untuk maklumat lanjut sila layari  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. anda mungkin...

24
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.bankinginfo.com.my ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU Edisi Kedua

Upload: others

Post on 30-Oct-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Kedua

Page 2: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

Kad Caj

T R A N S A K S I K A D

DA N A N DA

Kad Caj

Program pendidikan pengguna oleh:

Page 3: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

kan

du

ng

an1 Pengenalan

2 Apakah yang dimaksudkan dengan kad caj?

Bagaimana pula tatacaranya?

3 Perbandingan di antara kad caj dan kad kredit

4 Memohon kad caj

6 Memahami syarat-syarat pemegangan kad

7 Memahami yuran dan caj

9 Memilih kad caj yang sesuai

11 Mencegah penipuan kad caj

14 Peringatan

15 Ringkasan perbandingan di antara kad kredit dan kad caj

16 Soalan-soalan lazim

20 Glosari

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am andasahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad ataumaklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dantidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepadanasihat guaman.

Tarikh: 15 Februari 2007

Page 4: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

Pengenalan

Seperti mana kad-kad bayaran lain, kad caj menyediakan suatu kaedah yang mudah dan cekap untuk pembelian barangan dan perkhidmatan.Buku panduan ini memaparkan maklumat mengenai kad caj yang perlu anda ketahui sebelum memohon atau menggunakan kad caj.

Maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini merangkumi aspek-aspek seperti: perbandingan di antara kad caj dan kad kredit,keperluan asas untuk memohon kad caj, memahami syarat-syaratpemegangan kad, memahami kadar yuran dan caj yang dikenakan,memilih kad caj yang sesuai, tip-tip untuk mencegah penipuan dan soalan-soalan lazim ditanya.

Kad caj menyediakan

suatu kaedah yangmudah dan cekap

untuk pembelian barangan dan perkhidmatan

Page 5: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

APAKAH YANG DIMAKSUDKANDENGAN KAD CAJ?

Kad caj ialah kad bayaran dengan hadyang telah ditetapkan terlebih dahuluyang boleh digunakan untuk membuatpembayaran bagi barangan danperkhidmatan di kedai peniaga yangterlibat, baik di dalam mahupun di luarnegara. Ia adalah satu instrumen bayaranyang mudah untuk tujuan membeli-belah,menjamu selera, melancong, membayar bil dan sebagainya. Penggunaan kad cajadalah sama seperti kad bayaran yang lain seperti kad kredit dan kad debit, dimana ia boleh digunakan di mana-manakedai peniaga yang mempamerkan jenama kad caj anda. Di Malaysia, kad caj yang dikeluarkan adalah berasaskankonsep konvensional ataupun prinsipIslam. Contoh-contoh kad caj ialah kad American Express, kad Diners Club International dan kad HSBC Amanah MasterCard.

BAGAIMANA PULA TATACARANYA?

Apabila anda membuat pembelian,peniaga hendaklah meleretkan ataumemasukkan kad caj anda ke dalam alat pembaca kad untuk mendapatkankelulusan pengeluar kad caj. Kebanyakan peniaga menghendaki anda menandatangani slip pembayaran sebagai bukti pembelian, di manaianya akan dibandingkan dengan contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidakperlu menandatangani slip pembayaranjika anda membuat urus niaga di alat pembaca kad layan diri seperti alat pembaca kad layan diri di stesen-stesen minyak. Bagi setiappembelian, pengeluar kad caj akanmembuat pembayaran kepada peniagabagi pihak anda dan menghantar bilkepada anda kemudian. Pengeluar kadcaj akan menghantar kepada andapenyata bulanan yang mengandungimaklumat mengenai urus niaga kad caj anda seperti butir-butir pembelian,tarikh tamat tempoh dan denda bayaran lewat, jika ada.

