upsr2015

11
BM 2 (Karangan Bahagian B) 2014 1 Ternampak kanak-kanak terjatuh (Cerita tindakan) 2 Kebaikan menggunakan perpustakaan (Fakta ) 3 Tempat menarik di tempat tinggal (Surat tidak rasmi) Ramalan 2015 Format 1. Dialog 2. Berita 3. Laporan 4. Syarahan Tidak berformat 5. Pengalaman 6. Cerita 7. Autobiografi

Upload: muhamad-b-smail

Post on 08-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ramalan

TRANSCRIPT

Page 1: upsr2015

BM 2 (Karangan Bahagian B)

2014 1 Ternampak kanak-kanak terjatuh (Cerita tindakan) 2 Kebaikan menggunakan perpustakaan (Fakta )3 Tempat menarik di tempat tinggal (Surat tidak rasmi)

Ramalan 2015

Format1.Dialog2.Berita3.Laporan4.Syarahan

Tidak berformat5.Pengalaman6.Cerita7.Autobiografi

Page 2: upsr2015

DIALOG

WAWANCARA PELAJAR CEMERLANG

SITI : Selamat datang saya ucapkan kepada saudari Alisa. Terima kasih kerana meluangkan masa saudari untuk di wawancara. Sempenakejayaan saudari memperolehi keputusan yang cemerlang dalam ujian baru-baru ini. Terlebih dahulu saya ingin mengetahui apakah rahsia kejayaan saudari?

ALISA : Pertama sekali terima kasih kepada saudari kerana sudi mewawancara saya. Sebenarnya tiada rahsia yang penting melainkan usaha yang gigih dalam mencapai cita-cita yang mendorong saya berjaya dalam peperiksaan kali ini. Saya menanamkan sifat tidak putus asa dalam mengejar ilmu pengetahuan.

NAJWA : Selain itu, mungkin ada cara yang boleh saudari kongsi bersama supaya menjadi panduan kepada pelajar lain. Rahsia kejayaan saudari ini?

ALISA : Baiklah, kita kena menetapkan niat kita belajar dan sentiasa perbaharui niat kita supaya kita tidak lupa tujuan kita belajar. Keduanya,kita harus ingat bahawa belajar itu juga merupakan ibadah.. Antara tips-tips belajar yang boleh saya kongsikan bersama, pertama susun strategi cara untuk kita kuasai mata pelajaran tersebut.

NAJWA : Bagaimana pula saudari membahagikan masa belajar dengan membuat aktiviti sukan? Adakah saudari seorang yang aktif dalam bidang sukan?

ALISA : Untuk menjadi seorang yang berjaya pada saya, kejayaan bukan diukur dengan berjayanya kita dalam kurikulum sahaja. Bidang kurikulum ini juga perlu seimbang dengan bidang ko-kurikulum. Saya juga seorang yang aktif dalam bidang kokurikulum.

Page 3: upsr2015

Saya mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring.

NAJWA : Akhir sekali apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan lain di luar sana?

ALISA : Nasihat saya kepada rakan-rakan, sama-samalah kita menuntut ilmu dan jangan mudah menyerah kerana dengan ilmu pengetahuan sahaja mampu merubah kehidupan kita.

NAJWA: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudari kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan dengan kami.

ALISA :  Sama-sama.

Page 4: upsr2015

DIALOG UCAPAN TAHNIAH KEPADA RAKAN

Azman :  Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.

Siva     :  Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Azman :  Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak   ucapkan jelas dan lancar. Bagaimanakah  cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?

Siva    :  Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang bermutu . Di samping itu,saya mempelajari  tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka kamus  untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri  saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap.

Azman :  Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.

Siva    :  Mengapa ?

Azman :  Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.

Siva    :  Baguslah, Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa kebangsaan negara kita.

Azman :  Ya,baiklah ,Siva.    

Page 5: upsr2015

BERITA

Murid Keracunan Makanan

KLUANG, 7 Jun – Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu telah mengalami keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika murid-murid makan nasi lemak di kantin sekolah. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa dihantar ke Hospital Kluang.            Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Encik Irfan Hadi, pda awalnya hanya tiga orang murid sahaja yang muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin bertambah. Tanpa berfikir panjang, beliau melarang murid supaya tidak memakan nasi lemak yang sudah dibeli.           Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa ke bilik kesihatan. Oleh sebab kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi. Kira-kira 20 minit kemudian, ambulans telah datang dan mangsa yang seperti ayam berak kapur segera dikejarkan ke hospital.            Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin sekolah. Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan, keadaan tempat masakan kantin sangat kotor. Mereka mengarahkan kantin menutup peniagaan selama dua minggu untuk tujuan pembersihan.            Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka telah dihubungi. Doktor yang bertugas telah membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap mangsa.                    Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa bekal ke sekolah. Cara ini bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, tetapi dapat menjimatkan wang. Kini, murid-murid semakin sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan.

