teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

43
2010 Zulnaidi Yaacob

Upload: ayuborhan

Post on 09-Jul-2016

254 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

2010

Zulnaidi Yaacob

Page 2: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

Penerbit sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini berautoriti dari segi topik yang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku tidak boleh menganggap memberikan khidmat perundangan, atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Hakcipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisMust Read Sdn. Bhd.

Muka Taip Teks : VerdanaSaiz Taip Teks : 10/14

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan

Zulnaidi YaacobTeknik urus wang individu berkesan / Zulnaidi Yaacob. ISBN 978-967-5426-34-61. Finance, Personal. I. Judul.332.024

Diterbit Oleh

MUST READ SDN BHD

35, Jalan Wangsa Setia 3,

Wangsa Melawati,

53300 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4142 0611

Fax: 03-4142 0612

www.mustread.com.my

Penerbit Eksekutif

Mohd. Sharudin Dawam

Editor Urusan

Abdul Kahar Abdul Hamid

Editor

Ainun Najah Ali

Reka Letak/ Kulit

Fadhlan Rahim

Penulis

Zulnaidi Yaacob

Diedar Oleh

MUST READ SDN. BHD

35, Jalan Wangsa Setia 3,

Wangsa Melawati,

53300 Kuala Lumpur

Tel : 03-4142 0611

Fax : 03-4142 0612

www.mustread.com.my

Dicetak Oleh

Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Lot 18 & 20, Jln 4/10B,

Spring Crest Industrial Park

Batu Caves, Kuala Lumpur.

Hak cipta © Zulnaidi Yaacob 2010Cetakan Pertama 2010

Page 3: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

ISI KANDUNGAN

PRAKATA v PENDAHULUAN vii

BAB 1PENGENALAN TEKNIK URUS WANG 1

BAB 2TEKNIK PIRAMID 35

BAB 3TEKNIK WAU BULAN 51

BAB 4TEKNIK BATERI KOMPUTER 75

BAB 5TEKNIK DIET 91

BAB 6TEKNIK NILAI HOBI 103

BAB 7TEKNIK BAWAH ARAS 113

PENUTUP 127

Page 4: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf
Page 5: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

v

Terima Kasih,

Paling utama saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan saya nikmat yang terlalu banyak untuk dirakamkan. Tidak lupa salawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW yang begitu agung dalam sejarah ketamadunan manusia. Sebagai hamba yang kerdil, idea tentang teknik urus wang yang ditulis dalam buku ini adalah kurniaan yang diberikan melalui pengamatan ke atas peristiwa yang berlaku di sepanjang kehidupan saya, yang RAHSIA untuk setiap kejadian dan peristiwa itu, hanya DIA yang tahu.

Tidak lupa rakaman kekaguman saya pada AYAH dan MEK yang telah mendidik anak-anaknya hingga berjaya menjadi insan yang berjasa kepada agama, negara dan bangsa. Walaupun tidak mempunyai wang yang bergunung, mereka telah menghadiahkan anak-anaknya dengan satu kehidupan yang penuh terisi. Sekadar seorang pengayuh beca dan suri rumah, mereka telah menterjemahkan hidup ini kepada anak-anak dengan begitu sempurna termasuk dalam aspek pengurusan wang.

PRAKATA

Page 6: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

vi

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Untuk guru-guru, rakaman terima kasih kepada semua mahaguru saya tanpa mengira di mana anda berada. Segala tunjuk ajar kalian sama ada mengajar saya menulis, membaca, mengarang atau mengira telah menjadi harta berguna untuk saya melahirkan buku ini. Melalui buku ini, saya juga berharap untuk menjadi guru yang bererti kepada banyak kehidupan.

Untuk seluruh ahli keluarga dan teman-teman yang mewarnai perjalanan hidup saya, buku ini juga mustahil terhasil tanpa sokongan yang diberikan oleh kalian. Walau hanya sekadar berkata ‘aku akan baca buku kau’ , itu sudah menjadi perangsang yang hebat untuk saya menyiapkan buku ini terutama ketika tuntutan lain kian bertambah.

Untuk semua pembaca, terima kasih atas sokongan yang diberikan. Semoga anda akan mempelajari sesuatu yang bermanfaat melalui buku ini.

Ucapan terima kasih istimewa untuk sahabat lama EDLEE BLACK yang sudi berkongsi petikan lensa beliau untuk menjadi sebahagian catatan penting buku ini.

Sekian Terima Kasih

Zulnaidi Yaacob, PhDPusat Pengajian Pendidikan Jarak JauhUniversiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Page 7: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

vii

PENDAHULUAN

Saya menulis buku bertajuk ‘TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN’ untuk pembaca yang masih tercari-cari akan teknik-teknik terbaik yang boleh digunakan untuk mengurus wang masing-masing. Tidak kira sama ada anda memiliki wang yang sedikit atau wang yang banyak, kesemuanya perlu diuruskan. Sebut sahaja fasal wang, tidak ada sesiapapun yang tidak inginkan wang atau tidak tahu menggunakan wang. Namun hanya sedikit yang tahu menguruskannya. Bagaimana pentingnya untuk kita mengurus waktu yang terbatas dan usia yang terlalu bernilai, wang juga perlu diurus kerana bagaimana wang itu diperoleh, diurus dan akhirnya ke mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan, semuanya merupakan amanah yang akan diperhitungkan di hari kemudian.

Ada orang yang setiap kali bila sampai sahaja pertengahan bulan, wang gaji yang diperoleh sudah habis dibelanjakan. Maka terpaksalah pula mereka menagih simpati dari orang lain, itu pun kalau ada yang bersimpati. Ada juga orang yang menjadi tetamu setia setiap kali pesta membeli belah diadakan, tapi akhirnya kad kredit yang ada sudah tidak bernyawa lagi. Itu gambaran tentang mereka yang

Page 8: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

viii

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

gagal menguruskan wang dengan baik sehingga perbelanjaan yang dilakukan akhirnya melebihi pendapatan yang diperoleh.

Sebaliknya ada juga orang yang memberi kemewahan melampau kepada anak-anak sehingga anak-anak mereka mendapat lebih dari apa yang diperlukan. Tidak kurang juga orang yang menggunakan wang untuk mempengaruhi orang lain supaya bertindak secara tidak beretika dengan menghulurkan rasuah atau suapan. Ini pula kisah tentang mereka yang ada wang tapi tidak menggunakannya secara terurus. Jadi apabila saya menyentuh tentang urus wang, saya bukan sahaja menulis untuk mereka yang kekurangan wang tapi juga untuk mereka yang salah menguruskan wang. Namun buku ini langsung tidak menyentuh tentang bagaimana si kaya boleh terus menambahkan kekayaan!

Jika anda menyelongkar statistik tentang jumlah mereka yang muflis, menanggung hutang kad kredit, disenaraihitamkan atau hartanah mereka dilelong, angka yang dipamerkan cukup menggerunkan. Ianya adalah gambaran tentang adanya sesuatu yang tidak kena tentang pengurusan wang yang sedang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Anda lupakan seketika tentang soal polisi kerajaan, keadaan ekonomi, kejatuhan industri dan ketidaktentuan pasaran saham. Saya bukan menulis tentang itu, tapi melalui buku ini saya menulis tentang tanggungjawab sendiri ke atas diri kita. Soal poket kita, biar kita yang uruskan!

Sebenarnya isu tentang pengurusan wang bukan melibatkan antara seorang individu dan wang itu sahaja, tapi ia akan berangkai pula dengan masalah lain termasuk masalah peribadi, kesihatan, kekeluargaan, kerjaya dan masalah sosial lain. Memang benar kata orang bahawa wang bukan segala-galanya tapi hampir segala keperluan kehidupan ini memerlukan wang. Buku ini dihasilkan bukan sekadar untuk menambah koleksi bacaan anda tapi sebagai penulis, saya mempunyai impian mega melalui penulisan buku ini. Saya berharap agar idea yang terkandung dalam buku ini akan sampai ke hati dan minda sebanyak mungkin rakyat Malaysia terutama sekali rakyat yang sederhana sahaja pendapatannya. Idea kerdil yang terakam dalam buku ini bukanlah jaminan bahawa anda akan bebas

Page 9: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

ix

dari belenggu kewangan tapi saya sekadar berusaha membantu anda mencari penawar untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik. Walaupun soal pengurusan wang penting untuk semua orang, namun tatkala saya menulis buku ini, isu yang dikupas lebih menyentuh sisi hidup mereka yang berpendapatan sederhana dan bukannya golongan jutawan. Buku ini juga dapat memberi manfaat kepada golongan yang baru bekerja iaitu mereka yang sedang tercari-cari langkah terbaik untuk merancang kewangan masing-masing.

Walaupun anda mungkin akan menemui buku lain tentang pengurusan wang ketika anda mengunjungi toko-toko buku, buku ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan menggunakan bahasa yang ringkas, saya berharap objektif buku ini akan dapat sampai ke hati setiap yang membaca. Walaupun buku ini ada mencadangkan strategi atau teknik tertentu yang perlu diambil, anda perlu menyesuaikan setiap teknik tersebut dengan latar kehidupan masing-masing kerana bukan orang lain dan bukan juga saya, tapi anda yang lebih arif tentang matlamat hidup anda.

Melalui buku ini, saya ingin mengajak anda memahami bahawa ‘wang’ lebih dari sekadar alat untuk berbelanja. Saya berharap buku ini akan memberikan anda info tentang bagaimana wang bertingkah laku. Hanya apabila anda memahami tentang tingkah laku wang, maka barulah wang boleh diuruskan. Apakah tingkah laku wang yang cuba saya gambarkan melalui buku ini? Ada orang mengatakan bahawa wang itu menggoda! Tak kurang juga yang menyamakan wang itu dengan hantu! Malah bukan sedikit yang menyatakan wang itu perosak hubungan kekeluargaan! Bagaimana pula dengan mereka yang menyatakan wang itu pemutus persahabatan! Anda boleh menggambarkan apa sahaja yang anda mahu tentang wang.

