universiti teknologi malaysia...2021/05/20  · mesyuarat senat bil universiti teknologi malaysia ....

21
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MESYUARAT SENAT BIL. 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA CADANGAN SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (PENGUKURAN DAN PENILAIAN) (KELULUSAN) DISEDIAKAN OLEH FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Upload: others

Post on 27-Jul-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MESYUARAT SENAT

BIL. 01/2020/2021

PADA 28 OKTOBER 2020

KERTAS KERJA

BIL. 01/2020/2021/16

KERTAS KERJA CADANGAN SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (PENGUKURAN DAN PENILAIAN)

(KELULUSAN)

DISEDIAKAN OLEH

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA
Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

KERTAS KERJA CADANGAN PERMOHONAN SEMAKAN KURIKULUM UNTUK KELULUSAN MESYUARAT SENAT

CADANGAN SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM

SARJANA PENDIDIKAN (PENGUKURAN DAN PENILAIAN)

BIL. ITEM PERINCIAN MAKLUMAT/KEPERLUAN

1.

UNIVERSITI AWAM

Universiti Teknologi Malaysia

2.

TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kelulusan Mesyuarat Senat mengenai cadangan semakan kurikulum program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian)

3. VISI, MISI & MATLAMAT PENDIDIKAN UNIVERSITI

3.1 Visi Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk menjadi sebuah

institusi akademik dan penyelidikan utama dunia, cemerlang

dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

3.2 Misi Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk menjadi

peneraju dalam pembangunan bakat holistik dan teknologi

berinovasi untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.

3.3 Matlamat Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia adalah

untuk:

i) Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam

pelbagai bidang pengajian, amalan penyelidikan dan

profesional yang bersesuaian serta proses-proses

pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian

masalah untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.

ii) Mempamerkan taraf etika yang tinggi, watak positif, dan

tanggungjawab sosial.

iii) Menghayati dan sentiasa berpandukan nilai-nilai teras

Universiti Teknologi Malaysia iaitu integriti, sinergi,

kecemerlangan dan kelestarian.

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

iv) Berkomunikasi dan bekerjasama secara berkesan dengan

ahli profesional yang lain serta masyarakat.

v) Menunjukkan keupayaan untuk belajar dan meningkat

secara profesional dan seterusnya menyumbang kepada

pembangunan sains, teknologi dan kejuruteraan.

4. BIDANG TUJAHAN UNIVERSITI

• Kejuruteraan

• Sains dan Teknologi

• Alam Bina dan Sains Sosial

5.

ENTITI AKADEMIK YANG MEMOHON

5.1 Entiti akademik yang memohon ialah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia.

5.2 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan terdiri daripada Sekolah

Pendidikan, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Akademi Tamadun Islam, Akademi Bahasa dan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah.

5.3 Sekolah Pendidikan mempunyai 10 program di peringkat

prasiswazah dan 15 program di peringkat pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:

5.3.1 Program Prasiswazah

i) Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian

ii) Sarjana Muda Pendidikan (TESL) dengan Kepujian

iii) Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan Kepujian

iv) Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) dengan Kepujian

v) Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Binaan Bangunan) dengan Kepujian

vi) Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian

vii) Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) dengan Kepujian

viii) Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kimia) dengan Kepujian

ix) Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Fizik) dengan Kepujian

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

x) Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian

5.3.2 Program Pascasiswazah Program Mod Kerja Kursus:

i) Sarjana Pendidikan (Kimia) ii) Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) iii) Sarjana Pendidikan (Pendidikan dan Pembangunan) iv) Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) v) Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) vi) Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) vii) Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) viii) Sarjana Pendidikan (Matematik) ix) Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) x) Sarjana Pendidikan (Fizik) xi) Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris

sebagai Bahasa Kedua/TESL) xii) Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknik dan

Vokasional) Program Mod Campuran xiii) Sarjana Pendidikan

Bidang pengkhususan:

• Kimia

• Kurikulum dan Pengajaran

• Pendidikan dan Pembangunan

• Psikologi Pendidikan

• Teknologi Pendidikan

• Bimbingan dan Kaunseling

• Pengurusan dan Pentadbiran

• Matematik

• Pengukuran dan Penilaian

• Fizik

• Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

• Pendidikan Teknik dan Vokasional

Program Mod Penyelidikan xiv) Sarjana Falsafah xv) Doktor Falsafah

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

Bidang pengkhususan:

