujuan s

ii. Penera

menjalani latihan.

Subjek akan diterangkan tent

aktiviti ujian.

Ujian percubaan di

mendapat gambaran untuk melakukan ujian.

Persediaan sub

dijalankan.

Page 50: View

34

3.4 PENGUMPULAN DATA

alam kajian ini, pengumpulan data akan dibuat semasa ujian pra dan pasca.

i. Subjek akan diberikan borang skor setiap seorang.

ersebut

akan diserahkan pada pencatat atau penguji.

ubjek menjalankan

iv. g diperolehi daripada ujian.

but

serahkan kepada penyelidik.

3.5 AN

alam kajian ini, pengukuran akan dijalankan berdasarkan prestasi pemain yang diuji

elum menjalani latihan Jeda dan selepas menjalani

tihan Jeda dengan menggunakan ujian pasca. Maklumat subjek diperolehi dari

D

ii. Subjek akan mengisi butiran diri di dalam borang skor dan borang t

iii. Penguji akan menyemak butiran diri dan menyelia s

ujian.

Pencatat akan mencatat segala keputusan yan

v. Setelah siap kesemua ujian dan borang skor dipenuhi, borang skor terse

akan di

vi. Data yang diperolehi akan dikumpul dan akan direkodkan untuk membuat

analisis terhadap data yang diperolehi.

ALISIS DATA

D

dengan merekod ujian pra seb

la

borang yang telah diedar sebelum ujian dijalankan. Borang yang diedarkan

mengandungi maklumat-maklumat penting yang akan digunakan oleh penguji untuk

mengumpul maklumat yang perlu.

Page 51: View

35

Analisis statistik deskriptif telah dipilih untuk menentukan tahap peningkatan

daya tahan kardiovaskular. Dalam analisis statistik deskriptif diterangkan tentang

bentuk,

kerja kemasukan data kajian yang diperolehi dianalisis

dengan menggunakan perisisan SPSS 11.5 (Statistical Package for Social Science).

kecenderungan berpusat seperti skor purata, sisihan piawai, julat dan

pembahagian peratusan. Pengiraan skor purata dan sisihan lazim akan dilakukan

untuk setiap indikator bagi ujian awal dan akhir. Ujian-t sampel tidak bersandar

(Independent Samples Test) digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan

yang signifikan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam ujian pra dan ujian

pasca. Melalui Ujian-t sampel tidak bersandar juga dapat menentukan sama ada

hipotesis diterima atau ditolak.

Data dikumpul sebelum

Page 52: View

BAB IV

ANALISIS DATA

Analisis data merupakan aktiviti untuk memperolehi maklumat yang berguna daripada

data mentah. Analisis data melibatkan aktiviti manipulasi seperti mengatur, memilih,

menggabung dan menjadual. Berasaskan maklumat yang terhasil daripada

penganalisisan tersebut penyelidik akan menggunakan maklumat tersebut sebagai

bukti untuk membuat sesuatu keputusan (Mohd Majid Konting, 2004).

Matlamat bab ini adalah untuk melaporkan analisis data dan membincangkan

keputusan kajian berhubung dengan hipotesis kajian yang diuji sama ada menerima

atau menolak hipotesis.

Page 53: View

37

Skor di analisis melalui dua peringkat:

i) Membuat penjadualan skor mentah di dalam angkubah yang dikaji iaitu

Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam latihan Jeda yang dijalankan oleh subjek.

ii) Membuat pengujian skor VO2 max angkubah yang dikaji dengan

menggunakan ujian- t sampel tidak bersandar (Independent Sample Test).

Analisis statistik dilakukan terhadap skor-skor mentah untuk mencari purata

dan sisihan piawai bagi setiap angkubah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca latihan Jeda

dijalankan. Perbandingan skor purata dilakukan pada tahap kesignifikan p=0.05.

Penyelidik menggunakan data mentah yang diperolehi daripada Ujian Bleep

yang telah dijalani oleh pemain hoki perempuan MASUM Universiti Pendidikan

Sultan Idris. Jumlah subjek yang diambil adalah seramai 30 orang, Ianya terdiri

daripada 15 orang mewakili X bagi kumpulan eksperimen yang mengikuti kaedah

latihan Jeda dan 15 orang lagi mewakili Y berada dalam kumpulan kawalan (bukan

atlet).

Page 54: View

38

Jadual 4.1

Skor Purata Dan Sisihan Piawai (VO2 Max) Ujian Bleep Bagi Kumpulan X Dan Y

Semasa Ujian Pra

Kumpulan N Purata Sisihan Piawai

(ml./kg./min.)

X 15 23.03 2.89

Y 15 22.05 2.12

Jadual 4.1 menunjukkan skor purata dan sisihan piawai Ujian Bleep bagi

kumpulan X dan Y semasa ujian Pra. Berdasarkan jadual ini menunjukkan kumpulan

X mempunyai skor yang lebih tinggi daripada kumpulan Y iaitu (23.03 + 2.89

ml./kg./min). Manakala kumpulan Y mempunyai skor (22.05 + 2.12 ml./kg./min ).

