transisi 5

Download Transisi 5

Post on 23-Mar-2016

317 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Keluaran 5

TRANSCRIPT

  • BILANGAN: 05/2010

    30.7- 12.08.2010Edisi Kelima Julai/Ogos19 SYAABAN - 03 RAMADAN 1431H

    RM

    2.50

    11

    41CINTA

    KAMPUS28Kebal diri punca jayaAku, dia dan Mistero Buffo

    IKON4

    w w w . t r a n s i s i . c o m . m y

    AkhbarNasional

    Dwimingguan

    PesonaTwilight

    Oleh Muhammad Amsyari Ismail dan Gan Yong Li

    MENYEDARI kepentingan ilmu dalam menaikkan marta-bat diri, seramai 38 selebriti, penggiat seni dan pengamal media mengambil keputu-san menyambung pengaji-an peringkat Sarjana Muda Komunikasi dan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pengajian Luar Kampus (PLK) dan Mod Eksekutif.

    Kemasukan itu, yang julung kali dibuat universiti negara ini, dilaksanakan atas per-mintaan penggiat seni, sele-briti dan media tempatan ke-pada UUM.

    Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, UUM adalah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) per-tama menawarkan program khas PLK Sarjana Muda Ko-munikasi, Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa kepa-da artis, penggiat seni dan pengamal media.

    >> Muka 2

    APA sekalipun hasrat Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mahu melihat UMNO dan Pas ber-gabung demi perpaduan Islam dan Melayu, namun ia semacam hambar kerana sebilangan peneraju dua par-ti berkenaan dilihat berkepentingan daripada menjurus ke arah keutuhan bangsa Melayu itu sendiri.

    Ini kerana apa sekalipun alasan yang dihamburkan oleh wakil dua parti Melayu itu, hakikatnya masing-masing ada strategi politik atas nama kepentingan parti dan bukan-nya penggabungan dalam erti kata sebenar untuk perpaduan bangsa Melayu.

    >> Muka 6,7 & 8

    !jana Minda andaselebriti38bakal graduan

    Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

    Melayu tak layu

    HADI

    NIK AZIZ NAJIB

    MUHYIDDIN

  • Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 20102 ISU

    Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608

    Ketua PengarangZian Johari

    Pengarang EksekutifRazali Yahaya

    Penulis KhasMuhammad Amsyari IsmailRudysham Abdul Raof

    Penyunting/PenulisMohd Azhan Othman

    Pereka Kreatif KananSarina Hj AliPereka KreatifNoor Dina DaudJurufotoNooratikah Ab Rahim

    Pengurus Kanan Iklan dan PromosiFuzilah Hassan

    Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar

    Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

    SERAMAI 38 orang mendaf-tarkan diri sebagai pelajar UUM untuk diberikan ruang pendidi-kan, selaras dengan hasrat mela-hirkan modal insan dan mewu-judkan masyarakat berilmu dan berpendidikan tinggi.

    Kelayakan pelajar bagi pro-gram ini berdasarkan syarat ditetapkan pihak universiti. Tidak wujud tawaran istimewa kepada mereka, katanya dalam sidang media sempena Majlis Pelan-caran Program Khas di Hotel Nik-ko, Kuala Lumpur 22 Julai lalu.

    Bagi program itu, mereka akan mengikuti pengajian selama em-pat tahun secara PLK dan Mod Eksekutif.

    Antara artis dan pengamal me-dia yang sudah menerima surat tawaran program khas tersebut adalah Emelda Rosmila, Didie AF, Akim, Suffian Saujana, Zehra Zambri, Sheila Abdul,

    Hazama AF4, Nerves Pretty Ugly, Alif AF6, Afiq AF5, Noh Hu-jan, Yok Bunkface, Syafinaz Yu-nus, Rizal Zulkapli dan Ashwad Ismail.

    Mustafa berkata, tawaran berk-enaan adalah langkah awal UUM

    Tiada tawaran istimewaReaksi Selebriti

    Sokongan

    untuk membuka peluang kepada golongan seni melanjutkan pela-jaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui konsep Pembelaja-ran Sepanjang Hayat (Life Long Learning).

    Ia juga bertujuan meluaskan akses pengajian tinggi yang ter-masuk dalam salah satu Pelan Strategik Pengajian Tinggi Ne-gara.

    Dengan mengikuti program ini, golongan selebriti boleh di-jadikan teladan atau role model kepada masyarakat agar terus mencari ilmu pengetahuan tanpa batasan umur.

    Secara tidak langsung, mere-ka dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif dan ini memberi kesan kepada kerjaya mereka.

    Selain itu, ijazah diperoleh tersebut boleh digunakan untuk menaikkan kerjaya mereka. Bu-kan saja sekarang, tetapi pada waktu tua nanti, katanya lagi.

    Di majlis sama, Mustafa turut menyampaikan penyerahan su-rat tawaran kepada mereka yang terlibat.

    SUFFIAN SAUJANAIa langkah bagus kerana beri pe-luang kepada mereka menguku-hkan nilai akademik. Walaupun sudah ada Ijazah Undang-Un-dang dari Universiti Islam Anta-rabangsa (UIA), tidak salah saya tambah lagi ilmu dengan ambil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di UUM.

    >> Dari Muka 1

    ASHWAD ISMAIL (WARTAWAN ASTRO AWANI)Atas inisiatif disediakan UUM melalui program khas, saya terus mohon program Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa. Lagipun, ia turut didorong minat saya kepada lan-skap sosio ekonomi dan politik antarabangsa. NOH (HUJAN))

    Jarang ada universiti tawar pelu-ang buat artis untuk belajar sep-erti UUM. Bukan saja memudah-kan golongan artis macam saya, kos ditawarkan juga tidaklah membebankan. Jadi, saya ambil-lah peluang ini.