2

Bagi setiappembelian,

pengeluarkad caj

akan membuatpembayaran

kepada peniagabagi pihak andadan menghantarbil kepada anda

kemudian

Page 6: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

PERBANDINGAN DI ANTARA KAD CAJDAN KAD KREDIT

Sementara kad caj dan kad kreditmembolehkan anda menjalankan transaksitanpa tunai, terdapat perbezaan di antarakedua-dua jenis kad tersebut. Perbezaanutama di antara kad caj dan kad kreditialah jumlah yang perlu dibayar sebelumatau pada tarikh tamat tempoh.

Untuk kad caj, baki belum jelas perludibayar sepenuhnya sebelum atau padatarikh tamat tempoh dan tiada faedahakan dikenakan. Walau bagaimanapun,anda akan dikenakan caj bayaran lewatjika gagal menjelaskan baki belum jelasanda sepenuhnya sebelum atau padatarikh tamat tempoh. Caj bayaran lewatadalah antara 3% hingga 3.5% sebulan(atau 36% hingga 42% setahun) atas bakibelum jelas.

Untuk kad caj Islam, caj ganti rugi akandikenakan setakat jumlah maksimum yangdibenarkan, iaitu kebiasaannya sebanyakRM70 sebulan. Lazimnya, pengeluar kadcaj akan membatalkan perkhidmatan kad

caj anda jika anda memungkiri jadualpembayaran balik untuk beberapa bulan(tempoh berbeza-beza bergantung kepada polisi dalaman pihak pengeluar).

Bagi kad kredit, anda boleh membayar bakibelum jelas sepenuhnya pada atau sebelumtarikh tamat tempoh, ataupun membuatpembayaran bulanan minimum, yangbiasanya 5% daripada baki belum jelas.Sungguhpun kad kredit menawarkankaedah pembayaran balik yang fleksibel,kosnya mungkin agak mahal. Pengeluarkad kredit biasanya mengenakan cajkewangan sebanyak 18% setahun atasbaki belum jelas, dan caj bayaran lewatdikenakan jika anda gagal menjelaskansekurang-kurangnya jumlah bayaranminimum bulanan pada atau sebelumtarikh tamat tempoh.

3

Page 7: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

Terdapat juga kad bayaran yangmenggabungkan kemudahan-kemudahankad kredit dan kad caj. Kemudahan kad caj akan diaktifkan sekiranya nilaiurus niaga melebihi had kredit bagikemudahan kad kredit. Jumlah yangmelebihi had kredit tersebut hendaklahdibayar sepenuhnya mengikut syarat-syarat kemudahan kad caj tersebut.

MEMOHON KAD CAJ

• Adakah Kad Caj Sesuai untuk Anda?

Jika anda merupakan seorang yangmenjelaskan baki dengan sepenuhnya bila tiba waktunya dan anda memerlukaninstrumen pembayaran yang mudahdalam menguruskan pembayaran hariananda, kad caj mungkin sesuai untuk anda. Jika tidak, anda mungkin inginmempertimbangkan kad pembayaran lain seperti kad debit dan kad simpan nilai (atau dompet elektronik) di manaanda hanya boleh berbelanja setakatbaki di dalam akaun anda (untuk kaddebit) atau nilai wang yang ditambahnilai dalam kad simpan nilai.

• Kelayakan

Anda layak untuk memohon kad caj jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengeluar kad caj. Lazimnya, syarat-syarat kelayakan termasuk berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan berpendapatan minimumsebanyak RM18,000 setahun. Walaubagaimanapun, sesetengah pengeluarkad caj mungkin mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat.

• Permohonan

Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika membuatpermohonan:

– Salinan Kad Pengenalan atau MyKad

– Penyata bank untuk bulan-bulanterdahulu (akaun simpanan atausemasa)

– Slip gaji untuk bulan-bulan terdahulu

– Surat perlantikan/pengesahan jawatandaripada majikan

4

Page 8: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

– Jika anda bukan warganegara Malaysiatetapi bermastautin di negara ini, anda mungkin perlu mengemukakansalinan pasport anda

– Jika anda bekerja sendiri, anda mungkin perlu menyediakan butir-butir pendaftaran perniagaan ataudokumen-dokumen lain seperti yangdiperlukan oleh pengeluar kad caj

Pengeluar kad caj memerlukan dokumen-dokumen tersebut untuk membuatpenilaian kredit dan menetapkan hadkredit dalaman kad caj, sekiranya andalayak. Pengeluar kad caj yang dibenarkanjuga boleh merujuk kepada SistemMaklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)untuk mengesahkan kedudukan kreditpemohon. Masa yang diambil olehpengeluar kad untuk memproses setiappermohonan adalah berbeza-bezatertakluk kepada prosedur dalamanmasing-masing.