Walaubagaimanapun kedua-dua kumpulan ini menunjukkan tidak terdapat sebarang

perbezaan yang signifikan sebelum menjalani latihan.

Page 55: View

39

Jadual 4.2

Skor Purata Dan Sisihan Piawai (VO2 Max) Ujian Bleep Bagi Kumpulan X Dan Y

Semasa Ujian Pasca

Kumpulan N Purata Sisihan Piawai

(ml./kg./min.)

X 15 34.59 1.69

Y 15 20.65 .597

Jadual 4.2 menunjukkan skor purata dan sisihan piawai Ujian Bleep bagi

kumpulan X dan Y semasa ujian Pasca. Keputusan ujian ini menunjukkan kumpulan

X mempunyai skor (34.59 + 1.69 ml./kg./min). Bagi kumpulan Y skor (22.05 + 2.12

ml./kg./min). Di sini dapat dilihat dengan jelas selepas menjalani latihan Jeda yang

diberi oleh penyelidik kumpulan X menunjukkan peningkatan yang ketara semasa

ujian Pasca.

Page 56: View

40

Jadual 4.3

Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular dalam Ujian Pra dan

Ujian Pasca Bagi Kumpulan X dan Y

Ujian Pra Ujian Pasca

Purata Sisihan Piawai Purata Sisihan Piawai

(ml./kg./min.) (ml./kg./min.)

X 23.03 2.89 34.59 1.69

Y 22.05 2.12 20.65 0.597

Berdasarkan jadual 4.3, menunjukkan hasil dapatan daripada Ujian Bleep

semasa ujian Pra dan ujian Pasca bagi kumpulan yang menjalani program latihan dan

tidak mengikuti program latihan. Hasil dapatan menunjukkan kumpulan X mencapai

tahap peningkatan daya tahan kardiovaskular yang tinggi. Perbezaan skor purata

Ujian Bleep bagi kumpulan X adalah signifikan antara ujian Pra (23.03 + 2.89

ml./kg./min), dengan ujian Pasca (34.59+1.69 ml./kg./min). Perbezaan skor purata

bagi kumpulan Y adalah tidak signifikan antara ujian Pra (22.05 + 2.12 ml./kg./min),

dengan ujian Pasca (20.65 + 0.597 ml./kg./min).

Page 57: View

41

Jadual 4.4

Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular dalam Ujian Pra

Subjek N Purata Sd Sig.(2-tailed) Nilai t

(ml./kg./min.)

X 15 23.03 2.89

Y 15 22.02 2.16 .298 1.061

* signifikan pada <0.05

Jadual 4.4 menunjukkan hasil dapatan perbandingan tahap peningkatan daya

tahan kardiovaskular dalam ujian Pra. Di dapati bahawa p >0.05, p = 0.298, oleh itu

Ho di terima, iaitu memang tidak terdapat perbezaan skor purata semasa ujian Pra

yang signifikan di antara kumpulan X (23.03 + 2.89 ml./kg./min ) dan kumpulan Y

(22.02 + 2.16 ml./kg./min ).

Page 58: View

42

Jadual 4.5

Perbandingan Tahap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular dalam Ujian Pasca

Subjek N Purata Sd Sig.(2-tailed) Nilai t

(ml./kg./min)

X 15 34.59 1.69

Y 15 20.65 .597 *0.000 30.01

* signifikan pada <0.05

Jadual 4.5 menunjukkan hasil dapatan perbandingan tahap peningkatan daya

tahan kardiovaskular dalam ujian Pasca. Di dapati bahawa p >0.05, p = *0.000, oleh

itu Ho di tolak, iaitu memang terdapat perbezaan skor purata semasa ujian Pasca yang

signifikan di antara kumpulan X (34.59 + 1.69 ml./kg./min ) dan kumpulan Y (20.65 +

0.597 ml./kg./min ).

Page 59: View

43

Jadual 4.6

Analisis t Berdasarkan Ujian Pra Dan Ujian Pasca (Ujian Bleep) Bagi Latihan Jeda

Angkubah Ujian-t df Sig

Ujian Pra

Ujian Pasca 30.01 28 *.000

* signifikan pada <0.05

Berdasarkan Jadual 4.6 menunjukkan tahap daya tahan kardiovaskular yang

diukur dengan menggunakan Ujian Bleep. Analisis ujian-t sampel tidak bersandar

(Independent Samples Test) bagi Ujian Bleep menunjukkan bahawa t (28)=30.01,

p=*0.000 adalah signifikan di antara ujian Pra dan ujian Pasca dalam latihan Jeda.