Namun hakikatnya, baik atau buruk wang bukan kerana wang itu sendiri tapi kerana manusia yang menjadi tuan punya wang itu. Maka wang secara sendirian tidak boleh bertingkah laku. Yang menentukan tingkah laku wang ialah manusia. Kalau anda menggunakan wang untuk membantu orang yang sedang dilanda musibah, maka baiklah wang itu jadinya. Sebaliknya, jika anda menggunakan wang untuk membayar upah orang lain melakukan kejahatan, maka wang itu

PENDAHULUAN

Page 10: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

x

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

akan menjadi alat pemusnah pula.

Pada ketika ini, saya hanya mahukan anda menyedari bahawa wang adalah alat yang boleh diurus. Dengan adanya wang, kita boleh memilih sama ada untuk menggunakannya ke jalan yang baik atau jalan yang buruk. Untuk mencapai objektif agar wang dapat digunakan untuk kebaikan, maka wang perlu diurus dengan bijak.

Page 11: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

1

BAB 1

Pengenalan teknik urus wang

“Wah! rupanya mengurus wang juga mempunyai pelbagai teknik.” Mungkin itulah reaksi pertama anda sebaik sahaja memandang dan membaca tajuk buku ini. Selama ini anda mungkin berfikir bahawa mengurus wang itu merupakan satu urusan yang sangat senang iaitu bila ada wang maka boleh berbelanja dan jika ada lebihan wang, maka bolehlah menabung atau melabur. Sebenarnya pengurusan wang individu tidak semudah itu kerana setiap individu mempunyai gaya hidup yang berbeza. Maka setiap orang perlu menggunakan teknik urus wang yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan peribadi masing-masing.

“Buku sebegini sudah berlambak di pasaran tapi tidak pun boleh membantu sesiapa menjadi kaya dengan membaca buku.” Mungkin ini pula reaksi kedua tatkala anda mula mendekati buku ini. Anda silap kalau beranggapan bahawa buku ini sama dengan buku-buku lain yang sedia ada di pasaran. Sebenarnya strategi yang diutarakan dalam buku ini adalah strategi yang merujuk pada persekitaran

Page 12: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

2

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

kehidupan yang saya lalui. Jika ada persamaan dengan mana-mana buku yang pernah ditulis, ianya sekadar mengambarkan bahawa persoalan pengurusan wang adalah persoalan yang bukan baru dan unik. Strategi-strategi yang dikemukakan dalam buku ini kesemuanya berdasarkan latar belakang akademik saya dalam bidang perakaunan, pengalaman kerja saya sama ada sebagai pegawai akaun, pegawai pemasaran atau pensyarah. Yang lebih menarik, strategi yang dijelaskan dalam buku ini juga berdasarkan pengalaman hidup saya serta individu-individu yang mewarnai kehidupan saya. Sebagai buku yang unik dan berbeza, tidak rugi sekiranya ia menjadi antara menu santapan minda dan jiwa anda. Jika anda merasakan buku ini bermanfaat, kongsilah ilmunya dengan orang-orang yang berada di sekeliling anda.

Apa yang dijanjikan oleh buku ini? Sudah tentu buku ini tidak menjanjikan anda untuk menjadi kaya seperti buku-buku yang mengajak anda menjadi jutawan. Sebaliknya buku ini akan mendedahkan tentang teknik-teknik yang boleh digunakan untuk menguruskan kewangan anda dengan pelbagai cara. Sejauh mana setiap teknik ini berkesan pula terletak pada komitmen berterusan anda untuk melaksanakan teknik-teknik yang dicadangkan. Walaupun buku ini mendedahkan enam teknik untuk urus wang, anda tidak perlu memilih untuk mengamalkan satu teknik sahaja atau mengamalkan kesemua teknik sekali gus. Sebaliknya anda boleh memilih kombinasi teknik-teknik yang sesuai dengan matlamat dan gaya hidup masing-masing.

Kenapa saya memilih untuk menulis buku ini? Saya ingin berikan sesuatu yang bermakna kepada bangsa saya. Walaupun sumbangan ini kecil, saya berharap ia dapat membantu sebahagian dari anda untuk mengurus wang dengan lebih baik. Saya tidak mahu menjadi begitu emosional untuk menyatakan bahawa banyak masalah sosial yang menimpa masyarakat pada hari ini, sebahagiannya adalah bertitik tolak dari masalah kewangan individu. Memang benar bahawa wang tidak boleh membeli kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Namun, kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa isu tentang wang merupakan isu kehidupan yang begitu signifikan. Persoalan kegembiraan, keseronokan, keterujaan, kedukaan dan kesedihan

Page 13: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

3

sebuah kehidupan adakalanya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan persoalan pengurusan wang. Apabila merenung persekitaran kehidupan ini terutama tentang kuasa ekonomi bangsa saya, terlalu banyak yang ingin saya kongsikan.

Pengurusan wang setiap individu tidak boleh dipandang remeh kerana cabaran hidup masa depan semakin sukar. Ianya bukan andaian fantasi tetapi merupakan fakta kehidupan yang realiti tanpa perlu berhujah bermati-matian untuk membuktikannya lagi. Lihat sahaja perbezaan dalam persekitaran kehidupan anda antara 5 tahun lampau dengan tahun semasa. Apakah yang dapat anda saksikan dan lalui? Sudah pasti, anda mendapati bahawa kos sara hidup sentiasa meningkat. Subsidi dari kerajaan untuk menampung hidup rakyat semakin kempis ekoran tuntutan yang semakin pelbagai. Kos pendidikan masa depan anak-anak kian mencabar dengan bilangan biasiswa yang ada semakin kompetitif. Hubungan kekeluargaan menjadi semakin tipis ekoran kedua-dua ibu bapa perlu keluar bekerja untuk menampung sara hidup. Semua ini adalah gambaran bahawa betapa banyak kemelut sosial yang melanda masyarakat, tidak boleh dinafikan, sama ada sedikit atau banyak sememangnya berkaitan juga dengan keutuhan kewangan individu. Saya akui, saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membantu semua orang yang kesempitan dan kelemasan akibat pengurusan wang yang lemah. Namun saya perlu melakukan sesuatu untuk bangsa saya. Maka itu lahirlah buku ini sebagai satu hadiah kecil untuk bangsa saya, agar nanti akan menjadi bangsa yang bijak dalam aspek pengurusan wang. Kebijaksanaan bangsa kita bukan tidak ada, malah hal yang saya kongsikan dalam buku ini sebahagiannya adalah amalan generasi terdahulu.

Apakah teknik-teknik dalam buku ini merupakan teknik yang realistik? Sudah tentu kesemua teknik ini dicadangkan kerana ianya boleh dilaksanakan dan hanya teknik yang bersifat realistik dan praktikal sahaja akan dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Namun demikian, seperti juga bila anda menerima sesuatu rawatan pasti ada pantang larang yang perlu anda patuhi. Anggap sahaja teknik-teknik yang ditulis dalam buku ini sebagai teknik untuk membantu anda berubah dari gaya pengurusan kewangan lama

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 14: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

4

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

yang kurang bijak pada gaya pengurusan kewangan baru. Jadi sudah tentu ada pantang larang atau penyesuaian dalam gaya hidup yang perlu anda lakukan. Jika anda benar-benar mahu mengurus wang dengan lebih bijak, maka anda perlu bersedia untuk berubah.

Kalau anda pernah mengambil pil-pil tertentu, ada kalanya diberitahu bahawa akan terdapat beberapa kesan sampingan pada peringkat awal seperti sukar tidur, berpeluh, keletihan dan pelbagai lagi sebagai tanda bahawa sistem tubuh anda sedang bertindak balas dengan rawatan yang sedang diikuti. Begitu juga, apabila anda memilih untuk melaksanakan mana-mana teknik urus wang yang dikemukakan dalam buku ini. Anda akan berhadapan dengan beberapa reaksi tindak balas dari orang di sekeliling anda. Itu sudah adat dan lumrah apabila anda inginkan melakukan perubahan. Jika tindak balas yang diterima itu merupakan tindak balas yang kurang menyeronokkan seperti sindiran, penyisihan, pertanyaan bodoh dan hasutan, maka anggap sahaja semua tindakbalas itu sebagai satu cubaan. Macam skrip filem klasik – “cubaan, cubaan, cubaan.” Kalau reaksi yang anda terima adalah reaksi yang sihat dan positif seperti kata-kata perangsang, dorongan, pengorbanan, sokongan dan bantuan, maka peluang untuk anda berjaya menjadi pengurus wang sendiri dengan baik akan lebih senang dicapai. InsyaAllah. Apa pun reaksi yang bakal anda terima, bila sahaja anda mula melaksanakan mana-mana strategi pengurusan wang yang ditulis dalam buku ini, ia menuntut perubahan pada gaya hidup anda. Ia sekali gus mengundang pelbagai reaksi yang berbeza dari individu-individu dalam kehidupan anda.

Apakah teknik urus wang yang ditulis dalam buku ini merupakan teknik urus wang yang sama dengan isi kandungan buku-buku pengurusan kewangan yang lain? Sudah tentu ianya berbeza walaupun mungkin ada sedikit persamaan. Buku ini terhasil dari pengalaman saya yang terlatih dalam bidang perakaunan tetapi mempunyai pengalaman kerja merangkumi bidang perakaunan, pengauditan, pembinaan, pemasaran, pentadbiran dan pengajian tinggi. Saya juga gemar menulis tentang strategi pengurusan kos yang berkaitan dengan operasi sesebuah firma. Namun saya sedar bahawa firma mempunyai banyak pilihan untuk menguasai

Page 15: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

5

pengurusan kewangan termasuk melantik perunding profesional. Sebaliknya, sumber rujukan untuk membantu individu mengurus wang dengan cekap masih terbatas. Maka lahirlah buku ini yang sarat dengan idea berguna untuk membantu anda mengurus wang dengan lebih bijak!

