universiti tun hussein onn malaysia - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun...

24
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA PENYELENGGARAAN DAN PEMULIHARAAN MASJID ABIDIN DI KUALA TERENGGANU SESI PENGAJIAN : 2017/2018 Saya, MUHAMMAD ARIF BIN MUHAMMAD NANDI, mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana Muda ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 13, LORONG HAJU HUSAIN, OFF JALAN IBRAHIM, 21100, TERENGGANU. Tarikh: Tarikh: CATATAN: ** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Upload: dinhnhan

Post on 05-May-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

PENYELENGGARAAN DAN PEMULIHARAAN MASJID ABIDIN

DI KUALA TERENGGANU

SESI PENGAJIAN : 2017/2018

Saya, MUHAMMAD ARIF BIN MUHAMMAD NANDI, mengaku membenarkan Laporan Projek

Sarjana Muda ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (√)

SULIT

TERHAD

√ TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO. 13, LORONG HAJU HUSAIN,

OFF JALAN IBRAHIM, 21100,

TERENGGANU.

Tarikh:

Tarikh:

CATATAN:

** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali

sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 2: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

PENYELENGGARAAN DAN PEMULIHARAAN MASJID ABIDIN DI KUALA

TERENGGANU

MUHAMMAD ARIF MUHAMMAD NANDI

Laporan ini dikemukakan sebagai syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DISEMBER 2017

Page 3: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

ii

PENGAKUAN

“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Penyelidik : ...……………………….…………………….

MUHAMMAD ARIF MUHAMMAD NANDI

Tarikh : ……………………………………………….

Penyelia : ….……………………………………………

DR. INDERA SYAHRUL MAT RADZUAN

Page 4: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah

Istimewa buat kedua ibubapaku,

Pn. Azlina Ahmad & En. Nandi Ali

terima kasih di atas doa dan restu yang diberikan,

Buat penyelia dihormati,

Dr. Indera Syahrul Mat Radzuan

Buat teman sekalian,

Syazwan, Nazreem Ishraf, Syukri Syukor, Tariq Mohammad,

Nadihrah Shabri, Nurafiqah Nadiah, Nurul Hidayah & Nor Nabilah

Terima kasih atas dorongan dan bantuan kepada semua yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung

Page 5: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah di atas segala limpah kurnia-Nya yang mempermudahkan

segala perjalanan saya untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya, Dr. Indera Syahrul Mat

Radzuan diatas bimbingan dan dorongan serta memperbaiki segala kekurangan

dalam penyelidikan ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang sanggup meluangkan masa untuk membantu saya melaksanakan kajian ini

terutamanya ahli pengurusan masjid dan responden yang terlibat. Tanpa jasa baik

kalian, sudah semestinya saya tidak akan mempunyai data yang lengkap bagi menulis

laporan ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya dan sahabat

handai yang telah memberi sokongan dalam membuat tesis ini. Akhir kata, sekalung

penghargaan buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung

dalam menjayakan projek sarjana muda ini.

Page 6: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

v

ABSTRAK

Penyelenggaraan bangunan adalah salah satu aspek yang sering dipandang remeh oleh

sesetengah pihak. Objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti jenis

penyelenggaraan dan pemuliharaan yang dilaksanakan di Masjid Abidin di Kuala

Terengganu, dan (ii) mengkaji permasalahan yang dihadapi semasa kerja-kerja

penyelenggaraan dan pemuliharaan Masjid Abidin. Kajian ini menggunakan kaedah

kualitatif dengan meninjau keadaan semasa Masjid Abidin di Kuala Terengganu.

Responden kajian ini adalah terdiri daripada kontraktor, jurutera, pegawai Jabatan

Kerja Raya Negeri Terengganu (JKR), dan pihak pengurusan masjid. Hasil kajian

mendapati bahawa penyelenggaraan yang dilakukan di Masjid Abidin adalah

penyelenggaraan terancang yang mana kerja tersebut dilakukan oleh pihak pengurusan

masjid dan penyelenggaraan tidak terancang yang dijalankan oleh JKR sekiranya

terdapat kerosakan yang besar dan memerlukan kos yang tinggi seperti kebocoran

yang berlaku pada bumbung masjid. Manakala masalah utama dihadapi semasa kerja

penyelenggaraan dan pemuliharaan adalah masalah pendokumentasian, kekangan

masa untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang terhad, masalah

kebersihan tapak, kos perbelanjaan dan masalah penyelarasan di antara kontraktor

dan pihak JKR. Permasalahan yang dihadapi dalam kerja penyelenggaraan masjid ini

menunjukkan bahawa ia memberi kesan kepada pihak profesional untuk melakukan

kerja penyelenggaraan dan ini menyebabkan tahap kepuasan pihak pengurusan masjid

berada di tahap yang rendah.

