versi 14-16 mac 2014 - ict.upsi.edu.my filekandungan m/s bab 1 dasar umum teknologi maklumat dan...

35
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Versi 6 Pusat ICT, UPSI Mac 2014

Upload: hahuong

Post on 26-Apr-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Versi 6 Pusat ICT, UPSI

Mac 2014

Kandungan M/S

BAB 1 Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 1.1 Tujuan Dasar 1 1.2 Objektif Dasar 1 1.3 Skop Dasar 1.3.1 Sumber

1.3.2 Pengguna 1 1

1.4 Definisi 1 1.5 Dasar Am 3 1.6 Pelanggaran Dasar 4 1.7 Dasar Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan 4 BAB 2 Dasar Pengurusan ICT 2.1 Tujuan Dasar 6 2.2 Skop Dasar 6 2.3 Dasar Pengurusan ICT 2.3.1 Penubuhan Jawatankuasa E-Universiti

2.3.2 Penubuhan Pusat ICT 2.3.3 Penubuhan Unit ICT di setiap PTj utama 2.3.4 Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan ICT 2.3.5 Penubuhan Jawatankuasa Pemandu ICT

6 6 7 7 7

2.4 Dasar Pembangunan ICT 2.4.1 Perancangan ICT

2.4.2 Perolehan ICT 2.4.3 Instalasi dan Penyelenggaraan 2.4.4 Naiktaraf atau Pelupusan 2.4.5 Pembangunan Sumber Manusia 2.4.6 Keselamatan ICT

8 8 8 8 9 9

BAB 3 Dasar Perisian, Aplikasi dan Perkakasan ICT 3.1 Tujuan Dasar 10 3.2 Skop Dasar 10 3.3 Dasar Perisian dan Aplikasi 3.3.1 Hakmilik

3.3.2 Perolehan 3.3.3 Tanggungjawab Pengguna

10 10 11

3.4 Dasar Perkakasan 3.4.1 Hakmilik

3.4.2 Perolehan Perkakasan 3.4.3 Pengagihan Perkakasan 3.4.4 Kehilangan/Kerosakan Perkakasan 3.4.5 Peminjaman Perkakasan

11 12 12 13 13

3.4.5 Baik Pulih dan Penyelenggaraan Perkakasan 3.4.6 Pelupusan Perkakasan 3.4.7 Tanggungjawab Pengguna

14 14 14

Kandungan M/S

BAB 4 Dasar Rangkaian ICT 4.1 Tujuan Dasar 16 4.2 Skop Dasar 16 4.3 Komputer Server 4.3.1 Hakmilik

4.3.2 Perolehan 4.3.3 Konfigurasi dan Operasi

16 16 17

4.4 Dasar Rangkaian UPSINet 4.4.1 Hakmilik

4.4.2 Perolehan 4.4.3 Kemudahan Rangkaian UPSINet 4.4.4 Penyambungan Rangkaian

17 17 17 18

BAB 5 Dasar Makmal Komputer 5.1 Tujuan Dasar 19 5.2 Skop Dasar 19 5.3 Dasar Penggunaan Makmal 19 5.4 Dasar Tempahan Makmal 20 5.5 Pelanggaran Peraturan 20 BAB 6 Dasar Penggunaan Internet/Intranet 6.1 Tujuan Dasar 21 6.2 Skop Dasar 21 6.3 Dasar Emel 6.3.1 Dasar Am

6.3.2 Dasar Khusus 21 22

6.4 Dasar Pembangunan Laman Web 23 6.5 Dasar Capaian Internet/Intranet 24 BAB 7 Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat 7.1 Tujuan Dasar 25 7.2 Skop Dasar 25 7.3 Dasar Capaian Maklumat Sulit 25 7.4 Dasar Pemantauan Data Dalam Rangkaian 26 7.5 Dasar Pengurusan Maklumat Sulit/Peribadi 7.5.1 Pengambilan Maklumat Sulit / Peribadi

7.5.2 Had-Had Penggunaan 7.5.3 Penyelenggaraan Maklumat Sulit / Peribadi

27 28 29

Kandungan M/S

BAB 8 Dasar Keselamatan ICT 31

Ü 1 Û

BAB 1 - DASAR UMUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

1.1 Tujuan Dasar

Dasar ini menerangkan secara umum dasar penggunaan sumber-sumber Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (ICT) yang terdapat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan

diterima pakai sebagai Dasar Umum. Mana-mana dasar terperinci untuk setiap sumber yang

disenarai adalah mengatasi Dasar Umum ini.

1.2 Objektif Dasar

Penggunaan ICT oleh pelajar dan staf UPSI merupakan suatu peranan penting dalam

mencapai misi dan visi UPSI. Dasar ini bertujuan memastikan :

i. warga UPSI dimaklumkan mengenai kewujudan dan peranan dasar-dasar ICT UPSI;

ii. kemudahan ICT digunakan secara bijaksana mengikut dasar yang ditetapkan;

iii. tanggungjawab pengguna dimaklumkan; dan

iv. kerosakan, kemusnahan dan penyalahgunaan ICT dapat diminimumkan.

1.3 Skop Dasar

1.3.1 Sumber

Sumber-sumber yang tersenarai di dalam dokumen, juga sumber-sumber yang tidak

tersenarai tetapi dianggap sebagai sumber ICT oleh Jawatankuasa E-Universiti

(JKEU) adalah juga tertakluk kepada dasar ini.

1.3.2 Pengguna

Semua pengguna adalah tertakluk kepada dasar ini. Sesiapa yang tidak diberi

kebenaran adalah dianggap sebagai penceroboh, dan boleh diambil tindakan yang

sesuai mengikut kesalahan yang dilakukan, sebagaimana yang disebut dalam Dasar

ICT, UPSI.

1.4 Difinisi

Difinisi-difinisi berikut digunakan dalam Penyataan Dasar yang berkaitan dengan

penggunaan kemudahan ICT UPSI :

i. “UPSI” atau “Universiti” bermaksud Universiti Pendidikan Sultan Idris;

ii. “pelajar” bermaksud seseorang yang mendaftar sesuatu program akademik (sama ada

penuh atau separuh masa atau siswazah) di UPSI dan statusnya masih aktif;

iii. “staf” bermaksud seseorang yang dilantik oleh UPSI untuk sesuatu jawatan sama ada

secara tetap, sambilan, sementara atau kontrak dan masih berkhidmat dengan UPSI;

iv. “PTj” bermaksud semua jabatan, fakulti, pusat dan unit di UPSI;

Ü 2 Û

v. “kemudahan ICT” termasuk, tetapi tidak terhad kepada sistem komputer peribadi,

terminal, sistem komputer, alat-alat pinggiran komputer, peralatan komunikasi,

rangkaian komunikasi, perisian komputer, dokumentasi bantuan, pembekalan,

peralatan storan, kemudahan sokongan dan sumber tenaga. Kemudahan terhad

kepada kemudahan yang dibeli, disewa, dipajak, dimiliki atau dipinjamkan kepada

UPSI. Ia termasuk semua kemudahan yang disediakan oleh UPSI secara terpusat dan

yang disediakan melalui PTj;

vi. “perisian” bermaksud aturcara atau program yang digunakan untuk melaksanakan

tugas tertentu oleh komputer seperti perisian automasi pejabat, grafik dan sebagainya;

vii. “aplikasi” bermaksud aturcara atau program yang dibangunkan untuk melaksanakan

tugas tertentu oleh komputer seperti Sistem Maklumat Kewangan, Sistem Maklumat

Akademik dan sebagainya;

viii. “perkakasan” bermaksud peralatan dan komponen ICT seperti komputer, notebook,

tablet, smartphone, pencetak dan sebagainya;

ix. “komputer server” bermaksud komputer yang mempunyai keupayaan tinggi yang

memberi perkhidmatan berpusat;

x. “peralatan rangkaian” bermaksud peralatan dan komponen yang digunakan dalam

sistem rangkaian seperti switch, hub, router, access point (AP) dan sebagainya;

xi. “pengguna” bermaksud seseorang atau kumpulan orang yang dibenarkan

menggunakan kemudahan ICT UPSI;

xii. “tugas-tugas dalaman” bermaksud tugas-tugas yang menyokong fungsi-fungsi UPSI

dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan pentadbiran;

xiii. “tugas luar” bermaksud tugas-tugas selain dari tugas dalaman;

xiv. “maklumat peribadi" merujuk kepada data atau maklumat tentang seseorang individu,

termasuk nama, tarikh lahir dan sebagainya; yang mana data-data ini boleh digunakan

untuk mengenali seseorang individu contohnya nombor kad pengenalan, nombor

kakitangan dan sebagainya;

xv. "pengurus" merujuk kepada seseorang yang dilantik dan diberi kuasa (authority) oleh

