usahawanpm

15

Click here to load reader

Upload: cimiko7

Post on 12-Jul-2016

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Modul usahawan produksi multimedia

TRANSCRIPT

Page 1: UsahawanPM

Objektif Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

memperihalkan isu pengurusan dalam pembangunan multimedia

mengenal pasti bidang pengurusan utama berkaitan projek multimedia

menentukan kos perbelanjaan pembangunan multimedia

Pengenalan Dalam membangunkan perisian multimedia yang lengkap, berkualiti, menepati piawai serta memenuhi keperluan pengguna, beberapa aspek perlu dipertimbangkan. Nilai komersil serta produk yang profesional dan sistematik adalah antara aspek yang dipertimbangkan. Namun begitu dalam konteks menjadi seorang usahawan produksi multimedia, yang perlu diberi perhatian ialah proses pengendalian kerja dan pengurusan perbelanjaan. Pengendalian kerja termasuklah aspek penentuan ahli pasukan dan pembiaya projek. Manakala pengurusan perbelanjaan merangkumi aspek, pengurusan kewangan, dana untuk pembangunan dan anggaran kos.

Aktiviti 1: Siapa yang mengurus proses pembangunan multimedia?

1. Baca petikan yang diberi di bawah.

Setelah membuat keputusan untuk membina satu judul persembahan multimedia, sesebuah syarikat perlulah menentukan siapa yang akan menguruskan projek itu dan sama ada dibangunkan sendiri atau mengupah orang lain. Jika syarikat itu ialah sebuah syarikat multimedia, kemungkinan besar pembangunan multimedia akan diuruskan sendiri oleh syarikat itu. Sebaliknya, bagi syarikat yang bukan multimedia keputusan mungkin melibatkan lebih banyak pihak. Berikut ialah tiga kategori organisasi yang mungkin menangani isu “Siapa yang akan menguruskan proses pembangunan multimedia?”, dengan cara masing-masing.

Syarikat bukan multimedia

Banyak organisasi berminat menggunakan multimedia bagi tujuan persembahan perniagaan, latihan korporat, katalog produk dan kiosk jualan. Namun begitu organisasi tersebut bukanlah sebuah organisasi multimedia. Syarikat sebegini perlu memilih sama ada untuk membangunkan produk multimedia itu sendiri atau mengupah syarikat pembekal perkhidmatan multimedia untuk melaksanakan projek berkenaan. Keputusan untuk menentukan siapa

yang akan menguruskan projek multimedia dibuat berdasarkan pertimbangan berikut:

Tahap Kerumitan Projek: Suatu persembahan slaid yang ringkas boleh dihasilkan dengan mudah oleh syarikat itu sendiri, manakala suatu judul persembahan multimedia korporat yang interaktif dengan mengintegrasikan audio, video dan animasi adalah di luar kemampuan syarikat biasa.

Kepakaran Staf Semasa: Bagi syarikat yang besar dan kukuh, biasanya terdapat bahagian korporat atau jabatan khas yang dapat memberikan latihan dan kemahiran bagi tujuan penghasilan perisian multimedia. Namun demikian, dalam banyak keadaan kebanyakan syarikat biasanya tidak mempunyai staf yang berkemahiran dalam mengendalikan proses pembangunan yang dikehendaki. Justeru itu, timbul masalah untuk membuat keputusan iaitu sama ada melatih staf yang sedia ada, mengambil pakar yang diperlukan dari luar, ataupun memberikan kontrak kepada syarikat pembekal perkhidmatan multimedia.

1

KEUSAHAWANAN DALAM PRODUKSI MULTIMEDIA

Page 2: UsahawanPM

Latihan bagi mewujudkan staf berkemahiran adalah lebih menguntungkan sekiranya syarikat berkenaan sememangnya mempunyai perancangan jangka panjang. Perbelanjaan bagi tujuan melatih staf boleh merupakan pelaburan yang akan memainkan peranan di masa hadapan. Memang jarang bagi sesebuah syarikat mempunyai staf yang berkemahiran khusus yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti pakar audio, pakar video, penganimasi 3D dan sebagainya.