Sebelum anda membaca teknik-teknik urus wang yang ditulis dalam buku ini, ada eloknya juga anda membina dahulu kepercayaan dan keyakinan bahawa urus wang adalah sesuatu amalan yang kritikal, baik, cemerlang, amanah, unggul dan hebat. Kenapa saya menulis begini? Kalau diperhatikan kehidupan di sekeliling anda, anda akan berjumpa dengan orang yang membina halangan pemikiran terhadap urus wang. Mereka menyamakan urus wang sebagai kedekut, haji bakhil, tangkai jering, keduniaan, duniawi, materialistik, berkira-kira dan bermacam lagi istilah yang negatif. Jika anda mempunyai pemikiran sebegini, maka prasyarat pertama sebelum anda terus membaca buku ini ialah BUANG SEJAUH MUNGKIN SEMUA PEMIKIRAN NEGATIF tersebut. Jika tidak, saya tidak mempunyai nasihat lain yang terbaik selain menasihatkan anda berhenti membaca di sini kerana ianya hanya akan membuang masa anda yang sangat berharga.

Sebenarnya bila anda terfikir untuk mengurus wang, anda bukanlah menjadi hamba pada wang. Sebaliknya, anda sedang bercita-cita untuk menjadi manusia yang lebih amanah terhadap

Mereka yang mempunyai masalah kewangan ibarat mereka yang hidup terpenjara dari menikmati kebebasan kehidupan.

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 16: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

6

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sebanyak mana pun wang seseorang akan ada batasnya. Tapi sebaliknya keinginan manusia hampir tidak terbatas. Kalau air laut dijadikan dakwat untuk menulis senarai kehendak seorang manusia, nescaya tujuh lautan sekalipun masih tidak akan mencukupi. Oleh kerana itulah, maka setiap individu perlu menguruskan wang yang ada supaya rezeki yang dikurniakan oleh Maha Pencipta dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba. Jika anda tidak mengurus wang dengan bijak, maka saya bimbang anda akan menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan amanah sebagai hamba di muka bumi ini. Bagi orang yang bijak mengurus wang, mereka tidak akan kedekut untuk bersedekah. Mereka juga tidak akan merasai kerugian untuk menunaikan zakat. Jika mereka mempunyai sumber rezeki yang sedikit sekalipun, mereka tetap bersyukur serta melakukan perbelanjaan dengan cara yang paling berhemah. Semasa zaman kanak-kanak dahulu, keghairahan saya dan rakan-rakan mengumpul duit raya menjadi nostalgia indah untuk saya kongsikan dengan anda. Antara pemilik rumah banglo mewah dan penghuni rumah kampung yang tidak berpagar, siapakah agaknya yang menjadi keutamaan kami? Saya biarkan anda dengan gambaran dan jawapan anda yang tersendiri.

Sebelum kita mengurus sesuatu, sangat penting untuk kita memahami sifat perkara yang akan diurus itu. Memandangkan buku ini memerihalkan tentang wang, maka perlu untuk anda mengetahui sifat-sifat wang. Apakah sifat-sifat wang? Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut tentang wang dan sebelum anda dibawa meneroka cabaran mengurus wang, biar saya betulkan dahulu kefahaman sesetengah pembaca yang mungkin sudah terbabas pada ketika ini. Wang yang dibincangkan dalam buku ini bukan sahaja merujuk pada wang fiat tetapi turut merujuk pada harta-harta yang kita miliki dan mempunyai nilai kewangan. Maksudnya, ‘wang’ yang dibincangkan dalam buku ini bermaksud tunai, simpanan di bank, hartanah, perniagaan, amanah saham, keahlian kelab dan takaful. Opppsss!! Ada pula yang berkata, ‘anak saya adalah harta saya yang terbaik’. Saya tak nafikan kata-kata sebegitu, tetapi harta yang sedang dibicarakan dalam buku ini ialah harta yang mempunyai nilai wang. Anak anda ada harga ke?

Page 17: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

7

Ada pula orang kata ‘dengan adanya wang, semua boleh jadi’. Siapa kata? Walaupun wang penting dalam hidup, tapi wang tidak menjamin hidup yang bahagia. Mengapa saya menulis begini seolah-olah wang itu tidak penting. Jika tidak penting, kenapa pula perlu menyusahkan diri membaca buku tentang pengurusan wang seperti ini. Sekali lagi, anda jangan salah faham. Saya menulis sebegini kerana saya mahu anda tahu bahawa wang bukan segala-galanya. Jika anda dapat menerima hakikat bahawa wang bukanlah segala-galanya, barulah wang boleh diuruskan. Jika anda mabuk berpandangan bahawa wang adalah segala-galanya, maka saya bimbang anda akan menjadi hamba pada wang. Seperti juga mereka yang taksub bercinta, mereka akan menjadi mabuk dan hamba pada cinta. Ketika itu, banyak hal yang tidak rasional akan cuba dirasionalkan. Kalau sudah mabuk, mana mungkin wang akan dapat diuruskan. Jadi pada saat ini, anda perlu betulkan tanggapan anda, dan sedarlah bahawa wang sebenarnya bukan segala-galanya. Sebaliknya, kita yang perlu mengurus wang untuk menentukan cara wang dapat berbakti pada kita. Kita adalah tuan, wang adalah hamba!

Ada juga orang berkata, ‘wang boleh menjadikan kita dihormati’. Siapa kata? Wang tidak mempunyai kuasa untuk menjadikan kita dihormati. Tak percaya? Cuba anda imbas kembali tentang orang-orang yang sangat anda hormati. Adakah anda menghormati mereka hanya semata-mata kerana mereka mempunyai wang? Saya rasa tidak, melainkanlah anda meletakkan wang di tempat yang tertinggi dalam hierarki nilai kehidupan dan kemanusiaan. Sebagai Muslim, kita tidak menyanjung tinggi orang yang berwang tetapi kita mengagumi mereka yang berwang dan pemurah terhadap perjuangan agama, kebajikan ummah dan kesejahteraan alam. Kita tidak mengurus wang kerana kita ingin dilihat berwang. Sebaliknya kita ingin mengurus wang kerana wang hanyalah instrumen yang diperlukan dalam kehidupan. Apabila anda belajar menguasai teknik mengurus wang, jangan pula seluruh kehidupan anda ditumpukan untuk mengurus wang. Anda ada macam-macam dalam hidup ini, bukan? Jadi sudah tentu tidak berbaloi untuk anda gunakan 24 jam sehari hanya untuk berfikir tentang wang. Sebaliknya, kita urus wang kerana kita ingin tidur nyenyak untuk 8 jam sehari. Dengan masalah kewangan yang parah, bukan sahaja kenyenyakan dan waktu tidur

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 18: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

8

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

terjejas tetapi tempat tidur juga berpindah randah. Ramai orang yang berpindah randah bukan kerana mencari tanah subur seperti zaman dahulu kala, tapi berpindah randah kerana dikejar along!

Ada juga orang berkata ‘wang boleh menyebabkan manusia menjadi jahat iaitu merompak, mencuri, rasuah, bergaduh, berebut pusaka dan sebagainya’. Siapa kata? Sebenarnya bukan wang yang menjadikan manusia rakus dan tidak berperikemanusiaan, tetapi manusia yang memuja wang. Manusia yang tidak berwang tidak perlulah memilih untuk mencuri atau merompak. Sebaliknya, wang patut menjadi motivasi untuk seseorang manusia bekerja dan berusaha dengan lebih gigih. Pernahkah kita mengajar anak kita, “Kalau hang nak kaya, hang pi mencuri?” Itu nasihat yang merosakkan namanya. Sebaliknya kita akan menasihati anak kita “Kalau hang nak berjaya dalam hidup, serta bergaji baik maka belajarlah bersungguh-sungguh.” Jadi wang sebenarnya patut menjadi perangsang motivasi kepada manusia untuk mengejar kebaikan dan kecemerlangan.

Hanya mereka yang sememangnya rosak hati, akal dan iman sahaja yang akan terdorong ke arah melakukan kejahatan hanya kerana tergila-gilakan wang. Mereka menjadi jahat bukan kerana wang yang menjadikan mereka begitu, tapi mereka menjadi jahat kerana mereka dungu tentang hakikat bahawa wang boleh dicari dan diusahakan melalui banyak jalan yang terpuji. Andai kata mereka tahu, sedar dan faham bahawa teknik urus wang dapat mengajar mereka tentang cara mengurus wang sudah tentu mereka tidak akan memilih jalan pintas ke neraka dengan melakukan kejahatan seperti menyamun, merompak, mencuri, mengkhianati, rasuah, pecah amanah dan pelbagai macam lagi. Dunia ini sudah penuh dengan kejahatan yang menjengkelkan dan tidak perlu lagi ditambah! Jadi sebenarnya, mempelajari teknik urus wang bukan sahaja dapat membantu anda untuk hidup lebih terancang tetapi juga dapat mencegah anda dari terjerumus ke dalam aktiviti yang hina. Menarik bukan? Jadi teruskanlah membaca buku ini.

