unit framasi dan bekalan - hptar.moh.gov.my

37
POLISI UNIT FARMASI DAN BEKALAN HOSPITAL PARIT BUNTAR

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

POLISI

UNIT FARMASI DAN

BEKALAN

HOSPITAL PARIT

BUNTAR

Page 2: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

UNIT FARMASI DAN BEKALAN HOSPITAL PARIT BUNTAR

1. PENGENALAN 1.1. Unit Farmasi dan Bekalan terdiri daripada tiga bahagian utama dan

ditempatkan di tiga bangunan yang berasingan.

1.1.1. FARMASI PESAKIT LUAR - Terletak bersebelahan Pejabat Rekod di bangunan utama Jabatan Pesakit Luar Aktiviti yang dijalankan :

Perkhidmatan kaunter pesakit luar, kecemasan dan klinik pakar

Perkhidmatan Nilai Tambah (Value – Added Services)

Perkhidmatan ‘MTAC’ Diabetes Mellitus

Kaunseling/ Penerangan Ubat-ubat

Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun

Sub-stor untuk Farmasi Pesakit Luar

1.1.2. FARMASI PESAKIT DALAM - Terletak bersebelahan dengan Farmasi Logistik Hospital, berhadapan Wad Dahlia. Aktiviti yang dijalankan :

Bekalan Wad

Bedside dispensing

Kaunseling/ Penerangan Ubat-ubat

Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun

Pemeriksaan Wad

Pengeluaran galenikal dan pra-bungkus ubat

Sub-stor untuk Farmasi Pesakit Dalam

Page 3: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

1.1.3. FARMASI KLINIKAL - Perkhidmatan disediakan di dua wad iaitu Wad Anggerik dan Wad Dahlia dengan seorang Pegawai Farmasi bagi setiap wad. Aktiviti yang dijalankan :-

Penglibatan dalam rondaan wad bersama pasukan perubatan

Temubual pesakit untuk mendapatkan sejarah pengubatan

Pemantauan perkembangan pesakit dalam wad

Intervensi preskripsi semasa rondaan wad

“Bedside dispensing”

Kaunseling pengubatan pesakit dalam wad

Nota rujukan pesakit discaj ke fasiliti lain (CP4)

Perkhidmatan maklumat ubat

Pemantauan kesan advers ubatan (ADR)

Pemeriksaan wad secara berkala

Pelaporan “Medication Error”

Patient Own’s Medication (POMs)

1.1.4. FARMASI LOGISTIK HOSPITAL - Terletak berhadapan Wad Mawar dan Unit Bekalan Bahan Steril Aktiviti yang dijalankan :

Pentadbiran Unit Farmasi dan Bekalan

Perancangan Kewangan

Perolehan dan Pembekalan Ubat-ubatan

Perolehan dan Pembekalan Bukan ubat

Perolehan dan Pembekalan Bahan Mudah Terbakar

Perolehan dan Pembekalan Gas Perubatan

Pengurusan Aduan dan Panggil balik Produk

Page 4: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my
Page 5: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

2. VISI DAN VISI HOSPITAL PARIT BUNTAR 2.1 VISI

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

2.2 MISI

Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

1. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :

a) mencapai sepenuhnya potensi meraka dalam kesihatan

b) menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

c) mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan

mereka

2. untuk memastikan sistem kesihatan kualiti tinggi iaitu :

a) mengutamakan pelanggan

b) saksama

c) tidak membebankan

d) cekap

e) wajar mengikut teknologi

f) boleh disesuaikan mengikut persekitaran

g) inovatif

3. dengan menekankan:

a) sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

b) sifat menghormati maruah insan

c) penglibatan masyarakat

Page 6: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

3. VISI, MISI DAN OBJEKTIF UNIT FARMASI DAN BEKALAN

3.1 VISI

Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan

farmasi.

3.2 MISI

1. Menguatkuasakan undang-undang dan memperbaharui polisi untuk

memastikan produk dan perkhidmatan farmaseutikal adalah berkualiti.

2. Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian

perkhidmatan berkualiti.

3. Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat

dan pemerkasaan tenaga kerja.

4. Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik.

3.3 OBJEKTIF

1. Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang

berkualiti, selamat dan kos efektif.

2. Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke

arah kesihatan yang lebih baik.

3. Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan

piawaian dan

amalan terbaik.

Page 7: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my
Page 8: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

4. CARTA ORGANISASI UNIT FARMASI DAN BEKALAN

PEMB. TADBIR N22 (KUP)

PEGAWAI FARMASI UF44 (SPUB)

PEGAWAI FARMASI UF52 (FARMASI PESAKIT LUAR)

PEGAWAI FARMASI UF48 (FARMASI PESAKIT DALAM)

PEN. PEG. FARMASI U32

(KUP) (FARMASI

PESAKIT LUAR)

PEGAWAI FARMASI UF52 (FARMASI KLINIKAL)

PEN. PEG. FARMASI U32

PEN. PEG. FARMASI U29

(FARMASI PESAKIT LUAR)

PEN. PEG. FARMASI U32 (KUP)

(FARMASI PESAKIT DALAM)

PEMBANTU AWAM H11

PENGARAH HOSPITAL UD54

PEMB. TADBIR N17

PEN. PEG. FARMASI U32 (KUP)

(FARMASI PESAKIT DALAM)

PEGAWAI FARMASI UF48

(DMTAC)

PEN. PEG. FARMASI U32

(KUP) (FARMASI

PESAKIT LUAR)

PEN. PEG. FARMASI U29

(FARMASI PESAKIT LUAR)

PEMB. PERAWATAN KESIHATAN U14 (KUP)

PEGAWAI FARMASI UF48 (FARMASI LOGISTIK)