Sekiranya sesebuah syarikat sering terlibat dalam projek pembangunan perisian multimedia dan ingin membuat penglibatan yang menyeluruh dalam projek pembangunan tersebut, maka kepakaran yang secukupnya amatlah diperlukan. Oleh yang demikian, tidak semua syarikat mampu menangani keadaan ini, maka selalunya mereka akan memberi tugasan yang berkaitan kepada agensi yang dapat memberi perkhidmatan tersebut. Agensi yang berkenaan dapat membekalkan pekerja mahir sama ada secara sementara (kontrak) mahupun secara kekal.

Pembekal Perkhidmatan Multimedia

Pembekal perkhidmatan multimedia merupakan sebuah syarikat atau organisasi yang sememangnya menjadikan bidang multimedia sebagai perniagaan utama atau fokus perkhidmatan mereka. Selain daripada membangunkan perisian multimedia bagi tujuan komersil, mereka juga sering diperlukan oleh syarikat atau organisasi lain sebagai kumpulan sokongan yang membantu pihak yang terbabit dari semasa ke semasa.

Dalam hal ini, perhubungan yang baik antara pembekal perkhidmatan dan pelanggannya adalah sangat penting. Sebagai contoh, pelanggan akan memberi idea, objektif, spesifikasi dan isi kandungan kepada pembekal perkhidmatan, manakala pembekal perkhidmatan pula perlu memahami kehendak pelanggannya. Berikut ini adalah senarai beberapa garis panduan peranan dan tanggungjawab bagi seorang pembekal perkhidmatan dan pelanggannya.

Pelanggan Pembekal PerkhidmatanMembekalkan idea Memurnikan ideaMenyatakan objektif Menjelas objektifMemperkembangkan spesifikasi Menjelas dan memenuhi spesifikasinyaMemberi isi kandungan yang sesuai Menjana isi kandungan yang sesuaiMenyatakan kos perbelanjaan yang diperuntukkan

Menganggarkan kos perbelanjaan yang diperlukan

Menyatakan tempoh masa penyiapan yang diperuntukkan

Membina jadual untuk menepati tempoh masa yang diperuntukkan

Walaupun setiap pihak mempunyai tanggungjawab yang tersendiri, dua pertimbangan utama yang sering boleh dijadikan kunci persefahaman adalah perjanjian pada spesifikasi yang ditetapkan serta persetujuan pada siapa yang berkuasa dalam membuat keputusan.

Spesifikasi pada pembangunan multimedia adalah seperti plan untuk seorang kontraktor dalam bidang pembinaan. Ia menolong dalam menentukan tanggungjawab dan juga diperlukan oleh subkontraktor bagi menentukan kos projek dan jadual pelaksanaan. Sebarang perubahan dalam penentuan spesiftkasi biasanya akan

mengakibatkan pertambahan atau pengurangan kos.

Selain dari itu, perkara lain yang harus dipertimbangkan oleh syarikat adalah siapa yang akan membuat keputusan terakhir berkenaan dengan projek tersebut. Dalam sesebuah syarikat biasanya terdapat beberapa orang individu yang terlibat dalam sesuatu projek, orang-orang ini mungkin tidak hadir untuk perbincangan ataupun bermesyuarat sarna sekali semasa dan selepas projek tersebut dilaksanakan. Maka adalah penting untuk pelanggan menentukan siapa yang berhak membuat keputusan dan memastikan bahawa penglibatan mereka. adalah berterusan dari awal hingga tamat sesebuah projek. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya suatu situasi di mana kerja projek yang telah pun

2

Page 3: UsahawanPM

disiapkan itu terpaksa dirombak semula hanya kerana terdapat seorang rakan kongsi ekskutif yang baru buat pertama kali melihat projek ini, dan beliau meminta untuk membuat perubahan yang signifikan terhadap projek yang telah disiapkan.

Pembekal perkhidmatan mesti faham tentang industri perkhidmatan. Mereka seharusnya boleh memilih pakar yang sesuai berdasarkan keperluan pelanggan. Sebagai contoh, merekabentuk imej syarikat seperti sebuah bank dengan menggunakan persembahan multimedia, tentunya berbeza sarna sekali dengan kaedah yang digunakan untuk memperkenalkan imej satu satu kumpulan muzik. Pembekal perkhidmatan harus dapat membekalkan pereka bentuk yang paling sesuai untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berbeza-beza. Untuk sesebuah syarikat yang inginkan perkhidmatan membangunkan perisian multimedia, mereka harus memilih pembekal perkhidmatan dengan

teliti. Kriteria yang boleh digunakan untuk memilih pembekal tersebut adalah dengan melihat rekod perkhidmatan mereka, dengan mempertimbangkan persembahan, testimonial, rujukan dan juga portfolio kerja mereka.

