usia emas kmk

Upload: soreambang

Post on 14-Apr-2018

1.160 views

Category:

Documents


34 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Usia Emas Kmk

    1/6

    Cerpen Usia Emas

    oleh: Abdullah Hussain

    Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain dengan menceritakan kisah seorang

    kawan lamanya yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 80 tahun telah diangkat

    selaku tokoh warga emas di daerahnya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniah atas

    anugerah yang diterima oleh kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapan balas,

    Cikgu Baharum menyatakan penerimaanya terhadap anugerah tersebut adalah atas

    dasar malu alah saja. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pengarang. Apakah

    anugerah warga emas tiada mempunyai nilai yang harus dibanggakan?

    Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapa

    petikan ayat al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya. Anugerah

    warga emas adalah tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Anugerah tersebut

    berasal usul daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah dengan pemberian

    award termasuk kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Tidak sepatutnya orang

    yang telah tua diberikan anugerah yang nyata tiada memberi manfaat kepada mereka

    lagi. Bagi pengarang, kematian orang yang tuabukan untuk diratapi sebagai satu

    kehilangan besar sebaliknya perlu dilepaskan dengan reda dan diiringi doa ke atas

    rohnya.

    Tema:

    Tema kasih sayang - kasih sayang daripada anak-anak dan masyarakat yang diperlukanoleh warga emas dalam menghabiskan sisa hidup mereka.Curahan kasih sayang jauh

    lebih penting daripada pemberian anugerah.

    Peristiwa-peristiwa penting:

    1. Cikgu Baharum menerima anugerah tokoh warga emas daerah dan berita

    penganugerahannya itu telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

    2. Penulis terkenangkan semula Cikgu Baharum yang telah tidak ditemuinya iaitu kira-

    kira 5 tahun yang lalu, ketika sama-sama merayakan hari lahir yang ke-75 tahun.

    3. Penulis juga turut mengingati semula perwatakan cikgu Baharum ketika waktu

    mudanya dahulu, di samping itu juga penulis teringatkan bagaimana dia berkenalan

    dengan cikgu Baharum.

  • 7/30/2019 Usia Emas Kmk

    2/6

    4. Keakraban hubungan antara cikgu Baharum dan penulis di mana mereka saling

    berutus-utus poskad dan akhirnya mereka sudah menjadi seperti saudara sehingga

    beranak dan bercucu.

    5. Penulis mengutuskan poskad mengucapkan tahniah di atas penganugerahan tokoh

    warga emas kepada cikgu Baharum membawa penulis terkenang semula rahsia awetmuda yang turut disiarkan dalam rencana yang turut ditulis oleh wartawan yang

    menemuramahnya.

    6. Penulis dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain untuk

    bertukar-tukar ilmu pengetahuan kerana cikgu Baharum seorang yang banyak ilmu

    pengetahuannya kerana dia suka membaca.

    7. Penulis akhirnya mendapat juga jawapan bagi persoalan yang sengaja dibiarkan oleh

    Cikgu Baharum untuknya berfikir iaitu tentang usia emas.

    8. Rumusan yang penulis dapati dari surah Ahqaf ayat 15 hingga 19 tentang kewajipan

    anak untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila mereka menginjak usia

    emas.

    9. Penulis bermimpi melihat cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai

    jubah putih, kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara kea rah

    penulis.

    10. Selepas selesai solat sunat tahajud dan berzikir isteri penulis menjawab panggilan

    telefon yang membawa khabar tentang kematian cikgu Baharum. Penulispasrah danredha dengan pemergiannya.

    Persoalan

    1. Persoalan tentang keagamaan, ayat-ayat suci al-Quran merupakan panduan dan

    pedoman tentang kehidupan kepada manusia yang ingin mengambilnya sebagai iktibar.

