vanitha asmn.docxdd

Upload: xerez-sathish

Post on 10-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 vanitha asmn.docxDD

    1/5

    CERPEN: KEDAI SEDERET DI KAMPUNG KAMI

    MAKSUD TAJUK

    TAJUK

    Kedai Sederet Di Kampung Kami

    1) Kedai:

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga membawa maksud bahawa kedai adalah bangunan

    tempat menjual barang-barang,gerai, toko dan rumah iaitu bangunan tempat tinggal dan juga

    berniaga.

    Maksud tersirat yang termaktub dalam perkataan kedai adalah tempat saudagar-

    saudagar kecil menjualkan barang-barang yang diambil dari kedai-kedai besar tauke-tauke di

    bandar.Seterusnya, kedai tersebut telah dibakar akinat dijilat api selepas tembakan.. Oleh itu,

    orang Melayu dan orang Cina berusaha membaiki kedai tersebut. Tambahan pula, cerpen ini

    juga telah dimulakan dengan ( KEDAI sederet itu- delapan buah banyaknya- telah dijilat api). Di

    sini jelaslah bahawa kedai tersebut memainkan peranan penting dalam cerpen ini.

    2) Sederet:

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat sederet merujuk kepada dalam satu barisan,

    sebaris iaitu rumah kedai itu musnah dijilat api.

    Maksud tersirat yang terdapat dalam cerpen ini adalah kedai saudagar-saudagar telah

    terbakar dan tidak mengetahui puncanya. Contahnya dalam cerpen ini menyatakan bahawa

    (Dan, kedai lapan sederet yang tidak bermaya lagi itu menutup riwayatnya dimusnahkan

    nyala api yang tidak diketahui dari mana puncanya.

    3) Di

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (di) mempunyai di pertama, di kedua, dan di

    ketiga. Seterusya, di pertama merujuk kepada kata sendi nama yang menunjukkan tempat.

  • 7/22/2019 vanitha asmn.docxDD

    2/5

    Manakala di kedua pula merujuk kepada awalan yang membentuk kata kerja pasif (diri ketiga)

    dan di ketiga pula merujuk kepada adi; dipati adipati serta diraja adiraja.

    Dalam cerpen ini di membawa maksud atau merujuk kepada kedai yang terbakar dalam

    kampung mereka. Di sini penulis telah menggunakan di pertama iaitu merujuk kepada tempat.

    Oleh itu, penulis telah merujuk kepada kedai tersebut yang dijialt api dan musnah. Oleh itu,

    masyarakat kampung tersebut berusaha membuka balik kedai tersebut.

    4) Kampung

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kampung didefinisikan sebagai kawasan

    kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah) di luar Bandar, desa, dusun. Seterusnya,

    penduduk kampung ialah orang yang tidak moden (masih berpegang pada kebiasaan atau

    tradisi lama). Rumah yang reka bentuknya seperti yang lazimnya terdapat di kampung iaitu

    tanah-tanah yang terletak di kawasan kampung (bukan tanah di kawasan perbandaran).

    Kampung memainkan peranan penting sebagai latar tempat dalam cerpen ini.

    Kedudukan kedai juga terdapat dalam kampung tersebut. Penduduk di kampung tersebut begitu

    bekerjasama untuk membaiki kedai yang musnah akibat dijilat api walaupun berlainan bangsa.

    5) Kami

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kami merujuk kepada saya sekalian (saya dan

    rakan-rakan saya semua).

    Maksud tersirat yang termaktub dalam cerpen ini ialah kami merujuk kepada orang

    Melayu dan orang Cina. Di kampung tersebut mereka berusaha untuk membaiki kedai yang

    terbakar akibat dijilat api.

  • 7/22/2019 vanitha asmn.docxDD

    3/5

    CERPEN: KEDAI SEDERET DI KAMPUNG KAMI

    TEMA

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat tema bermaksud subjek yang menjadi dasar

    sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita dan sebagainya. Tema juga memainkan

    peranan penting dalam kesusasteraan Melayu. Seterusnya, tema juga boleh dikatakan sebagai

    suatu idea (ekspresif) atau pemikiran (gagasan) pengkarya. Tema diperolehi melalui huraian

    maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sesebuah cerpen itu.