• Kad Tambahan

Anda boleh memohon kad tambahan untuk isteri/suami,ahli keluarga ataupun rakan-rakan karib anda. Andaperlu merujuk kepada terma dan syarat yang ditetapkanoleh pengeluar kad caj untuk maklumat lanjut mengenaikad caj tambahan.

Pemegang kad caj akan diberi had kredit dalaman oleh pengeluar kad caj apabila permohonan mereka diluluskan

5

Page 9: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

akan meminta anda mengemukakan notis bertulis untuk tujuan tersebut.

Secara amnya, terma dan syaratpemegangan kad memperuntukkanperkara-perkara berikut:

• Maklumat mengenai yuran dan caj

• Syarat-syarat pembayaran

• Liabiliti bagi urus niaga tanpa kebenaranatau penipuan

• Prosedur untuk membuat aduan ataupertanyaan mengenai penyata bulanan

• Notis pemberitahuan mengenai perubahanterma dan syarat pemegangan kad

• Hak-hak dan tanggungjawab pemegang kad

• Kerahsiaan maklumat

MEMAHAMI SYARAT-SYARATPEMEGANGAN KAD

Jika permohonan kad caj anda diluluskan,anda akan diberikan kad caj yang tertera dengan nama anda, nombor kaddan sebagainya, berserta dengan termadan syarat penggunaan kad caj. Anda harus meminta sesalinan terma dan syaratpemegangan kad sebelum menerima kadcaj yang ditawarkan. Anda harus menelitidan memahami sepenuhnya kandunganterma dan syarat pemegangan kad tersebutmemandangkan anda dan pengeluar kadcaj akan terikat dengannya.

Anda boleh menghubungi pengeluar kad caj jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut mengenai terma dan syarat pemegangan kad. Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat pemegangan kad tersebut, anda boleh membatalkan kemudahan kad caj tersebut dengan mengembalikannya kepada pengeluar kad caj terbabit dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, sesetengah pengeluar kad caj mungkin

6

Page 10: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

MEMAHAMI YURAN DAN CAJ

Yuran dan caj yang dikenakan ataspenggunaan kad caj mungkin berbezamengikut pengeluar kad caj. Oleh itu, adalahpenting bagi anda untuk memahami pelbagaicaj yang dikenakan dalam penggunaan kadcaj untuk membantu anda memilih kad cajyang sesuai. Berikut adalah caj-caj yang lazimdikenakan:

• Yuran Penyertaan

Pengeluar kad caj mungkin akan mengenakanyuran penyertaan yang dikenakan sekali sahaja. Yuran ini juga dikenali sebagai yuran kemasukan ataupun yuran keahlian. Yuran penyertaan ini mungkin perlu dibayar berserta dengan yuran tahunan bagi tahun pertama. Yuran penyertaan ini mungkin berbeza mengikut pengeluar kad caj. Walau bagaimanapun, sesetengah pengeluar kad caj mungkin memansuhkan yuran penyertaan ini.

• Yuran Tahunan

Ini ialah yuran tetap yang wajib dibayarsetahun sekali, walaupun anda tidak pernah

Memahami yuran dan caj yang dikenakan boleh membantu anda memilih kad caj yang sesuai

7

Page 11: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

samping caj bayaran lewat jika anda gagaluntuk menjelas baki anda sepenuhnyapada bulan kedua dan seterusnya. Bagi kad caj yang berlandaskan prinsipIslam, anda akan dikenakan caj ganti rugi setakat tahap maksimum yang dibenarkan, biasanya sebanyak RM70 sebulan.