PEGAWAI FARMASI U52

PEMBANTU AWAM H11 PEMBANTU AWAM H11

KOSONG

PEMB. PERAWATAN KESIHATAN U11

KOSONG

PEGAWAI FARMASI UF48 (KAUNSELING/ PENDIDIKAN PENGGUNA)

PEGAWAI FARMASI UF44

(PESAKIT DALAM)

PEGAWAI FARMASI UF48

(KLINIKAL)

PEGAWAI FARMASI UF44

(PESAKIT DALAM)

PEMBANTU AWAM H14 (KUP)

PEGAWAI FARMASI U44 (FARMASI LOGISTIK

Page 9: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

5. SKOP PERKHIDMATAN 5.1 FARMASI PESAKIT LUAR (FPL)

5.1.1. Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optimum melalui

pemberian ubat yang tepat, betul, efektif dan selamat dalam masa yang

ditetapkan dengan kuantiti yang mencukupi kepada pesakit luar di Hospital

Parit Buntar.

5.1.2. Pendispensan ubat/ Bahan Psikotropik kepada pelanggan Jabatan Pesakit

Luar, Jabatan Kecemasan dan Klinik Pakar.

5.1.3. Penyediaan item-item Ekstemporaneous.

5.1.4. Menyediakan perkhidmatan Kaunseling ubat dan pendidikan kesihatan kepada

pelanggan dari jabatan pesakit luar termasuk klinik pakar dan susulan jika

perlu.

5.1.5. Memberi perkhidmatan penerangan ubat-ubatan (Drug information service)

kepada semua pelanggan di Hospital Parit Buntar.

5.1.6. Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Diabetes Mellitus

disediakan untuk pesakit DM yang berdaftar dengan Klinik Pakar serta pesakit

dari jabatan Pesakit Luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan yang mematuhi

kriteria yang ditetapkan.

5.1.7. Perkhidmatan Therapeutic Drug Monitoring’ juga disediakan untuk pesakit luar

kes susulan atas permintaan Pegawai Perubatan di mana sampel darah akan

dihantar ke Hospital Taiping untuk dianalisa.

5.1.8. Menyediakan perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Service) bagi

pendispensan ubat melalui Sistem Pendispensahan Secara Temujanji

(“Sahabat”), Sistem pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Sistem Telefon

dan Ambil.

Page 10: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

5.1.9. Unit FPL ini beroperasi setiap hari bekerja (Isnin- Jumaat) kecuali pada hari

minggu dan cuti umum. Masa operasi adalah dari jam 7.30 pagi hingga 1

tengahari, dan pukul 2 hingga 5.30 petang.

5.1.10. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar dipanjangkan ke Farmasi

Kecemasan selepas waktu pejabat. Walaubagaimanapun, ubat-ubat yang

dibekalkan hanyalah ubat biasa untuk rawatan kes-kes kecemasan sahaja.

5.1.11. Waktu operasi di Farmasi Kecemasan adalah seperti berikut :-

Isnin – Jumaat : 6.00 petang ke 11.00 malam

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 9.00 pagi – 1.00 tengahari dan

6.00 petang hingga 11.00 malam

5.1.12. Selepas waktu operasi di Farmasi Kecemasan, ubat akan didispens oleh

Penolong Pegawai Perubatan atau Jururawat Terlatih yang bertugas di Unit

Kecemasan.

Page 11: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

5.2 FARMASI PESAKIT DALAM (FPD)

5.2.1. Memberikan perkhidmatan bekalan ubat kepada semua wad dan unit-unit

melalui sistem ‘unit of dose’, ‛floor stock’ dan ‘after office hour’ (AOH).

5.2.2. Perkhidmatan bekalan ubat kepada pesakit ‛discaj’ disediakan melalui sistem

‛Bed- Side Dispensing’.

5.2.3. Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit di dalam wad.

5.2.4. Perkhidmatan sokongan ‛Therapeutic Drug Monitoring’ kepada pesakit di mana

sampel darah akan dihantar ke Jabatan Farmasi, Hospital Taiping untuk

dianalisa.

5.2.5. Pemonitoran ubat-ubat dan alatan di wad/unit melalui pemeriksaan wad/unit

secara berkala.

5.2.6. Memberi perkhidmatan penerangan ubat-ubatan (Drug information service)

kepada semua pelanggan dalaman dan luaran di Hospital Parit Buntar.

5.2.7. Pemantauan Kesan Adverse Ubat (Adverse Drug Reaction – ADR) ke atas

pesakit serta membuat pelaporan kes-kes ADR kepada MADRAC.

5.2.8. Farmasi Pesakit Dalam (FPD) hendaklah dibuka tepat jam 8 pagi hingga 1

tengahari, dan pukul 2 hingga 5.30 petang setiap hari kecuali pada hari Sabtu,

Ahad dan Cuti Umum. Hanya perkhidmatan bekalan wad sahaja yang

beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum mulai jam 9 pagi hingga 1

tengahari.

Page 12: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my
Page 13: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

5.3 FARMASI KLINIKAL

5.3.1 Perkhidmatan Farmasi Klinikal menawarkan khidmat pemantauan pesakit di

dalam wad oleh Pegawai Farmasi. Pemantauan yang dilakukan adalah

merangkumi therapeutic drug monitoring, medication history assessment, case

clerking, kaunseling ubat-ubatan dan pendispensan ubatan kepada pesakit

discaj. Pegawai Farmasi Klinikal ditempatkan di wad hospital di mana mereka

terlibat dalam ward round bersama-sama pasukan perubatan yang lain.

5.3.2 Pegawai Farmasi bertanggungjawab memastikan rawatan pesakit di wad

adalah pada tahap optima, memastikan keadaan pesakit stabil, memberikan

kaunseling kepada para pesakit di wad bagi memastikan penggunaan ubat

yang betul, selamat dan berkesan.

5.3.3 Perkhidmatan disediakan di Wad Anggerik dan Wad Dahlia pada waktu pejabat

dan hari bekerja sahaja.

5.4 FARMASI LOGISTIK HOSPITAL

5.4.1 Pembelian ubat-ubatan dan bukan ubat untuk kegunaan semua unit di Hospital

Parit Buntar dilakukan oleh unit Farmasi Logistik.

5.4.2 Menyediakan kemudahan logistik sebagai pusat transit bagi ubat dan bukan

ubat sebelum dibekalkan kepada unit pengguna.

5.4.3 Membekalkan ubat-ubat dan bukan ubat kepada wad/unit-unit di hospital ini.

5.4.4 Menyediakan satu sistem bagi statistik, trend penggunaan ubat dan anggaran

perbelanjaan ubat dan bukan ubat untuk kegunaan perancangan seterusnya.

5.4.5 Masa beroperasi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, dan pukul 2.00

hingga 5.00 petang.

Page 14: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my
Page 15: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6. DASAR POLISI UNIT FARMASI DAN BEKALAN Semua anggota sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan yang optima kepada pelanggan. 6.1 AM

Langkah-langkah yang bersesuaian perlu diambil bagi memastikan keselamatan

pesakit, anggota farmasi dan ubat-ubatan.

6.1.1 Akses ke semua unit farmasi hanya dibenarkan kepada anggota farmasi dan

terhad kepada anggota lain yang berurusan rasmi dengan farmasi sahaja.

6.1.2 Akses ke Stor Unit hanya terhad kepada pegawai yang diberi kuasa serta pada

waktu pejabat dan kecemasan sahaja.

6.1.3 Akses kepada ubat terkawal, DD atau bahan psikotropik dihadkan kepada

pegawai yang diberi kuasa sahaja.

6.1.4 Tiada anggota dibenarkan memegang/membuat salinan pendua kunci ke

semua unit farmasi melainkan diberikan kebenaran bertulis.

6.1.5 Stok ubat/bukan ubat perlu diinden secara berkala daripada Farmasi Logistik

Hospital. Penolong Pegawai Farmasi U32 membuat inden dan diluluskan oleh

Pegawai Farmasi sebelum dihantar ke Farmasi Logistik.

6.1.6 Ubat dikategorikan kepada A, B, dan C. Preskripsi bagi ubat kategori A mesti

ditandatangan timbal oleh Doktor Pakar.

6.1.7 Semua preskripsi untuk kes discaj bagi Pesakit Dalam, Klinik Pakar dan

Jabatan Kecemasan (A&E) semasa waktu pejabat didispens oleh unit Farmasi.

6.1.8 Preskripsi daripada Jabatan Kecemasan selepas waktu 10.30 malam mesti

didispen oleh Jabatan Kecemasan dengan bekalan ubat yang mencukupi

sehingga hari bekerja berikutnya.

6.1.9 Sebarang aduan perkhidmatan yang diterima perlu disiasat dan aduan yang

berasas hendaklah dijawab dalam masa 1 hari bekerja sekiranya aduan secara

Page 16: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

bertulis dikemukakan. Aduan melalui surat khabar perlu diselesaikan dalam

masa 24 jam.

6.1.10 Pengendalian bahan kimia di Unit Farmasi menggunakan Garispanduan

Material Safety Data Sheet (MSDS) sebagai rujukan.

Page 17: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.2 PENGENDALIAN PRESKRIPSI

6.2.1 Semua preskripsi ubat dari Hospital Parit Buntar perlu menggunakan Formulari

Ubat Hospital Parit Buntar. (Rujuk Panduan Menulis Preskripsi untuk cara

menulis preskripsi yang betul).

6.2.2 Semua preskripsi yang melebihi tempoh 1 bulan akan dibekalkan secara

separa dan bekalan susulan diberikan sehingga tempoh preskripsi tamat.

6.2.3 Bekalan susulan akan diberikan melalui SPUB atau Perkhidmatan Tambah

Nilai Pendispensan (Value Added Service) yang ditawarkan di hospital ini

seperti Kad Sahabat Anda dan Telefon dan Ambil mengikut persetujuan

pesakit.

6.2.4 Pengendalian preskripsi ubat psikotropik dan DD hendaklah mematuhi akta

dan peraturan yang berkaitan.

6.2.5 Semua preskripsi bagi pesakit discaj untuk rawatan lanjut di fasiliti KKM lain

perlu diuruskan mengikut Garispanduan Pengendalian Surat Rujukan

(Salinan Kedua).

6.2.6 Pengendalian preskripsi KKM Tanpa Rujukan SPUB (Walk-In) perlu dibuat

berdasarkan justifikasi profesional dan polisi sedia ada.

6.2.7 Preskripsi selain dari fasiliti KKM perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan.

6.2.8 Preskripsi yang telah dibekal penuh perlu disimpan untuk tempoh dua (2) tahun

sebelum dilupuskan setelah mendapat kelulusan dari pihak Arkib Negara.

6.2.9 Maklumat rawatan pesakit adalah sulit dan hanya boleh diperolehi melalui Unit

Rekod Hospital Parit Buntar dengan kebenaran Pengarah Hospital. Pesakit

perlulah membuat surat rasmi kepada Pengarah Hospital.

Page 18: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my
Page 19: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.3 PENDISPENSAN UBAT : PESAKIT LUAR, KECEMASAN,

KLINIK PAKAR DAN WAD

6.3.1 Pendispensan ubat kepada pesakit/proksi perlu melalui Preskripsi asal yang

dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Yang Berdaftar di Fasiliti KKM.

6.3.2 Pendispensan ubat kepada pesakit/proksi perlu dilaksanakan dalan tempoh 30

minit dari masa penerimaan preskripsi.

6.3.3 Ubat didispens perlu lengkap dengan maklumat pesakit, maklumat ubat dan

maklumat cara pengambilan ubat.

6.3.4 Semua preskripsi perlu disaring dan diverifikasi oleh Pegawai Farmasi.

6.3.5 Pendispensan Bahan Psikotropik perlu mematuhi akta, peraturan dan protokol

yang ditetapkan. (Rujuk Polisi Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik)

6.3.6 Penyediaan dan pendispensan ubat-ubat ekstemporaneus perlu mematuhi

Amalan Penyediaan Baik dan Amalan Farmasi Baik.

6.3.7 Sistem ‘Island-Dispensing’ dilaksanakan di fasiliti ini di mana penyaringan

sebelum pengisian dan semak silang dilakukan sebelum pendispensan untuk

mengurangkan kejadian Medication Error.

6.3.8 Semua ubat perlu disemak silang dan diverifikasi oleh anggota yang

mendispense sebelum didispens.

6.3.9 Pendispensan dilakukan oleh Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai

Farmasi yang terlatih berdasarkan arahan asal pada preskripsi.

6.3.10 Ubat yang tidak dituntut akan disimpan untuk tempoh satu minggu sebelum

disimpan semula.

6.3.11 Pemulangan ubat oleh pelanggan dilaksanakan mengikut Garispanduan

Pemulangan Ubat.

6.3.12 Semua proses pendispensan perlu mematuhi prosedur dan protokol yang

ditetapkan.

6.3.13 Pesanan ubat bertulis (preskripsi ubat) perlu diperolehi dalam masa 24 jam

sekiranya pesanan ubat dibuat secara verbal atau telefon.

Page 20: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.3.14 Pemesanan ubat juga perlu berpandukan ‘Approved Abbrebiation for

Prescribing Hospital Parit Buntar’dan ‘Approved Trade Names for Prescribing

Hospital Parit Buntar’.

6.3.15 Ubat yang boleh diadminister oleh Jururawat Terlatih kepada pesakit tanpa

dipreskripsikan oleh Pegawai Perubatan ialah Vaksin Hepatitis B dewasa,

Vaksin Hepatitis B kanak-kanak, Vitamin K dan Vaksin BCG.

6.3.16 Ubat yang telah diadminister kepada pesakit di dalam wad perlu ditandatangan

pada Carta Pengubatan Ubat oleh Jururawat Terlatih yang memberi ubat dan

disemak oleh Jururawat Terlatih lain.

6.3.17 Pesakit yang dimasukkan ke wad dinasihatkan untuk membawa ubat yang

sediaada jika ada. Ubat yang tiada dalam Formulari akan diguna semula di wad

dan dipulangkan apabila pesakit di’discharge’. Pegawai Perubatan juga dapat

menyemak ubat yang diambil oleh pesakit supaya rawatan ubat-ubatan

tersebut dapat diteruskan mengikut keadaan pesakit.

6.3.18 Pesakit tidak dibenarkan untuk mengambil ubat dari luar semasa menerima

rawatan di hospital.

Page 21: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my
Page 22: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.4 KAUNSELING UBAT-UBATAN DAN PENDIDIKAN KEPADA

PESAKIT

6.4.1 Perkhidmatan kaunseling dan pendidikan ubat disediakan kepada pesakit luar

dan pesakit dalam bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kefahaman

pesakit/waris terhadap penggunaan dan penyimpanan ubat-ubatan. (Rujuk

Garispanduan kaunseling Ubat-Ubatan Edisi Kedua 2014).

6.4.2 Kaunseling dijalankan secara individu oleh Pegawai Farmasi di bilik kaunseling

khas bagi pesakit luar dan di katil pesakit bagi pesakit dalam.

6.4.3 Kaunseling susulan akan dijadualkan bagi memantau ‘outcomes’ perkhidmatan

kaunseling ubat dan kaunseling ‘MTAC’ jika perlu.

Page 23: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.5 PERKHIDMATAN MAKLUMAT UBAT

6.5.1 Perkhidmatan Maklumat Ubat disediakan bukan sahaja kepada anggota

hospital, malah turut dibuka kepada orang awam. Sebarang pertanyaan yang

diterima akan dijawab dengan maklumat yang tepat, komprehensif dan terkini

berdasarkan kepada bahan-bahan rujukan yang terdapat di Farmasi Pesakit

Luar dan Farmasi Pesakit Dalam.

6.5.2 Bahagian ini juga bertindak sebagai pusat penerimaan bahan-bahan rujukan

untuk Unit Farmasi. Semua bahan-bahan rujukan yang diterima akan

diedarkan ke unit-unit yang berkaitan mengikut keperluan.

6.5.3 Menerima pertanyaan yang dikemukakan oleh pesakit, Pegawai Perubatan,

Pegawai Farmasi dan juga org awam berkaitan ubat-ubatan. Memberikan

maklumbalas yang tepat berdasarkan rujukan dan kajian literature. Semua

pertanyaan dan jawapan yang diberikan direkod dalam reten statistik.

Pencarian maklumat berdasarkan buku rujukan, jurnal, Mimsgateway,

Micromedex dan sumber internet yang boleh dipercayai.

6.5.4 Mesyuarat Jawatan Kuasa Ubat dan Terapeutik (JKUT) sekurangnya dua kali

setahun adalah untuk membincangkan cadangan yang bersesuaian dalam

pemilihan ubat-ubatan. Maklumat terkini berkaitan ubat-ubatan juga

disampaikan semasa mesyuarat.

6.6 PENGENDALIAN ADVERSE DRUG REACTION DAN MEDICATION ERROR

6.6.1 Pegawai Farmasi juga turut menyelaraskan pelaporan Adverse Drug Reactions

(ADRs) yang diterima. Semua laporan yang diterima akan dikumpulkan

sebelum dihantar ke Malaysian Adverse drug Reaction Committe (MADRAC).

(Rujuk Garis Panduan Pengesanan Pesakit dengan Alahan Ubat 2011)

6.6.2 Pelaporan Medication Error juga dikendalikan melalui proses yang sama.

Semua laporan yang diterima daripada pelapor akan dikendalikan selaras

Page 24: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan

Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. (Rujuk Guideline On Medication

Error Reporting 2009)

Page 25: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.7 SAMPEL UBAT

6.7.1 Penggunaan sampel ubat adalah tidak dibenarkan di hospital.

6.7.2 Semua anggota hospital adalah tidak dibenarkan untuk menerima sebarang

sampel ubat dan menggunakannya ke atas pesakit.

6.7.3 Sampel ubat yang diberi kepada pihak Farmasi Logistik daripada pihak wakil

syarikat tidak boleh diedarkan dan digunakan di hospital untuk tujuan rawatan

pesakit.

6.7.4 Wakil syarikat atau jurujual tidak dibenarkan untuk mengedarkan

sebarang sampel ubat atau produk kepada anggota kesihatan dan orang awam

di kawasan hospital.

6.8 BEKALAN WAD DAN ‘BED-SIDE DISPENSING’

6.8.1 Farmasi Pesakit Dalam diselia oleh seorang Pegawai Farmasi UF48 dan

dibantu oleh seorang Peg. Farmasi UF44 dan seorang Pen. Peg. Farmasi U32

bagi melaksanakan penyeliaan keseluruhan unit termasuk kakitangan

sokongan di unit tersebut

6.8.2 Pembekalan ubat-ubat Dadah Berbahaya berbentuk injeksi dilaksanakan

secara ’exchange basis’. Bagi ubat-ubatan berbentuk tablet, bekas ubat perlu

disertakan bersama semasa inden dibuat.

6.8.3 Semua transaksi melibatkan DD/Bahan Psikotropik perlu mematuhi Polisi

Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik.

6.8.4 Pembekalan ubat kepada Pesakit Dalam dilaksanakan melalui sistem ‛unit of

use’ atau ‘Unit of Dose’ pada waktu pejabat melalui Carta Pengubatan yang

sah dari Pegawai Perubatan. Hanya ubat-ubatan kategori A yang diluluskan

oleh Pengarah Hospital boleh dimulakan oleh Pegawai Perubatan.

6.8.5 Semua Carta Pengubatan/Preskripsi yang diterima perlu disemak dan

diintervensi oleh Pegawai Farmasi sebelum dibekalkan.

6.8.6 Semua ubat yang dibekalkan kepada pesakit dalam perlu diletakkan di dalam

laci yang berasingan untuk setiap pesakit dan dilabelkan.

Page 26: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.8.7 Setiap pembekalan akan disemak-silang dan diverifikasi Peg. Farmasi/Pen.

Peg. Farmasi lain yang bertugas sebelum dibekalkan kepada unit/wad.

6.8.8 Pesakit discaj akan dibekalkan ubat-ubat melalui sistem ’Bed side dispensing’

oleh Pegawai Farmasi. Semua preskripsi akan diisi sebaik sahaja diterima dari

wad-wad.

6.8.9 Kaunseling Ubat-ubat kepada pesakit discaj akan diberikan sekiranya perlu.

6.8.10 Sediaan losyen, dan disinfektant akan dibekalkan setiap hari kepada unit

pemesan.

6.8.11 Bekalan cecair intravena (I/V drip) akan dibekalkan setiap hari kepada unit

pemesan.

6.8.12 Bekalan Gas Perubatan akan dibekalkan setiap hari berdasarkan permohonan

unit/wad.

6.8.13 Ubat ‘Floor Stock’ dan Troli Kecemasan

6.8.13.1 Unit atau wad adalah dibenarkan untuk menyimpan ubat-ubatan

yang selalu diguna dalam kuantiti yang terkawal mengikut

keprluan penggunaan masing-masing.

6.8.13.2 Kuantiti ubat-ubatan ‘floor stock’/ troli kecemasan hendaklah

dikawal oleh pihak unit/wad supaya sentiasa sama atau melebihi

kuantiti minimun tetapi tidak melebihi kuantiti maksimum.

6.8.13.3 Senarai ubat-ubatan ini haruslah dikemaskini secara berkala.

6.8.13.4 Senarai ubat ‘floor sock’ adalah satu senarai ubat-ubatan yang

dipersetujui oleh pihak Farmasi dan unit/wad untuk disimpan di

unit/wad.

6.8.13.5 Inden ubat-ubatan bagi item ‘floor stock’ dan ‘after office hours’

perlu dilakukan menggunakan Borang Bekalan Ubat ‘After Office

Hours’ (AOH) dan ‘Floor Stock’ (KEW PS 11) mengikut wad/unit

masing-masing.

6.8.14 Troli Kecemasan

Page 27: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.8.14.1 Senarai bekalan ubat-ubat kecemasan adalah mengikut

keperluan wad/ unit masing-masing.

6.8.14.2 Ubat-ubatan troli kecemasan perlu disemak kuantiti dan tarikh

luput agar sentiasa tersedia semasa kecemasan.

6.8.14.3 Inden ubat-ubatan bagi troli kecemasan perlu dilakukan

menggunakan Borang Inden Ubat Troli Kecemasan (KEW PS

11) mengikut wad/unit masing-masing.

6.8.14.4 Pen. Peg. Farmasi akan membuat pembekalan ubat-ubat yang

telah digunakan seperti yang diinden oleh unit tersebut.

6.8.14.5 Pen. Peg. Farmasi U29 / Pen. Peg. Farmasi U32 / Pegawai

Farmasi akan membuat pemeriksaan balas (counter check) dan

menandatangani borang sebelum bekalan ubat kecemasan

diambil oleh JT / PPP.

6.8.14.6 Semua pembekalan ubat untuk wad-wad/unit perlulah diambil dan

disahkan penerimaannya oleh Jururawat Terlatih.

6.8.15 Pegawai Farmasi, Farmasi Pesakit Dalam akan melaksanakan pemeriksaan

wad di setiap unit pada setiap 3 bulan sebagai pemantauan berkala terhadap

ubat-ubatan dalam simpanan wad/unit.

6.9 PERKHIDMATAN FARMASI ATAS PANGGILAN (‘ON-CALL’)

6.9.1 Perkhidmatan Farmasi Atas Panggilan dijalankan oleh Pegawai Farmasi dan

Penolong Pegawai Farmasi mengikut jadual selepas waktu pejabat.

Perkhidmatan ini untuk memastikan bekalan ubat atau gas mencukupi untuk

kegunaan pesakit.

6.9.2 Selain itu juga untuk menyelesaikan/ menjawab kepada sebarang masalah/

pertanyaan daripada kakitangan hospital berkaitan dengan ubat-ubatan di luar

waktu pejabat (sekiranya ada).

6.9.3 Bagi pesakit yang dimasukkan ke dalam wad selepas waktu pejabat, ubat-ubat

yang digunakan adalah dari ‛after office hours’ dan sekiranya ada permohonan

Page 28: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

kecemasan, ubat-ubat akan dibekalkan oleh Pen. Peg. Farmasi ‛tinggal atas

panggilan’ (on call).

6.9.4 Waktu operasi Farmasi Atas Panggilan adalah :

Isnin – Jumaat (Hari Bekerja) : 5.00 – 7.30 pagi keesokkan harinya.

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 24 jam (sepanjang hari)

6.9.5 Anggota bertugas di unit/wad yang ditugaskan untuk menghubungi Pegawai

First (1st) Call melalui Operator yang sedang bertugas pada ketika itu.

6.9.6 Pemanggil boleh terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai

Perubatan atau Jururawat Terlatih yang sedang bertugas.

6.9.7 Pegawai Farmasi adalah ditugaskan sebagai Pegawai First Call pelaksanaan

tugas atas panggilan ini.

6.9.8 Tugasnya adalah untuk memberi perkhidmatan maklumat ubat-ubatan,

mencadangkan alternatif ubat (sekiranya ada dan sesuai) atau/ dan

mengaturkan pembekalan ubat-ubatan kepada pihak pemanggil jika difikirkan

perlu.

6.9.9 Tanggungjawab Pegawai First Call adalah untuk mengaturkan pembekalan

ubat-ubatan yang tiada dalam simpanan unit/ wad dilakukan dengan meminjam

ubat bagi pemanggil sekiranya didapati ubat yang diminta ada disimpan di unit/

wad lain atau menghubungi Pegawai Second (2nd) Call supaya datang ke

hospital untuk membekalkan ubat-ubatan yang diperlukan oleh unit/ wad.

6.9.10 Pegawai Second (2nd) Call adalah Penolong Pegawai Farmasi yang

ditugaskan untuk membekalkan ubat kepada unit/ wad setelah menerima

arahan daripada Pegawai First Call.

6.10 PENGELUARAN DAN PRA-BUNGKUS

6.10.1 Penyediaan ubat bukan steril (Galenikal dan Ekstemporaneus) dilakukan untuk

sediaan internal dan eksternal berpandukan Master Formula.

Page 29: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.10.2 Proses persediaan galenikal dan prabungkus dilakukan di bilik persediaan khas

oleh Pen. Peg. Farmasi U29 atau Pemb. Perawatan Kesihatan H11, dan diselia

oleh Pen. Peg. Farmasi U32.

6.10.3 Semua anggota Farmasi yang melakukan persediaan extemporaneous,

galenikal dan pra-bungkus ubat-ubatan hendaklah memakai Alat Pelindung Diri

(PPE) yang sesuai iaitu apron plastik, face mask, penutup kepala (kakitangan

lelaki) dan gloves.

6.10.4 Pengeluaran semua bahan mentah serta label hanya dibenarkan kepada

Pegawai yang bertanggungjawab sahaja dan perlu direkodkan.

6.10.5 Semua persediaan yang disediakan hendaklah direkodkan di dalam Buku

Daftar Persediaan Galenikal dan Kertas Kerja Persediaan Galenikal yang

mencatatkan semua maklumat berkaitan persediaan tersebut serta label yang

digunakan.

6.10.6 Semua persediaan pra-bungkus hendaklah direkodkan di dalam Buku Daftar

Prabungkus dan Kertas Kerja Prabungkus yang mencatatkan semua maklumat

berkaitan prabungkus tersebut serta label yang digunakan.

6.10.7 Semua persediaan yang disediakan/dibungkus akan dilabelkan dengan

perkara-perkara berikut :-

a) Nama Generik Ubat dan Kekuatan Ubat

b) Saiz dan Kuantiti bungkusan

c) Nombor Kelompok Pembungkusan Semula

d) Harga Ubat dan Tarikh Luput Ubat

e) Amaran Khas Ubat, contoh : amaran kesan sampingan

6.10.8 Persediaan extemporaneous akan dilaksanakan apabila mendapat pesanan

dari wad-wad dan unit berkenaan.

6.10.9 Semua persediaan galenikal dan prabungkus (finished products) akan disemak

dan diverifikasi oleh Pegawai Penyelia sebelum dikeluarkan kepada unit

pemesan/disimpan.

Page 30: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.10.10 Semua persediaan yang telah siap dibungkus akan disimpan di Stor Unit

Farmasi Pesakit Dalam dan dikeluarkan kepada unit pemesan apabila

diperlukan. Sediaan tersebut disimpan dalam bilik berhawa dingin untuk

memastikan ubat berada dalam keadaan baik.

6.11 PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL 6.11.1. Objektif utama perkhidmatan Farmasi Klinikal adalah memastikan

penjagaan farmaseutikal yang optima kepada Pesakit Dalam melalui kos yang

ekonomik.

6.11.2. Pegawai Farmasi Klinikal perlu menjalinkan dan mengekalkan hubungan

yang baik dan profesional dengan pesakit dan anggota kesihatan yang lain.

6.11.3. Setiap maklumat rawatan pesakit perlu dikumpulkan, direkodkan dan

dianalisa untuk mengekalkan rawatan yang spesifik kepada setiap pesakit.

6.11.4. Memastikan setiap pesakit di wad mendapat bekalan ubat yang

sepatutnya, maklumat rawatan serta pendidikan yang diperlukan bagi

memastikan kejayaan rawatan

6.11.5. Pegawai Farmasi perlu menyemak, memantau serta cadangan

penukaran regimen rawatan apabila perlu dengan persetujuan angggota

kesihatan yang lain.

Page 31: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.12 FARMASI LOGISTIK 6.12.1 PEROLEHAN UBAT-UBATAN DAN BAHAN BUKAN UBAT.

6.12.1.1 Perolehan hendaklah dibuat mengikut Arahan Perbendaharaan,

pekeliling Kewangan dan Surat-surat Pekeliling Perbendaharaan,

serta garispanduan lain yang berkaitan. (Tatacara Pengurusan Stor,

Garispanduan Pengurusan Stor Farmasi di Hospital).

6.12.1.2 Perbelanjaan hendaklah dikawal dan dipantau menggunakan sistem

berkomputer /buku vote dan perlu diselenggara setiap hari.

6.12.1.3 Item yang perlu dibeli dikenalpasti melalui pemeriksaan paras stok

dan ruang simpanan stok serta Formulari Ubat Hospital Parit Buntar.

Pembelian item diluar formulari perlu mendapat kelulusan Pengarah

Hospital.

6.12.1.4 Perolehan dilakukan melalui Pembelian item APPL dari syarikat

konsesi serta secara pembelian tempatan (local purchase) dan

kontrak pusat mengikut keperluan.

6.12.1.5 Pegawai Farmasi secara umum memantau paras stok di farmasi dan

memaklumkan kepada pelanggan status stok jika ada masalah.

6.12.1.6 Pemeriksaan dan Verifikasi Stor perlu dijalankan setahun sekali

dalam tempoh bulan Oktober – Disember oleh Pegawai Pemeriksa

dan Pegawai Verifikasi yang dilantik.

6.12.2 PENYIMPANAN UBAT-UBAT DAN BAHAN BUKAN UBAT.

6.12.2.1 Semua bekalan yang diterima akan diperiksa kualiti dan kuantitinya

sebelum pengesahan penerimaan dilakukan oleh pegawai yang

dilantik secara bertulis.

6.12.2.2 Semua penerimaan item akan direkodkan di dalam kad petak

(Kew.PS 4) dan di dalam sistem inventori berkomputer.

Page 32: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.12.2.3 Setiap barangan di Farmasi Logistik disimpan mengikut Amalan

Penstoran Baik (APB) bagi memastikan barang mudah dicari, tidak

mudah rosak dan mudah diverifikasi). Bahan Mudah Terbakar dan

Gas Perubatan disimpan di stor berasingan.

6.12.2.4 Bekalan ubat dan peralatan akan ditempatkan di stor berhawa

dingin/peti sejuk mengikut suhu penyimpanan yang disarankan dan

disusun mengikut Sistem ‘First Expired First Out’ (FEFO) atau “First

In First Out’ (FIFO) mengikut kesesuaian.

6.12.2.5 Penyimpanan Dadah Berbahaya/ Bahan Psikotropik perlu mematuhi

akta yang berkaitan serta Polisi Dadah Berbahaya dan Bahan

Psikotropik.

6.12.2.6 Jika terdapat ubat-ubatan atau bukan ubat yang telah tamat tarikh

luput, proses perlupusan dijalankan dengan menrujuk Garis

Panduan Perlupusan Ubat/Bukan Ubat.

6.12.3 PEMBEKALAN UBAT-UBAT DAN BUKAN UBAT KEPADA UNIT PENGGUNA

6.12.3.1 Semua permohonan dan pembekalan item dari Farmasi Logistik ke

unit pengguna perlu mendapat kelulusan Pegawai Farmasi yang

menjaga sebelum dibekalkan.

6.12.3.2 Pengeluaran stok perlu mengikut Sistem ‘First Expired First Out’

(FEFO) atau “First In First Out’ (FIFO) mengikut kesesuaian

6.12.3.3 Semua permohonan bekalan ubat dan bukan ubat perlu

menggunakan ‘Borang Pesanan Pengeluaran Stok (KEW. PS 10)

bagi stor utama dan Borang Permohonan Stok (KEW. PS 11) bagi

stor unit dan dihantar ke unit Farmasi Logistik mengikut jadual yang

ditetapkan.

Page 33: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.12.3.4 Bekalan akan dilaksanakan oleh Pembantu Tadbir N17 (Stor) dalam

tempoh 2 minggu dari tarikh inden diterima kecuali item yang tiada

dalam simpanan.

6.12.3.5 Setiap pengeluaran perlu direkodkan di dalam kad petak KEW. PS4.

6.12.3.6 Salinan pendua Nota Keluaran perlu dikembalikan terus ke Farmasi

Logistik setelah item diperiksa dan diakui terima oleh Pegawai

Penyelia Unit Pemesan.

6.12.4 PEMBEKALAN GAS PERUBATAN KEPADA UNIT PENGGUNA.

6.12.4.1 Sistem bekalan adalah secara individu selinder yang terdapat dalam

pelbagai saiz.

6.12.4.2 Pembantu Tadbir (Stor) atau Pembantu Awam akan membekalkan

gas perubatan (Oksigen dan Entonoks) kepada semua unit

pengguna.

6.12.4.3 Pembekalan hanya dibuat melalui penggantian unit selinder kosong

yang dibawa oleh unit pengguna ke stor gas perubatan.

6.12.4.4 Semua penerimaan dan pembekalan gas perubatan perlu

direkodkan ke dalam kad petak KEW PS. 4.

6.12.4.5 Salinan pendua Borang Pengesahan Penerimaan Silinder Gas

Perubatan perlu dipulangkan ke Farmasi Logistik setelah diperiksa

dan diakui terima.

6.12.4.6 Jika berlaku kekurangan gas perubatan atau semasa kecemasan,

sila rujuk Pelan Kontingensi Gas Perubatan.

6.12.5 PANGGIL BALIK PRODUK

Page 34: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

6.12.5.1 Pegawai Farmasi bertanggungjawab untuk membuat pangil balik

produk setelah menerima pemberitahuan panggil balik produk dari

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan / pembekal.

6.12.5.2 Pegawai Farmasi perlu menyemak nombor kelompok dan item yang

terlibat dengan rekod di komputer dan kad petak. Stok diasingkan

untuk tindakan selanjutnya.

6.12.5.3 Semua maklumat dan stok dikumpulkan untuk diambil dan diganti

oleh pihak pembekal.

6.12.6 ADUAN PRODUK

6.12.6.1 Aduan Produk hendaklah diterima perlulah disemak samada aduan

tersebut berasas atau pun tidak.

6.12.6.2 Jika ubat berdaftar kemukakan borang aduan kepada Biro

Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan siasatan dan salinan aduan

kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan syarikat konsesi yang

terlibat dan jika perlu, Bahagian Kesihatan Pergigian.

6.12.6.3 Jika ubat alternatif borang aduan dikemukakan kepada Syarikat

Konsesi untuk siasatan dan salinan kepada Bahagian Perkhidmatan

Farmasi dan jika perlu, Bahagian Kesihatan Pergigian.

6.12.6.4 Jika peralatan/ peranti perubatan borang aduan dikemukakan

kepada Bahagian Kawalan Peranti Perubatan untuk siasatan dan

salinan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Bahagian

Perkembangan Perubatan, syarikat konsesi dan jika perlu, Bahagian

Kesihatan Pergigian.

7.0 KESELAMATAN

7.1 KESELAMATAN KUNCI

7.1.1 Buku Pergerakan Kunci diwujudkan bagi kunci-kunci Farmasi Pesakit

Luar, Farmasi Pesakit dalam dan Farmasi Logistik

7.1.2 Kunci pintu masuk utama dan rekod pergerakkan dikawal oleh Operator.

Page 35: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

7.1.3 Pintu masuk stor ubat dan bukan ubat dalam Farmasi Logistik dikawal

oleh Sistem Kawalan Akses Elektronik. Kad akses hanya diberi kepada

anggota farmasi

7.2 KESELAMATAN KEBAKARAN, PENGURUSAN BENCANA DAN

KONTIGENS

7.2.1 Berpandukan :

7.2.1.1 Pelan Kebakaran Hospital

7.2.1.2 Pelan Pengurusan Bencana Hospital

7.2.1.3 Pelan Kontigensi Hospital

7.2.2 Alat-alat pencegah kebakaran :

7.2.2.1 Smoke Detector

7.2.1.2 Fire Extinguisher

8.0 RUJUKAN

8.1 Garis Panduan Kaunseling 2014

8.2 Guideline On Safe Use of High Alert Medication 2011

8.3 Guideline On Medication Error Reporting 2009

8.4 Guide On Handling Look Alike, Sound Alike Medications 2012

8.5 Garis Panduan Program Pemulangan Ubat 2012

8.6 Garis Panduan Pengesanan Pesakit dengan Alahan Ubat

8.7 Polisi Penerimaan “Walk-in” Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

Farmasi Negeri Perak 2005

9.0 KOLABORASI

Page 36: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

9.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Hospital Parit Buntar, kolaborasi bersama unit

yang terlibat. Rujuk Minit Mesyuarat Akreditasi Bil 1/2016 pada 13 Januari 2016.

Page 37: UNIT FRAMASI DAN BEKALAN - hptar.moh.gov.my

SEMAKAN POLISI DAN PROSEDUR

UNIT FARMASI DAN BEKALAN

HOSPITAL PARIT BUNTAR

BIL PERKARA PINDAAN TARIKH

SEMAKAN DAN

TANDATANGAN

DILULUSKAN

OLEH

1

Piagam

Pelanggan

Unit

Perubahan kepada

Piagam Pelanggan di

Unit Farmasi Pesakit

Luar, Farmasi pesakit

dalam dan Farmasi

logistik.

10.10.2014 Pengarah

Hospital

2

Polisi Farmasi dan Bekalan

Pindaan tambahan maklumat kepada kandungan polisi sebanyak 20%.

13.01.2016 Pengarah

Hospital

Polisi Farmasi dan Bekalan

Pindaan tambahan maklumat kepada kandungan polisi sebanyak 2%.

24.01.2019 Pengarah

Hospital