• Kurikulum dan Pengajaran

• Pendidikan dan Pembangunan

• Psikologi Pendidikan

• Bimbingan dan Kaunseling

• Pengurusan dan Pentadbiran

• Kimia

• Teknologi Pendidikan

• Matematik

• Pengukuran dan Penilaian

• Fizik

• Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

• Pendidikan Teknik dan Vokasional

• Pembelajaran Atas Talian

• Multimedia dalam Pendidikan

• Generik

5.4 Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi mempunyai 2 program di peringkat prasiswazah dan 2 program di peringkat pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:

5.4.1 Program Prasiswazah

i) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber

Manusia) ii) Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan

Sumber Manusia 5.4.2 Program Pascasiswazah

i) Sarjana Pembangunan Sumber Manusia (Mod Campuran)

ii) Sarjana Pembangunan Sumber Manusia (Mod Penyelidikan)

5.5 Akademi Tamadun Islam mempunyai 4 program di peringkat

pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:

5.5.1 Program Pascasiswazah

i) Sarjana Penyelidikan (Sains Halal)

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

ii) Sarjana Penyelidikan (Generik) iii) Doktor Falsafah (Fiqh, Sains dan Teknologi) iv) Doktor Falsafah (Generik)

5.6 Akademi Bahasa mempunyai 3 program di peringkat

pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:

5.6.1 Program Pascasiswazah

i) Sarjana Bahasa dalam Komunikasi dan Budaya Digital

ii) Sarjana Falsafah iii) Doktor Falsafah

5.7 Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja

Zarith Sofiah mempunyai 2 program di peringkat pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:

5.7.1 Program Pascasiswazah

i) Sarjana Penyelidikan dalam Tamadun Islam ii) Doktor Falsafah dalam Tamadun Islam

6. LOKASI PENAWARAN

Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) ini dijalankan di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Baharu.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

7. PROGRAM AKADEMIK YANG DISEMAK

Nama program yang disemak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu:

Kod Nama Program

MPPU1 Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian)

Bahasa Inggeris:

Kod Nama Program

MPPU1 Master of Education (Measurement and Evaluation)

Nama penganugerahan program dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu:

Nama Penganugerahan Program

Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan

Penilaian)

Bahasa Inggeris:

Nama Penganugerahan Program

Master of Education (Measurement and Evaluation)

8.

TAHAP KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA (MQF)

Sarjana (Tahap 7) .

9. NATIONAL EDUCATIONAL CODE (NEC)

142 (Sains Pendidikan)

10.

PENGIKTIRAFAN BADAN PROFESIONAL

Tiada

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

11.

INSTITUSI/ ORGANISASI KERJASAMA

Tiada

12.

SESI PENGAJIAN KURIKULUM YANG DISEMAK SEMULA BERKUATKUASA

2020/2021

13. MOD PENAWARAN

Kerja Kursus i.

14. KREDIT BERGRADUAT

45 Kredit

15.

KAEDAH DAN TEMPOH PENGAJIAN

Kaedah Pengajian

Tempoh Minimum

Tempoh Maksimum

Sepenuh Masa

1 tahun 6 bulan (3 semester)

4 tahun (8 semester)

16.

KAEDAH PENYAMPAIAN PROGRAM

16.1 Kaedah penyampaian program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) adalah secara konvensional

16.2 Kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang

transformatif berasaskan penyampaian Abad ke-21 menerusi ruang pembelajaran yang futuristik serta penggunaan teknologi digital terkini diserapkan bagi mewujudkan pembelajaran imersif berdasarkan pengalaman. Antara kaedah yang dilaksanakan adalah:

i) Penggunaan e-learning di dalam kursus, termasuklah

aktiviti online seperti kuiz, forum dan video ii) Penggunaan MOOCs di laman web OpenLearning iii) Pembelajaran aktif iv) Pembelajaran berasaskan masalah v) Pembelajaran berasaskan projek individu dan

berkumpulan

17. JUSTIFIKASI SEMAKAN KURIKULUM

Berikut merupakan rasional kepada semakan kurikulum bagi

Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian):

17.1 Penyelarasan Hasil Pembelajaran Program (PLO) mengikut

keperluan Standard yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan

Malaysia (MQA) berpandukan Kerangka Kelayakan Malaysia

2.0 (MQF 2.0).