Syarikat multimedia

Syarikat seperti Microsoft, Claris dan Sierra On-line merupakan antara syarikat yang kerjanya ialah membina judul multimedia bagi tujuan pendidikan, perniagaan dan penggunaan umum. Syarikat sedemikian menghasil dan mengedar judul multimedia serta mengawal sepenuhnya pengurusan projek yang mereka laksanakan. Namun demikian syarikat seperti ini kadangkala mendapati adalah perlu atau lebih menguntungkan untuk mengupah pakar dan perunding bebas untuk projek atau kontrak yang memerlukan perkhidmatan khusus seperti penerbitan video yang memerlukan studio rakaman.

2. Daripada petikan yang dibaca itu, kenal pasti organisasi yang terlibat bagi pengurusan pembangunan multimedia dan perihalkan isu yang harus ditangani oleh organisasi berkenaan.

Aktiviti 2: Bidang Pengurusan dalam Pembangunan Multimedia

1. Baca petikan yang diberi di bawah.

Pengurusan Perbelanjaan

Pengurusan perbelanjaan atau pengurusan kewangan dalam sesuatu projek pembangunan perisian multimedia melibatkan proses bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dalam lingkungan kos yang telah ditetapkan. Ianya juga merujuk kepada proses kerja penentuan perbelanjaan, penjadualan, pembiayaan dan sebagainya.

Proses Kerja dalam Pengurusan PerbelanjaanPengurusan perbelanjaan secara amnya terdiri daripada tiga proses kerja yang utama iaitu:

perancangan sumber: melibatkan bilangan atau bentuk output yang ingin dihasilkan.

anggaran kos: melibatkan proses menganggarkan perbelanjaan yang di an untuk mereka bentuk output.

kawalan kos: melibatkan masa yang diperlu atau diperuntukkan untuk menyiapkan projek tersebut.

Ketiga-tiga proses atau skop kerja ini adalah penting dalam fasa perancangan projek serta boleh menjadi asas atau rangka kerja untuk memantau, mengawal, dan menilai kemajuan sesebuah projek pembangunan.

Selain dari itu, perancangan projek juga perlu bagi meramalkan masalah yang mungkin timbul dan menyediakan penyelesaian alternatif yang bersesuaian sekiranya diperlukan.

Perancangan SumberAnalisis atau perancangan sumber perlu bagi mendapatkan keperluan yang tepat bagi merekabentuk serta membangunkan sesebuah perisian. Kerja-kerja analisis dapat menjawab beberapa soalan awal seperti:

3

Page 4: UsahawanPM

berapa banyak dan jenis video, audio, dan animasi yang diperlukan?

apakah isi kandungan yang perlu dibekalkan kepada pengguna dan apakah jenis perisian yang patut direkabentuk?

apakah jenis dan berapa banyak illustrasi yang diperlukan dan bagaimana ia hendak diusahakan?

apakah ciri-ciri yang yang mempengaruhi kerja-kerja mengaturcara program? Matlamat pengguna? Percubaan dari pengguna?

adakah perisian yang akan dihasilkan memerlukan perkakasan atau media luaran?

berapa kali dan apakah jenis penilaian penggunaan yang perlu dirancang?

adakah perlesenan dan penyalinan diperlukan?

Seseorang perancang projek akan menggunakan maklumat dari proses analisis ini bagi menentukan sumber yang dikehendaki.

Anggaran KosSetelah aktiviti projek dikenalpasti, seseorang pengurus projek perlu membuat anggaran usaha dan masa yangdiperlukan untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Persoalan yang perlu dijawab antara lain ialah:

berapa banyakkah usaha yang diperlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti?

berapa lamakah masa yang diperlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti?

berapakah jumlah kos yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti?