Universiti untuk mengendali, mengurus, menyelenggara dan menjaga kerahsiaan dan

keselamatan maklumat Universiti;

xvi. "tuan punya maklumat" merujuk kepada seseorang individu yang boleh dikenal pasti

melalui maklumat peribadi yang ada;

xvii. “akaun pengguna” merujuk kepada had capaian dan ruang storan yang telah

diperuntukkan kepada setiap pengguna yang sah dalam sesuatu sistem atau sumber

ICT. Setiap pengguna dikenalpasti melalui penggunaan identiti pengguna;

xviii. “maklumat rahsia” atau “sulit” dalam dokumen ini merujuk kepada segala bentuk

data sama ada teks, grafik, audio, animasi dalam pelbagai format sama ada yang

boleh dicerna seperti teks ataupun dalam format binari yang terdapat dalam akaun

Ü 3 Û

pengguna. Maklumat ini juga boleh dicapai semasa dalam medium penghantaran

(transmisi) seperti data e-mel dalam talian atau dalam simpanan fail sementara;

xix. “aktiviti” atau “kegiatan sulit” atau “rahsia pengguna” merujuk kepada arahan-arahan

yang dilaksanakan (run) atau ‘keystrokes’ yang ditaip semasa pengguna berinteraksi

dengan sumber IT yang disediakan oleh UPSI;

xx. “pentadbir rangkaian” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab mengurus,

mengawal, memantau dan menyelenggara operasi dan keselamatan rangkaian

UPSINet;

xxi. “UPSINET” bermaksud infrastruktur rangkaian ICT UPSI yang terdiri daripada

rangkaian tulang belakang (backbone), rangkaian kawasan setempat (LAN) dan

perkhidmatan wayarles;

xxii. “persekitaran awan” merujuk kepada perkhidmatan awan yang dilanggan oleh UPSI

daripada Penyedia Perkhidmatan Awan (cloud provider)

xxiii. “Jawatankuasa Keselamatan ICT” merujuk kepada Jawatankuasa Computer

Emergency Response Team (CERT) UPSI

xxiv. “ICT” bermaksud Information and Communication Technology; dan

xxv. “MAMPU” bermaksud Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

1.5 Dasar Am

i. Universiti bertanggungjawab menyediakan kemudahan ICT bagi kegunaan staf

akademik, pentadbiran, sokongan dan pelajar bagi menyokong fungsi Universiti.

ii. Semua kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan oleh UPSI adalah hak

mutlak UPSI. Pengguna berdaftar diberikan keistimewaan untuk menggunakan

kemudahan tersebut berdasarkan keperluan tugas dan bukannya hak yang diberikan

kepada pengguna. UPSI berhak menarik balik kebenaran dan/atau kemudahan yang

diberikan pada bila-bila masa tanpa notis.

iii. Kemudahan ICT yang disediakan oleh UPSI hanya boleh digunakan untuk tujuan

yang berkaitan dengan fungsi UPSI. Penggunaan selain daripada yang berkaitan

dengan fungsi UPSI adalah tidak dibenarkan, seperti untuk tujuan peribadi, komersil

dan politik.

iv. Pengguna yang menggunakan peralatan ICT peribadi yang dibenarkan di dalam

kampus juga tertakluk kepada dasar ini. Sebarang penggunaan adalah tertakluk

kepada undang-undang dan dasar UPSI, negeri dan negara. UPSI tidak akan

bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan yang dilakukan oleh pengguna.

v. Setiap pengguna mesti mematuhi Dasar ICT yang ditetapkan selaras dengan hasrat

UPSI mewujud pengguna yang beretika dan menghormati pengguna yang lain.

vi. Universiti bertanggungjawab memastikan pelaksanaan Dasar ICT dan syarat-syarat

Ü 4 Û

yang berkaitan dengan pengguna dan kod etika diamalkan selaras dengan

kemudahan-kemudahan di bawah kawalan Universiti.

vii. Ketua-ketua PTj bertanggungjawab memastikan Dasar ICT diamalkan selaras dengan

kemudahan-kemudahan di bawah kawalan dan pengurusannya.

viii. Dasar ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. UPSI berhak

meminda, membatal, menghad dan menambah mana-mana Dasar mengikut

kesesuaian dan keperluan semasa.

1.6 Pelanggaran Dasar

i. Sebarang pelanggaran dasar dan peraturan oleh pengguna akan dikenakan tindakan

berdasarkan kepada jenis pelanggaran dan keadaan semasa pelanggaran.

ii. Sebarang aduan tentang pelanggaran Dasar hendaklah dibuat secara bertulis kepada

Jawatankuasa Keselamatan ICT. Jawatankuasa Keselamatan ICT boleh melantik

Jawatankuasa Penyiasat untuk meneliti laporan dan boleh membuat keputusan sama ada

siasatan terperinci perlu dilaksanakan.

iii. Tindakan atau penalti yang boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Keselamatan ICT adalah

penggantungan penggunaan kemudahan ICT. Lain-lain tindakan atau penalti boleh

diambil oleh Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan untuk staf atau Timbalan Naib Canselor

(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk pelajar dengan mengikut prosidur yang ditetapkan.

1.7 Dasar Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan

Dasar ini tidak terhad kepada kandungan dokumen ini, malah ia turut mencakupi serta

menerimapakai dasar-dasar/garis panduan/akta ICT peringkat kebangsaan yang

dikuatkuasakan seperti berikut :

i. Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi

Kerajaan berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 2009 yang dikeluarkan oleh

MAMPU;

ii. Arahan Teknologi Maklumat 2007 yang dikeluarkan oleh MAMPU;

iii. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 (Akta 680) yang dikeluarkan oleh MAMPU;

iv. Dasar Keselamatan ICT Kerajaan berdasarkan Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 yang

dikeluarkan oleh MAMPU;

v. Garis Panduan Malaysian Civil Service Link (MCSL) dan Laman Web Kerajaan

berdasarkan Pekeliling Am Bil.1 tahun 2000 yang dikeluarkan oleh MAMPU;

vi. Garis Panduan Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi-agensi Kerajaan

Dalam Bidang Teknologi Maklumat berdasarkan Pekeliling Am Bil. 6 tahun 1999

yang dikeluarkan oleh MAMPU;

vii. Penubuhan Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) berdasarkan Pekeliling

Am Bil. 2 Tahun 1999 yang dikeluarkan oleh MAMPU;

Ü 5 Û

viii. Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT (ICT) melalui Pekeliling Am Bil.1

Tahun 2001 yang dikeluarkan oleh MAMPU; dan

ix. Undang-undang Siber (Cyber Law) yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah

program MSC Bill of Guarantees yang terdiri daripada akta-akta berikut:

« Tandatangan Digital 1997

« Hakcipta (amendment) 1997

« Jenayah Komputer 1997

« Tele-medicine 1997

« Komunikasi dan Multimedia 1998

« Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998

« Personal Data Protection Act 2010

Ü 6 Û

BAB 2 - DASAR PENGURUSAN ICT

2.1 Tujuan Dasar

Dasar ini menerangkan secara umum aspek pengurusan organisasi dan pembangunan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

2.2 Skop Dasar

Skop dasar melibatkan :

i. aspek pengurusan organisasi ICT yang mempunyai kuasa dan kepakaran untuk

merancang, melaksana dan mengurus keperluan ICT Universiti menerusi strategi-

strategi yang ditetapkan; dan

ii. aspek pembangunan ICT bagi merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara

keperluan ICT Universiti menerusi strategi-strategi yang ditetapkan.

