unit7-pelbagai-jenis-soalan (1)

Upload: martin-alling

Post on 04-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 unit7-Pelbagai-jenis-soalan (1)

    1/6

    Pelbagai jenis soalan

    Soalan boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti:

    a. soalan menumpu dan mencapah,b. soalan berdasarkan kemahiran proses sains,c. soalan berdasarkan aras taksonomi Bloom, dand. soalan reflektif.

    a. Soalan menumpu dan mencapah

    Ini merupakan cara yang paling mudah mengklasifikasikan soalan. Soalan menumpu

    mempunyai jawapan betul yang terhad (biasanya satu jawapan) manakala soalan mencapah

    mempunyai beberapa jawapan yang boleh diterima. Soalan menumpu baik digunakan bagi

    memastikan pelajar memberi perhatian semasa pengajaran berlangsung manakala soalan

    mencapah dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis sebelum memberi

    jawapan. Secara amnya, soalan mencapah adalah digalakkan dalam pengajaran inkuiri keranaia selari dengan matlamat kaedah inkuiri yang mementingkan pembinaan kemahiran berfikir

    aras tinggi. Soalan jenis ini juga menggalakkan perbincangan dan secara tidak langsung

    mendidik pelajar untuk mempercayai bahawa pemikiran mereka berguna dan penting dalam

    proses pembelajaran. Ini juga akan menjadikan suasana bilik darjah lebih menarik dan produktif

    bagi guru dan pelajar. Sebaliknya soalan menumpu yang biasanya mempunyai satu jawapan

    tepat hanya menggalakkan pelajar meneka jawapan yang dikehendaki oleh guru. ajian

    menunjukkan kebanyakan guru lebih banyak menggunakan soalan menumpu di mana pelajar

    hanya perlu mengingat semula dan menjawab menggunakan sepatah atau dua patah

    perkataan sahaja (!urulhuda "bd #ahman, $%%&). !amun soalan menumpu perlu bagi

    memastikan pelajar mempunyai asas tertentu sebelum mereka berupaya untuk dilibatkan

    dengan soalan'soalan yang lebih terbuka yang memerlukan mereka berfikir aras lebih tinggi.

    adual menunjukkan beberapa contoh soalan jenis menumpu dan mencapah.

    Jadual 1*ontoh soalan menumpu dan mencapah

    Soalan +enumpu Soalan +encapah

    "pakah hukum yang memperihalkan

    perkaitan antara daya, jisim dan pecutan

    Bagaimanakah caranya kita dapat

    mengkaji apa yang diperlukan tumbuhan

    untuk hidup

    -aripada manakah tumbuhan mendapat

    makanan

    "pakah yang dapat kamu perhatikan

    daripada tindakbalas yang berlaku

    "pakah bahan yang diwakili oleh simbol

    $/

    "pakah inferens yang dapat dibuat hasil

    daripada pemerhatian yang dilakukan

    Bagaimanakah proses mitosis dan meiosis

    berbe0a

    1ada pendapat kamu, mengapakah dunia

    sekarang mengalami pemanasan global

    Nurulhuda A.R 2010 Page 1

  • 7/21/2019 unit7-Pelbagai-jenis-soalan (1)

    2/6

    b. Soalan berdasarkan kemahiran proses sains

    Soalan boleh juga diklasifikasikan berdasarkan kemahiran proses sains. aedah ini dapat

    membantu anda memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya kemahiran proses sains

    semasa pembelajaran mereka. adual $ memberikan beberapa contoh soalan mengikut

    kategori ini.

    Jadual 2*ontoh soalan berdasarkan kemahiran proses sains

    emahiran 1roses Sains *ontoh soalan

    +embuat pemerhatian "pakah yang dapat kamu perhatikan

    +embuat Inferens "pakah kesimpulan awal yang dapat dibuat

    berdasarkan pemerhatian kamu 2 "pakah inferens

    yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian kamu

    +embuat hipotesis "pakah perkaitan antara be0a keupayaan, arus

    elektrik 2 Bagaimanakah be0a keupayaan dan aruselektrik berkait antara satu sama lain

    +embuat ramalan 1ada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku

    kepada hablur ini apabila dipanaskan

    +engawal pembolehubah "pakah pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini

    "pakah yang patut dilakukan kepada pembolehubah

    tak bersandar

    +engeksperimen Bagaimanakah kita boleh menguji hipotesis ini

    "pakah alatan dan radas yang diperlukan

    Bagaimanakah alat dan radas ini disusun bagimengumpul data

    Bagaimanakah data dapat dipersembahkan bagi

    melihat perkaitan ini

    Bagaimana mentafsir graf ini

    c. Soalan berdasarkan aras taksonomi Bloom

    Soalan boleh juga dikategorikan mengikut enam aras pemikiran kognitif taksonomi Bloom iaitu

    pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

    Soalan pengetahuanmerupakan soalan peringkat terendah dari segi pemikiran kognitif yang

    diperlukan untuk menjawabnya. al ini kerana soalan ini berupaya dijawab oleh pelajar jika

    mereka menghafal atau ingat kepada penyataan sesuatu fakta, label, prinsip, hukum dan

    sebagainya. -engan lain perkataan, soalan jenis pengetahuan tidak dapat mentaksir

    kefahaman pelajar secara terus kerana jika pelajar menghafal sesuatu konsep atau istilah,

    mereka berupaya menjawab soalan pengetahuan dengan hanya meluahkannnya kembali.

