1
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR
Mengejar impian di pesisir pantai Port Dickson… Oleh: Dr. Chan Chee Ming (Bekas pelajar batch DKA pertama, Jun 1995, Politeknik Port Dickson.)
Dr. C.M. Chan 14/05/2009
2
Pada bulan Jun 1995, sewaktu saya menjejak buat kali pertama di ambang pintu
Politeknik Port Dickson, ia juga merupakan kali pertama saya meninggalkan kampung
halaman dan keluarga tersayang untuk suatu tempoh yang panjang. Bayu dari pantai Port
Dickson sesungguhnya bertiup sepoi-sepoi bahasa, namun fikiran saya agak berkecamuk
bercampur gusar apabila melambaikan selamat tinggal kepada mak ayah di anjung Asrama
Blok B… Inilah bermulanya detik anyaman memori indah saya di tempat pengajian yang
menjadi rumah kedua saya untuk 3 tahun yang akan datang!
Belajar, tapi tak lupa bermain…
Kelas Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) yang mana saya seorang ahlinya
memberikan gambaran masyarakat majmuk Malaysia yang ideal, dengan rakan-rakan dari
pelbagai suku kaum di negara ini. Kami bukan sahaja berdampingan sepanjang hari untuk
sesi kuliah, makmal dan bengkel, malah bersama-sama menjalani aktiviti riadah di luar
waktu belajar. Ikatan yang terjalin sesama rakan-rakan sememangnya mendalam dan
kukuh, sehinggakan hampir 15 tahun kemudian kami tetap saling menghubungi dan
bertanya khabar.
Sesi pagi lazimnya dipenuhi kuliah (macam ulat terkulat-kulat!), dan sebelah petang
kami ibarat burung dilepaskan dari sangkar dalam sesi bengkel dan makmal. Pelajar POLI
memang terkenal dengan kemahiran hands-onnya, dan sebagai pelajar Kejuruteraan Awam
yang banyak ‘bermain dengan benda kotor’, sesi-sesi ini telah membekalkan kami dengan
ilmu dan kemahiran yang berguna sehingga ke hari ini, tidak kira sama ada kami bertugas di
bidang perundingan, pembinaan ataupun pendidikan. Lagipun sesi sebelah petang ini penuh
dengan keseronokan, lebih-lebih lagi apabila terdapat ujikaji atau tugasan yang luarbiasa,
seperti membuat persampelan tanah di kawasan ladang getah, membina tembok bata
sebenar untuk kawasan beristirehat dan sebagainya.
Jadual waktu yang padat, bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, telah melatih
kami supaya fokus, berdisiplin dan tepati masa dalam proses pembelajaran. Jadual yang
padat ini juga memastikan yang kami tiada masa lapang untuk ‘tumbuh tanduk’ dan
bertindak ‘di luar batasan peraturan POLI PD’! Walau bagaimanapun, hakikatnya ialah,
jarang saya lepaskan peluang buat nakal dengan kawan-kawan di asrama…
Saya rasa warden asrama pasti tergamam mendengar ‘operasi rahsia’ yang
sebahagiannya didalangi saya ini… Contohnya, saya pernah panjat tembok di paras 2
asrama dan berjalan di pelantar di luar tingkap bilik kawan-kawan, semata-mata untuk
membuat mereka yang sedang rajin mentelaah pelajaran terperanjat dengan jelmaan di luar
3
tingkap. Pernah juga saya bersama rakan-rakan lain menggunakan ‘heater’ (yang
merupakan barang larangan di asrama) untuk memasak air di dalam bilik untuk… merebus
ikan buat bahan masakan asam laksa! ‘Jenayah’ yang paling serius pernah saya lakukan
adalah meniru Surat Amaran warden asrama untuk kenakan seorang senior yang ‘malang’,
sehinggakan senior tersebut berlari lintang pukang ke Pejabat Asrama untuk menjelaskan
kewujudan periuk nasi (yang juga merupakan barang larangan) di biliknya. Nasib baiklah
senior tu tak terjatuh tangga atau terpengsan sebelum saya menghalangnya daripada
mengadap warden!