Kesimpulannya melalui analisis ujian-t sampel tidak bersandar (Independent

Samples Test) mendapati keputusan kajian ini menunjukkan latihan Jeda memberi

kesan yang signifikan ke atas peningkatan daya tahan kardiovaskular, dengan ini

hipotesis kajian yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan

latihan Jeda ke atas pemain hoki perempuan dalam ujian Pra dan Pasca adalah ditolak.

Page 60: View

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dalam bab ini penyelidik memberikan gambaran dan penjelasan yang terkandung di

dalam kajian ini di samping membuat kesimpulan. Perbincangan adalah berdasarkan

kepada data yang telah dianalisis daripada aktiviti yang telah dijalankan. Penyelidik

juga mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai dan perlu dalam menyelesaikan

masalah yang timbul hasil daripada kajian ini. Pandangan dan cadangan yang

diutarakan di sini diharap dapat membantu pihak-pihak yang terlibat ke arah

meningkatkan lagi tahap prestasi pemain hoki perempuan serta sebagai garis panduan

kepada penyelidik pada masa hadapan.

Page 61: View

45

Perbincangan

Perbincangan adalah berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan dan juga

kepada persoalan kajian yang telah diutarakan. Objektif yang telah ditetapkan ialah

mengenalpasti samada latihan Jeda yang dijalankan oleh subjek adalah sesuai dan

boleh digunakan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Selain itu, ianya juga

untuk membandingkan dapatan keputusan awal dan keputusan akhir yang telah

dicapai.

Dapatan kajian menunjukkan kumpulan subjek yang menjalani latihan Jeda

dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular mereka. Peningkatan ini berlaku

kerana subjek telah menjalani latihan secara berterusan selama enam minggu. Ini

disokong oleh hasil kajian MacDougall et.al., (1998), yang mendapati tahap VO2 max

subjek kajiannya meningkat sebanyak 9% setelah menjalani latihan selama tujuh

minggu. Kajian Bienkowska et.al., (2000), mendapati setelah subjek kajian mereka

menjalani latihan selama tiga minggu kedua-dua kumpulan subjek menunjukkan

terdapat peningkatan sebanyak 40% dalam keupayaan kapasiti kerja semasa ujian

pasca.

Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular seseorang di pengaruhi dan

mempunyai hubung kait dengan pembolehubah fisiologinya. Bagi mendapatkan tahap

kecergasan daya tahan kardiovaskular yang baik seseorang itu hendaklah mengikut

program latihan yang di tetapkan dari segi intensiti, frenkuensi dan tempoh latihan.

Ini telah di buktikan oleh pemain hoki perempuan MASUM, UPSI, di mana mereka

telah berjaya meningkatkan tahap kercergasan daya tahan kardiovaskular melalui

Page 62: View

46

program latihan Jeda mengikut intensiti dan tempoh latihan yang di tetapkan.

Sepanjang tempoh mereka menjalani latihan Jeda selama enam minggu iaitu dua kali

seminggu, intensiti latihan untuk mereka juga meningkat dari minggu ke minggu.

Selain itu, tempoh masa juga bertambah mengikut aktiviti yang dijalankan. Untuk

minggu pertama subjek hanya membuat larian dalam masa 30 saat sebanyak 3 set iaitu

1 set merangkumi 3 kali ulangan. Manakala bagi minggu kedua pula ada peningkatan

dari segi tempoh masa iaitu larian satu minit. Ini kerana hasil dapatan kajian yang

dijalankan telah menunjukkan bahawa melalui satu sistem latihan sahaja dapat

meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular. Merujuk kepada Jadual

4.3 perbezaan purata ujian Pra bagi kumpulan X iaitu 23.03 ml/kg/min,Y iaitu 22.05

ml/kg/min dan ujian Pasca bagi kumpulan X iaitu 34.59 ml/kg/min, Y 20.65

ml/kg/min.

Fox dan Mathews (1976), menyarankan lagi secara amnya lebih kerap dan

lama sesuatu program latihan itu dijalankan, lebih banyak lagi peningkatan kecergasan

seseorang individu.

Semasa melakukan pengujian ke atas subjek aspek psikologi juga memainkan

peranan penting. Jika dilihat keadaan emosi subjek tidak tenteram, maka akan timbul

kesan terhadap pengujian subjek yang mana mereka melakukan ujian tersebut sekadar

memenuhi syarat pengujian tanpa menunjukkan prestasi yang sebenar.

Hasil yang di perolehi mendapati data ujian yang dilakukan ke atas dua

kumpulan iaitu X dan Y menunjukkan kumpulan X mempunyai tahap kecergasan

yang lebih baik berbanding Y. Subjek kajian yang mencapai prestasi tinggi bagi ujian

Page 63: View

47

daya tahan kardiovaskular juga didapati mencapai prestasi yang tinggi dalam sukan

yang di ceburi.