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

17.2 Mengambilkira cadangan beberapa pembaharuan dalam

semakan kurikulum melalui bengkel penilaian kurikulum

program akademik bersama Panel Penasihat Industri (IAP)

dan Penilai Luar yang telah diadakan oleh Fakulti FSSH pada

29 Julai 2019 (rujuk Lampiran 2 bagi intipati dapatan).

17.3 Mengambikira perkembangan teknologi /Revolusi Industri 4.0,

keperluan Pembelajaran Abad Ke 21(PAK21) bagi menyokong

agenda Kurikulum Tersedia Masa Hadapan dalam pemurnian

kursus sedia ada dari segi kandungan, penyampaian,

pentaksiran setelah mengambilkira laporan Continual Quality

Improvement (CQI).

18. KELESTARIAN PROGRAM

Kelestarian Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) dapat dibuktikan berdasarkan; 18.1 Graf Pendaftaran Program: Penganugerahan Biasiswa daripada Kementerian Pendidikan

Malaysia meningkat bagi Program Sarjana Pendidikan dan Ijazah Kedoktoran bidang Pengukuran dan Penilaian. Ini bermakna kesedaran terhadap kepentingan bidang pengukuran dan penilaian mendapat perhatian serius daripada pemegang taruh – Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Lampiran 1)

18.2 Analisis dapatan Exit Survey:

Secara umum, dapatan exit survey graduan Sarjana

Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) menunjukkan persepsi positif terhadap kualiti kurikulum, sistem penilaian, kualiti tenaga pengajar, prasarana pembelajaran dalam julat (4.04 – 4.27) berdasarkan skala 5 mata.

18.3 Dapatan Employer Survey:

KPM sedang dalam usaha mempertingkatkan kompetensi pentaksiran Bilik Darjah di kalangan guru mulai tahun 2019. Keperluan ini termasuk menghasilkan prosedur kerja pentaksiran yang sistematik, membangunkan instrumen pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai, membuat interpretasi pencapaian / prestasi yang bermakna dan menghasilkan laporan akademik yang jelas dan tepat

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

menggunakan kemahiran statistik yang baik. Justeru, bidang Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan merupakan bidang yang relevan dengan keperluan semasa.

18.4 Pembangunan Kerjaya Guru

Graduan dari program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan

Penilaian) berpeluang untuk meningkatkan laluan kerjaya

dalam bidang yang dipelajari - pengujian, penilaian, penskoran

dan pentaksiran pendidikan ke peringkat lebih tinggi seperti

dilantik menjadi pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan

Kementerian Pelajaran Malaysia.

18.5 Kemahiran teknologi/digital dalam pasaran kerja dalam era

Revolusi Industri 4.0

Hasil Pembelajaran Program (PLO) Digital dan Numerasi

dimasukkan sebagai kemahiran generik adalah bertepatan

dengan pembaharuan pendekatan dalam bidang pengukuran

dan penilaian bagi menghasilkan graduan yang kompeten

mengaplikasi kemahiran teknologi / digital dan numerasi dalam

proses kerja pendidikan (kursus MHPR 1133, MHPR2213 dan

MHPR2223, MHPR2243)

19.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

Objektif Pendidikan Program (PEO) bagi program Sarjana

Pendidikan (Pengukuran dan penilaian) ialah:

PEO1: Proficient in applying and communicating in-depth relevant knowledge in solving problems critically and analytically in the field of measurement and evaluation education.

[Mahir dalam mengaplikasi dan menyampaikan pengetahuan

mendalam yang relevan bagi menyelesaikan masalah secara kritis dan analitikal dalam bidang pengukuran dan penilaian pendidikan]

PEO2: Career advancement through life-long learning and

competencies in leadership, interpersonal and digital skill. [Peningkatan kerjaya melalui pembelajaran sepanjang hayat dan

kompetensi dalam kepimpinan, interpersonal dan kemahiran digital]

PEO3: Practice ethical principles and entrepreneurial mindset within profesional and societal contexts

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

[Mempraktikkan prinsip etika dan minda keusahawanan dalam

konteks profesional dan masyarakat]

Matriks PEO lawan matlamat pendidikan universiti (Rujuk Lampiran 3)

20.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

20.1 Hasil pembelajaran Program Sarjana (Pengukuran dan

Penilaian) adalah:

At the end of the program, students should be able to:

PLO1: Apply knowledge critically and integratively to manage and resolve problems or issues in measurement and evaluation towards making decision and producing new ideas and solutions.