Anggaran kos dan penjadualan projek biasanya akan dilaksanakan serentak. Walau bagaimanapun, anggaran kos kadangkala diperlukan pada peringkat awal sebelum sesuatu proses pembentukan jadual kerja dibuat.

Anggaran ini mungkin diperlukan bagi menetapkan peruntukan kewangan projek atau untuk menetapkan harga jualan bagi perisian.

Apabila projek telah dimulakan, anggaran hendaklah dikemas kini tetap. Jika kos sebenar jauh melebihi dari anggaran yang dicadangkan, seseorang pengurus projek seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya seperti

memohon peruntukan lebih atau mengubah tugas yang ingin dilaksanakan.

Terdapat tiga parameter utama yang terlibat dalam pengiraan jumlah kos pembangunan projek iaitu:

kos usaha iaitu upah yang akan dibayar kepada kumpulan pembangun (juga sering dikenali sebagai kos buruh).

kos pembelian dan penyelenggaraan.

kos perjalanan dan latihan.

Parameter yang banyak mempengaruhi sesuatu anggaran perbelanjaan ialah kos usaha atau kos buruh. Kos pembelian dan penyelenggaraan serta kos perjalanan dan latihan mudah untuk dianggarkan dan agak rendah berbanding dengan kos buruh. Kos buruh bukan setakat gaji personel yang terlibat dalam pembangunan projek sahaja. Penetapan kos buruh mestilah mengambilkira kos operasi organisasi yang terlibat. Kos-kos yang berikut adalah sebahagian daripada jumlah kos buruh yang terbabit:

kos elektrik, air dan ruang pejabat.

kos staf sokongan seperti akauntan, setiausaha, tukang sapu, dan lain-lain.

kos talian rangkaian dan komunikasi.

kos kemudahan pencen, insuran, KWSP dan lain-lain.

Kos pembelian dan penyelenggaraan pula termasuklah perkhidmatan, peralatan atau bahan-bahan yang perlu dibeli bagi menyempurna dan menyiapkan projek pembangunan perisian multimedia tersebut. Selalunya kos pembelian dan penyelenggaraan ini adalah bergantung kepada keadaan sepertimana yang telah dinyatakan dalam kontrak harga tetap yang diperuntukkan oleh pembekal-pembekal bahan atau perunding yang terlibat.

Kawalan KosKawalan kos melibatkan pembahagian serta penjadualan tugas kepada aktiviti yang berasingan, dan membuat anggaran masa dan sumber yang akan digunakan untuk menyiapkan setiap aktiviti atau proses kerja yang terlibat. Biasanya sebahagian daripada aktiviti ini adalah aktiviti bebas yang boleh dilaksanakan secara serentak, manakala yang lain pula adalah aktiviti sandaran yang hanya boleh dilaksanakan apabila sesuatu aktiviti yang tertentu telah disiapkan.

4

Page 5: UsahawanPM

Dengan mengambilkira kekangan masa dan sumber, perlaksaaan aktiviti mestilah dijadualkan supaya penggunaan sumber dapat dioptimumkan. Jadual kerja yang dirancangkan seharusnya mampu mengelakkan situasi di mana pelaksanaan projek menjadi lewat kerana sesuatu aktiviti lain lewat atau tergendala untuk disiapkan.

Penjadualan juga mestilah mengambilkira risiko teknikal yang mungkin berlaku seperti kelewatan mendapatkan perkakasan dan perisian, perkakasan rosak atau kehilangan ahli kumpulan yang penting dalam pembangunan projek. Anggaran masa dan kos mestilah disesuaikan dengan faktor-faktor tersebut. Satu garis panduan membuat anggaran ialah dengan membuat andaian bahawa projek yang dilaksanakan tidak akan menghadapi sebarang masalah dan boleh dilaksanakan seperti yang dirancang. Seterusnya pengubahsuaian anggaran tersebut dilaksanakan dengan faktor tertentu untuk menampung, kemungkinan berlakunya risiko yang telah dikenalpasti. Nilai faktor ini bergantung kepada jenis projek, kekangan masa, kualiti, dan pengalaman ahli kumpulan yang terlibat.