2.3 Dasar Pengurusan Organisasi

2.3.1 Penubuhan Jawatankuasa E-Universiti

i. Menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal dasar, arah tuju dan matlamat

ICT Universiti.

ii. Melulus perancangan projek ICT Universiti.

iii. Pengerusi Jawatankuasa ialah Naib Canselor.

iv. Jawatankuasa dianggotai oleh :

a. Timbalan - Timbalan Naib Canselor

b. Pendaftar

c. Bendahari

d. Ketua Pustakawan

e. Dekan – dekan

f. Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda

g. Ketua Unit Audit Dalam

h. Keahlian yang dilantik mengikut keperluan semasa tertakluk kepada

statut Universiti.

v. Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT ialah sekretariat bagi Jawatankuasa ini.

vi. Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat empat (4) kali setahun.

2.3.2 Penubuhan Pusat ICT

i. Pusat ICT bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, mengurus,

memantau dan menyelenggara projek-projek ICT Universiti.

ii. Pusat diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Maklumat (CIO).

iii. Pusat mesti mempunyai staf yang mempunyai kepakaran ICT yang

Ü 7 Û

secukupnya.

iv. Pusat perlu mempunyai staf pentadbiran dan sokongan yang secukupnya.

v. Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dilantik menganggotai Jawatankuasa

Eksekutif atau Senat.

vi. Pusat akan mengendalikan Mesyuarat Teknikal ICT dari semasa ke semasa

yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) atau wakil.

2.3.3 Penubuhan Unit ICT di PTj utama

i. Unit ICT PTj mempunyai seorang Pegawai Sistem Maklumat dan atau

Penolong Pegawai Sistem Maklumat.

ii. Unit ini bertanggungjawab ke atas perkhidmatan ICT di PTj masing-masing.

2.3.4 Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan ICT

i. Jawatankuasa ditubuhkan untuk merancang pelaksanaan, pemantauan dan

penguatkuasaan serta mengemaskini Dasar Keselamatan ICT.

ii. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Universiti, Pusat ICT sebagai urusetia dan keahlian lain adalah dilantik oleh

pihak Universiti.

iii. Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.

2.3.5 Penubuhan Jawatankuasa Pemandu ICT

i. Menubuhkan jawatankuasa untuk merancang, mengenal pasti dan

mencadangkan sumber seperti kepakaran, tenaga kerja dan kewangan yang

diperlukan bagi melaksanakan arah tuju/strategi agensi, meluluskan projek

ICT agensi berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan

yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan

dan lain-lain bidang tugas yang berkaitan. ii. Pengerusi Jawatankuasa ialah Timbalan Naib Canselor (P&I).

iii. Jawatankuasa dianggotai oleh :

a. Bendahari

b. Pengarah JPPHB

c. Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT

d. Dua (2) orang Dekan

e. Dua (2) orang pensyarah yang dilantik

f. Pegawai-pegawai Pusat ICT yang dilantik

iv. Penolong Pendaftar Pusat ICT ialah sekretariat bagi Jawatankuasa ini.

v. Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat (4)

kali setahun atau mengikut keperluan.

Ü 8 Û

2.4 Dasar Pembangunan ICT

2.4.1 Perancangan ICT

i. Perancangan hendaklah memenuhi fungsi dan keperluan Universiti dalam

pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan, pentadbiran dan

pengurusan Universiti.

ii. Perancangan hendaklah selaras dengan agenda ICT Negara.

iii. Perancangan hendaklah mematuhi Dasar, Peraturan dan Garis Panduan yang

ditentukan oleh pihak Kerajaan Malaysia.

2.4.2 Perolehan ICT

i. Semua perolehan hendaklah mematuhi Dasar Perolehan serta Kewangan

Universiti dan Kerajaan kecuali bagi kes-kes tertentu dengan mendapat

perakuan/kelulusan Bendahari.

ii. Perolehan hendaklah memenuhi spesifikasi dengan mendapat perakuan

Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT.

iii. Wakil Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT hendaklah menjadi ahli

Jawatankuasa Penilaian Teknikal PTj.

iv. Semua perisian aplikasi dan perisian sistem hendaklah mempunyai lesen

yang sah.

v. Pengesahan penerimaan perolehan perkakasan ICT hendaklah dilakukan oleh

wakil yang dilantik oleh Pusat ICT.

vi. Semua pembangunan atau perolehan sistem aplikasi hendaklah dibuat

melalui Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT bagi menjamin keseragaman,

keserasian dan keselamatan sistem.

2.4.3 Instalasi dan Penyelenggaraan

i. Semua instalasi atau pemasangan perkakasan dan/atau perisian dilakukan di

bawah penyeliaan Pusat ICT/PTj yang berkaitan.

ii. PTj hendaklah memastikan peralatan ICT diselenggara sewajarnya.

2.4.4 Naiktaraf atau Pelupusan

i. Semua naik taraf perkakasan dan perisian hendaklah mendapat kelulusan

Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT.

ii. Perkakasan yang tidak berkeupayaan dan/atau tidak sesuai untuk

dinaiktaraf/diperbaiki/tidak ekonomik untuk dibaiki boleh dicadang untuk

pelupusan mengikut Prosidur Pelupusan Universiti.

Ü 9 Û

2.4.5 Pembangunan Sumber Manusia

i. Merancang keperluan sumber manusia yang secukupnya bagi menyokong

perkhidmatan ICT Universiti.

ii. Merancang, menyedia dan melaksana pelan pembangunan sumber manusia

bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal ICT.

iii. Merancang, menyedia dan melaksana pelan pembangunan sumber manusia

bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas ICT serta penggunaan

aplikasi ICT Universiti.

2.4.6 Keselamatan ICT

Semua pengguna hendaklah mematuhi :

i. Dasar ICT UPSI (Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi dan Perkakasan ICT);

ii. Dasar ICT UPSI (Bab 8 : Dasar Keselamatan ICT);

iii. Dasar Keselamatan ICT Kerajaan (Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000);

iv. Dasar Keselamatan ICT MAMPU JPM (versi 5.3); dan

v. Akta / Undang-Undang berkenaan yang digubal oleh Kerajaan Malaysia.

Ü 10 Û

BAB 3 - DASAR PERISIAN, APLIKASI DAN PERKAKASAN ICT

3.1 Tujuan Dasar

Dasar ini menentukan tanggungjawab pengguna dan pihak UPSI di dalam perkara-perkara

yang berhubung dengan perisian, aplikasi dan perkakasan ICT Universiti.

3.2 Skop Dasar

Skop dasar melibatkan :

i. semua perisian Universiti yang dimiliki atau diguna atau berada di dalam simpanan

pengguna tidak kira di mana perisian itu berada;

ii. semua aplikasi Universiti yang dibangun atau diperolehi atau berada di dalam

simpanan pengguna tidak kira di mana aplikasi itu berada; dan

iii. semua perkakasan Universiti yang dimiliki atau diguna atau berada di dalam

simpanan pengguna tidak kira di mana perkakasan itu berada.

3.3 Dasar Perisian dan Aplikasi

3.3.1 Hakmilik

i. Semua perisian dan aplikasi yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI

untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan atau pentadbiran adalah

menjadi hakmilik UPSI.

ii. Semua perisian dan aplikasi yang dibangunkan menggunakan kemudahan

UPSI termasuk tetapi tidak terhad oleh staf atau pelajar UPSI untuk tujuan

pengajaran, pembelajaran, penyelidikan atau pentadbiran adalah menjadi

hakmilik UPSI.

iii. Bagi perisian dan aplikasi yang dibangunkan, maklumat tentang semua

pengarang / pencipta mestilah dikekalkan.

iv. Semua perisian dan aplikasi hakmilik UPSI tidak dibenarkan dijual, disewa,

dilesenkan semula, dipinjam, disalin semula, disebar atau diberi kepada

sesiapa atau entiti tanpa kebenaran Universiti.

3.3.2 Perolehan

i. Semua perolehan perisian dan aplikasi hendaklah mengikut prosidur

perolehan Universiti.

ii. Semua perolehan perisian untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran

(mengikut kesesuaian) hendaklah menggunakan versi terkini dan pelesenan

akademik seperti academic edition (AE) atau education license.

iii. Penggunaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan yang

ditetapkan oleh pihak Universiti, pembekal atau pembangun perisian.