    Nurulhuda A.R 2010 Page 2

  • 7/21/2019 unit7-Pelbagai-jenis-soalan (1)

    3/6

    Secara ringkasnya, soalan pengetahuan menggunakan proses mengingat, menghafal,

    mengenal pasti, dan mengingat kembali maklumat dan dikaitkan dengan kata kerja seperti

    definisikan, nyatakan, kaitkan, tunjukkan, perihalkan, tuliskan, dan namakan. Soalan

    pengetahuan biasanya merupakan soalan menumpu.

    *ontoh pangkal soalan pengetahuan

    "pakah yang dimaksudkan dengan3

    Berapakah3

    "pakah faktor yang3

    Siapakah3

    Bolehkah namakan3

    "pa itu3

    +anakah yang salah atau benar

    "pakah yang berlaku3

    Soalan kefahamanmerupakan soalan yang membolehkan pelajar menunjukkan kefahaman

    mereka melalui soalan yang memerlukan pelajar mentafsir, memperihalkan sesuatu

    menggunakan perkataan sendiri, menyusun atur dan membuat pemilihan antara fakta dan idea,

    dan menyampaikan dalam bentuk komunikasi yang berbe0a. Secara ringkasnya, soalan

    kefahaman dikaitkan dengan kata kerja seperti terangkan, tafsirkan, rangkakan, bincangkan,

    be0akan, bandingkan, ramalkan, terjemahkan, dan perihalkan.

    *ontoh pangkal soalan kefahaman

    Bolehkah kamu nyatakan menggunakan perkataan sendiri3

    Bolehkah kamu tuliskan secara ringkas satu rangka3

    1ada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku selanjutnya3 1ada pendapat kamu, siapakah 3

    "pakah idea utama3

    Bolehkah anda be0akan antara3

    Bolehkah kamu berikan satu contoh tentang apa yang kamu maksudkan dengan3

    "pakah tafsiran yang kamu boleh buat tentang bentuk graf3

    Bolehkah kamu definisikannya menggunakan ayat kamu sendiri3

    Soalan aplikasimemerlukan pelajar menggunakan maklumat, hukum, prinsip dan teori yang

    diperolehi dalam situasi baru untuk menghasilkan suatu dapatan atau menyelesaikan masalah.

    Soalan aplikasi dikaitkan dengan kata kerja seperti selesaikan, tunjukkan, gunakan,

    illustrasikan, binakan, periksa, dan klasifikasikan.

    *ontoh pangkal soalan aplikasi

    Bagaimanakah3 merupakan satu contoh3

    Bagaimanakah3 berkaitan dengan3

    Bolehkah kamu berikan satu contoh di mana3

    Bolehkah ini berlaku dalam situasi lain seperti3

    Nurulhuda A.R 2010 Page 3

  • 7/21/2019 unit7-Pelbagai-jenis-soalan (1)

    4/6

    Bolehkah kamu gunakan kaedah yang sama kepada pengalaman kamu sendiri3

    "pakah faktor yang kamu boleh ubah jika3

    -aripada maklumat yang diberi, bolehkah kamu bina satu set prosedur tentang3

    Soalan analisismemerlukan pelajar memisah atau membahagikan suatu konsep, teori, hukum,

    idea dan sebagainya kepada komponen'komponennya yang lebih asas. 1elajar perlu berupaya

    untuk mencari struktur yang mendasari entiti tersebut dalam usaha menunjukkan bagaimana ia

    dapat digabungkan dan membentuk entiti itu. Soalan analisis dikaitkan dengan kata kerja

    seperti analisis, be0akan, selidiki, bandingkan, kategorikan, kenal pasti, terangkan, buktikan,

    dan pisahkan.

    *ontoh pangkal soalan analisis

    "pakah ciri atau bahagian3

    ategorikan3mengikut...

