untuk pamflet transisi

13
Untuk pamflet transisi Program Transisi Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika atau prasekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Matlamat transisi 1) mewujudkan satu penyesuaian suasana persekitaran baru sebaik sahaja murid tahun satu mula menjejakkan kaki di hari pertama persekolahan. 2) mengeratkan hubungan kemesraan diantara guru yang baru dikenali dengan murid, ataupun diantara murid dengan murid. 3) menimbulkan satu perasaan gembira dan suka untuk meneruskan alam persekolahan mereka bersama-sama meskipun dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Objektif transisi 1) Dapat membentuk suasana positif bagi murid tahun satu, ibu bapa dan guru-guru tahun satu dalam tempoh awal persekolahan. 2) Mewujudkan hubungan dan interaksi yang mesra di antara guru dan rakan-rakan yang baru dikenali 3) Penyesuaian kurikulum yang seimbang berlaku semasa belajar di prasekolah ke tahun satu dengan pendekatan yang hampir sama. 4) Membina keyakinan diri murid yang tidak belajar di prasekolah, ataupun murid yang bermasalah agar merasakan alam persekolahan adalah penting dan menyeronokkan. 5) Menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun 1

Upload: izam-samsudin

Post on 17-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Transisi

TRANSCRIPT

Untuk pamflet transisiProgram TransisiProgram Transisi dan Guru Penyayang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika atau prasekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah.

Matlamat transisi

1) mewujudkan satu penyesuaian suasana persekitaran baru sebaik sahaja murid tahun satu mula menjejakkan kaki di hari pertama persekolahan.2) mengeratkan hubungan kemesraan diantara guru yang baru dikenali dengan murid, ataupun diantara murid dengan murid.3) menimbulkan satu perasaan gembira dan suka untuk meneruskan alam persekolahan mereka bersama-sama meskipun dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza.

Objektif transisi

1) Dapat membentuk suasana positif bagi murid tahun satu, ibu bapa dan guru-guru tahun satu dalam tempoh awal persekolahan.2) Mewujudkan hubungan dan interaksi yang mesra di antara guru dan rakan-rakan yang baru dikenali3) Penyesuaian kurikulum yang seimbang berlaku semasa belajar di prasekolah ke tahun satu dengan pendekatan yang hampir sama.4) Membina keyakinan diri murid yang tidak belajar di prasekolah, ataupun murid yang bermasalah agar merasakan alam persekolahan adalah penting dan menyeronokkan.5) Menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun 1Jawatankuasa transisi sk gembutPENGERUSI

EN. ABD IZAM BIN SAMSUDIN

((GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI

PN. NADZRAH BINTI MUSA

(GURU YANG MENJALANKAN TUGAS GPK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 2

CIK MI MASLINNI BINTI ISMAIL

(GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)

PENYELARAS

PN. ROSMAWATI BINTI ISMAIL

AJK

PN. MAZURAIDAH BINTI AZILLAH (GURU PEMULIHAN)

GURU-GURU MATA PELAJARAN TAHUN SATU PERINCIAN TUGAS AJK PROGRAM TRANSISI TAHUNI 1 2015BILBIDANG TUGASPERINCIAN TUGASTINDAKAN

1.Pamplet dan surat menyurat Sediakan pamplet dengan maklumat yang diberikan

Pamplet yang telah siap diserahkan kepada guru pada 02.01.2012 (Isnin)

Menyediakan surat kepada yang berkenaanPn. Najihah bt NazriPn. Farhana binti Nong

2. Bacaan Doa Sediakan teks Doa yang sesuai dengan majlis

Membaca Doa untuk memulakan majlisUst. Arlis Suhazam b. Jamilon

3.Dokumentasi Mengambil gambar sepanjang majlis berlangsungEn. Mohamad Nor b. Mohamed