    Penulis banyak memasukkan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran dari beberapa suarah

    antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra ayat 23 dan surah al-Ahfat. Kesemua

    petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupan manusia yang antara

    lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121)

    2. Persoalan tentang menghormati orang tua.Anak-anak seharusnya menghormati danmengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutan agama.Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah al-Isra yangmana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telahmemerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu bapanya. (hlm. 124)

  • 7/30/2019 Usia Emas Kmk

    3/6

    3. Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. hubungan yang akrab yang menjalinkanukhuwah persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain malah mereka juga sering berutus poskad tandaingatan yang berkekalan.(hlm 121)

    4. Persoalan tentang kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senamantertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh memanjang usiaseseorang. Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya,terbukti sejak zaman muda dia telah mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagiyang dipelajari pada zaman Jepun lagi.(hlm. 119)

    5. Persoalan pengaruh budaya asing. Masyarakat di negara kita mudah terikut-ikutdengan budaya dari luar sehingga semua yang dibuat masyarakat luar hendak ditirubiarpun ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Buktinya Cikgu Baharummenganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan budayamasyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan.(hlm.122)

    6. Persoalan tentang Disiplin Diri. Disiplin dalam melakukan rutin kehidupan adalahruang untuk mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan disipilindiri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yang menemuramahnya, setiaphari dia akan bangun seawall jam 5.00 pagi melakukan senama radio taisyo, mandiserta berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapan dan berpagi-pagian ke tempatkerja. (hlm. 119-120)

    7. Persoalan kerajinan dalam pekerjaan. pelbagai tugas yang diberikan dijalankandengan penuh komitmen. Cikgu Baharum selain mengajar dia juga memegang jawatan

    sebagai guru senaman dan juga guru pengawas disipilin pelajar. (hlm. 120)

    8. persoalan tentang warga emas. seringkali usia seseorang yang melewati usia wargaemas, terpaksa berhadapan dengan cabaran terutama anak-anak yang tidak sanggupuntuk menjaganya. Inilah yang diingati oleh penulis tentang perlunya keikhlasan anak-anak untuk mengambil tanggungjawab menjaga dan mengasihani ibubapa yang sudahtua. Tidak sebagaimana masyarakat Jepun yang mana anak-anak Jepun engganmemelihara orang tua mereka , malah mereka tergamak menghantar orang tua kerumah kebajikan. (hlm. 123-124)

    Aspek Watak dan Perwatakan:

    A. Watak Cikgu Baharum1. Aspek Latarbelakang:

    1.1 Seorang guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke MPSItetapi gagal (118)

    1.2 Lahir pada tanggal 25 Mac1.3 Berusia 80 tahun1.4 Guru senaman dan juga pengawas disiplin pelajar (zaman muda)

  • 7/30/2019 Usia Emas Kmk

    4/6

    1.5 Penulis yang produktif (Cerpen, puisi, pantun dan rencana) karyanyadisiarkan oleh Warta Malaya (singapura)

    1.6 Pandai jawi (tulisan jawinya halus dan cantik)1.7 Dianugerahkan sebagai tokoh warga emas daerah.

    2. Aspek Fizikal:2.1 Tinggi2.2 Maskulin2.3 Tegak (Macam tentera)

    3. Perwatakan:3.1 Berterus terang3.2 Tidak munafik (tidak berpura-pura)3.3 Lantang bersuara menyebabkan beliau tidak disukai dan kesannya

    beliau tidak mempunyai ramai kawan.3.4 Seorang yang banyak ilmu Beliau banyak membaca , pengetahuannya

    luas meliputi pelbagai disiplin imu kerana banyak membacaantaranya politik, ekonomi, bahasa dan sastera (121)

    3.5 Setiakwan-mementingkan keakraban persahabatan, beliau seringmenziarahi penulis kerana dia suka berkunjung ke rumah penulis.

    3.6 Seorang yang alim setiap hujahan yang diberikannya apabilamemperkatakan sesuatu isu beliau sering merujuk pada ayat-ayat al-Quran sebagai sumber rujukan , contohnya apabila dia memberitahukepada penulis dia menerima anugerah tokoh warga emas hanya keranadia malu alah saja sebagaimana yang termaktub dalam ayat 70 surah an-

    Nahl.3.7 Mementingkan kesihatan-Cikgu Baharum seorang yang mementingkan

    kesihatan., buktinya rutin harian yang dilaluinya sejak zaman muda

    membawa ke usia warga emas, termasuklah rahsia kesihatannya yangkekal sihat kerana disiplin mengamalkan senaman radiotaiso.

    3.8 Berdisiplin-Cikgu Baharum selalu pergi kerja pada waktu pagi dan pulangagak lewat petang. Bagi beliau kerja wal pagi dan pulang lewat adalahsikap orang yang rajin dan kerajinan akan membawa kejayaan.

    3.9 Mementingkan kebersihan-Tugasnya sebagai guru pengawas disiplin turutdigunakan bagi memastikan pelajar-pelajar juga menjaga kebersucihanbuktinya dia akan menyuruh para pelajarnya mencuci kakisebelum masuk kelas. Para pelajarnya juga disuruh kencing ditandas.(120-121)

    B. Watak Penulis:1. Latarbelakang:

    1.1 Seorang penulis1.2 Berusia 80 tahun1.3 Mempunyai seorang isteri

    2. Perwatakan:

  • 7/30/2019 Usia Emas Kmk

    5/6

    2.1 Seorang sahabat yang setiakwan- sering menghubungi kawan menerusiposkad untuk bertanya khabar berita.

    2.2 Alim-sering beramal ibadat, termasuklah solat tahajud. Semasa mendapatberita kematian cikgu Baharum penulis baru selesai solat tahajud danberzikir.

    2.3 Seorang yang merendah diri-Penulis berasa rendah diri apabilamembandingkan tulisan jawi cikgu Baharum yang halus dan cantikberbanding tulisannya seperti cakar ayam(118)

    2.4 Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas-Pengarangselalu merujuk pada petikan-petikan ayat al-Quran sebagai sumber rujukan.

    2.5 Seorang yang prihatin-Penulis berasa kematian cikgu Baharum adalahsatu kehilangan baginya.

    Nilai Keagamaan:1. Bersyukur: Bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada kita, CikhuBaharum amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipinjamkan umur yang panjang

    serta masih diberi kesihatan yang baik.(116)

    2. Berdoa:Doa adalah kekuatan bagi orang mukmin, Cikgu Baharum pernahmenjelaskan kepada penulis tentang perlunya berdoa sebagaimana yang telah diajaroleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari, rasulullahsentiasa berdoa selepas solat agar jangan sampai ke umur tua. (117)

    3. Bersolat: Solat harus dilakukan tepat pada waktunya seawall mungkin, CikguBaharum melakukan solat subuh tepat pada waktunya. (120)

    4. Al-Quran sebagai sumber rujukan: Cikgu Baharum selalu merujuk ayat-ayat al-

    Quran sebagai rujukan untuk isu-isu yang diperkatakan kepada penulis, contohnya diamerujuk suarh al-Isra (ayat 23) dan surah al-Ahfat (ayat 15) tentang suruhan supayaanak-anak mengambilberat tentang ibubapa.(123)

    5. Menghormati dan mengasihani ibu bapa yang tua: Orang Islam diperintahkansupaya berbuat baik kepada orang tua sebagaimana yang diperintahkan kepadajunjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya mengasihani ibubapa yang lanjut usiasebagaimana yang termaktub dalam ayat 23 surah al-Isra. (124)

  • 7/30/2019 Usia Emas Kmk

    6/6

    6. Beribadat: Umat Islam dituntut supaya melakukan amal ibadat termasuklahibadat-ibadat sunat seperti solat malam serta berzikir. Penulis semasa menerima beritakematian Cikgu Baharum baru selesai solat sunat tahajud dan berzikir. (125)

    7. Percaya pada Takdir: Ketentuan tuhan terhadap apa jua kejadian, termasuklahkematian. Cikgu Baharum yang masih sihat akhirnya meninggal dunia kerana telahditakdir oleh Allah, sebagaimana penulis menyedari pemergian Cikgu Baharum sudahditakdirkan oleh Allah (126)

    8. Bersabar: Ujian dan dugaan yang didatangkan oleh tuhan adalah untuk mengujikesabaran hambanya. Sebagaimana penulis menerima dengan sabar kematian CikguBaharum sebagai ketentuan Illahi.(126)