Page 7: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

vi

ABSTRACT

Building maintenance is one of the aspects which are often underestimated by some

parties. The objectives of this study were to (i) identify the type of maintenance and

conservation work that was implemented in Masjid Abidin in Kuala Terengganu, and

(ii) to study the problems arised during the maintenance and conservation of Masjid

Abidin. This study uses qualitative methods to explore the current state of Masjid Abidin

in Kuala Terengganu. The respondents of this study consist of contractors, engineers,

officers of the Department of Public Work (PWD), Terengganu State Government and

the management of the mosque. The study found that maintenance in Masjid Abidin was

done in planned maintenance works that was conducted by the management of the

mosque and unplanned maintenance which was carried out by PWD in the event of large

damage and requires high costs such as leakage that occurs on the mosque roof. While

the main problems occurs in maintenance and conservation work are documentation

problems, constraints of time to carry out maintenance works, site problems and

coordination between the contractors and the officer of PWD. Problems in maintening

this mosque has affected the professional to proceed with the maintenance works and

this has led to the satisfaction level by the management of the mosque which remains in

at the low levels.

Page 8: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

vii

ISI KANDUNGAN

TAJUK

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

x

xi

xii

xiii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif 6

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Susunan Bab 8

1.8 Metodologi 9

1.9 Rangka Kerja Kajian 10

1.10 Kepentingan Kajian 10

1.10.1Penyelidik 11

1.10.2 Ahli Akademik 11

Page 9: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2

2.0 Pengenalan 2

2.1 Definisi 2

2.1.1 Masjid 2

2.1.2 Penyelenggaraan 13

2.1.3 Pemuliharaan 14

2.1.4 Penyelenggaraan Bangunan Warisan 14

2.2 Pemuliharaan dan Kepentingannya 15

2.3 Komponen-Komponen Pemuliharaan 17

2.4 Jenis-Jenis Penyelenggaraan 19

2.4.1 Penyelenggaraan Terancang 20

2.4.2 Penyelenggaraan Terancang Pencegahan 20

2.4.3 Penyelenggaraan Tidak Terancang 21

2.4.4 Penyelenggaraan Pembetulan 21

2.5 Perundangan Yang Terlibat 22

2.5.1 Perundangan Dalam Negara 22

2.5.2 Perundangan Luar Negara 24

2.6 Skop Kerja Penyelenggaraan Bangunan Warisan 25

2.6.1 Servis dan Pembersihan 26

2.6.2 Penggantian 26

2.6.3 Pembaikan dan Pengubahsuaian 27

2.7 Kaedah Pemuliharaan 27

2.7.1 Pemuliharaan Bahan-Bahan Kayu 27

2.7.2 Pemuliharaan Cat Dan Warna 28

2.7.3 Penggantian Bahan-Bahan Binaan 29

2.8 Kesimpulan 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 13

3.1 Pengenalan 13

3.2 Aliran Kajian 13

3.3 Kaedah Pengumpulan Data 33

3.3.1 Data Primer 33

3.3.2 Data Sekundar 34

3.4 Instrumen Kajian 35

3.4.1 Kaedah Temubual 35

Page 10: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

ix

3.5 Responden Kajian 36

3.5.1 Populasi Kajian 36

3.6 Proses Analisis Data 38

3.6.1 Analisis Data Kualitatif 38

3.7 Kesimpulan 39

BAB 4 ANALISIS KAJIAN 32

4.1 Pengenalan 32

4.2 Pengumpulan Data 32

4.3 Latar Belakang Responden 41

4.4 Dapatan Kajian 43

4.4.1 Jenis Penyelenggaraan 43

4.4.2 Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pemuliharaan di Masjid

Abidin 46

4.4.2 Masalah Utama yang Dihadapi Semasa Kerja Penyelenggaraan

Masjid Abidin 50

BAB 5 KESIMPULAN 56

5.1 Pendahuluan 56

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 57

5.3 Rumusan Objektif Kajian 57

5.3.1 Persoalan Kajian Pertama: Apakah Jenis Penyelenggaraan dan

Pemuliharaan yang dilaksanakan di Masjid Abidin

Kuala Terengganu 57

5.3.2 Persoalan Kajian Kedua: Mengkaji Permasalahan yang

dihadapi Dalam Aspek Penyelenggaraan dan

Pemuliharaan Masjid Abidin 58

5.4 Limitasi Kajian 59

5.5 Cadangan Kajian 60

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 60

5.7 Penutup 61

RUJUKAN

LAMPIRAN

VITA

Page 11: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

x

SENARAI JADUAL

2.1 Elemen Warisan Budaya 20

2.2 Kategori Pemuliharaan Bandar 21

4.1 Latar Belakang Responden 47

4.2 Kerja-Kerja Penyelenggaraan yang dijalankan oleh

Pengurusan Masjid 53

4.3 Kerja-Kerja Penyelenggaraan yang dijalankan oleh JKR 55

4.4 Jenis Kerosakan yang berlaku dan Faktornya 49

4.5 Tahap Kepuasan Pihak Pengurusan Terhadap Kerja

Penyelenggaraan 62

Page 12: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

xi

SENARAI RAJAH

1.1 Masjid Abidin sebelum di naiktaraf 3

1.2 Masjid Abidin selepas di naiktaraf 3

1.3 Peta Lokasi Masjid Abidin 7

1.4 Aliran Kajian 10

2.1 Elemen Warisan Budaya 19

2.2 Jenis-Jenis Penyelenggaraan 22

2.3 Skop Kerja Penyelenggaraan Bangunan Warisan 29

2.4 Carta Alir Metodologi Kajian 37

2.5 Jenis Penyelenggaraan di Masjid Abidin 49

2.6 Pelan Asal Masjid Abidin 66

Page 13: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

xii

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN/ ISTILAH

APT Akta Pengambilan Tanah

BS British Standard

CIOB The Chartered Institute of Building

ICCROM International Centre for Study on Preservation and

Restoration of Cultural Property

ICOMOS International Council on Monument and Site

JKR Jabatan Kerja Raya

JWN Jabatan Warisan Negara

UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural

Organization

Page 14: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Temu Bual 65

B Kertas Seminar 72

Page 15: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kuala Terengganu adalah antara bandar yang paling istimewa di Malaysia dari segi

rupa bandarnya. Hal ini kerana kawasan ini menjadi tempat persinggahan bagi

pedagang Asia Tenggara yang membuat hubungan dagangan dengan negeri China.

Catatan Sejarah China pernah menyebut Terengganu sebagai sebuah pelabuhan yang

makmur sejak zaman pemerintahan Srivijaya lagi. Malah kedatangan awal Islam ke

negara ini pun juga dikaitkan dengan Terengganu yang membuktikan bahawa talian

hubungan Terengganu dengan Negara-negara luar telah lama wujud sejak zaman

dahulu lagi (Idid, 1995).

Kajian Inventori Bangunan Warisan Malaysia menunjukkan terdapat 264

bangunan sebelum perang di Bandar Kuala Terengganu. Jumlah ini adalah 63%

daripada jumlah bangunan sebelum perang yang terdapat di negeri Terengganu.

Sebahagian besar daripada jumlah ini adalah bangunan rumah kedai manakala

selebihnya adalah bangunan lain sebelum perang yang terdapat di bandar ini (Idid,

1995).

Langkah-langkah pemuliharaan dan penyelenggaraan bangunan-bangunan ini

perlu dilakukan agar bangunan warisan ini dikekalkan untuk dijadikan tatapan

generasi akan datang. Untuk mengekalkan bangunan warisan ini, ianya perlu melalui

proses pemuliharaan secara menyeluruh iaitu proses kerja membaik pulih dan

diselenggara secara berkala agar bangunan tersebut dapat bertahan lama sehingga

ratusan tahun dengan seboleh-bolehnya mengekalkan seni bina dan bahan asal

bangunan tersebut.

Page 16: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

2

Penyelenggaraan adalah faktor yang penting dalam memastikan jangka hayat

bangunan warisan dapat dipanjangkan sehingga ratusan tahun. Merujuk kepada

Halimaton & Ibrahim (2001) tidak kira bangunan lama atau baru sememangnya

memerlukan pengurusan yang sistematik dan penyelenggaraan yang berterusan. Jika

tidak dijaga, bangunan tersebut akan menjadi usang dan menjadi beban kepada pemilik

bangunan tersebut. Tinjauan juga mendapati bahawa terdapat bangunan-bangunan

lama yang berada dalam keadaan usang, hilang ciri-ciri keaslian pada reka bentuk, seni

bina dan bahan binaan akibat tidak diurus dan diselenggara dengan baik serta telah

diubahsuai pada skala yang menyeluruh (Azami, 2009). Kelemahan mengurus dan

menyelenggara bangunan warisan ini boleh mengakibatkan kerosakan yang serius

terhadap struktur dan fabrik bangunan tersebut (Idris, 2009). Impaknya, bangunan

warisan ini tidak selamat untuk diduduki serta berpotensi untuk dirobohkan

sebagaimana yang telah berlaku terhadap Rumah Agam Bok di Kuala Lumpur. Oleh

itu, sudah semestinya penyelenggaraan bangunan warisan haruslah dilakukan dengan

terancang demi melindungi bangunan tersebut dan dapat mengekalkan nilai seni bina

bangunan.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis

penyelenggaraan yang diaplikasikan terhadap bangunan warisan, dan mengkaji

permasalahan yang timbul dalam aspek penyelenggaraan dan pemuliharaan bangunan

warisan di bandar Kuala Terengganu.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini memberi fokus kepada masjid negeri bagi Negeri Terengganu yang terletak

di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu di mana ia masih mengekalkan warisan

seni bina islam terdahulu. Masjid ini merupakan antara masjid yang tertua yang masih

mengekalkan identiti Melayu walaupun sudah melewati beberapa zaman.

Masjid ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II di antara tahun 1793

- 1808. Asal usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan

Al-Marhum Sultan Umar, kira-kira pada tahun 1852, bangunan masjid ini telah

digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.

Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang

Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan

Page 17: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

3

demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah. Turut didirikan sebuah menara yang

tinggi dan beberapa buah kubah di atas bumbung bangunan Masjid Abidin.

Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan

awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid.

Rajah 1.1: Masjid Abidin sebelum di naiktaraf

(Sumber: Portal Rasmi Masjid Abidin, 2016)

Rajah 1.2: Masjid Abidin selepas di naiktaraf

(Sumber: Penyelidik, 2017)

Page 18: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

4

1.3 Penyataan Masalah

Umumnya hampir semua jenis bangunan tidak terlepas daripada kecacatan atau

mengalami kerosakan walaupun walaupun berbagai-bagai langkah pencegahan

diambil semasa rekabentuk dan pembinaanya. Semakin berusia suatu bangunan atau

struktur itu, semakin banyak kerosakan yang boleh dikesan (Ransom, 2002).

Penyelenggaraan adalah amat penting bagi meminimumkan kecacatan dan kerosakan

bangunan khususnya bagi bangunan berciri tradisional yang diperbuat daripada kayu.

Menurut Al-Zubaidi (1997) tujuan utama penyelenggaraan bangunan adalah

untuk mengekalkan sesebuah bangunan dalam keadaan efektif dari permulaannya.

Kecacatan atau kegagalan sesuatu bangunan, sistem dan peralatan boleh menyebabkan

kerugian kewangan, ketidak puasan penghuni serta membahayakan keselamatan dan

kesihatan penghuni.

Kerosakan bangunan yang berlaku ke atas sebahagian atau keseluruhan elemen

utama pada sesebuah bangunan bersejarah secara tidak langsung berupaya

melemahkan struktur dan fabriknya (Collings, 2016). Selain itu, ia turut merosakkan

pemandangan dan seterusnya memberikan gambaran yang negatif terhadap usaha

pemuliharaan di mata orang awam dan para pelancong dari dalam dan luar negara

lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku di kawasan tumpuan pelancongan seperti

Bandaraya Melaka dan George Town yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan

Dunia oleh (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB, UN Educational,

Scientific and Cultural Organization). Keadaan kerosakan bangunan ini sedikit

sebanyak akan memberi kesan negatif terutamanya dari segi tanggapan umum terhadap

usaha pemuliharaan yang telah dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab di

Malaysia (Khor, 2008).

Namun, kerja-kerja pemuliharaan adalah bukan suatu kerja yang mudah,

pelbagai permasalahan mungkin timbul ketika kajian terhadap kerja-kerja

pemuliharaan ini dijalankan (Ahmad, 1994). Antara permasalahan yang dihadapi

adalah seperti yang dinyatakan dibawah:

Page 19: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

5

(a) Kesukaran untuk mencari punca yang menyebabkan kecacatan pada bangunan

kajian.

(b) Kecacatan dan kemusnahan pada bangunan yang semakin menular.

(c) Kesukaran untuk menentukan bahan-bahan asli kerana telah banyak adaptasi

yang dilakukan.

(d) Kesukaran untuk membuat rujukan menjadi punca kelembapan untuk

menjalankan kerja-kerja pemuliharaan. Perkara ini berlaku disebabkan

bangunan-bangunan bersejarah ini dibina tanpa berpandukan spesifikasi

lukisan

Walau bagaimanapun, kerja pemuliharaan bangunan-bangunan warisan adalah

sangat penting kerana setiap bangunan warisan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Keunikan sesebuah bangunan tersebut dapat dilihat dari rupa seni binanya, bahan

binaan, tempat peletakannya dan corak budaya penempatannya. Ada di antara

bangunan-bangunan warisan ini menggunakan seni pertukangan yang tinggi yang

menggambarkan zaman kegemilangan kesenian tamadun Melayu. Dari seni bina

sesebuah bangunan warisan itu, seseorang akan dapat mengenali dari mana asal-usul,

pengaruh atau kesan suatu jajahan terhadap bangunan tersebut. Secara tidak

langsung, mereka akan lebih menghargai warisan sesebuah bangunan tinggalan

sejarah tersebut (Orbasli, 2008).

Tambahan pula, bangunan warisan yang telah dibaik pulih dilihat sebagai

usaha bagi mengekalkan tamadun kerana ia dapat memberi gambaran jelas tentang

susur galur persekitaran alam bina khasnya kepada generasi yang akan datang.

Menurut Orbasli (2008), selain berfungsi sebagai medium untuk mempromosikan

identiti sesebuah bandar atau negara, bangunan warisan juga dapat merangsang

ekonomi melalui aktiviti pelancongan.

Oleh itu, berdasarkan penyataan masalah di atas, penyelidik berhasrat untuk

melakukan satu kajian bertujuan untuk mengenal pasti jenis penyelenggaraan bagi

bangunan warisan dan mengkaji permasalahan dari aspek pemuliharaan dan

penyelenggaraan bangunan warisan di Kuala Terengganu.

Page 20: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

6

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini telah menggariskan beberapa persoalan kajian sebagaimana berikut:

(a) Apakah jenis penyelenggaraan yang dijalankan di Masjid Abidin Kuala

Terengganu?

(b) Apakah permasalahan yang dihadapi dalam aspek penyelenggaraan dan

pemuliharaan Masjid Abidin di Kuala Terengganu?

1.5 Objektif

(a) Mengenal pasti jenis penyelenggaraan yang dilakukan di Masjid Abidin di Bandar

Kuala Terengganu.

(b) Mengkaji masalah yang timbul semasa kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan

Masjid Abidin.

Page 21: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

7

1.6 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis penyelenggaraan yang dijalankan di

kawasan kajian dan mengkaji permasalahan yang berlaku dalam aspek pemuliharaan

dan penyelenggaraan Masjid Abidin. Hal ini bertujuan agar penambahbaikan dapat

dilakukan supaya kerja-kerja pemuliharaan dan penyelenggaraan pada masa akan

datang dapat dijalankan dengan lebih efisien.

Kawasan kajian adalah di bandar Masjid Abidin yang terletak di tengah-

tengah bandar Kuala Terengganu. Masjid ini dipilih sebagai lokasi kawasan kajian

kerana ia merupakan masjid tertua di negeri Terengganu dan masih mengekalkan

warisan seni bina tradisional. Tambahan pula, Masjid Abidin juga telah tersenarai

sebagai bangunan warisan kebangsaan pada tahun 2015 (Portal Rasmi Jabata Warisan

Negara).

Rajah 1.3: Peta Lokasi Masjid Abidin

(Sumber: Penyelidik, 2016)

Page 22: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

8

1.7 Susunan Bab

Kajian tentang penyelenggaraan dan pemuliharaan Masjid Abidin di bandar Kuala

Terengganu ini dihasilkan melalui lima fasa kajian iaitu pengenalan, kajian

literatur, kajian metodologi, analisis data dan kesimpulan dan cadangan. Kajian ini

bermula dengan bab yang pertama iaitu mencari isu permasalahan dan pemilihan

tajuk.

Seterusnya Bab 2 iaitu kajian literatur yang mengandungi maklumat dari

pelbagai sumber seperti artikel, surat khabar, jurnal dan lain lain bagi mendapatkan

bukti tentang persoalan kajian, objektif kajian dan skop kajian. Kajian literatur

merupakan sumber rujukan awal untuk sesuatu kajian.

Bab 3 pula merupakan kajian metodologi yang mengandungi metodologi yang

dijalankan untuk mendapatkan maklumat. Ini merupakan peringkat pengumpulan data

dan maklumat, maklumat dan data yang dikumpul adalah merangkumi data primer

serta sekunder.

Bab 4 merupakan analisis data yang telah dikumpul dan akan dianalisis

untuk mendapatkan gambaran mengenai objektif kajian yang dibuat. Analisis

kajian dilakukan adalah untuk mendapatkan satu keputusan yang diharapkan dari

kajian yang telah dijalankan.

Bab 5 ialah membuat rumusan dan cadangan ke atas analisis data yang

telah dibuat pada bab 4 bagi menerangkan hasil kajian secara bertulis.

Page 23: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

9

1.8 Metodologi

Metodologi kajian ini menggunakan dua kaedah bagi mendapatkan maklumat yang

diperlukan iaitu melalui kajian kes dan kajian literatur. Satu kajian lapangan telah

dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar atau senario berhubung dengan kerja

penyelenggaraan bangunan khususnya pada Masjid Abidin dan kajian lapangan

berhubung dengan kerosakan dan kecacatan pada struktur bangunan masjid berciri

tradisionalnya. Melalui kajian lapangan ini kemudiannya dianalisis untuk

mengenalpasti permasalahan yang dihadapi semasa kerja penyelenggaraan dilakukan.

Dalam proses pencarian maklumat, pelbagai kaedah digunakan samada melalui

pembacaan buku, jurnal, artikal jurnal, akhbar dan tesis terdahulu. Terdapat juga

sesetengah maklumat diperolehi daripada media elektronik seperti laman web dan

portal rasmi di internet. Segala maklumat ini akan mengguatkan lagi data-data yang

dikumpulkan seperti gambar, rajah dan jadual.

Kajian ini juga mendapatkan maklumat melalui data kualitatif yang mana

merupakan data utama kajian. Kaedah temu bual yang dijalankan kepada beberapa

orang responden yang menjadi sasaran adalah pihak yang terlibat dalam kerja

penyelenggaraan masjid-masjid ini. Data-data yang diperoleh telah dianalisis

berdasarkan jawapan daripada responden. Hasil perbualan antara responden telah

dikepilkan di ruangan lampiran untuk mendapatkan perkaitan antara data-data yang

diperolehi.

Page 24: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - …ethesis.uthm.edu.my/694/1/page 1-24.pdfuniversiti tun hussein onn malaysia pengesahan status laporan projek sarjana muda penyelenggaraan dan

10

1.9 Rangka Kerja Kajian

Rajah 1.4: Aliran Kajian

(Sumber: Penyelidik, 2017)

OBJEKTIF KAJIAN 3

Mengkaji masalah yang

dihadapi dalam aspek

penyenggaraan dan

pemuliharaan Masjid

Abidin.

OBJEKTIF KAJIAN 1

Mengenalpasti jenis

penyelenggaraan dan

pemuliharaan yang

dilaksanakan di Masjid

Abidin Kuala Terengganu.

TAJUK

Penyelenggaraan dan Pemuliharaan masjid berciri tradisional di Kuala

Terenganu

PERSOALAN KAJIAN 2

Apakah permasalahan yang dihadapi

dalam aspek penyelenggaraan dan

pemuliharaan Masjid Abidin?

SKOP KAJIAN Masjid Abidin

METODOLOGI KAJIAN

.

PENGUMPULAN DATA

.

- Laman web

- Tesis

terdahulu

- Bahan

bercetak lain

Kaedah

-Temu bual pihak terlibat

PERSOALAN KAJIAN 1

Apakah jenis penyelenggaraan dan

pemuliharaan yang dilaksanakan di

Masjid Abidin Kuala Terengganu?

DATA

SEKUNDER

DATA

PRIMER

ANALISIS DATA

.

HASIL KAJIAN

.

KESIMPULAN DAN

KAJIAN

.