usaha menangani gejala sosial

Upload: annabellacullen

Post on 13-Jul-2015

266 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Usaha-usaha Menangani Gejala SosialPada era globalisasi ini, pelbagai masalah gejala sosial telah berlaku dalam kalangan remaja yang berumur belasan tahun. Hampir setiap hari berita-berita tentang kes-kes gejala sosial terpapar dalam surat khabar dan media massa. Tambahan pula, masyarakat sentiasa dikejutkan dengan masalah bohsia, melepak, penagihan dadah, punk, samseng di sekolah, dan pembunuhan dalam kalangan remaja atas sebab-sebab yang remeh. Oleh yang demikian, pelbagai langkah telah diambil bagi membendung gejala sosial dalam kalangan remaja. Persoalannya, apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam usaha mengatasi masalah gejala sosial zaman kini? Bagi mengatasi masalah yang berlaku, pelbagai usaha perlulah dilakukan. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bagi tujuan ini, peranan ibu bapa amat penting dalam mewarnai kehidupan anak mereka. Dalam kesibukan memenuhi kerjaya, perhatian, pendidikan, dan kasih sayang terhadap anak-anak perlu diutamakan. Misalnya, ibu bapa yang sentiasa dalam kesibukan mengejar kerjaya mereka perlulah meluangkan masa lapang bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.Pada masa yang sama mereka dapat mencurahkan kasih sayang yang mencukupi dan perasaan ambil berat kepada anak-anak mereka. Firman Allah dalam surah al-Ghasyiyah ayat 21 bermaksud, Berilah peringatan kerana tugasmu adalah sebagai pemberi peringatan. Sebagai masyarakat yang sentiasa mengamalkan budaya tolong-menolong dalam bentuk fizikal, mengapa tidak masalah yang dihadapi oleh jiran tetangga ataupun penduduk kampung dikongsi dan diatasi bersama. Sebagai jiran, kita bolehlah mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain dengan memberikan bantuan nasihat. Selain itu, kita juga boleh melibatkan diri dalam kempen-kempen membendung gejala sosial dan bekerjasama dengan penduduk sekampung mengadakan rodaan waktu malam bagi mencegah masalah seperti pencurian yang bakal berlaku. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini. Walaupun masalah yang timbul sering kali berlaku di luar pagar sekolah, tetapi bibit-bibit berlakunya unsur yang tidak sihat itu adaa juga yang berlaku di sekolah. Apatah lagi pelajar menghabiskan masa selama enam jam di sekolah. Guru kaunseling dan guru disiplin perlulah mengenal pasti pelajar yang bermasalah dan sering berhubung dengan ibu bapa pelajar bermasalah tersebut di samping mengena tindakan tegas dan hukumam ke atas pelajar tersebut. Di sekolah, undang-undang dan peraturan juga boleh dikuatkuasakan bagi tujuan menjadikan pelajar lebih disiplin dan menghindari diri segala kegiatan yang diharamkan di sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) harus terlibat secara langsung dengan kemajuan dan aspirasi para pelajar. Hal in demikian kerana PIBG merupakan paltform yang sesuai dalam menyumbang khidmat kebajikan dan kemajuan pelajar, terutama dalam dalam pendidikan dan disiplin pelajar. Kita tidak memerlukan PIBG yang terlalu sibuk dalam usaha mengumpul wang untuk pembangunan fizikal sekolah sehingga mengabaikan pembangunan kerohanian pelajar. Dengan ini, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat tentang prestasi dan perkembangan anak mereka di sekolah dan berusaha menyelesaikan masalah sebaik mungkin. Secara keseluruhannya, peranan semua pihak amatlah penting dalam usaha menangani masalah gejala sosial yang sering berlaku pada generasi muda zaman kini supaya masa depan belia terjamin dan rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera.

Disediakan oleh Lim Chiao Wen.