Ada juga orang berkata “bila aku banyak wang, aku akan melaburlah.” Benarkah begitu? Kalau anda sememangnya sudah banyak wang, maka tidak perlulah anda bersusah payah lagi untuk

Page 19: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

9

melabur. Tahukah anda bahawa mereka yang melabur adalah mereka yang inginkan keuntungan? Dalam kata lain, mereka inginkan wang. Kalau mereka inginkan wang lagi, bukankah itu bererti bahawa mereka belum banyak wang! Jadi kalau anda berfikir untuk melabur hanya bila anda ada banyak wang, maka lupakanlah sahaja kerana saat dan detik itu tidak akan pernah tiba. Sebaliknya jika anda ingin melabur, anda mesti mula melabur dari sekarang iaitu dari saat anda belum ada banyak wang. Untuk mula melabur, anda tidak perlu membeli hartanah yang bernilai jutaan ringgit. Untuk mula melabur juga, anda tidak perlu memulakannya di pasaran saham. Banyak pilihan yang ada untuk anda mula melabur dan anda akan mengetahui jika anda terus membaca buku ini. Ketika buku ini mula berada di pasaran, saya sebenarnya sedang menyiapkan manuskrip buku yang bertajuk ‘Pilihan Pelaburan Untuk Individu Bijak’. Semoga buku ini juga akan menjadi sebahagian koleksi anda pada masa akan datang.

Ada juga orang yang berkata “susahlah nak melabur, aku tak pandai bahasa Inggeris.” Kenapalah mereka jadi begitu? Mereka masih dijajah agaknya ataupun mereka hidup di zaman penjajahan. Tak ada mana-mana cerdik pandai pun yang pernah mengemukakan teori bahawa kemahiran bahasa dapat menjamin pelabur menikmati untung. Pokoknya bukan bahasa tetapi ilmu tentang hal yang anda

Merekod pendapatan dan perbelanjaan adalah asas pada pengurusan kewangan yang baik. Tanpa rekod, yang baik, sukar

untuk anda melakukan .perancangan kewangan.

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 20: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

10

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

lakukan dengan wang anda. Tidak kiralah dalam bahasa apa pun, yang penting anda arif tentang pengurusan wang yang anda lakukan. Kalau anda dapati banyak sumber dalam bahasa asing dan anda tidak dapat menguasainya, anda jangan sesekali rasa terkebelakang. Banyak buku tentang pengurusan wang yang ditulis dalam bahasa ibunda. Malah jangan sesekali anda beranggapan bahawa semua buku yang ditulis dalam bahasa asing itu hebat, bagus dan baik. Ada kalanya apa yang ditulis itu jauh dari realiti kehidupan masyarakat kita!

Kalau anda mempunyai kawan yang sedang tercari-cari sumber bacaan tentang pengurusan wang dalam bahasa ibunda, jangan lupa cadangkan buku ini kepada mereka. Kalaupun anda masih ingin mendalami sesuatu aspek tentang pengurusan wang dalam bahasa asing, itu sudah cukup bagus. Sekurang-kurangnya kerana ingin menguasai wang, anda dapat menguasai satu lagi bahasa. Teruskan usaha anda kerana lagi banyak kemahiran bahasa yang anda kuasai, maka semakin besar potensi untuk anda mengurus wang. Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa hanya kita yang memanggil wang itu sebagai ‘wang’ atau ‘RM’ atau ‘duit’ atau ‘pitis’ tetapi di tempat lain, berbeza pula panggilan mereka.

Tidak kurang juga ada orang berkata “Gaji hang banyak, bolehlah pakai kereta mewah.” Sesetengah orang sering mengaitkan bahawa pendapatan adalah untuk dibelanjakan. Hanya segelintir orang yang apabila mereka membincangkan tentang pendapatan, mereka akan membincangkan pula tentang pelaburan. Kalaupun mereka membincangkan tentang pelaburan, mereka tidak terlepas mengaitkannya dengan perbelanjaan. Misalnya, mungkin ada kawan anda yang berkata “Banyaknya kau melabur, nanti dapat dividen bolehlah tukar rim kereta baru.” Mereka jarang sekali mengaitkan pendapatan dengan penjanaan pendapatan. Dalam kata lain, membelanjakan wang lebih kerap dibincangkan dan dipraktikkan berbanding dengan usaha mendapatkan wang yang lebih banyak diangan-angankan. Dalam bahasa yang mudah, banyak orang berangan untuk jadi kaya tapi tidak melakukan sesuatu serta hidup seperti orang yang mahu jadi kaya. Sedang pada masa yang sama, banyak orang berangan untuk memiliki sesuatu yang mahal atau

Page 21: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

11

mewah dan terus pula berbelanja bila sahaja poket terasa tebal.

Mereka kadang-kadang langsung tidak menyebut tentang bagaimana untung pelaburan harus dilaburkan kembali untuk menjana keuntungan baru. Saya tidak mahu memperkecil dan merendah-rendahkan corak pemikiran pengurusan kewangan yang sedemikian, namun itulah agaknya yang membezakan corak pemikiran pengurusan kewangan antara seorang yang makan gaji dan seorang usahawan.

Bagi seorang yang makan gaji, pendapatan seolah-olah sesuatu yang hampir pasti pada mereka terutama kepada kakitangan sektor awam. Pada mereka jika sudah kehabisan duit, hujung bulan mereka akan mendapatnya lagi. Maka itu corak pemikiran pengurusan kewangan mereka tidak terlalu serius serta tidak mengambil kira akan kemungkinan berlakunya peristiwa di luar jangkaan. Mereka seolah-olah selesa bahawa pendapatan mereka akan sentiasa berterusan. Saya pernah membaca satu luahan oleh seorang kakitangan yang menyalahkan pihak majikan kerana membayar gaji kepada mereka pada tarikh lebih awal sempena sambutan perayaan. Mengikut luahan yang disiarkan di sebuah akhbar perdana itu, beliau telah kehabisan wang gaji dan terpaksa menanggung perit untuk menunggu gaji bulan seterusnya. Sebagai reaksi terhadap luahan itu, ada pembaca lain yang menyatakan bahawa luahan sedemikian adalah sangat mendukacitakan. Sememangnya seorang dewasa perlu berbelanja mengikut keperluan dan bukannya berbelanja mengikut pujukan nafsu. Walaupun wang gaji dibayar lebih awal, wajarkah ia dihabiskan lebih awal?

Kisah-kisah kehidupan ahli masyarakat seperti ini memberikan saya dorongan yang bukan sedikit untuk menghasilkan karya tentang perlunya pengurusan kewangan. Memang kudrat dan ilmu yang ada sangat terbatas untuk saya mengetuk pintu hati setiap rakyat Malaysia, tapi sekurang-kurangnya buku ini dapat menjadi medium penting untuk saya berkongsi pandangan dan ilmu yang sangat sedikit ini. Kalau ilmu yang saya kuasai diibarat sebagai air di dalam gelas, ia pasti tidak kelihatan dengan pandangan mata tetapi akan terasa basah juga buat tekak yang kehausan.

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 22: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

12

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Berbeza dengan golongan pekerja yang bergaji tetap, pengurusan kewangan seseorang usahawan tidak boleh dicorakkan berdasarkan pendapatan yang pasti. Bagi sesebuah perniagaan, prestasi keuntungan sememangnya ada waktu pasang dan surut. Sekali gus, pendapatan usahawan juga ada naik dan turunnya. Malah cita-cita seorang usahawan ialah sentiasa mahu mengembangkan empayar perniagaan sebesar mungkin dan untuk mencapai cita-cita ini, seorang usahawan memerlukan modal. Salah satu sumber modal ialah keuntungan yang dijana sama ada keuntungan sekarang atau rezab keuntungan masa lepas yang belum digunakan. Dalam perkataan lain, tidak semua keuntungan yang dinikmati oleh seseorang usahawan itu boleh dibelanjakan untuk kepentingan peribadi. Sebaliknya mereka perlu memikirkan tentang penggunaan dana yang ada untuk perkembangan dan kemajuan perniagaan yang dikendalikan.

Namun demikian, tidak semua individu yang makan gaji mempunyai tingkahlaku ‘belanja gaji sampai habis’. Saya tidak berniat memandang rendah pada keupayaan golongan yang makan gaji. Kata kunci yang cuba saya kongsikan di sini ialah corak pemikiran dan tingkah laku anda boleh mempengaruhi corak perbelanjaan yang akan dilakukan. Corak pemikiran pula bukan sahaja bergantung pada jenis pekerjaan masing-masing. Sememangnya corak pemikiran dipengaruhi oleh banyak faktor lain seperti rakan-rakan, pengalaman, pendidikan, persekitaran dan matlamat hidup. Maka tidak hairanlah jika ada orang yang mempercayai bahawa untuk nampak berjaya dalam hidup, mereka perlu mempunyai gaya hidup yang bercita rasa mewah dan mahal. Terdapat pula mereka yang berwang melimpah ruah tapi masih memilih untuk menghirup kopi bersama ubi rebus sebagai santapan hujung minggu, ketika orang lain pula memenuhi kedai kopi gaya urban sambil meleret kad kredit yang sudah hampir mencecah paras kredit! Isu pokoknya di sini, anda boleh sahaja memilih gaya hidup yang anda gemari (jangan salah faham, saya tidak menentang pilihan anda). Cuma buku ini sedang mengajak anda mengurus wang dan mengurus kehidupan. Selagi kehidupan dan wang anda terurus, tidak ada salahnya sesekali menikmati sisi hidup yang berbeza.

Page 23: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

13

Seterusnya anda lihat pula fungsi wang dalam kehidupan mengikut fasa kehidupan yang berbeza. Ketika masih kecil, kita tidak memerlukan wang. Pada ketika itu, kanak-kanak kecil hanya melihat wang sama seperti kertas atau alat permainan lain. Jika diberi wang, ada kalanya anak kecil memasukkan sahaja wang ke dalam mulut. Bukan kerana wang tidak bernilai, tapi kerana anak kecil tidak mengetahui dan memahami nilai wang. Bila kanak-kanak sudah tahu berkehendakkan sesuatu, mereka juga tidak mahukan wang. Jika mereka menunjukkan kepada anda bahawa mereka berkehendakkan sesuatu alat permainan, maka itu yang mereka mahukan. Jika pun anda menggantikan alat permainan tersebut dengan wang yang berganda, anak kecil tetap mahukan alat permainan yang disukai berbanding dengan wang. Kenapa begitu?