Kalau sebut tentang main sudah pasti bekas pelajar POLI PD tidak lupa waktu-waktu
bersuka ria di kawasan pantai sepanjang Jalan Pantai di depan POLI PD. Saya masih ingat
lagi bagaimana kami cuba mengelak dari soal siasat oleh pengawal setelah basah kuyup
bermandi di laut: sarungkan baju kering di luar baju yang basah, menyorok di lantai kereta
apabila melintasi pondok pengawal, dan lebih serius lagi, terus bermalam di rumah sewa
kawan yang duduk di luar dan tidak kembali ke asrama buat malam tersebut. Penghuni
asrama mesti balik ke kampus tidak lewat dari pukul 7 malam dan untuk menyelamatkan diri
daripada dirampas kad metrik oleh pengawal kerana terlewat, kami kerap berkejaran ke
pintu masuk POLI PD dan berharap yang pengawal tidak perasan apabila kami menyelinap
masuk!
Saya bersama-sama rakan sekelas turut bergiat dalam Kelab HELWANI (Kelab Hal
Ehwal Wanita), yang menganjurkan pelbagai aktiviti di dalam dan luar kampus. Ini
termasuklah Malam Kebudayaan, Pertandingan Rekabentuk Tudung (di mana perekanya
pelajar muslim dan pemakainya pelajar bukan Islam), Pesta Pantai tahunan Port Dickson
dan sebagainya. Keterlibatan dalam kelab ini telah banyak mendedahkan saya kepada cara
operasi sesebuah kelab atau persatuan, teamwork di kalangan ahli jawatankuasa, interaksi
dengan orang luar serta bagaimana mengimbangi pelajaran dengan aktiviti luar kuliah. Di
bawah pimpinan Hjh. Hafizah, penasihat Kelab HELWANI pada masa itu, pelbagai aktiviti
telah dianjurkan, baik di dalam mahupun di luar kampus, dan semua ini bukan sahaja telah
membantu pembangunan sahsiah kami sebagai pelajar, tetapi juga telah meninggalkan
seribu satu memori yang masih menyentuh hati setiap kali disingkap tirainya.
Setelah 3 tahun “berhempas pulas” belajar dan bermain di POLI PD, akhirnya saya
berjaya menamatkan pengajian sebagai Pelajar Cemerlang Jabatan Kejuruteraan Awam
sesi tersebut. Mereka kata anugerah tersebut melambangkan seseorang pelajar yang
cemerlang pencapaiannya, baik dari segi pelajaran ataupun aktiviti ko-kurikulum. Akan tetapi
saya rasa pihak POLI PD mungkin tersilap pilih orangnya kerana saya memang cemerlang
4
pencapaiannya, cuma bidang yang dimaksudkan lebih bersifat ‘nakal’ dan ‘pencetus
masalah’! Macam manapun, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah JKA
yang telah memilih saya sebagai penerima anugerah tersebut, yang saya berbangga
sehingga ke hari ini meskipun POLI PD adalah tempat pengajian peringkat terawal saya,
iaitu peringkat diploma.
Bendera POLI PD berkibar megah…
Kini saya bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, Johor. Bidang pengajian khusus saya adalah Geoteknik atau sains kajidaya tanah.
Apa kaitannya pencapaian saya pada hari ini (yang masih jauh lagi perjalanannya) dengan
masa silam saya di POLI PD? Jawapannya ialah AMAT SIGNIFIKAN dan MENDALAM!
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tanpa POLI PD, saya tidak akan berada
di mana saya berada sekarang. Mana datangnya pokok kalau tidak disemaikan benihnya?
Mana ada pengajian di peringkat yang lebih tinggi kalau tiada bimbingan dan tunjuk ajar
yang baik di peringkat awal lagi?
Saya menyusun sepuluh jari dan meluahkan perasaan terhutang budi saya kepada
pensyarah-pensyarah POLI PD yang telah memberi tunjuk ajar yang begitu baik kepada
saya sepanjang pengajian saya di situ… Pn. Nor Azizah Ibrahim yang membuka mata saya
kepada bidang Geoteknik, dan menanamkan semangat ingin tahu yang mendalam dalam
bidang tersebut sehinggakan saya terus membuat kajian dalam bidang tanah untuk aplikasi
kejuruteraan di peringkat sarjana muda dan doktor falsafah. Tak akan saya lupa betapa
dedikasinya Pn. Azizah dalam mendidik pelajarnya, di mana pada suatu hari, saya telah
bertanyakan kepada beliau satu soalan yang agak rumit dan di luar skop silibus, tetapi
beliau telah berjanji mencarikan jawapan yang mudah saya fahami. Keesokan harinya,
seperti yang dijanjikan, jawapan Pn. Azizah ditinggalkan untuk saya di atas mejanya di
pejabat pensyarah. Komitmen dan kesungguhan pensyarah POLI PD memang terserlah,
dan saya amat bangga menggelar diri saya bekas anak didik pensyarah POLI PD, lebih-
lebih lagi bekas pelajar DKA batch pertama di POLI PD!