• Yuran Pendahuluan Wang Tunai

Sesetengah pengeluar kad caj mungkin juga menyediakan kemudahanpendahuluan wang tunai. Jika andamenggunakan kemudahan ini, anda akandikenakan yuran pendahuluan wang tunai,lazimnya di antara 3% hingga 4% daripadajumlah wang tunai yang dikeluarkanataupun caj minimum sebanyak RM15hingga RM30, mengikut nilai mana yanglebih tinggi. Jumlah pendahuluan wangtunai perlu dibayar balik sepenuhnyasebelum tarikh tamat tempoh. Beberapahad mungkin dikenakan terhadapkemudahan pendahuluan wang tunai,seperti had maksimum pengeluaran.

8

menggunakan kad caj tersebut. Yurantahunan biasanya dalam lingkungan RM80 hingga RM160 untuk pemegang kad utama (kad klasik) dan antara RM40hingga RM125 untuk pemegang kadtambahan. Walau bagaimanapun,pengeluar kad caj mungkin akanmemansuhkan yuran tahunan bagi tahun pertama sebagai promosi untukmenarik pemohon kad baru.

• Caj Bayaran Lewat

Anda akan dikenakan caj bayaran lewatjika anda gagal untuk menjelaskanbayaran sepenuhnya sebelum atau padatarikh tamat tempoh atau hanyamembayar sebahagian daripada bakibelum jelas anda. Bergantung kepadapengeluar kad caj, caj bayaran lewatlazimnya adalah di antara 3% hingga 3.5% sebulan (atau 36% hingga 42%setahun) daripada jumlah baki belum jelasatau caj minimum sebanyak RM15 hinggaRM50, mengikut nilai mana yang lebihtinggi. Sesetengah pengeluar kad cajmungkin mengenakan caj tambahan di

Page 12: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

Bagi kad caj yang berlandaskan prinsipIslam, anda akan dikenakan yuran tetapuntuk pendahuluan wang tunai, lazimnyasebanyak RM15 untuk setiap urus niaga.

Anda dinasihatkan agar peka terhadapyuran dan caj yang mungkin dikenakanke atas anda seperti mana yangterkandung di dalam terma dan syaratpemegangan kad. Anda harus berhubungdengan pengeluar kad caj untukmendapatkan maklumat lanjut mengenaiyuran dan caj berkenaan, jika perlu.

MEMILIH KAD CAJ YANG SESUAI

Anda dinasihatkan agar membuatperbandingan yang sewajarnya dalammemilih kad caj yang bersesuaian dengan anda dengan mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

9

• Hadiah Promosi dan Tawaran Istimewa

Pengeluar kad caj mungkin menawarkanpelbagai hadiah promosi yang menarikuntuk setiap permohonan yang berjayatermasuklah "discman", kamera, jam dan beg pakaian. Terdapat jugapertandingan yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan kepada pemegangkad yang membuat jumlah pembeliantertentu menggunakan kad caj mereka.Pengeluar kad caj juga mungkinmenawarkan yuran tahunan atau yuranpenyertaan permulaan yang amat rendahataupun memansuhkannya terus padatahun pertama. Adalah penting bagi andauntuk membaca dan memahami terma dansyarat pemegangan kad yang berkaitandengan hadiah promosi dan tawaranistimewa berkenaan. Perhatikan tempohtawaran, syarat-syarat yang ditetapkan dan denda jika tidak mematuhi syarat-syarat tersebut.

Pastikan anda benar-benar

memahamiterma dansyaratpemegangankad yang berkaitandengan hadiah promosidan tawaran istimewa

Page 13: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

10

• Liabiliti Terhad

Pengeluar kad caj mungkin menghadkanliabiliti anda setakat jumlah maksimum bagi urus niaga tanpa kebenaran akibatkehilangan atau kecurian kad caj. Andamungkin bertanggungjawab sepenuhnyaatas semua kerugian, atau pada tahapmaksimum, selagi anda tidak memaklumkanpengeluar kad caj mengenai kehilangan kad tersebut. Sesetengah pengeluar kadcaj mungkin tidak menghadkan liabilitianda untuk urus niaga tanpa kebenaran,dengan itu anda haruslah memilih kad cajyang mempunyai peruntukan liabiliti terhad.