Ini bukan kerana wang tidak bernilai, malah mereka sudah mengetahui bahawa wang itu bernilai untuk membeli barang yang diminati. Tapi pada ketika ini, mereka hanya melihat wang untuk membeli barang yang diminati dan bukan barang lain, sebab itu mereka tidak memerlukan wang yang berlebihan. Mereka hanya perlukan wang bilamana mereka mempunyai sesuatu hajat yang ingin dipenuhi. Sebaliknya, mereka tidak berhajat hanya kerana memiliki wang. Sifat kanak-kanak ini sudah tentu berbeza dengan sifat sebahagian dari kita yang dewasa. Pada sesetengah orang, dengan wang semua boleh jadi. Mereka berbelanja bukan kerana mereka perlu berbelanja tapi mereka berbelanja kerana mereka ada wang. Apa signifikannya untuk kita bandingkan antara wang pada kaca mata anak kecil dan wang pada kaca mata orang dewasa? Sudah tentu moral yang disampaikan di sini ialah hal yang meletakkan wang itu bernilai adalah manusia dan bukannya wang itu sendiri. Dalam kata lain, ini menunjukkan bahawa wang sememangnya berada di bawah jajah takluk manusia untuk mengawalnya.

Kita lihat pula wang pada pandangan mereka yang bergelar remaja. Kepada remaja, mereka mempunyai banyak minat. Maka mereka menggunakan wang untuk memenuhi kehendak mereka. Pada ketika itu, mereka tidak berfikir pun untuk melabur atau membeli aset kerana pada mereka setelah berpenat lelah dan berhempas pulas mencari wang, maka kenapa perlu berkira untuk berbelanja. Begitu

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 24: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

14

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

juga dengan kebanyakan remaja yang baru bekerja, simpanan pada mereka bukanlah menjadi satu keutamaan. Pada ketika baru bekerja, memang sukar untuk menyimpan wang. Pada masa inilah mereka berasa seronok kerana dapat berbelanja dengan menggunakan wang sendiri dan memegang kad kredit. Pada mereka, mereka telah lama berkira-kira untuk menukar fesyen atau berbelanja dengan sedikit mewah pada zaman bergelar seorang pelajar kerana sumber wang yang dimiliki pada masa itu adalah sangat terhad. Maka, apabila mereka mula bekerja, mereka tidak memberi perhatian serius untuk melabur. Kalaupun ada simpanan pada ketika ini, simpanan hanyalah dalam bentuk caruman KWSP dan simpanan di bank. Keadaan akan mula beransur berubah bilamana usia meningkat belia. Mereka akan mula berfikir untuk menabung dan melabur dengan lebih serius. Tidak kiralah sama ada mereka berkeluarga atau belum, kewangan mula menjadi agenda hidup yang serius pada kebanyakan individu yang meningkat belia. Kenapa hal ini berlaku?

Mungkin inilah masa ketika mereka mula berfikir secara serius tentang aspek pengurusan kewangan. Selepas tiga hingga lima tahun mereka membayar ansuran kereta, baru mereka menyedari bahawa membeli kereta bukanlah satu ‘pelaburan’ tapi merupakan satu perbelanjaan. Walaupun ianya merupakan aset tetapi nilainya akan menjadi skrap selepas sekian tahun, paling lama pun 15 tahun. Aset yang berlaku susut nilai bukan sahaja melibatkan kereta tetapi juga meliputi aset lain seperti kelengkapan rumah, peralatan komputer, peralatan elektronik dan segala aksesori yang anda miliki seperti telefon dan pakaian. Kadar susut nilainya berbeza antara satu sama lain. Ada barangan yang terus susut nilainya sebaik sahaja barangan itu dibeli.

Saya mempunyai seorang kawan yang amat teruja untuk memiliki kereta baru. Kali pertama melawat bilik pameran kereta, semua kereta nampak cantik di mata beliau. Tanpa berfikir panjang, beliau terus bersetuju untuk membeli kereta berwarna kuning. Dengan penuh kegembiraan, kawan saya pun pulang ke rumah. Beliau tidak memberi tahu mana-mana ahli keluarga tentang pembelian kereta tersebut kerana kononnya beliau mahu menjadikan peristiwa membeli kereta sebagai satu pengumuman yang mengejutkan. Akhirnya

Page 25: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

15

apabila sampai masa kereta itu dibawa pulang, memang perkara yang mengejutkan berlaku. Apa yang berlaku? Tidak ada seorang pun ahli keluarga yang menyukai pilihan warna kuning yang dibuat dan ini telah mengecewakan kawan saya. Beliau pun bercadang untuk menukar kereta tersebut dengan warna lain pada hari yang sama. Apa yang berlaku? Apa kos yang terpaksa ditanggung?

Sudah tentu menukar kereta itu tidak semudah menukar alas kaki. Sudah tentu juga, kawan saya terpaksa menanggung kerugian kerana harganya sudah jatuh dan tidak dianggap lagi sebagai kereta baru tapi sudah terekod sebagai kereta terpakai. Tidak kiralah berapa jam, hari, minggu atau bulan kereta itu sudah dipakai, ia tetap bernama kereta terpakai. Jadi nasihat saya kepada anda, berhati-hatilah ketika anda membuat keputusan untuk membeli terutama keputusan pembelian yang melibatkan barangan yang bernilai tinggi serta barangan yang mempunyai kadar susut nilai yang tinggi.

Begitu juga, jika anda ingin membeli sesuatu barangan, anda jangan sekadar berpuas hati dan gelap mata dengan model yang dipamerkan. Anda perlu meneliti spesifikasi produk yang ingin dibeli kerana lazimnya penjual telah menambah aksesori tertentu supaya model produk yang dipamerkan itu kelihatan mengujakan anda. Bukan sedikit dari kalangan kita yang tersilau memandang model, tetapi apabila mendapat produk yang sebenar terpaksa pula menangis tak berlagu! Selalunya keadaan ini menimpa mereka yang membeli rumah, kereta atau produk-produk besar lain termasuklah pakej pelancongan. Tidak salah teruja untuk memiliki sesuatu yang baru, tapi jangan sampai keterujaan itu memenatkan kewangan anda di kemudian hari.

Setiap kali anda ingin membuat keputusan untuk pembelian barangan yang bernilai tinggi, ada baiknya anda mendapatkan dahulu panduan dari mereka yang arif dan melakukan sembahyang istikharah sebagai bekalan untuk mendapat panduan. Jika anda berhadapan dengan jurujual, maka anda tarik nafas dalam-dalam dan lepas, ulang tarik-lepas nafas ini untuk tiga kali sebelum anda membuat keputusan. Jangan cepat melatah dengan cerita dogeng penjual yang mengatakan, ini sudah stok yang terakhir! Kalau anda

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 26: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

16

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

ingin mengetahui sama ada betul atau tidak bahawa stok yang ditawarkan itu memang stok yang terakhir, cuba anda memberitahu jurujual itu sebegini, “Ada satu sahaja?, saya bercadang nak beli dua, satu untuk hadiah pada ibu saya, kalau satu saja yang ada, maka sukarlah untuk saya membuat keputusan!” Cuba anda perhatikan reaksi yang ditunjukkan oleh jurujual itu. Selalunya peniaga yang bijak, tidak akan sama sekali mengatakan barangan sudah habis kalau ada pelanggan yang mahu membeli. Yang selalunya memberitahu anda bahawa stok yang ingin dibeli sudah kehabisan adalah pekerja!

Ramai juga orang yang mula terfikir tentang pengurusan wang setelah sekian lama menyewa rumah. Mereka akan mula terfikir bahawa daripada mereka membayar sewa rumah setiap bulan kepada tuan rumah, ada baiknya jika memiliki rumah dan membayar ansuran pada bank. Namun, saya ingin berkongsi dengan anda bahawa isu membeli atau menyewa rumah bukan setakat isu tentang bayar sewa atau bayar pinjaman. Sebaliknya ia melibatkan banyak lagi persoalan yang perlu anda fikirkan seperti berikut :

• Adakah anda sudah mendapat rumah di lokasi yang sesuai?

• Adakah anda mampu menyediakan bayaran deposit yang diperlukan?

• Adakah anda mampu membayar ansuran pinjaman setiap bulan?

• Adakah kadar sewa yang anda tanggung membebankan?

• Adakah anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar kos guaman dan kos pemprosesan lain?

• Adakah pemaju menawarkan apa-apa insentif penjimatan kos?

• Apakah alternatif pinjaman perumahan yang anda miliki, pinjaman melalui bank atau pinjaman melalui majikan?

Page 27: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

17

• Apakah Akaun 2 simpanan KWSP anda cukup untuk menanggung kos awal pembelian rumah?

• Adakah rumah yang disewa akan dinaikkan kadarnya?

• Apakah umur anda sekarang menjadikan anda mesti membeli rumah dengan segera?

• Apakah anda mempunyai perancangan untuk bertukar kerja?

• Apakah kadar pertumbuhan nilai hartanah di lokasi yang ingin dibeli?

• Apakah pilihan jenis perumahan yang paling sesuai dengan matlamat pemilikan rumah anda?

Sebenarnya topik tentang pemilikan hartanah ini adalah satu topik yang menarik kerana saya berpandangan bahawa banyak dari kalangan pembaca buku ini sama ada telah atau akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah. Tapi saya tidak bercadang untuk membincangkan soal ini secara mendalam dalam buku ini kerana tujuan buku ini bukan secara khusus membicarakan topik ini sahaja. Jika banyak permintaan di luar sana untuk saya menulis buku tentang hal ini, mungkin anda boleh sama-sama mengharap

Memiliki kediaman sendiri tanpa mengira harga dan jenis merupakan idaman kebanyakan orang. Kediaman adalah asas

untuk sebuah kehidupan yang perlu dipenuhi

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 28: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

18

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

dan menanti saya melahirkan pula buku ‘Tip Membeli Hartanah’.