    Bagaimanakah 3jika dibandingkan dengan3

    "pakah bukti yang boleh disenaraikan bagi3

    Bagaimanakah ini sama seperti 3

    "pakah tema yang mendasari 3

    +erujuk kepada 3, apakah kemungkinan lain yang boleh berlaku

    +engapakah3 berlaku apabila3

    Bolehkah kamu be0akan antara... dari segi3

    "pakah sebahagian daripada masalah yang boleh timbul3

    "pakah masalahnya tentang3

    Soalan sintesismerupakan soalan yang memerlukan pelajar menjana suatu idea atau produk

    yang unik dan asli daripada kombinasi idea yang pelbagai. asilnya boleh jadi dalam bentuk

    suatu penyataan secara 4erbal atau bertulis, atau suatu objek fi0ikal. Soalan sintesis dikaitkan

    dengan kata kerja seperti janakan, ciptakan, gubah, ramalkan, rancang, binakan, reka,

    bayangkan, cadangkan, ikhtiarkan, dan rumuskan.

    *ontoh pangkal soalan sintesis

    Bolehkah kamu reka3

    "pakah penyelesaian yang mungkin kepada masalah3

    Bolehkah kamu bina suatu3

    Bagaimana kamu boleh membina3 "pakah idea lain yang boleh ditambah3

    "pakah ramalan5inferens yang boleh dibuat berdasarkan3

    Soalan penilaian memerlukan pelajar memberi jawapan selepas menilainya berdasarkan

    beberapa kriteria. Soalan penilaian mempunyai ciri soalan mencapah tetapi tumpuannya lebih

    Nurulhuda A.R 2010 Page 4

  • 7/21/2019 unit7-Pelbagai-jenis-soalan (1)

    5/6

    kepada kebolehan pelajar memberi pandangan selepas menimbangkan baik buruk atau

    implikasi sesuatu perkara, dan menyelesaikan pertikaian atau perbe0aan pendapat.

    *ontoh pangkal soalan penilaian

    "dakah kamu setuju3

    "pakah pendapat kamu tentang3 (*ontoh: "pakah pendapat kamu tentang

    penggunaan stem celldalam mengatasi masalah penyakit berbahaya

    +anakah yang lebih penting3

    Bagaimana kamu memutuskan3

    "pakah kriteria yang kamu gunakan untuk mentaksir3

    "pakah rasional3

    "pakah justifikasi kamu3

    "pakah hujah'hujah yang boleh kamu berikan3 (*ontoh: "pakah hujah'hujah

    yang boleh kamu berikan bagi membantah pembinaan kilang bahan kimia berhampirankawasan perumahan kamu)

    d. Soalan reflektif

    Soalan reflektif menggalakkan pelajar memikirkan rasional setiap tindakan dan keputusan yang

    mereka ambil. Soalan jenis ini berupaya membentuk kemahiran metakognitif pelajar kerana

    tabii soalan ini memerlukan pelajar berfikir dengan mendalam dan akhirnya membawa kepada

    perbincangan secara eksplisit tentang andaian dan kepercayaan yang pelajar pegang. 6unakan

    soalan jenis ini sekerap mungkin.

    *ontoh soalan reflektif

    "dakah ini cara terbaik menguji hipotesis kamu

    "dakah kamu yakin ini cara terbaik merekod data

    "dakah keputusan ini mengejutkan +engapa

    +engapa kamu perlu mengulang pengukuran beberapa kali

    "dakah hasil dapatan menjawab persoalan yang dikaji

    "pakah yang kamu patut lakukan seterusnya

    Bagaimana kamu boleh membuat kesimpulan ini

    Bagaimana kamu tahu apa yang kamu tahu

    "pa lagi yang kamu tidak tahu

    +engapa kamu percaya3

    Nurulhuda A.R 2010 Page 5

  • 7/21/2019 unit7-Pelbagai-jenis-soalan (1)

    6/6

    "pakah perkara yang kamu hanya mengandaikan bukannya memeriksa

    "dakah kamu bersetuju dengan3 +engapa

    "dakah kamu sedar tentang kepentingan3

    Bagaimanakah cara ini boleh membantu3

    "dakah cara lain yang boleh memberikan keputusan yang lebih tepat

    "pakah agaknya kesilapan yang telah kamu lakukan yang menyebabkan3

    "pakah tindakan pembaikan yang boleh diambil

    +engapa kamu gunakan cara ini

    "pa sebenarnya yang sedang dikaji "pa persoalan utama yang hendak dikaji di sini

    "pakah faktor utama yang menjayakan kajian kamu

    Bagaimanakah kita tahu ini adalah benar

    "pakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh

    diaplikasikan

    Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari ini

    "dakah terdapat perbe0aan antara idea awal kamu dengan yang kamu baru pelajari hariini "pakah perbe0aan itu +anakah yang lebih berguna dari segi menerangkanfenomena yang kita kaji

    "dakah kamu pelajari sesuatu yang baru "dakah ia menarik

    "dakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah

    Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat keputusan atau

    menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di luar bilik darjah

    Nurulhuda A.R 2010 Page 6