Ü 11 Û

iv. UPSI tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perolehan dan

penggunaan perisian tanpa lesen yang dilakukan oleh pengguna.

v. UPSI akan melaksanakan peningkatan dan naiktaraf perisian dan aplikasi

bagi memastikan versi yang terkini digunapakai (mengikut kesesuaian).

vi. UPSI akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi aplikasi yang

memerlukan kepakaran khusus mengikut tempoh yang sesuai.

vii. UPSI menggalakkan penggunaan dan pembangunan aplikasi dan perisian

berasaskan sumber terbuka (Open Source Software).

3.3.3 Tanggungjawab pengguna

i. Semua pengguna secara peribadi bertanggungjawab untuk membaca,

memahami dan mematuhi peraturan dan pelesenan bagi setiap perisian yang

digunakan.

ii. Semua pengguna tidak dibenarkan memindah turun, membuat instalasi dan

mengguna perisian yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan

kepada komputer dan rangkaian UPSINet misalnya perisian P2P (peer to

peer) Internet seperti Bittorrent, Utorrent, Aries, Deluge, Vuze dan

sebagainya

iii. Semua pengguna tidak dibenarkan menyebar sebarang perisian berlesen

secara tidak sah. UPSI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang

kesalahan yang dilakukan oleh pengguna.

iv. Sebarang bentuk permainan komputer tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan

akademik dan penyelidikan setelah mendapat kelulusan daripada Ketua PTj.

3.4 Dasar Perkakasan

3.4.1 Hakmilik

i. Semua perkakasan yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI atau semua

perkakasan yang dicipta atau dipasang mengguna peruntukan dan kemudahan

Universiti termasuk tetapi tidak terhad kepada staf atau pelajar UPSI adalah

menjadi hakmilik UPSI.

ii. Bagi perkakasan yang dicipta, maklumat tentang semua pencipta mestilah

dikekalkan.

iii. Perkakasan tersebut tidak dibenarkan dijual, disewa, dipaten, dipinjam,

disebar atau diberi kepada sesiapa atau entiti tanpa kebenaran Universiti.

iv. Perkakasan yang diperuntukkan merupakan hakmilik UPSI dan UPSI berhak

mengambil balik perkakasan tersebut apabila diperlukan.

Ü 12 Û

3.4.2 Perolehan Perkakasan

i. Semua perolehan perkakasan hendaklah mengikut prosidur perolehan

Universiti.

ii. Spesifikasi perkakasan hendaklah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal

Pusat ICT bagi memastikan piawaian dan keseragaman dari segi teknologi

dan keperluan semasa.

iii. Setiap perolehan perkakasan dimaklumkan kepada Pusat ICT untuk

pengesahan spesifikasi perolehan. PTj yang berkaitan perlu menguruskan

pendaftaran aset/inventori Universiti.

iv. Pusat ICT akan memasang perisian antivirus dan automasi pejabat untuk

keselamatan dan pengajaran & pembelajaran (P&P), penyelidikan dan

pentadbiran.

3.4.3 Pengagihan Perkakasan

i. Semua pengagihan perkakasan hendaklah mengikut prosidur dan atau

kelulusan Universiti.

ii. Kakitangan Akademik – layak mendapat satu (1) unit komputer atau

notebook setiap seorang. Kemudahan perkakasan daripada sumber-sumber

lain tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj. Peruntukan adalah berasaskan

perakuan ketua PTj, kekananan jawatan, beban tugas dan kesediaan

(availability) perkakasan.

iii. Kakitangan Pengurusan dan Profesional – layak mendapat satu (1) unit

komputer atau notebook untuk setiap seorang. Kemudahan perkakasan

daripada sumber-sumber lain tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj.

Peruntukan adalah berasaskan perakuan ketua PTj, kekananan jawatan, beban

tugas dan kesediaan peralatan.

iv. Kakitangan kategori lain – layak diberi komputer berdasarkan keperluan

kerja yang ditentukan oleh Ketua PTj. Sebarang permohonan individu atau

berkumpulan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pegawai

Maklumat Pusat ICT dengan mendapat perakuan Ketua PTj.

v. Kakitangan yang tamat perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada

bersara atau meletak jawatan, bercuti sabatikal luar negara atau bercuti

belajar, perlu memaklum dan memulang perkakasan di bawah

tanggungjawabnya kepada Pusat ICT selewat-lewatnya satu (1) minggu

sebelum tarikh berkaitan atau yang ditetapkan oleh Pendaftar.

Ü 13 Û

3.4.4 Kehilangan/Kerosakan Perkakasan

i. Kakitangan perlu mengganti atau membayar kos perkakasan atau

membaikpulih sekiranya berlaku kerosakan atau kecuaian ke atas perkakasan

di bawah tanggungjawabnya.

ii. Kakitangan yang telah menghilangkan komputer atau notebook Universiti

perlu :

i. membuat Laporan Awal kepada Bahagian Govenan;

ii. menggantikannya dengan harga semasa dan setara dengan spesifikasi

perkakasan tersebut; dan

iii. digantung daripada memperoleh komputer dan notebook Universiti

selama dua (2) tahun.

iii. Kakitangan yang sedang disiasat atas kehilangan komputer atau notebook

Universiti tidak layak menerima/meminjam kemudahan komputer atau

notebook Universiti sehingga keputusan siasatan diputuskan.

3.4.5 Peminjaman Perkakasan ICT

i. Semua peminjaman perkakasan ICT hendaklah mengikut prosidur Universiti.

ii. Setiap PTj yang menyediakan peminjaman perkakasan ICT perlu merekod

maklumat berkaitan peminjaman dan pemulangan.

iii. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan

yang dipinjam.

iv. Peminjam perlu melapor dengan segera secara bertulis sekiranya berlaku

kerosakan atau kehilangan perkakasan yang dipinjam kepada Ketua PTj

berkenaan untuk diambil tindakan yang sesuai.

v. Peminjam perlu memulangkan perkakasan yang dipinjam dalam keadaan

baik, berfungsi dan dalam set lengkap pada tarikh dan masa pemulangan

yang ditetapkan.

vi. Peminjam perlu mengganti atau membayar kos perkakasan atau kos

baikpulih sekiranya berlaku kerosakan ke atas perkakasan yang dipinjam.

vii. Tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj berkenaan.

viii. Peminjam daripada kalangan pelajar hendaklah melalui pensyarah atau

pegawai Universiti. Perkakasan tersebut adalah di bawah tanggungjawab

pensyarah atau pegawai berkenaan.

Ü 14 Û

3.4.6 Baik Pulih dan Penyelenggaraan Perkakasan

i. Semua baik pulih dan penyelenggaraan perkakasan hendaklah mengikut

prosidur Universiti.

ii. Bagi kerosakan perkakasan yang dibekalkan oleh Pusat ICT, PTj dikehendaki

membuat aduan kepada Pusat ICT melalui saluran aduan yang disediakan

(Sistem Pengurusan Aduan Online atau telefon). Urusan pembaikan dan

penyelenggaraan akan diurus sepenuhnya oleh Pusat ICT.

iii. Bagi kerosakan perkakasan yang dibeli menggunakan bajet PTj, PTj diminta

membuat aduan kepada Pusat ICT untuk tujuan pemeriksaan dan pengesahan

kerosakan. Sekiranya masih dalam tempoh jaminan, PTj dikehendaki

menghubungi pembekal untuk tujuan pembaikan. Sekiranya telah tamat

tempoh jaminan, urusan pembaikan akan diuruskan sepenuhnya oleh Pusat

ICT.

iv. Pusat ICT menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan pencegahan untuk

komputer, notebook dan tablet untuk semua PTj minimum satu (1) kali

setahun (mengikut kesesuaian).

v. Universiti bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan

bagi perkakasan yang memerlukan kepakaran khusus mengikut tempoh yang

sesuai.

3.4.7 Pelupusan Perkakasan

i. Semua perkakasan yang didapati tidak sesuai dinaik taraf atau tidak

ekonomik untuk dibaiki hendaklah dicadang dilupus mengikut prosidur

Pelupusan Universiti.

ii. Bagi perkakasan yang dibekalkan oleh Pusat ICT, Pusat ICT akan membuat

cadangan pelupusan dan menguruskan mengikut prosidur Pelupusan

Universiti.

iii. Bagi perkakasan yang dibeli menggunakan bajet PTj, PTj diminta membuat

laporan cadangan kepada Jawatankuasa Teknikal IT yang dipengerusikan

oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Pusat ICT bagi semakan dan perakuan

untuk pelupusan dan PTj berkenaan perlu menguruskan mengikut prosidur

Pelupusan Universiti.