Segala persoalan-persoalan di atas, bukan sekadar persoalan-persoalan yang perlu difikirkan ketika anda membeli rumah. Selain persoalan di atas, banyak lagi persoalan yang tidak boleh dipinggirkan meliputi aspek profil pemaju, bank pembiaya, maklumat projek, daya maju lokasi, kejiranan, harga yang ditawarkan, pakej yang disediakan dan bermacam-macam lagi. Namun untuk buku ini, saya akan menyentuh beberapa persoalan yang mempunyai kaitan langsung dengan aspek pengurusan wang bila anda membuat keputusan untuk membeli rumah.

• Pertama

Isu pertama tentang pembelian rumah ialah sama ada ianya melibatkan pembelian rumah baru dari pemaju atau rumah sedia ada dari tuan rumah atau ejen. Bagi rumah baru, kos pemilikan (tidak termasuk harga rumah) yang bakal anda tanggung adalah berbeza-beza antara pemaju. Ada pemaju yang tidak menawarkan sebarang insentif untuk pembeli. Ini bermakna anda perlu membayar 10% deposit serta menanggung kos guaman untuk perjanjian jual beli dan juga kos-kos pinjaman yang lain. Ada pemaju yang menawarkan diskaun 5% deposit sahaja. Tawaran yang lebih menarik ialah jika anda diberi kombinasi tawaran yang meliputi bayaran deposit sebanyak 5%, semua kos guaman dan pindah milik ditanggung oleh pemaju serta anda diberikan pinjaman pada kadar 0% semasa rumah dalam pembinaan. Ini bermaksud anda hanya perlu menyediakan 5% dan akan mula membayar ansuran pinjaman selepas rumah itu siap atau selepas 12 hingga 14 bulan daripada masa wang dibayar oleh pihak bank kepada pemaju pada pertama kali. Bagi pembeli bumiputera pula, anda biasanya berhak mendapat diskaun 5% berbanding harga yang diiklankan. Malahan untuk rumah yang bernilai tinggi, pemaju mungkin memberikan anda diskaun sehingga 7%. Jadi jumlah wang yang anda perlukan pada peringkat awal urusan jual beli rumah adalah bergantung pada faktor-faktor di atas.

Page 29: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

19

Sering kali, terdapat banyak dalam kalangan kita yang berhasrat untuk membeli rumah tetapi malangnya tidak mempunyai tabungan yang mencukupi untuk membayar deposit sebanyak 10% tersebut. Apa yang boleh anda lakukan jika situasi ini yang sedang melanda anda? Jika wang yang anda miliki tidak mencukupi untuk membayar deposit sebanyak 10% yang dikenakan, maka bolehlah wang deposit tersebut dikeluarkan dari simpanan dalam Akaun 2 di KWSP. Walaupun simpanan dalam Akaun 2 di KWSP boleh digunakan untuk membayar deposit pembelian rumah, tapi saya menasihati anda jangan ‘mengganggu’ duit simpanan di KWSP melainkan anda langsung tidak mempunyai alternatif lain.

Jika anda tidak mempunyai wang simpanan sendiri, manakala wang dalam Akaun 2 di simpanan KWSP juga tidak mencukupi, saya cadangkan supaya anda meminjam dari saudara-mara atau rakan-rakan untuk tempoh yang sekejap. Hal ini penting kerana keputusan untuk membeli dan pembayaran deposit untuk memiliki kediaman yang baik dari segi lokasi, kualiti dan harga biasanya perlu dibuat segera ekoran penawaran kediaman yang mempunyai ciri-ciri sedemikian di pasaran mungkin sangat terhad. Dengan permintaan yang tinggi terhadap kediaman yang mempunyai kualiti sebegini, maka anda tidak boleh menunggu lama untuk mengambil keputusan membeli. Selain itu pilihan lain yang ada termasuklah membuat gadaian emas di kedai pajak gadai Islam. Berapakah kos gadaian yang perlu anda tanggung? Mengapa pilihan untuk gadaian itu lebih baik dari pinjaman peribadi?

Pengeluaran wang dari Akaun 2 KWSP

Syarat pengeluaran wang dari Akaun 2 di KWSP untuk membeli rumah

Syarat permohonan :

1. Membeli sebuah rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui.

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 30: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

20

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

- Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah BAFIA 1989.

- Kerajaan pusat /negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan.

- Majikan ahli.- Koperasi/syarikat kerjasama yang berlesen.- Syarikat insurans berlesen yang diluluskan oleh

Bank Negara Malaysia.- Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP

ATAU3. Pembelian secara tunai.

4. Surat Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani dalam tempoh tidak melebihi 3 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

5. Anda tidak pernah membuat pengeluaran perumahan.

6. Anda ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada bank yang dibenarkan oleh KWSP.

7. Anda membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak (tarikh perjanjian beli tanah dan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (www.kwsp.gov.my) Diakses pada 3 Jun 2010

Pengeluaran Wang dari Akaun 2 KWSP

Anda tidak layak memohon pengeluaran wang dari Akaun 2 KWSP untuk pembelian rumah sekiranya :

- Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.- Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-

kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.- Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.- Mengambil pinjaman berbentuk overdraf.- Membeli rumah ketiga.

Page 31: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

21

- Membeli rumah di luar negara.

Amaun yang boleh dikeluarkan ialah sama ada :

1. Amaun perbezaan antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau SEMUA simpanan dalam Akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM500

2. 10% dari harga rumah atau SEMUA simpanan dalam Akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM500 (pinjaman perumahan 100%)

3. Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah atau SEMUA simpanan dalam Akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM500 (jika pembelian rumah secara tunai)

(tertakluk pada syarat-syarat tertentu, sila rujuk KWSP untuk maklumat lanjut)

Bayaran akan dikredit terus ke dalam akaun ahli tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (www.kwsp.gov.my) Diakses pada 3 Jun 2010

Berikut adalah maklumat tentang gadaian secara Islam yang diperoleh daripada laman sesawang yang berkaitan.

Perkhidmatan Gadaian oleh Permodalan Kelantan Berhad.

• Perkhidmatan gadaian terbuka kepada semua pemastautin yang berumur 18 tahun dan ke atas.

• Nilai gadaian diberi sehingga 60% daripada nilai barang gadaian (Marhun).

• Hanya barang kemas yang diterima sebagai barang gadaian.

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 32: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

22

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

• Gadaian dikira sah dan sempurna setelah penggadai dan pemegang gadaian serta saksi menandatangani surat gadaian sebagai tanda setuju dengan terma-terma yang dikenakan.

• Tempoh gadaian adalah selama 6 bulan. Kedua-dua pihak dengan persetujuan bersama boleh melanjutkan tempoh sehingga 6 bulan lagi.

• Kadar upah gadaian adalah seperti berikut :

Nilai marhun Kadar upah bulanan untuk setiap RM100

RM1 hingga RM400 RM0.60

RM401 hingga RM2000 RM0.85

RM2001 ke atas RM0.95

Sumber: Sistem Gadaian Islam Ar-rahnu (www.pkb.net.my). Diakses pada 3 Jun 2010

Perkhidmatan gadaian oleh Agro Bank.

• Perkhidmatan gadaian terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas.

• Penggadai mestilah waras, tidak muflis dan mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

• Penggadai yang menjalankan perniagaan gadaian / kedai emas tidak dibenarkan membuat gadaian.

• Gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh masa 3 bulan (lanjutan 1) dan 2 bulan (lanjutan 2) tertakluk pada syarat tertentu.

• Kadar upah gadaian adalah seperti berikut :

Page 33: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

23

Margin pinjaman Kadar upah simpan

50% ke bawah RM0.50/100

50.1% hingga 60% RM0.60/100

60.1% hingga 70% RM0.75/100

Petikan sebahagian maklumat di www.agrobank.com.my/ar-rahnu. Tarikh akses ialah 3 Jun 2010

Perkhidmatan gadaian oleh Bank Rakyat.

• Perkhidmatan gadaian terbuka kepada semua warganegara dan bukan warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas.

• Gadaian mestilah emas 18K hingga 24K.

• Penggadai mestilah tidak muflis.

• Margin pinjaman ialah 70% sahaja dari nilai barang gadaian (Marhun)

• Gadaian tidak boleh melebihi RM10,000 sehari atau tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul.

• Tempoh gadaian ialah 6 bulan dan lanjutan 6 bulan tertakluk pada pada syarat tertentu.

• Kadar upah gadaian adalah seperti berikut :

Jenis skim- Ar-rahnu

Margin pinjaman Kadar upah simpan

RM100 hingga RM1,000 RM0.65

RM1,001 hingga RM10,000 RM0.75

Jenis skim Az-Zahab

RM10,001 hingga RM100,000 RM0.75

Petikan sebahagian maklumat di www.bankrakyat.com.my/ar-rahnu. Tarikh akses ialah 3 Jun 2010

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 34: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

24

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Saya tidak menentang (inikan hak dan pilihan masing-masing!) jika anda memutuskan untuk membuat pinjaman peribadi bagi menanggung bayaran deposit sebanyak 10% untuk membeli kediaman. Cuba anda renung dan amati dengan jujur kemampuan kewangan anda. Kos faedah yang dikenakan untuk pinjaman peribadi agak membebankan. Namun demikian, jika anda mempunyai simpanan yang kurang cair dan anda perlukan wang yang cepat untuk membayar deposit, maka anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membuat pinjaman peribadi. Setelah simpanan atau harta anda yang kurang cair itu sudah ditukar ke bentuk tunai maka segeralah menjelaskan pinjaman peribadi. Antara aset yang kurang cair yang anda miliki mungkin merupakan tanah, rumah sedia ada, kenderaan atau saham. Tapi pinjaman peribadi jarang dilakukan oleh mereka yang dapat mengurus kewangan dengan baik! Jika anda tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa membuat pinjaman peribadi, itu sudah menggambarkan ada sesuatu yang perlu disemak dan dilakukan terhadap pengurusan kewangan anda.

