pengembangan dan pengecutan jirim

12
- IRWA - ALIFAH - HAMIZAH - AISHAH - TINGKATAN 1KAA3

Upload: fazrul

Post on 22-Nov-2014

7.039 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

PELAJARAN SAINS KHAS TO FORM 1

TRANSCRIPT

Page 1: Pengembangan dan pengecutan jirim

- IRWA - ALIFAH - HAMIZAH - AISHAH -TINGKATAN 1KAA3

Page 2: Pengembangan dan pengecutan jirim

Pengembangan dan Pengecutan Jirim

Jirim (matter) menyerap (absorbs) haba apabila dipanaskan dan menyingkirkan (expels) haba apabila disejukkan.

Isipadu (volume) jirim berubah apabila ianya dipanaskan (heated) atau disejukkan (cooled).

APABILA DIPANASKAN APABILA DISEJUKKAN

• Zarah (particles) jirim menyerap tenaga haba (heat energy) untuk menukarkannya kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik (kinetic energy) menyebabkan zarah bergetar (vibrate) dengan lebih cepat.• Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Dengan sebab itu, saiz dan isipadu jirim akan meningkat.

• Zarah jirim kurang bergetar dan kelajuannya juga berkurangan.• Jarak antara zarah-zarah adalah mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan isipadu jirim juga turut berkurangan.

Page 3: Pengembangan dan pengecutan jirim

Aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan jirim :

APLIKASI

TERMOSTAT

ALAT PENGGERA

KEBAKARAN

TERMOMETER

PENGGOLEK PADA

JAMBATAN KELULI

KABEL ELEKTRIK

RUANG ANTARA

LANDASAN KERETA API

Page 4: Pengembangan dan pengecutan jirim

a) Termostat digunakan untuk mengawal suhu dalam peralatan elektrik seperti seterika dan peti sejuk.b) Termostat mempunyai satu jalur dwilogam yang akan mengembang dan membengkok ke atas ketika panas.Keadaan ini memutuskan litar pemanasan. Jalur dwilogam yang digunakan sebagai termostat untuk mengawal suhu sesuatu alat elektrik. Misalnya,jalur dwilogam [TERMOSTAT} dalam seterika elektrik dan periuk nasi elektrik dapat mengawal suhunya dengan memutuskan litar. Oleh itu,setrika elektrik dan periuk nasi tersebut tidak menjadi lebih panas daripada suhu yang ditetapkan.

Page 5: Pengembangan dan pengecutan jirim

a) Alat penggera kebakaran digunakan untuk memberi AMARAN ketika berlakunya kabakaran. b) Dalam keadaan panas, jalur dwilogam mengembang dan membengkok ke arah skru untuk melengkapakan litar elektrik. Kumprum mengembang lebih banyak daripada besi. Arus elektrik mengalir dan loceng berbunyi.

Page 6: Pengembangan dan pengecutan jirim

MERKURI DALAM TERMOMETER MENGEMBANG APABILA PANAS DAN MENGECUT APBILA SEJUK. HAL INI MENYEBABKAN MERKURI BERGERAK NAIK ATAU TURUN DALAM TIUB KAPILARI.

MERKURI DIGUNAKAN DALAM TERMOMETER KERANA MERKURI IALAH SUATU KONDUKTOR HABA YANG BAIK. MERKURI MENGEMBANG DAN MENGECUT DENGAN CEPAT APABILA MENGESAN PERUBAHAN HABA. OLEH ITU,MERKURI SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR DARJAH KEPANASAN ATAU SUHU SUATU OBJEK. APABILA HARI PANAS, MERKURI DALAM BEBULI TERMOMETER MENYERAP HABA DAN MENGEMBANG. PENGEMBANGAN INI MENYEBABKAN ARAS MERKURI NAIK DAN MENUNJUKKAN KENAIKAN SUHU. APABILA HARI SEJUK,MERKURI MEMBEBASKAN TENAGA HABA DAN MENGECUT. ARAS MERKURI AKAN TURUN DAN MENUNJUKKAN PENURUNAN SUHU.

Page 7: Pengembangan dan pengecutan jirim

GAMBAR APLIKASI :

APLIKASI BOLA BESI

TERMOMETER

Page 8: Pengembangan dan pengecutan jirim

Jambatan keluli mempunyai penggolek pada hujung untuk membolehkannya mengembang atau mengecut. Ini mengelakkan jambatan tersebut daripada bengkok atau patah. Kebanyakan jambatan modem dibina daripada konkrit dan keluli. Ruang disediakan untuk pengembangan jambatan keluli dalam cuaca panas. Satu hujung jambatan ditetapkan, manakala hujung yang satu lagi terletak di atas penggolek. Penggolek membenarkan pengembangan dan pengecutan jambatan tanpa memecahkan tembok landasannya.

Page 9: Pengembangan dan pengecutan jirim

GAMBAR APLIKASI :

PENGGOLEK PADA JAMBATAN KELULI

Page 10: Pengembangan dan pengecutan jirim

Wayar atau label dipasang dalam keadaan yang kendur untuk membolehkannya mengecut pada cuaca sejuk. Ini akan mengelakkan wayar atau kabel menjadi terlalu tegang dan terputus. Kabel penghantaran kuasa elektrik lazimnya digantung secara mengendur di antara tiang-tiang. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kabel-kabel tersebut meregang dan menyebabkan ia terputus akibat pengecutan pada waktu malam.

Page 11: Pengembangan dan pengecutan jirim

Ruang pada landasan kereta api membolehkan landasan besi mengembang pada cuaca panas.

Ini akan mengelakkan landasan kereta api menjadi bengkok.

Page 12: Pengembangan dan pengecutan jirim