Page 6: upsr2015

BERITA

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 Juara Bola Sepak Bawah 12 Tahun.

RAWANG, 5 Mei – Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 (SKBB1), telah menjuarai Piala Datuk Irfan Hadi.  Kejayaan ini telah dicapai apabila mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 (SKBB2) dalam perlawanan akhir yang dijalankan di padang  Stadium Perbandaran Selayang. Dalam perlawanan tersebut SKBB1 mengalahkan SKBB2 dengan tiga jaringan berbalas 1.            Perlawanan untuk murid bawah 12 tahun itu dimulakan jam 4.30 petang. Pada awal perlawanan, kedua-dua buah pasukan hanya bertahan. Akan tetapi, selepas masa rehat, pasukan SKBB1 terus mengasak sehingga jaringan pertama dilakukan oleh ketua pasukan SKBB1, Zanafi Zakaria.           Pasukan SKBB2 tidak patah semangat dan terus mengatur serangan. Akibat kesilapan penjaga gol SKBB1, penyerang SKBB2, Mirza Soleh berjaya menjaringkan gol yang pertama. Kedudukan yang terikat 1 – 1 menyebabkan kedua-dua buah pasukan banyak mengubah strategi serangan.            Penyokong kedua-dua pasukan yang melebihi 500 orang telah memberikan sokongn yang padu terhadap pasukan masing-masing. Cuma keadaan yang sesak seperti ikan dalam belat menjadikan keadaan kurang terkawal untuk seketika. Sikap berhemah yang ditunjukkan oleh para penonton telah mendapat pujian daripada tetamu khas yang hadir.

Page 7: upsr2015

            Ketika menyampaikan ucapan, Pengarah Pelajaran Selangor, Datuk Haji Ali Hasan melahirkan rasa bangga terhadap mutu permainan yang ditunjukkan. Jika bakat yang ada terus diasah, beliau yakin ramai pemain berkaliber akan lahir di Negeri Selangor. Jika ini menjadi kenyataan, impian Selangor untuk menggondol Piala Malaysia bukan sesuatu yang mustahil.            Keseluruhannya, kejayaan SKBB1 meraih tempat pertama telah memberi dorongan kepada pasukan-pasukan lain di SKBB1 untuk mencontohinya. Kini, pasukan bola jaring dan pasukan hoki sedang mara untuk merebut gelaran juara dalam acara masing-masing. Jika semangat kesungguhan ini dikekalkan, banyak lagi kejayaan yang bakal diraih oleh mereka.

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform   Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai.

Pada 20 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013, Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 telah mengadakan program perkhemahan unit beruniform di Kem Bekok. Pasukan beruniform yang terlibat ialah Persatuan Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Puteri Islam.

Sebanyak 120 orang peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil bahagian. Mereka diiringi oleh 20 orang guru penasihat. Semua peserta dan guru menaiki tiga buah bas yang disewa khas untuk ke kem tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sekolah.

Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh dua orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah merentas halangan, ikhtiar hidup, keselamatan dalam air, pertolongan cemas, persembahan nyanyian, serta pertandingan reka cipta.

Para  peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang erat “umpama aur dengan tebing”. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup. Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang beracun, cara memasak, serta cara berlindung di dalam hutan.

Page 8: upsr2015

Menurut Guru Besar SK Taman Indahpura 1, Tn Haji Ramli Ali, aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya dan para peserta yang terlibat menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama mereka selain mempamerkan disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti.

Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Laporan disediakan oleh, 2 OGOS 2015.

siti safiah

(SITI SAFIAH BT DAUD)Setiausaha,Persatuan Pengakap,S.K. Taman Indahpura 1

LAPORAN LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

Pada 29 Mei 2015, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini.

Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9.00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di Hotel Hilton tepat jam 12.00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel.

Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran  melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Akuaria, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.

Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan secara bufet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotel. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sungguh sedap dan lazat.

Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi. Kami berpeluang menaiki kereta kabel ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini sangat berharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami.

Page 9: upsr2015

Pada hari terakhir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas terbayang pada wajah setiap ahli Persatuan Sains.

Laporan disediakan oleh,                       2 JUN 2011.

  Anita

(ANITA BT AHMAD)                             Setiausaha Persatuan SainsS.K. Taman Indahpura 1