    Cerpen Kedai Sederet Di Kampung Kami ini banyak mempunyai keistimewaannya.

    Karya ini menyimpang daripada konvensi cerpen pada masa itu. Padanya tidak terdapat watak

    manusia yang tertentu sementara gerak laku ialah perubahan keadaan masyarakat itu sendiri.

    Ini ialah contoh yang baik dan cerpen yang menggunakan suasana untuk menyampaikan

    pengertiannya.

    Tema cerpen Kedai Sederet Di Kampung Kami adalah semangat patriotisme

    masyarakat Cina dan Orang Melayu yang berjuang bersama-sama demi kebaikan kampung

    mereka selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kedai sederet itu telah musnah dijilat

    api. Inilah peristiwa pokok yang diperkenalkan daripada ayat pertama cerpen ini. Keris Mas

    seterusnya membina latar cerpen ini dan melalui teknik imbas balik, beliau membawa kita

    kepada asal usul kedai sederet itu dari zaman sebelum Jepun ke zaman pemerintahan Inggeris

    dan terus ke zaman darurat. Diceritakan kemiskinan orang kampung tersebut sepanjang

    zaman, tentang rasa tidak puas hati penduduk kampung terutama pemuda-pemudanya, tentang

    undang-undang darurat, tentang penangkapan orang muda kampung kerana disyaki membantu

    pengganas komunis. Seterusnya, tentang keputusan pihak berkuasa untuk memindahkan

    penduduk kampung ke kawasan lain atas alasan mereka disyaki menyokong gerakan bawah

    tanah.

    Setelah membina latar yang sedemikian, Keris Mas akhirnya kembali kepada peristiwa

    pokok yang disebutkan pada ayat pertama tadi: Kedai sederet itu telah musnah dijilat api. Tidak

    diketahui siapa yang membakar kedai itu, mungkin oleh pemuda-pemuda kampung yang telah

    lari ke hutan, mungkin oleh pengganas komunis, mungkin pula pasukan keselamatan

    sendiri.Dalam cerpen ini dikatakan bahawa selepas kejadian tembak-menembak, kedai sederet

  • 7/22/2019 vanitha asmn.docxDD

    4/5

    itu terbakar. Akibatnya pihak berkuasa mengambil keputusan memindahkan penduduk

    kampung itu ke kawasan lain kerana mereka disyaki bersimpati dengan pengganas komunis.

    Soal pokok yang tersirat dalam cerpen ini ialah penderitaan yang semakin pahit dialami

    oleh penduduk di sebuah kampung akibat daripada keadaan darurat dan tragedinya ialah pihak

    berkuasa nampaknya tidak memahami hal ini dan tidak berbuat apa-apa untuk

    menyelesaikannya. Sebaliknya pihak berkuasa mengambil tindakan yang menambahkan lagi

    penderitaan mereka iaitu dengan memindahkan mereka ke kawasan lain. Ini bukanlah

    penyelesaian yang sebenarnya. Tetapi dengan teknik penyelesaiannya yang terbuka ini

    pemcaca sendiri diberi kesempatan untuk berfikir.

    Oleh itu secara automatiknya, dapat dirumuskan bahawa cerpen ini sesuai dengan

    unsur patriotisme dalam kalangan penduduk kampung tersebut. Selain itu, penduduk kampung

    tersebut juga berusaha untuk membaiki kedai sederet yang telah musnah akibat dijilat api.

    Walau bagaimanapun, punca kejadian tersebut belum diketahui. Orang Melayu dan orang Cina

    di kampung tersebut sanggup manghadapi segala dugaan dan kepahitan dalam kehidupan

    mereka semasa pendudukan Jepun di kampung mereka.

  • 7/22/2019 vanitha asmn.docxDD

    5/5

    AYAT-AYAT YANG BERUNSUR SEMANGAT PATRIOTISME