Menetapkan Output, Pembangunan Proses, Masa dan Kos Projek

Menetapkan output projekTerdapat lima persoalan penting yang pedu diberi perhatian semasa menetapkan sesuatu output projek iaitu:

apa yang perlu disempurnakan atau disiapkan (output)?

siapakah penonton atau pengguna?

bagaimana dan kepada siapa serta bila ia akan dilaksanakan ?

berapakah jumlah kos atau perbelajaan yang diperlukan ?

bagaimana projek ini akan mendapat sumber kewangannya ?

Menetapkan proses pelaksanaan projekSetelah sesuatu konsep atau output projek telah ditetapkan, langkah seterusnya ialah merancang proses kerja atau langkah bagaimana ianya akan dilaksanakan. Sebagai contoh, proses kerja yang sering digunapakai ialah dengan menggunakan proses pelaksanaan lima langkah iaitu analisis, merekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan akhirnya penilaian atau pengujian bahan.

Menetapkan masa yang diperlukanSelepas seseorang pengurus projek memutuskan output yang hendak dibentuk atau dihasilkan serta menetapkan proses pelaksanaan yang akan diikuti, maka beliau perlu pula menganggarkan masa untuk menghasilkan setiap output yang diingini. Pengurusan masa dalam projek pembangunan perisian multimedia boleh dibahagikan kepada dua iaitu masa perundingan atau perancangan dan masa untuk membangunkan perisian multimedia.

Masa perundingan merupakan masa yang diperuntukkan bagi melakukan perkhidmatan profesional dan ini merangkumi proses:

merancang projek dan perjumpaan.

mengumpul maklumat, analisis tentang pengguna, tugas dan isi kandungan.

sesi mereka bentuk serta melakarkan draf awal perisian.

sesi sumbangsarah serta menyatupadukan ahli-ahli dalam kumpulan.

melihat kembali bahan sebelum ditunjuk kepada pihak pengurusan atau pengeluar perbelanjaan.

menyemak semula dan mendapat maklumbalas atau kelulusan daripada penaja.

menjalankan sesi pengujian dan penilaian perisian.

berkomunikasi dengan pengeluar output untuk memastikan bahan yang dikeluarkan atau direkabentuk memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Masa pembangunan atau perkembangan pula merupakan masa yang diperlukan untuk merekabentuk serta membangunkan bahan-bahan pendidikan atau perisian yang dicadangkan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa proses pembangunan ini antaranya ialah:

menulis tentang spesifikasi rekabentuk.

mendrafkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan output tertentu.

menghasilkan media-media yang terbabit (contohnya grafik, audio, video, animasi).

membina kod atau skrip aturcara.

mengaturcara atau mengarang perisian.

mengaturcara kembali setelah proses pengujian dilaksanakan.

5

Page 6: UsahawanPM

Biasanya, masa pembangunan atau perkembangan hanya mengambil sekitar 20% sahaja daripada masa yang diperuntukkan bagi sesuatu projek pembangunan perisian manakala yang selebihnya adalah bagi tujuan perancangan dan perundingan. Ini kadangkala sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang mengatakan bahawa proses pembangunan memerlukan lebih dari 50% dari masa yang diperuntukkan manakala proses perancangan

bukanlah sesuatu yang utama dan perlu dititikberatkan sangat. Anda bagaimana ?

Setelah bahan dan proses bagi membentuk output dan bahan telah dikenalpasti, maka barulah biasanya anggaran masa yang diperlukan bagi menyiapkan sesebuah projek dapat ditentukan dengan lebih spesifik. Sebagai contoh, berikut merupakan anggaran masa yang boleh diperuntukkan bagi tiga kumpulan individu yang terbabit dalam proses awal kerja yang terbabit:

6

Page 7: UsahawanPM

Proses Kerja Pengurus Projek (hari)

Pereka Bentuk (hari)

Pakar Isi Kandungan (hari)

Analisis 5 1 3

Reka bentuk 10 3 2

Draf 12 5 1

Penilaian 2 2 1

Semakan 3 1 -

Pembangunan 5 1 -

Jumlah Hari 45 13 7

Jadual yang berikutnya pula merupakan contoh garis panduan bagi menentukan kos buruh dalam sesuatu projek pembangunan perisian multimedia di mana kadar upah sebahagian ahli-ahli pembangunan perisian multimedia dipaparkan.