• Yuran dan Caj

Ada pelbagai kombinasi yuran dan cajyang akan dikenakan dalam menggunakan kad caj. Pengeluar kad caj mungkin memansuhkan yuran penyertaan dan yuran tahunan tetapi mengenakan caj bayaran lewat yanglebih tinggi. Apabila membandingkan yuran dan caj yang dikenakan, perbandingan hendaklah pada asas yang sama, misalnya mengikut kadarbulanan atau tahunan dan dalamtempoh masa yang lebih lama setelahmengambil kira kadar faedah istimewayang dipromosikan.

• Tempoh Tanpa Faedah

Pengeluar kad caj menawarkan tempohtanpa faedah bermula dari tarikh urusniaga direkodkan atau tarikh penyata,sehingga ke tarikh tamat tempohberakhir. Anda harus memilih kad cajyang menawarkan tempoh tanpa faedahyang lebih panjang untuk membayarbaki belum jelas anda tanpamenanggung caj tambahan.

Page 14: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

11

• Khidmat Pelanggan

Anda juga mungkin ingin mengambil kira tahap khidmat pelanggan yang disediakan olehpengeluar kad caj sebelum mengemukakan sesuatu permohonan kepada institusi berkenaan.

MENCEGAH PENIPUAN KAD CAJ

Seperti mana kad bayaran lain, penggunaan kad caj melibatkan risiko. Menjaga keselamatankad caj adalah menjadi tanggungjawab andasebagai pemegang kad caj. Anda mungkindipertanggungjawabkan atas urus niaga yangdibuat tanpa kebenaran anda jika anda tidakmematuhi terma dan syarat pemegangan kad anda.Oleh itu, anda haruslah meneliti terma dan syaratpemegangan kad, terutamanya mengenai hak-hakdan tanggungjawab anda. Perhatikan proseduruntuk melaporkan kehilangan ataupun kecuriankad caj anda dan implikasinya jika tidak mematuhiprosedur tersebut.

Sebagai pemegang kad caj, anda boleh mengambilbeberapa langkah untuk meminimumkan risikomenjadi mangsa penipuan. Berikut adalahbeberapa langkah yang anda boleh ambil untukmelindungi diri anda daripada gejala penipuan kad caj:

Page 15: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

• Melindungi Kad Caj Anda:

– Tandatangani kad caj anda sebaiksahaja ianya diterima

– Jangan pinjamkan kad caj anda kepadasesiapa pun

– Hafal nombor PIN anda dan jangancatatkan nombor PIN tersebut dibelakang kad, menyimpannya di dalamdompet atau mendedahkannya kepadaorang lain

– Pastikan kad caj yang telah luputdipotong dua apabila anda menerimakad baru

• Apabila Menjalankan Urus Niaga:

– Perhatikan kad caj anda ketikamembuat urus niaga dan dapatkannyasemula dengan secepat mungkin

– Semak semua butir-butir yang terdapat pada slip pembayaransebelum menandatangani ataumengesahkan setiap urus niaga

Semak semua butir-butir yang terdapat

pada slip pembayaran sebelummenandatangani atau

mengesahkan setiap urus niaga

12

Page 16: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

– Apabila menandatangani slip pembayaran,gariskan pada ruang kosong di atas jumlahyang perlu dibayar atau bulatkan jumlahyang perlu dibayar

– Jangan menandatangani slip pembayaranyang kosong

– Apabila menempah atau membuatpembelian melalui telefon, jangan berikanbutir-butir kad caj anda seperti nombor kaddan tarikh luput kecuali anda membuaturus niaga dengan pihak yang anda kenali

– Jangan berikan butir-butir kad caj anda kepada pihak yang tidak dikenalikerana mereka mungkin menggunakannyauntuk membuat pembelian menerusitelefon, mel ataupun Internet