Gillbert dan Rose (1985) menyatakan faktor demografi seperti umur, tinggi

dan berat juga memberi kesan kepada daya tahan kardiovaskular. Ini kerana jika berat

badan dan tinggi tiada sesuai dengan fizikal pemain maka keupayaan daya tahan

kardiovaskular adalah lemah. Sebagai contoh seseorang itu mempunyai badan yang

gempal ataupun obesiti, adalah menjadi satu kesukaran untuk melakukan latihan atau

bermain dalam jangka masa yang lama dan panjang kerana mereka letih.

Daripada analisis data yang diperolehi sebelum latihan Jeda dijalankan (rujuk

lampiran A) oleh subjek adalah didapati bahawa kesemua subjek berada pada tahap

yang lemah. Manakala selepas subjek melakukan latihan Jeda (rujuk lampiran B),

analisis data yang diperolehi menunjukkan 2 orang subjek berada pada tahap

cemerlang, 11 orang subjek pada tahap baik dan 2 orang subjek pada tahap sederhana.

Keputusan dapat dilihat melalui perbandingan peningkatan peratusan VO2 max semasa

ujian pra iaitu sebanyak 46.6% mendapat skor VO2 max 20 ml/kg/min, 20% mendapat

skor VO2 max 23 dan 25 ml/kg/min dan 6.7% mendapat skor VO2 max 27 dan 28

ml/kg/min berbanding semasa ujian pasca iaitu kebanyakan subjek memperolehi skor

VO2 max 30 ml/kg/min ke atas. Di mana 13.3% mendapat skor VO2 max 32

ml/kg/min, 26.7% mendapat skor VO2 max 33 ml/kg/min, 20% mendapat skor VO2

max 34ml/kg/min dan 13.3% mendapat skor VO2 max antara 35-37ml/kg/min. Ini

menunjukkan bahawa kesemua subjek telah dapat meningkatkan tahap pencapaian

masing- masing dari segi aras, ulangan dan VO2 max mereka. Kesemua catatan

menunjukkan subjek berjaya meningkatkan tahap daya tahan kardiovaskular mereka

Page 64: View

48

daripada analisis sebelum melakukan latihan Jeda sehinggalah analisis selepas

menjalani latihan Jeda seperti yang tercatat. (rujuk lampiran B).

Skor purata pula menunjukkan sebelum latihan Jeda dijalankan adalah

sebanyak 23.03 ml/kg/min, manakala setelah latihan Jeda dijalankan menunjukkan

skor purata sebanyak 34.59 ml/kg/min. Ini menunjukkan terdapat peningkatan tahap

kecergasan daya tahan kardiovaskular melalui perbezaan skor purata iaitu sebanyak

11.56 ml/kg/min yang diperolehi setelah program latihan Jeda dijalankan.

Analisis skor yang diperolehi daripada jadual 4.4 dan 4.5 adalah jelas

menunjukkan terdapatnya peningkatan skor yang ketara sebelum dan selepas latihan

Jeda dijalankan oleh subjek.

Jadual 4.6 pula menunjukkan pada tahap kesignifikan p< 0.05 bahawa t (28)

=30.01, p =* 0.000. Nilai –t yang diperolehi ialah 30.01. mendapati bahawa keputusan

yang ditunjukkan adalah signifikan.

Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, penyelidik telah membuat kesimpulan

bahawa latihan Jeda memberi kesan dalam meningkatkan tahap kecergasan

kardiovaskular ke atas pemain hoki perempuan MASUM di mana terdapat perbezaan

yang signifikan semasa ujian Pra dan ujian Pasca. Latihan Jeda adalah bersesuaian

dan boleh digunakan untuk meningkatkan tahap daya tahan kardiovaskular bagi subjek

Page 65: View

49

yang tidak terlibat dengan sebarang aktiviti sukan melalui analisis data yang telah

diperolehi. Program latihan Jeda telah diadakan dua kali seminggu selama enam

minggu.

Keputusan awal yang telah diperolehi iaitu sebelum latihan Jeda dijalankan

dan selepas latihan Jeda dijalankan memang terdapat wujudnya perbezaan yang

signifikan terhadap keputusan yang telah diperolehi.

Terdapat banyak alat pengukuran tahap kecergasan kardiovascular seperti

ergometer dan Ujian Menapak Harvard tetapi penyelidik telah memilih Ujian Bleep

untuk melihat peningkatan daya tahan kardiovaskular subjek. Ujian ini dipilih kerana

mudah dikendalikan, kurang penggunaan alatan dan ramai subjek boleh diuji pada

suatu masa yang sama.

Hasil kajian program latihan Jeda yang dipilih didapati sesuai digunakan untuk

meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Setelah mengetahui hasil kajian ini, guru

dan jurulatih boleh menggunakan program latihan Jeda ini untuk meningkatkan tahap

kecergasan daya tahan kardiovaskular atlet mereka.