Nasihat saya kepada anda, jika anda belum mempunyai sebarang sumber dana termasuk aset kurang cair, anda jangan sesekali pula mengambil pinjaman dari along atau mengeluarkan tunai dengan menggunakan kad kredit untuk membayar deposit bagi membeli rumah kediaman. Tapi kadangkala, lubuk emas datang tak siapa yang tahu. Jika anda ditawarkan rumah yang mempunyai nilai pasaran RM1 juta pada harga RM500,000 maka bolehlah anda mempertimbangkan untuk berhutang membayar deposit 10% yang pertama. Jika tidak, nasihat saya ialah sematkan dalam hati bahawa anda ingin membeli rumah dalam masa yang tertentu dari sekarang. Jadi anda perlu mula menyimpan dengan penuh disiplin untuk mendapatkan jumlah terkumpul 10% tersebut. Namun perlu diingat bahawa kos permulaan sebenar untuk membeli kediaman baru adalah melebihi 10%. Untuk keselesaan, anda perlu mempunyai tabungan sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah yang ingin dibeli.

Selain itu jika anda membeli rumah siap sedia ada, sama ada dari pemilik rumah atau ejen, anda sebenarnya tidak perlu mengeluarkan sehingga 10% bayaran deposit. Namun demikian, berbanding dengan

Page 35: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

25

membeli rumah baru dari pemaju, membeli rumah sedia ada dari pemilik atau ejen tidak berdaftar mempunyai risiko yang lebih besar untuk anda ditipu. Maka anda perlu berhati-hati ketika berurusan untuk membeli rumah sedia ada. Walaupun anda berkehendakkan sesuatu rumah, jangan sesekali anda menunjukkan anda berada dalam posisi terdesak. Jika sikap sebegini tertonjol, ia akan mendorong penjual untuk menekan anda supaya bersetuju dengan harga dan syarat yang dikenakan. Anda perlu sentiasa bertenang semasa melakukan urusan pembelian rumah. Jangan terlalu gopoh kerana sikap gopoh hanya akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya tidak mudah untuk seseorang pemilik mendapatkan pembeli. Jadi kalau ada penjual atau ejen memberitahu anda bahawa sudah banyak orang yang datang melihat rumah dan menunjukkan minat, anda lupakan sahaja hal itu. Ianya tidak lebih dari sekadar tindakan untuk mempengaruhi emosi dan psikologi anda serta cara halus yang dilakukan oleh tuan rumah atau ejen ke arah mendesak anda supaya bersetuju untuk membeli rumah.

Jika anda ingin membeli rumah sedia ada, cuba elakkan membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kecuali anda mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Sebagai contoh, ada orang sanggup membayar hartanah berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran kerana nilai nostalgia seperti di rumah itulah tempat kelahirannya atau rumah itu asalnya milik keluarga yang terpaksa dijual pada suatu ketika dulu. Namun dalam keadaan biasa, anda wajar memastikan bahawa rumah yang dibeli mestilah pada harga yang sama dengan nilai pasaran. Malah lebih baik sekiranya anda dapat membeli rumah yang harganya di bawah harga pasaran. Selalunya memang terdapat banyak rumah yang dijual dalam kadar 1% hingga 5% lebih rendah dari pasaran. Jika harganya terlalu rendah dari pasaran pula, anda perlu berhati-hati kerana mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan hartanah tersebut. Anda boleh juga mempertimbangkan untuk membeli hartanah secara lelongan kerana harga yang ditawarkan biasanya adalah lebih menarik. Namun demikian, harga bukanlah faktor tunggal yang perlu dipertimbangkan ketika anda membuat keputusan untuk membeli kediaman.

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 36: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

26

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang nilai pasaran sesebuah hartanah yang ingin dibeli? Anda tidak perlu membayar untuk mendapatkan maklumat ini (walaupun anda boleh membayar jika mahu!). Anda boleh mendapatkan nilai pasaran sesebuah hartanah dengan mengunjungi mana-mana bank. Dengan menyatakan minat anda untuk membeli sesuatu hartanah dengan pembiayaan dari bank tersebut, anda bertanyalah kepada eksekutif pinjaman di bank berkenaan bahawa anda ingin mengetahui tentang jumlah pinjaman yang boleh diluluskan. Eksekutif bank seterusnya akan meminta maklumat seperti alamat rumah, status tanah, jenis binaan rumah, pengubahsuaian rumah dan keadaan rumah secara umum. Pihak bank kemudian akan memberitahu anda tentang nilai rumah tersebut dan berapa jumlah pinjaman yang boleh diluluskan.

Jika anda mendapat tawaran yang menarik seperti harga yang lebih rendah dari pasaran, anda mungkin tidak perlu mengeluarkan duit dari poket anda untuk membayar deposit sekiranya nilai rumah tersebut kurang 90% daripada harga pasaran. Ini kerana pinjaman yang diberikan oleh bank kepada anda, secara umumnya adalah sehingga 90% dari nilai rumah.

• Kedua

Bilakah umur yang paling sesuai untuk memiliki kediaman? Patutkah anda membeli kediaman sebaik sahaja anda mula berkerjaya? Soalan-soalan ini merupakan antara soalan yang kerap ditanya oleh rakan-rakan atau merupakan soalan yang sering bermain di minda kebanyakan pembeli rumah pada pertama kali. Saya nasihatkan kepada anda jangan tergesa-gesa membeli kediaman (nasihat ini dengan andaian anda baru tamat universiti dan mula bekerja pada umur 23 tahun). Jika anda ingin membeli kediaman, ada baiknya jika anda mengambil masa untuk menyelidiki pasaran. Melalui pendekatan ini, sekurang-kurangnya anda akan mendapat maklumat tentang perkara-perkara asas seperti siapa pemaju yang ada dalam pasaran, bagaimana harga hartanah di lokasi tertentu, apa keperluan untuk memohon pinjaman, apa prosedur yang perlu untuk urusan jual beli rumah dan apa kos-kos yang perlu ditanggung

Page 37: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

27

untuk membeli rumah. Sekiranya anda telah mendapat kerja yang diidamkan dan langsung tidak terfikir untuk bertukar kerjaya pada masa hadapan (tidak ramai orang yang memiliki peluang sebegini!), maka saya cadangkan kepada anda agar berusaha memastikan simpanan yang ada adalah sekurang-kurangnya berjumlah 20% daripada nilai rumah yang ingin dibeli.

Anda jangan terlalu bimbang tentang harga hartanah yang sentiasa meningkat. Di sesetengah lokasi yang strategik seperti di beberapa kawasan elit di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, harga hartanah boleh meningkat sehingga melebihi 10% dalam masa setahun atau dua tahun. Seperti yang saya tulis di beberapa bahagian dalam buku ini, saya tidak menulis untuk mengajar anda mengurus ekonomi makro seperti turun naik pasaran hartanah, tapi saya sedang menulis bagaimana untuk anda menguruskan poket anda. Jadi, keputusan untuk membeli kediaman harus berdasarkan kemampuan poket anda dan bukannya dorongan yang disebabkan oleh harga pasaran yang kian meningkat. Kalau anda membuat keputusan kewangan kerana tarikan pasaran, anda akan kelemasan. Sememangnya kemampuan kita adalah sangat terbatas untuk mengikut arus pasaran.

Contoh mudah, anda lihat sahaja apabila kerajaan mengumumkan akan berlaku kenaikan harga petrol atau bahan asas lain, maka berduyun-duyunlah orang menuju ke stesen petrol atau kedai untuk mendapatkan bekalan. Persoalannya, perlukah anda berbuat demikian? Kadang-kadang saya sedikit emosi bila mengetahui ada orang yang terpaksa membatalkan temu janji semata-mata kerana mahu beratur di stesen petrol. Begitu juga ada orang yang membeli tepung atau gula berkilo-kilo semata-mata kerana diberitahu harga akan naik. Yang peliknya, bila semua sudah dibayar, baru mereka tersedar bahawa mereka tidak pernah pandai pun menggunakan tepung untuk dibuat kuih! Inilah antara kisah riwayat pak pandir yang wajar anda elakkan dalam aspek pengurusan wang.

Berbalik pada faktor umur untuk pembelian hartanah, sememangnya ada perbezaan jika anda membeli rumah pada usia 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun dan seterusnya. Biasanya jumlah

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 38: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

28

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

pinjaman perumahan yang diberi pada seseorang peminjam tertakluk pada pendapatan bulanan, simpanan yang ada dan juga faktor umur. Faktor umur berkait rapat dengan jumlah pinjaman yang akan diberikan kerana biasanya tempoh pinjaman yang maksimum ialah sehingga 30 hingga 35 tahun (kadang-kadang ada sampai lajak sehingga 40 tahun) atau pun sehingga umur peminjam sudah sampai 60 (kadang-kadang anda boleh memohon untuk membuat pinjaman sehingga melebihi umur 60 tahun). Dalam kata lain, semakin tinggi usia anda semasa anda membuat pinjaman perumahan, maka semakin pendek tempoh pinjaman yang boleh diluluskan. Dengan tempoh pinjaman yang semakin pendek, ini bermakna anda perlu membayar ansuran bulanan untuk pinjaman pada amaun yang lebih tinggi. Dari sudut positif, menjelaskan pinjaman dalam tempoh masa yang lebih singkat akan membolehkan anda menjimatkan banyak bayaran faedah yang perlu dilakukan. Selain pinjaman, usia juga menjadi faktor penting ketika menentukan premium insuran perumahan yang perlu anda tanggung. Semakin tinggi usia anda, maka anda akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi juga.