• Mengawasi dan Memeriksa Urus Niaga Anda:

– Simpan semua slip pembayaran anda dan bandingkan dengan penyata bulanankad caj anda sebaik sahaja ianya diterima

– Maklumkan pengeluar kad caj anda dengan serta-merta jika terdapat sebarangkesilapan atau kemungkinan berlaku urusniaga tanpa kebenaran berkaitan kad cajanda dengan diikuti oleh laporan bertulis

– Musnahkan semua slip pembayaran sebelumanda membuangnya

• Persediaan Diri Jika Kad Caj Anda Hilang ataupun Dicuri:

– Simpan kad caj anda di tempat yang sama di dalam dompet supaya anda akanmenyedarinya dengan serta-merta jikaianya hilang atau dicuri

– Simpan nombor telefon pengeluar kad cajanda supaya anda dapat menghubunginyadengan serta-merta untuk melaporkansebarang kehilangan/kecurian kad, urusniaga tanpa kebenaran atau pendedahannombor PIN kepada pihak ketiga

– Rekodkan nombor kad caj anda dan tarikhluputnya di tempat yang selamat danberasingan daripada dompet anda

13

Page 17: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

PERINGATAN

Anda harus sentiasa berhemat apabilamenggunakan kad caj dan tidakberbelanja melebihi kemampuan anda.Yuran dan caj yang dikenakan ke atasbaki belum jelas boleh menjadi amattinggi. Yang paling penting, pengeluarkad caj mungkin akan mengambiltindakan undang-undang ke atas andajika anda mungkir dalam membuatpembayaran.

Anda harus sentiasaberhemat apabila

menggunakan kad caj dan tidak berbelanja melebihi

kemampuan anda

14

Page 18: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

Ciri – ciri

Had Kredit

Bayaran Minimum

Yuran Penyertaan

Caj Kewangan

Yuran Tahunan

Caj Bayaran Lewat

Yuran PendahuluanWang Tunai

Kad Kredit

Had maksimum ditetapkan bagi setiap pemegang kad

Bayaran minimum sebanyak 5% atas baki belum jelas

Bayaran dikenakan sekali sahaja. Yuran berbeza-bezabergantung kepada pengeluar kad atau dimansuhkan

Caj maksimum sebanyak 18% setahun atas baki belum jelas

Lazimnya di antara RM60 hingga RM90 untuk kad klasik

Caj maksimum sebanyak 1% sebulan atas baki belum jelasatau RM5, mengikut mana yang lebih tinggi

Lazimnya di antara 3% hingga 5% atas pendahuluan wangtunai sebagai tambahan kepada caj kewangan

Kad Caj

Lazimnya, had perbelanjaan yang ditetapkan oleh pengeluar kad tidakdimaklumkan kepada pemegang kad, melainkan pemegang kad sendirimemohon untuk mengetahuinya. Walau bagaimanapun, nilai urusniaga yang melebihi had maksimum mungkin dibenarkan, bergantungkepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengeluar kad

Baki belum jelas perlu dibayar sepenuhnya sebelum tarikh tamattempoh

Bayaran dikenakan sekali sahaja. Yuran berbeza-beza bergantungkepada pengeluar kad atau dimansuhkan

Tidak berkaitan kerana baki belum jelas harus dibayar sepenuhnyasebelum tarikh tamat tempoh

Lazimnya di antara RM80 hingga RM160 untuk kad klasik

Lazimnya di antara 3% dan 3.5% sebulan (atau 36% hingga 42%setahun) atas baki belum jelas atau jumlah tetap minimum, mengikutmana yang lebih tinggi. Lazimnya, kad caj berasas prinsip Islammengenakan jumlah tetap maksimum sebanyak RM70 sebulan

Lazimnya 3% hingga 4% bergantung kepada pengeluar kad caj.Sesetengah pengeluar kad caj tidak menyediakan kemudahanpendahuluan wang tunai. Bagi kad caj berasas prinsip Islam, jumlahtetap tidak melebihi RM15 lazimnya dikenakan

RINGKASAN PERBANDINGAN DI ANTARA KAD KREDIT DAN KAD CAJ

Di antara ciri-ciri utama kad kredit dan kad caj adalah seperti berikut:

15

Page 19: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

S&JApakah jenis-jenis kad bayaranlain yang terdapat di Malaysia?

