universiti malaysia terengganu ( · pdf file · 2015-09-23pada tanggal 1 februari...

7
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) m/s : 1 drp 7 Kelayakan Matrikulasi KPM / Asasi MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) PENGENALAN Universiti Malaysia Terengganu bermula dari Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang menyediakan kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah. Perpindahan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Serdang ke Kuala Terengganu telah melahirkan kampus cawangan yang dinamakan Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu (UPMT) pada Jun 1996 dan nama fakulti telah diubah kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas serta Pusat Pengajian Matrikulasi. Penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM. Kolej Universiti Terengganu telah diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 dan dinamakan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 20 Jun 2001 selaras dengan hasrat kerajaan supaya kolej ini menerajui bidang-bidang sains dan teknologi. Pada tanggal 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali lagi memahat sejarah dengan nama barunya sebagai Universiti Malaysia Terengganu. Sejak penubuhannya, Universiti Malaysia Terengganu telah melalui transformasi yang hebat dari sebuah Kolej Universiti yang kurang dikenali kepada sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berjaya dengan program- program pra dan pasca siswazahnya dan cemerlang melakar nama di persada dunia dalam bidang penyelidikan sains, teknologi dan pengurusan sumber alam. Lokasi Universiti Malaysia Terengganu yang amat strategik bersempadankan Laut China Selatan dan keunikan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan pendaratan penyu membolehkan Universiti Malaysia Terengganu menjadi sebuah institusi terunggul dalam beberapa bidang pengkhususan seperti Penyelidikan dan Pemuliharaan Penyu, Penyelidikan dan Pemuliharaan Hutan Paya Bakau, Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti, Akuakultur Tropika dan Bioteknologi Marin. Universiti Malaysia Terengganu komited untuk terus melangkah maju dan bergerak seiring dengan wawasan dan keperluan Negara dengan penubuhan Institut Oseanografi, Institut Akuakultur Tropika dan Institut Bioteknologi Marin. VISI Visi UMT adalah "Menjadi institusi penjana, penyebar dan pengaplikasi ilmu berinovatif serta pemangkin kepada pembangunan insan progresif dan persekitaran mapan.“ MISI Misi UMT adalah "Memacu bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam melalui penjanaan program pengajian dan penyelidikan cemerlang ke arah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan negara". FAKULTI Universiti Malaysia Terengganu mempunyai enam (6) buah fakulti seperti berikut: 1. Fakulti Sains dan Teknologi 2. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi 3. Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan 4. Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin 5. Fakulti Pembangunan Sosial 6. Fakulti Perikanan dan Akua-Industri Setiap fakulti yang ditubuhkan mempunyai peranan masing-masing bagi membantu merealisasikan visi dan misi Universiti Malaysia Terengganu. FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GS02 Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) 2. GS03 Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) 3. GS08 Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi) 4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) 5. GS28 Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) 6. GS43 Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) 7. GS44 Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) 8. GY06 Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) 9. GC10 Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) 10. GC28 Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim

Upload: trinhtram

Post on 09-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( · PDF file · 2015-09-23Pada tanggal 1 Februari 2007, ... 4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) ... Mendapat sekurang-kurangnya

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

m/s : 1 drp 7 Kelayakan Matrikulasi KPM / Asasi

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

PENGENALAN Universiti Malaysia Terengganu bermula dari Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang menyediakan kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah. Perpindahan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Serdang ke Kuala Terengganu telah melahirkan kampus cawangan yang dinamakan Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu (UPMT) pada Jun 1996 dan nama fakulti telah diubah kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas serta Pusat Pengajian Matrikulasi. Penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM. Kolej Universiti Terengganu telah diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 dan dinamakan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 20 Jun 2001 selaras dengan hasrat kerajaan supaya kolej ini menerajui bidang-bidang sains dan teknologi. Pada tanggal 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali lagi memahat sejarah dengan nama barunya sebagai Universiti Malaysia Terengganu. Sejak penubuhannya, Universiti Malaysia Terengganu telah melalui transformasi yang hebat dari sebuah Kolej Universiti yang kurang dikenali kepada sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berjaya dengan program-