3.4.8 Tanggungjawab Pengguna

i. Pengguna tidak berhak mengganggu dengan apa cara sekalipun perkakasan

yang bukan berada di bawah kawalannya. Ini termasuk mengguna atau

mengambil tanpa kebenaran, menceroboh dan mencuri perkakasan atau

komponen-komponennya.

Ü 15 Û

ii. Sebarang penggunaan secara perkongsian (sharing) adalah menjadi

tanggungjawab bersama semua pengguna terbabit. Sebarang perkongsian

perlu mempunyai syarat dan peraturan yang dipersetujui ahli (pengguna).

iii. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan

yang diperuntukkan oleh Universiti.

iv. Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera secara bertulis kepada Ketua

Pegawai Maklumat (CIO) Pusat ICT sekiranya perkakasan tersebut rosak

atau tidak berfungsi untuk tujuan pembaikan.

v. Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera secara bertulis kepada

Pendaftar sekiranya perkakasan ICT tersebut hilang atau dicuri dan membuat

laporan mengikut peraturan Universiti.

Ü 16 Û

BAB 4 - DASAR RANGKAIAN ICT

4.1 Tujuan Dasar

Dasar ini menentukan penyediaan, penggunaan dan pengoperasian komputer server,

perkhidmatan Rangkaian UPSINet dan penyambungan infrastruktur rangkaian.

4.2 Skop Dasar

Skop dasar adalah merangkumi :

i. Komputer Server

Merangkumi semua sistem komputer server (perkakasan dan perisian) yang

diperolehi atau disediakan untuk pengguna yang dibenarkan. Ini termasuk dan tidak

terhad kepada server aplikasi, server rangkaian, server virtual dan server.

ii. Perkhidmatan Rangkaian UPSINet

Merangkumi semua sumber rangkaian, termasuk tetapi tidak terhad kepada peralatan

rangkaian seperti hubs, switches, routers dan access point, perisian aplikasi rangkaian

seperti emel dan penggunaan alamat IP.

4.3 Komputer Server

4.3.1 Hakmilik

i. Semua komputer server yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI adalah

menjadi hakmilik UPSI.

ii. Komputer server yang digunakan secara sewaan adalah menjadi hakmilik

pihak pembekal (penyedia perkhidmatan).

4.3.2 Perolehan

i. Semua perolehan hendaklah mengikut prosidur perolehan Universiti.

ii. Spesifikasi komputer server hendaklah diperakukan oleh Jawatankuasa

Teknikal Pusat ICT bagi memastikan piawaian dan keseragaman dari segi

teknologi dan keperluan semasa.

iii. Setiap perolehan komputer server dimaklumkan kepada Pusat ICT untuk

pengesahan spesifikasi perolehan dan tujuan rekod dan aset Universiti.

Ü 17 Û

4.3.3 Konfigurasi dan Operasi

i. PTj/staf/pelajar yang perlu menggunakan alamat IP yang tetap/statik untuk

komputer server perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pusat

ICT.

ii. Komputer server yang perlu diakses dari luar UPSINet (Internet) boleh

mendapatkan alamat IP global yang tetap daripada pihak Pusat ICT.

iii. Komputer server yang digunakan untuk tujuan pengujian dan penyelidikan

keselamatan rangkaian (seperti ujian penembusan dan serangan penafian

perkhidmatan) perlu berada di dalam rangkaian persendirian yang terpisah

daripada UPSINet iaitu melalui penggunaan talian Internet yang berasingan.

iv. Komputer server yang digunakan oleh pelajar tujuan projek dan atau

penyelidikan perlu mendapat kelulusan daripada pihak penyelia projek /

Dekan terlebih dahulu.

v. Sebarang penggunaan komputer server untuk tujuan peribadi, permainan

(game) dan komersil di dalam rangkaian UPSINet adalah tidak dibenarkan.

vi. Alamat IP tidak dibenarkan diubah sama sekali kecuali setelah mendapat

kelulusan Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT.

vii. Login dan kata laluan untuk id root dan super-user adalah di bawah

kawalan dan tanggungjawab pentadbir komputer server sepenuhnya. 4.4 Dasar Rangkaian UPSINet

4.4.1 Hakmilik

i. Semua sumber rangkaian yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI adalah

menjadi hakmilik UPSI.

4.4.2 Perolehan

i. Semua perolehan sumber rangkaian hendaklah mengikut prosidur perolehan

Universiti.

ii. Perolehan peralatan rangkaian seperti router dan titik akses wayarles

(wireless access point) oleh PTj adalah tidak dibenarkan kecuali dengan

kelulusan Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT.

4.4.3 Kemudahan Rangkaian UPSINet

i. Pengguna tidak dibenarkan dalam apa bentuk sekali pun mengganggu lain-

lain pengguna UPSINet, Internet dan sebarang rangkaian yang lain termasuk

tetapi tidak terhad kepada menghantar maklumat rambang secara emel atau

mesej atas talian (online).

Ü 18 Û

ii. Pengguna tidak boleh memberi sumber rangkaian di bawah jagaannya

termasuk tetapi tidak terhad kepada nod rangkaian dan kad wayarles untuk

diguna oleh orang lain walaupun kepada pelajar atau kakitangan UPSI tanpa

mendapat kelulusan pentadbir rangkaian.

iii. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang

dilakukannya termasuk tetapi tidak terhad kepada stesen kerja, komputer

peribadi, tablet atau smartphone yang melibatkan atau melalui UPSINet

termasuk akses ke Internet dan rangkaian-rangkaian yang lain.

iv. Mana-mana komputer yang menjadi sumber ancaman atau penyebaran virus

akan disekat capaiannya ke UPSINet. Perkhidmatan UPSINet akan ditutup

sehingga komputer tersebut disahkan bebas dari ancaman virus.

4.4.4 Penyambungan Rangkaian

i. Kelulusan dari Pusat ICT perlu diperolehi untuk pembelian peralatan

rangkaian dan penyambungan ke UPSINet. Konfigurasi penyambungan

hendaklah dibuat oleh pembekal di bawah pengawasan dan kawalan

pentadbir rangkaian Pusat ICT.

ii. Sebarang penyambungan rangkaian ke UPSINet yang tidak mendapat

kebenaran dari Pusat ICT adalah menyalahi peraturan dan Pusat ICT berhak

memutuskan penyambungan tersebut. Tindakan susulan boleh diambil ke

atas pengguna atas nasihat Universiti.

iii. Penyambungan Rangkaian Setempat (LAN) dan Rangkaian Luas (WAN)

tidak boleh dilakukan oleh pengguna tanpa mendapat kelulusan daripada

Universiti.

iv. Setiap bangunan baru yang akan dibina perlu memasukkan keperluan

infrastruktur rangkaian yang ditentukan bersama oleh pengguna, Pusat ICT

dan Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB). Kos

pemasangan infrastruktur rangkaian perlu dimasukkan dalam kos peruntukan

pembinaan bangunan.

Ü 19 Û

BAB 5 - DASAR MAKMAL KOMPUTER

5.1 Tujuan Dasar

Dasar ini menerangkan penguatkuasaan penggunaan makmal-makmal komputer di UPSI

yang digariskan sebagai panduan umum untuk setiap pentadbir makmal komputer di PTj.

Setiap makmal boleh mempunyai peraturan khusus untuk pengguna masing-masing.

5.2 Skop Dasar

Setiap pengguna mesti mematuhi syarat dan peraturan penggunaan makmal yang ditetapkan

oleh pentadbir makmal masing-masing. Sebarang pelanggaran peraturan atau

penyalahgunaan adalah tertakluk kepada Dasar Keselamatan ICT.