Selain daripada kad caj, kad-kad bayaran yang lain ialah kad kredit, kad debit dan kadsimpan nilai.

Kad debit adalah sejenis kad bayaran di mana baki di dalam akaun simpanan atauakaun semasa anda akan dikurangkan dengan serta-merta mengikut jumlah urusniaga yang dibuat, setelah kelulusan diperolehi. Kemudahan ini juga terdapat padaBankcard yang dikeluarkan oleh kebanyakan institusi perbankan tempatan. Terdapatjuga kad debit antarabangsa seperti VISA Electron dan MasterCard Electronic yangboleh digunakan di premis perniagaan yang mempamerkan logo yang berkaitan.

Kad simpan nilai ialah sejenis kad prabayar yang mengandungi nilai wang yang telahditambah nilai terlebih dahulu oleh pengeluar kad. Sesetengah skim kad simpan nilaimungkin membenarkan pemegang kad untuk menambah semula nilai wang ke dalamkadnya dan nilai tersebut akan ditolak secara automatik daripada jumlah yangtersimpan di dalam kad tersebut apabila pembelian dibuat. Kad simpan nilai yangbiasanya terdapat di Malaysia ialah MEPS Cash, iaitu skim dompet elektronik seluruhbank (“bank-wide e-purse scheme”) yang terdapat pada Bankcard yang dikeluarkanoleh institusi perbankan tempatan dan Touch ‘n Go yang lazimnya digunakan secarameluas untuk tujuan pembayaran tol dan kemudahan meletak kereta.

Adakah sesiapa sahaja bolehmemohon kad tambahan?

Pemegang kad utama boleh mencadangkan sesiapa sahaja untuk menjadi pemegang kad tambahannya, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pengeluarkad caj.

SOALAN-SOALAN LAZIM

16

Page 20: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

Apa yang perlu saya lakukansekiranya saya tidak berpuas hatidengan barangan yang saya belidengan menggunakan kad caj?

Kad caj hanya memudahkan anda untuk membuat pembayaran. Anda harus mengetahuidan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh peniaga ketika membuat pembelianbarangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, seperti polisi pemulangan barangan.Pengeluar kad caj tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan barangan atauperkhidmatan yang telah dibeli dengan menggunakan kad caj. Tuntutan atau pertikaiandi antara peniaga dan pemegang kad tidak memberi hak kepada pemegang kad untukmenangguh pembayaran.

Sebagai pemegang kad tambahan,adakah saya akan diberi penyatabulanan?

Lazimnya, maklumat mengenai urus niaga kad caj oleh pemegang kad utama danpemegang kad tambahan akan disatukan dalam satu penyata bulanan dan dihantarkepada pemegang kad utama sahaja. Penyata bulanan mungkin juga disediakan secara berasingan kepada pemegang kad utama dan pemegang kad tambahan,tertakluk kepada polisi dalaman pengeluar kad caj.

Pemegang kad utama adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskanpembelian yang dibuat oleh pemegang kad tambahan dan juga pembeliannyasendiri. Walau bagaimanapun, anda perlu meneliti terma dan syarat yang dikenakan sama ada pemegang kad tambahan turut bertanggungjawab ke atas hutang-hutangkad caj tersebut.

Siapakah yang bertanggungjawabterhadap pembelian yang dibuatmelalui kad tambahan?

17

Page 21: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

Bagaimana kadar pertukaranwang asing ditentukan apabilasaya membuat pembelian di luarnegara?