Cadangan

Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat kelemahan-kelemahan dan

beberapa masalah yang wujud di luar jangkaan dan kawalan penyelidik semasa kajian

dibuat. Oleh itu penyelidik ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh

Page 66: View

50

dijadikan garis panduan untuk kajian masa akan datang. Cadangan ini difikirkan perlu

untuk mengatasi kelemahan bagi mendapatkan kualiti terhadap kajian yang dilakukan.

Di antara beberapa faktor yang telah dikenal pasti ialah:

i. Persampelan

Subjek haruslah terdiri daripada atlet yang dapat memberikan komitmen

yang sepenuhnya semasa menjalani latihan. Adalah disarankan agar

penyelidik lain yang ingin menjalankan kajian seumpama ini dapat

memilih subjek yang memberikan sepenuh kerjasama dan lebih besar

jumlahnya agar dapat dilihat keberkesanannya yang sebenar

ii. Sikap subjek

Pengawasan terhadap subjek harus diteliti terutama semasa menjalani ujian

supaya subjek mematuhi prosedur dan syarat yang telah ditetapkan.

Kaedah ini perlu supaya kesahan yang lebih tinggi dan objektif dapat

dicapai. Bagi mendapatkan keupayaan prestasi pemain yang baik, ujian

haruslah ditadbir sewaktu mereka berada pada waktu kemuncak (peaking).

iii. Pentadbiran ujian

Pengawasan terhadap subjek perlu lebih teliti terutama semasa menjalani

ujian atau latihan Jeda supaya subjek mematuhi prosedur dan syarat yang

ditetapkan. Keadaan ini perlu supaya kajian mempunyai kebolehpercayaan

yang tinggi dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Page 67: View

51

iv. Pengaruh pembolehubah luaran

Kajian yang dijalankan secara tidak langsung menerima kesan daripada

faktor luaran diantaranya ialah tahap kesihatan subjek, cuaca, persekitaran

tempat ujian, sikap dan pengalaman pelajar serta latar belakang subjek.

Page 68: View

RUJUKAN

AAHPERD, Youth Fitness Test Manual (1976), American Alliance for Health

Education and Recreation. Washington; D.C. Anward, J.P. (1998). Effects of physical training on cardiovascular adjustment to

exercise in men. Physiological reviews.57:779-816.

Astrand, P. O. (1977). Textbook of work physiology . New York: McGraw -Hill Book Company

Astrand, P.O., Rodahl, K.(1997). Textbook of work physiology (3rd ed). New York: Mc

Graw-Hill Book Company. Baumgartner, T.& Jackson, A.S. (1991). Measurement for evaluation in physical

education and exercise science (4th ed). Dubuque:WM.C.Brown. Bienkowska, S. B., Dylewicz, P., Przywarska, I., Szczesniak, T. R. L., Wilk, M.,

Jastrzebski, A. & Kedzierski, A. (2000). Comparison of Continuous Versus Interval Endurance Training in Rehabilitation of Patients After Coronary Artery Bypass Surgery. Polish Heart Journal, 53-6.

Bompa, T.O. (1994). Theory and methodology of training the key to athletic

performance. Iowa:Kendal/Hunt Publishing Company. Bowerman, W. J. & Freeman, W. H. (1991). High Performance Training for Track

and Field. (2nd ed). Champaign, IL: Leisure Press. Bridgeman, R (1991). Awaches guide to testing for athletic attributes. NSCA Journal.

13(3):34-37 B. Sarjit Singh & Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad. (1988). Buku Sumber

Kecergasan Fizikal. (Edisi 111) Clarke, H. H. (1976). Application of measurement to health and physical education.

Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Cooper, K . H . (1992 ). Bleep test. Cooper Institute for Aerobics Research, Dallas.

http://www.brucebrownlee.com/coaching/fitness/beeptest.htm Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1984 ). Concepts Of Physical Fitness With Laboratories.

(6th ed. ), Dubuque, Iowa : Wm. C. Brown Publishers. Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1994). Flexibility: A major component of physical

fitness. A Journal Of Physical Education And Recreation. 51: 22-54,50-60

Page 69: View

53

Carroll, B. (1984). Assessment in physical education : A Teacher’s guide to the issues.

London : The Palmer Press.

Costill & Willmore. (1994). Exercise physiology. Human bioenergetics and its application. (2nd ed) Mountain view, LA:Mayfield.

Finn, C.(2001) Effects of High –Intensity Intermittent Training on Maximum Oxygen

Uptake and Endurance Performance.http://www.sportsci.org/jour/0101cf Graham, J. (1994).Guideline for providing valid testing of athlete levels. Journal of

strength and conditioning. 16:7-14. Gillbert ,G.G & Ross,J.G (1985). The National Children And Youth Fitness Study: A

Summary Of Findings,Journal Of Physical Education ,Recreation and Dance , 56 (1), 45 – 50.