program pra dan pasca siswazahnya dan cemerlang melakar nama di persada dunia dalam bidang penyelidikan sains, teknologi dan pengurusan sumber alam. Lokasi Universiti Malaysia Terengganu yang amat strategik bersempadankan Laut China Selatan dan keunikan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan pendaratan penyu membolehkan Universiti Malaysia Terengganu menjadi sebuah institusi terunggul dalam beberapa bidang pengkhususan seperti Penyelidikan dan Pemuliharaan Penyu, Penyelidikan dan Pemuliharaan Hutan Paya Bakau, Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti, Akuakultur Tropika dan Bioteknologi Marin. Universiti Malaysia Terengganu komited untuk terus melangkah maju dan bergerak seiring dengan wawasan dan keperluan Negara dengan penubuhan Institut Oseanografi, Institut Akuakultur Tropika dan Institut Bioteknologi Marin. VISI Visi UMT adalah "Menjadi institusi penjana, penyebar dan pengaplikasi ilmu berinovatif serta pemangkin kepada pembangunan insan progresif dan persekitaran mapan.“ MISI Misi UMT adalah "Memacu bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam melalui penjanaan program pengajian dan penyelidikan cemerlang ke arah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan negara". FAKULTI Universiti Malaysia Terengganu mempunyai enam (6) buah fakulti seperti berikut: 1. Fakulti Sains dan Teknologi 2. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi 3. Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan 4. Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin 5. Fakulti Pembangunan Sosial 6. Fakulti Perikanan dan Akua-Industri Setiap fakulti yang ditubuhkan mempunyai peranan masing-masing bagi membantu merealisasikan visi dan misi Universiti Malaysia Terengganu. FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GS02 Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) 2. GS03 Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) 3. GS08 Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi) 4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) 5. GS28 Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) 6. GS43 Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) 7. GS44 Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)

8. GY06 Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) 9. GC10 Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) 10. GC28 Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim

Page 2: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( · PDF file · 2015-09-23Pada tanggal 1 Februari 2007, ... 4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) ... Mendapat sekurang-kurangnya

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

m/s : 2 drp 7 Kelayakan Matrikulasi KPM / Asasi

FAKULTI AGROTEKNOLOGI DAN SAINS MAKANAN

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GS04 Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) 2. GG09 Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) 3. GG31 Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai) FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GE00 Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) 2. GE02 Sarjana Muda Perakaunan 3. GP22 Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) 4. GP08 Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan) FAKULTI PENGAJIAN MARITIM DAN SAINS MARIN

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GG15 Sarjana Muda Sains (Sains Samudera)

2. GP18 Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) 3. GG37 Sarjana Sains Gunaan (Teknologi Maritim) 4. GS40 Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) 5. GS68 Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) FAKULTI PEMBANGUNAN SOSIAL Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GP04 Sarjana Muda Kaunseling 2. GP31 Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial)

FAKULTI PERIKANAN DAN AKUA-INDUSTRI Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GG10 Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) 2. GG27 Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) 3. G2051 Diploma Perikanan

KETERANGAN LANJUT Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi : Bahagian Akademik Bangunan Canseleri dan Pentadbiran Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman. Tel : 09-6684532/4219 Faks : 09-6684143 Laman Web : www.umt.edu.my

Page 3: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( · PDF file · 2015-09-23Pada tanggal 1 Februari 2007, ... 4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) ... Mendapat sekurang-kurangnya

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

m/s : 3 drp 7 Kelayakan Matrikulasi KPM / Asasi

BIL

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi

(i) Program Pengajian

(ii) Kod

(iii) Tempoh Pengajian

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

ALIRAN SAINS

1.

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) GC10 7 semester Terbuka kepada Kategori N : MATRIK (Sains)

K : MATRIK (Kejuruteraan)

J : MATRIK (Teknikal)

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics

atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Additional Mathematics

2.

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim GC28 7 semester Terbuka kepada Kategori N : MATRIK (Sains)

K : MATRIK (Kejuruteraan)

J : MATRIK (Teknikal)

3.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) GG10 6 semester Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat

Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:-

Biology Physics Chemistry Mathematics

4. Sarjana Muda Sains (Sains Samudera) GG15 6 semester

5.