[Mengaplikasi pengetahuan secara kritis dan bersepadu untuk

mengurus dan menyelesaikan masalah atau isu dalam

Pengukuran Penilaian Pendidikan bagi membuat keputusan

dan menghasilkan idea serta penyelesaian baharu]

PLO2: Analyze and synthesize critically to solve real world problems or issues in measurement and evaluation.

[Menganalisis dan mensintesis secara kritis untuk

menyelesaikan masalah atau isu dunia sebenar dalam

Pengukuran dan Penilaian Pendidikan]

PLO3: Demonstrate advanced practical and technical skills in

measurement and evaluation to solve educational problems.

[Menunjukkan kemahiran praktikal dan teknikal yang terkini

dalam Pendidikan Pengukuran dan Penilaian untuk

menyelesaikan masalah Pendidikan]

PLO4: Collaborate among learning and/ or working communities and

other groups and networks.

[Bekerjasama dalam komuniti belajar dan/atau kerja serta

kumpulan dan jaringan yang lain]

PLO5: Communicate clearly the knowledge, skills and ideas using appropriate methods

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

[Berkomunikasi secara jelas pengetahuan, kemahiran dan idea

menggunakan kaedah yang sesuai]

PLO6: Use a wide range of suitable digital technologies and

appropriate software competently to enhance study and

research.

[Menggunakan pelbagai teknologi digital dan perisian yang

sesuai secara kompeten dalam pembelajaran dan penyelidikan]

PLO7: Demonstrate skills in designing, planning and executing

statistical analysis through quantitative and/or qualitative research.

[Menunjukkan kemahiran dalam merekabentuk, merancang dan

melaksanakan analisis statistik dalam penyelidikan kuantitatif

dan/atau kualitatif]

PLO8: Demonstrate autonomy, leardership and responsibility in

managing work within own team and with other teams in the

context of problem solving.

[Menunjukkan autonomi, kepimpinan dan tanggungjawab untuk

menguruskan kerja dalam kumpulan sendiri dan/atau bersama

kumpulan lain dalam konteks penyelesaian masalah]

PLO9: Exemplify self-advancement through continuous academic or

professional development.

[Menunjukkan kemajuan diri yang boleh diteladani melalui

pembangunan akademik atau professional yang berterusan]

PLO10: Initiate or lead entrepreneurial projects.

[Mencetuskan atau memimpin projek keusahawanan]

PLO11: Adhere to legal, ethical and professional codes of conduct.

[Mematuhi undang-undang, etika dan kod etika profesional]

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

20.2 Matriks Objektif Program (PEO) lawan Hasil Pembelajaran Program (PLO) di Lampiran 3.

20.3 Matriks Kursus lawan Hasil Pembelajaran Program (PLO) di

Lampiran 4. 20.4 Matriks Kursus lawan Taksonomi Pembelajaran di Lampiran 5. 20.5 Matriks Kursus lawan Kemahiran Insaniah di Lampiran 6. 20.6 Matriks Kursus Lawan Jam Pembelajaran Pelajar (SLT) di

Lampiran 7.

21.

KOMPONEN/ MAKLUMAT YANG DIUBAH DAN STRUKTUR KURIKULUM BAHARU

21.1 Perubahan komponen/maklumat program diringkaskan seperti dalam jadual berikut:

Komponen Program

Komponen Semakan

DESKRIPSI PERUBAHAN SEMAKAN KURIKULUM

BERUBAH TIDAK BERUBAH

Nama Nama Program

- Kekal

Kod Kod Program

MPPU kepada MHPR

PEO dan PLO

Kandungan dan Bilangan Pernyataan

1.Tiga PEO digugurkan DAN diganti 2. Dua PEO digugurkan TANPA diganti

1. Sembilan (9) PLO digugurkan

2. Sebelas (11) PLO ditambah

-

Struktur Kurikulum

a. Tempoh Pengajian Kekal

b. Jumlah Kredit Keseluruhan

- Jumlah kredit kekal 45 kredit

Maklumat Kursus

Perubahan kepada Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

Penyataan CLO dimurnikan

Jadual di bawah menunjukkan pengiraan peratus perubahan bagi semakan kurikulum program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian):