Jawatan Rendah(RM per jam)

Sederhana(RM per jam)

Tinggi

Pengurus Projek 50 75 RM100 setiap jam

Pakar Isi kandungan 30 50 RM75 setiap jam

Jurugambar 15 25 RM50 setiap jam

Artis grafik 20 40 RM60 setiap jam

Narator 15 30 RM40 setiap jam

Ahli Muzik 15 25 RM75 setiap minit

Pakar Video 15 30 RM200 setiap hari

Pakar Audio 15 30 RM75 setiap minit

Pengaturcara 20 35 RM50 setiap jam

Arkitek Multimedia 15 30 RM40 setiap jam

Juruanimasi Komputer 20 30 RM500 setiap model siap

Kadar upahan ini adalah bergantung kepada banyak faktor seperti lokasi, kepakaran, masa yang diperuntukkan dan sebagainya. Kadar upahan ini sewajarnya . dipertimbangkan dalam penyediaan belanjawan ataupun pengurusan kewangan sesebuah projek pembangunan perisian multimedia.

Nota: Kadar upahan ini cuma sebagai contoh dan bukannya merupakan senarai kadar upah yang sebenarya.

Menganggarkan kos yang diperlukan

Adalah agak mudah untuk menganggarkan kos atau perbelanjaan yang diperlukan sekiranya kita telah berjaya menganggarkan kos bahan atau peralatan yang diperlukan serta bilangan hari bekerja yang diperlukan untuk merekabentuk serta membangunkan projek pembangunan perisian multimedia tersebut. Proses ini boleh dijelaskan seperti berikut:

7

Page 8: UsahawanPM

Bilangan hari bekerja x Kos harian bagi buruh = Kos buruh projek

Kos buruh + segala kos pembelian = kos projek yang sebenarnya

Berikutnya pula merupakan satu contoh mudah bagaimana membuat anggaran kos yang diperlukan:

Butiran Kadar Kos (RM)

Pereka bentuk 45 hari x RM200.00 sehari = 9000.00Pengurus Projek 13 hari x RM250.00 sehari = 3250.00Pakar isi kandungan 7 hari x RM250.00 sehari = 1750.00

Jumlah Kos Buruuh =14000.00

Salinan draf dan sebagainya = 500.00Mengatur huruf = 3500.00Artis Grafik = 1000.00Pelbagai perbelanjaan = 500.00

Jumlah kos pembelian = 5500.00

Keseluruhan Kos projek =19500.00

Sebenarnya, contoh-contoh yang dipaparkan merupakan rangka termudah untuk menganggar kos perbelanjaan untuk sesebuah projek. Pada hakikatnya, lima atau enam langkah yang dinyatakan sebelum ini mungkin mempunyai cabang-cabang kerja atau aktiviti yang lebih jelas dan spesifIk bagi membolehkan penganggaran kos yang lebih tepat dilaksanakan. Bagi melihat borang anggaran perbelanjaan yang lebih lengkap, sila rujuk lampiran 3 di muka surat 275.

Menetapkan Semula Output, Proses, Masa dan Kos Projek Pembangunan (sekiranya perlu)Selepas segala penetapan dan anggaran dilakukan dari pelbagai aspek, pengurus projek pembangunan perisian multimedia mungkin baru menyedari bahawa perancangan projek tersebut tidak dapat dilaksanakan. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti projek yang dirancangkan memerlukan terlalu banyak masa untuk dibangunkan atau kosnya terlalu tinggi atau proses pembangunan tidak mendapat sokongan daripada organisasi penaja dan sebagainya.

Sekiranya ini berlaku, seseorang pengurus projek pembangunan perisian multimedia perlu menyemak dan mengubah sesuatu aspek dalam perancangan sebelum mendapat kebenaran atau kelulusan rancangan projek pembangunan perisian multimedia yang ingin dilaksanakan. Sekiranya masa atau kos projek pembangunan multimedia melebihi daripada yang telah ditetapkan, pengurus projek pembangunan perisian multimedia mungkin mengurangkan

bilangan output. Jika proses kerja pembangunan yang dipilih tidak sesuai, pengurus projek pembangunan perisian multimedia mungkin membatalkan atau menyingkatkan atau memampatkan langkah-Iangkah tersebut. Pada tahap inilah had-had seperti output, masa dan kos didefinasi atau ditetapkan semula jika perIu.

