unta mukjizat mtq 2015

6
................... و ب ر ك ا ل ح م ة و ع ل ي س ............. ي ح ر ن م ح ر ل ب سLagu Apa Ka!a" Manis bicara senyum nan indah, Mata memandang tak pernah jemu, Hamba datang ingin berkisah, Di pentas cerita kita bertemu, Bersemuka dengan sahabat ku. Saya tanya apa khabar.. Saya tanya apa khabar …… semua….. #a$g %&'u(&a)a$ * +ua$ p,$g,"u-& a$g p,/a !,"!&0a"a 1a$,( a)&' a$g a"&2 -,$/&a-a 1,$3aga 'a-a a$g -&ap -&aga 4a"& !,"-a'a )&/a ),$a$g)a$ K&-a /,(a%a$ %& %a(a' A( 5 6u"a$ 7$/a 'u)3&8a/ )&-a p&(&a$ 1a$/u$ 4a"& !,"-a'a )&/a %,$ga")a$ Ka9a$ : Ka9a$ a$g %& ;"'a/& -,)a(&a$<. Kisah unta mukjizat ini adalah pada zaman Nabi Salih a.s. =aa< .ahukah ka!an" ka!an siapakah Nabi Salih a.s # Nabi Salih a.s lahir dalam kalangan Kaum samud. Baginda ialah anak kepada $baid Bin Maseh. Baginda juga merupakan se%rang hamba dan &asul"Nya yang taat dengan perintah 'llah. Baginda datang bagi memikul tugas untuk menyeru kaumnya agar menyembah 'llah s.!.t dan bukannya berhala buatan tangan ( tangan mereka. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam surah Hud ) *+) +

Upload: wan-nurul-ashikin-mansor

Post on 06-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerita

TRANSCRIPT

............. ...................Lagu Apa Khabar

Manis bicara senyum nan indah,Mata memandang tak pernah jemu,Hamba datang ingin berkisah,Di pentas cerita kita bertemu,Bersemuka dengan sahabat ku.

Saya tanya apa khabar..Saya tanya apa khabar semua..Yang dimuliakan ;

Tuan pengerusi yang petah berbicara

Panel hakim yang arif sentiasa

Penjaga masa yang siap siaga

Mari bersama kita kenangkan

Kisah teladan di dalam Al - Quran

Unta mukjizat kisah pilihan PantunMari bersama kita dengarkan

Kawan Kawan yang di hormati sekalian. Kisah unta mukjizat ini adalah pada zaman Nabi Salih a.s. Haa.Tahukah kawan-kawan siapakah Nabi Salih a.s ?

Nabi Salih a.s lahir dalam kalangan Kaum Tsamud. Baginda ialah anak kepada Ubaid Bin Maseh. Baginda juga merupakan seorang hamba dan Rasul-Nya yang taat dengan perintah Allah. Baginda datang bagi memikul tugas untuk menyeru kaumnya agar menyembah Allah s.w.t dan bukannya berhala buatan tangan tangan mereka. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam surah Hud : 61:

(((((((( ((((((( ((((((((( (((((((( ( ((((( ((((((((( ((((((((((( (((( ((( ((((( ((((( ((((((( ((((((((( ( Yang bermaksud : Dan ( kami telah mengutuskan ) kepada kaum Tsamud saudara mereka. Dia berkata : Wahai Kaumku ! Sembahlah Allah, sesekali tidak ada tuhan bagimu selainNya.

kawan-kawan,

keturunan yang baik mampu menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Sebagaimana contoh Tokoh Ibu Mithali di Negara kita iaitu Pn. Zaleha Binti Ibrahim. Beliau telah Berjaya mendidik 12 orang anaknya dengan didikan agama sehingga mempunyai pegangan agama yang kukuh dalam meneruskan kehidupan masing masing.

Warga dewan yang dikasihi sekalian..Kaum Thamud hidup dalam kemewahan.Hasil tanaman dan ternakan melimpah ruah. Namun..

Angkuh dan sombong menguasai diri,

Nikmat Allah tidak diendahkan,

Berhala disembah perintah diingkari,Sajak

Mereka lupa kurniaan Tuhan.

Firman Allah : Surah Al hijr Ayat: 82

(((((((((( ((((((((((( (((( ((((((((((( (((((((( (((((((((( ((((

Yang Bermaksud : Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal Dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).

Ingatlah rakan - rakan,

Janganlah kita bersifat sombong kerana segala rezeki,keselesaan dan kesenangan yang kita kecapi pada hari ini adalah kurniaan Allah dan bersyukurlah dengan Nikmat yang diberikan Oleh - Nya. Kekejaman dan kesombongan Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah dibunuh dan ditindas itu sangat zalim. Janganlah kita bersifat sombong dan tamak sesama sendiri.

Lagu Suratan Atau kebetulan

Mereka asyik mempersoalkan,Kebenaran atau kepalsuan,Tetapi mereka terus keraguan,

Pada perintah tuhan.