5.3 Dasar Penggunaan Makmal

i. Penggunaan makmal komputer adalah tertakluk kepada aktiviti Universiti sahaja.

ii. Setiap PTj hendaklah menyedia, memaklum dan menguatkuasa peraturan

penggunaan makmal komputer masing-masing kepada pengguna.

iii. Peraturan makmal yang digubal hendaklah melarang pengguna melakukan perkara-

perkara berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada :

a. makan dan minum;

b. menghisap rokok;

c. membuat bising termasuk tetapi tidak terhad kepada berbual, berbincang,

memasang dan mendengar muzik;

d. mengganggu pengguna lain dengan apa cara sekalipun, termasuk menimbulkan

rasa aib, marah dan tidak selesa;

e. berkelakuan tidak senonoh atau mengaibkan;

f. menukar kedudukan komputer dan peranti;

g. menukar konfigurasi komputer;

h. menambah atau membuang sebarang perisian;

i. menyimpan atau memindah turun maklumat atau data ke dalam cakera keras

komputer;

j. membawa keluar sebarang peralatan dari makmal; dan

k. mencuri peranti dan perkakasan komputer.

iv. Pengguna hendaklah mendapat kebenaran pentadbir makmal untuk memasang

perisian ke dalam komputer.

v. Pengguna hendaklah mematuhi sebarang arahan tambahan dari pentadbir makmal

yang bertugas.

vi. Pengguna hendaklah berpakaian mengikut Etika Pakaian Universiti yang

dikuatkuasakan.

Ü 20 Û

5.4 Dasar Tempahan Makmal

Semua penggunaan komputer di dalam makmal (sama ada yang disambung ke UPSINet atau

tidak) mesti direkodkan ke dalam buku log atau sistem yang dikuatkuasakan. Rekod tersebut

hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya maklumat berikut:

« Tarikh

« Nama Pengguna

« Nombor Matrik / Nombor Staf / No Kad Pengenalan

« Masa mula penggunaan

« Masa tamat penggunaan

« Tandatangan pengguna (jika manual)

Buku log (sama ada berbentuk digital atau manual) perlu disimpan dengan baik sekurang-

kurangnya untuk tempoh empat (4) tahun bagi tujuan rujukan jika diperlukan. ** En. Wira

perlu dapatkan tempoh pd MAMPU

5.5 Pelanggaran Peraturan

Pengguna yang melanggar mana-mana peraturan di atas boleh diambil tindakan tegas,

termasuk tetapi tidak terhad kepada :

i. Dilarang masuk menggunakan peralatan di dalam makmal;

ii. Ditarik balik kemudahan akaun pengguna (jika ada);

iii. Bertanggungjawab mengganti atau membayar kos peralatan yang dicuri, hilang atau

rosak atas kecuaian semasa penggunaan; dan

iv. Dihadapkan ke Lembaga Disiplin / Tatatertib.

Ü 21 Û

BAB 6 - DASAR PENGGUNAAN INTERNET / INTRANET

6.1 Tujuan Dasar

Dasar ini menentukan penggunaan perkhidmatan Internet/Intranet oleh pengguna bersesuaian

seperti mana yang dikehendaki oleh UPSI. Dasar ini juga bertujuan melahirkan pengguna

Internet yang beretika selaras dengan fungsi UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan yang

bitara.

6.2 Skop Dasar

Skop dasar adalah merangkumi :

i. penggunaan kemudahan emel UPSI dan bukan UPSI. Dasar ini terbahagi kepada dua

bahagian, iaitu Dasar Am dan Dasar Khusus Emel;

ii. pembangunan laman web di UPSI, sama ada dibangunkan secara berpusat (oleh

Pengurus Laman Web UPSI menggunakan pelayan web utama) atau secara

berasingan oleh PTj; dan

iii. penggunaan Internet / Intranet termasuk tetapi tidak terhad kepada capaian sistem

aplikasi Universiti, portal Universiti, laman web, pemindahan data atau maklumat

dan perbincangan melalui list group atau chat room.

6.3 Dasar Emel

6.3.1 Dasar Am

i. Aktiviti spamming atau mail-bombing dan penyebaran emel dengan

kandungan tidak beretika (seperti lucah, ugutan, perkauman dan gangguan)

kepada individu, mailing list atau discussion group sama ada di dalam

rangkaian UPSINet atau ke Internet adalah tidak dibenarkan.

ii. UPSI berhak memasang sebarang jenis perisian atau perkakasan penapisan

emel dan virus (email filter and anti virus) yang difikirkan sesuai dan boleh

menggunakannya untuk mencegah, menapis menyekat atau menghapuskan

mana-mana emel yang disyaki mengandungi virus atau berunsur spamming

daripada memasuki ke dalam server, stesen kerja atau rangkaian UPSINet

dan keluar daripada server, stesen kerja atau UPSINet.

iii. UPSI tidak bertanggungjawab terhadap pengguna yang menjadi penghantar

(sender) atau penerima (receiver) kepada sebarang emel yang berunsur

spamming atau penyebaran emel dengan kandungan tidak beretika.

iv. UPSI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan atau

sebarang kesan lain kepada maklumat, aplikasi, data, kotak emel atau fail

yang disimpan oleh pengguna di dalam stesen kerja atau server akibat

daripada penggunaan perkhidmatan emel.

Ü 22 Û

v. Sistem emel yang disediakan oleh Universiti berupaya menyediakan

kemudahan penukaran kata laluan secara berkala (dicadangkan dibuat setiap

enam (6) bulan oleh pengguna) bagi mengelak pencerobohan akaun. Capaian

sistem emel dihadkan kepada tujuh (7) kali percubaan. Sekiranya gagal,

akaun pengguna akan disekat.

6.3.2 Dasar Khusus

i. Kemudahan emel disediakan dan diberi kepada semua staf dan pelajar UPSI

yang berdaftar. Kemudahan emel juga boleh disedia kepada organisasi atau

persatuan rasmi UPSI melalui permohonan kepada Pusat ICT.

ii. Seseorang pengguna individu tidak dibenarkan untuk memohon dan /atau

memiliki lebih daripada satu akaun atau alamat emel UPSI pada satu-satu

masa.

iii. Setiap alamat emel yang disediakan adalah untuk kegunaan individu atau

organisasi/persatuan berkenaan sahaja dan tidak boleh digunakan oleh pihak

lain sama ada secara kebenaran atau tanpa kebenaran.

iv. Pengguna dilarang menggunakan kemudahan emel untuk sebarang aktiviti

yang tidak dibenarkan oleh peraturan dan undang-undang Universiti dan

negara.

v. Semua pengguna yang diberi kemudahan emel UPSI tidak dibenarkan

mengguna emel luar (seperti hotmail, yahoo dan lain-lain) untuk tujuan

rasmi. Pentadbir Rangkaian berhak menghalang penggunaan emel tersebut

jika didapati memudarat dan membebankan rangkaian UPSINet.

vi. Di dalam kes sistem tergendala (rosak), pihak pentadbir emel hanya

bertanggungjawab untuk memulihkan kembali (restore) maklumat akaun

pengguna dan bukannya kandungan/kotak emel (mailbox) pengguna.

vii. Dari semasa ke semasa atas sebab-sebab keperluan audit, keselamatan dan

penggunaan, pentadbir emel dengan kelulusan Universiti berhak memeriksa

dan melihat isi kandungan emel dan ruang storan pengguna-pengguna.

Universiti tidak menjamin kerahsiaan kandungan emel terpelihara sepanjang

masa.

viii. UPSI boleh menamatkan kemudahan akaun emel yang telah diberikan

kepada staf dan pelajar atas sebab-sebab berikut :

a. staf telah tamat atau ditamatkan perkhidmatan dengan UPSI secara rasmi;

b. pelajar telah tamat pengajian atau ditamatkan pengajiannya di UPSI

secara rasmi;

c. persatuan yang telah dibubar secara rasmi oleh Universiti;

Ü 23 Û

d. permintaan dari staf atau pelajar sendiri untuk menamatkan perkhidmatan

tersebut; dan

e. staf atau pelajar yang tidak bersetuju atau melanggar syarat-syarat di

dalam Dasar Am dan Dasar Khusus Emel.