Sumber Kewangan dan Pembiayaan ProjekPembangunan sesebuah perisian multimedia hampir menyamai konsep kerja dalam penghasilan suatu iklan komersil ataupun suatu penghasilan rekaan grafik. Ianya bukan sahaja merujuk kepada suatu proses pengeluaran atau penghasilan semata-mata tetapi juga merupakan suatu perkhidmatan pelanggan yang setiap pengeluaran adalah menurut kehendak pelanggan.

Selain menurut atau memenuhi kehendak pelanggan secara komersil, terdapat juga aktiviti pembangunan perisian yang dilaksanakan semata-mata bagi tujuan perkhidmatan masyarakat, pendidikan dan latihan, seni dan budaya dan pelbagai tujuan lain.

Walau apa jua tujuan sesuatu pembangunan perisian multimedia itu dilaksanakan, konsep kerja serta pengendalian proses pembangunan yang dilaksanakan hampir sama dan semuanya juga memerIukan pembiayaan kewangan yang sewajarnya. Selain dari biayaan dari pelanggan yang memerlukan perisian ataupun pembiayaan

8

Page 9: UsahawanPM

daripada organisasi yang terbabit, terdapat juga beberapa kaedah lain yang boleh digunakan bagi tujuan memperolehi sumber kewangan atau pembiayaan bagi tujuan projek pembangunan. Antaranya ialah melalui kaedah:

secara usahasama, melibatkan beberapa rakan kongsi.

secara kontrak kerjasarna seperti kontrak bagi produksi, pengedaran dan sebagainya dengan kumpulan perniagaan yang lebih kukuh.

geran pembiayaan dari kerajaan ataupun institusi tertentu.

Pembangunan Projek Multimedia Secara UsahasamaDalam usaha untuk membangunkan sesuatu projek pembangunan perisian multimedia, pilihan pembiayaan secara usahasama memerIukan banyak perancangan dan kerja asas. Antara perancangan dan kerja asas yang diperlukan ialah anggaran masa, daya usaha dan wang ringgit yang diperIukan serta struktur kewangan yang matang. Projek pembangunan perisian multimedia secara usahasarna bukan merupakan suatu kerja sama sehala tetapi memerIukan kedua-dua pihak berfungsi dengan lebih teratur, sistematik dan erat. Projek secara usahasarna membolehkan pemasaran menjadi lebih berkesan dan berjaya memandangkan setiap pihak dapat menumpukan bidang tugas dengan lebih spesifIk.

Pembangunan Projek Multimedia Secara Kontrak KerjasamaKontrak kerjasama di sini merujuk kepada perjanjian yang dilakukan antara dua atau lebih pihak yang berminat serta mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan tersebut. Misalnya, projek pembangunan kontrak kerjasama antara Universiti ABC dengan Syarikat Multimedia XYZ Sdn Bhd. Pihak universiti akan menyediakan isi kandungan perisian, pendekatan atau strategi penyampaian isi kandungan dan sebagainya manakala syarikat yang terbabit pula menyediakan sumber dari sudut rekabentuk media, proses pengaturcaraan dan aspek-aspek teknikal yang lain.

Perisian tersebut dibangunkan bagi tujuan kegunaan pendidikan di universiti yang berkenaan yang mana pensyarah dan para pelajarnya akan menggunakan perisian yang dibangunkan bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Kontrak kerjasama di sini mungkin melibatkan pembahagian keuntungan menurut nisbah yang telah ditetapkan yang mana kedua-dua pihak akan memperolehi sesuatu keuntungan, misalnya:

Kepentingan bagi Syarikat Multimedia XYZ Sdn. Bhd.:

Sumber perisian yang lebih terjamin dan sah isi kandungannya.

Pasaran yang lebih terjamin memandangkan kumpulan pengguna sasarannya telahpun ditetapkan.

Promosi serta meningkatkan nama baik syarikat.

Kepentingan bagi Universiti ABC:

Media pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi kegunaan pensyarah dan juga pelajar yang terlibat.

Pembelian perisian pendidikan dengan harga yang berpatutan (harga diskaun).

Penjimatan masa dan tenaga bagi tujuan penghasilan media pengajaran dan pembelajaran.