Kawan-kawan..

Kaum Tsamud tetap berdegil

Menolak dakwah dan kebenaran

Cabaran di beri kepada bagindaSyairAgar mendatangkan tanda kerasulan

Dengan kuasa Allah, tiba tiba, keluarlah seekor unta betina dari sebuah batu yang besar di atas bukit. Unta betina itu muncul dalam keadaan bunting. Aneh sekali, kagum, dan terpana kaum Tsamud menyaksikannya. Lalu, Nabi Allah Soleh A.S menemui kaumnya lantas berkata sebagaimana yang terdapat dalam Al Quran surah al Araf ayat 73 :(((( ((((((((((( ((((((((( (((( ((((((((( ( (((((((( ((((((( (((( (((((( ((((((( ( (((((((((( (((((((( (((( (((((( (((( ( (((( (((((((((( (((((((( (((((((((((((( ((((((( ((((((( ((((

Yang bermaksud : "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya Dengan sesuatu Yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Ya Kawan-kawan,Peringatan dan seruan nabi dipermainkan, dipandang remeh.Mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah s.w.t bahkan menganggap peristiwa keluarnya unta dari celah batu besar itu merupakan sihir yang dilakukan oleh Nabi Salih a.s.

Nabi Salih tetap tidak berputus asa. Sikap ini hendaklah kita contohi sebagaimana musibah banjir yang luar biasa melanda pantai timur negara pada Disember yang lalu. Mangsa-mangsa banjir yang terperangkap dalam kesejukan,kelaparan dan tanpa bekalan makanan berhari-hari begitu tabah menghadapi ujian Allah.

Keangkuhan dan kesombongan merajai diri,

Nikmat Allah tidak diendahkan,Peluang ditunggu hampir kini,PantunUnta dibunuh tanpa belas kasihan

Pakatan jahat dibuat oleh Kaum Thamud terhadap unta Nabi Salih a.s di sahut oleh Musyadda bin Muharij dan Gudar bin Salif yang menawarkan diri untuk membunuh unta tersebut. Apa lagi ! Mereka segera bersiap sedia dengan panah dan pedang. Peluang yang di tunggu kini hampir di depan mata.

Sebaik sahaja unta betina itu menghampiri mereka , Musyadda bin Muharij dengan pantas melepaskan anak panahnya. Anak panah itu tepat menembusi perut unta betina tersebut. Kejam sungguh mereka ! Haiwan malang itu terhoyong hayang akibat luka parah.

Hadirin Sekalian, Allahu Akbar.. Allah Maha Besar,

Dengan Izin Allah SWT berteriaklah unta dengan teriakan yang amat kuat hingga didengari oleh Nabi Salih. Fahamlah baginda bahawa unta betina itu telah dibunuh. Nabi Salih a.s sangat sedih dengan apa yang berlaku.Lagu Takdir Opick

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu Ya Rabbi

Ku Berserah Ku berpasrah..

Hanya padaMu Ya Rabbi

Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Kepada Allah baginda serahkan segala urusan seterusnya. Kaum Tsamud degil orangnya

Sombong dan angkuh menghiasi diri

Amaran nabi tidak bermaknaPantunAzab Allah sudahlah pasti

Firman Allah : Al-Araf ayat:78

(((((((((((((( ((((((((((( ((((((((((((( ((( ((((((((( (((((((((( ((((

Maksudnya : Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Ya kawan-kawan, apakah yang berlaku seterusnya ?Satu gempa bumi yang dahsyat akhirnya telah memusnahkan seluruh daerah itu beserta penduduknya yang ingkar kepada Allah s.w.t dan Rasulnya. Subhanallah!!! Allah telah memberi kemenangan kepada orang-orang yang beriman.

Ingatlah kawan-kawan,Bersyukurlah dengan nikmat Allah dan yakinlah dengan azab Allah. Kejadian puting beliung yang berlaku di Kedah baru-baru ini adalah satu peringatan dari Allah kepada kita semua. Janganlah kita lalai dengan tanggungjawab kita di muka bumi ini sebagai khalifah Allah.

Hadirin sekalian,

Dunia ini hanyalah pinjaman. Apabila yang Haq ingin mengambil haknya, sama samalah kita sebagai hamba Allah SWT merenung kekhilafan kita. Semoga musibah yang melanda dunia umumnya dan Negara khususnya menjadi iktibar kepada kita semua. Hal ini kerana perbuatan dosa dan perkara mungkar yang dilakukan oeh sekelompok kecil masyarakat dapat membinasakan keseluruhan masyarakat itu. Justeru itu, saya menyeru kepada sahabat sahabat supaya sama sama memainkan peranan menjaga ummah ini dengan melakukan amr makruf nahi mungkar sebelum Allah menurunkan bala yang lebih besar.Warkah dikarang menyulam cintaPengganti diri berkirim khabar

Pantun

Akhir kata, tamatlah ceritaAmbil pengajaran jadikan ikhtibarSekian.

Wabilahhi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1