Jumlah urus niaga yang dilakukan di luar negara dengan menggunakan mata wangasing akan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menggunakan kadar pertukaranmata wang asing yang ditentukan oleh skim pengeluar kad caj (seperti AmericanExpress, Diners Club International dan MasterCard International) ditambah dengankomisen penukaran atau caj pentadbiran. Penukaran mata wang asing akan dilakukansecara automatik semasa urus niaga dibuat.

Adakah saya bertanggungjawabke atas urus niaga penipuanselepas kad caj saya didapatihilang ataupun dicuri?

Anda hendaklah sentiasa mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya untukmelindungi kad caj anda. Sesetengah pengeluar kad caj mungkin menghendaki andamengemukakan pengesahan bertulis dan/atau laporan polis kepada mereka apabila kad anda hilang atau dicuri. Jika berlaku sebarang urus niaga tanpa kebenaran denganmenggunakan kad caj anda sebelum laporan dibuat, anda mungkin bertanggungjawabsehingga jumlah tertentu, tertakluk kepada terma dan syarat pengeluar kad caj.

18

Tiada kos tambahan dikenakan jika membeli dengan kad caj. Sekiranya andadikenakan caj tambahan oleh peniaga, sila hubungi pengeluar kad caj anda untukmendapatkan penjelasan.

Perlukah saya membayar kostambahan kepada peniagajika saya menggunakan kadcaj untuk membuatpembelian?

Page 22: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

Apakah yang perlu saya lakukanjika terdapat kesilapan padapenyata kad caj saya?

Anda hendaklah memaklumkan pengeluar kad caj anda secara lisan dengan segera jika terdapat sebarang kesilapan pada penyata bulanan kad caj anda ataukemungkinan berlakunya urus niaga tanpa kebenaran yang melibatkan kad caj atau nombor PIN anda, disusuli dengan laporan secara bertulis secepat mungkin.

Bagi kad caj yang dikeluarkan oleh institusi perbankan, maklumat untukmenghubungi pegawai atau alamat emel boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia, www.bnm.gov.my. Selain itu, jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberi oleh institusi perbankan, anda boleh menghubungiBiro Pengantaraan Kewangan:

PengantaraBiro Pengantaraan KewanganTingkat 25, Dataran Kewangan Darul TakafulJalan Sultan Sulaiman50000 Kuala LumpurTel: 03-2272 2811Fax: 03-2274 5732Laman Web: www.fmb.org.my

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosedur membuat aduan ke ataspengeluar kad caj di kalangan institusi perbankan, sila rujuk kepada buku kecil"Membuat Aduan Perihal Perbankan".

19

Adakah saya perlu menyemakpenyata kad caj saya?

Ya, jadikan satu amalan biasa untuk sentiasa menyemak penyata kad caj anda bagimengesan sebarang percanggahan atau urus niaga tanpa kebenaran. Meluangkanmasa beberapa minit untuk meneliti maklumat-maklumat di dalam butiran padapenyata bulanan kad caj anda adalah penting dan berkesan untuk mengesanpenggunaan kad caj anda tanpa kebenaran.

Page 23: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

20

GLOSARI

Pengeluar Kad Caj

Institusi yang diberi kebenaran untuk mengeluarkan kad caj sama ada menggunakan satu

jenama yang seragam atau menggunakan jenamanya sendiri.

Skim Pembayaran Kad Caj

Institusi atau persatuan (misalnya American Express, Diners Club International dan MasterCard

International) yang menyediakan infrastruktur bagi kemudahan memperolehi kelulusan dan

penyelesaian urus niaga kad caj.

Peniaga

Sebarang perniagaan yang menerima kad caj sebagai salah satu alat pembayaran untuk

pembelian barangan dan/atau perkhidmatan mereka.

Urus Niaga Penipuan

Urus niaga yang tidak mendapat kebenaran pemegang kad. Urus niaga ini mungkin berlaku akibat

kehilangan atau kecurian kad, kad tidak diterima oleh pemohon, kad dikeluarkan berdasarkan

permohonan palsu, penipuan atau situasi-situasi penipuan seperti yang ditakrifkan oleh pengeluar

kad caj.

Page 24: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI  · contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca

Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.