Pembangunan Projek Multimedia dengan Geran PembiayaanPembiayaan projek pembangunan perisian multimedia melalui geran biasanya melibatkan pihak kerajaan mahupun institusi-institusi swasta atau berkanun yang tertentu. Ini sering dilaksanakan bagi kepentingan tertentu misalnya bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan sebagainya.Setiap pihak yang berminat biasanya perlu menyediakan kertas cadangan atau permohonan yang antara lain menyatakan:

Huraian Projek: penjelasan mengenai projek tersebut serta huraian mengapa perlunya pembiayaan. Kesan serta masalah yang berkaitan dengan institusi atau organisasi serta bidang tugas di mana projek akan dijalankan.

Matlamat dan objektif yang spesifik: penjelasan mengenai matlamat dan objektif projek dilaksanakan.

Kesan yang berkaitan dan berpotensi: perbincangan mengenai kepentingan atau kesan pelaksanaan projek. Jelaskan mengapa kerajaan atau institusi yang berkenaan perlu membiayainya. Sebagai contoh, jelaskan

9

Page 10: UsahawanPM

mungkin projek tersebut dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di universiti dan sebagainya.

Kaedah dan Prosedur: penjelasan menegenai bagaimana objektif dan matlamat akan dicapai. Jelaskan juga pengalaman dan kebolehan anda (atau kumpulan) dalam mengendalikan projek tersebut.

Hasil: Jelaskan semua bahan yang akan atau boleh dituntut dari projek yang terhasil.

Penilaian: penjelasan mengenai bagaimana produk atau basil dari projek tersebut akan

dinilai. Perbincangan juga dilakukan bagi menentukan kriteria yang akan digunakan sekiranya matlamat dan objektif telah dicapai.

Perkongsian Bijak: penjelasan mengenai bagaimana keputusan yang terhasil boleh dikongsi dengan yang kumpulan kerja yang lain.

Anggaran Perbelanjaan: Senaraikan semua perbelanjaan seperti yuran, peralatan, perbelanjaan pengendalian dan sebagainya.

2. Berdasarkan petikan yang anda baca, senaraikan bidang pengurusan utama yang berkaitan dengan proses pembangunan multimedia.

3. Jadual yang diberi di bawah merupakan panduan bagi menentukan kos buruh dalam suatu projek pembangunan multimedia.

Jawatan Rendah(RM per jam)

Sederhana(RM per jam)

Tinggi

Pengurus Projek 50 75 RM100 setiap jam

Pakar Isi kandungan 30 50 RM75 setiap jam

Jurugambar 15 25 RM50 setiap jam

Artis grafik 20 40 RM60 setiap jam

Narator 15 30 RM40 setiap jam

Ahli Muzik 15 25 RM75 setiap minit

Pakar Video 15 30 RM200 setiap hari

Pakar Audio 15 30 RM75 setiap minit

Pengaturcara 20 35 RM50 setiap jam

Arkitek Multimedia 15 30 RM40 setiap jam

Juruanimasi Komputer 20 30 RM500 setiap model siap

Sekiranya sebuah syarikat melibatkan semua ahli pasukan berjawatan tinggi dalam satu projek multimedia yang dilaksanakan selama 20 jam kerja, kirakan jumlah kos buruh yang digunakan.

PenutupSelaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi pada abad ke 21 ini, pelbagai perubahan semakin pesat dibangunkan demi keselesaan dan kemudahan dalam kehidupan manusia. Antara aspek yang semakin mendapat tempat dan perhatian ialah penggunaan pendekatan berasaskan multimedia dalam pelbagai aspek kehidupan.

10

Page 11: UsahawanPM

Pembangunan perisian multimedia bagi pelbagai tujuan semakin dititikberatkan bagi memperkembangkan dan mencungkil kepelbagaian ketrampilan atau bakat yang selama ini dipinggirkan. Maka untuk memastikan keberkesanan dan mutu perisian multimedia yang dibangunkan adalah berkualiti, pengurusan perbelanjaan atau kewangan dalam pembangunan perisian multimedia adalah mustahak dan diharapkan perbincangan yang telah dilakukan di dalam bab ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam urusan pengendalian proses pembangunan dan juga pengurusan perbelanjaan dalam projek pembangunan yang dirancangkan.

11