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

Bil. Kategori Kursus

Jumlah Kredit Kursus Sedia Ada

Jumlah Kredit Kursus selepas Semakan Kurikulum

Jumlah Perubahan Semakan Kurikulum

Peratus Perubahan

1 Kursus Umum Universiti

3 3 0 11/45 x100

2. Kursus Teras 20 20 (8+3)11

3. Kursus Elektif 12 12 0

4. Projek Sarjana 10 10 0

Jumlah 45 45 11 24.4%

21.2 Struktur semakan kurikulum Program Sarjana Pendidikan

(Pengukuran dan Penilaian) yang membandingkan kursus sedia ada dengan kursus baharu adalah seperti dalam jadual di bawah (rujuk Lampiran 8).

21.3 Butiran perubahan dari segi struktur kurikulum adalah seperti

berikut:

a. Perubahan pengkategorian kursus dilakukan bagi kursus elektif kepada teras (MHPR 1133 Application of Measurement and Evaluation in Research) manakala perubahan nama kursus bagi MPPR 1323 Pengenalan Analisis Multivariat kepada MHPR 2243 Application of Measurement Theories in Data Analysis).

b. Satu kursus telah dijumudkan iaitu MPPR 1343

Supervision in Education kerana berlaku pertindihan dengan kursus bagi program lain.

c. Penambahan kursus teras adalah bagi kod kursus

MHPU1044 iaitu Analisis Data Penyelidikan. Penambahan kursus baru ini melibatkan penambahan CLO daripada 5 CLO kepada 6 CLO dengan mengambilkira PLO kemahiran digital dan numerikal yang selari dengan kemahiran IR 4.0. Kursus ini menggantikan kursus MPPU1034 iaitu Penggunaan Statistik dalam Penyelidikan Pendidikan (perubahan CLO>30%)

d. Pemilihan elektif program juga diubah dengan membenarkan pelajar memilih sekurang-kurangnya 2 kursus (6 kredit) dari elektif program dan 2 kursus (6 kredit) dari elektif sekolah (Rujuk Lampiran 14).

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

21.4 Faktor perkembangan dan perubahan teknologi ke arah

Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) juga diambilkira dalam bidang pengukuran dan penilaian. Oleh itu, empat kursus telah ditambahbaik dengan memasukkan kemahiran digital dan numerikal bagi memenuhi keperluan IR 4.0 seperti dalam jadual di bawah.

Kursus Elemen IR 4.0 Aplikasi

MHPU 1044 ANALISIS DATA PENYELIDIKAN

TERAS SEKOLAH

CLO3: Display proficiency to perform, analyse and interpret quantitative and qualitative analysis. PLO7 Numeracy Skill

Pelajar perlu menggunakan kemahiran numerikal untuk menginterpretasi data analisis kuantitatif

MHPR1133 APPLICATION OF MEASUREMENT AND EVALUATION IN RESEARCH TERAS PROGRAM

CLO3: Analyse research data validly using the appropriate software PLO6 Digital Skills

Pelajar perlu menggunakan kemahiran digital semasa membuat penilaian ke atas data penyelidikan bagi tujuan kesahan

MHPR2213 INTRODUCTION TO SCALING AND INSTRUMENTATION

ELEKTIF PROGRAM

CLO3: Construct a survey, collect data, analyse and interpret the result using statistical evidence PLO7 Numeracy Skill

Pelajar perlu menguasai kemahiran numerikal dalam penganalisan data kajian.

MHPR2223 PROGRAMME EVALUATION

ELEKTIF PROGRAM

CLO4: Demonstrates self-advancement in implementing program logic model to evaluate a selected educational program. PLO7 Numeracy Skill

Pelajar perlu menggunakan kemahiran numerikal untuk menilai program pendidikan

MHPR2243 APPLICATION OF MEASUREMENT THEORIES IN DATA ANALYSIS ELEKTIF PROGRAM

CLO4: Use appropriate software in analysing data based on social science research ethical point of view PLO6 Digital Skills

Perlu perlu mengaplikasikan kemahiran digital bagi memproses data kajian bidang sains sosial yang bersesuaian

21.5 Agihan peratusan kredit mengikut komponen kurikulum

Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) selepas semakan kurikulum adalah seperti di Lampiran 9.

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

21.6 Pelan pengajian terkini untuk program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) adalah seperti di Lampiran 10.