Horne, W. www.Fieldhockeytraining.com

Ishak Latfi Ahmad. (1999). Kesan Latihan Jeda ke atas Dayatahan Kardiovascular Pemain-Pemain Bola Sepak Bawah 18 Tahun. Latihan Ilmiah Petaling Jaya:Universiti Malaya.

Julismah Jani, Shaharudin Abd. Aziz, Ruaibah Yazani Tengah, Nelfianty Mohd.

Rasyid, Jeffery Low Fook Lee.(2006).Kesan Latihan Fizikal Terhadap Pengambilan Oksigen Maksimum (Vo2 Max) Di Kalangan Ahli Sukan Dipelbagai Peringkat http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/htm

Lindsay, F.H., Hawley, J.A.,Myburgh,K.H., Schomer, H.H.,Noakes,T.D., & Dennis, S.C. (1996). Improved Athletic Performance in Highly Trained Cyclists After Interval Training. Medicine and Science in Sport and Exercise,28, 1427-1434.

MacDougall, J. D., Hicks, A.L., Mac/Donald, J. R., McKelvie, R.S., Green, H.J., &

Smith, K.M., (1998). Muscle performance and enzymatic adaptations to sprint interval training. Journal of Applied Physiology, 84, 2138-2142.

Mathews, D. K., & Fox, E. L. (1976). The physiological basis of physical education and athletics. Philadelphia USA: Saunders College Publishing

Mayer. (2002). http://www.fitnessterminology.com. McArdle, William D., Frank Katch and Victor Katch. (1981). Exercise Physiology:

Energy, Nutrition and Human Performance. Philadelphia: Lea and Febigar. Miller, D.K. (1994). Measurement by the Physical Educator: Why and how. USA:

Human Kinetis.

Page 70: View

54

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Niederpruem.(2001).www.nsca-lift,org/ferrorm. Nieman, D. C. (2003). Exercise testing and prescription. A health-related approach

(5th ed.). New York: Mc-Graw-Hill.

Nur Ikhwan Mohamad MSc.(2006). Sukan dan Prestasi.Diperoleh Oktober 12, 2006

daripada eXplorefit_com-kecergasan.htm Pate, R. R. (1991). Health related measures of children’s physical fitness. Journal of

School Health, 61, 231-233.

Powers, S. K., & Howley, E. T. (2004). Exercise physiology: Theory and application

to fitness and performance (5th ed.). Boston: McGraw-Hill.

Reese (2004).http://www.tothenextlevel.org.

Rodas, G., Ventura, J.L, Cadefau, J.A., Cusso,R.,& Parra, J.(2000). A Short Training Program For The Rapid Improvement Of Both Aerobic and AnaerobicMetabolism European. Journal of Applied Physiology.8, 480-486

Thomas, J. R., & Nelson, J.K. (1996). Research Method in Physical Activity. Champaign, IL: Human Kinetics.

Willmore, H.J., & Costill, L.D.(1999). Physiology Of Sport and Exercise Champaign,

IL: Human Kinetic http://www.topendsports.com/testing/tests/20mshuttle.htm

Page 71: View

55

LAMPIRAN

A

Page 72: View

56

Skor Mentah Ujian Pra Latihan Jeda Yang Dijalankan Ke Atas Pemain Hoki

Perempuan MASUM. (Kumpulan X)

SUBJEK ARAS ULANGAN VO2 Max (ml./kg./min) Tahap

1 4 3 27.23 Lemah

2 2 4 20.88 Lemah

3 3 7 25.49 Lemah

4 2 4 20.88 Lemah

5 2 3 20.44 Lemah

6 3 7 25.50 Lemah

7 3 1 23.00 Lemah

8 3 1 23.00 Lemah

9 2 2 20.00 Lemah

10 2 3 20.44 Lemah

11 2 3 20.44 Lemah

12 4 7 28.81 Lemah

13 2 2 20.44 Lemah

14 3 8 25.91 Lemah

15 3 1 23.00 Lemah

Page 73: View

57

LAMPIRAN

B

Page 74: View

58

Skor Mentah Ujian Pasca Latihan Jeda Yang Dijalankan Ke Atas Pemain Hoki

Perempuan MASUM. (Kumpulan X)

SUBJEK ARAS ULANGAN VO2 Max Tahap

1 5 8 32.52 Sederhana

2 6 8 35.84 Baik

3 6 5 34.76 Baik

4 6 6 35.12 Baik

5 6 9 36.20 Baik

6 7 3 37.45 Cemerlang

7 7 2 37.11 Cemerlang

8 6 10 36.56 Baik

9 5 8 32.52 Sederhana

10 5 9 33.00 Baik

11 5 9 33.00 Baik

12 6 3 34.04 Baik

13 6 1 33.32 Baik

14 6 1 33.32 Baik

15 6 3 34.04 Baik

Page 75: View

59

LAMPIRAN

C

Page 76: View

60

Skor Mentah Ujian Pra Bagi Kumpulan Y

SUBJEK ARAS ULANGAN VO2 Max Tahap

1 3 1 23.00 Lemah

2 2 3 20.44 Lemah

3 2 3 20.44 Lemah

4 2 4 20.88 Lemah

5 2 2 20.00 Lemah

6 3 7 25.50 Lemah

7 3 1 23.00 Lemah

8 3 1 23.00 Lemah

9 2 2 20.44 Lemah

10 3 7 25.50 Lemah

11 3 8 25.91 Lemah

12 2 3 20.44 Lemah

13 2 3 20.44 Lemah

14 2 4 20.88 Lemah

15 2 4 20.88 Lemah

Page 77: View

61

LAMPIRAN

D

Page 78: View

62

Skor Mentah Ujian Pasca Bagi Kumpulan Y

SUBJEK ARAS ULANGAN VO2 Max Tahap

1 2 3 20.44 Lemah

2 2 4 20.88 Lemah

3 2 7 22.20 Lemah

4 2 5 21.32 Lemah

5 2 2 20.00 Lemah

6 2 3 20.44 Lemah

7 2 4 20.88 Lemah

8 2 4 20.88 Lemah

9 2 2. 20.00 Lemah

10 2 3 20.44 Lemah

11 2 2 20.00 Lemah

12 2 3 20.44 Lemah

13 2 4 20.88 Lemah

14 2 4 20.88 Lemah

15 2 2 20.00 Lemah

Page 79: View

63

LAMPIRAN

E

Page 80: View

64

PROGRAM RANCANGAN LATIHAN JEDA SELAMA ENAM MINGGU

BAGI ATLET HOKI MASUM UPSI

MINGGU 1 Bil Perkara Masa Catatan

1 Menerangkan objektif latihan 10 minit 2 Memanaskan badan – aktiviti

regangan 15 minit

3 Lari 30 saat (3 set) Jalan 2 minit

20 minit 1set x 3 ulangan

4 Menyejukkan badan 10 minit MINGGU 2 Bil Perkara Masa Catatan

1 Menerangkan objektif latihan 10 minit 2 Memanaskan badan – aktiviti

regangan 15 minit

3 Lari 1 minit Jalan 5 minit

30 minit Pusingan padang hoki 5 kali ulangan

4 Menyejukkan badan 10 minit MINGGU 3 Bil Perkara Masa Catatan

1 Menerangkan objektif latihan 10 minit 2 Memanaskan badan – aktiviti

regangan 15 minit

3 Lari ulang alik 25 meter-50meter-100 meter

30 minit Padang hoki 3 kali ulangan

4 Menyejukkan badan 10 minit

Page 81: View

65

MINGGU 4 Bil Perkara Masa Catatan

1 Menerangkan objektif latihan 10 minit 2 Memanaskan badan – aktiviti

regangan 15 minit

3 Jogging-Striding-Speed Jalan 4 minit

40 minit Padang hoki

4 Menyejukkan badan 10 minit MINGGU 5 Bil Perkara Masa Catatan

1 Menerangkan objektif latihan 10 minit 2 Memanaskan badan – aktiviti

regangan 15 minit

3 Lari 5 minit (3 kali ulangan) Jalan 5 minit

30 minit Padang hoki

4 Menyejukkan badan 10 minit MINGGU 6 Bil Perkara Masa Catatan

1 Menerangkan objektif latihan 10 minit 2 Memanaskan badan – aktiviti

regangan 15 minit

3 Pusing UPSI – 3 kali Rehat 5 minit

40 minit Masa diambil setiap pusingan.

4 Menyejukkan badan 10 minit

Page 82: View

66

LAMPIRAN

F

Page 83: View

67

MAKLUMAN/ BORANG KEBENARAN KESAN LATIHAN JEDA TERHADAP PENINGKATAN DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR PEMAIN HOKI PEREMPUAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM),

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN FAKULTI SAINS SUKAN PROGRAM PENDIDIKAN SAINS SUKAN OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat adakah latihan Jeda memberi kesan terhadap peningkatan daya tahan kardiovaskular pemain hoki perempuan MASUM. Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Subjek kajian ini terdiri daripada 30 orang iaitu 15 orang pemain hoki yang mewakili Kejohanan Sukan antara Universiti Malaysia (MASUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 15 orang lagi di kalangan bukan pemain. Dalam kajian ini, penyelidik akan menjalankan ekperimen ke atas subjek iaitu subjek akan menjalani program latihan Jeda selama enam minggu. PERNYATAAN PERSETUJUAN Saya telah menanyakan kepada subjek di dalam kajian ini selepas mendapat kebenaran dan penerangan obligasi bagi kelayakan saya dan memberi persetujuan melalui menandatangani borang ini dan mendapat persefahaman bahawa:-

1. Projek ini dikendalikan di bawah tanggungan saya sendiri. 2. Dalam memperolehi persetujuan ini, kami sedia maklum bahawa subjek adalah

secara sukarela, dan kami mungkin menarik balik persetujuan ini pada bila-bila masa sahaja tanpa alasan dan prejudis.