    AFIQ (AF 5)Sebaik saja diterima melanjutkan pelajaran, saya sudah tekadkan semangat berusaha keras agar dapat ijazah dalam empat ta-hun seperti ditetapkan universiti. Saya yakin dengan kelayakan akademik yang ada, golongan artis akan dipandang lebih tinggi selain tampil berkualiti

    SHEILA ABDULSebaik saja tengok iklan di akh-bar, saya terus mohon. Walaupun masih menuntut di kolej swasta, saya ambil keputusan berhenti untuk sambung belajar di UUM kerana merasakan universiti ini menawarkan pilihan lebih baik.

    SYAFINAZ YUNUS, Penolong Penerbit TV Al-HijrahSaya sudah lama impikan men-dapat segulung ijazah. Namun, atas faktor masa saya terpaksa lupakan. Selepas mengetahui UUM menawarkan program se-begini, tanpa fikir panjang saya terus daftar program Sarjana Muda Komunikasi.

    ADLIN AMAN RAMLI (SUAMI EMELDA ROSMILA)Saya sokong penuh keputusan isteri belajar. Kursus itu akan membantunya membina peng-etahuan, sekali gus memiliki segenggam ijazah. Masa juga tidaklah terlalu ketat. Saya harap isteri dapat manfaatkan peluang belajar di UUM sebaik-baiknya.

    IZWAN PILUS (PENYANYI, ALUMNI UUM)Pertama kali saya menjejakkan kaki di UUM, Sintok pada 1997. Ketika itu tiada lebuh raya. Yang ada cuma PMC (Pasar Malam Changlun) setiap Rabu. Tapi, itu bukan penghalang untuk saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Tah-niah kerana buat pilihan tepat untuk mengikuti kursus di UUM. Semoga berjaya!

    NERVES (PRETTY UGLY)Kami artis juga mahu belajar dan ingin menjadi individu berguna. Sebelum ini, fokus saya tertumpu kepada praktikal. Saya harap kursus ini beri lebih pendedahan mengenai pemahaman teori. Bi-dang komunikasi akan mening-katkan lagi cara saya hiburkan peminat dan menguruskan diri.

    DIDIE (AF)Saya bangga dan teruja apabila diberitahu permohonan diterima untuk program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Saya harap dapat ke peringkat lebih tinggi pada masa depan seiring dengan kerjaya diceburi.

    ZEHRA ZAMBRISelepas tamat pengajian pering-kat Diploma, saya berhajat dapat terus sambung belajar di per-ingkat Sarjana Muda. Kini, pelu-ang itu ditawarkan UUM kepada saya dalam jurusan Komunikasi. Walaupun sibuk dengan kerja, saya akan beri tumpuan sepe-nuhnya kepada pembelajaran.

    EMELDA ROSMILAPeluang ditawarkan amat baik sekali dan sukar dilepaskan. Se-belum ini, pernah terlintas sam-bung belajar, tetapi masa tidak kena dan jadual kerja agak pa-dat. Waktu belajar juga fleksibel dan kelas pula diadakan di Kuala Lumpur. Sokongan dan dorongan kuat suami (Adlin Aman Ramli) menguatkan lagi azam saya.

    AKIM (AF)Sangat teruja apabila UUM ta-warkan peluang seperti ini, teru-tama kepada golongan seni dan selebriti. Sebagai siswa UUM, saya akan cuba bahagikan masa supaya kerjaya tidak terjejas.

    ALIF (AF 6)Memiliki Sijil Elektrikal daripa-da Institut Sultan Ahmad Shah (TNB) di Bangi pada 2005. Sebe-lum dan selepas keluar AF saya pernah mohon belajar dalam bi-dang muzik di IPTA lain, tetapi tidak diterima. Saya bersyukur diterima kerana sedar ia bukan perkara mudah.

    AHMAD SULAIMAN (AYAH AKIM AF)Akim memang ada niat sambung belajar. Selepas terbaca iklan akhbar mengenai peluang artis belajar di UUM, saya terus ber-itahu Akim dan dia setuju. Ilmu dan pencapaian akademik amat penting zaman sekarang. Harap Akim fokus dalam karier dan tidak lupa tanggungjawab seba-gai siswa UUM.

  • Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010

    Borang permohonan boleh didapati di:

    Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur

    No. 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,

    50300 Kuala LumpurTel: 03-2694 4228 . Faks: 03-2694 9228 .

    E-mel: uumkl@uum.edu.my

    muat-turun borang di:

    http://www.uumkl.uum.edu.myUntuk keterangan lanjut, sila hubungiKoordinator Program, Pn Noor Hidayah (Tel: 03-2694 4228)

    Calon mestilah memiliki sekurang-kurang-nya SPM dengan kepujian dalam Bahasa

    Melayu, dan telah pun berumur 21 tahun.

    Bagi calon yang berkelulusan STPM atau

    Diploma daripada institusi yang diiktiraf

    akan mempunyai kelebihan.*Untuk BIDM, calon mesti mendapat kepujian

    dalam bahasa Inggeris

    SYARAT KEMASUKAN

    Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian [BBA (Hons)] Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM (Hons)] Sarjana Muda Komunikasi Kepujian [BComm(Hons)] *Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian [BIDM (Hons)]

    Kemudahanwi-fi, bilik kuliah berhawa dingin, dikelilingi pelbagai kemudahan, pengangkutan awam, hotel, masjid, fotokopi serta gerai dan restoran.

    Kuliah dijalankanHUJUNG MINGGU/

    PETANG/MALAM

    Sekarang anda boleh memiliki Ijazah UUM tanpa perlu

    meninggalk