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) GG27 6 semester

6. Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) GS40 6 semester

Page 4: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( · PDF file · 2015-09-23Pada tanggal 1 Februari 2007, ... 4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) ... Mendapat sekurang-kurangnya

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

m/s : 4 drp 7 Kelayakan Matrikulasi KPM / Asasi

BIL

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi

(i) Program Pengajian

(ii) Kod

(iii) Tempoh Pengajian

7.

Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) GG09 8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Chemistry

8.

Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) GS04 8 semester

9. Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) GS28 6 semester

10.

Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) GS44 6 semester

11. Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) GS02 6 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Biology

12.

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai) GG31

6 semester

13.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) GS03 6 semester

14.

Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi) GS08 6 semester Terbuka kepada Kategori

N : MATRIK (Sains)

K : MATRIK (Kejuruteraan)

J : MATRIK (Teknikal) Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics

15.

Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) GS43 6 semester Terbuka kepada Kategori N : MATRIK (Sains)

K : MATRIK (Kejuruteraan)

J : MATRIK (Teknikal)

Page 5: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( · PDF file · 2015-09-23Pada tanggal 1 Februari 2007, ... 4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) ... Mendapat sekurang-kurangnya

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

m/s : 5 drp 7 Kelayakan Matrikulasi KPM / Asasi

BIL

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi

(i) Program Pengajian

(ii) Kod

(iii) Tempoh Pengajian

16.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) GS15 6 semester Terbuka kepada Kategori N : MATRIK (Sains)

K : MATRIK (Kejuruteraan)

J : MATRIK (Teknikal)

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Physics / Engineering Physics / Mathematics / Electrical &

Electronic Engineering Studies

17.

Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) GY06 8 semester Terbuka kepada Kategori N : MATRIK (Sains)

K : MATRIK (Kejuruteraan)

J : MATRIK (Teknikal)

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics / Physics / Engineering Physics

18.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) GG37 8 semester Terbuka kepada Kategori N : MATRIK (Sains)

K : MATRIK (Kejuruteraan)

J : MATRIK (Teknikal)

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics / Physics / Engineering Physics / Civil

Engineering Studies / Mechanical Engineering Studies / Electrical & Electronic Engineering Studies

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris.

19.

Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) GS68 8 semester Terbuka kepada Kategori N : MATRIK (Sains)

K : MATRIK (Kejuruteraan)

J : MATRIK (Teknikal)

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics / Physics / Engineering Physics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris.

dan

Tidak rabun / buta warna Tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali

dan

Lulus temu duga yang ditetapkan

Page 6: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( · PDF file · 2015-09-23Pada tanggal 1 Februari 2007, ... 4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) ... Mendapat sekurang-kurangnya

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

m/s : 6 drp 7 Kelayakan Matrikulasi KPM / Asasi

BIL

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi

(i) Program Pengajian

(ii) Kod

(iii) Tempoh Pengajian

ALIRAN SASTERA

20. Sarjana Muda Perakaunan GE02 8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:-

Ekonomi Perakaunan Pengurusan Perniagaan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics

atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris

21. Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) GE00 6 semester

22. Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) GP22 6 semester

23.

Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) GP31 6 semester

24.

Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) GP18 7 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:-

Ekonomi Perakaunan Pengurusan Perniagaan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics

atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris

Page 7: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( · PDF file · 2015-09-23Pada tanggal 1 Februari 2007, ... 4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) ... Mendapat sekurang-kurangnya

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

m/s : 7 drp 7 Kelayakan Matrikulasi KPM / Asasi

BIL

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi

(i) Program Pengajian

(ii) Kod

(iii) Tempoh Pengajian

25. Sarjana Muda Kaunseling GP04 8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi bagi mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:

Mathematics Perakaunan Pengurusan Perniagaan Ekonomi

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris

26.

Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan) GP08 06 Semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

Ekonomi Perakaunan Pengurusan Perniagaan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics

atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Inggeris