• Ketiga

Apa pula jenis kediaman yang paling sesuai untuk dimiliki? Sebenarnya terdapat pelbagai jenis kediaman yang boleh dimiliki. Secara umum ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu kediaman atas tanah atau kediaman dalam bangunan. Biasanya penghuni di kawasan bandar lebih cenderung memilih untuk tinggal di kediaman dalam bangunan seperti kondominium atau apartmen kerana beberapa sebab seperti keselamatan, lokasi dan harga yang lebih rendah berbanding dengan kediaman atas tanah. Ada juga yang memilih kediaman dalam bangunan hanya kerana mahu disesuaikan dengan gaya hidup urban. Biasanya kediaman atas bangunan mempunyai permintaan yang lebih tinggi untuk sewaan disebabkan lokasi dan keselamatan. Namun dari segi apresiasi modal, kediaman atas tanah mempunyai apresiasi modal yang lebih tinggi berbanding kediaman dalam bangunan. Namun jangan sesekali anda lupa bahawa kata kunci yang utama dalam penentuan

Page 39: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

29

apresiasi modal sesuatu hartanah ialah lokasi. Jika anda membeli kediaman dalam bangunan, anda juga perlu mempunyai peruntukan untuk membayar yuran penyelenggaraan. Yuran penyelenggaraan ini berbeza antara satu apartmen dengan apartmen lain bergantung pada nilai hartanah, kemudahan yang disediakan, bilangan unit rumah dan kos penyelenggaraan keseluruhan. Secara lazim kos penyelenggaraan boleh mencecah amaun sehingga RM400 sebulan. Bayaran ini hanyalah untuk menampung kos seperti penyelenggaran lif, taman, paip utama dan cat bangunan. Kos-kos penyelenggaraan dalaman untuk setiap unit kediaman masih perlu ditanggung oleh pemilik unit tersebut. Jika anda membeli kediaman atas tanah pula, segala kos penyelenggaraan seperti paip bocor, bumbung rosak, keretakan struktur dan sebagainya adalah di bawah tanggungan anda sendiri. Namun semua kos ini (terutama yang berkaitan dengan struktur binaan) hanya perlu ditanggung sekiranya kerosakan dan kecacatan tersebut berlaku setelah tamat tempoh jaminan dari pemaju.

Selepas anda didedahkan secara ringkas tentang isu pelaburan hartanah, kita lihat pula tentang isu-isu lain yang berkaitan pengurusan wang. Ketika seseorang individu mula serius memikirkan tentang tabungan dan pelaburan, maka buku-buku seperti buku yang sedang anda baca ini akan menjadi pilihan untuk mendapatkan idea, mencari ilham, memahami isu kewangan dan merencana cara terbaik untuk menguruskan wang. Namun, daripada pelbagai jenis buku yang ada di pasaran, masing-masing mempunyai keunikan yang tersendiri. Jika anda membaca buku yang ditulis oleh penulis dari Barat, maka ada kemungkinan ia merujuk pada persekitaran kewangan dan budaya hidup di sana. Sebenarnya wang di negara kita dan di negara mereka sama sahaja. Namun dari aspek pengurusan wang, kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil idea dari barat tanpa melihat kesesuaian dengan gaya hidup, budaya dan anutan yang kita amalkan. Bukan saya menghalang anda dari menelaah buku dari Barat, saya sekadar menasihati anda bahawa wang perlu diurus dengan mengambil kira tujuan hidup kita yang sebenar.

Ketika golongan dewasa mula berjinak-jinak untuk menabung dan melabur, ada juga yang terjerumus ke gaung-gaung yang

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 40: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

30

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

penuh muslihat. Tanpa memahami baik buruk akan pelaburan yang dilakukan, mereka terus melabur. Semuanya gara-gara mereka ditawarkan pulangan yang sangat menakjubkan. Jangan tunggu lama, nanti peluang ini terlepas dan peluang sebegitu hanya datang sekali sahaja, itu kata mereka! Maka individu yang ingin memilih jalan singkat untuk menggandakan kekayaan adalah lubuk terbaik untuk mereka yang ingin menipu. Itu kes individu yang mula berjinak-jinak menabung dan melabur tetapi mengharapkan pulangan segera yang berganda setelah sekian lama asyik melayan gaya hidup.

Ada juga individu yang secara berterusan melayan kehendak gaya hidup dan terus berbelanja, sehinggalah mereka sampai ke satu masa bilamana kad kredit mereka sudah disekat lantaran hutang yang tidak dijelaskan, wang di akaun bank pula sudah sikit berbaki, manakala hutang kawan-kawan juga keliling pinggang. Mereka yang terjerat di dalam situasi ini akan mencari jalan pintas untuk penyelesaian. Sebenarnya jalan pintas yang mereka cari itu tidak akan menjadikan kondisi kewangan mereka lebih baik, sebaliknya lebih teruk. Mereka akan cuba membuat permohonan pinjaman peribadi dari bank. Jika tak diluluskan, mereka akan mula meminjam dari along tidak berlesen. Dengan tindakan along yang tidak berperikemanusiaan kelak, selesaikah masalah mereka? Sudah tentu tidak, ia hanya sekadar gali lubang tutup lubang. Lubang baru yang digali akan bertambah besar, sebab lubang yang perlu ditutup juga bertambah besar. Akhirnya lubang tidak mampu lagi ditutup dan mereka akan jatuh tertimbus di dalam lubang yang digali sendiri!

Itu kes individu yang gagal dalam mengurus wang masing-masing. Bila mereka sudah terperangkap dengan pelbagai bentuk bebanan kewangan, maka barulah mereka sedar bahawa pengurusan kewangan itu adalah sesuatu amalan yang penting. Ketika itu, untuk tidur pun sukar sekali. Apakah anda akan menunggu saat itu, baru anda akan belajar tentang teknik urus wang? Di mana anda sekarang? Jika anda tergolong dalam kalangan mereka yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan, anda jangan berputus asa. Tahniah kerana anda memilih untuk membaca buku ini. Harapan saya semoga buku ini akan memberi anda idea atau membuka minda anda untuk meneroka ilham-ilham yang akan dapat membantu anda

Page 41: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

31

keluar dari belenggu yang sedang anda hadapi. Jika anda belum terjerumus ke kancah kewangan, teruskanlah sifat bijak wang yang anda miliki. Semoga anda akan terus konsisten mengamalkan teknik pengurusan wang yang baik.

Ada juga orang bertanya, “Apakah mungkin kita boleh hidup tanpa perlu berhutang?” Jawapan saya ialah hampir tiada urusan hidup yang mustahil. Sebelum berfikir tentang bolehkah kita hidup tanpa hutang, maka terlebih dahulu kenalah bertanya, kenapa kita berhutang? Kalau sebab yang mendorong anda berhutang itu merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, maksudnya ia wajib dilakukan maka agak sukarlah untuk mengelak dari berhutang. Contohnya anda mungkin berhutang untuk rawatan penyakit yang kritikal. Tapi kalau anda berhutang hanya untuk membeli set karaoke yang baru, sudah tentu hal ini boleh dielakkan. Kalau ia boleh dielakkan bukankah itu bermakna hutang juga boleh dielakkan. Memang tidak dinafikan bahawa di luar sana terdapat banyak orang yang berhutang kerana perlu melengkapkan keperluan asas agar kehidupan berlangsung dengan sempurna seperti berhutang kerana membeli kenderaan dan tempat tinggal. Tapi cuba anda teliti dan selami dengan jujur dalam diri anda, apakah semua hutang anda pada masa sekarang ini adalah untuk manampung keperluan asas kehidupan semata-mata ataupun anda telah terikut-ikut dengan gaya hidup yang berlebihan

Mengukur tahap kesihatan kewangan

Terdapat sebelas soalan yang dapat digunakan untuk mengukur tahap kesihatan kewangan anda. Soalan-soalan ini dipetik daripada laman sesawang AKPK (http://www.akpk.org.my). Anda boleh melawat laman sesawang tersebut untuk menjawab soalan-soalan berkaitan secara atas talian.

1. Adakah anda menggunakan bajet untuk mengurus perbelanjaan bulanan isi rumah?

2. Adakah anda membuat perbandingan harga dari

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Page 42: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

32

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

beberapa kedai sebelum merancang pembelian barangan utama?

3. Jika ada perbelanjaan besar terhadap pembaikian pekakas rumah, kereta atau rumah, apakah sumber wang yang anda akan gunakan?

4. Berapa kerap anda membayar kad kredit anda lebih dari bayaran minima atau sepenuhnya untuk mengurangkan atau mengelakkan bayaran faedahnya.

5. Adakah pembayaran kad kredit dan ansuran pinjaman kereta melebihi 20% dari gaji bersih anda.

6. Berapa kerap masalah kewangan menjadi punca pertikaian dalam keluarga anda.

7. Bila anda memikirkan keupayaan untuk memenuhi tanggugjawab kewangan masa depan (seperti pelajaran, pembelian utama dan sebagainya), anda merasakan selesa, agak risau atau sangat risau.

8. Pelan perlindungan insurans anda cukup untuk menampung pendapatan anda atau keluarga anda sekiranya berlaku hilang upaya, kematian atau dalam apa-apa keadaan yang tidak dijangkakan?

9. Adakah anda memiliki akaun pelaburan peribadi untuk persaraan (seperti KWSP) atau lain-lain dana persaraan yang boleh digunakan untuk menjaga keperluan kewangan masa depan anda?

10. Bila anda mengkaji semula pelan persaraan anda dan menilai keupayaan anda untuk memenuhi tanggugjawab kewangan masa depan serta keperluan untuk menyelenggara cara hidup yang selesa ketika bersara, anda merasakan cukup selesa, agak risau atau sangat risau.

11. Adakah anda memiliki wasiat?

Page 43: teknik urus wang individu berkesan kahar.pdf

33

Kerisauan yang melampau terhadap kedudukan kewangan boleh menghakis ketenangan dan keharmonian hidup.

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG