universiti teknologi malaysia - fp.utm.my zuriaty binti ismail.tp.pdf · wan ahmad afnan, wafiy...

35
STRES DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA WAN ZURIATY BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuquynh

Post on 08-Jun-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

STRES DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA

WAN ZURIATY BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

ii

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling).”

Tandatangan :………………………………………………………

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Syed Mohamed Shafeq Bin Syed

Mansor

Tarikh :…………………………………………..

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

iii

STRES DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA JOHOR

WAN ZURIATY BINTI ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2012

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………………..

Nama Penulis : WAN ZURIATY BINTI ISMAIL

Tarikh : …………………………………………..

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

v

DEDIKASI

Khas buat suami tercinta, Manaf bin Saffie,

Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kesabaranmu

Untuk Ma dan Abah tersayang,

Terima kasih atas jasa, doa, didikan dan asuhanmu,

terlalu bermakna buat diriku dan tidak ternilai dengan wang ringgit untuk

membalasnya.

Buat cahaya permataku yang banyak bersabar menemani diriku,

Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan

Berusahalah mengejar ilmu,

Agar berjaya di dunia akhirat, dan jadilah anak-anak yang soleh.

Buat penyeliaku yang banyak membantu,

Prof Madya Dr. Syed Mohamed Shafeq bin Syed Mansor

Buat semua pensyarah yang telah mengajarku sepanjang tempoh pengajian di

Universiti Teknologi Malaysia,

Buat sahabat-sahabatku di SMK Seri Pinang,

Semangat dan sokongan kalian pendorong kejayaanku

Terima Kasih di atas segala sokongan, semangat dan tunjuk ajar yang dicurahkan.

Allah jua yang membalas segala budi dan jasa kalian.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan

keizinanNya, akhirnya dapat jua saya menyempurnakan kajian ini sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling).

Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada Prof.

Madya Dr. Syed Mohamed Shafeq b. Syed Mansor selaku penyelia projek sarjana ini, di

atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang telah diberikan di

sepanjang tempoh penulisan kajian ini, hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu

membalasnya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada semua

pensyarah yang telah banyak memberikan ilmu dan panduan di sepanjang pengajian

saya tanpa mengira penat, lelah dan jemu untuk mendidik saya. Tidak lupa juga kepada

sahabat-sahabat di SMK Seri Pinang, tanpa sokongan dan semangat kalian saya tidak

akan berada pada tahap kejayaan ini.

Terima kasih juga saya tujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia,

sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya, dan responden-responden yang te.lah

memberikan kerjasama bagi menjayakan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga

kepada suami dan ibu bapa tersayang, rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menyempurnakan

kajian ini. Sekian, terima kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui stres dalam kalangan guru bimbingan dan

kauseling sekolah menengah daerah Kulaijaya. Kajian telah melibatkan 15 buah

sekolah menengah daerah Kulaijaya. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu

mengenalpasti tahap dan punca yang boleh menyebabkan stres dalam kalangan

guru bimbingan dan kaunseling sekolah, mengenalpasti perbezaan yang

signifikan stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah dari

segi faktor demografi iaitu jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman,

Mengenalpasti kesan stres ke atas guru bimbingan dan kaunseling. Soal selidik

telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Seramai 28

orang responden terlibat dalam kajian ini di mana kaedah persampelan rawak

bertujuan digunakan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi

16.0. Teknik statistik seperti pemeratusan dan min telah digunakan bagi analisis

deskriptif manakala teknik statistik ujian-t dan anova sehala digunakan untuk

mengetahui perbezaan punca stres dengan faktor demografi. Secara

keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan guru-guru bimbingan dan

kaunseling sekolah menengah daerah Kulaijaya menghadapi stres pada aras

sederhana yang mana punca yang utama dikenalpasti adalah faktor hubungan

interpersonal diikuti faktor peraturan sekolah dan akhir sekali faktor pengurusan

masa. Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi beberapa cadangan telah

dikemukakan untuk memperbaiki aspek-aspek tertentu.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

viii

ABSTRACT

The purpose of this research is to look at the secondary school district Kulaijaya

Johor. The research involves three objective whereby first objective is to identify

level and factor of stress. Secondly, to identify the difference of level of stress

among counselors according to demographic and lastly to identify the impact of

stress. Questionnaire was used as the research instrument to know the responden

feedback. A sample of 28 counselors which was selected through random

purposely sampling . data collected were analyzed by SPSS software version

16.0. Techniques such as percentages and mean were used for descriptive

statistic and t-test and one way anova were applied to see the difference. For

overall, result, shows the secondary school of counselors at Kulaijaya district are

facing a moderate kind of stress whereby the main causes of stress was the

interpersonal relationship, followed by the school rules and lastly was the time

management. From this research, some suggestions had been given to improve

the research findings.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN THESIS

PENGAKUAN PENSYARAH ii

HALAMAN JUDUL iii

PENGAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

x

1.7.1 Pentadbir Sekolah 9

1.7.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling 9

1.7.3 Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian 9

Pelajaran Malaysia

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Batasan Kajian 11

1.10 Definisi Istilah 12

1.10.1 Stres 12

1.10.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling 13

1.10.3 Punca-Punca Stres 13

1.10.4 Beban Tugas 14

1.11 Rumusan 15

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kerangka Konsep dan Teori 16

2.2.1 Definisi Stres 17

2.2.2 Faktor Stres 18

2.2.3 Teori Keperluan Hierarki Maslow 19

2.2.4 Kesan Stres dan Cara Mengatasinya 22

2.3 Rumusan 24

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xi

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27

3.4 Instrumen Kajian 28

3.4.1 Bahagian A: Maklumat Latar Belakang 29

Responden

3.4.2 Bahagian B: Indeks Punca Stres 29

3.4.2.1 Cara Pemarkatan Indeks Punca Stres 32

3.4.3 Bahagian C: Indeks Tahap Stres 35

3.4.3.1 Cara Pemarkatan Indeks Tahap Stres 36

3.4.4 Bahagian D: Indeks Kesan Stres 37

3.4.4.1 Cara Pemarkatan Indeks Kesan Stres 38

3.5 Prosedur Kajian 39

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 40

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Data Mengenai Latar Belakang Responden 46

4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 46

4.2.2 Analisis Responden Mengikut Umur 47

4.2.3 Analisis Responden Mengikut Pengalaman 47

4.2.4 Analisis Responden Mengikut Tahap Pendidikan 48

4.3 Analisis Data Bahagian B 49

4.3.1 Analisis Deskriptif Punca Peraturan Sekolah 49

4.3.2 Analisis Deskriptif Punca Pengurusan Masa 53

4.3.3 Analisis Deskriptif Punca Hubungan Interpersonal 56

4.4 Analisis Data Bahagian C 61

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xii

4.4.1 Analisis Deskriptif Mengenai Tahap Stres 61

4.5 Analisis Data Bahagian D 63

4.5.1 Analisis Deskriptif Mengenai Kesan Stres 63

4.6 Analisis Deskriptif Tahap Stres Responden Mengikut 66

Faktor Punca

4.6.1 Analisis Deskriptif Tahap Stres Mengikut Punca 67

Stres dari Aspek Peraturan Sekolah

4.6.2 Analisis Deskriptif Tahap Stres Mengikut Punca 68

Stres dari Aspek Pengurusan Masa

4.6.3 Analisis Deskriptif Tahap Stres Mengikut Punca 69

Stres dari Aspek Hubungan Interpersonel

4.7 Analisis Deskriptif Kesan Stres Bagi Keseluruhan 70

Responden

4.7.1 Analisis Deskriptif Kesan Stres 70

4.8 Analisis Inferensi Perbezaan 71

4.8.1 Analisis Perbezaan Tahap Stres Dengan Jantina 71

4.8.2 Analisis Perbezaan Tahap Stres Dengan Umur 72

4.8.3 Analisis Perbezaan Tahap Stres Dengan Tahap 72

Pendidikan

4.8.4 Analisis Perbezaan Tahap Stres Dengan Pengalaman 73

4.9 Rumusan 74

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Rumusan Kajian 76

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 77

5.3.1 Perbincangan Maklumat Latar Belakang Responden 77

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xiii

5.3.2 Perbincangan Faktor Punca Stres Dalam Kalangan 78

Guru Bimbingan dan Kaunseling

5.3.2.1 Faktor Punca Hubungan Interpersonal 79

5.3.2.2 Faktor Punca Peraturan Sekolah 80

5.3.2.3 Faktor Punca Pengurusan Masa 82

5.3.3 Perbincangan Analisis Tahap Stres Dalam Kalangan 83

Guru Bimbingan dan Kaunseling

5.3.4 Perbincangan Analisis Perbezaan Tahap Stres Secara 83

Keseluruhan Dengan Faktor Demografi

5.3.4.1 Perbincangan Analisis Perbezaan Tahap Stres 84

Secara Keseluruhan Di Antara Jantina, Umur,

Tahap Pendidikan dan Pengalaman

5.3.5 Perbincangan Analisis Perbezaan Kesan Stres Secara 85

Keseluruhan

5.4 Cadangan Tindakan 85

5.4.1 Tindakan Kepada Para Guru Bimbingan dan 86

Kaunseling

5.4.2 Tindakan Kepada Pentadbir 86

5.4.3 Tindakan Kepada Pihak Kementerian Pelajaran 87

Malaysia

5.5 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 88

5.6 Rumusan 89

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Keseluruhan Sampel Mengikut Sekolah 27

3.2 Kategori Skala Likert Lima Mata 30

3.3 Skala Likert Lima Mata 32

3.4 Item Positif dan Negatif 33

3.5 Skor Bagi Jawapan Respondan 34

3.6 Skor Indeks Punca Stres 35

3.7 Skala Likert Lima Mata 36

3.8 Cara Pemarkatan Indeks Tahap Stres. 36

3.9 Skala Likert Lima Mata 38

3.10 Cara Pemarkatan Indeks Kesan Stres 39

3.11 Nilai Pekali Alpha Bagi Setiap Konstruk 41

3.12 Perkaitan Objektif Kajian dengan Statistik 43

4.1 Analisis Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.3 Analisis Taburan Responden Mengikut Pengalaman 48

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xv

Bekerja

4.4 Analisis Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 48

4.5 Taburan Maklumbalas Terhadap Setiap Item Peraturan 50

Sekolah

4.6 Taburan Maklumbalas Terhadap Setiap Item Pengurusan 53

Masa

4.7 Taburan Maklumbalas Terhadap Setiap Item Hubungan 56

Interpersonel

4.8 Ringkasan Purata Min Bagi Faktor-Faktor Punca Stres 59

4.9 Skor Punca Stres 60

4.10 Taburan Maklumbalas Setiap Item Terhadap Tahap Stres. 61

4.11 Taburan Maklumbalas Terhadap Setiap Item Bagi 63

Kesan Stres

4.12 Taburan Stres Responden dari Aspek Peraturan Sekolah 67

4.13 Taburan Stres Responden dari Aspek Pengurusan Masa 68

4.14 Taburan Stres Responden dari Aspek Hubungan 69

Interpersonel.

4.15 Taburan Kesan Stres Dalam Diri Responden 70

4.16 Analisis Ujian-t Perbezaan Tahap Stres Dengan Jantina 71

4.17 Analisis Anova Perbezaan Tahap Stres Dengan Umur 72

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xvi

Responden

4.18 Analisis Ujian-t Perbezaan Tahap Stres dengan 72

Tahap Pendidikan

4.19 Analisis Ujian-t Perbezaan Tahap Stres dengan 73

Tahap Pendidikan

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Stres Kerja Riggio 19

2.2 Model Teori Hierarki Keperluan Maslow 22

3.1 Prosedur Kajian Yang Dijalankan 40

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xviii

SENARAI SINGKATAN

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for The Social Sciences

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 95

B Surat Kebenaran Dari Eras 96

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xx

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan

mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini

amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini

menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan atau

lebih dikenali sebagai “stres”. Menurut Hatta Sidi dan Hatta Shaharom (2002) stres

merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia

berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi

masyarakat negara ini. Stres biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam

keadaan yang tidak meyeronokkan.

Charlesworth dan Nathan (1982) menamakan abad ke20 ini sebagai “Abad

Tekanan”. Ini kerana tekanan hidup merupakan satu punca masalah kehidupan yang

paling kerap dihadapi oleh manusia pada zaman ini. Malahan di Malaysia, pakar sakit

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxi

jiwa berkata yang “penyakit jiwa seperti tekanan jiwa, perasaan kesugulan, ketagihan

arak, ubat-ubatan dan dadah serta cemas dan khuatir kian meningkat sejak 10 tahun

lepas” (Utusan Malaysia,23/11/88 hlm 9). Dengan itu adalah amat perlu untuk kita

mengkaji fenomena ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas dan dapat

membantu kita mengelakkan diri daripada tekanan.

Cox (1978) menyatakan bahawa lain orang akan memberi tindak balas yang

berlainan terhadap satu bentuk tekanan yang sama. Selye (1980) menyatakan pada

asasnya, terdapat empat bentuk tekanan iaitu tekanan yang berlebihan, kurang tekanan,

tekanan yang baik dan berguna serta tekanan yang memudaratkan. Setiap seorang

mendekati sesuatu rangsangan daripada pelbagai sudut, ada yang melihatnya sebagai

tekanan yang tidak member apa-apa manfaat dan ada yang menggunakan tekanan

tekanan yang dihadapi dengan sepenuhnya. Oleh itu, manusia perlu mengetahui faktor-

faktor yang menyebabkan tekanan, kesan-kesannya serta cara mengurus tekanan yang

dihadapi.

Profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh

mencabar. Sebagai tenaga pengajar dan pendidik, mereka seharusnya peka dengan

perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan

pencapaian matlamat pendidikan. Justeru itu, dengan perlaksanaan berbagai-bagai

reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-

guru lebih mencabar.

Di Malaysia perlantikan kaunselor pelajar sepenuh masa baru sahaja

dilaksanakan. Jawatan kaunselor ini telah dikeluarkan secara perjawatan ‘over and

above’ norma peruntukan jawatan sekolah seperti yang diperuntukkan dalam (326) 95

ABM 96. Kelulusan ini juga telah diberi oleh Y.B Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul

Razak, Menteri Pendidikan Malaysia melalui minit beliau bertarikh 14 Disember 1995

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxii

dan diumumkan melalui akhbar-akhbar tempatan serta media elektronik pada 7 Februari

dan 8 Februari 1996. Guru-guru yang dilantik sebagai kaunselor pelajar sepenuh masa

mempunyai kelulusan samada di peringkat Ijazah Bimbingan dan Kaunseling, Diploma

Psikologi (Kaunseling) ataau Sijil Kaunseling.

Dengan bermulanya perlantikan jawatan berikut sejumlah 2303 jawatan

kaunselor sepenuh masa diluluskan pada tahun 1996. Serentak dengan perlantikan itu

garis panduan mengenai senarai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh

kaunselor diedarkan oleh pihak kementerian pendidikan ke sekolah-sekolah. Terdapat

22 tugas yang perlu dilaksanakan oleh kaunselor di samping dipertanggungjawabkan ke

atas 5 bidang iaitu akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental,,

keibubapaan serta masalah pelajar. Bagi setiap bidang, terdapat input-input serta

kaedah-kaedah yang perlu diikuti seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pendidikan. Pihak pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar serta ibu bapa mula meletakkan

harapan untuk melihat perubahan positif di sekolah samada dari segi pencapaian

pelajaran, motivasi pelajar serta sikap pelajar-pelajar.

Kebanyakkan guru-guru serta anggota masyarakat menganggap jawatan

kaunselor sepenuh masa ini adalah merupakan pekerjaan yang paling mudah serta

menyeronokkan kerana hanya perlu mendengar luahan perasaan pelajar-pelajar serta

menasihati mereka, di smping itu kaunselor tidak perlu mengajar, menyemak buku dan

menanda kertas peperiksaan.

Tetapi sejak akhir-akhir, selepas dua tahun perlaksanaan jawatan kaunselor ini,

mula terdengar sungutan dan keluhan kaunselor mengenai tekanan dalam pekerjaan

terutama beban kerja berlebihan samada di peringkat sekolah, zon, jabatan maupun

kementerian. Pandangan negative dan sikap tidak mahu membantu pentadbir serta guru-

guru terhadap diri mereka, tempat kerja yang sempit dan panas tidak selesa bagi mereka

menjalankan tugas, masa bekerja terlalu panjang serta memenatkan fizikal dan mental

mereka.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxiii

Berdasarkan keluhan dan sungutan guru bimbingan dan kaunseling pelajar

sepenuh masa, maka pengkaji merasakan kemungkinan besar guru bimbingan dan

kaunseling menghadapi tekanan pekerjaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Hidup di dunia moden yang penuh canggih ini, banyak tuntutannya (Jurnal

Guru,1996). Golongan guru juga tidak terkecuali dari tuntutan suasana persekitaran

yang silih berganti. Mokhtar ahmad (1998), menyatakan bahawa profesion yang

disandang oleh guru semakin menjadi satu bebanan kepada mereka dari aspek fisiologi

dan psikologi.

Walaupun guru bimbingan dan kaunseling merupakan individu yang dirujuk

ketika menghadapai masalah, namun begitu profesion ini tidak terlepas daripada

dihimpit tekanan dalam tugas mereka.Perlaksanaan tugas kaunseling banyak

memberikan cabaran. Kaunselor sekolah bukan sahaja menyelesaikan masalah di dalam

sekolah malahan diluar sekolah. Namun begitu, pentadbiran sekolah masih lagi

membebani mereka dengan kerja diluar bidang mereka seperti kerja-kerja perkeranian,

guru ganti, dan guru matapelajaran. Masih ramai lagi pentadbir di banyak buah sekolah

yang keliru dengan tugas sebenar guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Selain

daripada masalah yang disebutkan, mereka juga ditekankan lagi dengan tugas untuk

menyemak buku latihan, membuat persediaan mengajar, membuat minit mesyuarat,

mengisi borang, menjadi guru penasihat persatuan, kelab dan sukan.

Namun begitu, dalam perspektif pendidikan, sejak tahun lapan puluhan

Kyriacou (1987) telah menjelaskan bahawa terdapat bukti yang kukuh menunjukkan

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxiv

stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru.

Seterusnya kajian Jamaliyah (1999) juga menunjukkan stres membawa risiko ke atas

kesihatan seseorang guru. Di samping itu, menurut kajian Ali Murat Sunbul (2003)

pula, terlalu banyak stres yang dihadapi oleh guru juga boleh mendatangkan pelbagai

kesan yang negatif dan boleh menggangu prestasi serta kepuasan kerja seseorang guru.

Oleh itu, setiap masalah perlu dikenalpasti lebih awal. Pihak-pihak yang

berwajib perlu mengambil inisiatif yang bijak dan segera bagi mengatasi permasalahan

stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah bagi meningkatkan

mutu dan kualiti yang dapat dihasilkan oleh dunia pendidikan untuk melahirkan modal

insan yang berkualiti dan berdaya saing serta dapat memimpin negara menjadi terkenal

di mata dunia. Justeru, kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti punca-punca yang

menyebabkan tekanan dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling serta langkah-

langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam zaman yang mencabar ini, stres sebenarnya bukanlah suatu yang luar

biasa kerana ia merupakan sesuatu fenomena yang tidak dapat dielakkan dalam

kehidupan seharian manusia. Stres mudah berlaku kepadda sesiapa tanpa mengira usia

dan status seseorang. Stres boleh dialami oleh golongan pekerja, pelajar dan kepada

sesiapa sahaja. Stres kini diibaratkan sebagai pengalaman global yang dilalui oleh

manusia sejagat, tidak mengira peringkat umur, bangsa dan latar belakang keluarga atau

budaya seseorang. (Ruzana et al dalam Azizi dan Norliza, 2009 )

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxv

Menurut Robert (1987), kaunselor mempunyai lima tanggungjawab yang besar

iaitu bertanggungjawab kepada para pelajar, tanggungjawab kepada ibubapa,

tanggungjawab kepada rakan sekerja dan rakan professional lain, tanggungjawab

terhadap sekolah dan masyarakat serta tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Memandangkan jawatan kaunselor ini merupakan penjawatan baru, banyak

pihak yang tidak faham dengan peranan dan tanggungjawab seorang kaunselor.

Kaunselor pasti akan dilanda tekanan sekiranya jawatan ini tidak diuruskan dengan

bijak oleh pihak pengurusan dan pentadbiran.

Atas sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap stres kaunselor-

kaunselor sekolah. Penyelidik juga ingin mengetahui punca dan faktor yang

menyebabkan stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling serta kesan-kesan

stres yang akan timbul ke atas mereka.

Maka adalah penting kajian ini dijalankan kerana menurut Matteson dan

Ivancevich (1989), tekanan terhadap pekerjaan dalam sesebuah organisasi menyebabkan

masalah kepontengan, bertambahnya kos pembiayaan kesihatan, pengurangan dalam

kualiti dan kuantiti pengeluaran serta akan mengakibatkan masalah fisiologikal seperti

sakit kepala, peningkatan kadar denyutan jantung serta tekanan darah meningkat.

1.4 Objektif Kajian

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxvi

Kajian ini dijalankan dalam kalangan kaunselor sekolah. Pengkaji

menyenaraikan tiga objektif kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap dan punca yang boleh menyebabkan stres dalam

kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah.

1.4.2 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan stres dalam kalangan guru

bimbingan dan kaunseling sekolah dari segi faktor demografi iaitu

jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman.

1.4.3 Mengenalpasti kesan stres ke atas guru bimbingan dan kaunseling

sekolah menengah.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah

dibina iaitu:

1.5.1 Apakah punca dan tahap stres yang boleh menyebabkan stres dalam

kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah?

1.5.2 Apakah terdapat perbezaan stres dalam kalangan guru bimbingan dan

kaunseling sekolah dari segi faktor demografi iaitu jantina, umur dan

pendidikan?

1.5.3 Apakah kesan stres ke atas guru bimbingan dan kaunseling sekolah?

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxvii

1.6 Hipotesis Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa hipotesis seperti berikut:

Berdasarkan kepada objektif kedua iaitu mengenalpasti perbezaan stres dalam kalangan

guru-guru bimbingan dan kaunseling dari segi faktor demografi iaitu jantina, umur,

tahap pendidikan dan pengalaman. Hipotesis-hipotesis nol akan diuji dalam kajian ini

adalah seperti berikut:

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam punca stres berdasarkan jantina.

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam punca stres berdasarkan umur.

Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam punca stres berdasarkan tahap

pendidikan.

Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam punca stres berdasarkan

pengalaman.

1.7 Kepentingan Kajian

Di Malaysia kajian tentang tekanan pekerjaan masih merupakan satu bidang

kajian yang baru dan belum diterokai dengan sepenuhnya. Setakat ini kajian mengenai

tekanan dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling masih belum dijalankan lagi.

Di Barat, banyak kajian tentang stres telah dilakukan tetapi kebanyakkannya memfokus

kepada tekanan kerja pada tahap professional atau eksekutif (Cooper et al, 1998).

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxviii

Kajian mengenai stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah juga

tidak ditemui.

Dapatan kajian Rosli (1997) mengenai sikap guru dan pelajar terhadap

perkhidmatan kaunseling di sekolah mendapati kaunselor menghadapi tekanan yang

rendah atau sederhana sahaja. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah

di antara sikap guru dan pelajar dengan tahap tekanan dalam kalangan guru bimbingan

dan kaunseling. Diharapkan hasil kerja kajian ini dapat menjadi panduan berguna

kepada pihak-pihak tertentu. Antaranya ialah:

1.7.1 Pentadbir Sekolah

Kajian ini dapat membantu pihak pentadbiran sekolah untuk memastikan guru

bimbingan kaunseling yang tertekan dan mengalami masalah. Ini kerana corak

pentadbiran sesebuah sekolah amat mempengaruhi tekanan kerja yang dialami oleh

mereka. Justeru, dengan adanya kajian ini pihak pentadbiran sekolah akan dapat

memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada permasalahan guru bimbingan dan

kaunseling ini.

1.7.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling

Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan berguna kepada mereka yang

memikul tanggungjawab besar menyempurnakan beban tugasnya. Ini kerana golongan

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxix

kauselor merupakan orang yang memberikan peranan yang besar terhadap penapaian

sekolah dari segi akademik, sahsiah dan minda pelajar. Sekaligus membantu

meningkatkan prestasi dan membebaskan diri mereka daripada tekanan serta

memperlihatkan khidmat cemerlang yang dapat memanfaatkan semua pihak.

1.7.3 Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia

Diharapkan juga hasil kajian ini dapat meningkatkan kesedaran pihak

berkepentingan seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil sebarang

tindakan bagi mengatasi stres dalam kalangan kaunselor sekolah. Di samping itu, pihak

pentadbiran boleh juga merancang program atau akiviti yang bersesuaian bagi

mengatasi masalah ini.

Selain itu, diharapkan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada

semua pihak yang berkepentingan agar lebih peka dan dapat mengatur strategi tertentu

bagi mengurangkan stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah serta

sekaligus dapat mengatasinya.

Akhir sekali, hasil kajian ini juga dapat menambahkan literature kajian yang

lebih mendalam dalam bidang akademik mengenai stres dalam kalangan kaunselor

sekolah di Malaysia. Ini dapat membantu pengkaji-pengkaji lain untuk menjalankan

kajian dengan lebih sempurna dan lengkap.

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxx

1.8 Skop Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang punca stres, tahap stres dan

akibat stres guru bimbingan dan kaunseling sekolah. Fokus pengkaji adalah kepada stres

seorang guru bimbingan dan kaunseling. Sepertimana yang diketahui seorang guru

bimbingan dan kaunseling banyak menolong untuk menyelesaikan masalah pelajar-

pelajar dan mengendalikan banyak program dan lain-lain. Justeru itu, keadaan ini

sedikit sebanyak mendatangkan tekanan dalam diri mereka. Kajian ini akan menyelidik

tahap stres seorang guru bimingan dan kaunseling serta mengkaji tentang akibat

daripada stres itu.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan 30 orang guru bimbingan dan kaunseling dilima

belas buah sekolah di daerah Kulaijaya, Johor. Borang soal selidik diedarkan bagi

mengumpul data dan maklumat dari respondan. Kajian yang dijalankan merangkumi

punca dan tahap stres serta kesannya dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling.

Aspek-aspek yang menjadi persoalan dalam kajian ialah punca stres guru

bimbingan dan kaunseling, tahap stres, dan kesan atau akibat dari stres tersebut adalah

terbatas kepada apa yang didefinisi secara operasional dalam kajian ini sahaja.

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxxi

Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam analisis bagi menjawab

persoalan kajian adalah terhad kepada apa yang dinyatakan di dalam instrumen kajian

sahaja. Kajian secara tinjauan dijalankan sekali sahaja dalam tempoh tertentu

menggunakan temubual bagi mendapatkan data-data kajian.

Dapatan kajian ini juga sangat bergantung kepada kejujuran guru-guru

bimbingan dan kaunseling yang terbabit sebagai responden dalam memberikan jawapan

yang tepat dan benar kepada temubual yang dikemukakan. Responden diberi jaminan

bahawa respon mereka dalam kajian ini adalah dirahsiakan. Kesahan dan

kebolehpercayaan sangat bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran jawapan

responden.

1.10 Definisi Istilah

Terdapat beberapa definisi operasional dan huraian konsep bagi istilah-istilah

yang terdapat dalam kajian ini:

1.10.1 Stres

Menurut Harussani Zakaria (2004) perkataan stres sebenarnya berasal daripada

perkataan eustres yang bermaksud dapat meneysuaikan diri atau stres yang membina. Ia

juga berasal daripada pekataan distres iaitu tidak dapat menyesuaikan diri ataupun dapat

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxxii

merosakkan diri. Oleh itu, stres adalah situasi yang boleh menganngu dan ataupun

membina kehidupan seharian.

Perkataan stres berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ketat” atau

“tegang”. Menurut Selye (1979), “Stres is any kind of pressure that’s affects a person in

his daily life. This effect may be healthy or unhealthy depending on his reaction to the

stres faktor.”

Times Lingua Dictionary (1992) mendefinisikan stres sebagai perasaan bimbang

atau risau yang dialami oleh seseorang yang berpunca dari sesuatu peristiwa yang

berlaku dalam kehidupan.

Menurut Noornazifa (2008) stres diertikan sebagai perbezaan antara keadaan

yang seseorang hasilkan dengan keadaan yang diingininya. Menurut Jamsiah, Noor

Hassim dan Rosnah (2010) pula, stres didefinisikan sebagai interaksi antara permintaan

persekitaran dengan keupayaan individu untuk menangani permintaan tersebut tanpa

melebihi hadnya atau boleh ditafsirkan sebagai kuasa luar atau desakan yang

mempengaruhi fizikal individu.

1.10.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling

Satu surat pekeliling telah dikeluarkan iaitu KP8548/1/(25) dan telah diedarkan

ke setiap sekolah di seluruh Malaysia. Surat pekeliling ini adalah untuk memaklumkan

kepada pengetua-pengetua sekolah bahawa di setiap sekolah diperuntukkan dua orang

guru yang dilatih khas dalam bidang bimbingan pendidikan. Mereka ini

dipertanggungjawabkan agar berkerjasama dengan pengetua sekolah bagi

menghasilkan satu program bimbingan di sekolah.

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxxiii

Guru-guru yang terlibat dalam program ini disarankan hanya diberi 50%

masa mengajar dan dikecualikan daripada sebarang kegiatan kokurikulum. Sekolah

dibenarkan menggunakan peruntukan kewangan yang diberikan setiap tahun untuk

menampung perbelanjaan kewangan aktiviti-aktiviti bimbingan yang dikendalikan.

Sekolah juga dikehendaki menyediakan satu ruangan papan kenyataan untuk

program bimbingan ini, satu bilik khas yang berasingan bagi melaksanakan sesi

kaunseling dan juga untuk pameran bukubuku, majalah dan pamplet untuk

kegunaan guru-guru serta pelajar-pelajar di sesebuah sekolah. Mereka inilah yang

dipanggil sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling.

1.10.3 Punca-Punca Stres

Punca-punca stres bermaksud sebab yang menjadi asas, asal mula, pokok

pangkal terjadinya keadaan stres. Antara faktor yang menjadi punca stres dalam

kalangan guru bimbingan dan kaunseling ialah karenah pelajar yang pelbagai-pelbagai,

beban kerja yang berlebihan, keadaan tempat kerja yang tidak selesa, pengurusan

pentadbiran pihak sekolah dan perhubungan dengan ibu-bapa.

Punca-punca stres juga ialah perkara, suasana atau peristiwa yang boleh

menyebabkan gangguan tingkah laku, psikologi dan fisiologikal seseorang. Ia dikaji

dari aspek bebanan tugas, salah laku pelajar, kekangan masa dan pengursan

peentadbiran.

Page 34: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxxiv

1.10.4 Beban Tugas

Merujuk kepada beban tugas seorang guru bimbingan dan kaunseling yang

memberikan perkhidmatan sepenuh masa dalam bembingan dan kaunseling di sekolah

mengikut waktu persekolahan sama seperti guru matapelajaran biasa. Guru bimbingan

dan kaunseling ini juga diberikan lapan bidang tugas utama antaranya ialah

perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok, kerjaya, akademik, psikososial dan

kesejahteraan mental, keibu-bapaan dan lain-lain lagi. Mereka juga terlibat dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hanya merangkumi tajuk-tajuk yang tertentu

sahaja.

Page 35: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Zuriaty Binti Ismail.TP.pdf · Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan Berusahalah mengejar ilmu, Agar berjaya di dunia akhirat, dan

xxxv

1.11 Rumusan

Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengkaji punca stres, tahap stres

dan kesan stres ke atas guru bimbingan dan kaunseling yang telah dilantik di sekolah-

sekolah yang telah dikaji. Setelah mengenal pasti latar belakang masalah, penyataan

masalah dan menentukan objektif serta menyatakan persoalan kajian, maka dalam Bab

II nanti akan memaparkan beberapa hasil kajian, kenyataan laporan dan kajian lepas

berkaitan dengan stres guru bimbingan dan kaunseling sekolah.