3. Semua maklumat yang dilengkapkan adalah dirahsiakan dan tidak akan di hebahkan oleh pengkaji melainkan diperintah oleh pihak yang berkuasa.

4. Data kajian yang diperolehi mungkin akan diterbitkan dengan menggunakan nama pengkaji atau pihak lain kecuali rakaman video.

Penyelidik Subjek Tarikh

Page 84: View

68

Dr. Ong Kuan Boon, Ketua Jabatan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Melalui, Pn. Noor Aiwa Binti Rosman, Penyelia Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Dr,

Permohonan Mengambil Pelajar Sains Sukan Sebagai Subjek Kajian

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah saya Kamariah Binti Abd Rahman, no. matrik D20032016996 dari program Pendidikan Sains Sukan (AT03) sedang mengikuti kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah. Bagi memenuhi syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan, saya diwajibkan menjalankan kajian.

2. Oleh itu, saya ingin memohon untuk mengambil pelajar Sains Sukan sebagai subjek kajian untuk eksperimen dalam melengkapkan hasil kajian seperti butiran di bawah:-

2.1 Tajuk Kajian : Kesan Latihan Jeda Terhadap Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular Pemain Hoki Perempuan Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (MASUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

2.2 Sasaran : 30 orang pelajar iaitu 15 orang bukan atlet dan 15 orang

lagi adalah atlet yang mewakili UPSI ke Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (MASUM)

2.3 Tarikh : 29 Januari 2007

3. Saya berjanji untuk menjalankan aktiviti di luar waktu kuliah bagi subjek. Selanjutnya saya turut akur dengan segala syarat yang akan ditetapkan oleh pihak fakulti.

Page 85: View

69

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik dari pihak fakulti untuk meluluskan permohonan ini.

Sekian, kerjasama daripada pihak fakulti amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………

(KAMARIAH BT ABD RAHMAN)

D20032016996

SEMESTER 7

s/k : Dekan Fakulti Sains Sukan

Page 86: View

70

LAMPIRAN

G

Page 87: View

71

SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN Kamariah bt Abd Rahman Program Pendidikan Sains Sukan Semester 7 Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tg. Malim Perak Darul Ridzuan ______________________________________________________________ Kepada Faizal Aziz bin Ibrahim Presiden Kelab Hoki Pusat Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris 29 Januari 2007 Melalui, Penyelia Latihan Ilmiah, Pn Noor Aiwa bt Rosman Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tuan, Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian Ke Atas Atlet Pasukan Hoki Perempuan UPSI 2007. Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan saya seperti nama di atas memohon untuk menjadikan atlit hoki sebagai subjek dalam kajian saya yang bertajuk Kesan Latihan Jeda Ke Atas Daya Tahan Kardiovascular seramai 15 . 3. Kajian ini adalah bertujuan untuk memenuhi syarat kursus latihan penulisan ilmiah. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memaklumkan tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian tersebut. 4. Kerjasama dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang Benar, ( KAMARIAH BT ABD RAHMAN ) Program Pendidikan Sains Sukan Semester 7 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Page 88: View

72

LAMPIRAN

H

Page 89: View

73

BORANG MAKLUMAT DIRI

NAMA : …………………………………………………………… UMUR : ………………. TINGGI : ……………….cm BERAT : ……………….kg SEKOLAH / INSTITUT PENGAJIAN : …………………………………………………………………………………………. Soalan untuk mengetahui penglibatan pemain dengan sukan hoki di UPSI. Sila jawab dengan ikhlas dan jujur. 1. Penglibatan diri dalam sukan hoki 1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun Lain-lain (sila nyatakan) : …………………………………………... 2. Kekerapan latihan dalam seminggu 2 jam 3 jam 4 jam 5 jam Lain-lain (sila nyatakan) : …………………………………………… 3. Jarak dari kediaman ke tempat latihan Kurang dari 1 km 1 km 2 km 3 km Lebih 3 km 4. Tahap pencapaian dalam permainan Daerah Negeri Kebangsaan Lain-lain (sila nyatakan) : ..................................................................

Page 90: View

74

LAMPIRAN

I

Page 91: View

75

BORANG SKOR UJIAN BLEEP

NAMA : ………………………………………

NO. K/P : ………………………………………

ARAS BILANGAN ULANGAN

1 1 2 3 4 5 6 7

2 1 2 3 4 5 6 7 8

3 1 2 3 4 5 6 7 8

4 1 2 3 4 5 6 7 8 9

5 1 2 3 4 5 6 7 8 9

6 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

7 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

8 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

9 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

11 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

14 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

15 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

16 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

17 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

18 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

19 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

20 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1516 17

21 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1516 17

Arahan : Pangkah nombor yang mewakili bilangan ulangan larian subjek.

Tandatangan Pencatat : Tarikh :

Nama :