Kesimpulannya, semakan Kurikulum Program Pengukuran dan Penilaian dibuat berdasarkan faktor berikut: Semakan terhadap kandungan selari dengan keperluan MQF 2.0 agar kekal relevan dengan perkembangan dunia pendidikan global, menjurus ke arah IR 4.0 dan Pembelajaran Abad Ke 21 dalam tiga komponen asas pendidikan; Kurikulum, Penyampaian dan Pentaksiran.

Semakan juga dibuat berdasarkan latarbelakang pelajar; pelbagai tahap pengalaman, kecenderungan, tempat kerja (sekolah/jabatan pendidikan/kolej/politeknik/universiti) dan keperluan kemahiran terkini dalam pekerjaan.

22. UNJURAN PELAJAR

Bilangan pengambilan pelajar yang dicadangkan untuk mengikuti program ini serta unjurannya bagi tempoh lima tahun adalah seperti dalam jadual berikut:

Tahun 2019/20 2020/21 2021/22 2022/23 2023/24

Unjuran 10 10 10 10 10

Enrolmen 10 20 20 20 20

Keluaran 0 10 10 10 10

23. SYARAT KEMASUKAN

23.1 Pengambilan calon daripada peringkat Sarjana Muda mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan mendapat PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50. Bagi calon dengan PNGK/CGPA kurang daripada 2.50 dan sekurang-kurangnya 2.00, pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun akan diambil kira.

23.2 Syarat Bahasa Inggeris (bagi mahasiswa antarabangsa): Semua pelajar antarabangsa yang memohon ke program

Pascasiswazah Universiti Teknologi Malaysia mesti mempunyai sijil TOEFL dengan skor 550 (atau 79 IBT) atau IELTS dengan Band 6. Manakala, pelajar yang tidak memenuhi syarat tersebut, boleh mengambil kursus Intensive English Programme (IEP) untuk memperbaiki tahap penguasaan Bahasa Inggeris di Akademi Bahasa, UTM atau CIEP di mana- mana ELS Language Centre di Malaysia. Setelah pelajar tamat dan lulus kursus berkenaan serta mendapat sijil IELTS Band 5.5 atau sijil ELS English (skor 107), pelajar telah memenuhi

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

syarat Bahasa Inggeris dan boleh diterima untuk mengikuti pengajian di UTM.

23.3 Calon warganegara Malaysia yang mempunyai sijil APEL T-7

boleh diambil kira bagi tujuan kemasukan (tertakluk kepada kelulusan fakulti).

24.

PERBANDINGAN PROGRAM AKADEMIK YANG DIPOHON DENGAN UNIVERSITI LAIN DALAM NEGARA/ PERTINDIHAN PROGRAM

24.1 Program yang sama ada ditawarkan di universiti lain dalam negara seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia seperti ditunjukkan dalam Lampiran 11.

Program yang ditawarkan di UKM melibatkan jumlah kredit

penyelidikan yang rendah dalam komponen penyelidikan berbanding UTM manakala UM pula hanya menawarkan Sarjana Pendidikan mod disertasi yang melibatkan jumlah kredit penyelidikan yang besar iaitu 30 (62.5%). Ramai calon lebih suka memilih mod Kerja Kursus disebabkan jumlah kredit penyelidikan yang sederhana dan kurang bebanan. Faktor masa mempengaruhi pemilihan mod pengajian kerana kebanyakan calon terdiri dari guru-guru / pegawai pendidikan/ pensyarah yang bekerja sambil belajar. Dengan keseimbangan rangka kurikulum dan mod kerja kursus yang ditawarkan membolehkan program ini kekal lestari.

Antara kelebihan program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) yang ditawarkan di UTM adalah kurikulum yang mengambilkira perubahan teknologi ke arah Revolusi Industri di mana beberapa kursus telah dirancang penerapan Digital Skills dan Numeracy Skills (MHPR1133, MHPR2213, MHPR2223, MHPR2243 dan MHPU1044) dan pendekatan pembelajaran abad ke 21 melalui aktiviti 4C (Communication, Collaboration, Creativity and Critical Thinking)