Terus mengejar impian…
Seperti ombak yang sampai memukul pesisir pantai, ia meninggalkan bekas dan
tanda yang ketara. Begitu juga dengan kami yang dididik di POLI PD, diletakkan harapan
agar menjadi insan yang berguna dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Tunjuk ajar dan nasihat yang saya terima di POLI PD telah membina batu asas yang kukuh
5
kepada pengajian saya yang selanjutnya, dan pada hari ini setelah tamat pengajian di
peringkat doktor falsafah, nasihat dan kata-kata peringatan itu masih terngiang-ngiang di
telinga saya…
Dalam usaha penyelidikan saya tentang ‘kejuruteraan geoteknik yang mampan’
(sustainable geotechnics), saya cuba menerapkan konsep mesra alam dan mampan,
supaya aktiviti pembangunan mengenakan impak minima terhadap keadaan alam
semulajadi. Contohnya, dalam pembinaan di kawasan tanah lembut, kaedah pengukuhan
tanah lembut dengan penambahan bahan kimia hendaklah tidak menjejaskan flora dan
fauna di kawasan sekeliling, ataupun mengancam keselamatan masyarakat setempat dari
segi pencemaran sumber air dan tanah pertanian.
Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah pula, saya
berpegang kepada prinsip mencungkil dan memupuk minat pelajar terhadap sesuatu topik,
daripada hafal mati tanpa pemahaman. Umpamanya, saya cuba menerangkan sesuatu teori
berkenaan sifat tanah dengan ilustrasi contoh kegiatan harian pelajar. Kaedah ini sedikit
sebanyak mengurangkan perasaan takut pelajar terhadap subjek Geoteknik (yang dikatakan
killer subject dalam pengajian kejuruteraan awam), seterusnya menarik minat mereka untuk
menerokai bidang ini dengan lebih lanjut lagi.
Pendek kata, seandainya saya renung sejenak, tidak sukar bagi saya nampak
bahawa cara saya bekerja pada hari ini banyak dipengaruhi cara saya dididik, khasnya
peringkat awalan pengajian saya dalam bidang ini, dan tempat pengajian saya tak lain dan
tak bukan, Politeknik Port Dickson.
Saya berharap teras semangat POLI PD dapat disebar dan diteruskan ke mana-
mana sahaja. Saya yakin bahawa graduan POLI PD, tidak kira di mana kami berada, di situ
bumi dipijak, di situlah langit dijunjung, dengan semangat POLI PD yang semakin marak.
Dan saya juga berharap dapat memberi sumbangan kepada IPT ibunda saya ini, baik dari
segi penglibatan dalam pembangunan program pengajian, kandungan silibus ataupun
projek penyelidikan, dan sebagainya. Saya yakin bahawa POLI PD akan terus mara ke
depan, dan terus menghasilkan graduan yang berkaliber, bagai fajar yang menyingsing
menggantikan kegelapan malam, penuh dengan semangat perjuangan yang kental dan tak
berganjak.
Hidup POLI PD!
Emulasi semPD: beruspensyarah y
mangat pendsaha menjayang ‘baik’.
Ch
didik di POLI di seorang
eeMing- 03
BedaDip
345- 14Mei2
ersama Pn. Aalam sesi ploma, 13 No
Bersama pInnovation menggalakberkecimpu
2009- Batu
Azizah dan Pnpembentangov 2008.
pelajar dalamFestival 2
kan pelajar ung dalam pe
Pahat, Joho
n. Norshilan gan Projek
m Research 2008, UTHMsarjana mudenyelidikan.
6
or
& M: da
Kerja bersammemuppenyelidan be
penyiasatanma pelajar papuk minat didikan secaretika.
n tapak dasca ijazah, dan komitmera bertangg
i Melaka Mei 2009: en kepada gungjawab
Kerja‐kerja merangkummasyarakatprojek kajiorganik lem
penyemi sumbt setempat ian pembinambut.
elidikan angan k(Melaka,
aan di atas
yang kepada 2009): tanah
7