Pn.Rosmawati bt Ismail

4.Pengacara Majlis Sediakan teks dengan sapaan yang baik

Semak perjalanan majlis dengan mendapatkan maklumat dari penyelaras programPn.Rubiah binti Muda

5.Pendaftaran Memastikan ibu bapa atau penjaga membuat pendaftaran

Menyemak nama murid dan ibu bapa dengan betulPn. Mazuraidah binti Azillah

Pn. Hartati bt Sarmejan

6.Persiapan Tempat Sediakan kerusi untuk ibu bapa atau penjaga serta murid murid di dalam dewan

Pastikan murid duduk di kelas masing-masing

dalam keadaan senyapEn. Mohamad Nor b. Mohamed

En. Muhammad Zuhairi bin Zakaria

Pn. Rozimah bt Md YassinPn. Nor khairiyah binti masaji

7.PA Sistem Sediakan mikrofon dan rostrum di atas pentas

Membantu dalam menangani masalah teknikal sepanjang majlis berlangsungEn. Muhammad Hafiz bin Hamzah

9.Keselamatan dan ketenteraman Mengawal murid supaya tidak bising

Memastikan majlis berlangsung dengan baikSemua guru

10.Jamuan Menyediakan tempat jamuan

Menempah makanan dan minumanPn. Madayana bt Jalejak

Pn. Nor Laila bt Mustapha

Pn. Siti Khadijah bt Hashim

11Ujian Diagnostik Menyediakan soalan-soalan mengikut mata pelajaran masing-masing

Menguji tahap kefahaman murid dari segi psikomotor

Menanda kertas ujian dan mencatat markah dan diserahkan kepada Pn.Rosmawati untuk tindakan seterusnya.Guru mata pelajaran masing-masing menyediakan soalan

ATURCARA TAKLIMAT

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU

BAGI TAHUN 2015

HARI

: RABUTARIKH

: 31 DISEMBER 2014

7.30 - 8.00 PAGI: PENDAFTARAN IBUBAPA / PENJAGA MURID TAHUN SATU 2015

8.15 PAGI

: BACAAN DOA OLEH USTAZ ARLIS SUHAZAM BIN

JAMILON8.30 PAGI

: UCAPAN GURU BESAR , EN.ABD IZAM BIN SAMSUDIN

8.45 PAGI

: TAKLIMAT PROGRAM LINUS : TAKLIMAT KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR)

: TAKLIMAT SPPK PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

9.30 10.00 PAGI : TAKLIMAT HAL EHWAL MURID OLEH GPK HEM SK

GEMBUT

(CIK MI MASLINNI BINTI ISMAIL) 10.OO- 10.30 PAGI: TAKLIMAT DISIPLIN OLEH GURU DISIPLIN10.30-11.00 PAGI : JAMUAN MAKAN

11.00 PAGI : BERSURAIPROGRAM LINUS

Program LINUS merupakan salah satu daripada National Key Result Area (NKRAs) Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, kementerian telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.

Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada.Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana.

Pihak Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa strategi untuk memastikan program LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak sekolah. Antaranya memberi latihan khusus kepada guru LINUS dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, penambahan gurupemulihan khas, melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti, menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian serta menempatkan fasilitator LINUS di setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru bagi memastikan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.Latar BelakangY.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009. Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti dan sistematik. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas).Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan UNESCO). Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada).Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagimeningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:Proses SaringanSaringan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan mac-april dan September-oktober bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.Murid yang tidak melepasi atau menguasai kesemua 12 konstruk linus tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khasModul Pengajaran Dan PembelajaranModul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.Pengukuhan Amalan PedagogiMenyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi, latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.Membina Komitmen Bagi Semua Pihak BerkepentinganProgram dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.Memantau Dan MenyeliaPemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.FasiLINUS Di Peringkat DaerahMerupakan pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.Objektif1. Menggariskan bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.2. Memastikan pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di seluruh negara berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.3. Memberi kefahaman dan meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS).4. Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkanApakah Itu KSSR?

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.

Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283.

S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.