25 PERBANDINGAN DENGAN PROGRAM AKADEMIK DI UNIVERSITI LUAR NEGARA

25.1 Program yang sama ada ditawarkan di universiti terkemuka lain

seperti Oslo University, Norway dan Kent State University, USA

seperti dalam Lampiran 12

Kekuatan program di luar negara adalah kepada struktur

kandungan yang memberatkan teras dan elektif program dalam

julat 80% (Oslo University, Norway) dan 90% (Kent State

University, USA). Walau bagaimana pun, kelemahannya

adalah tiada langsung (0%) komponen penyelidikan. Rumusan

perbandingan mendapati program Sarjana Pendidikan

(Pengukuran dan Penilaian ) UTM mempunyai kelebihan yang

meliputi tiga komponen pembelajaran yang saling melengkapi

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

iaitu Teras, Pengkhusuan dan Elektif program serta

penyelidikan dalam peratusan yang munasabah yang

bersesuaian dengan keperluan tenaga kerja pendidikan di

Malaysia.

26. IMPLIKASI PERJAWATAN/ FIZIKAL DAN KEWANGAN

26.1 Implikasi Perjawatan

Program ini akan memanfaatkan tenaga pengajar sedia ada

di Universiti Teknologi Malaysia dan tidak memerlukan

tambahan tenaga pengajar. Bilangan staf akademik sedia ada

dan staf sokongan sedia ada yang bernaung di Sekolah

Pendidikan bagi membantu menguruskan program ini adalah

mencukupi. Untuk meningkatkan keberkesanan program ini,

tenaga pengajar perlu meningkatkan pengetahuan dan

mengikuti perkembangan terkini dalam bidang Pendidikan

dengan menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dari

semasa ke semasa. Senarai nama pensyarah dan staf

sokongan yang terlibat didalam program ini seperti dalam

Lampiran 13.

26.2 Implikasi Fizikal

Tiada implikasi ke atas kemudahan fizikal kerana

mengguna pakai kemudahan yang sedia ada di Universiti

Teknologi Malaysia.

26.3 Implikasi kewangan

Program ini tidak memerlukan peruntukan kewangan

tambahan malahan dijangkakan akan memberi manfaat

kepada Universiti Teknologi Malaysia dengan menarik lebih

ramai yang mendaftar dari pelbagai latar belakang sama ada

dari universiti awam atau swasta baik dalam mahupun luar

negara.

27. PENJUMUDAN/ PEMBEKUAN/ PELUPUSAN PROGRAM

Tiada

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

28. MAKLUMAT KELULUSAN ASAL PROGRAM AKADEMIK

Kelulusan Tarikh

Kelulusan asal program oleh Senat

2010

Kelulusan asal program oleh JKPT

25.8.2010

Sesi program asal ditawarkan 2009/2010

Nombor rujukan/kod QR akreditasi dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) bagi program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan

Penilaian) adalah MQA/SWA0477.

29.

TARIKH SEMAKAN KURIKULUM DILULUSKAN

Kelulusan Tarikh

Tarikh Semakan Kurikulum Terdahulu oleh JKPT

2013

Akreditasi Penuh/MQA 4 Disember 2013

Sesi program asal ditawarkan Sesi 2014/2015

Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti (JKAF)

3 September 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Universiti (JKKU)

25 Februari 2020

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik (JKTS KKA)

14 Oktober 2020

Mesyuarat Senat

Mesyurat Lembaga Pengarah Universiti

30.

KESIMPULAN/ SYOR

Mesyuarat Senat dengan segala hormatnya dipohon untuk meluluskan kertas kerja cadangan permohonan semakan kurikulum Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian).

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2021/05/20  · MESYUARAT SENAT BIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 01/2020/2021 PADA 28 OKTOBER 2020 KERTAS KERJA BIL. 01/2020/2021/16 KERTAS KERJA

SULIT

MAKLUMAT PEGAWAI PENYEDIA DOKUMEN UNTUK DIHUBUNGI:

MAKLUMAT URUS SETIA UA ENTITI AKADEMIK YANG

MEMOHON

Nama Nama Pegawai Pentadbiran Prof. Madya Dr. Azlina binti Mohd Kosnin

Jawatan Jawatan Pegawai Pentadbiran

Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar)

No. Tel Pejabat 07-5531931

No. Tel Bimbit 019-728 1923

E-mel [email protected]

Nota : Pihak UA hendaklah menghantar dua (2) salinan dokumen berserta satu (1) cakera padat yang mengandungi kertas cadangan dalam format Microsoft Word, saiz font 12 dan jenis Arial.