6.4 Dasar Pembangunan Laman Web

i. Universiti menyediakan tapak untuk laman web rasmi PTj/Persatuan atau aktiviti

rasmi sahaja.

ii. Ketua PTj / persatuan / organisasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

semua kandungan dan keselamatan laman web masing-masing. Pihak Universiti

tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan dan sebarang penyalahgunaan

hakcipta yang dilakukan. Universiti boleh menghadkan atau memansuhkan akses

kepada tapak laman web tersebut.

iii. Semua laman web PTj mesti mempunyai hubungan (link) dengan laman utama UPSI.

Universiti berhak menukar atau mengubahsuai kandungan laman web atas

kepentingan Universiti.

iv. Universiti berhak menentukan perisian pembangunan laman web bagi tujuan

mengoptimumkan penggunaan dan keselamatan.

v. Laman web peribadi yang berbentuk ilmiah adalah dibenarkan tetapi perlu mendapat

kelulusan Universiti. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap

kandungan dan sebarang penyalahgunaan hakcipta yang dilakukan oleh PTj atau

individu.

vi. Kandungan laman web mesti dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris. Penggunaan bahasa lain perlu mendapat kelulusan daripada Universiti.

vii. Kandungan laman web hendaklah tidak mengandungi maklumat atau terdedah

kepada kemasukan maklumat yang menyalahi undang-undang / peraturan UPSI,

negeri dan negara termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang berbentuk

keganasan, lucah, hasutan dan yang boleh menimbul atau membawa kepada

keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian.

viii. Semua laman web PTj/ peribadi / persatuan yang dibangunkan sendiri perlu

dimaklumkan kepada Jawatankuasa Laman Web Universiti dan mematuhi panduan

yang ditetapkan.

ix. Fail-fail yang bukan untuk tujuan rasmi akan dibuang secara automatik tanpa

sebarang notis sekiranya dijumpai dalam server UPSI.

Ü 24 Û

6.5 Dasar Capaian Internet / Intranet

i. Universiti berhak menyedia dan memasang perisian penapisan isi kandungan Internet

/ Intranet.

ii. Laman-laman web yang boleh dilayari, dilanggan dan diguna adalah berbentuk

akademik dan pengetahuan. Laman web yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan

dan yang boleh menimbul atau membawa kepada keganasan, keruntuhan akhlak dan

kebencian adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali mendapat keizinan daripada

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Pusat ICT melalui sokongan ketua jabatan bagi

tujuan akademik, penyelidikan atau pentadbiran.

iii. Capaian laman web yang berbentuk sosial, hiburan, leisure, game online, radio

online dan video streaming yang membebankan rangkaian UPSINet tidak dibenarkan

di waktu pejabat kecuali untuk tujuan akademik, penyelidikan atau pentadbiran.

iv. Melayari internet tanpa tujuan atau meninggalkan capaian Internet unattended adalah

amat tidak beretika dan tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan kesesakan

rangkaian UPSINet.

v. Universiti berhak menapis, menghalang dan menegah penggunaan mana-mana laman

web yang dianggap tidak sesuai.

vi. Pengguna dilarang mengganggu atau menceroboh laman web mana-mana jabatan,

organisasi atau negara.

vii. Pengguna dilarang memasuk, menyalin, menciplak, mencetak dan menyebarkan

maklumat daripada Internet yang menyalahi undang-undang negara.

viii. Universiti berhak mengambil tindakan ke atas penyalahgunaan Internet termasuk

tetapi tidak terhad kepada hacking.

ix. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan sumber ICT UPSI untuk mendapat atau

cuba mendapat capaian tidak sah (unauthorised) kepada mana-mana sistem komputer

sama ada di dalam atau di luar UPSI. Ini termasuk membantu, mendorong,

menyembunyikan percubaan untuk mencapai sistem-sistem komputer tersebut atau

mencapai sumber ICT UPSI dengan menggunakan identiti pengguna yang lain.

x. Pengguna tidak dibenar mencapai atau cuba mencapai sumber elektronik (data,

paparan, keystrokes, fail atau media storan) dalam sebarang bentuk yang dimiliki oleh

pengguna yang lain tanpa mendapat kebenaran/kelulusan pengguna terbabit terlebih

dahulu. Ini termasuk membaca, menyalin, menukar, merosak atau memadam data,

program dan perisian. Penggunaan penganalisis rangkaian (network analyzer) atau

pengintip (sniffer) adalah dilarang.

xi. Pengguna yang mencapai sesuatu perkhidmatan yang perlu dibayar (contohnya

pangkalan data online komersil), hendaklah bertanggungjawab ke atas segala bayaran

yang dikenakan.

Ü 25 Û

BAB 7 - DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

7.1 Tujuan Dasar

Dasar ini menyatakan tanggungjawab pihak yang terlibat dengan penggunaan kemudahan

ICT di UPSI seperti berikut :

i. melindungi kepentingan pengguna utama ICT apabila berlaku kejadian pelanggaran

atau pencabulan Dasar Keselamatan ICT;

ii. memelihara dan melindungi maklumat peribadi yang dimiliki UPSI;

iii. menyokong usaha UPSI untuk menjaga kepentingan "stakeholder";

iv. menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pentadbir operasi yang melibatkan

capaian data, maklumat, atau kegiatan pengguna yang diklasifikasikan sebagai rahsia

atau sulit.

7.2 Skop Dasar

Skop dasar ini meliputi tanggungjawab pengguna dan UPSI yang berkaitan capaian maklumat

sulit.

Nota : Bagaimanapun maklumat peribadi yang diambil untuk memudahkan seseorang

individu berhubung, seperti alamat yang disediakan oleh seseorang individu adalah

tidak termasuk dalam Dasar ini.

7.3 Dasar Capaian Maklumat Sulit

i. Pengguna ditegah menyimpan data atau maklumat sensitif, rahsia atau sulit Universiti

tanpa kebenaran.

ii. Pentadbir sistem berkuasa untuk mencapai, merekod, atau memantau data, maklumat

atau kegiatan pengguna dari semasa ke semasa sebagai rutin pemantauan keselamatan

ICT. Maklumat-maklumat yang direkodkan ini akan digunakan untuk tujuan

penjagaan keselamatan ICT. Contohnya, arahan dalam sistem komputer server UNIX

seperti last, syslogd, acctcom, pacct yang berfungsi merekod aktiviti pengguna untuk

tujuan pengauditan.

iii. Pentadbir sistem mempunyai kuasa tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu

daripada pihak Universiti untuk memantau kegiatan dan aktiviti pengguna yang

melanggar Dasar Keselamatan ICT. Segala maklumat yang direkodkan boleh

digunakan sebagai bukti. Sekiranya pelanggaran Dasar Keselamatan ICT tersebut

serius seperti menggunakan identiti pengguna lain untuk mencuri data atau

merosakkan sumber ICT, maka bukti-bukti yang dikumpul akan dimajukan kepada

Jawatankuasa Keselamatan ICT UPSI.

Ü 26 Û

iv. Pentadbir operasi boleh membuat salinan sama ada dalam bentuk bercetak atau

digital kesemua atau sebahagian kandungan akaun pengguna sebagai pemeliharaan

bukti. Pentadbir sistem dengan kebenaran Universiti boleh mencapai maklumat atau

data sulit atau rahsia pengguna seperti emel atau fail-fail yang tersimpan dalam

akaunnya.

v. Pengguna diberi jaminan bahawa selain daripada perkara-perkara yang disebutkan di

atas, data, maklumat rahsia atau sulit yang terdapat dalam akaun pengguna tidak akan

dicapai oleh sesiapa pun. Sekiranya ada individu atau pengguna lain mencapai data

atau maklumat pengguna lain tanpa kebenaran, maka individu tersebut (pengguna

biasa atau pentadbir sistem) telah melanggar Dasar Capaian Teknologi Maklumat.

7.4 Dasar Pemantauan Data dalam Rangkaian

i. Pentadbir sistem berkuasa untuk memantau dan merekodkan data yang berada dalam

rangkaian sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan keselamatan sumber ICT.

Peralatan rangkaian seperti router atau sistem komputer server yang menggunakan

perisian-perisian tertentu mampu merekodkan data dalam rangkaian. Jaminan

diberikan bahawa data yang direkodkan tidak akan didedahkan melainkan jika

berlaku kejadian pelanggaran Dasar Keselamatan ICT.

ii. Sama seperti kes capaian maklumat di atas sekiranya pentadbir sistem mengesyaki

pengguna melanggar Dasar Keselamatan ICT, maka pentadbir sistem mempunyai

mandat tanpa mendapat kebenaran Universiti untuk memantau dan merekodkan data-

dalam talian yang melibatkan aktiviti pengguna dengan lebih teliti. Data ini akan

digunakan sebagai bahan bukti untuk proses pengauditan yang akan dilakukan oleh

Jawatankuasa Keselamatan ICT.

iii. Jaminan adalah diberikan kepada pengguna bahawa selain daripada perkara-perkara

yang dinyatakan di atas, adalah menjadi kesalahan jika pengguna (pentadbir sistem

atau pengguna biasa) memantau atau merekodkan data yang berada dalam rangkaian.

Ü 27 Û

7.5 Dasar Pengurusan Maklumat Sulit/Peribadi

7.5.1 Pengambilan Maklumat Sulit / Peribadi

Pengurus yang menggunakan maklumat peribadi seseorang mestilah menyatakan

tujuannya dengan jelas dan nyata seperti berikut :

a. apabila maklumat peribadi diambil daripada seseorang individu itu, maklumat itu

mestilah diberikan oleh tuan punya maklumat tersebut dan bukan daripada orang

lain; dan

b. pemberi maklumat hendaklah diberitahu / dimaklum untuk mengesahkan

(tandatangan) sesuatu maklumat yang telah diberikan.

i. Kaedah Pengambilan Data

a. Maklumat peribadi diambil berpandukan dasar, peraturan atau undang-

undang yang dibenarkan.

b. Maklumat peribadi tidak boleh diambil tanpa kebenaran atau tujuan yang

jelas.

c. Maklumat peribadi yang terdapat di laman web atau portal UPSI adalah

atas tanggungjawab penyedia laman web/portal tersebut. Universiti tidak

bertanggungjawab ke atas kejituan maklumat peribadi yang disedia oleh

PTj.

ii. Larangan Terhadap Pengambilan Maklumat Sensitif

Maklumat yang dinyatakan di bawah tidak boleh diambil, digunakan atau

dihebahkan. Walau bagaimanapun jika maklumat diambil dengan mendapat

kebenaran pemberi maklumat untuk mengambil, mengguna, menghebah

ataupun untuk tujuan prosidur di dalam mahkamah, maka maklumat ini tidak

termasuk di dalam Dasar ini iaitu :

« bangsa

« asal keluarga

« agama, pandangan politik, ideologi atau pun keahlian sesuatu persatuan

« maklumat kesihatan, rawatan yang diambil

Nota :

« Semua maklumat yang sensitif hendaklah dinyatakan dengan jelas tujuan

penggunaan data tersebut semasa permohonan mendapat maklumat

dilakukan.

« Maklumat kesihatan hanya boleh diambil oleh Pegawai Perubatan yang

bertauliah yang menguruskan pesakit-pesakit.

Ü 28 Û

iii. Maklumat Sulit / Peribadi Yang Boleh Diambil Daripada Tuan Punya

Maklumat

Maklumat peribadi berikut ataupun yang bersamaan dengannya boleh

diambil :

« nama

« gelaran

« PTj

« nombor telefon rasmi

« alamat

« e-mail

Nota :

« Tujuan pengambilan dan penggunaan maklumat atau data hendaklah

dimaklumkan kepada pemberi maklumat jika maklumat tersebut perlu

dihebahkan untuk tujuan tertentu;

« Hak untuk meminta capaian kepada maklumat peribadi pemberi

maklumat dan hak untuk mengubah apa-apa perubahan ataupun

pembetulan jika terdapat kesalahan hendaklah dinyatakan.

iv. Had-Had Pengambilan Selain Daripada Pemberi Maklumat (Bukan Tuan

Punya Maklumat)

Bagi kes di mana maklumat diambil daripada pihak ketiga, tuan punya

maklumat hendaklah dimaklumkan tentang maklumat yang diambil dan

tujuan penggunaan maklumat tersebut. Apabila maklumat yang diberi oleh

seseorang kepada seseorang yang lain dengan izin pemberi maklumat,

perkara berikut hendaklah diikuti :

« Tujuan pengambilan maklumat;

« Jenis maklumat yang diambil; dan

« Tanggungjawab untuk memastikan maklumat dijaga atau disimpan

dengan baik.

7.5.2 Had-Had Penggunaan

Maklumat peribadi mestilah digunakan untuk tujuan yang telah dinyatakan ketika

maklumat itu diperolehi daripada pemberi maklumat dalam skop yang dibenarkan

oleh Universiti.

i. Had-had Penggunaan Untuk Tujuan Yang Diperlukan

Penggunaan maklumat peribadi yang telah diambil mestilah mengikut syarat-

syarat berikut :

Ü 29 Û

a. tuan punya maklumat telah memberi kebenaran menggunakan maklumat

tersebut;

b. maklumat boleh digunakan tuan punya maklumat bagi pengesahan

sesuatu kontrak;

c. maklumat boleh digunakan untuk tujuan mahkamah atau perundangan;

dan

d. maklumat boleh digunakan untuk melindungi tuan punya maklumat

dalam semua perkara.

Nota :

Dalam menyediakan perlindungan yang efektif berkaitan maklumat peribadi

seseorang, maklumat peribadi tidak boleh digunakan selain daripada syarat-

syarat yang dijelaskan di atas.

ii. Penggunaan Maklumat Peribadi Untuk Tujuan Selain Daripada Yang

Dinyatakan Ketika Maklumat Itu Diperolehi

Apabila maklumat peribadi digunakan selain daripada tujuan asal ketika

maklumat itu diambil, kebenaran daripada tuan punya maklumat mestilah

diperolehi dengan kaedah yang dinyatakan dalam Kaedah Pengambilan Data.

Tuan punya maklumat mempunyai hak untuk tidak memberi keizinan

penggunaan maklumat tersebut.

7.5.3 Penyelenggaraan Maklumat Sulit / Peribadi

i. Universiti bertanggungjawab memastikan ketepatan maklumat peribadi

semasa dalam simpanan dan sentiasa dikemaskini untuk tujuan yang

diperlukan. Kemaskini maklumat hanya perlu dilakukan jika maklumat

tersebut diperlukan oleh pihak UPSI. Dalam kes pemberi maklumat telah

tamat perkhidmatan, pelajar berhenti atau telah bergraduat, beliau tidak

dimestikan untuk mengemaskini maklumat tersebut kecuali apabila

diperlukan oleh UPSI.

ii. Universti bertanggungjawab menjamin keselamatan maklumat yang

disimpan. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil sama ada secara

teknikal ataupun organisasi untuk mengelakkan maklumat dicapai secara

tidak sah, dirosak, diubah, hilang dan sebagainya.

iii. Data dienkrip sekiranya disimpan dalam media elektronik untuk

penghantaran secara rangkaian.

iv. Universiti bertanggungjawab menjamin kerahsiaan maklumat peribadi.

Individu yang bertanggungjawab menyimpan, mengumpul atau memproses

data mestilah memastikan maklumat peribadi tidak disebarkan kepada pihak

Ü 30 Û

lain, selain daripada mereka yang mempunyai hak untuk mengetahui

maklumat tersebut.

v. Permintaan untuk mencapai maklumat peribadi oleh tuan punya maklumat

untuk tujuan pengesahan (verification) mestilah diberi untuk satu tempoh

yang berpatutan. Jika terdapat kesilapan maklumat ketika diperiksa oleh tuan

punya maklumat, penerima maklumat tersebut hendaklah diberitahu.

vi. Bantahan terhadap penggunaan maklumat peribadi oleh tuan punya

maklumat hendaklah diterima. Walau bagaimanapun jika maklumat peribadi

itu digunakan untuk tujuan pengesahan ataupun atas keperluan undang-

undang UPSI, negeri atau negara, maka hak bantahan tersebut tidak

dibenarkan.

vii. Pengurus maklumat mestilah memahami dan mengikuti Dasar ini, dan

bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pemberi maklumat tentang

Dasar ini.

Ü 31 Û

BAB 8 - DASAR KESELAMATAN ICT

8.1 Rujuk Dasar Keselamatan ICT UPSI versi 1.0 bertarikh 18 Jun 2012